Terpegun selalu saya sebagai pemerhati politik Malaysia.
Bukan kerana apa.
Sepatutnya pihak Barisan Nasi dan Pakatan Rak berlumba-lumba agar selalu dan terus di depan. Biar musuh nampak busuk dan berpecah.
Tetapi tidak di Malaysia Darul Demokrasi (di Singapore kita panggil Darul Demo-KERASi = siapa demo pemerintah berkeras!).
Dalam setahun lebih ini, setiap kali BN dan kerajaan dah nampak lemah, dan kita kata: Habis, hancur, lebur mereka kali ini. Baik aku undi PR.
Tapi esoknya, PR pulak buat hal!
Dan lepas tu apabila PR atau komponennya bergaduh macam nak rak dan hambir luluh dan runtuh, maka aku pun berkata (sebenarnya saya tak boleh undi): Bodoh punya pembangkang, lain kali aku undi BN.
Tapi esoknya BN pulak ada cerita bangang.
Lihat saja cycle baru-baru ni.
- Isu Biro Tatanegara dah membawa BN masuk ke hutan kena sembelih. Orang dah jadi muak dengan BN. Eeeeeee menyampah! Dengan gelagat dan jawapan tak tentu arah mereka.
- Eh, tapi lepas tu, PR pula berguling dalam lumpur. Dalam konvensyennya baru-baru ini, mereka berkelahi tentang local council elections. Berpecah teruk dan tuduh menuduh. Sampai PR pun tak dapat diregister sebagai sebuah barisan baru.
Kita pun nak baling batu ke arah mereka, dan membuang fail PR, nak undi BN.
- Tapi ewah, ewah, minggu lepas, malu besar penyokong BN sebab enjit jet hilang entah ke mana, dan gerenti lamaaaaaaaaaaaaa nanti baru kita akan tahu siapa yang kebas.
Takkan perampok nak angkat tangan mengaku salah?
Kalau lihat isu Eric Chia-Perwaja, misalnya, bertahun-tahun lagi kelak baru kita tahu ada yang salah ke tidak.
Begitu juga siapa yang cepuk mata Anwar Ibrahim. Nama Rahim Noor ni, bahawa dia bersalah, keluar hanya bertahun selepas itu.
Terpaksa kita lontar fail BN dalam tong sampah.
- Alamak! Baru kita nak pungut balik fail PR dalam tong sampah, PR buat hal lagi.
Kali ini pergaduhan PAS Kelantan muncul lagi dan lebih buruk lagi.
Mula-mula Husam Musa menyerang sipi dalam
blognya bahawa kalau dulu PAS benci Mahathir dan Pak Lah sebab pimpinan bawa ahli keluarga, tetapi kini kenapa sama saja?
Dan kini berita
dua pembantu kanan Nik Aziz Nik Mat yang dah lama bertugas, setiausaha politik dan setiausaha akhbar (saya sempat berjumpa kejap semasa
Lee Kuan Yew mengunjungi Klate pada Jun), diberhentikan kerja. Saya tak mahu tulis disingkir atau dipecat, takut salah.
(Saya tak mahu tulis kata pada Jun lalu, tapi apabila LKY ke Klate, beliau tak mengadakan pertemuan dengan exco-exco Klate lain, hanya
Husam. LKY di Malaysia bertemu Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa di KL (No.1 dan No.2 PAS), lepas tu ada meeting dengan Nik Aziz (Mursyidul Am dan MB Klate), dan selepas tu Husam ke bilik LKY di Hotel Renaissance. Lihat gambar pertemuan mereka berdua
di sini).
Jadi, apa yang boleh disimpulkan dengan ombank BN-PR ni?
Ia bermakna kedua-dua Barisan Nasi dan Pakatan Rak belum pintar main politik.
Kalau dah tengok musuh lagi sesak, kita sepatutnya terus menyeranglah, 'bang.
Ini mereka dah nak maut, kita bongkar fail di rumah cari najis yang boleh dipalit di muka sendiri.
Siapa jadi strategis parti masing-masing ni?
Tapi untuk wartawan jalanan seperti saya, isu begini bagus. Ia merancakkan cerita dan banyak muka surat boleh diisi, akhbar kami laku.
Dan tak payah saya tulis pun, orang luar termasuk pelabur melihatnya begini - Politik Malaysia terus bergolak dan kabur; Singapore stabil. Laburlah di Singapore.
Ish ish ish.