Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Bah. 3/3 - Setem ukiran Slania

Mamat ni kelahiran Poland.

Kerja di Pejabat Pos dan belajar mengukir di atas besi - small metal plates.
Tapi kerana tak ada pekerjaan semasa Perang Dunia Kedua, depa lari ke Sweden. Selepas kerja kecil2an, dapat kerja dengan Pejabat Pos Sweden. Dan dari situ, nama pengukir setem, atau stamp engraver, Czeslaw Slania menjadi begitu terkenal.
Sehingga beliau menjadi Royal Stamp Engraver Sweden (dilantik oleh Raja Gustav, agong Sweden).

TAK pernah dengar pekerjaan Stamp Engraver?
Saya pun tak pernah dulu, sebelum masuk hobi kumpul setem ni! Jika anda tanya saya apa itu 'stamp engraver' dan siapa Czeslaw Slania hanya tiga bulan dulu, saya pun tak tahu.
(Beliau meninggal tahun 2005).
Kini saya tahu bawa beliau ialah pengukir setem yang paling terkemuka di dunia.
Lebih 1,000 setem diukir oleh beliau, untuk 32 negara dan pulau-pulau.
Saya kini ada kira-kira 200 setem yang di bawahnya ada tertulis namanya "Cz Slania".
Tak semua setem diukir (engraved). Ada yang pakai gambar kamera lalu dijadikan setem. Atau dari lukisan besar, kemudian dikecilkan jadi saiz setem. Jadi mamat ni kerjanya agak unik.


Begitu terkenal beliau sehingga kat setem negara Sweden, Poland, New Zealand, Faroe islands, Iceland, Singapork pun tertera namanya. GAMBAR atas: Setem President pertama Temasek, Yusuf Ishak, yang diukir oleh mamat ni. Lihat di bawah kanan: Engraver - Czeslaw Slania ('Designer' orang lain, kerjanya putuskan apa font nak pakai untuk perkataan 'Singapore' dan 'Yusuf bin Ishak', warna apa gambar Merlion head itu).
Maysia tak panggil beliau ukir setem, tapi ada empat setem terbitan Singapork yang diukir oleh mendiang.
GAMBAR bawah: Setem kupu-kupu ukiran beliau. Ini joint issue Singapore-Sweden. Beliau ukir, lepas tu kupu-kupu atau apa benda lain tu akan diwarnakan oleh designer. Cantik giler jika anda lihat setem yang betul. Jika kamu teropong pakai magnifying glass, ada nama beliau di bawah kanan setiap setem: "Cz Slania".



JUGA matawang Iran (portret Khomeini = Lihat GAMBAR), India (portret Mahatma Gandhi) dan beberapa negara lain. Juga ada dalam koleksi saya.


KERJA pelukis (canvas artist) begitu mudah berbanding kerja Czeslaw ni.
Kita semua tahu apa itu setem atau postage stamp. Kecik saja!

Kerja Slania ialah ambil plate besi (metal plate) sekecil itu, dan mengukir gunakan pahat kecil bernama 'burin' (pahat kecil) untuk merekabentuk portret orang atau pemandangan - terpulang kepada apa yang diarah oleh Pejabat Pos Sweden, atau negara lain yang membayarnya.
Dan jika ada sesiapa yang sanggup bayar, beliau akan buat ler apa yang orang mahu.


GAMBAR atas - Slania dan burin sedang mengukir di atas sebiji metal plate.


Dan ada juga setem yang beliau ukir sebagai syiok sendiri - Lihat GAMBAR. Portret 23 boxing champions - koleksi ini baru saya beli dari Canada. Begitu lifelike dan menjadi 'art'.
Walhal nak ukir secantik ni, semuanya di atas besi yang kecik nonet saja.
Saya nak enjoy dan nampak detail gambar boxing champions ni kena pakai magnifying glass yang digunakan oleh pengumpul setem!
Tak tahu bagaimana beliau boleh pandai ukir sebegitu cantik di atas besi yang kecil.
Sebab jika tersalah pahat, kena buat dari mula kembali, sebab kamu memahat atas besi! Bukan atas kertas yang boleh dipadam atau diblanco.

Itulah bakat besar yang dikurnia Tuhan ke atas pak chiq ni.

Dan juga portret muka manusia yang hidup tu, beliau kena ukir mirror-image orang itu! Payah beb.

Kenapa mirror-image? Sebab plate ukirannya itu akan digunakan untuk chop gambar terbalik yang kita lihat.
Lepas tu lagi satu problem depa ukir portret ni - gambar tu mestilah muka yang orang lain akan terima. Jika beliau ukir portret Cassius Clay - yang paling bawah - tapi orang kata 'Eh eh, ni bukan muka Muhammad Ali, yang boleh float like a butterfly, sting like a bee', maka maknanya Czeslaw ni tak pandai ler!
Baca tentang kerja engraver di sini dan mengapa ramai orang suka kumpul setem mamat ni.



Susah beb. Baik kamu jadi wartawan, tulis nonsense pun macam yang saya kerap buat kat blog ni, orang gembira membaca! Heehee.

Setem Slania ni menjadi begitu popular di sebahagian pengumpul setem, terutama yang ada tandatangannya. Kamu hanya Google namanya, macam-macam artikel dan koleksi orang buat!
Dan kerana beliau baru meninggal, harga setem-setemnya masih OK lagi. Lihat auction sites ebay, delcampe.net dan bidStart.
Saya dah chope dulu 200, termasuk beberapa terbitan yang ada signature mamat ni. Nanti naik harga boleh juai.
Kalau tak naik, saya syiok sendiri pakai magnifying glass ngendap rekaannya tiap malam.


DI atas dan bawah ni, saya ambik dari Internet gambar-gambar setem ukiran beliau yang dikatakan paling cantik dan payah nak buat. Ada setem yang besar juga, tapi kebanyakannya saiz setem kecil biasa.
ATAS kanan: Setem yang ke-1,000 keluaranya. Mahai. Hamba belum beli lagi. Beliau ukir tak ada warna dan tak ada tulisan. Yang tambah ialah Designer setem.
Sverige = Sweden.
KIRI: Princess Grace, Monaco. Selain keluarga di raja Sweden, banyak setem yang dicommission oleh keluarga di raja Monaco. Kamu enlarge gambar ni - baru kamu nampak dan appreciate apa yang diukirnya!
Shadow di pipi kiri, dan biji mata, detail rambut, dan juga kalungnya! Jika nak ukir gambar Princess Grace tapi yang siap portret Kak Mah, tak boleh beb! Meledak karang loji rare earth kat Kuantan tu!!!


ATAS: Antara yang paling menjadi kegemaran ramai. Portret kambing. Susah betoi nak buat ni - sebab nak kasi cantik rambut kambing ni. Dan lihat matanya! Very lifelike. Dah lihat gini, baru kita appreciate setem ni. Foroyar ialah Faroe islands di Norway. Dan dapat kita belajar Ilmu Alam.


ATAS: 'Rokoko stamp by Slania' - Kamu sebut ni, semua pengumpul setem tahu apa yang dimaksudkan. Eeks, terserlah bakatnya. Lihat teko silver tu - teko air 3-dimension. Dan pasu berbunga tu.
Walhal yang dikur di besi kecil (eh, berapa kali nak cakap da!)


Setem kumpulan Sweden, ABBA.

Dan di bawah ni, tak tahu saya macam mana pokok pun begitu cantik detailnya, juga air sungai! Seperti kita gunakan kamera.








Wednesday, March 2, 2011

Float like a Butterfly, Sting like a Bee

Ah, tahun 1960an. The 1960s.
Beatles. Engelbert Humperdinck. Elvis. Tom Jones.

Masa tu saya kecik lagi, jadi miss ni semua.
Tapi saya masih ingat seorang boxer kulit hitam dari Am'rika yang menentang racism orang kulit putih. 


SAYA baru habis nonton dokumentari Thrilla in Manila - perlawanan boxing Muhammad Ali dengan Joe Frazier.
Dengan tak sengaja termasuk channel tu di Starhub cable TV (selepas nonton favourite show saya, Restaurant Makeover).
GAMBAR atas. Ali berdiri, Sonny Liston pingsan.

Teringat kembali zaman di sekolah menengah di kampung saya di Pasir Panjang Road, dekat Zehnder Road - kini sebahagian dari kampus National University of Singapore.
Masa tu zaman TV hitam-putih dan semuanya kecik = lupa saiz, tapi saya rasa 15-20inci saja.
Maklumlah kampung, orang Melayu ramai tinggal di 'banglo satu tingkat'. Jamban kat belakang, kena naik tangga sebab jamban tong. Hee.

Kami semua Melayu Singapork miskin masa tu (sekarang pun masih ramai miskin!), kat rumah tu kalau ada TV, dah kira glamour beb!
Apa lagi jika juga ada 'esbok' (icebox = fridge).


Jika ada TV, esbok DAN telefon - wow, kayanya!


LIVE ON TV

SIAPA yang pernah berulang kali dapat nonton siaran langsung atau delayed telecast (ditunjuk pada hari yang sama) si Muhammad Ali ni, angkat tangan!!!
Saya boleh angkat tangan lima hingga tujuh kali! Baru kamu tahu saya ni dah tua nyanyu (bukan nyanyok), cuma tunggu bila nak taubat saja.

Bila ada fight mamat Ali ni, satu dunia stop kerja - begitulah popularnya beliau.

Lebih lagi setelah gagak hitam Cassius Clay masuk Islam jadi Muhammad Ali, semua negara Islam sedunia tutup kedai atau orang ponteng kerja.

Dua fight Ali ni yang paling gemparkan dunia.


- Satu ialah Thrilla In Manila pada zaman Marcos. Masa tu saya Menengah Tiga, umur 15 tahun. Hari ni umur saya dah terbalik, 51.
Fight tu Oktober 1975. GAMBAR atas.


- Yang satu lagi ialah Rumble In The Jungle, Ali lawan George Foreman, setahun sebelum itu iaitu Oktober 1974, di Kinshaha, ibukota negara hutan rimba Zaire (kini Democratic Republic of Congo). GAMBAR atas - Foreman tersungkur kena bantai.


FUYOH. Tadi saya nonton ulang tayang perlawanan Ali-Frazier tu, dengan interview Joe Frazier yang dah tua, serta wartawan yang buat coverage masa tu.
Frazier masih sedih hingga hari ini.

Ditunjuk dari Round 1 hingga Round 14.
Mak oi. Macam gangster lawan gangster - tumbuk non-stop. Takutttt.
Sebab tu orang yang boxing ni bila dah tua, percakapannya jadi slurry = cacat, macam orang mabuk atau makan dadah. Kedua-dua Ali dan Frazier dah jadi begitu. Sebab otak asyik kena tumbuk maka perbualan pun dah tak betul.

Setelah bantai membantai, nak masuk Round 15:
- Ali dah tak larat dan suruh orang dicornernya potong tali boxing glovenya. 'Tolong potong, aku dah tak boleh bangun lagi'.
- Tapi nasib baik beliau - sebab Frazier dah kena bantai sampai kedua matanya hampir buta (berdarah teruk), maka coach si Joe yang surrender dulu. Walaupun Joe nak terus lawan di Round terakhir biar mati pun.
Setelah dideclare pemenang, Ali pingsan kat situ juga, sebab dah letih sangat.

Muhammad Ali beritahu orang lepas tu:
"If God asks me to go for holy war, I want Joe Frazier by my side."


SAYA pernah beli dan baca buku autobiography Ali ni 15tahun lalu, tapi dipinjam rakan terus tak kasi balik - The Greatest.
Anak setan yang pinjam tu dah berbelas tahun tinggal kat London!

DAN kemudian, lagu ni jadi terkenal satu dunia: 'Black Superman (Catch Me If You Can)'.  Liriknya di sini.




Masa tu zaman Elijah Muhammad, Black Muslims dan Malcolm X, seorang hero saya yang saya cuba tiru hingga hari ini.
Anda baca autobiography Malcolm X ni, it might change your life too. Saya baca 20 tahun lalu - ah, baru kamu tahu siapa guru saya.

GAMBAR bawah, Ali bersama Malcolm X - "By Any Means Necessary".
Fight against all odds. Fight alone if you must.
Never mind what other people do or say.

Kalau malas nak baca, order video 'X' ni dari Amazon.com (starring Denzel Washington).

Antara kata hikmah Mr X (ingat, ini zaman Negro lawan White Supremacists):

-  "We declare our right on this earth to be a human being, to be respected as a human being, to be given the rights of a human being in this society, on this earth, in this day, which we intend to bring into existence By Any Means Necessary."

- "Be peaceful, be courteous, obey the law, respect everyone; but if someone puts his hand on you, send him to the cemetery."

- "Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who prepare for it today."

- "Nobody can give you freedom. Nobody can give you equality or justice or anything. If you're a man, you take it."

- "My alma mater was books, a good library - I could spend the rest of my life reading, just satisfying my curiosity."

- "Usually when people are sad, they don't do anything. They just cry over their condition. But when they get angry, they bring about a change."


Wednesday, December 22, 2010

Kancil akan kalah kena sambar Garuda 5-3

Apa pelesit ni Asean Football Confederation Suzuki Cup.
Saya tak pernah nonton.
Saya nonton bola cuma masa World Cup dan European Cup.
Lebih baik nonton politik.

Boleh main tuduh-tuduh sebarangan, kecohkan negara, masuk page1 akhbar saya. Satu dunia tahu Abang Nuar benci Yahudi masuk campur ehwal Malaysia (saya setuju!) .... errrr, tapi lepas tu sebenarnya tak ada bukti!
Betullah yang Nazri tunjuk tu hanya denial, tapi kata Abang Nuar ada bukti - tunjukkan ler. Kau nak tunggu apa lagi?
Kamu tuduh orang tu penipu dan selewengkan rakyat dengan Apco.
Surat Apco tu bukti terkuat Najib, ah maka kamu tunjukkan ler bukti kamu yang sahih. Tak terbalik Umno!

Hah, kalau tidak, saya nak kata ini: kan syiok, kita boleh maki hamun sana sini tanpa bukti? Boleh rendahkan martabat negara.

Tak payah tendang bola masuk jaring dah goal!

Tapi football ni susah beb. Kena masukkan jaring. Baru ada markah.
Kalau kamu kecohkan padang, kena halau dari padang.
Dan apabila kena halau dari padang, KALAH nanti bukan menang macam keluar ramai-ramai dari Parlimen nak tunjuk kamu menang.
Opocot, termasuk bab politik lagi.

APA pun, kalau Kancil kecik lawan Garuda besau, mampoi ler kancil ni.
Ni ramalan remgold football expert baru lahir.

First leg di Stadium Bukit Jalil Ahad ni = Malaysia menang 2-1. Ribuan warga Indonesia akan sorak dan pekik. Abang polis lepas tu kamu buat road block, gerenti ramai kat situ masuk Malaysia tanpa izin. Awww...

Lepas tu second leg, Kancil masuk Jakarta. Kena bantai 4-1. Orang Malaysia yang berani ke Jak hanya 10 orang saja. Itupun tak berani nak sorak sokongan.

Hidup, hidup. Hidup tempe!
Hancur, hancur. Hancur nasi lemak! (alamak).
Eh syiok jugak sorak bola ni.

WHY? Not hepi ah?
Nak bet dengan saya? OK, letak ramalan anda.
Kita bet ngomong saja Pak. Nanti kena serbu dengan Jakim lagi susah.

Friday, May 7, 2010

Goal! Singapore sign kontrak Piala Dunia akhirnya



Dah lama orang complain dan khuatir, pulau kecik Temasek baru hari ini sign kontrak nak tayang siaran langsung bola Piala Dunia.
Saya tak gemar nonton bola di lain waktu, cuma sekali setiap empat tahun.

Temasek sebelum ini payah nak sign kontrak sebab FIFA tamak giler.
Dah sign ni pun problem juga, sebab setiap orang yang nak nonton di cable TV kena bayar S$66 untuk early birds, atau harga biasa S$88.
Nanti I tanya, bumiputra Singapore yang miskin macam saya dapat tak diskaun.... kahkahkah.

Saturday, March 6, 2010

Piala Dunia - Temasek kena tumpang nonton di JB

Pada zaman dulu (dekat-dekat zaman batu), semasa saya di sekolah rendah di Temasek dan tinggal di kampung, saya penyokong kuat team terkuat di Liga Bola Inggeris (English football league), hari ini namanya ialah English Premier League.

Bukan team Manchester United (mereka masa tu sedang nak jatuh ke Division Pertama! George Best baru retire, hahaha).
Bukan Spurs atau Newcastle atau Chelsea. Semua tak ada habuk.
Yang kuat nak menentang team pujaan saya hanyalah Liverpool kerana ada Kevin Keagan pakai jersey nombor 7, dan Arsenal kerana ada Alan Ball pakai baju nombor 8!

Team No.1 masa itu ialah Leeds United! Ya, itu team saya!
Tak tahu ada yang ingat kapten mereka masa tu, Billy Bremner, pemain handalan (No.7) Peter Lorimer dan golkeeper hero David Harvey. Juga Allan Clarke dan Eddie Gray.
Boss mereka ialah Don Revie.

Leeds menang League Cup tahun 1968, FA Cup 1972, dan menjadi League champions pada 1969 dan 1974.
Baca di sini di bawah 1961-1975 The Glory Years.

Masa tu juga setiap tahun ada British Championships (tak tahu ada lagi ke tidak), di mana empat team bertembung di padang nak tentukan juara UK: England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. England saja yang kerap menang.
Begitu terror Leeds ini, pernah pada satu ketika mereka mencapai rekod paling ramai pemain bermain untuk team antarabangsa DALAM SEHARI.

Dalam empat permainan British championships itu, seramai 14 orang pemain Leeds (11 barisan utama dan 3 dari reserves) bermain untuk England, Scotland, Wales dan Northern Ireland, pada hari yang sama!
Saya rasa rekod itu masih dipegang Leeds. Sila betulkan kalau salah, sebab saya tak rasa ada team lain terror macam tu lagi lepas Bremner, Lorimer dan lainnya bersara.

Lepas tu, naik ke sekolah menengah dan kolej, Manchester United dan Liverpool mara, saya pun dah 'tua', hilang minat. Team warna merah kerap menang.
Samalah kenapa saya tak menonton F1. Team warna merah selalu menang. Jemu.

(GAMBAR - Mamat pendek, kapten Leeds Billy Bremner dijunjung selepas menang FA Cup 1972. Yang mengampu kaki kirinya ialah Lorimer. Yang kanan sekali berbaju gelap, masa tu semua goalie pakai baju hijau, ialah Harvey).

-------------------------------------------------------
FIFA TAMAK, TEMASEK RUGI

Tetapi, setiap empat tahun, minat saya terhadap bolasepak akan naik semula.
Saya gemar menonton World Cup.
Yang bongoknya saya, saya gemar menyokong team yang gerenti kalah.
Namanya ialah Italia.
Dan team kedua saya ialah Turkiye. Kumpulan Erdogan, heehee.

(Nak tunggu Malaysia masuk piala dunia ni, mungkin saya dah nazak nak mampoi tahun 2050 agaknya. Nak tunggu Temasek, lagi tak guna).
Kali ini, Turkiye tak masuk pun.
Nama dan kumpulan FIFA World Cup 2010 di sini.

Tetapi ada masalah besar nak menonton World Cup di Singapore kali ini!
Hanya 95 hari sebelum World Cup - Piala Dunia bolasepak bermula di Afrika Selatan.
Tidak seperti Malaysia dan 200 negara lain, Temasek BELUM LAGI sign deal dengan FIFA nak menayangkan siri perlawanan.
Masalahnya mudah: FIFA tamak nak duit berlebihan. Kalau tidak, mereka tak akan benarkan Singapore tayangkan permainan empat-tahun-sekali ini.
FIFA mahukan US$28 juta/Sing$40 juta (RM96 juta).
Kurang ajar betul.

Ceritanya panjang.
Astro di Malaysia dah sign deal. Tetapi kena bayar tiga kali lebih mahal daripada dulu. FIFA ni tamak tak kena tempat.
Setiap negara bayar harga yang berlainan. Dia ada monopoli, boleh buat apa saja.
Baca di sini, sini, sini.

CERITA PENDEKNYA - Selama ini di Temasek, English Premier League dibeli dan ditayang oleh syarikat cable TV utama, Starhub.
Tetapi tahun ini syarikat cable TV yang nak berkembang masuk rumah anda, Singtel mio TV, membayar harga sangat tinggi untuk membeli EPL ni untuk empat season (2010-2013). Harganya Sing$250 juta (RM600 juta). Makkkkkkk oi.
Jadi apabila FIFA mendapat tahu, dia pun berkata dalam hati: Eh eh, syarikat Singapore ni kaya-kaya, mari kita tekan dia dengan harga tinggi.
Starhub dan mio TV membuat bida bersama (joint bid) untuk World Cup agar harga dapat dikawal. Itupun FIFA tamak-nenek-dia-mati-tertelan-bola-plastik-berkecai-dalam-perut.


Kalau dah tiba waktunya, mereka tak tayang juga di Temasek, terpaksa saya terbang ke KL atau masuk hotel JB nak nonton.
Nasib baikkkkkkk ada jiran :-(

Sunday, December 27, 2009

Melayu S'pore top lagi - tapi jika di bidang ilmu....

Taufik Batisah, Hady Mirza, dan sekarang, Sezairi Sezali.
Saya tak pernah nonton langsung Singapore Idol ke, Malaysia Idol ke, atau Zimbabwe Idol.
Saya banyakkan wirid (chessss sabah).

Tapi kalau kat Singapore ni, nak lawan budak Melayu menyanyi, berjoget, atau main bola memang susah.
Baguslah.
Melayu ni kat Temasick macam orang negro kat Amerika.
Dia top dalam sukan, entertainment dan ambil dadah.
Yang nak jadi terroris bodoh pun Melayu juga.

Jangan suruh dia belajar jadi pandai sudah. Terus masuk longkang
Sengaja I cakap gini biar dapat respon dari keturunan Sang Nila Utama.

Baca di sini.

Friday, December 4, 2009

New Tiger Woods family portrait


Of all the world headlines following troubles at the home of Tiger Woods, I loved the one picked by UK's Sunday Times newspaper. It says:

"Crouching Tiger
Hidden hydrant"

And now this great picture.

Saturday, September 12, 2009

Ramai pemain bola Singapura lari ke Indonesia

TERBARU 7.45MLM
-----------------------
Baca laporan di sini, sini dan sini.
Satu laporan menyatakan pemain Singapore ni lebih popular dari yang di Vietnam, Malaysia dan Thailand kerana mereka diyakini lebih 'bersih' dari jeratan korupsi: pemain yang mungkin boleh dibeli untuk menjual game.
Nampaknya sampai ke arena bola pun gejala 'politik wang' ('permainan wang'?) menghantui pelabur luar.


--------------------------------------------------------
Sedang warga Malaysia hendak lari dari Indonesia, atau memboikot Pulau Jawa, setelah kes 'sweeping' dan kata-kata kesat yang keluar dalam kontroversi dua-hala, pemain bolasepak Singapura ramai yang sedang hendak lari ke sana.
Ini termasuk striker utama dan kaptain pasukan Temasek, Noh Alam Shah.
Mereka berebut-rebut hendak masuk Indonesia Super League (ISL).


Sebelum itu:
Saya tak minat dunia bolasepak langsung - hanya menjadi pengikut Italy dan Turki setiap empat tahun siri Piala Dunia.
Di Singapura, seperti di Malaysia, orang gemar menonton liga Inggeris lebih dari S-League (Singapore League).
Pada saya, buang masa menonton siri bolasepak di mana Manchester United kerap menang. Samalah buang masa menonton F1 kerana Ferrari asyik menang saja. Jangan marah ah.

Tetapi berita ramai pemain bola Singapore hendak lari ke Indonesia, kini tersebar luas.
Ini kerana ramai sangat yang nak tukar kelab.
Pemain bolasepak Singapore ni kebanyakannya anak-anak Melayu.
Talent and money do not recognise race/bangsa. Didn't I say that often?

Sebelum ini, rakyat Temasek yang paling terkenal bekerja di Indonesia ialah Fandi Ahmad, bekas hero bolasepak yang menjadi coach Pelita Jaya. Beliau masih di sana.
Dalam kerjayanya, Fandi pernah bermain dengan Niac Mitra di Indonesia, FC Gronigen di Holland, Kuala Lumpur FC dan OFI Crete di Greece.

S-League ni macam Malaysia Super League yang dikepalai keluarga di raja Pahang - hidup segan mati tak mahu.
Setiap perlawanan biasa, jika ada 2,500 orang penonton di Temasek dah kira ramailah tu.
Di Indonesia, sekurang-kurangya 30,000 penonton menghadiri setiap perlawanan. Syiok.

Hadiah menjadi champion S-League ialah S$150,000 (RM345,000).
Jika menang Singapore Cup dapat S$80,000 (RM184,000).
Di ISL, hadiah ialah US$1 juta sebagai juara kelab, US$2.5 juta sebagai pemenang Cup. Wow.

BARU. Baca laporan di sini, sini dan sini.


Senarai pemain yang dah confirm lari:
- Noh Alam Shah, dari Tampines Rovers di Singapore, ke Arema Malang. Kena potongan gaji.
- Precious Emuejeraye, Woodlands Wellington, ke Sriwijaya. Former Nigerian who became Singaporean.
- Baihakki Khaizan, Geyland United, ke Persija. Gaji berganda. Dapat kondo, kereta berdrebar di Jakarta.

Pemain pasukan nasional Singapore lain yang disebut akan berpindah:
- Tiga dari Tampines Rovers.
- Seorang dari kelab Sengkang Punggol.
- Seorang dari Singapore Armed Forces FC.

Lima orang yang lain sedang berbincang dengan kelab Indonesia Arema Malang, Persija dan Persisam.
Seorang lagi sedang dikejar oleh kelab bolasepak Australia.

Kenapa popular sangat pemain Singapore ni? Kerana ISL kini memulakan sistem baru.
Setiap kelab dibenarkan mengimport lima pemain asing.
Sistem '3+2Asian berth' bermakna dari lima pemain import, dua mesti dari kelab di Asia.
Saya tak membaca berita sukan Malaysia - mungkin pemain Malaysia pun kena 'curi juga. Asal mereka tak kena 'sweeping' kelak sudah.