TAMBAHAN 5.45PAGI - No joke! One thing that I often admire Malaysia for, unlike a seriously-serious Singapore (yawny!) officialdom, is its ability to laugh at itself.
One can make jokes about politicians and government officials and everyone will laugh, and then move on.
I remember in mid-1990s enjoying on video the Instant Cafe comedies - someone recorded them for posterity. One was making a comedy out of Anwar Ibrahim the then deputy prime minister as a girly-man, and Dr Mahathir as a haughty boss. This was before 1998 when Anwar became entangled with the courts with sodomy accusations and Dr M became 'MahaFiraun'. Hearty laughter for the paying audience.
No harm done, except perhaps to make everyone loves politicians more because they seem more human rather than idiotic robots.
Errr but now, I think some people cannot take a joke anymore.
Benda gini pun nak bawa gi court. Are you see-rai-ous?
Apa nak jadi nih? --------------------------------------------
Earlier post - Menghormati agama lain Ada soalan di posting sebelum ini tentang nak bersolat jika kerja di Singapore.
Baik masuk bab agama sikit eh, walau saya bukan ahli agama ke mana!
Saya alim-alim kuching, nampak ikan baham juga!
Di sini kita lihat orang lain hormat pelancong umat M ni.
1)
Di Jerusalem Saya tulis
komen panjang di bawah posting tentang bagaimana jika kita ke tempat ibadah orang, kenalah sopan ikut cara tuan rumah.
Saya tulis di situ juga, jika masuk gereja dan synagogue - tempat sembahyang orang Yahudi - kenalah hormat cara mereka.
Sama juga jika masuk ke kuil Hindu atau kuil Cina.
Sama juga jika kita masuk masjid.
Jika tak tahu hormat orang lain - atau rasa 'berdosa' berada di tempat suci orang lain - sila beredar dengan baik. Barulah orang hormat umat M ni.
Di
Western Wall di Jerusalem, tempat paling suci orang Yahudi (juga dipanggil Wailing Wall), lelaki dan
wanita sembahyang di tempat yang berasingan.Apabila saya nampak dulu, wah, saya kata dalam hati, baik aku petik gambau, biar orang lain nampak.
Inilah
GAMBAR nya.
Wanita di sebelah kanan tembok rendah tu yang memisahkan mereka.
Nak bersembahyang untuk wanita kena pakai selendang hitam, tapi tak wajib saya rasa - sebab tu ada wanita tak bertudung. Ini saya teka, takut salah tafsir pula.
Meja-meja kayu depan gambar digunakan untuk meletak kitab semasa orang lelaki berdoa.
Saya harap jangan sebar gambar ini, takut mereka sensitif. Kita perlu hormat agama orang.
(Jika ada orang kata ini sensitif, saya akan cepat delete gambar. Semasa saya petik dulu, tak ada yang larang).
Saya letak di sini sebab nak tunjuk cara kaum lain di tempat suci mereka yang jarang kita lihat.
Dan agar kalian faham sedikit sebanyak tentang sejarah tempat ini.
Mudah benar orang kata 'halau Yahudi, ini tanah Palestin'. Atau 'Halau Palestin, ini tanah Yahudi'.
Pada saya, penghuraiannya ialah dengan berkongsi tempat ini.
Saya di sana masuk sebelah kiri - syaf lelaki.
Rakan wanita dari group humanitarian Mercy Relief Singapore ditunjuk oleh penjaga tempat itu supaya masuk ke syaf wanita, jika nak lihat dari dekat.
Mereka hormat pengunjung, hingga boleh berdiri dan bergambar, dan pegang pun, tembok suci mereka.
Sama seperti kita umat M beri orang non-M penghormatan dengan tak kacau pelawat yang ke masjid Putrajaya dan Masjid Negara, serta Masjid Sultan di Singapoora. Sebab mereka hormat tradisi kita.
Sayang saya tak sempat ke gereja paling suci Kristian di situ -
Church of the Holy Sepulchre - di mana mereka percaya Nabi Isa disalib dan dikebumikan. Saya ke sana bertugas, jadi kena pilih nak lawat Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah, atau ke tempat lain, di masa ada break antara meeting.
PULAK. Mamat mengong ni masuk bab dia ke Israel lagi, kata kamu! Boringlah!
Errrr, saya nak quote apa yang dikatakan oleh jeneral yang disegani dalam tentera Amerika apabila Israel kata nak teruskan membina rumah di tanah Palestin.
Kata
General David Petraeus:
- "Enduring hostilities between Israel and some of its neighbours present distinct challenges to our ability to advance our interests in the area of responsibility."
- "Arab anger over the Palestinian question limits the strength and depth of U.S. partnerships with governments and peoples [in the region]."
Cerita penuh
di sini.
Cakap mudah: Jika kamu orang Israel terus buli rakyat Palestin, jangan harap Amerika boleh buat baik dengan umat M ni di bahagian dunia yang lain sebab orang semua marah.
Apabila jeneral ni kata gini pada March lalu, woi, marah Israel dan lobi Yahudi di Amerika sebab ini kali pertama orang paling top tentera sudah buat link antara apa yang dilakukan oleh negara Israel, dengan peperangan hearts and minds America di tempat lain, termasuk di Iraq dan Afghanistan.
Heboh semua media di sebelah sana buat analisa.
Media kita tak faham berapa pentingnya komentar Petraeus, jadi mereka terus hebohkan Perkasa lawan KJ.
Mamat jeneral ni begitu popular di kalangan tentera sehingga orang kata depa boleh jadi presiden. Berani lawan tauke orang politik.
CVnya di sini.
Jadi kenalah pak chic ni ulang-ulang cerita negara Israel ni dari masa ke masa.
Biar semua faham akan kerumitan isu, jangan nak salahkan satu pihak saja.
Sebab kadang kita pun marah betoi dengan pak arab ni - si Hamas gaduh dan
berbunuh dengan Palestinian National Authority, macam mana nak bincang dengan Israel. Kamu sama sendiri hancur (eh! macam Umno, PAS pulak!!!).
OKlah, enough said. Tak suka boleh baca part kedua kat bawah ini.
2) Di Hong KongIni terminal baru di pulau tu - airport mereka di Lantau island, sebuah pulau yang jauh dari pulau kecil Hong Kong, dan dekat dengan tanah besar Kowloon (lebih setengah jam dari downtown Hong Kong).
Saya pernah masuk terminal lama mereka - tak nampak surau.
Lagi lapar, cari makan - nasib baik ada fast food halal Popeye!
Kat bangunan baru ini, terminal baru dibuka beberapa bulan apabila saya ambil connecting flight Chicago-HK-Singapore.
GAMBAR signboard paling jauh ialah untuk tukar diaper baby, lepas tu toilet pompuan, lepas tu saya nampak - eh apa benda nih!
Rupa-rupanya gambar orang solat. Dalam tu ada sejadah. Jadi betul ler.
3) Di ChangiDi Terminal 1 dan Terminal 2, ada surau jika kamu dah melepasi imigresen.
Kamu cari signboard orang tadah tangan berdoa!
Tapi kerana Singapork negara sekular, tak ada agama rasmi, jadi surau ni dipanggil 'multi-religion prayer room'.
Jika dipanggil 'Muslim prayer hall', nanti orang agama lain pun minta gereja kecil, kuil kecil, synagogue kecil, lama-lama penuh tempat ibadat.
Dalam dua-dua, ahem, prayer hall ni ada tempat wuduk - lelaki, pompuan kena campurlah, sebab ada 3-4 paip wuduk. Ada toilet berdekatan jika nak wuduk di sana.
Nak rilek baring-baring pun boleh jika tak ganggu jemaah lain. Eeks marah nanti imigresen Singapore saya kata boleh baring kat sini.
OK, jangan baring, boleh duduk rehat orang tak ganggu jika flight delay.
Terminal 1 ialah yang paling lama (kecik, digunakan AirAsia dan Jetstar), Terminal 2 lebih kurang 15 tahun (???, digunakan MAS, SIA) dan kini ada Terminal 3 di Changi (SIA dan syarikat penerbangan yang besar2 sebab sewa terminal ni mahal, sebab baru). Saya baru masuk ke dalam T3 sekali, jadi tak sempat cari ada dewan solat ke tidak.
Di Budget Terminal, jika tak salah kat dalam saya ternampak ada 'Prayer Room' - tapi selalu naik Firefly ni tak sempat rilek kat dalam, masa singkat.
GAMBAR di sini semua di Terminal 1 (di bawah gerai money changers)