Tuesday, April 12, 2011

Gagarin

CERITA BUDAK PUTUS KAKI DIGILIS MRT

Kuat semangat ah moi Thai ni.
Cerita ori di sini.

-----------------------------
POSTING AWAL

Tahunnya ialah 1961.
Soviet Union telah kalahkan superpower yg lagi satu untuk terbangkan manusia keliling dunia.
The first man to circle Earth.
Susah oi teknologi tu - nak pastikan dia hidup, makan apa?, toiletnya macam mana?, amacam nak communicate dengan mamat ni yg lagi pusing dunia, dan bagaimana nak tembak roket keluar, bagaimana nak tarik roket masuk ke laut lepas tu.
Ish ish ish. Pandai mereka ni.


------------------------------- 
COLLECTING RUBBISH

GAMBAR: Wooi. Collectables Gagarin semakin mahal. Lebih lagi benda yang ada autographnya.
Benda-benda kat auction sites ni, the first top 10-20 items selalunya overpriced. Dah selepas tu baru ler boleh tengok dengan serius, jika nak kumpul.
Juga sini dan sini.

Apa lagi jenis collectables yang makin lama makin mahal? Semua mereka yg dah kantoi atau dah tak 'main game' lagi.
Tapi pilih benda yang ada international appeal. Jangan pulak kamu collect setem atau poskad yang bernama Abdullah Badawi. Yang nak beli KJ aje.

Carilah Michael Jackson, Liz Taylor, Princess Di, Elvis, Malcolm X dan Muhammad Ali, Czeslaw Slania, Pele, Princess Grace.
Juga setem, poskad Hitler dan Third Reich, dan barangan World War 2!

ATAU anda mungkin suka collect botol Coke dan Pepsi. Atau phone card! Sampah pada kita, tapi ada harga beb.
Atau anda mungkin suka 'collect rubbish' macam saya mengenai Negara Yang Dah Kantoi (Non-Existent States) - saya kumpul setem dan matawang Rhodesia.

Dan saya nak mula main Zanzibar (negara pulau Muslim; Zanzibar kawin dengan Tanganyika, maka lahirlah TanZANia).
Dan mungkin KUT (Kenya Uganda Tanganyika). Tapi ini international appealnya kurang sebab bukan bekas negeri omputeh.
Yang ini, bekas negeri omputeh, tapi dah terlambat sebab dah terlalu mahal - Portuguese India (di mana terletaknya bandar Goa).
Yang ini pula sedang naik harga sebab dalam negeri India, ekonomi ketiga terbesar di Asia selepas China dan Jepun - namanya ialah former Indian Muslim state, Hyderabad States.

Macam setem dan banknote China - kita 'invest' (atau 'buang duit', depending on your point of view) as a play on its economic growth.
Kononnya - iaitu mengharap dan berangan - lebih ramai orang mereka kaya kelak, maka lebih ramai mereka nak main-main collect sampah.

WALAU saya tak kumpul banyak sebab tak cukup ongkos, syiok dapat baca sejarah lama ni.
Saya sebut Nyasaland, Las Bela dan Dutch East Indies kamu tak kenal. Kerana mereka tu kini kita kenal sebagai Malawi, Pakistan dan Indonesia!
Apa beza antara Republic of China dengan People's Republic of China? Yang pertama Taiwan, yang kedua China kaper harbee.
Nonsense knowledge, kata orang, tapi kita syiok sendiri dan tidak merosakkan orang lain.

-------------------------


KINI dah 50 tahun penerbangan itu.
Jika anda Google dengan taip nama Gagarin di bawah News, macam-macam berita ada.
Pandai juga USSR main peranan jadikan Gagarin ni poster boy negara itu - sehingga memikat ramai negara Afrika dan MENA bahawa merekalah superpower yang baik.

Kerana Yuri Gagarin ini jugalah, US tersentak lalu bergesa nak hantar orang ke angkasa lepas dan selepas tu ke bulan. Dan lepas tu hantar roket (space probes)  ke Mars dan planet lain.

Kenapa saya cerita ni?
Dah beberapa kali saya kata, negara Maysia ni, bila ada berita buruk cepat nak letupkan dalam media perdana dan media online.
Tapi bila ada berita baik, semuanya lembap.

Akhbar saya, 'akhbar propaganda PAP' ler kata orang, cekap dalam bab ni. Any good news, kamu tak payah suruh. Terus kat page 1 atau prominent page.
Bukan untuk apa - tapi jadi kebanggaan rakyat, keselesaan ramai dan sebagai public relations coup untuk pelabur dan pelancong.
Naikkan brand name dan soft power negara.

Bila pelaburan asing yg masuk Maysia jatuh dulu, sibuk si DAP, Malaysiakini dan Insider besarkan.
Tapi bila naik, pulak. Tak ada.
Mainstream media pun tak pandai main - mereka letak berita FDI bertambah kat dalam business page.
Adoi, bila nak pandai baiki imej negara, beb?
Dan lagi satu yg saya agak kurang senang ialah bila cerita dari 'negeri musuh' maka diperbesarkan oleh mainstream media.
Online media pula besarkan cerita dari 'negeri Umno'.
Aiks tak sophisticated langsung ler mainan media macam ni.

Tapi kerap yg salah ialah politikus sendiri.
Bila Penang dan Selangor tarik banyak pelaburan, mereka announce ini kerana kerajaan Pakatan. Walhal yg buat infra dan promosi sejak 50tahun ialah BN.
BN pula bila buat jalan dan sekolah di Kelantan, buat bising konon inilah kerana usaha kerajaan BN. Eh, itu kan duit rakyat?
Bila BN buat jalan raya cantik di Sarawak dikatakan itu kerja kerajaan BN. Yalah, tapi itu kan dari wang usaha rakyat Cina dan Dayak, Melayu dan Melanau.
Rakan wartawan saya dari Singapork bila masuk KL kadang terkejut lihat signboard di projek-projek - 'Satu lagi projek Barisan Nasional'. Huh? Duit Umno ke yg kamu pakai?
Jika dikurangkan main politik, maka akan lebih selesa semua kita ni, termasuk penumpang negara seperti saya.


APA pun, jika kamu ingat skandal dalam negara kamu besar, kamu patut duduk sebelah saya tiap hari bila saya baca berita yang skandal yang meletup2 dari seluruh dunia.
= Afghanistan - bank terbesar lingkup, kroni Karzai makan. Kabul Bank.
= India - skandal telekom berbilion, menteri telekom kena cekup, nama PM Manmohan Singh yg begitu suci pun dah tercemar. Pemerintah India rugi US39 bilion sebab scandal ini yang satu! Orang dapat lesen telekom murahan, menteri dapat duit beberapa juta, tapi revenue pemerintah rugi. Let me repeat that amount in ringgit: RM117 billion. Baru SATU skandal saja.
= China - saya takut nak tulis, kita boleh lihat saja, misalnya, isu telor palsu. Yang membuatnya ialah China.
= Di US - kamu ingat mereka suci? Skandal berbilion Galleon kini sedang meletup, dasyat. Nasib baik kena cekup.

Jadi, janganlah terlalu negatif. Jangan berputus asa.
Itulah mesej pak chiq tua. Dah panjang pak chiq meleter.
Now, to work, to work! Bye.

2 comments:

  1. Assalamualaikum, saya berminat dgn blog pok chik Remy. Saya mohon agar tuan dpt invite saya utk dpt baca dlm remgold.blogspot. Mcm mana caranya? Saya minat segmen teknologi dan ekonomi sbg persediaan menghadapi ekonomi mencabar thn 2016 terutama org Johor (Duit S'pore terlalu kukuh)

    ReplyDelete
  2. Harap pok chik remy invite saya dlm remgold.blogspot

    ReplyDelete