Nampaknya riwayat Mubarak dah habis.
Dah nak habis? Saya rasa dah habis - jika rakyat terus mengamuk di jalan raya.
Baguslah.
Seperti Tunisia, Mesir juga disokong kuat oleh Amerika. Kini Amerika mainkan lagu
konon mahukan demokrasi utk kedua negara ini. Licik si Uncle Sam ni.
Di Mesir/Egypt, 33 peratus orang tak ada kerja.
Jika dibawa ke Malaysia (ada 11juta pekerja), misalnya - maka 3.63 juta orang tak ada kerja. Bayangkan jika 1 dari 3 orang dewasa jantan di Malaysia tak ada kerja. Ooo, cari pasal tu.
Separuh daripada rakyat Mesir yg 80 juta miskin - belanja hanya purata US$2 sehari (RM7). Kalau wang yg sama dialihkan ke KL, kita naik bas-LRT pergi-balik kerja dan sarapan dah habis dah.
Ini belum lagi jika naik kereta pergi-balik kerja dan parking kat bandar, duit minyak.
Apabila saya ke Mesir pada 2009, nampak benar kemiskinan.
Sama seperti di Delhi atau Jakarta.
Bezanya, kebanyakan mereka di Delhi dan Jakarta ada pekerjaan.
Betul ada corruption di India dan Indonesia, hingga polis dan semua pegawai pemerintah minta duit jika nak lakukan sesuatu. Tapi mereka tahu mereka anda undi. Jika marah boleh undi keluar Manmohan Singh dan Susilo Bambang Yudhoyono.
Tak seperti di Egypt, di mana elections semua diatur di belakang tabir - dengan sokongan Amerika you. Uncle Sam bising2 kat Malaysia dan Indonesia tentang demokrasi dan reformasi pada 1998, tapi rupanya Tunisia, Egypt, Jordan, Saudi Arabia, etc dah berpuluh tahun tak ada demokrasi.
Tapi Uncle Sam senyap sebab mahukan kestabilan untuk kebaikan Israel, dan agar dapat minyak dengan murah dari Timur Tengah. Jika mulut rakyat disumbat, mereka boleh buat apa saja.
(Singapork mungkin kamu kata 'tak ada demokrasi', tapi sebenarnya boleh undi PAP keluar jika rakyat marah sangat. Dan semua rakyat Singapork ada pekerjaan).
UJIAN NAK TAHU NEGARA MISKINNAK tahu sesuatu negara tu
ramai rakyat miskin atau tidak, lihat kiri kanan bila kamu berjalan di bandar mereka.
Ini simple tests saya:
- Ramai pengemis? Di Malaysia jarang. Cuma kat masjid KL mungkin ada, itu pun orang Myanmar kebanyakannya.
- Ramai yg pakai baju compang camping, atau baju dah karat. Di KL boleh kata tak ada, tapi saya nampak di Kelantan, Terengganu walau sedikit, dan ramai di Kota Kinabalu (mungkin warga Filipina kot).
- Tempat makan atau restoran di tepi jalan tak banyak pasang aircon. Kita tak include tempat makan dalam shopping centre.
Dah kita tak boleh sertakan restaurant chain seperti Coffee Bean, Macdonalds atau KFC yg gerenti ada aircon.
Atau jika tak ada aircon pun, tempat makan itu bersih dan kita tak takut nak makan di situ - ia bersih seperti banyak restoran mamak dan kedai makan Mak Limah di KL dan Shah Alam.
Di Kota Baru dan Kuala Terengganu, banyak kedai makan di tepi jalan ada aircon, atau jika tidak pun, bersih dan kita tak takut masuk dan makan di situ.
Maknanya, things are not so bad.
Jika banyak kedai makan beraircon atau bersih, ia bermakna ramai pelanggan yg mampu makan di situ. Ia bermakna kadar kemampuan (gaji) boleh tahan.
- Rumah dan pangsapuri di tepi jalan nampak teratur dan bercat 'baru'.
Di Damansara Heights dan Bandar Utama, semua rumah dan kondo cantik. Di Keramat dan Bangsar Baru banyak juga pangsapuri yg dah lama tak dicat!
Tapi di negara miskin, hampir semua pangsapuri dan kondo karat! Seperti di Mumbai - bandar terkaya India kerana ia business centre dan bandar Bollywood.
Di Cairo yang saya kunjungi tu, nampak tanda-tanda kemiskinan di mana-mana.
Yang memeranjatkan -
Amerika memberi bantuan sebanyak US$1.3 billion Setiap Tahun kepada tentera Mesir! Dan US$250 juta setahun sebagai bantuan ekonomi.Saya rasa Uncle Sam tak banyak soal apa digunakan dengan wang tu. Asal negara Arab yang mempunyai tentera terbesar terus stabil dan berbaik dengan Israel.
LEPAS tu ada problem lagi - abang polis dan secret police (SB, kata orang Malaysia. ISD kata orang Singapork) Egypt jahat giler.
Tangkap orang sebarangan, pukul hingga mati dalam tahanan, dibawa mahkamah pun tak guna sebab kes kena buang - eh eh, macam pernah dengar kat negara lain.
LAGI MASALAH - inflasi tinggi. Harga makanan dah melonjak. Apa punya kerajaan nih!
TERUS MEREBAKJADI isu-isu ini semua dipendam begitu lama. Membakar hati. Gerrrrammmm!
MAKA
ia meletup selepas mereka lihat
Tunisia dah jatuh.
Dah merebak juga ke
Jordan.
Dan
Yemen.
Pemerintah
Lebanon baru tumbang.
Algeria pun orang dah mula nak demo!
Kata Lt Col Ralph Peters, Fox News strategic analyst - by supporting a relic and a dictator, America is hurting our long term interests.
Tahu pun.
WATCH THESE:- Ramai wanita juga turut demo. Ada yg pakai chador pun. Ramai orang muda. Ini bukan demo teratur kat depan embassy America di Jalan Tun Razak. Semua orang yg marah terus keluar secara spontan. Sama macam Reformasi 1998 Malaysia dulu.
Di negara Arab, wanita selalu duduk rumah. Jika mereka keluar tu, signal kuat kemarahan rakyat.
- Tentera Mesir dah keluar dengan tank besao. Tapi mereka tak masuk campur, cuma hang around saja.
Jika anda lihat
tumbangnya Shah Iran dulu pada 1979, kejatuhan beberapa pemerintah di Thailand (coup d'etat), Cory Aquino jatuhkan Marcos di Filipina 1986 dalam
People Power Revolution - tentera keluar tapi tak tembak rakyat. Maknanya para jeneral bersama rakyat!
Polis telah disalahkan banyak pukul rakyat yg demo. Seramai 35 orang dah mati beb.
Mubarak pun dulu dari tentera - sebagai komander air force.
Jika para jeneral kata - cukuplah tu Mubarak dan first lady, maka tamatlah depa.
Itulah yang berlaku hanya dua minggu lalu di Tunisia - para jeneral kata bye-bye kepada Ben Ali dan wanita pertamanya.
- Ada lagi satu argument kenapa Amerika begitu kuat menyokong banyak diktator Arab ni. Sebabnya ialah mereka takut
parti Islam akan naik termasuk Muslim Brotherhood. Israel pun takut beb jika kerajaan diktator jatuh.
Kini jika Mubarak jatuh di Mesir dan apa yg terjadi di Tunisia. Siapa yg akan naik? Mereka nak control lagi diktator baru, atas nama 'preventing pro-Al Qaeda groups from coming to power'.
POST SCRIPTTakut anda tersalah sangka dan rasa saya benci dengan Amerika, biar saya kata kat sini: Amerika kuasa besar di dunia. Satu-satunya kuasa besar di dunia, walau
China tak lama lagi join depa.
Jadi apa yg dibuatnya Tepat. Jika saya Amerika, saya pun buat seperti apa yg dilakukannya!
Kenapa tidak: Kita sokong selective democracy atau apa jua pun, agar dapat minyak dengan murah, dan rakankarib kita Israel tak diserang.
Saya sebenarnya segan betoi dgn Am'rika ni setelah melawat dua minggu tahun lalu -
sini,
sini dan
sini.
Mereka hanya perlu dua tiga orang bijak nak kalahkan kita yg berjuta-juta.
Mereka ada Warren Buffett, Alan Greenspan, Steve Job, Maurice Greenberg, Bill Gates, Sergey Brin, Jeff Bezos, Larry Elison, Mark Zuckerberg, Pierre Omidyar. Tak pernah dengar nama mereka? Saya sengaja tak beri link. Gi Google.
Mereka semua telah merubah hidup harian kita sedunia!
Yg saya marah ialah umat M yang bodoh diperkudakan oleh orang lain. Mereka pecah2kan kita, lalu kontrol pemimpin kita, dan bagi bantuan wang.
Macam mana rakyat nak naik ilmu dan reka sofwe dan barangan elektronik yg boleh menukar dunia, jika pemikiran kita dikekang.