Showing posts with label bank. Show all posts
Showing posts with label bank. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Sejarah China... RISING! Bah. 2/2

....SAMBUNGAN.... dari ngobrol lepas tentang kebangkitan China.

SEBELUM itu baik saya kata dulu: Maaf tuan-puan, saya bukan penganalisa atau akademik dalam isu ini dan banyak isu lain yang dicerita dalam blog saya. Kita bual kosong saja ya, 'ngobrol' kata Wak jawa, jadi tentunya banyak yang silap. Harap betulkan.


DALAM sejarahnya beribu tahun, India tak cuba menyerang atau conquer negara di luarnya (tak termasuk Pakistan dan Bangladesh - yang memang dulu sebahagian daripada India).
Mamat-mamak nenek moyang saya ni sibuk gaduh sama sendiri.

Tapi sejarah China lain.
Dia pernah dua kali hantar beratus kapal perang nak serang Jepun.
Dalam dinasti Yuan, orang Mongol kuasai China dan Kublai Khan hantar kapal perang dua kali - tahun 1274 dan 1281.
Nasib baik bagi Jepun, kedua-dua kali itu kapal semua kena typhoon dan banyak tenggelam dan yang lain calibut lari.
Bagi Jepun, angin kencang itu dipanggil divine wind atau kamikaze.

China juga pernah menelan utara Vietnam, utara Myanmar, selatan Russia, dan seluruh Korea dalam sejarah 5,000 tahun.
Dan kini ia menelan Inner Mongolia, dan juga Tibet (sehingga memaksa 'raja' mereka Dalai Lama lari ke India hingga hari ini.
China melalui Admiral Zheng He (Cheng Ho) pernah sampai ke Melaka dan negara tepi laut lain, dan minta tribute dari tempat-tempat ini - kalau tidak, takut kena serang. Cuma mereka guna diplomasi cara baik, bukan ugutan.

Dan hari ini, seperti saya pernah ngobrol, China yang sedang naik ekonomi dan kekuatan militernya sedang cucuk India di Arunachal Pradesh state dan di Jammu dan Kashmir. Cerita dan peta di sini dan di sini.
Dan kita semua tahu, China terus bertegang urat dengan Vietnam berebut Paracel islands, dan dengan Filipina, Malaysia, Vietnam dan lain berebut Spratlys islands. Lihat Peta.

Kerana sejarah China inilah, sebagai expansionist country, atau imperialist country - negara yang suka berkembang dengan ngap orang lain - maka Amerika, India dan yang lain agak cemas dengan kebangkitan ekonomi dan militernya.


DULU Amerika licik apabila Presiden Gorbachev naik di Soviet Union.
Mereka pastikan Soviet berpecah dan berkecai - sehingga jadi Russia dan berbelas negara kecil seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Tajikistan dan Gohead-gostan.

KINI Amerika takut kerana tak tahu bagaimana nak sekat kemaraan China. Dulu ekonomi Amerika kuat jadi boleh kemekkan Soviet.
Kini ekonominya sendiri dah masuk longkang, sedangkan China sedang pesat membangun.
Malah negara terbesar yang membeli bond (hutang-piutang) Amerika ialah China! Kahkahkah.
Lihat table ini. Singapork dan Malaysia pun ada beli bond US. Mereka panggil Treasury Securities, T-bills atau T-bond.

---------------------------------------

LARI TOPIK KEJAP: 
Apa itu Bond?
Apabila syarikat atau negara nak pinjam wang, mereka boleh ke bank dan ambil pinjaman, macam kita ambil loan beli kereta.
Tapi ada satu lagi cara meminjam wang - dengan suruh pelabur membeli bond kita. Kita keluarkan kertas cantik di mana ditulis: Kamu beli kertas ini dengan harga US$1 juta. Kami, negara Amerika, janji akan bayar kamu 7-5/8 peratus bunga, misalnya, setiap tahun hingga tahun 20xx.
Lihat Gambar.
Jadi janganlah takut bila orang sebut bond, treasury bills, debt market instruments, atau fixed income securities. Permainan yang bijak, akhirnya ada yg hancurkan dunia pada 2008 apabila housing debt instruments mereka merobohkan pasaran kewangan.

Kalau kita orang biasa, kita panggil Buku Tiga-Lima.
Kamu pinjam duit Ahmad $1,000, maka dia tulis dalam 'Buku 555' bahawa kamu janji bayar RM50 sebulan hingga tahun 20xx.
Cuma kertas bond ni cantik ler.
Ini belum masuk bab muni bonds, sovereign debt, junk bonds, samurai bonds, T-notes, yankee bonds, coupon rates. Tapi benda tu jugak beb. Percayalah, jika diexplain lima minit kamu akan faham.
Ini permainan orang atas yg boleh menipu kita orang kampung yg tak belajar maths.

---------------------------------------

China ini banyak pegang hutang-piutang Amerika. Jadi jika Amerika bising-bising nak tekan mereka, takut pula Beijing JUAL bond ni banyak-banyak di pasaran dunia. Boleh jadi problem terhadap Uncle Sam. Boleh ranap ekonomi Amerika.

Dan kini, kerana nak kuatkan ekonomi Amerika, bank pusatnya Federal Reserve, dah cetak wang banyak-banyak hingga dolar Amerika jatuh teruk.
Sedangkan matawang China, Yuan atau juga dipanggil Renminbi, semakin kuat.
Begitu kuat matawang China sehingga ada nama jolokan baru untuk bond China - baru saya terbaca malam ini - dim-sum bonds.

Apabila negara atau syarikat keluarkan bonds dalam American dollars, ia dipanggil Yankee Bonds.
Jika bond dalam matawang Jepun (Yen), ia dipanggil Samurai Bonds.
Yang dalam Chinese yuan pula dapat gelaran baru, Dim-Sum Bonds.

Petronas selalunya jual bonds dalam matawang Amerika. Tapi esok jika Petronas jual bonds dalam ringgit Malaysia, kita akan panggil dia Belacan Bonds.
Singapork jika jual dalam Singdollar, kita akan panggil Bakkwa Bonds, ok tak?



DENGAN kenaikan ekonomi China ni, saya pasti tak lama lagi mereka akan jadi Superpower Kedua, setelah lesapnya Soviet dulu.
Saya dah mention sebelum ini, China dah ada satu aircraft carrier.
Mereka mengejutkan ramai orang bila ada stealth submarine (ada yang kata ini cerita dongeng. Saya bukan penganalisis pertahanan. Tak tahu ler, cuma pickup berita ini).
Dan baru dua-tiga minggu ni, heboh satu dunia dengan stealth jetfighter China. Gambar.
Teknologi stealth ni bermakna, radar kamu tak dapat kesan mereka. Tiba-tiba kaboom! Kamu dah kena serang!



PENGHUJUNG CERITA

SAYA bukan nak apa cerita panjang-panjang tentang China ni.
Saya dah jemu dengan gelagat Amerika dan medianya.

Mereka pergunakan umat M ni - nak minyak murah lalu mereka sokong rejim-rejim zalim yang begitu banyak di negara Arab, agar rakyat kena tekan. Dan mereka dapat pam minyak dan gas dengan murah tanpa banyak soalan dari rakyat.
Lepas tu bila Osama dan geng mengamuk dan serang mereka, mereka salahkan Saudi kerana sekat rakyat dan bawa Islam yang sempit. Hello. Mereka jadi gitu sebab kamu yang backing rejim Arab sedemikian.

Di Iran pun dulu sehingga lahir Ayatollah Khomeini dan hingga hari ini ada Presiden Ahmedinijad yang mereka benci.
Iran jadi gitu sebab dulu kamu sokong Shah Iran yang bunuh rakyat agar kamu dapat minyak dengan murah, bahalol.

Di Afghanistan dulu, mereka tak dapat kalahkan Soviet yang masuk Afghanistan.
Lalu mereka sokong Taliban di Pakistan dan gunakan madrasah-madrasah dan ulama fahaman extreme untuk lawan Soviet. Makin extreme ajarannya makin bagus sebab tak takut mati lawan komunis Soviet.
Amerika bekalkan senjata termasuk Stinger missile.

Anda nak tahu detail tapi malas nak baca buku atau Internet? Ada movie beb yang kasi detail ni - starring Tom Hanks dan Julia Roberts - Charlie Wilson's War.
Hanks sebagai Senator Charlie Wilson yang masuk ke Paki dan Afghanistan, dan beri wang dan senjata berbilion!
Bila Soviet dah lari, mereka tak ambil senjata kembali. Taliban berkuasa menggila di Afghanistan dan madrasah ilmu-sempit merebak di Pakistan.
Mereka komplot serang kamu.
Eh! Kamu salahkan umat M lagi - kenapa extreme agama kamu ni?
Kenapa tak kurangkan sifat keIslaman kamu, kata Kuan Yew.
Kan kamu dulu yang ajar Taliban dan madrasah berfikiran begini agar benci sakan dengan Soviet?!?!



Di Iraq, mereka juga yang buat Sunni, Syiah berbunuh teruk hingga hari ini, selepas rakan mereka Saddam Hussein mampos.
Dulu mereka sokong Saddam agar dapat kalahkan Khomeini di Iran. Yang beri teknologi sarin gas tu siapa? Amerika beb.
Agar Saddam dapat kasi gas beracun kepada bala tentera Iran!

Isu Palestine pun sama. Mereka dodoikan kita dengan lagu enak, sedangkan sokong penuh dengan Yahudi.

JADI pada saya, baik kita sokong China ni naik jadi Superpower Kedua.
Biar ada balance of power macam dulu dengan Soviet.
Kamu tak sokong kami? OK, kami lari ke China.
Kamu tak mahu jual senjata? OK, China nak jual.
Kamu tak sokong kami di United Nations, tak apa China boleh sokong.

MALUlah umat M ni minta sedekah macam ni.
Tapi nak buat apa?
Pemimpin kita sibuk nak debat. Nak habiskan wang. Gaduh benda remeh dalam DUN dan Parlimen.

Sehingga kita mampu buat senjata stealth sendiri, cipta Algos dan Stuxnet sendiri, kita terus merempat ler.
Jadi buih di laut.

Saturday, November 13, 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi.... Bah. 2

KENAPA PERLU MATAWANG

Secara basic, ceritanya gini pada zaman dulu:
Tuan A ada 10 ekor lembu yang ada susu. Boleh diperah setiap hari dapat susu. Bak kata omputeh 'Got milk'.
Mamat B tukang repair rumah.
Puan C ada ayam 50 ekor.

Bila B nak susu, dia 'beli' dari A. Lalu A kata 'Aku beri kamu satu teko susu, kamu tolong repair rumah aku'.
Dua hari lagi, B nak susu tambahan kerana anak bini suka.
Tapi takkan A nak suruh B repair rumah setiap dua hari?

Mamat C pun suka susu. Dia beri A seekor ayam, dan dapat satu baldi susu.
Satu baldi susu tu boleh diminum selama seminggu. Nak simpan kat mana jika tak mahu basi (ini cerita zaman kuno). Beliau ada storage problem kerana diberi lebih barangan dari apa yang diperlukan.
Jika C beri A seekor ayam dan dapat hanya satu teko susu pula, rugilah C. Dalam 50 hari tak ada ayam lagi.

Dan jika rumah C bocor, takkan setiap kali B datang diberi seekor ayam sebagai bayaran? Sebab yang bocor kat bumbung tu sikit saja.

Kerana isu-isu inilah maka orang reka apa yang kita panggil currency atau matawang.
Agar dapat membayar seseorang itu untuk barang atau khidmatnya dengan tepat.
GAMBAR: Matawang lama Johor, diperbuat daripada tin/perak.

Kalau di zaman ini tak ada matawang lagi payah beb!
Saya wartawan, pandai tulis cerita bukan-bukan.
Kalau saya dah makan prata/canai dengan teh tarik, nak bayar dengan apa? Kasi mamak tu dua keping akhbar? Sekali dia boikot Utusan, mampoi saya tak ada apa nak bayar depa.
Kalau tauke selipar pula dah makan prata/canai dan teh tarik, takkan nak bayar dengan sepasang selipar?
Dalam sebulan, ada 30 pasang selipar kat restoran mamak tu. Storage problem with excess goods.
Dan jika yang makan tu boss syarikat Merc? Nak bayar dengan tayar atau steering kereta?

YANG paling unik dalam penggunaan matawang ialah satu komuniti pulau dekat New Zealand.
Kepulauan Yap.
Mereka keturunan orang Melayu dan Indonesia. Mereka pakai BATU BESAR sebagai matawang dulu.
Kamu baca ceritanya di sini.
Tapi mereka tidak angkat batu besar tu setiap kali buat deal. Cuma mereka tahu batu itu dah bertukar tangan, tanpa batu-batu besar itu digerakkan.

----------------------------------------------------
THE STORY OF GOLD

Oleh kerana Emas dan Perak dihargai dari dulu, maka itulah sebabnya ia antara yang pertama digunakan sebagai matawang ni.
Emas dinilai begitu tinggi atas dua sebab:

1) Rare, payah nak dapat. Harganya lebih tinggi dari Besi/Steel atau Tembaga mahupun Aluminium sebab ia susah nak didapati.
Kalau kita beli kereta boleh pakai Besi, habis stesen bas dan stesen LRT kita kopak semua besinya, nak buat downpayment beli BMW.
Besi, aluminium, zinc, dan logam lain lebih mudah nak dapat.

2) Purity, Cantik bersinar. Kena kilauan emas, semua khayal masuk syurga kejap.
Jika saya bawa Stainless Steel satu kilo dan sekilo Emas, Steel tu pun silau juga. Tapi cantik Emas ni lain pula. Mengkhayalkan.
Silver-Perak pun berkilau gila. Tapi tak sesyiok kilauan Emas. Dan Perak lebih mudah dan banyak digali.
Macam minum teh tarik kurang manis dengan teh tarik paling manis. Yang paling manis tentu lebih mengkhayalkan. Walaupun esok kamu masuk hospital kena diabetes.

Jadi kerana ada faktor 1) dan 2) ni maka ia menjadi rebutan manusia.

a) Menurut sejarah, emas ni dikorek di lombong di Africa dan dieksport bersama ivory (gading gajah) - melalui apa yang dinamakan the Gold Coast countries of Africa - negara-negara di 'bawah' Britain dan Spain.
Dari negara itu juga hamba sahaya kulit hitam/slaves dibawa lari oleh omputeh. Seorang keturunan hamba Negro itu ialah Kunta Kinte (yang berasal dari Gambia).
Hingga kini ada negara Afrika bernama Ivory Coast (Cote d'Ivoire - GAMBAR). Ah, kat tepi situlah ratusan kapal omputeh dari Eropah dan Amerika berlabuh nak collect emas, gading dan slaves.
Dan ada lagi satu benda yang mereka collect - GARAM! Salt!
Kenapa? Sebab tak ada fridge, orang dulu gunakan Salt nak awetkan daging dan ikan. Salted fish, salted meat.
Pada zaman Roman Empire, ramai askar mereka dibayar gaji bulanan dengan Garam! Ini cerita betul!
GARAM ialah salah satu matawang lama.
Mereka mudah nak angkut Garam ni, dan digunakan untuk membeli apa saja.

Kalau hari ini Garam boleh bayar downpayment untuk banglo kat sebelah rumah Anwar tu, kan syiok.
GAMBAR - Bukan jongkong emas, tapi jongkong garam. A salt bar = digunakan untuk bayar gaji zaman dulu. Cuba esok kita bayar abang polis atau tentera di raja pakai Garam. Roboh kota Melaka beb.

b) Spain dan Portugal pula merampok emas orang Mexico (empayar Aztecs dan Mayans) apabila kapal mereka mendarat di selatan Amerika.

c) Emas yang lain digali di California (The California Gold Rush, sehingga naiknya bandar San Francisco) dan juga di Australia (The Australian Gold Rush, sehingga pulau besar ini, yang dulu hanya untuk simpan banduan, menjadi negara penuh). Terima kasih kepada Emas, California dan Australia membangun pesat!

Kat Malaysia pun ada Gold Rush dalam hutan Terengganu (?) dan Pahang (?), tapi tak ada pembangunan sebab tak banyak emas dapat digali. Jika tidak, saya gerenti tempat itu ada ratusan ribu manusia dan bandar akan tumbuh dengan cepat.


FAKTA PENTING: Saya kata Emas itu barangan yang payah nak dapat.
Dari zaman dulu hingga kini, jika semua emas yang ada di dunia dikumpulkan, ia hanya dapat mengisi satu-pertiga (one-third) kolam renang saiz Olimpik.
Jutaan manusia jadi hamba dan disiksa kerana orang nak Emas ni!
Bayangkan tuan-puan. Kalung di leher Datin dan coin emas dalam almari Datuk tu hasil titisan darah jutaan manusia dalam sejarah.
Begitu juga mereka yang tertanam berbulan dalam lombong emas dan perak di Chile baru-baru ini.
Tapi itulah, maknanya tak banyak Emas ni. A rare object! Sebab itu ia dinilai begitu tinggi.
Macam juga Brad Pitt dan Keanu Reeves. Sebab tak ramai mamat hensome yang pandai berlakon.
Jika ramai wartawan hensome macam mereka - rarity dan shiny factors - dan Azmin Ali muka macam Brad, dan Zaid Ibrahim seiras Keanu, maka tak laku lagi dua pelakon Hollywood tu!
Eh, bila pulak saya kata Azmin dan Zaid muka macam besi buruk!?!?
Bila pulak saya kata wartawan semua muka malaun garam basah?!?! Kamu jangan pandai-pandai ah!

Saturday, July 10, 2010

Ngoceh, Nongkrong, Nelpon, Ngobrol

Ngoceh - baru nak start cakap.
Nongkrong - duduk termenung, buang masa.
Nelpon - telefon.
Ngobrol - ramai orang Malaysia-Singapork pun tahu, berbual.
Perkataan-perkataan ini saya nampak di satu iklan di dalam mall.
Untuk iklan suruh orang beli 'ponsel' - telefon selular.

Yang saya kagum ialah ada beberapa jenis ponsel buatan tempatan, atau mungkin buatan luar negara (Taiwan?, China?) yang dijual di Indonesia - macam-macam bentuk pelik terjengah di mall grosir (borong) Ambassador, tapi tak sempat nak teliti.
Banyak jenis ponsel seperti yang saya pernah nampak - tapi tak juga sempat teliti - semasa di Delhi dan New York (di kedai-kedai barangan murah).
Yang di Delhi diiklankan sebagai buatan India.
The tech guy in me didn't have the time to explore.


Macam-macam makanan baru saya pelajari - ada sebuah Kedai Buntut, untuk yang suka makan Sup Buntut (sup ekor).

Dan ada Nasi Liwet (Gambar kiri) - kami gelak sakan, tak sempat tanya apa bahannya.
Lagipun kami tak pasti halal ke, jika kita makan Sup Buntut bersama Nasi Liwet???? Hahaha.

Jika nak makan nasi ambeng rupanya dipanggil Nasi Langgi. Sedap.



Ini kali kedua saya minum Wedang Ronde (Gambar tengah). Orang jawa kata, wedang = minuman, ronde = bebola.
Jadi Minuman Bebola.
Ooi, teh halia luar biasa siap dengan bebola berisi kacang. Terbakar lidah dengan minuman ini.
Waduh, pak, mabukkk saya! Enak skali!

Kemudian ada sejenis masakan dibuat daripada tauhu.
Masalahnya ialah namanya: Sapo Tahu. Macam mana saya nak order?
'Mas, saya nak order sapo tahu'.
'Pak, jika kamu tak tahu, saya pun tak tahu, siapa yang tahu.'
'Sebab itu saya kata tadi, saya nak order sapo tahu, mas.'
"Iya, siapo yang tahu? Saya tak tahu!'.


Yang paling saya gelak ialah sebuah restoran di mall besar bernama Cafe Luwak. Ia menjual Kopi Luwak (Gambar bawah sekali).
'Apa itu kopi luwak?' tanya si remgold, rusa tua dari Geylang.
'Ia dari biji kopi yang udah jadi kotoran luwak (najis binatang civet), kemudian dibersihkan, dijadikan kopi'.
Alamak, minum kopi bekas najis binatang....

Tapi ianya mesti sedap dan laku sebab kat bandara (bandar udara=airport) Soekarno-Hatta ada beberapa kedai menjual kopi luwak bungkus ni.

Harga secangkir kopi luwak di mall itu ialah 82,000 rupiah (RM29!!!), jika nak pure yang keluar dari usus si luwak tu (setelah dibersihkan).
Aiks. Mahai brader.
I stuck to my regular Spinelli's latte.

OK, baru tadi (Sabtu malam), rusa dah balik Geylang.


--------------------------------------------
CERITA-CERITA LALU DI BLOG MENGENAI INDONESIA

- Perbezaan Mal-Indo dari kacamata Karim Raslan, PR supremo dan penulis, yang duduk di Indonesia.
- Semasa saya membuat liputan gempa bumi di Padang, Sumatra.
- Naik ojek ke bandara sebab macet! Cakap stail Indo.
- Ramai pemain bola Singapore lari ke Jakarta.
- First time in Jak, a huge mosque and huge church side by side.

--------------------------------------------

TAMBAHAN PAGI 

1) HARGA MAKANAN

Apasal mahal sangat harga makanan di Jakarta ni?
Memanglah kami makan di mall dan restoran (bukan di kaki lima), tapi rasanya makanan mall-restoran biasa di Singapore-KL lebih murah jika dibandingkan gaji orang awam.
Takut juga saya rasa dengan food inflation ni - di India sekarang ini ada isu besar hampir nak rak.
Sebab monsoon rain dah kurang, maka harga makanan melambung, sehingga orang dah memberontak di India.

Mungkin hanya tanggapan salah saya yang berkelana beberapa hari saja di Jak ni. Tapi saya tidak pun duduk makan di tempat makanan elite, hanya di restoran biasa di beberapa mall, tapi saya rasa 'Kok mahal skali, Neng!'
Eeks makanan fast-food, bakery, kopi Spinelli's, dan food court, hmmm, boleh ke orang bekerja pegawai rendah di pejabat mampu?
Gue rasa enggak bisa, dong.
Jika makan tiga orang udah 65,000-100,000 rupiah (RM20-RM35), gimana rakyat biasa mampu?
Nanti saya nak tanya rakan saya yang kerja di Jak. Sebab mungkin ada perbedaan gede antara harga dalam mall dengan harga di warung tepi jalan tu.

Ini belum masuk cerita Indo ni sedang membuka tanah untuk contract farming.... yang boleh jadi kontroversi besar jika harga makanan tempatan melambung.

2) BANK

Maklumlah negara besar, membangun pesat.
Semua bank besar dunia nampak di downtown Jakarta - sekitar Jalan Sudirman dan Jalan Thamrin.
Barclays, HSBC, Bank of China, ANZ ada tower block sendiri.

Di KL, cuma ada dua daripada bank besar Singapore - OCBC Bank dan UOB Bank. DBS Bank, syarikat GLC milik Temasek dan bank terbesar di Tenggara Asia, hingga kini belum masuk pasaran Malaysia. Tak tahu depa tak mahu masuk atau belum dapat lesen, sebab bukan mudah nak dapat lesen bank.
(Bank terbesar Malaysia, Maybank, dah lama dapat lesen masuk Temasek, di mana ia dah pun masuk retail banking bersama bank antarabangsa lain. Mereka tawar competitive rates untuk pinjaman rumah dan kereta, buka akaun dan bawa kad kredit. CIMB pun ada di Singapork - dulu lesen RHB Bank, jika tak salah).

Di Jakarta, waduh Om dan Tante, ada gedung-gedung ketiga-tiga bank ini. DBS dan UOB atas nama sendiri.
OCBC membeli bank Indonesia bernama NISP, jadi ada gedung OCBC NISP.

Dan juga nampak dua bank GLC Malaysia, Maybank dan CIMB Niaga (depa beli Bank Niaga dulu). Maknanya OK ler, pandai juga syarikat GLC yang "dicontrol Malayo" ni menjalankan business.
Errr walaupun, katanya ada problem dulu bila Maybank take over BII di Indonesia. Semua dalam cerita ini ditolak keras oleh Maybank. Tapi kini nampaknya dah smooth kes Maybank-Bey Iii Iii ini.