Showing posts with label America. Show all posts
Showing posts with label America. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Sing$, Ringgit pijak Dolar US; Perak silau


Wooi, ni macam nonton tsunami landa Jepun sebulan lalu - takut-syiok.
Atau sedang nonton Shah Rukh Khan menyanyi kat TV tapi nak kena lari masuk toilet sekarang juga sebab dah tahan. Tak tahu nak buat mana satu dulu.
Hahaha.

Matawang Singapork melonjak ke tahap tertinggi dalam sejarah berbanding dolar Amerika.
Ringgit tertinggi dengan US dollar dalam setahun.
Dan Perak (silver) tertinggi dalam 31 tahun, Emas naik lagi ke rekod baru.
Platinum dan Palladium juga naik giler.

Singdollar kini di bawah 1.3 berbanding USD. Dulu nak turun dari 1.5 payah benar.


Ringgit pula di 3.02. Kita tentu ingat dulu zaman Mahathir dan currency controls, ia diikat di paras 3.80.
Semakin kukuh. Takde pulak orang yang puji.
Cuba jika esok ringgit jatuh - kerana apa sebab pun - tentu ada yang pekik-pekik.

Memang Dollar-Malay ni dalam chart nampak macam terbalik.
Kerana dolar Amerika ni matawang terbesar, maka pasaran dunia melihat matawang semua dari kacamata USD.

Ia dilihat begini: dulu US$1 = 3.80. Iaitu satu dolar Amerika boleh beli RM3.80.
Kini US$1 = 3.02. Satu dolar Amerika boleh membeli hanya RM3.02.
Maknanya, USD makin lemah. Atau ringgit lebih kuat.
Jadi jika kamu lihat CHART, seperti di bawah ni, USD lebih lemah.




Tapi jika tak puas hati, nak tengok Aku Makin Kaya, saya invert chart ni - di Bawah.
Nak main-main dengan Invert ni, atau detail pergerakan Dollar-Malay dalam 90hari, 180hari, gi kat sini.

Ah ah, orang pasaran panggil Dollar-Malay. Mereka nak jual beli dalam sesaat-dua, where got time nak kata - "Can you please sell US Dollar to Malaysian Ringgit at range of between 3.030 and 3.028".
Jawapan money broker: "OK sir, the order is done".
Ish! No time for all these!

Short form antara bank dealer dengan money broker, lebih kurang - "Sell dollar-malay oh-three, oh-two-eight".
Jawapan: "Yours!".
Tapi itu dulu, kalau pakai phone. Kini pakai taip kat keyboard saja buy and sell orders ni.
Eeks, harap Abang Zack baca ni dan betulkan. Depa tu dulu big time player kat Raffles Place. Sebab saya agak gitu ler perbualan kerana kerap juga dengar dealer-money broker pekik-pekik kat phone dulu. Takut cerita tak tepat.




TAPI Perak yang banyak buat saya menyesal. Tak beli banyak lagi dulu. Hanya kira-kira setahun lalu, ia berharga US$20 setiap ounce (atau ditulis ringkas oz.).
Kini dah double jadi US$40!!!
Maklumlah kita kena kumpul duit dulu sebelum membeli. But the market waits for no man! Saya baru nak beli satu silver coin, pelabur dari Sarawak dan Kastam beli 1,000 kilo.


Emas pula tak penat-penat. Dalam 10 tahun ini terus dan terus capai rekod tertinggi dalam sejarah. Saya pernah bual-kosong sejarah emas dan matawang dulu di sini.


Sebab ini semua berlaku?

Kata omputeh, the perfect storm - masalah berganda - untuk USD.

1) Mula-mula inflasi makanan yang menakutkan ramai pemimpin.

2) Lepas tu negara MENA berkocak. Ini bukan Minah Keramat, tapi Middle East and North Africa. Takut bekalan minyak terpotong - menjadikan inflasi satu dunia dan melemahkan ekonomi terbesar di dunia, Amerika, dan USD - orang lari keluar dari matawang US dan masuk Logam Mulia (precious metals = gold silver platinum palladium).
Bak kata omputeh - precious metals shine. Silver shines = perak silau (tak tahu ler bahasa melayu ni jitu atau tidak. Harap betulkan).

3) Dan semalam ditambah lagi masalah ekonomi Eropah. Setelah Greece dan Ireland, Portugal pulak kena bail-out.
Tak tahu ler bila nak selesai masalah EU ni. Lepas ni mungkin Italy pula dan lepas tu Britain?

4) Matawang Singdollar juga naik sebab ramai pemain pasaran menjangkakan Monetary Authority of Singapore, bank pusat, akan naikkan interest rate tempatan nak kekang masalah inflasi di pulau ini.
Juga, jika dibandingkan, ekonomi Temasek dan Najibanwarland akan lebih kukuh dari eko-NO-money Amerika.
Dah beberapa hari ni, gaduh besar di Washington tentang Baget, walhal duit dah nak habis.


--------------------------------------------
CERITA ANAK THAI KAKI PUTUS 

Ini sambungan cerita semalam. Anak pompuan Thai 14 tahun yang malang. Dia terjatuh ke landasan keretapi MRT lalu kedua kakinya putus digilis tren.
Akhbar hari ini - bapanya tiba dengan bas dari selatan Thailand. Dapat jumpa anak.
Ibunya tak datang, rupanya. Kerana begitu terkejut. Dan saya rasa, mungkin tak cukup wang nak ke sini.
Nitcharee dulunya tak tahu nak jadi doktor atau peguam. Kini dah decide. Nak jadi doktor kerana jadi sedar setelah kemalangannya.
Kakinya akan dipasang kaki besi, tapi saya harap ada yang hulur wang jadi sponsor.
Ini gambarnya - dah ceria sikit sebab bapanya dah tiba.
Juga di sini.
Kerana tentunya kita khuatir akan berlaku kepada anak kita, kita harap pemerintah di Singapura dan KL-Selangor pasang ler pintu gelongsor di semua stesen di atas platform.

Saturday, March 26, 2011

Usalli



--------------------------------------------------
Bila saya tiba di Kay El penghujung 1994, terkejut al-berok juga dalam beberapa hal.
Antaranya ialah banyaknya masjid dan surau. Dan yang saya pening, masih banyak juga orang terus makan rasuah dan songlap duit rakyat.
Maaflah ini pandangan orang luar.
If there are more religious people in Malaysia today, how come corruption and robbery of public money are continuing unabated? Erke.
1000 apologies. Bukan saya saja yang kata gini rupanya, tapi bisikan orang bangsa lain yang kerap saya dengar dan baca kat Internet.

Di Singapork, di kebanyakan tempat kamu pandai-pandailah nak hidup jika nak solat.
Nak wudhuk pun siksa sebab kena pakai sinki dalam toilet.
Lepas tu nak basuh kaki amacam? Takkan nak naikkan kaki ke dalam sinki. Kenalah bawa botol air yang boleh dibawa lari ke dalam jamban.

Nak solat pulak macam-macam cara dan taktik.
Jantan macam saya lebih mudah berbanding pompuan yang kena pakai telekong. Lepas tu kena solat di tempat tak ada kipas atau aircon. Itulah nama Eeee-maan (iman). Phwee-weet.

Saya teringat cerita-cerita lama saya setelah terbaca cerita mamat di Amerika ni. Kasihan depa nak solat susah betul nak cari tempat.
Tak macam di Malaysia - kat mana pun ada surau (juga di Jakarta).

Kena cari tempat nak solat setiap kali. Biasanya tak selesa:

"My head and knees are now on the floor next to the gap in the door, and everything is going smoothly. I glance to my left and the Gap employee, having bent down, is now staring at me and asking, "Sir, is everything all right?"

Baca cerita lucunya di sini.
Salon ialah majalah online Amerika yang begitu popular - ia memasyarakatkan cerita-cerita kehidupan dan politik.

Untuk anak-anakku yang untung membesar di Malaysia, ihsan rakyat negara itu - Inilah antara tempat yang saya pernah buat di Temasek (dari tempat kerja pertama saya):

1) Dalam meeting room, tangga dan atas bumbung (bangunan ni 4tingkat). Syarikat Guthrie Engineering, masa tu milik MCA tapi ada branch besar buat kerja electrical dan mechanical works sebagai kontraktor besar. Saya kerja jadi sebagai mechanical draughtsman (atau American spelling = draftsman. Pelukis pelan projek-projek). Syarikat di Sixth Avenue, dekat Bukit Timah, kawasan orang kaya.
2) Di basement sebuah banglo besar, syarikat architect dan engineers International Project Consultants. Saya draughtsman di M and E Department (mechanical and electrical). Ini rumah panggung - a huge old British bungalow - yang di convert jadi pejabat. Basementnya gelap jadi store room, di Pasir Panjang Hill - depan bekas Keppel Shipyard (kini dah jadi condo-condo lux).

3) Tangga, syarikat M and E consultants BH Tan Engineers, dekat Middle Road. Juga draughtsman. Kadang sempat lari juga ke masjid orang tabligh dan kaum India, Bencoolen Street mosque.
4) Surau aircon. Jadi wartawan di Berita Harian Singapork tahun 1987. Masa tu pejabat Singapore Press Holdings di Kim Seng Road-River Valley Road -- tak jauh dari Orchard.
Kamu belum lahir, pak chic dah jadi wartawan dah. Dah 24 tahun buat kerja terkutuk sebagai reporter. Agaknya mati lagi pegang pensil dan buku nota, atau kat keyboard. Takpe ler, jangan kojol dalam spa sudah.

5) Surau panas di basement 3, di bangunan di tengah pusat kewangan Singapura dan pada masa itu pusat kewangan yang number 5-6 di dunia (selepas New York, London, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong). Kini Singapork No.2 dalam financial services selepas NYC. Cerita lama saya kerja di Raffles Place juga di sini.
Bangunan pejabat untuk syarikat saya masa tu, AP-Dow Jones, di HQ Standard Chartered Bank, jadi bangunan tu marble merah-coklat warna korporat bank British tu.
Nasib baik ramai pak chik alim kat situ, jadi ada surau kat basement sebab mereka tentunya minta lama dulu.
Juga ada surau di basement berdepan bangunan pejabat saya - Shell Tower (HQ syarikat minyak Shell).
Yang bagusnya kedua surau ni agak besar dan wanita pun boleh tumpang sekaki.
Tak tahulah masih ada atau tidak.

Tapi kini di kawasan ada masjid bawah tanah yang ada aircon!
The mosque in the basement of Singapore - dan mungkin juga satu-satunya masjid di bawah tanah (literally underground) di Asia, mungkin di dunia pun kot.
Basement 3 atau 4 ada masjid. Tak apalah, asal ada tempat selesa untuk lelaki dan wanita. Ber-aircon you, betul2 depan Macdonalds! Tapi sedih juga agama kita dibasementkan. Maklumlah miskin. Out of sight, out of their minds, agaknya.
Ini cerita kenapa masjid tu ditenggelamkan - sini.

6) Lepas tu masuk Maysia. Aish! Kat Reuters (bangunan Wisma Budiman) tu ada surau. Wooi.
Lepas tu pindah ke Petronas Twin Towers, di Tower 1 ada surau. Lupa tingkat berapa, tapi besar betul! Ia digunakan oleh Petronas.
7) Pindah ke Reuters Singapork. Aish, ada surau juga! Ini di Reuters di Temasek, di Science Park Drive (dekat NUS). Bagus betul syarikat British ni.

8) Pindah semula saya ke KL dengan Straits Times. Di Menara Dion di Jalan Pinang dan pindah ke Etiqa Twins (dulu MNI Twins), depan KLCC, pun ada surau. Besao surau kat Maysia ni.Untung kamu dapat ada ceramah sekali oi. Sayangilah negara kamu, atas usaha pemimpin umat m semua tempat diwajibkan ada surau.
9) Kemudian saya pindah ke SPH di Toa Payoh, Singapork. Ada surau di Berita Harian Singapoora, dan juga di satu kornar lagi untuk para drebar - yang ni panas sebab tak ada aircon.

AH, itulah cerita pak chic. Untung kamu di Maysia, malah di Temasek.

Di Amerika ni (cerita asal dari Salon) masih susah sebab masih minoriti terlalu lemah.

Al Khatam.

Sunday, March 20, 2011

Afghan, Iraq, Libya.... Bahrain? Israel?

Itulah. Bila saya kata Umat M bahalol wal mengong semua marah.
Tak ada lagi orang sebodoh kita semua.

Saya pun benci Muammar dari dulu ni. Sama macam saya benci ramai sangat yang mengaku pemimpin umat ni. Termasuk yang di Pedrapork.


Serangan di Libya ni adalah double standard.
Bila Bahrain membunuh beratus rakyat mereka sewenang-wenangnya, juga Yemen, tak ada pulak Arab bongok panggil UN suruh masuk campur.
Malah disokong pula. Dan si yahudi wan nasara pun sokong mereka, itulah yang mereka suka.

Cuba lepas ni kita masuk UN dan minta mereka bantu kita di Palestin sebab rakyat dah lama dibunuh dan disiksa beramai-ramai. Ada tak yang nak tolong?

TAPI padan juga Muammar dan kegilaannya. Bom saja istana mamat ni. End the war fast.

Enough said.

------------------------------------------------
PSSST.
Yang baiknya, kerana ini negara ketiga yang mengaku *Musalman dan **Sulumani yang diserang dalam beberapa tahun ini, kelengkapan dan tentera mereka banyak kerja. They are stretched.
Mereka kata, oh tidak, di Libya kita pakai missile dan jet plane saja. Tak hantar tentera darat.
Tapi tak apa, akan berbulan mereka sangkut di sana.
Makin lama mereka kat situ, tentunya makin kita sedar mengapa kita sendiri kena buat hardware dan software sendiri nak lawan musuh.
Bukan membeli dan mengharap bantuan orang.
Nak repair paip kat surau dan masjid pun kena panggil kaum lain. Lepas tu declare kita sekarang dah jadi negara islam. Erke.


* Musalman ni apa yang orang barat panggil umat m pada 1900s di utara Afrika dan India-Pak.
**Sulumani pula ialah nama umat arab yang banyak menjalankan slave trade di selatan Afrika-Rhodesia.
Saya cuma nak action tunjuk pandai, salah ke? ;-)


------------------------------------------------
MERCY RELIEF Singapore tiba di Jepang

Rakyat Temasek sibuk menderma untuk quake-nami-nuke Jepang ni seminggu ini, termasuk collection kilat di semua masjid Jumaat lalu.
Begitulah kita build-up brand name dan soft power umat, beb.
Janganlah kita hanya ucapkan takziah jika mereka Muslim, dan hulurkan bantuan jika mereka "orang kita".
Jika orang Melayu kena accident, kita sibuk nak bantu.
Nampak orang Injun atau Cainis masuk longkang, buat tak tahu.


Saya pernah cerita di sini. Mercy Relief Singapore ni dulunya di bawah persatuan Islam di Singapura, tapi kini dibuka kepada umum agar bukan-M pun boleh derma dan bekerja di situ, dan hulurkan bantuan.
CEOnya ialah rakan saya Hassan Ahmad (GAMBAR atas, jacket coklat), yang bersama saya ke Egypt dan Israel.

Nak keluar dari airport Tel Aviv dulu, saya kena tahan 40minit, mereka rampas laptop office saya, sebab (saya rasa) paspot saya banyak keluar masuk Malaysia dan Indonesia. Si negara setan tu ingat saya JI.
Mereka ada special equipment - kecil macam berus gigi - yang boleh detect jika ada serpihan kecil habuk bom = bomb particles. Dimasukkan dalam beg saya, dan laptop bag saya. Jadi jika anda tak bawa bom pun, tapi pernah bekerja di meja di mana ada bom sedang dipasang, akan dikesan.

Si Hassan pula ditahan selepas itu selama satu jam. Kerana, katanya lepas itu, ini kerana paspotnya dicop banyak sangat negara. Beliau telah membuat kerja menyelamat dan relief supplies ni, antaranya, ke Pakistan, China, Myanmar, Yemen, Indonesia (sangat kerap), jadi tentunya suspect JI juga.
Aish Hassan, kita hensome2 gini, sampai hati yahudi sangka kita sokong JI!?

Betullah cerita yang saya kerap dengar. Kamu MASUK Israel, depa tak banyak check. Sebab tahu semua takut nak seludup masuk.
Tapi bila kamu KELUAR, ah siap. Ada rakan saya dibogelkan 100 peratus. Bukan nak check apa, mereka cuma nak harrass orang, lebih lagi wartawan - termasuk wartawan wanita.



Barang Mercy Relief dah sampai pun ke Jepang. Alhamdullilah.
Yang derma kepada kumpulan bantuan Muslim ni bukan saja umat m Singapork, tapi yang bukan m juga.

GAMBAR bawah - Jaffar, manager Mercy, bekerja di sub-zero temperature. Sejuk, bro? Ini jihad brader, kamu naikkan nama agama bukan pekik2 demo, kasi jam satu bandar.
Tentunya ramai Jepang dah tahu nama 'Hassang' dan 'Jaffaru' ni di Sendai. Mereka sebut agama kamu 'Isuram'.
'Umato Isuram latang kasi-o maggi mee-o dan selimutu. Arigato gozaimasu toyota honda sushi panasonic'. Eh wah eh wah, pandai saya cakap Jepang sejak nonton Pokemon.


Wednesday, March 2, 2011

Float like a Butterfly, Sting like a Bee

Ah, tahun 1960an. The 1960s.
Beatles. Engelbert Humperdinck. Elvis. Tom Jones.

Masa tu saya kecik lagi, jadi miss ni semua.
Tapi saya masih ingat seorang boxer kulit hitam dari Am'rika yang menentang racism orang kulit putih. 


SAYA baru habis nonton dokumentari Thrilla in Manila - perlawanan boxing Muhammad Ali dengan Joe Frazier.
Dengan tak sengaja termasuk channel tu di Starhub cable TV (selepas nonton favourite show saya, Restaurant Makeover).
GAMBAR atas. Ali berdiri, Sonny Liston pingsan.

Teringat kembali zaman di sekolah menengah di kampung saya di Pasir Panjang Road, dekat Zehnder Road - kini sebahagian dari kampus National University of Singapore.
Masa tu zaman TV hitam-putih dan semuanya kecik = lupa saiz, tapi saya rasa 15-20inci saja.
Maklumlah kampung, orang Melayu ramai tinggal di 'banglo satu tingkat'. Jamban kat belakang, kena naik tangga sebab jamban tong. Hee.

Kami semua Melayu Singapork miskin masa tu (sekarang pun masih ramai miskin!), kat rumah tu kalau ada TV, dah kira glamour beb!
Apa lagi jika juga ada 'esbok' (icebox = fridge).


Jika ada TV, esbok DAN telefon - wow, kayanya!


LIVE ON TV

SIAPA yang pernah berulang kali dapat nonton siaran langsung atau delayed telecast (ditunjuk pada hari yang sama) si Muhammad Ali ni, angkat tangan!!!
Saya boleh angkat tangan lima hingga tujuh kali! Baru kamu tahu saya ni dah tua nyanyu (bukan nyanyok), cuma tunggu bila nak taubat saja.

Bila ada fight mamat Ali ni, satu dunia stop kerja - begitulah popularnya beliau.

Lebih lagi setelah gagak hitam Cassius Clay masuk Islam jadi Muhammad Ali, semua negara Islam sedunia tutup kedai atau orang ponteng kerja.

Dua fight Ali ni yang paling gemparkan dunia.


- Satu ialah Thrilla In Manila pada zaman Marcos. Masa tu saya Menengah Tiga, umur 15 tahun. Hari ni umur saya dah terbalik, 51.
Fight tu Oktober 1975. GAMBAR atas.


- Yang satu lagi ialah Rumble In The Jungle, Ali lawan George Foreman, setahun sebelum itu iaitu Oktober 1974, di Kinshaha, ibukota negara hutan rimba Zaire (kini Democratic Republic of Congo). GAMBAR atas - Foreman tersungkur kena bantai.


FUYOH. Tadi saya nonton ulang tayang perlawanan Ali-Frazier tu, dengan interview Joe Frazier yang dah tua, serta wartawan yang buat coverage masa tu.
Frazier masih sedih hingga hari ini.

Ditunjuk dari Round 1 hingga Round 14.
Mak oi. Macam gangster lawan gangster - tumbuk non-stop. Takutttt.
Sebab tu orang yang boxing ni bila dah tua, percakapannya jadi slurry = cacat, macam orang mabuk atau makan dadah. Kedua-dua Ali dan Frazier dah jadi begitu. Sebab otak asyik kena tumbuk maka perbualan pun dah tak betul.

Setelah bantai membantai, nak masuk Round 15:
- Ali dah tak larat dan suruh orang dicornernya potong tali boxing glovenya. 'Tolong potong, aku dah tak boleh bangun lagi'.
- Tapi nasib baik beliau - sebab Frazier dah kena bantai sampai kedua matanya hampir buta (berdarah teruk), maka coach si Joe yang surrender dulu. Walaupun Joe nak terus lawan di Round terakhir biar mati pun.
Setelah dideclare pemenang, Ali pingsan kat situ juga, sebab dah letih sangat.

Muhammad Ali beritahu orang lepas tu:
"If God asks me to go for holy war, I want Joe Frazier by my side."


SAYA pernah beli dan baca buku autobiography Ali ni 15tahun lalu, tapi dipinjam rakan terus tak kasi balik - The Greatest.
Anak setan yang pinjam tu dah berbelas tahun tinggal kat London!

DAN kemudian, lagu ni jadi terkenal satu dunia: 'Black Superman (Catch Me If You Can)'.  Liriknya di sini.




Masa tu zaman Elijah Muhammad, Black Muslims dan Malcolm X, seorang hero saya yang saya cuba tiru hingga hari ini.
Anda baca autobiography Malcolm X ni, it might change your life too. Saya baca 20 tahun lalu - ah, baru kamu tahu siapa guru saya.

GAMBAR bawah, Ali bersama Malcolm X - "By Any Means Necessary".
Fight against all odds. Fight alone if you must.
Never mind what other people do or say.

Kalau malas nak baca, order video 'X' ni dari Amazon.com (starring Denzel Washington).

Antara kata hikmah Mr X (ingat, ini zaman Negro lawan White Supremacists):

-  "We declare our right on this earth to be a human being, to be respected as a human being, to be given the rights of a human being in this society, on this earth, in this day, which we intend to bring into existence By Any Means Necessary."

- "Be peaceful, be courteous, obey the law, respect everyone; but if someone puts his hand on you, send him to the cemetery."

- "Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who prepare for it today."

- "Nobody can give you freedom. Nobody can give you equality or justice or anything. If you're a man, you take it."

- "My alma mater was books, a good library - I could spend the rest of my life reading, just satisfying my curiosity."

- "Usually when people are sad, they don't do anything. They just cry over their condition. But when they get angry, they bring about a change."


Monday, February 21, 2011

Penting Suez Canal & Red Sea


Sedang satu dunia kecoh tentang apa yang terjadi di Mesir, Tunisia, Libya dan negara Arab lain, ada beberapa perhitungan yang dibuat oleh Umat Am.
Bukan, ini bukan 'Umat M' = malayo islam al-mereng wal-bongoks.
Tapi Umat Am ini ialah Am'rika dan sekutunya Israel Darul Pembunuh.

Lihat peta Mesir tu. Di situlah duduknya Suez Canal.
Itulah 'longkang besar' - orang Johor panggil Parit, orang Penang panggil Permatang - yang menjadi nyawa Umat Am dan juga negara-negara Eropah.
Dulu sebelum ada Suez Canal - dibuka tahun 1869 (142 tahun lalu) - kapal yang membawa muatan minyak dari Timur Tengah, getah dari Malaysia, makanan dari Vietnam dan kain dari Bangladesh, terpaksa pusing keliling benua Afrika apabila hendak ke Britain dan negara Eropah lain.

Dan dari Britain tu boleh seterusnya barangan boleh dibawa seberang Lautan Atlantic untuk mendarat di New York, Boston dan bandar-bandar Am'rika di sebelah timur, the U.S. East Coast.

Ini jalan pintas laut = shortcut for ships. Setiap kapal yang lalui Suez Canal kena bayar toll (mereka pun pandai macam Semi Value).
Dan kerana air laut Mediterrean dengan air di Red Sea sama parasnya, tidak perlu ada 'canal locks' = iaitu jalan air bertingkat dari satu paras ke paras lain seperti jika anda naik bot di Sungai Nil.
Tak faham apa itu 'canal locks'? Lihat cerita Panama Canal = Short-cut kapal terpenting di dunia selepas Suez Canal. Jika naik kapal dari Lautan Atlantic nak ke Pacific, gunakan Panama Canal, tak payah pusing selatan Amerika.

Kamu lihat GAMBAR ni nak faham apa itu channel locks atau canal locks. Ianya terpaksa di buat gitu sebab tanah bergunung di Panama. Tapi lece, sebab kena tunggu beberapa jam nak penuhkan air dalam locks = kapal kena 'lock up' = sebelum kapal ditimbulkan atau paras air direndahkan yang membolehkan anda berlayar ke tingkat lain.

------------
CERITA SELINGAN
Laut Merah, Red Sea = airnya berwarna biru. Tapi pak arab nampak merah sebab katanya ada algae-tumbuhan laut warna merah yang membuat air tu tukar warna.
-----------

Cerita syiok dan panjang pembinaan Suez Canal ni anda boleh baca sendiri, contohnya di Wikipedia.
- Canal ini ialah sepanjang 193km - jarak dari KL ke Ipoh ialah 205km.
- Lebar Suez Canal ialah 205 meter. Lebar highway dan jalanraya kita biasanya
seluas 3 meter SETIAP lorong.
Jadi maknanya si Canal ni seluas 68 lorong jalanraya.
Atau ikut skala lain - kita semua tahu berapa jarak 100m di track and field. Ah, ini dua kali jarak itu. Luas brader.


Kini, setelah pembesaran beberapa kali, Canal ni bukan saja boleh dilalui kapal dagang dan kapal minyak dan gas, tapi juga oleh US aircraft carrier beb. Aha!
Lihat ni GAMBAR US carrier sedang menyelinap di Suez Canal.

Maknanya senang Umat Am'rika ni nak dikejarkan dari pangkalan tentera mereka di Britain dan Eropah untuk ke Timur Tengah nak protect - bukan negara Arab - tapi MINYAK negara Arab.
Dah lihat ni, baru kita paham kenapa Yahud wan Nasara ni gemar sangat dengan Mubarak dan kerajaan Saudi. Satu control Suez Canal - jalan pintas untuk kapal minyak, kapal dagang dan kapal perang mereka.
Yang satu lagi ialah negara yang mempunyai minyak dan gas terbesar di dunia.
Negara yang mempunyai minyak bawah tanah KEDUA terbesar di dunia? Iraq. Ini datanya.
Lu ingat mereka tawan Iraq tu sebab apa? Hingga hari ni pun sistem jamban dan sekolah pun mereka tak buat dengan baik di Iraq. Sebab itu bukan priority mereka. Yang penting ialah dapat kawal minyak dan rakan karib mereka Israel Darul Pembunuh.
Cukup dulu.

Wednesday, February 2, 2011

Today is the day I die (juga, buku Kuan Yew)

Kalau nak memperjuangkan keadilan dan masa depan negara, beranikah anda lawan hingga bermatian?
Perghh belum tahu juga.

Jika anda sedang menonton apa yg sedang berlaku di Tahrir Square sekarang ini, begitulah caranya nak jadi syahid.

Licik Mubarak gunakan polis dan banduan dari penjara utk menyerang dan kocar-kacirkan demo 9 hari yg aman.

Lawan sampai mati pun tak apa, brader.
Ini untuk anak-anak kamu.
Dan untuk agamamu.
Jangan biarkan orang terus pijak kita.
Teruskan.

Ini Tian An Men Square berulang lagi. Orang akan cerita tentang pertempuran ini 100 tahun dari sekarang, walaupun semua mereka ini akan terbunuh dalam 24jam ini.


Diktator lain, lihat ya.
Baik kamu mula beli bearer bonds hari ini.
You're next.

--------------------------------------------
TAMBAHAN 1.20pagi 
Kuan Yew dan Dictatorship

Menarik komen seorang akademik Arab dari University of Chicago di CNN.
Mubarak memaksa rakyatnya pilih salah satu - freedom or security.

Saya teringat beza antara Temasek Darul Maha SombongBisu dengan Malaysia Maha Demokrasi Yakyakyak.

- Rakyat Singapork, termasuk ramai orang Melayu, mengundi dan terus mengundi PAP dan Lee Kuan Yew.
Mereka pilih 'security' - job security, home security, no-crime security, and security of their race and religion being insulted by others.

But they have to throw away democracy as many Malaysia understand it.
Mereka tutup mulut mereka dan katakan - biar menteri bergaji S$1juta setahun ni fikirkan untuk kami.
Kami hanya mahukan kerja selamat, gaji besar, rumah cantik dan holiday gi Australia. Macam gambar monyet tu - we see no evil, hear no evil, and definitely won't speak any evil.

Tapi semakin ramai rakankerja saya yg warga asing - ramai berbangsa India, ada dari Britain, dari Amerika, dari Malaysia jangan cakap lagi -termasuk dua Melayu dari Malaysia!
Mereka dah ambil permanent residency Singapoora. Dah nak terus tinggal dan kerja di sini, walapun negara mereka terang2 lebih banyak 'demokrasi'.
Fund manager terkemuka dari Amerika Jim Rogers jadi warga Singapork, juga aktor Jet Li dan Gong Li (ah moi ni kawin orang kaya Singapore, tapi beliau boleh terus jadi warga China, atau warga negara mana pun sebab laki jutawan giler).

- Rakyat Malaysia memilih freedom. Freedom to openly criticise anything even in government (orang Temasek takutttttt), to criticise each other's religion dan freedom for bloggers to do anything - jika ada komplen sikit tentang blogger Malaysia, semua bersatu padu. Bagus tu.

Ramai terus menerus berdiskusi dan berbincang masa depan negara tanpa tabir.
Kerana jika tidak, takut kerajaan (baik di Putrajaya mahupun di Penang atau Kota Baru) akan senget.
Dan orang Malaysia pelik tengok orang Singapork yg bodoh, termasuk Melayu, yg tak lawan balik bila 'kena tindas'.


PADA saya, masing-masing beb.
Saya berterima kasih dengan Kuan Yew. Kamu tak terima pendapat ini tak apa lah.
Beliau kekang demokrasi, betul tu. Tak ada bumiputra policy, betul tu.
Tapi ia telah sedarkan saya the value of fighting for everything. Biar saya pass value ni kepada anak-anak dan siapa yg nak dengar. 
Dan kerana saya duduk di Malaysia sekian lama, saya untung dua-kali - sebab belajar the value of demokrasi di sana! Mesti pandai dan berani bincang semua isu. Bukan kena 'talk down' macam di Temasek - mereka orang atas cakap, kita kata, 'Jump, sir? How high, sir?'


HINA ISLAM

Eh tapi beliau hina Islam kelmarin?

Pada saya - dah suku jalan baca buku Kebenaran Keras (Hard Truths) - itu amaran beliau agar umat M tak lalai hingga tak rapat dengan non-Muslim. Cuma pakcik tua ni jika cakap depa terus terang.
Sama juga jika anda baca komen-komen dari Dr M.
Mamat tua dua ekoq ni main redah saja. Itu cara mereka. Mereka ni macam bapa kita, cakap main lepas.

Pada Kuan Yew, jika non-Muslim boycott umat M yang lemah di Singapore, mereka tak rugi.
Tapi yg rugi ialah umat M kerana mereka banyak ilmu. Itu kekhuatiran LKY.

Orang cuma baca sebahagian saja apa yang dikatakannya - lalu melenting. Wah depa hina Islam. Kurang ajar punya Cheena. Dia ingat dia Nabi ke? (Ini antara komen yg saya dah dengar dan baca).
Jika kamu baca, beliau juga 'serang' Kristian.


Buku tu dalam format Question dan Answer.
Ini soalan yang diajukan kepada beliau:

Q: Your views on multiracialism have been a conerstone of Singapore's development over the last 45 years ago. The day Singapore became independent on 9 August 1965, you pledged on TV that Singapore would not be a Malay nation or a Chinese nation or an Indian nation. Looking back, what is your assessment of how Singapore has progressed on this road to multiracialism?

Jawapannya:
I have to speak candidly to be of value but I do not want to offend the Muslim community. I think we were progressing very nicely until the surge of Isalm came etc etc....

MAKSUDNYA, jika saya nak selamat, saya ucap yg baik-baik saja. Tapi saya beritahu kamu yg jelas, sebab tak lama lagi mungkin dah jalan....

Anda tentunya tak terima. Tak apalah.
Masing-masing beb.
Kalau kamu nak kata Remgold ni takut nak tulis yg benar, sebab tu dia menipu dan bodek Kuan Yew. Suka hatilah.
Put it this way - ini blog saya, jika saya takut, saya tak payah masuk isu itu pun apa kamu boleh buat? Ini ikhlas dari saya.

Saya dah kata tadi, I take all these things as a challenge.
Saya pernah tulis dulu, bila saya mula kerja jadi Financial Correspondent dengan agensi berita kewangan Amerika, AP-Dow Jones, 16 tahun dulu, seorang market trader pernah tanya - 'You're Malay ah? Impossible.' 
Jika saya lihat dari perspektif dia menyerang bangsa saya, gaduh. Kat Malaysia, saya dah buat police report. Laporkan dengan Utusan. Demo depan masjid.

Sebaliknya mamat China ni dari syarikat Nikko (one of the Big Four Japanese trading houses dulu) jadi rakan baik saya. Banyak ilmu saya dapat darinya.


CERITA MUAL - 
Jika takut muntah, tak 'yah baca

Saya ulangi di sini apa yg saya tulis baru-baru ini di bawah komen:

- tak yah nak melenting.
dia cakap tu dari kacamata bukan muslim, kapir harbi - orang melayu ni ajak minum beer tak boleh (boleh pekik 'takbir! take beer!' saja); makan semeja jika mereka makan babi kita tutup hidung; ajak makan malam kamu kata nak solat maghrib dulu, jumpa 8.30pm.
bila ajak masuk chinese restaurant, tak mahu; ajak duduk minum kedai kopi kamu kata tak ada halal sign; ajak berjabat kamu kata tak boleh.
lepas tu pakai tudung, pakai glove; sibuk bual isu pergaulan lelaki-wanita dan syurga-neraka tapi tak pernah tentang dalamkan ilmu dan buat sofwe dan senjata agar dapat lawan musuh.
bodoh sakan menyemak kat dunia, tapi tak terima bila orang suruh tingkat ilmu agar dapat kalahkan musuh.

jadi berbeza sungguh cara umat melayu bernama muslim ni.
jika kamu nak melenting lawan cakap dan debat suka hatilah. mungkin jika debat kamu menang pun. nak debat pakai quran dan hadis pun pakailah.

pada saya lebih penting yg saya buat tiap hari walau kecik zarrah saja.
yg menunjukkan, i am different from u, yet i am one of u.
accept me as i am. accept our differences.
in fact, Celebrate our differences.

- pada saya, saya kerja lebih kuat dari mereka - saya masuk kerja jam 11pg. 99pct saya dah duduk kat kerusi sebelum yg lain sampai by 10.59am. biar mereka tengok - ooi, mamat malayo ni cepat tiba. yg lain masuk 11.20, 11.30.
orang balik 8-8.30mlm, saya gerenti kamu saya balik 9-10mlm most of the time. sebab saya tunggu hingga berita2 yg saya edit tu dah selesai dengan sub-editors dan takut night editor ada apa2 soalan.
orang edit 2-3 stories sehari, saya pastikan saya buat 5-8. saya dapat kerja pantas sebab dulu kerja wire agency. semua pemberita bekas wire agency dapat menulis dan edit lebih pantas.

- saya berbahasa lebih manis dari mereka. bila email saya panggil mereka 'maam' dan 'sir'.
naik teksi pun saya suka kata 'sir, can u please stop at that building pls'. 'how many hours do u work a day, sir?'
nak turun teksi 'thank u, sir'.

- nampak tukang sapu dan pembersih jamban (kebanyakan warga china) tak salah kita 'hello, had dinner?'. takkan kita sapa boss besar saja? dan saya tunduk2 dgn mereka ni macam jepun bila jumpa rakan.

- ini rahsia lagi satu: saya suka belikan rakan2 benda2 kecil sebagai hadiah. kopi cawan kecik, biskut. saya suka buat joke kat opis.
apasal? agar mereka kata dlm hati mereka: this meley boy ah, his race wanna bomb us all, his religion is v bad, stupid religion cos everything cannot. then again, maybe it is not so bad after all.'

benda kecik2 beb. kamu mungkin kata - ye elleh, benda remeh ini pun dia nak action. kita solat tahajud tiap malam tak cakap apa pun.
saya tak mampu nak ajak mereka debat 'islam itu indah' atau nak tunjuk agama saya ni tak jahat, bahawa yg gila ialah pak arab dan sekutunya. dan mereka sebenarnya marah isu palestin etc.
mereka bodoh sebab semua ketua kami korupt idea, korupt wang dan korupt kuasa, tak tunjuk jalan strategik.
tak pandai agama saya ni, jadi saya buat semampu saya.
saya tahu mereka semua harap dgn saya jika ada isu politik tenggara asia, muslim issues dan isu pelaburan.
i am different from u, yet i am one of u.
nay, in some issues, i am better than u.

pada saya kuan yew nak kata pun katalah. kamu tunjuk ayat quran dan hadis nabi pun tak guna sebab esok mereka masih cemuh agama dan bangsa kita.
kita kena tunjukkan bahawa kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama masuk longkang dgn mereka.
maaf, aku action sikit. mabuk sikit malam ni sebab makan ubat batuk.
i am a muslim and i am not a terrorist, kata shah rukh khan.

Saturday, January 29, 2011

Egypt, Jordan, Yemen bergolak. US takut

Nampaknya riwayat Mubarak dah habis.
Dah nak habis? Saya rasa dah habis - jika rakyat terus mengamuk di jalan raya.
Baguslah.
Seperti Tunisia, Mesir juga disokong kuat oleh Amerika. Kini Amerika mainkan lagu konon mahukan demokrasi utk kedua negara ini. Licik si Uncle Sam ni.


Di Mesir/Egypt, 33 peratus orang tak ada kerja.
Jika dibawa ke Malaysia (ada 11juta pekerja), misalnya - maka 3.63 juta orang tak ada kerja. Bayangkan jika 1 dari 3 orang dewasa jantan di Malaysia tak ada kerja. Ooo, cari pasal tu.


Separuh daripada rakyat Mesir yg 80 juta miskin - belanja hanya purata US$2 sehari (RM7). Kalau wang yg sama dialihkan ke KL, kita naik bas-LRT pergi-balik kerja dan sarapan dah habis dah.
Ini belum lagi jika naik kereta pergi-balik kerja dan parking kat bandar, duit minyak.

Apabila saya ke Mesir pada 2009, nampak benar kemiskinan.
Sama seperti di Delhi atau Jakarta.
Bezanya, kebanyakan mereka di Delhi dan Jakarta ada pekerjaan.
Betul ada corruption di India dan Indonesia, hingga polis dan semua pegawai pemerintah minta duit jika nak lakukan sesuatu. Tapi mereka tahu mereka anda undi. Jika marah boleh undi keluar Manmohan Singh dan Susilo Bambang Yudhoyono.


Tak seperti di Egypt, di mana elections semua diatur di belakang tabir - dengan sokongan Amerika you. Uncle Sam bising2 kat Malaysia dan Indonesia tentang demokrasi dan reformasi pada 1998, tapi rupanya Tunisia, Egypt, Jordan, Saudi Arabia, etc dah berpuluh tahun tak ada demokrasi.
Tapi Uncle Sam senyap sebab mahukan kestabilan untuk kebaikan Israel, dan agar dapat minyak dengan murah dari Timur Tengah. Jika mulut rakyat disumbat, mereka boleh buat apa saja.

(Singapork mungkin kamu kata 'tak ada demokrasi', tapi sebenarnya boleh undi PAP keluar jika rakyat marah sangat. Dan semua rakyat Singapork ada pekerjaan).


UJIAN NAK TAHU NEGARA MISKIN

NAK tahu sesuatu negara tu ramai rakyat miskin atau tidak, lihat kiri kanan bila kamu berjalan di bandar mereka.
Ini simple tests saya:

- Ramai pengemis? Di Malaysia jarang. Cuma kat masjid KL mungkin ada, itu pun orang Myanmar kebanyakannya.

- Ramai yg pakai baju compang camping, atau baju dah karat. Di KL boleh kata tak ada, tapi saya nampak di Kelantan, Terengganu walau sedikit, dan ramai di Kota Kinabalu (mungkin warga Filipina kot).

- Tempat makan atau restoran di tepi jalan tak banyak pasang aircon. Kita tak include tempat makan dalam shopping centre.
Dah kita tak boleh sertakan restaurant chain seperti Coffee Bean, Macdonalds atau KFC yg gerenti ada aircon.
Atau jika tak ada aircon pun, tempat makan itu bersih dan kita tak takut nak makan di situ - ia bersih seperti banyak restoran mamak dan kedai makan Mak Limah di KL dan Shah Alam.


Di Kota Baru dan Kuala Terengganu, banyak kedai makan di tepi jalan ada aircon, atau jika tidak pun, bersih dan kita tak takut masuk dan makan di situ.
Maknanya, things are not so bad.

Jika banyak kedai makan beraircon atau bersih, ia bermakna ramai pelanggan yg mampu makan di situ. Ia bermakna kadar kemampuan (gaji) boleh tahan.

- Rumah dan pangsapuri di tepi jalan nampak teratur dan bercat 'baru'.
Di Damansara Heights dan Bandar Utama, semua rumah dan kondo cantik. Di Keramat dan Bangsar Baru banyak juga pangsapuri yg dah lama tak dicat!
Tapi di negara miskin, hampir semua pangsapuri dan kondo karat! Seperti di Mumbai - bandar terkaya India kerana ia business centre dan bandar Bollywood.


Di Cairo yang saya kunjungi tu, nampak tanda-tanda kemiskinan di mana-mana.
Yang memeranjatkan - Amerika memberi bantuan sebanyak US$1.3 billion Setiap Tahun kepada tentera Mesir! Dan US$250 juta setahun sebagai bantuan ekonomi.
Saya rasa Uncle Sam tak banyak soal apa digunakan dengan wang tu. Asal negara Arab yang mempunyai tentera terbesar terus stabil dan berbaik dengan Israel.

LEPAS tu ada problem lagi - abang polis dan secret police (SB, kata orang Malaysia. ISD kata orang Singapork) Egypt jahat giler.
Tangkap orang sebarangan, pukul hingga mati dalam tahanan, dibawa mahkamah pun tak guna sebab kes kena buang - eh eh, macam pernah dengar kat negara lain.

LAGI MASALAH - inflasi tinggi. Harga makanan dah melonjak. Apa punya kerajaan nih!


TERUS MEREBAK

JADI isu-isu ini semua dipendam begitu lama. Membakar hati. Gerrrrammmm!

MAKA ia meletup selepas mereka lihat Tunisia dah jatuh.
Dah merebak juga ke Jordan.
Dan Yemen.
Pemerintah Lebanon baru tumbang.
Algeria pun orang dah mula nak demo!

Kata Lt Col Ralph Peters, Fox News strategic analyst - by supporting a relic and a dictator, America is hurting our long term interests.
Tahu pun.


WATCH THESE:

- Ramai wanita juga turut demo. Ada yg pakai chador pun. Ramai orang muda. Ini bukan demo teratur kat depan embassy America di Jalan Tun Razak. Semua orang yg marah terus keluar secara spontan. Sama macam Reformasi 1998 Malaysia dulu.
Di negara Arab, wanita selalu duduk rumah. Jika mereka keluar tu, signal kuat kemarahan rakyat.
- Tentera Mesir dah keluar dengan tank besao. Tapi mereka tak masuk campur, cuma hang around saja.
Jika anda lihat tumbangnya Shah Iran dulu pada 1979, kejatuhan beberapa pemerintah di Thailand (coup d'etat), Cory Aquino jatuhkan Marcos di Filipina 1986 dalam People Power Revolution - tentera keluar tapi tak tembak rakyat. Maknanya para jeneral bersama rakyat!
Polis telah disalahkan banyak pukul rakyat yg demo. Seramai 35 orang dah mati beb.
Mubarak pun dulu dari tentera - sebagai komander air force.
Jika para jeneral kata - cukuplah tu Mubarak dan first lady, maka tamatlah depa.
Itulah yang berlaku hanya dua minggu lalu di Tunisia - para jeneral kata bye-bye kepada Ben Ali dan wanita pertamanya.
- Ada lagi satu argument kenapa Amerika begitu kuat menyokong banyak diktator Arab ni. Sebabnya ialah mereka takut parti Islam akan naik termasuk Muslim Brotherhood. Israel pun takut beb jika kerajaan diktator jatuh.
Kini jika Mubarak jatuh di Mesir dan apa yg terjadi di Tunisia. Siapa yg akan naik? Mereka nak control lagi diktator baru, atas nama 'preventing pro-Al Qaeda groups from coming to power'.


POST SCRIPT

Takut anda tersalah sangka dan rasa saya benci dengan Amerika, biar saya kata kat sini: Amerika kuasa besar di dunia. Satu-satunya kuasa besar di dunia, walau China tak lama lagi join depa.
Jadi apa yg dibuatnya Tepat. Jika saya Amerika, saya pun buat seperti apa yg dilakukannya!
Kenapa tidak: Kita sokong selective democracy atau apa jua pun, agar dapat minyak dengan murah, dan rakankarib kita Israel tak diserang.

Saya sebenarnya segan betoi dgn Am'rika ni setelah melawat dua minggu tahun lalu - sini, sini dan sini.
Mereka hanya perlu dua tiga orang bijak nak kalahkan kita yg berjuta-juta.
Mereka ada Warren Buffett, Alan Greenspan, Steve Job, Maurice Greenberg, Bill Gates, Sergey Brin, Jeff Bezos, Larry Elison, Mark Zuckerberg, Pierre Omidyar. Tak pernah dengar nama mereka? Saya sengaja tak beri link. Gi Google.
Mereka semua telah merubah hidup harian kita sedunia!

Yg saya marah ialah umat M yang bodoh diperkudakan oleh orang lain. Mereka pecah2kan kita, lalu kontrol pemimpin kita, dan bagi bantuan wang.
Macam mana rakyat nak naik ilmu dan reka sofwe dan barangan elektronik yg boleh menukar dunia, jika pemikiran kita dikekang.

Thursday, January 27, 2011

Amerika mahu New Sputnik Moment

Saya rasa Presiden Obama baca blog ni tak? Heehee.
Sedang kita sibuk ngobrol isu kejatuhan Amerika sebagai superpower, dan kenaikan China. Dan mungkin lepas itu India, beliau memberi ucapan State of the Union.
Ini ucapan oleh presiden Amerika setiap tahun - ucapan Keaadan Negara Kita.

SELEPAS Perang Dunia Kedua yang berakhir 1945, superpower dunia masa itu, Britain, menjadi lemah. Dan banyak negara Eropah lain yang dulu ada empayar - iaitu penjajah India, sebahagian China, Malaya, Indonesia, Vietnam, negara-negara Arab dan Afrika - menjadi semakin lemah.

Jika belum keluar dari negara jajahan, maka mereka pun keluar sebab duit dah habis akibat peperangan - kerana sebelum ini Perang Dunia Pertama pun teruk mereka keluarkan perbelanjaan dan ramai anak muda yang mati.
Britain (dulu jajah Malaya, lepas tu tewas dengan Jepun).
Perancis (Vietnam dan negara Africa).
Holland (Indonesia).

Spain, Portugal, Belgium, Austria dulu ada tanah jajahan di Africa.
Germany (Hitler) dan Italy (Mussolini) yang kalah Perang Dunia hilang negara tawanan di Africa dan Arab seperti Algeria, Morocco, Egypt dan Libya.
Di sebelah Asia, Jepun kalah lalu hilang sebahagian China, dan Communist Party of China dan Mao Zedong naik.
(Ini tulis pakai ingatan, mungkin ada silap kot).

BIG picturenya: America naik sebagai Superpower baru. Diikuti dengan Soviet Union, sedang empire terbesar masa tu Britain terus menjadi semakin lemah.
Kenapa? Kerana apabila Eropah berperang dulu, America di hujung jauh Atlantic Ocean. Jadi depa tak banyak terjejas dari segi kewangan.
Apabila join masuk World War 2 dan bantu negara Eropah kalahkan German (orang tua macam saya gemar dulu nonton kat tv cerita 'Combat', starring Vic Morrow), kewangan tetap steady.

Tapi dah naik, Amerika lalai, sedangkan Soviet Union - yang turut menang dalam Perang Dunia Kedua dengan menewaskan Germany - terus mara dari segi teknologi.
Dalam tahun 1957, Soviet tiba-tiba lancar satellite Sputnik ke angkasa.
Lepas tu dalam 1961, Soviet hantar Yuri Gagarin (Gambar) sebagai angkasawan pertama. Cosmonaut.
Depa pusing dunia dengan vehiclenya - eh eh, macam Angkasawan Negara Malaysia yang tumpang 'kereta' orang lain, lepas tu ngaku jadi *Can-or-not.


(*Dulu orang buat joke setelah orang Melayu jelajah angkasa:
Angkasawan Soviet = cosmonaut.
Amerika = astronaut.
China = taikonaut.
Perancis = spationaut.
Jepun = japonaut.
Malaysia = can-or-not).


BALIK CERITA ASAL....
Ketakutan si Uncle Sam takut kena overtake, lalu mereka lancarkan program besar-besaran nak hantar manusia ke bulan.
Itupun langkah pertama Amerika kalah, sebab Soviet dapat hantar dulu satelit ke bulan.
Tapi manusia pertama yang memijak tanah di bulan ialah Amerika, pada July 20, 1969. First landing on the moon. Neil Armstrong dan Buzz Aldrin jadi hero satu dunia. Angkasawan ketiga ialah Michael Collins yang tak turun, kena jaga kapal angkasa takut toilet sumbat.  Dan kena panaskan lauk yg dibawa dari dunia.


Gambar atas sekali - Armstrong duduk kiri, Aldrin duduk di kanan.



Gambar - setem ini dulu masa kecik saya ada. Baru saya beli yang baru, bulan lalu, dengan harga beberapa dolar, sebab teringat zaman kanak-kanak dulu dan terbaca designer stamp yang terkenal ini baru meninggal. Hobi baru saya collect stamp!

Setelah landing ni, wah, the Americans have shown their technological prowess.
Mereka gedebe - Kamilah Superpower sebenar, bukan Soviet Union komunis tu.

Masa tu, saya baru darjah tiga (9tahun!), tinggal di kampung di Pasir Panjang Road, Singapork.
Televisen masih black and white. Gi sekolah jalan kaki.
Tinggal di rumah kampung ada tanah sendiri! (Kini satu Singapork tinggal flat atau kondo, melainkan yang superkaya).
Heboh habis satu dunia! Bising di radio dan TV.
Saya ingat lagi - saya yang tak pernah baca akhbar pun sibuk tumpang baca. Nak tengok gambaq.

Saya ingat lagi pakcik dan makcik saya discuss isu ni - ada yang kata betullah tu manusia dah semakin pandai, ada yang kata mana ada ajaran agama kata manusia boleh sampai ke bulan, Ustaz kata tentu penipu, mereka buat dalam studio kot.
Ada yang tanya kenapa tak jumpa alien.
Yang tak ada agama tanya - kata ada 'tuhan' kat atas tu, tak jumpa pulak.
Aku budak kecik nganga saja.

Selepas President Gorbachev dari Soviet naik, Cold War antara negara ini dengan America pun tamat.
America wins. Capitalism wins. Market economy wins.
Superpower tinggal satu saja - itu yang buat America melepak.
ROK, kata mamat Singapork. Rilek One Kornar.

Kini China, India dan banyak negara lain sedang mara.
Yang paling ditakuti America ialah China, sebab dengan India mereka boleh jadi kawan. Mereka tahu tak dapat control China.
Itulah yang membuat Obama membuat ucapan New Sputnik Moment dua hari lalu. Juga di sini.

Mereka dah sedar nak kalah beb, nama negara dah jatuh. Kita bila nak bangun tidoq?


------------------------------------------
TAMBAHAN 12.40tghhari

Wanita Asia pertama yg menang Grand Slam tennis ialah.....
Li Na dari China.

Monday, January 24, 2011

Sejarah China... RISING! Bah. 2/2

....SAMBUNGAN.... dari ngobrol lepas tentang kebangkitan China.

SEBELUM itu baik saya kata dulu: Maaf tuan-puan, saya bukan penganalisa atau akademik dalam isu ini dan banyak isu lain yang dicerita dalam blog saya. Kita bual kosong saja ya, 'ngobrol' kata Wak jawa, jadi tentunya banyak yang silap. Harap betulkan.


DALAM sejarahnya beribu tahun, India tak cuba menyerang atau conquer negara di luarnya (tak termasuk Pakistan dan Bangladesh - yang memang dulu sebahagian daripada India).
Mamat-mamak nenek moyang saya ni sibuk gaduh sama sendiri.

Tapi sejarah China lain.
Dia pernah dua kali hantar beratus kapal perang nak serang Jepun.
Dalam dinasti Yuan, orang Mongol kuasai China dan Kublai Khan hantar kapal perang dua kali - tahun 1274 dan 1281.
Nasib baik bagi Jepun, kedua-dua kali itu kapal semua kena typhoon dan banyak tenggelam dan yang lain calibut lari.
Bagi Jepun, angin kencang itu dipanggil divine wind atau kamikaze.

China juga pernah menelan utara Vietnam, utara Myanmar, selatan Russia, dan seluruh Korea dalam sejarah 5,000 tahun.
Dan kini ia menelan Inner Mongolia, dan juga Tibet (sehingga memaksa 'raja' mereka Dalai Lama lari ke India hingga hari ini.
China melalui Admiral Zheng He (Cheng Ho) pernah sampai ke Melaka dan negara tepi laut lain, dan minta tribute dari tempat-tempat ini - kalau tidak, takut kena serang. Cuma mereka guna diplomasi cara baik, bukan ugutan.

Dan hari ini, seperti saya pernah ngobrol, China yang sedang naik ekonomi dan kekuatan militernya sedang cucuk India di Arunachal Pradesh state dan di Jammu dan Kashmir. Cerita dan peta di sini dan di sini.
Dan kita semua tahu, China terus bertegang urat dengan Vietnam berebut Paracel islands, dan dengan Filipina, Malaysia, Vietnam dan lain berebut Spratlys islands. Lihat Peta.

Kerana sejarah China inilah, sebagai expansionist country, atau imperialist country - negara yang suka berkembang dengan ngap orang lain - maka Amerika, India dan yang lain agak cemas dengan kebangkitan ekonomi dan militernya.


DULU Amerika licik apabila Presiden Gorbachev naik di Soviet Union.
Mereka pastikan Soviet berpecah dan berkecai - sehingga jadi Russia dan berbelas negara kecil seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Tajikistan dan Gohead-gostan.

KINI Amerika takut kerana tak tahu bagaimana nak sekat kemaraan China. Dulu ekonomi Amerika kuat jadi boleh kemekkan Soviet.
Kini ekonominya sendiri dah masuk longkang, sedangkan China sedang pesat membangun.
Malah negara terbesar yang membeli bond (hutang-piutang) Amerika ialah China! Kahkahkah.
Lihat table ini. Singapork dan Malaysia pun ada beli bond US. Mereka panggil Treasury Securities, T-bills atau T-bond.

---------------------------------------

LARI TOPIK KEJAP: 
Apa itu Bond?
Apabila syarikat atau negara nak pinjam wang, mereka boleh ke bank dan ambil pinjaman, macam kita ambil loan beli kereta.
Tapi ada satu lagi cara meminjam wang - dengan suruh pelabur membeli bond kita. Kita keluarkan kertas cantik di mana ditulis: Kamu beli kertas ini dengan harga US$1 juta. Kami, negara Amerika, janji akan bayar kamu 7-5/8 peratus bunga, misalnya, setiap tahun hingga tahun 20xx.
Lihat Gambar.
Jadi janganlah takut bila orang sebut bond, treasury bills, debt market instruments, atau fixed income securities. Permainan yang bijak, akhirnya ada yg hancurkan dunia pada 2008 apabila housing debt instruments mereka merobohkan pasaran kewangan.

Kalau kita orang biasa, kita panggil Buku Tiga-Lima.
Kamu pinjam duit Ahmad $1,000, maka dia tulis dalam 'Buku 555' bahawa kamu janji bayar RM50 sebulan hingga tahun 20xx.
Cuma kertas bond ni cantik ler.
Ini belum masuk bab muni bonds, sovereign debt, junk bonds, samurai bonds, T-notes, yankee bonds, coupon rates. Tapi benda tu jugak beb. Percayalah, jika diexplain lima minit kamu akan faham.
Ini permainan orang atas yg boleh menipu kita orang kampung yg tak belajar maths.

---------------------------------------

China ini banyak pegang hutang-piutang Amerika. Jadi jika Amerika bising-bising nak tekan mereka, takut pula Beijing JUAL bond ni banyak-banyak di pasaran dunia. Boleh jadi problem terhadap Uncle Sam. Boleh ranap ekonomi Amerika.

Dan kini, kerana nak kuatkan ekonomi Amerika, bank pusatnya Federal Reserve, dah cetak wang banyak-banyak hingga dolar Amerika jatuh teruk.
Sedangkan matawang China, Yuan atau juga dipanggil Renminbi, semakin kuat.
Begitu kuat matawang China sehingga ada nama jolokan baru untuk bond China - baru saya terbaca malam ini - dim-sum bonds.

Apabila negara atau syarikat keluarkan bonds dalam American dollars, ia dipanggil Yankee Bonds.
Jika bond dalam matawang Jepun (Yen), ia dipanggil Samurai Bonds.
Yang dalam Chinese yuan pula dapat gelaran baru, Dim-Sum Bonds.

Petronas selalunya jual bonds dalam matawang Amerika. Tapi esok jika Petronas jual bonds dalam ringgit Malaysia, kita akan panggil dia Belacan Bonds.
Singapork jika jual dalam Singdollar, kita akan panggil Bakkwa Bonds, ok tak?



DENGAN kenaikan ekonomi China ni, saya pasti tak lama lagi mereka akan jadi Superpower Kedua, setelah lesapnya Soviet dulu.
Saya dah mention sebelum ini, China dah ada satu aircraft carrier.
Mereka mengejutkan ramai orang bila ada stealth submarine (ada yang kata ini cerita dongeng. Saya bukan penganalisis pertahanan. Tak tahu ler, cuma pickup berita ini).
Dan baru dua-tiga minggu ni, heboh satu dunia dengan stealth jetfighter China. Gambar.
Teknologi stealth ni bermakna, radar kamu tak dapat kesan mereka. Tiba-tiba kaboom! Kamu dah kena serang!



PENGHUJUNG CERITA

SAYA bukan nak apa cerita panjang-panjang tentang China ni.
Saya dah jemu dengan gelagat Amerika dan medianya.

Mereka pergunakan umat M ni - nak minyak murah lalu mereka sokong rejim-rejim zalim yang begitu banyak di negara Arab, agar rakyat kena tekan. Dan mereka dapat pam minyak dan gas dengan murah tanpa banyak soalan dari rakyat.
Lepas tu bila Osama dan geng mengamuk dan serang mereka, mereka salahkan Saudi kerana sekat rakyat dan bawa Islam yang sempit. Hello. Mereka jadi gitu sebab kamu yang backing rejim Arab sedemikian.

Di Iran pun dulu sehingga lahir Ayatollah Khomeini dan hingga hari ini ada Presiden Ahmedinijad yang mereka benci.
Iran jadi gitu sebab dulu kamu sokong Shah Iran yang bunuh rakyat agar kamu dapat minyak dengan murah, bahalol.

Di Afghanistan dulu, mereka tak dapat kalahkan Soviet yang masuk Afghanistan.
Lalu mereka sokong Taliban di Pakistan dan gunakan madrasah-madrasah dan ulama fahaman extreme untuk lawan Soviet. Makin extreme ajarannya makin bagus sebab tak takut mati lawan komunis Soviet.
Amerika bekalkan senjata termasuk Stinger missile.

Anda nak tahu detail tapi malas nak baca buku atau Internet? Ada movie beb yang kasi detail ni - starring Tom Hanks dan Julia Roberts - Charlie Wilson's War.
Hanks sebagai Senator Charlie Wilson yang masuk ke Paki dan Afghanistan, dan beri wang dan senjata berbilion!
Bila Soviet dah lari, mereka tak ambil senjata kembali. Taliban berkuasa menggila di Afghanistan dan madrasah ilmu-sempit merebak di Pakistan.
Mereka komplot serang kamu.
Eh! Kamu salahkan umat M lagi - kenapa extreme agama kamu ni?
Kenapa tak kurangkan sifat keIslaman kamu, kata Kuan Yew.
Kan kamu dulu yang ajar Taliban dan madrasah berfikiran begini agar benci sakan dengan Soviet?!?!



Di Iraq, mereka juga yang buat Sunni, Syiah berbunuh teruk hingga hari ini, selepas rakan mereka Saddam Hussein mampos.
Dulu mereka sokong Saddam agar dapat kalahkan Khomeini di Iran. Yang beri teknologi sarin gas tu siapa? Amerika beb.
Agar Saddam dapat kasi gas beracun kepada bala tentera Iran!

Isu Palestine pun sama. Mereka dodoikan kita dengan lagu enak, sedangkan sokong penuh dengan Yahudi.

JADI pada saya, baik kita sokong China ni naik jadi Superpower Kedua.
Biar ada balance of power macam dulu dengan Soviet.
Kamu tak sokong kami? OK, kami lari ke China.
Kamu tak mahu jual senjata? OK, China nak jual.
Kamu tak sokong kami di United Nations, tak apa China boleh sokong.

MALUlah umat M ni minta sedekah macam ni.
Tapi nak buat apa?
Pemimpin kita sibuk nak debat. Nak habiskan wang. Gaduh benda remeh dalam DUN dan Parlimen.

Sehingga kita mampu buat senjata stealth sendiri, cipta Algos dan Stuxnet sendiri, kita terus merempat ler.
Jadi buih di laut.

Saturday, November 13, 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi.... Bah. 2

KENAPA PERLU MATAWANG

Secara basic, ceritanya gini pada zaman dulu:
Tuan A ada 10 ekor lembu yang ada susu. Boleh diperah setiap hari dapat susu. Bak kata omputeh 'Got milk'.
Mamat B tukang repair rumah.
Puan C ada ayam 50 ekor.

Bila B nak susu, dia 'beli' dari A. Lalu A kata 'Aku beri kamu satu teko susu, kamu tolong repair rumah aku'.
Dua hari lagi, B nak susu tambahan kerana anak bini suka.
Tapi takkan A nak suruh B repair rumah setiap dua hari?

Mamat C pun suka susu. Dia beri A seekor ayam, dan dapat satu baldi susu.
Satu baldi susu tu boleh diminum selama seminggu. Nak simpan kat mana jika tak mahu basi (ini cerita zaman kuno). Beliau ada storage problem kerana diberi lebih barangan dari apa yang diperlukan.
Jika C beri A seekor ayam dan dapat hanya satu teko susu pula, rugilah C. Dalam 50 hari tak ada ayam lagi.

Dan jika rumah C bocor, takkan setiap kali B datang diberi seekor ayam sebagai bayaran? Sebab yang bocor kat bumbung tu sikit saja.

Kerana isu-isu inilah maka orang reka apa yang kita panggil currency atau matawang.
Agar dapat membayar seseorang itu untuk barang atau khidmatnya dengan tepat.
GAMBAR: Matawang lama Johor, diperbuat daripada tin/perak.

Kalau di zaman ini tak ada matawang lagi payah beb!
Saya wartawan, pandai tulis cerita bukan-bukan.
Kalau saya dah makan prata/canai dengan teh tarik, nak bayar dengan apa? Kasi mamak tu dua keping akhbar? Sekali dia boikot Utusan, mampoi saya tak ada apa nak bayar depa.
Kalau tauke selipar pula dah makan prata/canai dan teh tarik, takkan nak bayar dengan sepasang selipar?
Dalam sebulan, ada 30 pasang selipar kat restoran mamak tu. Storage problem with excess goods.
Dan jika yang makan tu boss syarikat Merc? Nak bayar dengan tayar atau steering kereta?

YANG paling unik dalam penggunaan matawang ialah satu komuniti pulau dekat New Zealand.
Kepulauan Yap.
Mereka keturunan orang Melayu dan Indonesia. Mereka pakai BATU BESAR sebagai matawang dulu.
Kamu baca ceritanya di sini.
Tapi mereka tidak angkat batu besar tu setiap kali buat deal. Cuma mereka tahu batu itu dah bertukar tangan, tanpa batu-batu besar itu digerakkan.

----------------------------------------------------
THE STORY OF GOLD

Oleh kerana Emas dan Perak dihargai dari dulu, maka itulah sebabnya ia antara yang pertama digunakan sebagai matawang ni.
Emas dinilai begitu tinggi atas dua sebab:

1) Rare, payah nak dapat. Harganya lebih tinggi dari Besi/Steel atau Tembaga mahupun Aluminium sebab ia susah nak didapati.
Kalau kita beli kereta boleh pakai Besi, habis stesen bas dan stesen LRT kita kopak semua besinya, nak buat downpayment beli BMW.
Besi, aluminium, zinc, dan logam lain lebih mudah nak dapat.

2) Purity, Cantik bersinar. Kena kilauan emas, semua khayal masuk syurga kejap.
Jika saya bawa Stainless Steel satu kilo dan sekilo Emas, Steel tu pun silau juga. Tapi cantik Emas ni lain pula. Mengkhayalkan.
Silver-Perak pun berkilau gila. Tapi tak sesyiok kilauan Emas. Dan Perak lebih mudah dan banyak digali.
Macam minum teh tarik kurang manis dengan teh tarik paling manis. Yang paling manis tentu lebih mengkhayalkan. Walaupun esok kamu masuk hospital kena diabetes.

Jadi kerana ada faktor 1) dan 2) ni maka ia menjadi rebutan manusia.

a) Menurut sejarah, emas ni dikorek di lombong di Africa dan dieksport bersama ivory (gading gajah) - melalui apa yang dinamakan the Gold Coast countries of Africa - negara-negara di 'bawah' Britain dan Spain.
Dari negara itu juga hamba sahaya kulit hitam/slaves dibawa lari oleh omputeh. Seorang keturunan hamba Negro itu ialah Kunta Kinte (yang berasal dari Gambia).
Hingga kini ada negara Afrika bernama Ivory Coast (Cote d'Ivoire - GAMBAR). Ah, kat tepi situlah ratusan kapal omputeh dari Eropah dan Amerika berlabuh nak collect emas, gading dan slaves.
Dan ada lagi satu benda yang mereka collect - GARAM! Salt!
Kenapa? Sebab tak ada fridge, orang dulu gunakan Salt nak awetkan daging dan ikan. Salted fish, salted meat.
Pada zaman Roman Empire, ramai askar mereka dibayar gaji bulanan dengan Garam! Ini cerita betul!
GARAM ialah salah satu matawang lama.
Mereka mudah nak angkut Garam ni, dan digunakan untuk membeli apa saja.

Kalau hari ini Garam boleh bayar downpayment untuk banglo kat sebelah rumah Anwar tu, kan syiok.
GAMBAR - Bukan jongkong emas, tapi jongkong garam. A salt bar = digunakan untuk bayar gaji zaman dulu. Cuba esok kita bayar abang polis atau tentera di raja pakai Garam. Roboh kota Melaka beb.

b) Spain dan Portugal pula merampok emas orang Mexico (empayar Aztecs dan Mayans) apabila kapal mereka mendarat di selatan Amerika.

c) Emas yang lain digali di California (The California Gold Rush, sehingga naiknya bandar San Francisco) dan juga di Australia (The Australian Gold Rush, sehingga pulau besar ini, yang dulu hanya untuk simpan banduan, menjadi negara penuh). Terima kasih kepada Emas, California dan Australia membangun pesat!

Kat Malaysia pun ada Gold Rush dalam hutan Terengganu (?) dan Pahang (?), tapi tak ada pembangunan sebab tak banyak emas dapat digali. Jika tidak, saya gerenti tempat itu ada ratusan ribu manusia dan bandar akan tumbuh dengan cepat.


FAKTA PENTING: Saya kata Emas itu barangan yang payah nak dapat.
Dari zaman dulu hingga kini, jika semua emas yang ada di dunia dikumpulkan, ia hanya dapat mengisi satu-pertiga (one-third) kolam renang saiz Olimpik.
Jutaan manusia jadi hamba dan disiksa kerana orang nak Emas ni!
Bayangkan tuan-puan. Kalung di leher Datin dan coin emas dalam almari Datuk tu hasil titisan darah jutaan manusia dalam sejarah.
Begitu juga mereka yang tertanam berbulan dalam lombong emas dan perak di Chile baru-baru ini.
Tapi itulah, maknanya tak banyak Emas ni. A rare object! Sebab itu ia dinilai begitu tinggi.
Macam juga Brad Pitt dan Keanu Reeves. Sebab tak ramai mamat hensome yang pandai berlakon.
Jika ramai wartawan hensome macam mereka - rarity dan shiny factors - dan Azmin Ali muka macam Brad, dan Zaid Ibrahim seiras Keanu, maka tak laku lagi dua pelakon Hollywood tu!
Eh, bila pulak saya kata Azmin dan Zaid muka macam besi buruk!?!?
Bila pulak saya kata wartawan semua muka malaun garam basah?!?! Kamu jangan pandai-pandai ah!

Friday, November 12, 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi....

Maaf tak update beberapa tahun.
Kadang-kadang waktu malam saya pikiak nak update blog atau nak baca buku.
Jawapannya: baca buku tiap malam dari 1 hingga 2 pagi. Kadang dah 3pagi pun tak sedar.
Seronok baca buku ni (GAMBAR). Dah setengah jalan, mukasurat 240.

Sebab saya ada rancangan nak tulis tentang matawang, emas dan perak, dan apa yang dipanggil 'quantitative easing' (QE) masakini.
Amerika nak kuatkan ekonominya yang lemah, lalu mencetak wang (print money), apa yang dipanggil QE.
Kerana ia mencetak berbilion maka wang itu kini masuk ke Asia. Sebab itu ringgit dan rupiah, rupee dan Singdollar, semua melonjak.

Dalam buku sejarah emas ni, ada satu fakta menarik.
Kita semua tahu bahawa pada zaman dulu - baik zaman Kublai Khan, Queen Victoria, kerajaan Melaka atau Pasai lama pun, wang yang digunakan ialah EMAS dan juga PERAK.
Atau setidak-tidaknya, mereka gunakan COPPER (tembaga), LEAD (timah) atau BRONZE (gangsa).
Semuanya dalam bentuk COINS (tak semestinya bentuk bulat).
Atau jika negara papa, mereka gunakan batu yang diukir.

Pada zaman Emperor Chin (atau kini dipanggil Qin), Hien Tsung, negara kekurangan copper. Copper coins dah tak cukup.
Maka beliau terpaksa gunakan KERTAS sebagai matawang.
Beliau memerintah pada tahun 806-821 - 1,200 tahun dulu! Dari nama empayar Chin tulah lahirnya nama China.

Pada masa itu ramai orang tertawa - 'Alamak, apa ni kerajaan pakai kertas. Sengkek betoi'.
Tapi mereka tertawa masa kat rumah, jika tidak kena potong kepala mereka oleh emperor.

Itulah PERTAMA kali manusia mencetak kertas untuk matawang!

GAMBAR 2: Wang emas kerajaan Islam Aceh. Maaf, kurang pasti tentang sejarah negara Is-le Aceh ni. Jika anda nak beli wang emas beratus tahun ni, boleh dapat kira-kira 20 biji untuk RM1,000-RM1,500 (S$400-$500). Kecik nonet saja wang ini - saiz KUKU di jari TENGAH orang dewasa.
Ada kedai-kedai dealer di KL dan Temasek yang menjualnya.


-------------------------------------------
SIKIT TENTANG EMAS
Jika anda ke kedai emas nak beli cincin atau kalung (pak jantan selalunya ikut bini atau ibu), kedai tu biasanya menjual emas 22 carat. Atau 18 carat.


Pure gold bertaraf 24 carat (atau 999 fineness. Nak mudah, saya panggil 99.9 per cent gold, 0.1 per cent logam lain atau impurities).
Atau orang suka kata = 24k gold.

Jika anda pernah pegang gold coin yang dikeluarkan oleh Canada - maple leaf coins (Lihat GAMBAR) - wooi itu lagi cantik.
Itulah syiling emas paling pure: 9999 gold. Silau dia pun lain macam, semua hampir totally emas tulen = fine gold = di Indonesia dipanggil ‘emas mulia’.

Tapi emas 24 carat ni lembut. Jika kamu lempar maple leaf gold coin tu ke tembok, ia kemek.
Sebab tu kedai emas kebanyakannya offer emas:
- 22 carat/22k (atau 916 gold). Ada logam lain yang memperkuatkan emas tu. Jadi kalung tak mudah putus. Harganya lebih murah dari 24K.
- 20 carat/20k (fineness 833).
- 18 carat/18k (fineness 750). Ini murah lagi ler, sebab hanya 75 peratus emas, yang lainnya logam lain.

EMAS DINAR yang digunakan di Kelantan ini ialah emas 22K atau 91.7.

BERSAMBUNG.... Apa itu 'gold standard' dan 'gold-backing' sesuatu matawang.
Apa itu perjanjian Bretton-Woods?