Showing posts with label murder. Show all posts
Showing posts with label murder. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Afghan, Iraq, Libya.... Bahrain? Israel?

Itulah. Bila saya kata Umat M bahalol wal mengong semua marah.
Tak ada lagi orang sebodoh kita semua.

Saya pun benci Muammar dari dulu ni. Sama macam saya benci ramai sangat yang mengaku pemimpin umat ni. Termasuk yang di Pedrapork.


Serangan di Libya ni adalah double standard.
Bila Bahrain membunuh beratus rakyat mereka sewenang-wenangnya, juga Yemen, tak ada pulak Arab bongok panggil UN suruh masuk campur.
Malah disokong pula. Dan si yahudi wan nasara pun sokong mereka, itulah yang mereka suka.

Cuba lepas ni kita masuk UN dan minta mereka bantu kita di Palestin sebab rakyat dah lama dibunuh dan disiksa beramai-ramai. Ada tak yang nak tolong?

TAPI padan juga Muammar dan kegilaannya. Bom saja istana mamat ni. End the war fast.

Enough said.

------------------------------------------------
PSSST.
Yang baiknya, kerana ini negara ketiga yang mengaku *Musalman dan **Sulumani yang diserang dalam beberapa tahun ini, kelengkapan dan tentera mereka banyak kerja. They are stretched.
Mereka kata, oh tidak, di Libya kita pakai missile dan jet plane saja. Tak hantar tentera darat.
Tapi tak apa, akan berbulan mereka sangkut di sana.
Makin lama mereka kat situ, tentunya makin kita sedar mengapa kita sendiri kena buat hardware dan software sendiri nak lawan musuh.
Bukan membeli dan mengharap bantuan orang.
Nak repair paip kat surau dan masjid pun kena panggil kaum lain. Lepas tu declare kita sekarang dah jadi negara islam. Erke.


* Musalman ni apa yang orang barat panggil umat m pada 1900s di utara Afrika dan India-Pak.
**Sulumani pula ialah nama umat arab yang banyak menjalankan slave trade di selatan Afrika-Rhodesia.
Saya cuma nak action tunjuk pandai, salah ke? ;-)


------------------------------------------------
MERCY RELIEF Singapore tiba di Jepang

Rakyat Temasek sibuk menderma untuk quake-nami-nuke Jepang ni seminggu ini, termasuk collection kilat di semua masjid Jumaat lalu.
Begitulah kita build-up brand name dan soft power umat, beb.
Janganlah kita hanya ucapkan takziah jika mereka Muslim, dan hulurkan bantuan jika mereka "orang kita".
Jika orang Melayu kena accident, kita sibuk nak bantu.
Nampak orang Injun atau Cainis masuk longkang, buat tak tahu.


Saya pernah cerita di sini. Mercy Relief Singapore ni dulunya di bawah persatuan Islam di Singapura, tapi kini dibuka kepada umum agar bukan-M pun boleh derma dan bekerja di situ, dan hulurkan bantuan.
CEOnya ialah rakan saya Hassan Ahmad (GAMBAR atas, jacket coklat), yang bersama saya ke Egypt dan Israel.

Nak keluar dari airport Tel Aviv dulu, saya kena tahan 40minit, mereka rampas laptop office saya, sebab (saya rasa) paspot saya banyak keluar masuk Malaysia dan Indonesia. Si negara setan tu ingat saya JI.
Mereka ada special equipment - kecil macam berus gigi - yang boleh detect jika ada serpihan kecil habuk bom = bomb particles. Dimasukkan dalam beg saya, dan laptop bag saya. Jadi jika anda tak bawa bom pun, tapi pernah bekerja di meja di mana ada bom sedang dipasang, akan dikesan.

Si Hassan pula ditahan selepas itu selama satu jam. Kerana, katanya lepas itu, ini kerana paspotnya dicop banyak sangat negara. Beliau telah membuat kerja menyelamat dan relief supplies ni, antaranya, ke Pakistan, China, Myanmar, Yemen, Indonesia (sangat kerap), jadi tentunya suspect JI juga.
Aish Hassan, kita hensome2 gini, sampai hati yahudi sangka kita sokong JI!?

Betullah cerita yang saya kerap dengar. Kamu MASUK Israel, depa tak banyak check. Sebab tahu semua takut nak seludup masuk.
Tapi bila kamu KELUAR, ah siap. Ada rakan saya dibogelkan 100 peratus. Bukan nak check apa, mereka cuma nak harrass orang, lebih lagi wartawan - termasuk wartawan wanita.



Barang Mercy Relief dah sampai pun ke Jepang. Alhamdullilah.
Yang derma kepada kumpulan bantuan Muslim ni bukan saja umat m Singapork, tapi yang bukan m juga.

GAMBAR bawah - Jaffar, manager Mercy, bekerja di sub-zero temperature. Sejuk, bro? Ini jihad brader, kamu naikkan nama agama bukan pekik2 demo, kasi jam satu bandar.
Tentunya ramai Jepang dah tahu nama 'Hassang' dan 'Jaffaru' ni di Sendai. Mereka sebut agama kamu 'Isuram'.
'Umato Isuram latang kasi-o maggi mee-o dan selimutu. Arigato gozaimasu toyota honda sushi panasonic'. Eh wah eh wah, pandai saya cakap Jepang sejak nonton Pokemon.


Saturday, November 13, 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi.... Bah. 2

KENAPA PERLU MATAWANG

Secara basic, ceritanya gini pada zaman dulu:
Tuan A ada 10 ekor lembu yang ada susu. Boleh diperah setiap hari dapat susu. Bak kata omputeh 'Got milk'.
Mamat B tukang repair rumah.
Puan C ada ayam 50 ekor.

Bila B nak susu, dia 'beli' dari A. Lalu A kata 'Aku beri kamu satu teko susu, kamu tolong repair rumah aku'.
Dua hari lagi, B nak susu tambahan kerana anak bini suka.
Tapi takkan A nak suruh B repair rumah setiap dua hari?

Mamat C pun suka susu. Dia beri A seekor ayam, dan dapat satu baldi susu.
Satu baldi susu tu boleh diminum selama seminggu. Nak simpan kat mana jika tak mahu basi (ini cerita zaman kuno). Beliau ada storage problem kerana diberi lebih barangan dari apa yang diperlukan.
Jika C beri A seekor ayam dan dapat hanya satu teko susu pula, rugilah C. Dalam 50 hari tak ada ayam lagi.

Dan jika rumah C bocor, takkan setiap kali B datang diberi seekor ayam sebagai bayaran? Sebab yang bocor kat bumbung tu sikit saja.

Kerana isu-isu inilah maka orang reka apa yang kita panggil currency atau matawang.
Agar dapat membayar seseorang itu untuk barang atau khidmatnya dengan tepat.
GAMBAR: Matawang lama Johor, diperbuat daripada tin/perak.

Kalau di zaman ini tak ada matawang lagi payah beb!
Saya wartawan, pandai tulis cerita bukan-bukan.
Kalau saya dah makan prata/canai dengan teh tarik, nak bayar dengan apa? Kasi mamak tu dua keping akhbar? Sekali dia boikot Utusan, mampoi saya tak ada apa nak bayar depa.
Kalau tauke selipar pula dah makan prata/canai dan teh tarik, takkan nak bayar dengan sepasang selipar?
Dalam sebulan, ada 30 pasang selipar kat restoran mamak tu. Storage problem with excess goods.
Dan jika yang makan tu boss syarikat Merc? Nak bayar dengan tayar atau steering kereta?

YANG paling unik dalam penggunaan matawang ialah satu komuniti pulau dekat New Zealand.
Kepulauan Yap.
Mereka keturunan orang Melayu dan Indonesia. Mereka pakai BATU BESAR sebagai matawang dulu.
Kamu baca ceritanya di sini.
Tapi mereka tidak angkat batu besar tu setiap kali buat deal. Cuma mereka tahu batu itu dah bertukar tangan, tanpa batu-batu besar itu digerakkan.

----------------------------------------------------
THE STORY OF GOLD

Oleh kerana Emas dan Perak dihargai dari dulu, maka itulah sebabnya ia antara yang pertama digunakan sebagai matawang ni.
Emas dinilai begitu tinggi atas dua sebab:

1) Rare, payah nak dapat. Harganya lebih tinggi dari Besi/Steel atau Tembaga mahupun Aluminium sebab ia susah nak didapati.
Kalau kita beli kereta boleh pakai Besi, habis stesen bas dan stesen LRT kita kopak semua besinya, nak buat downpayment beli BMW.
Besi, aluminium, zinc, dan logam lain lebih mudah nak dapat.

2) Purity, Cantik bersinar. Kena kilauan emas, semua khayal masuk syurga kejap.
Jika saya bawa Stainless Steel satu kilo dan sekilo Emas, Steel tu pun silau juga. Tapi cantik Emas ni lain pula. Mengkhayalkan.
Silver-Perak pun berkilau gila. Tapi tak sesyiok kilauan Emas. Dan Perak lebih mudah dan banyak digali.
Macam minum teh tarik kurang manis dengan teh tarik paling manis. Yang paling manis tentu lebih mengkhayalkan. Walaupun esok kamu masuk hospital kena diabetes.

Jadi kerana ada faktor 1) dan 2) ni maka ia menjadi rebutan manusia.

a) Menurut sejarah, emas ni dikorek di lombong di Africa dan dieksport bersama ivory (gading gajah) - melalui apa yang dinamakan the Gold Coast countries of Africa - negara-negara di 'bawah' Britain dan Spain.
Dari negara itu juga hamba sahaya kulit hitam/slaves dibawa lari oleh omputeh. Seorang keturunan hamba Negro itu ialah Kunta Kinte (yang berasal dari Gambia).
Hingga kini ada negara Afrika bernama Ivory Coast (Cote d'Ivoire - GAMBAR). Ah, kat tepi situlah ratusan kapal omputeh dari Eropah dan Amerika berlabuh nak collect emas, gading dan slaves.
Dan ada lagi satu benda yang mereka collect - GARAM! Salt!
Kenapa? Sebab tak ada fridge, orang dulu gunakan Salt nak awetkan daging dan ikan. Salted fish, salted meat.
Pada zaman Roman Empire, ramai askar mereka dibayar gaji bulanan dengan Garam! Ini cerita betul!
GARAM ialah salah satu matawang lama.
Mereka mudah nak angkut Garam ni, dan digunakan untuk membeli apa saja.

Kalau hari ini Garam boleh bayar downpayment untuk banglo kat sebelah rumah Anwar tu, kan syiok.
GAMBAR - Bukan jongkong emas, tapi jongkong garam. A salt bar = digunakan untuk bayar gaji zaman dulu. Cuba esok kita bayar abang polis atau tentera di raja pakai Garam. Roboh kota Melaka beb.

b) Spain dan Portugal pula merampok emas orang Mexico (empayar Aztecs dan Mayans) apabila kapal mereka mendarat di selatan Amerika.

c) Emas yang lain digali di California (The California Gold Rush, sehingga naiknya bandar San Francisco) dan juga di Australia (The Australian Gold Rush, sehingga pulau besar ini, yang dulu hanya untuk simpan banduan, menjadi negara penuh). Terima kasih kepada Emas, California dan Australia membangun pesat!

Kat Malaysia pun ada Gold Rush dalam hutan Terengganu (?) dan Pahang (?), tapi tak ada pembangunan sebab tak banyak emas dapat digali. Jika tidak, saya gerenti tempat itu ada ratusan ribu manusia dan bandar akan tumbuh dengan cepat.


FAKTA PENTING: Saya kata Emas itu barangan yang payah nak dapat.
Dari zaman dulu hingga kini, jika semua emas yang ada di dunia dikumpulkan, ia hanya dapat mengisi satu-pertiga (one-third) kolam renang saiz Olimpik.
Jutaan manusia jadi hamba dan disiksa kerana orang nak Emas ni!
Bayangkan tuan-puan. Kalung di leher Datin dan coin emas dalam almari Datuk tu hasil titisan darah jutaan manusia dalam sejarah.
Begitu juga mereka yang tertanam berbulan dalam lombong emas dan perak di Chile baru-baru ini.
Tapi itulah, maknanya tak banyak Emas ni. A rare object! Sebab itu ia dinilai begitu tinggi.
Macam juga Brad Pitt dan Keanu Reeves. Sebab tak ramai mamat hensome yang pandai berlakon.
Jika ramai wartawan hensome macam mereka - rarity dan shiny factors - dan Azmin Ali muka macam Brad, dan Zaid Ibrahim seiras Keanu, maka tak laku lagi dua pelakon Hollywood tu!
Eh, bila pulak saya kata Azmin dan Zaid muka macam besi buruk!?!?
Bila pulak saya kata wartawan semua muka malaun garam basah?!?! Kamu jangan pandai-pandai ah!

Thursday, September 16, 2010

Sosilawati - Perginya seorang pengusaha

Memang semua orang terkejut dengan pembunuhan kejam pengusaha produk kecantikan Sosilawati Luwiya.
Mereka yang membunuhnya begitu kejam sehingga membunuh tiga orang lain, seorang peguam, banker dan drebar.

Takziah kita ucapkan dan kita doakan roh mereka dicucuri rahmat dan keluarga mereka dapat meneruskan hidup setelah beberapa ketika kelak.


Bagi orang yang bekerja cari makan dengan majikan seperti saya, pembunuhan ini merugikan dari sudut lain juga.
Bukan mudah nak cari seorang pengusaha besar. Seorang wanita pula.
Kerana dengan perginya seorang pengusaha itu, masyarakat rugi besar.

Maaf rakan-rakan wartawan: Jika seorang reporter meninggal esok, masyarakat tak banyak rugi. Mungkin tak rugi apa-apa pun.
Jika remgold tercekik mampoi makan canai, yang rugi cuma 2-3 kerat orang saja.
Reporter ni macam sampah botol plastik tepi jalan. Ada harga, tapi murah sangat.
Mudah dan murah nak diganti.
'Kesian tite'.

Tapi seorang pengusaha ni banyak ideanya. Dengan idea itu bercambah jadi projek dan barangan, kedai dan pelaburan, pekerjaan dan business.
Nak kata seseorang pengusaha ni pakai kabel, ambil short-cut pun tak apa, asalkan tak menipu orang dan mencuri duit rakyat. Payah sungguh nak kembangkan business apa pun. Anda yang pernah menjual kueh raya mahupun multi-level marketing atau kedai runcit pasti faham.


Syarikat Sosilawati ada rangkaian 300 stokis. Paling kurang ada beberapa ratus keluarga yang dapat menambah rezeki kerana produknya.

Enterpreneur seperti Steve Jobs begitu bijak mereka produk seperti iPad dan Macbook, Apple ada 35,000 orang pekerja - tidak termasuk puluhan ribu yang bekerja dengan syarikat kontraktor Apple.
Dan seterusnya.
Nama-nama syarikat ini adalah juga nama pengusaha asal yang telah banyak berjasa kepada pekerja: Ford, Honda, Ferrari, Dell, Yeo Hiap Seng, Lemang Pak Ali.


Kita harap isu pembunuhan ini dapat diselesaikan dengan baik di mahkamah.
Apa gunanya kekayaan yang didapati dengan menipu orang, apa lagi dengan membunuh orang.
Orang ni penyokong politik pula. Tentu banyak dermanya.
But, how do you sleep at night?

--------------------------------------------
TAMBAH SIKIT


Siapa masih ingat Tan Sri Yahaya Ahmad? Bos DRB-Hicom dulu.
Apabila helikopter beliau terhempas dan beliau meninggal, ramai orang terkejut sedih. Sebab beliau masa tu baru ambil alih Proton-Lotus, dan ramai yang mengharap boleh menjadikan syarikat kereta nasional itu jadi maju meletup.
Rakan wartawan saya menulis = "there is a sense of unfinished business" dengan kematian mengejut beliau.

Mungkin ada akan kata, baik Yahaya Ahmad, Halim Saad, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, allahyarham boss Naza, Francis Yeoh, Vincent Tan, Datuk K, semuanya kroni tentulah kaya raya.
Tapi tuan, bukan semua kroni itu menjadi pengusaha yang menambah pekerjaan untuk kita dan anak-anak. Yang menambah nilai, adding value.
Tak semua yang dapat lesen mudah atau shortcut itu berjaya - lihat saja beberapa nama-nama 'kroni' Mahathir, Anwar, Pak Lah.
Ada yang ambil duit banyak-banyak, lepas tu calibut tinggal luar negeri. Atau dapat benda mudah jual saja tanpa menambah nilai dengan membina factory dan showroom. Ada yang dah dapat kontrak dan lesen mudah lepas tu kini tak tahu malu - menyerang kerajaan dengan wang mudah yang didapatinya, dan tak ngaku jadi kroni lagi!

Tabik kita kepada pengusaha.
Hail to the entreprenuer.

Monday, August 23, 2010

Manila hostage crisis - terkejut & sedih

 TAMBAHAN 5PAGI



 Saya bukan pakar menyerbu bas yang ada tawanan dan orang gila bawa senapang nak bunuh mereka.
Tapi saya rasa kecewa - seperti kepala pemerintah Hong Kong Donald Tsang - dengan cara orang Filipina ni serang bas tu.
Maaf, memang senang nak lemparkan kritik, sebab mungkin mereka ada taktik sendiri.
Saya yang selalu nonton wayang rasa janggal dengan apa yang ditunjuk di TV. Selepas satu jam, baru mereka berjaya tembak mati orang gila kat dalam tu. Sementara itu, lapan orang ditembak matinya.
- Apasal lama sangat nak serbu masuk?
The moment the hostage-taker knew police was outside the bus, he will attempt to kill the passengers. Dah tak ada masa lagi dah - terus serbu masuk ler! Itu pada saya yang banyak nonton wayang.


Katanya team SWAT mereka (Special Weapons and Tactics) yang terlibat. Tapi pak, tengok GAMBAR ATAS tu - apa benda yang mereka pakai?
- OK, ada jacket kalis peluru. Tapi, tidak pula dipakai abang polis ketiga dari kiri! Pakaian biasa saja????
- Dan beliau serta yang paling kiri saja hanya pakai beret, bukan topi keledar besi?
Dan jika topi besi pun, kenapa bukan yang tutup seluruh muka agar tak kena tembak kat muka???? Cuma ada satu bullet-proof shield -- lihat di sebelah kanan.

Jika kamu tengok pakaian dan taktik kumpulan anti-terror Indonesia serang JI dan sebagainya, fuyoh, takut beb. GAMBAR BAWAH. Lihat kelengkapan pakaian Densus-88 dan senjata. Ada night vision goggles. Lutut pun kena cover!
CIA-trained brader.
Yang hapuskan orang gila Dr Azahari Hussin dan Noordin Mat Top ialah Densus 88 ni. Detasemen Khusus 88 = Special Detachment 88, squad khas Polri (Polis Republik Indonesia). Baru orang respek dan takut.

- Saya lihat yang Filipina ni pakai tear gas, menurut berita. Kenapa tak gunakan stun bombs? Tapi mungkin takut penumpang mati pula.

- Juga (memang senang nak kritik orang) yang paling janggal pada saya. Kenapa lampu terang benderang brader!
Kamu kasi mati lampu lah! Disorientate the hostage-taker. Sebab gelap dia tak nampak. Kamu masuk pakai night-vision goggles, terus tembak dia kasi mampoi.

- Yang paling janggal pada saya ialah kenapa TV satu dunia dibenarkan buat filem ni! Ditunjuk live. Pengganas satu Filipina nampak taktik kamu, lain kali mereka tahu apa nak buat.
Dan nampak sah kamu tak cekap.

Sedih dan terkejut dengan abang polis Manila ni. Tapi memanglah, senang orang nak attack mereka. Saya pasti orang Hong Kong semua marah.

Lihat komen coolmokcikZ di posting ni yang menyatakan mungkin benda ni berlaku di Singapork. Ya, pengganas dan orang gila kat mana-mana sekarang ni, terutama mereka dendam negara "Israel" di selatan Malaysia ni.
Tapi saya pasti komando Singapore tak buat mistake macam di atas ni.

Apabila pesawat SIA kena serang pengganas pada 1991, komando Singapore serbu plane tu. Dalam satu minit (katanya "30 second sweep"!!!) mereka pecah masuk pesawat dan tembak EMPAT pengganas Pakistan kat dalam. Penumpang semua selamat. Bukan satu jam baru nak serang masuk oi.
Four bullets in 30 seconds. Mereka dapat tembak empat mamat bodoh tu walaupun ramai orang dalam pesawat tu.
Pesawat SIA tu kena hijack kat Subang, dibawa masuk ke Changi. Detail di sini. Israel-trained brader, katanya.




Saya pertama kali cari gambar komando Singapork di internet.
Ada pun. Lihat GAMBAR BAWAH ni - kelengkapan mereka.
Baca cerita di sini dan sini.


Semua orang tidak mahu keluarga tersayang kena kidnap pengganas, tentunya. Tapi bila dah kena, kita tentu mengharap orang yang nak rescue kita tu atau yang nak rescue keluarga kita tu, biarlah yang ada training yang betul.
Dah tak boleh tunjuk belas kasihan lagi kepada pengganas ni, lebih lagi jika (seperti orang gila di Manila) dah threaten nak bunuh penumpang. Lepas tu beritahu stesen radio dia dah tembak mati dua orang. Tunggu apa lagi beb!

---------------------------------------------
Saya sedang menonton live images dari TV - BBC, Mediacorp Singapore - hostage drama dalam bas di Manila.
Terkejut dan sedih.
Apa nih main tembak-tembak pelancong!?!?!
Gila punya orang.
Sini dan sini.

Alamak, ada satu mayat lelaki tergantung keluar di pintu bas depan. Sedih jika itu bapa, abang, suami kita.

Monday, August 16, 2010

Nasib kaum Rohingya didedah agensi berita Kaladan

Masa bulan puasa ni kita syiok beribadah waktu malam dan makan minum beramai-ramai dalam keadaan aman.
Pergi bazaar Ramadan pun syiok juga.

Tapi kita tahu tak semua begitu untuk banyak Umat M lain - yang di Pakistan rumah dah hanyut, di Palestin dah 50 tahun ditindas dan dihina.
Ada lagi satu kaum M yang terus ditindas dan dihina. Malah, hampir tidak ada satu negara pun ambil kisah tentang mereka kerana mereka miskin dan tinggal dipinggir masyarakat mereka.
Kaum Rohingya dari Burma/Myanmar.

Kita semua yang tinggal di KL dan Klang Valley, dan yang pernah ke Makkah dan Madinah, pernah berjumpa mereka. Tapi kita tak tahu sebab kita ingat mereka ni dari Bangladesh.

Mereka tak ada negara sebab pemerintah Burma kata mereka bukan orang kita, sebab bangsa Burma tak berkulit gelap. Pada Burma, there is no such race as Rohingya di negara itu.
Mereka lari ke jiran, Bangladesh, negara Bangla pun tak sanggup menerima mereka sebab miskin jumpa papa.

Jika kamu nampak orang pompuan dan anak-anak mereka di pintu masjid dan surau, atau yang minta sedekah di tempat lain berupa orang Bangla - kebanyakannya itu adalah orang Rohingya. Tak percaya tanyalah.

Di Makkah pun saya pernah jumpa mereka yang bekerja dengan Arab di kedai-kedai. Apabila saya kata saya dari Malaysia, mereka berbahasa Melayu dan kata mereka pernah bekerja di KL atau Johor.

Di KL, saya pernah ke kawasan di Cheras di mana ada satu persatuan mereka dan ada restoran menjual makanan mereka!

Berita mereka ini, seperti saya pernah tulis dulu, ada dalam Kaladan Press Network, agensi berita untuk kaum ini yang berpusat di tepi Bangladesh. Saya pernah jumpa editornya semasa conference di Jakarta pada 2008.
Mujur ada pemerintah omputeh (Sweden dan Norway antaranya) yang recognise kepayahan hidup mereka ini dan beri bantuan walau sedikit. Ada agensi UN pun yang bantu mereka - tapi nasib Rohingya ni kebanyakannya orang buat tak tahu.

Malaysia sebenarnya banyak berjasa kepada kaum mereka sebab beri mereka perlindungan - kalau tidak masakan ramai mereka boleh minta sedekah dan bekerja di sini.

Pemerintah mereka di bawah jeneral kuku besi, terus mencengkam mereka - boleh baca di berita Kaladan ini.
Nak berpuasa dan bertarawih pun payah - baca ni.
Di bulan ini, spare a thought for them.

Monday, August 9, 2010

Marhaban ya Ramadan

Untung kita, baik di Tenggara Asia atau di banyak negara lain.
Dapat keluar kerja dengan selamat - dah ada kerja dah bagus tu! Anak ke sekolah dan pulang dengan selamat. Cukup makanan di meja, nak beribadah pun tak ada orang kacau.

- Kita doakanlah rakyat utara Pakistan kerana berpuluh ribu rumah hanyut, ladang tenggelam kena banjir paling teruk dalam sejarah. Nak masuk Ramadan, rumah hanyut, anak-bapa-ibu hanyut mati. 15 juta orang terjejas, 1,600 mati.

- Di tempat lain ada minoriti takut hendak ke masjid, atau payah nak berpuasa. Yang saya terkejut, ada orang yang mengamuk tak kena tempat bukan di negara Myanmar atau Korea Utara, tapi di negara 'contoh demokrasi' Amerika!
Saya baca pun sedih.
Mereka bermusuh dengan Umat M sebab marah kena bom di New York dulu. Tapi part pemerintah mereka masuk Afghanistan dan Iraq bunuh orang sebarangan, mereka tak sedar.
Yang sokong Israel membabi-buta selama 50 tahun lebih hingga menaikkan kemarahan umat M satu dunia, lagi depa tak sedar. Selective memory, sebab tak ada orang yang mendidik mereka.

- Teringat saya akan Umat M di Palestin. Tanah bersejarah yang menjadi satu punca utama masalah terrorism satu dunia hari ini, akibat kekejaman Israel terhadap bangsa Palestin. Hingga kini, mereka nak beribadat pun sungguh susah.



Saya bawa cerita lama di Masjid Kubah dan Masjid Al Aqsa. Cerita dulu  di sini (dah lihat gambar kedua masjid baru faham jika baca cerita selanjutnya di bawah).
Nonton Al Aqsa 3-D di sini.

Orang yang melihat gambar kerap bertanya - 'Sikitnya orang kat dalam Al Aqsa tu'. Berbanding dengan ribuan manusia di Makkah dan Madinah.
Jawapannya: Macam mana tak sikit, umat M nak masuk ke Israel bukan mudah. Nak masuk kawasan masjid pun ada larangan.

Saya harap anda tak jelak sebab kerap juga buat reference cerita di tanah Israel ini. Tapi ini sejarah penting untuk kita memahami perang ke atas umat M yang tak sudah-sudah.
Nak bulan puasa, bawa ler cerita bertema agama sikit.

Dalam bahasa Arab, Masjid Kubah ialah Masjid Qubbat As-Sakhrah (sakhrah maknanya batu, kalau tak salah).
Ramai orang sangka masjid berkubah emas ini ialah Masjid Al Aqsa. Sebenarnya bukan. Dua masjid ini terletak kira-kira 100m antara satu sama lain.


GAMBAR ATAS: Di tengah masjid berkubah emas ialah batu putih mikraj, menurut apa yang ustaz ajar kita.
GAMBAR 2: Seorang pakcik di BAWAH Masjid Kubah. Di atas batu putih ini tempat Rasulullah bermikraj. Pakcik tua ni di bawahnya. Ada ruang solat.

Untuk orang Yahudi, batu ini ialah 'foundation stone' di mana universe dibina. Batu putih ini tersangat suci untuk mereka, dan saya pasti untuk orang Kristian pun.
Ia batu 'at the centre of the world', kata mereka.

Baca sini, sini (ada gambar batu dilihat dari atas) dan sini.
Jika kita sedar akan maklumat ini, baru kita faham mengapa yahud wan nasara ni bantu-membantu dalam isu Israel.
Maknanya, ketiga-tiga agama pandang bandar Jerusalem suci, dan lebih lagi atas bukit (Temple Mount, dalam bahasa mereka. Haram Al Sharif dalam bahasa Arab) di mana terletak masjid Al Aqsa dan Kubah. Yang paling suci pula ialah batu putih ini - di tempat pakcik berdiri tu, di bawah batu - dulu tempat paling suci untuk agama Yahudi.

Kini batu suci itu terletak dalam sebuah masjid.
Hanya orang Islam boleh masuk ke dalam masjid. Kalau yang lain cuba masuk, akan dipertahankan rakyat Palestin hingga mati pun.

Saya terbaca sejarah - apabila tentera Yahudi menawan semua kota Jerusalem dan kawasan Masjid Kubah pada Perang Enam Hari 1967, paderi utama ugama mereka masuk ke tempat pakcik berdiri tu seorang diri, untuk menyatakan syukur dan berdoa.

Saya sempat bersolat di dalam Al Aqsa dan juga di dalam Masjid Kubah.
Sempat visit dua kali semasa tiga hari-dua malam ke sana bersama pasukan Mercy Relief nak bawa bantuan kecemasan untuk warga Palestin di Gaza dulu.

Saya juga sempat bersolat sunat dan berdoa di bawah Masjid Kubah ini.
Bukan saya doa nak hancurkan Israel lalu semua dihumban ke laut agar maut. Pada saya, jika kita membenci sampai begitu tak akan ada akhirnya masalah umat ni.

Saya doakan keamanan untuk semua agama, antara Arab dan Yahudi, Islam dan Judaism dan Kristian, agar bandar Jerusalem ni dapat dikecapi sebagai bandar agama untuk semua orang.
Orang dapat bersembahyang dengan aman, seperti anda ke masjid dengan hati tenang dalam bulan puasa, baik di masjid di Damansara mahupun di Geylang.

Ya, doakan untuk diri sendiri.
Tapi doakan juga umat M, saudara dan datin.

Marhaban ya Ramadan.


---------------------------------------------
TAMBAHAN PAGI - A note for the AG

Ingat tak nak bual politik. Nak sejukkan hati masuk Ramadan al mubarak.
Tapi AG buat hal. Dah terbakar jantung saya.
Kerajaan, MACC, warga kerja Melayu kerajaan, polis, mahkamah, dan AG Chambers semua dah kena maki dengan orang Cina, India, Insider dan Malaysiakini sebab Teoh Beng Hock mati dalam tahanan. Melayu bodoh. Pembunuh.

Rakyat dah buat verdict kes ini, public verdict. In the court of public opinion: Teoh mati ditolak orang.
Yang lain hanya procedures nak cukupkan masa.

Rupa-rupanya ada nota dijumpai Oktober lalu - dah nak setahun - yang boleh membantu kes kerajaan? Baru sebulan lalu desas-desus keluar.
Baru ni nak tunjuk peguam Teoh.
Kata omputeh, the horses have bolted from the stable. Kamu gi tangkap balik.
Jika dulu lagi keluar, boleh disangkutkan dengan bisikan lama memang ada corruption dan salahlaku, katanya, dalam DAP.

Sebab kerajaan dah diberi verdict 'Guilty' oleh orang ramai, saya boleh agak apa yang akan dikatakan oleh keluarga Teoh jika mereka mendapati itu benar tulisan mamat malang ini - It is his handwriting alright, but he must've written it under duress. How could he have killed himself just before his marriage?

Monday, July 19, 2010

Orang reka robot, Muslim nak fatwakan kopi

Orang Jepun dulu bodoh tak tahu buat kereta. Mereka copy kereta omputeh dari Amerika dan British, kini control satu dunia sebab mereka dah pandai mereka jentera yang cantik dan murah.
Sama juga dengan barang elektronik seperti TV dan komputer. Jepun dan mamat Korea copy dari omputeh, lepas tu buat lebih kecil, menarik dan murah.
Sekarang China pun dah jadi negara copycat. Kereta, barang elektronik termasuk ponsel, aircon dan TV serta fridge.

Si Muslim pun pandai copy juga. Yang reka suicide bombing bukan kita, tapi antaranya ialah Tamil Tigers dari Sri Lanka.
Begitulah cara mereka letupkan bom yang membunuh bekas PM India Rajiv Gandhi - pada 1991, lama sebelum suicide vest ini jadi trademark Umat M.
Sekarang Muslim dah 'perfected the technology', kata omputeh.
Bukan saja mereka serang tentera musuh - kalau yang itu OK juga woi - orang lagi solat kat masjid pun dia letupkan berkali-kali, hanya kerana perbezaan pendapat. Bravo.
Jika kita terus sokong mereka ini, jangan terkejut jika nanti satu hari ada mamat Melayu bangang yang letupkan dalam KLCC dan di masjid KL.

Saya selalu mengeluh.
Kenapa kita tak pandai copy benda seperti di bawah ini.
Dengan rekaannya orang New Zealand, mereka dapat bantu mamat lumpuh ini (GAMBAR) berjalan!
Syiok saya lihat. Dan jealous untuk umat.
Kalau nak suruh kita invent iPad atau laptop baru, tentu tak boleh buat.
Tapi, saudara dan datin, jika kamu ada anak muda yang boleh diajak invent benda yang akan dipuji manusia, tentu akan disebut-sebut nama inventor bernama Muslim itu.

Cerita Rex exoskeleton itu di sini. Ada video lagi!
Mungkin mesin ini tak begitu baik. Tapi tentunya masih boleh diperbaiki. Alangkah baiknya jika nenek dan datuk kita dapat berjalan semula!

Tak payah yang teknologi canggih. Lihat saja vuvuzela - trompet plastik rekaan omputeh Afrika Selatan yang begitu popular dalam World Cup.
Mudah saja. Mamat pereka kata dia copy dari vuvuzela yang digunakan orang kulit hitam, dan diperbaiki.
Kini jadi hit seluruh dunia dan mengkayakan perekanya.

Dah kaya kelak, kamu belilah 10 kapal aman gi Gaza, atau buat 10 universiti dan hospital di Egypt, Jordan dan Syria nak bantu Palestin.
Kalau kamu baca sejarah, kamu akan tahu bahawa puak yang control Jerusalem tu bukan hanya selama 10, 20 tahun, tapi beratus tahun. Jadi jika nak sangat kalahkan mereka, fikir strategi jangka panjanglah.
Jangan nak lepaskan geram tak kena tempat, malukan umat dan agama.
Enough said.

-----------------------------------
KOPI LUWAK HARAM?


Saya rasa ulama Indonesia ni baca blog remgold. Heehee.
Baru minggu lalu saya bual tentang kopi luwak - kopi dari najis musang. Kini dah mula ada yang nak keluarkan fatwa pulak. Nak haramkan kopi ini.
Walhal, kopi luwak ni dah puluhan tahun, jika tidak lebih dari itu, jadi tradisi minuman di Indonesia. Kesian si musang luwak ni (GAMBAR).
Luwak pulak pandai cakap omputeh, dan memberitahu blog ini - 'What did I do to deserve this? I just ate my fav food and shat. Like that also cannot?'

Gila.
Negara kamu banyak isu corruption, termasuk yang dari partai politik beragama pun. Menteri Agama pun pernah dituduh kebas duit orang nak gi haji! Astaghfirullah.
Itulah yang diselesaikan dulu, 'bang.
Ramai rakyat miskin. Tinggal tepi longkang, mandi dalam longkang.
Keluarkan fatwa orang kaya bantu orang miskin ler.

Jangan jadi macam ulama Malaysia. Negara dah nak terbalik.
Dia sibuk haramkan yoga dan makyong, sibuk nak jadi negara Islam konon (sekarang dah tidak, hanya nak negara-Islam-yang-direstui-DAP). Tapi nak repair kepala paip pun panggil teknisyen Cina.
Umat bodoh dipermainkan orang, tak ada fatwa pula agar rajin belajar dan jadi pereka besar.
Tak ada fatwa bahawa umat yang pemalas jadi pekerja kolar biru tu haram, kena jadi akauntan dan lawyer dan doktor.
Tak ada fatwa bahawa tak guna ngaku Islam, jika makan duit rakyat berjuta. Tak guna ngaku Islam jika kebas pasir, lepas tu tuduh orang lain buat.

'Hampir-hampir kemiskinan itu menjadi kekafiran' - itu satu hadith yang saya dengar masa budak sekolah lagi, yang selalu berngiang di kepala pakcik tua ni.

Kenapa jika miskin = boleh jadi kafir?
Sebab orang miskin kena cari makan dengan orang kaya. Kena buli, tak dapat beribadat dengan sempurna.
Kalau kamu kaya, boleh parking dalam masjid setiap hari, ada drebar tunggu kat luar dengan Merc.
Tapi itu saya, tak tahu apa citarasa anda.
Nak marah pun, teruskan, brader.
Ini keluhan orang minoriti Temasek yang sering, katanya, dipijak.
Kamu kaum majoriti di negara jiran buat apa?
Gaduh politik tak habis-habis. Kami nak jadikan contoh Melayu-Islam mithali kat mana?
Tengok utara, kecoh Melayu lawan Melayu.
Tengok selatan, rumpun Melayu lawan Melayu merampok.

Tuesday, June 22, 2010

You bomb me, I bomb you (?)

Faisal Shahzad, the Pakistani-American who wanted to blow up Times Square with a car bomb, was in court on Tuesday.
See here, here and here.

"Did you look around to see who they were?" Judge Miriam Cedarbaum asked him of his potential victims.
"Well, the people select the government," Shahzad said. "We consider them all the same. ..."
"Including the children?" the judge demanded.

"Well, the drone hits in Afghanistan and Iraq, they don't see children, they don't see anybody," Shahzad fired back. "They kill women, children, they kill everybody. It's a war, and in war, they kill people. They're killing all Muslims."
"One has to understand where I'm coming from," Shahzad told the judge. "I consider myself ... a Muslim soldier."

'I want to plead guilty 100 times because unless the US pulls out of Afghanistan and Iraq, until they stop drone strikes in Somalia, Pakistan and Yemen, and stop attacking Muslim lands, we will attack the US and be out to get them.'


Amerika pandai. Dia datang negeri orang, bunuh sembarangan, lepas tu apabila kena bom di negara dia, dia pusing balik dan kata - Eh ini terrorist.
Tak tahulah betul ke tidak apa yang dikatakan mamat ni menurut syarak. Tapi kita kasi point dia pandai jawab balik ler.
Eh kat ofis PKR pun ada Paki-Amerikan bernama Aasil Kazi Ahmad ....

Monday, April 19, 2010

Razak Baginda/Singapura = 2. Belajar tentang Islam

Razak Baginda berceramah selama sejam tadi, di S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), sebahagian daripada Nanyang Technological University (RALAT: Bukan Nanyang Uni, tapi Nanyang Techno Uni).Lepas tu soal jawab selama setengah jam.
Topik dan background saya dah beri tadi di sini.
Beliau kini berjanggut dan dah tambah kilogram.

Yang datang 40 orang - akademik, kumpulan retirees dan wartawan.
Di Singapore ni, ada satu phenomena yang ditakuti oleh wartawan, yang kami gelar 'retirees'.
Mereka biasanya lelaki yang berumur di atas 60 tahun, higher middle class atau orang kaya, dan banyak membaca.
Maknanya, kamu jangan nak bedek dengan mereka sebab mereka tahu banyak perkara dan isu secara mendalam. Mereka suka berdebat.
Dan jika ada ceramah percuma, atau shareholder meeting, mereka akan datang ramai-ramai.
Dan seperti biasa tadi, golongan inilah yang banyak bertanya dan memberi pandangan.
Adoi, yang bertanya tadi termasuk tiga retirees Muslim - dua saya tahu orang kaya. Mak oi, dia punya olahan cerita panjang sehingga Razak pun goyang kejap, dan penglola majlis tak tahu nak sampuk macam mana.
Olahan mereka berisi, bukan cerita pakcik tua nyanyok.
Di kumpulan akhbar kami, SPH, kami hormat-takut kumpulan retirees ni - sebab mereka yang banyak melanggan akhbar-akhbar kami, dan yang suka komplen dengan menelefon dan hantar email!
Idle-rich retirees, mungkin.

Apapun, isu Radical Islam and the New Caliphate yang dibawa oleh Razak tadi syiok juga, termasuk pandangannya bahawa Islam di Malaysia ini cetek.
Dan yang penting, bagi saya, beliau berkata sejak keluar daripada penjara (semasa perbicaraan beliau merengkok selama 22 bulan - hampir 2 tahun!), beliau kini menjadi seorang Muslim yang baik, macam Zaid Ibrahim lah.

Kalau Zaid bertaubat sejak masuk PKR, Razak bertaubat sejak ke UK dan buat penyelidikan mendalam tentang Islam.
Razak kata kini memberi ceramah mengenai Islam termasuk di masjid di Britain apabila dijemput.
Katanya, jika tak kerana isu Altantuya ini, beliau pastinya tak akan merapatkan diri dengan agama. Kini dah berumrah dan bersujud selalu, katanya.
God moves in mysterious ways, kata mat salleh.

Lepas tu tiga wartawan termasuk saya interview dia.
Soalan pertama saya ialah: Eh kan ada ash cloud di Eropah sebab gunung berhabuk Iceland, macam mana pesawat kamu boleh tiba di Singapore?
Ada orang buat joke sebelum itu - Razak dapat ke Singapore dari London sebab beliau tak naik pesawat. Tapi tumpang kapal selam Scorpene.... Ish ish ish, jahat budak-budak Singapore ni :-)
Jawapan rasmi Razak: Beliau menaiki antara pesawat terakhir dari Heathrow pada Jumaat lalu, terus ke KL. Dan dari KL ke Singapore tadi/Isnin.
Esok pulang ke KL.

Cerita-cerita lama mengenai Altantuya ditanya.
Beliau kata semua off-record, jadi saya hormati permintaan itu.
Terkejut juga dengar ceritanya.


--------------------------------------------------
TAMBAH CERITA SLEEPER AGENT APCO NI

Ada yang bertanya di bawah posting saya di sini.



Agen Tiga Suku said...Sdr Remegold; kenapa nampak kurang percaya kewujudan Zionist Sleeper Agents diAPCO dan juga dimana mana? Baca buku MOSSAD by Mordecai Vanunu. Tu org Israel sendiri punya pengakuan.

So jgn terperanjat jika org yang paling dekat dgn kita yg kita sanjung sebenarnya pembelot!!!

Buku MOSSAD itu ceritakan macammana Israel menyucuk jarum utk menjadikan meeka ini berpaling tadah - tak ubah cara Shin Bet memusingkan kepala Anak pemimpin Hammas utk jadi double-agent. Ini bukan James Bond, hanya ini realiti yang lebih dahsyat.


--------------------------
Jawapan saya:
Agen 3/4,
bukan saya tak percaya tentang sleeper agen, tapi apa yg saya tak percaya ialah ada spy agensi yg begitu bodoh sehingga menggunakan apco utk merisik, sedangkan nama bekas perisik mereka (kalau betul kata pkr) bekerja dgn syarikat itu.

cerita sikit: saya pernah ke markas pas di melewar kira2 10thn lalu mendengar ceramah.
drpd kira2 2,000 orang di situ, rakan wartawan angkat tangan dari jauh dgn seorang yang bersarban, berjubah dan berjanggut tebal. kata orang macam osama.

wartawan tu tanya saya: 'kau tahu siapa tu? itulah orang SB. siapa sangka kan?'
pada saya itulah namanya sleeper agen.
seseorang yg sama rupa seperti kumpulan yg nak diinfiltrate. bukan gunakan nama bekas agen perisik lepas tu masuk msia gunakan pintu depan.

sebab tu saya buat jenaka, dlm movie james bond saja hero semua hemsome, yg jahat muka setan dan yg cantik tu sleeper agen.
dlm spying mission sebenar, sleeper agen ialah orang yg kamu ingat rakan baik kamu!

Sunday, April 18, 2010

Razak Baginda berceramah di Singapura esok

Esok/Isnin/19 April, Razak Baginda berada di Singapura untuk menyampaikan ceramah.
Topiknya ialah 'Radical Islam and the New Caliphate'.
Ceramahnya akan berlangsung di S. Rajaratnam School of International Studies atau RSIS, sebuah institut kajian yang terkenal di Asia yang bernaung di bawah Nanyang University.

(*Mendiang S. Rajaratnam ialah salah seorang pengasas Singapore, sezaman Lee Kuan Yew dan Yusof Ishak, dan juga bekas timbalan perdana menteri)

Razak ialah Senior Associate Member, St. Anthony’s College, Oxford University di United Kingdom.
Rakyat Malaysia dan ramai yang lain mengenali beliau sebagai bekas kekasih Altantuya Shaariibuu.

Tempat dalam dewan terhad dan dah lama permohonan nak hadir ditutup.
Saya akan hadir di ceramah itu.

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431. Kempen sampah maut di S'pore

Selamat tahun baru untuk umat Islam.
Hijrah 1431.
Semoga Allah memberkati amalan dan pekerjaan kita.
Dan agar kami semua lebih kuat bekerja supaya dihormati orang bukan Islam.
Ini doa orang Singapore macam saya selalu. Kalau saya lebih giat kerja dari yang lain, saya harap akan kurangkan persepsi bahawa Melayu/Islam ni pemalas. Biar orang hormat umat di Temasek ni, mungkin kami miskin dan minoriti tetapi disegani sebab rajin kerja.

Di Malaysia, sebagai setengah warga Malaysia, saya doakan agar negara kurang berkecamuk dengan politik murahan, dan agar jasa dan perjuangan umat Islam lebih dihargai.

Baru tadi seorang rakan kerja saya bertanya - today is your New Year? What is the difference between this and hari raya puasa and hari raya haji?
Kena cerita sikit, sebab untuk orang Tionghua (Jepun pun sama) hari terbesar mereka ialah tahun baru, Chinese New Year.
Jadi mereka ingat kenapa ada pulak tahun baru Islam ni, kan baru lepas hari raya puasa dan haji - masih ramai bukan Islam Singapura berfikir hari raya ialah 'tahun baru Islam'.
Saya kata tadi - tahun baru Islam ni kami ikut peredaran bulan - lunar cycle - macam kalendar Cina. Tak sama macam kalendar biasa yang mengikuti peredaran matahari (Gregorian calendar). Baru depa faham sikit.


Ini pesanan pemimpin Islam Singapore semalam untuk umat Muhammad di Temasek Darul Sekular - di sini.

-----------------------------------------------------
LAGI KEMPEN DI SINGAPORE!
Apapun, baru semalam saya kata Temasek ni gemar sangat berkempen.
Hari ini ada kempen baru - sebenarnya kempen lama dimulakan semula.

Campaign against Killer Litter - Kempen Anti-Sampah Maut.

Di negara di mana 87 peratus rakyatnya tinggal di flat HDB - perumahan awam yang dibina pemerintah - bahaya jika orang sewenang-wenang campak botol dan sampah dari atas.
Dah banyak kali kempen ini diadakan.
Di Singapore ni, kadang-kadang orang gaduh laki-bini atau dengan anak, macam-macam benda depa lempar dan lontar.
Pernah pinggan, baldi, basikal jatuh dari atas. Dan pernah juga orang campak fridge (icebox)!!!
Sebab tu di Temasek, nak pasang compressor air-con di tingkap luar pun ada undang-undangnya - besi kena setebal itu dan ini - jika tidak jatuh atas kepala orang esok, mati.
Nak gantung baju pakai galah di luar tingkap pun ada undang-undang. Kalau tak sepit pun salah - nanti hang punya seluar dalam kena kepala orang kat bawah, mati kelemasan beliau!

Semua ada undang-undang dan saman, sehingga orang buat teeshirt mengejek:
'Singapore is a FINE city'.

Ada dua makna: Singapore adalah bandar yang fine (bagus).
Dan juga: Kat Singapore ni, jika buat salah sikit, kena fine (saman).
Lihat GAMBAR.

Kempen terbaru dimulakan sebab kepala seorang pakcik Melayu yang sedang hadir di persandingan di bawah blok kena pasu bunga yang dilontar dari atas! Dia pengsan. Nasib baik tak maut. (Orang Melayu kebiasaannya kalau kenduri kahwin di bawah blok, orang Cina di hotel dan restoran. Orang Melayu atasan baru adakan kat hotel atau dewan yang di sewa).
Polis serbu rumah pelontar tu. Depa tak mahu buka pintu.
Lalu pegawai Civil Defence menggunakan tali terjun masuk dari tingkap rumah!
Kalau orang tak tahu, tentu mereka ingat ada terrorist dalam rumah tu - kena masuk ala-komando melalui tingkap!!!
Semua orang yang melihat perempuan pelontar tu ditangkap menepuk tangan. Begitulah bencinya orang Temasek terhadap pembuang sampah maut ni. Sebab boleh membunuh orang.
Jika anda berjalan di bawah blok-blok di Singapore ianya lebih bersih berbanding 10 tahun lalu, dan lebih selamat, sebab benda ni dah masuk benak kami semua!
Jangan buang sampah kat tingkap!

Dan kini kempen dah bermula lagi. Dan dah mula dah - ada gambar-gambar dan cerita dalam akhbar-akhbar Singapore.
Kasi semua orang muak sebulan-dua baru kempen diberhentikan.

Thursday, September 17, 2009

Mas Selamat jumpa isteri Raya nanti - Malay Mail


Baru saya mengumpat tentang rakannya, kini Mas Selamat pun masuk dalam berita.
Ini scoop Malay Mail - di sini.

Mas Selamat Kastari, terrorist warga Singapura, akan dikunjungi isterinya pada Hari Raya ini di Kamunting.
Isterinya juga warga Temasek.
Mereka mempunyai lima orang anak - empat lelaki, seorang puteri (terima kasih Malay Mail kerana saya tak tahu fakta ini!)

Izin untuk kunjungan ini pastinya dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang baru membebaskan lima orang yang disyaki member KMM atau JI (kita pun tak tahu yang mana satu, sebab polis sudah pusing-pusing dalam cerita ini).
Sebelum orang marah Hisham kerana nampaknya berlembut dengan pengganas, atau mereka yang disyaki pengganas, sebenarnya dalam proses memulihkan mereka perkara seperti ini boleh membantu.
Biar Mas Selamat jumpa isterinya, dengar cerita anak-anak membesar tanpa ayah, dan bagaimana pemerintah Singapore membantu keluarga tahanan JI -- ini cerita betul, pemerintah Temasek membantu bekas tahanan JI agar tidak terus sesat, baca di sini, sini dan di sini.

Kenapa bekas terrorist dibantu?
Sama seperti kenapa masyarakat mesti membantu bekas banduan - macam mana dia nak masuk kembali ke arus masyarakat tanpa bantuan? Mana dia nak cari kerja? Anak dia nak makan apa, nak ke sekolah siapa yang bayar? Dia confused tentang ideologi agamanya.
Di Singapore kumpulan pembantu mereka dikenal sebagai RRG, Religious Rehabilitation Group, kumpulan ulama yang merapatkan diri dengan bekas pengganas.

Saya memang pandang tinggi orang yang berjihad, tetapi bukan yang merancang nak membunuh orang awam yang tidak berperang dengan umat Islam.
Mengebom atau merancang pengebomam orang yang sedang makan di restoran atau mengadakan meeting di hotel kerja orang amarah yang tidak berfikir.

GAMBAR. Dari website jenaka-politik terkemuka Singapore, talkingcock.com.