Showing posts with label gold. Show all posts
Showing posts with label gold. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Sing$, Ringgit pijak Dolar US; Perak silau


Wooi, ni macam nonton tsunami landa Jepun sebulan lalu - takut-syiok.
Atau sedang nonton Shah Rukh Khan menyanyi kat TV tapi nak kena lari masuk toilet sekarang juga sebab dah tahan. Tak tahu nak buat mana satu dulu.
Hahaha.

Matawang Singapork melonjak ke tahap tertinggi dalam sejarah berbanding dolar Amerika.
Ringgit tertinggi dengan US dollar dalam setahun.
Dan Perak (silver) tertinggi dalam 31 tahun, Emas naik lagi ke rekod baru.
Platinum dan Palladium juga naik giler.

Singdollar kini di bawah 1.3 berbanding USD. Dulu nak turun dari 1.5 payah benar.


Ringgit pula di 3.02. Kita tentu ingat dulu zaman Mahathir dan currency controls, ia diikat di paras 3.80.
Semakin kukuh. Takde pulak orang yang puji.
Cuba jika esok ringgit jatuh - kerana apa sebab pun - tentu ada yang pekik-pekik.

Memang Dollar-Malay ni dalam chart nampak macam terbalik.
Kerana dolar Amerika ni matawang terbesar, maka pasaran dunia melihat matawang semua dari kacamata USD.

Ia dilihat begini: dulu US$1 = 3.80. Iaitu satu dolar Amerika boleh beli RM3.80.
Kini US$1 = 3.02. Satu dolar Amerika boleh membeli hanya RM3.02.
Maknanya, USD makin lemah. Atau ringgit lebih kuat.
Jadi jika kamu lihat CHART, seperti di bawah ni, USD lebih lemah.




Tapi jika tak puas hati, nak tengok Aku Makin Kaya, saya invert chart ni - di Bawah.
Nak main-main dengan Invert ni, atau detail pergerakan Dollar-Malay dalam 90hari, 180hari, gi kat sini.

Ah ah, orang pasaran panggil Dollar-Malay. Mereka nak jual beli dalam sesaat-dua, where got time nak kata - "Can you please sell US Dollar to Malaysian Ringgit at range of between 3.030 and 3.028".
Jawapan money broker: "OK sir, the order is done".
Ish! No time for all these!

Short form antara bank dealer dengan money broker, lebih kurang - "Sell dollar-malay oh-three, oh-two-eight".
Jawapan: "Yours!".
Tapi itu dulu, kalau pakai phone. Kini pakai taip kat keyboard saja buy and sell orders ni.
Eeks, harap Abang Zack baca ni dan betulkan. Depa tu dulu big time player kat Raffles Place. Sebab saya agak gitu ler perbualan kerana kerap juga dengar dealer-money broker pekik-pekik kat phone dulu. Takut cerita tak tepat.




TAPI Perak yang banyak buat saya menyesal. Tak beli banyak lagi dulu. Hanya kira-kira setahun lalu, ia berharga US$20 setiap ounce (atau ditulis ringkas oz.).
Kini dah double jadi US$40!!!
Maklumlah kita kena kumpul duit dulu sebelum membeli. But the market waits for no man! Saya baru nak beli satu silver coin, pelabur dari Sarawak dan Kastam beli 1,000 kilo.


Emas pula tak penat-penat. Dalam 10 tahun ini terus dan terus capai rekod tertinggi dalam sejarah. Saya pernah bual-kosong sejarah emas dan matawang dulu di sini.


Sebab ini semua berlaku?

Kata omputeh, the perfect storm - masalah berganda - untuk USD.

1) Mula-mula inflasi makanan yang menakutkan ramai pemimpin.

2) Lepas tu negara MENA berkocak. Ini bukan Minah Keramat, tapi Middle East and North Africa. Takut bekalan minyak terpotong - menjadikan inflasi satu dunia dan melemahkan ekonomi terbesar di dunia, Amerika, dan USD - orang lari keluar dari matawang US dan masuk Logam Mulia (precious metals = gold silver platinum palladium).
Bak kata omputeh - precious metals shine. Silver shines = perak silau (tak tahu ler bahasa melayu ni jitu atau tidak. Harap betulkan).

3) Dan semalam ditambah lagi masalah ekonomi Eropah. Setelah Greece dan Ireland, Portugal pulak kena bail-out.
Tak tahu ler bila nak selesai masalah EU ni. Lepas ni mungkin Italy pula dan lepas tu Britain?

4) Matawang Singdollar juga naik sebab ramai pemain pasaran menjangkakan Monetary Authority of Singapore, bank pusat, akan naikkan interest rate tempatan nak kekang masalah inflasi di pulau ini.
Juga, jika dibandingkan, ekonomi Temasek dan Najibanwarland akan lebih kukuh dari eko-NO-money Amerika.
Dah beberapa hari ni, gaduh besar di Washington tentang Baget, walhal duit dah nak habis.


--------------------------------------------
CERITA ANAK THAI KAKI PUTUS 

Ini sambungan cerita semalam. Anak pompuan Thai 14 tahun yang malang. Dia terjatuh ke landasan keretapi MRT lalu kedua kakinya putus digilis tren.
Akhbar hari ini - bapanya tiba dengan bas dari selatan Thailand. Dapat jumpa anak.
Ibunya tak datang, rupanya. Kerana begitu terkejut. Dan saya rasa, mungkin tak cukup wang nak ke sini.
Nitcharee dulunya tak tahu nak jadi doktor atau peguam. Kini dah decide. Nak jadi doktor kerana jadi sedar setelah kemalangannya.
Kakinya akan dipasang kaki besi, tapi saya harap ada yang hulur wang jadi sponsor.
Ini gambarnya - dah ceria sikit sebab bapanya dah tiba.
Juga di sini.
Kerana tentunya kita khuatir akan berlaku kepada anak kita, kita harap pemerintah di Singapura dan KL-Selangor pasang ler pintu gelongsor di semua stesen di atas platform.

Saturday, March 12, 2011

Bah. 2 - Syiling, wang kertas & setem

...sambungan. Bah.1 di sini.

Orang yang collect syiling, wang kertas dan setem menjadi Pelajar Sejarah, a student of history.
Dan juga Pelajar Ilmu Alam, a student of geography.
Jika anda ada masa sekarang ini juga, ambil wang kertas atau syiling dari saku atau dompet anda dan belek secara detail.
Saya pernah tulis dulu tentang sejarah yang boleh dilihat dalam syiling dan wang kertas Malaysia - di sini.
Ada gambar Tuanku Abdul Rahman - ini nama Agong pertama Malaysia, bukan nama jalan dekat Chow Kit tu. Ada gambar kijang dan sejarah logo Bank Negara. 

Dengan hobi giler ini, saya telah sibuk membaca sejarah China - saya tulis di sini.
Kerana nak faham apa benda ni wang kertas China banyak sangat jenis!

WANG kertas Indonesia pula mengingatkan saya sejarah negara kepulauan itu - Depa banyak banknote yang dikeluarkan oleh Belanda (Holland).
GAMBAR: 'De Javasche Bank' = Bank Jawa. Tapi wang dalam kiraan Belanda 'gulden'. Dan gambar pembesar omputeh di banknote. Wang dikeluarkan di Batavia (Jakarta) (GAMBAR). 
Baru saya sedar kembali - O, rupanya Holland, seperti Perancis, Italy, Belgium, Portugal, Germany dan Austria pun rupanya negara penjajah! Merompak dan melanun negara-negara kita di Asia dan Afrika.
Selalu bila kita kata penjajah, kita hanya ingat British.
Rupanya betullah kata Dr M dulu - dalam satu ucapan kontroversial di Perhimpunan Agung Umno - kaum omputeh ni kaum yang suka berperang dan menjajah. Kaum Might Is Right.

DAN kerana saya mula collect banknote dan setem Singapork dan Maysia, saya sedar kembali sejarah kedua negara.
Omputeh dulu control bandar besar tepi laut yang menghadap Strait of Malacca - sebab tu Penang, Melaka dan Singapura dipanggil Straits Settlements. Mata wangnya digunakan juga di negeri-negeri yang bernama Federated Malay States - baca ni (Persekutuan Tanah Melayu).

Saya ulang: Mata wang itu tulis 'Malay States'. Negeri-negeri Melayu.
Eh, kan Mahathir tulis dalam bukunya dan Utusan selalu kata bahawa tanah tu tanah melayu.... Saya pakai tanjak Perkasa masa tulis ni.
Lain kali jika ada forum Perkasa dan DAP, panggil saya. Mereka gaduh pakai keris, AlKitab bahasa Melayu, Perlembagaan, saya hanya perlu keluarkan banknote lama dan setem!


GAMBAR - 1) Sila click jadi nampak lebih besar. Matawang dengan portrait King George VI. Lihat di bawah perkataan 'FIVE DOLLARS' - 'In the Straits Settlements and Malay States'.
Dalam bahasa Jawi (pandai saya baca!): "Wang kertas ini sah diperlakukan di dalam Negeri-Negeri Melayu."
Hee - Negeri-Negeri Melayu eh.
Lihat di belakang note - ada logo-logo negeri di mana wang boleh digunakan.
2) Juga setem Federated Malay States. Sekarang sultan tak naik gajah, depa naik Rolls. Rimau pun kita kini simpan dalam zoo, kasi makan KFC.



Selepas British, Jepun pula conquer Maysia dan Temasek. Maka matawang dan setem Jepun digunakan di sini. Jepun keluarkan setemnya sendiri untuk digunakan di kedua negara ini.
GAMBAR: Saya baru beli setem-setem ni. Beb, ini setem Malaya! Bukan setem sushi, walau susah nak 'caya - kamu lihat mamat toreh getah tu, rumah kampung Melayu (setem warna coklat) dan tin mining (setem merah).
Tak caya jugak? Ah saya letak setem Jepun-Malaya bergambar masjid! Saya tak ada setem ni sebab susah nak dapat. Gambar dari Internet.


Dan kita semua tahu tentang 'duit pisang Jepun', jadi saya tak payah nak cerita - saya pun tidak membeli lagi duit pisang ni, sebab duit ni tak laku sangat sebab tidak ramai collectors suka kumpul benda ni.


LEPAS Jepun dihalau, setem Maysia dan Singapore yang dulu dipakai British, digunakan semula.
Tapi semuanya ada cop - B M A = British Military Administration (GAMBAR).


Sehinggalah apa yang kita panggil Malaysia timbul - Federated Malay States dah bertukar jadi Malaya (bukan Chinaya atau Indiana). Lepas tu Malaya kawin dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, jadi Malaysia.
Ada setem masa tu yang di tulis 'Pahang, Malaya' dan 'Perlis, Malaya', dan ada juga setem 'Singapore, Malaya'. (GAMBAR)
Setem mengajar sejarah kepada saya!
Saya kena belanja banyak juga membeli katalog-katalog tebal mengenai banknote, coins dan stamps. Tapi syiok dapat belajar sejarah. Bersepah-sepah catalog ni kat tepi katil saya, sebab bila nak tidoq baru saya ada masa nak baca dan belek.

Setelah berpisah, pada 1967, barulah Malaysia dan Singapura sebagai negara independent keluarkan matawang masing-masing.
Setem lama kita pun berubah cerita.
GAMBAR: Matawang pertama Singapura dan Malaysia sebagai negara yang berasingan pada 1967.
Banknote Singapore ni dipanggil Orchid Series. Ia diikuti dengan Bird Series, Ship Series dan kini Portrait Series (gambar Presiden Yusuf Ishak). Sebab tema banknote berubah.
Matawang Malaysia 1967 dipanggil 'Malaysia First Series banknotes'. Maksudnya jika anda nak beli banknote ni, kena tahu apa yang anda nak beli. Tak boleh beritahu dealer di kedai atau ah pek yang jual kat Amcorp tu 'I want old Malaysia money'.
Matawang ringgit anda kini ialah the Seventh Series. Muka Agong Tuanku Abdul Rahman digunakan dari Siri Pertama, cuma design lain-lain di sekeliling gambar beliau tu.


DARI membeli banknote dan postage stamps ni lah saya mula kenal dengan lebih rapat sejarah King George V (datuk Queen Elizabeth), King George VI (bapa queen), dan Queen E sendiri.
Am'rika yang megah kini, jangan sombong sangat. Tak sampai 50 tahun lalu, British Empire gah dan action. Kini orang tertawakan sebagai poodle Am'rika.
China pula nak naik. 
Dalam sejarah matawang dunia, gambar Queen E adalah yang paling banyak digunakan! Lebih 50 negara dan pulau-pulau pernah atau masih menggunakan portrait beliau.
GAMBAR: Yang paling saya gemar antara banknote Queen E ialah yang di bawah ini. Beliau masih budak lagi, Princess Elizabeth.
Harga banknote yang rabak ni? Sekitar 15,000 pound sterling = S$30,000 = RM72,000. Kamu nak beli Honda City baru atau kertas lama ni?
Tapi harga kereta terus jatuh, sedangkan harga kertas usang ni terus naik sebab ia payah sungguh nak dapat - Very Rare! Hahaha.




Bersambung .... Royal stamp engraver of Sweden, mendiang CZESLAW SLANIA.

Thursday, March 10, 2011

Czeslaw Slania, syiling, wang kertas & setem

TERBARU

Skala dinaikkan kepada 8.8! 
Tsunami 10m.


----------------------------------------
HUGE NEWS

Jepun kena gempa bumi skala 7.9. Kena tsunami juga - 6m high!
Nonton CNN - ada live pix bot hanyut macam bot kertas!
Rakan kerja saya di Tokyo kata bangunannya masih bergoyang.

----------------------------------------
POSTING AWAL

Maaf jika saya tukar topik dari politik, Pemilupork dan Maysia.
Nak buka meja cerita lain.
Cakap tentang HOBI saya.

NOTA PENTING:
1) Ini bukan nak ajak saudara masuk bersama. Jadi jika anda masuk dan duit hangus, jangan cari pak chic, ya?
Ini ngobrol dan ngomel kosong.
2) Kerana saya amateur, bagi anda yang ada pengetahuan dalam, jangan ler ketawakan. Tolong bagi komen perbetulkan.

Saya sekarang lagi suka collect setem. Omputeh kata stamp. Postage stamps.
Jadi hobi masakini.
Dan jadi collector stamp ukiran Czeslaw Slania. Siapa tu?
Nanti dulu.


COINS, GOLD & SILVER

Dulu saya mula dengan kumpul syiling (coins) perak dan emas sebagai pelaburan.
Sebab nak beli saham harganya mahal sangat.
Dah banyak-banyak kumpul, harga naik, saya pun jadi boring.

Harga silver kini tertinggi dalam 31 tahun, sekitar US$35 satu ounce.

Emas pula kini hanya beberapa dolar di bawah harga rekod dalam sejarah manusia, US$1,441.



Saya melabur sikit saja, tapi yang lebih penting ialah saya banyak dapat ilmu belajar sendiri tentang pasaran Gold dan Silver. Tentang inflasi. Pasaran komoditi.
Ini antara website emas dan perak yang selalu baca dan baca. Juga sini dan sini.
Selain berita harian tentang pasaran emas dan perak ada Precious Metals yang lain - platinum, palladium, copper, bronze.

Orang Indonesia panggil Precious Metals sebagai Logam Mulia - cantik nama tu. Ada refinery logam mulia lagi.

Di Singapura dan banyak negara Barat, ada pasaran emas, dan pasaran perak di mana anda boleh jual-beli benda allah ni macam kita jual-beli saham. Tapi saya tak masuk sebab fulus berkurangan.

MEMBELI dan menjual coins ini ada dua jenis (secara umum):
1) Bullion coins. Ini gold dan pure silver coins yang anda beli sebagai pelaburan.
Saya kini faham apa beza 24K gold berbanding 22k gold. Dan 9999 silver dengan 999 silver. Dan cara emas dikorek dari bawah tanah. Dan kenapa harganya naik turun, tunggang terbalik.
2) Numismatic coins. Iaitu matawang lama yang kini jadi collector's items. Misalnya anda nak beli syiling zaman Roman empire 2000 tahun dulu? Ada.
Nak beli syiling zaman Salahuddin Ayubi 800 tahun lalu? Ada.

Cuma kamu kena bayar kira-kira US$3,000-5,000 ke atas ler untuk sebiji syiling.
Jika tidak, kita boleh jual-beli syiling Maysia atau Singapork 20-30 tahun dulu. Harganya dari RM5 ke RM5,000.

Semuanya dikira dari segi RARITY.
Jika syiling gambar Tunku atau F1 di Sepang tu hanya sedikit saja dikeluarkan dulu, maka harganya akan lebih tinggi dari harga syiling 10 sen yang keluar 30tahun lalu - ada berlambak kat mana-mana.
Nak beli, kena pergi kedai-kedai dealer di Temasek atau KL. Kerana saya amateur saja, kerap juga kena tipu - beli harga terlalu tinggi.
Tapi kerap juga saya dapat beli yang murah jika dibandingkan dengan yang dijual di auction sites ebay, bidStart, delcampe.net, atau lelong.com.my.

Macam-macam perkataan baru saya pelajari.
Kamu nak beli syiling ni kena bual bahasa mereka.


BU (brilliant uncirculated), Proof (syiling bersinar macam cermin), EF (extremely fine), UNC (uncirculated) dan macam-macam lagi.
Harga antara coins yang UNC dan EF boleh berbeza beratus dolar!

GAMBAR: Canada's maple leaf gold coin. Nampak tulisan 9999 tu? Ini adalah syiling emas paling tulen yang anda boleh beli = 99.99 peratus pure gold. Iaitu emas 24K yang berkualiti tinggi. Coin lain hanya 999 = 99.9 saja.
Emas yang anda pakai sebagai gelang atau di jam tangan itu paling tinggi ialah 22k atau 20K = dicampur logam lain agar tahan lasak, sebab 24K gold ni kalau kita gigit dia bengkok. Gold is very malleable.


BANKNOTES

Lepas tu dah boring, sebab mahal sangat nak beli emas dan perak, ada orang kata - kamu mulalah melabur dalam wang kertas, iaitu banknote.
Saya pindah dan mula collect matawang lama Singapore, Malaysia, Straits Settlements, Indonesia, UK.
Ditambah pula dengan banknotes China dan kini India.

Macam-macam benda baru saya pelajari.
Sama seperti orang yang collect Numismatic Coins, pasaran ini ialah permainan orang kaya. Saya ni masuk dengan gaji wartawan.
Jadi orang beli numis coins dan banknote yang harga beribu-ribu dolar, saya main yang murah-murah.

Kerana harga emas dan perak dah tinggi, ada yang nak melabur wang masuk pasaran banknotes ni. Tapi ia tidak seperti berdagang dalam emas, perak, saham dan bond serta minyak dan sawit.
TIDAK ADA structured market. Tidak ada bursa saham.
Kalau anda ke bank dan kata nak pinjam wang sebab nak beli banknote collection, anda akan kena tendang keluar.
Pasaran ini macam pasaran Art Market - kenapa harga satu lukisan tu boleh jadi berjuta dolar, sedangkan lukisan yang saya draw tak ada yang nak beli?
Ini semua terpulang kepada orang yang nak beli. The market decides what it wants and everybody goes out to buy them! And hoard them.
Dan juga sebab rarity factor. Picasso hanya buat SATU saja lukisan tu dan dia dah mampoi. Jadi harga lukisannya berjuta.


Saya kasi example. Wang kertas siri pertama Malaysia - iaitu banknote pertama yang dikeluarkan Bank Negara - ialah dalam 1967.
First series of Malaysian banknote. Saya beli RM10 = ditulis perkataan 'Sa-Puloh Ringgit'.
Saya beli yang UNC = grade paling tinggi kerana wang itu masih cantik. Tidak pernah dibengkok, dilipat, dan tak ada calar apa pun.
Harganya RM280. Lihat GAMBAR.
Tiga tahun dulu, anda boleh beli dengan harga RM150 agaknya.
Lima tahun lalu? Hanya RM100.
A good quality banknote rises in value over the years.

GAMBAR bawah ni pula ialah wang lama semasa belum ada Maysia, belum lahir Singapork. Kerajaan British yang control, dipanggil Straits Settlements.
Nak tahu harga wang kertas ni berapa?
Dealer di Temasek yang jual tu kata dia jual banknote ni dengan harga S$250,000 (RM600,000)! Dah ada orang beli pun. Gambar bawah ini ialah gambar poskad wang kertas yang telah dijualnya.
Sebabnya? Hanya 2-3 keping lagi masih ada di dunia, dan nak dapat yang kualiti kertanya masih baik - macam yang ini - sangat payah. Selalunya kertas dah beratus tahun dah warna coklat dan koyak rabak.




Dan kerana ekonomi China dan Indonesia terus naik dan naik, saya dah mula kumpul matawang Indonesia. Yang dari China harganya dah naik banyak, tapi wang kertas Indonesia masih murah dan saya beli banyak dah.
Sebabnya? Masih ramai miskin di sana.
Apabila lebih ramai orang jadi middle class, mereka akan mula membeli rumah, kereta.
Dah jelak, mereka beli saham.
Lepas tu, mereka masuk bullion, numismatic coins, banknotes. Itu yang terjadi kepada saya, dan saya perhatikan, yang telah berlaku di negara Barat dan China.
Orang Cainis ada yang kumpul snuff bottles! Atau patung jade atau precious stones. Juga yang kumpul wine, cognac dan paintings.
Ah bab ni semua, nanti saya kena belajar dulu!

The best blog untuk wang kertas Indonesia - uang-kuno.com.
Banyak benda basic tentang hobi ini boleh dipelajari di sini - cuma kena faham sikit bahasa Jawa. Bila depa kata 'langka' itu maknanya 'rare'.
Blog uang-kuno kerap adakan auction wang kertas Indonesia. Jika anda ikuti, ngeri tengok mereka bid harga!
Sekeping kertas Seri Hewan (Animal Series) 1957 boleh jadi sampai beribu dollar!
Yang saya lebih syiok ialah, kebanyakan wang tu saya dah ada, jadi best lihat harga makin naik!

Baik di Singapork atau KL, dah macam-macam dealer dan penjual serta pembeli coins dan banknotes saya jumpa sejak dua tahun ni.
Mereka ingat saya ni kaya, sehingga saya beli hanya yang murah-murah. Hee.
Dan jika kamu pernah ke Amcorp Mall di PJ atau ke Chinatown Point Square di Temasek pada Ahad, boleh nampak pak chick2 tua dan dealer yang jual syiling lama, wang kertas lama dan juga setem.

Ada orang-orang superkaya yang mempunyai collection berjuta ringgit. Antaranya ialah bos penjual kereta Nissan di Malaysia, dan seorang banker besar di Singapura.
Bos Nissan ni begitu cantik collectionnya sehingga beliau membuat coffeetable book berwarna dan menjualnya - nak action tunjuk koleksi beliau.
Banker ni pula mempunyai sehelai wang Straits Settlements yang hanya ada SATU di dunia. Nilai wang kertas tu?
S$250 juta = RM600 juta!
Ini bukan cerita dongeng beb. Yang beritahu saya ialah seorang penglola di The Singapore Mint.


STAMPS

Lepas tu dah boring, saya tanya dealer, apa lagi nak beli bos?
Dia kata China stamps!
Berjuta rakyat cainis di China, Malaysia, Singapura apa lagi di Hong Kong, Taiwan, Macau dan seluruh dunia main setem China sebagai pelaburan dan speculation! Dan orang Cheena ni ramai middle class.
Baca artikel ni dari New York Times dan Wall Street Journal.


Saya harap kamu JANGAN masuk membeli sebelum membaca tentang ini secara detail Sebab harga setem China ni sejak 10 tahun dah melonjak dari 50 peratus hingga 500 peratus!
Setem China yang agak rare - dalam tahun 1970an - di mana Komunis melarang orang kumpul setem - dah jadi harga menggila!
Saya masuk selama dua-tiga bulan, lepas tu lari, sebab tak mampu.
Dapat kumpul sikit, kena simpan 1-2tahun, lepas tu boleh jual.
 Jika kamu taip 'China stamps' dalam ebay, pingsan lihat orang bid kertas kecik ni.

Setem China yang terkenal antaranya ialah - 1980 zodiac, red Monkey stamp (GAMBAR).
Harganya? US$1,500. Nak mampos.
Tak mahu beli, go away.

SAYA lepas tu dikenalkan kepada pengukir setem, Czeslaw Slania (GAMBAR).
Setem ukirannya masih murah.
Cerita bersambung.....

SAYA kongsi hobi ni nak jumpa rakan lain yang ada hobi sama.
Saya tahu Kama Bakar (yang tak pernah saya jumpa) ada hobi simpan coins sebab pernah bekerja di Royal Mint of Malaysia. Ah lihat koleksi beliau. Cantikkkk. Ini baru sikit saja. Maam, ko action tunjuk lagi please!
Ini harta karun yang boleh dibagi kepada anak bila kita dah kojol. Sebab baik coins, banknotes atau stamps (tapi bukan semua setem Singapork dan Malaysia) harganya terus naik, secara umum ler.


Monday, January 17, 2011

Suami rompak negara, isteri tamak harta (bukan M'sia)

Dah jatuh, baru keluar cerita busuk yang memalukan.
Ini baru satu 'negara Islam'. Ianya bernama Tunisia, dulu namanya ialah negara conqueror terkenal Carthage, sehingga empayar Rome pun segan.
Di sini, sini dan sini. Bawa lari emas lagi bertan-tan si isteri presiden sedangkan rakyat lapar!

First Lady ni, Leila Trabelsi, 53 tahun, mukanya berbotox, nasib baik orang politik kita di Singapork dan Malaysia semua muka ori.
Dan nasib baik ahli keluarga politik Singapork dan Malaysia tidak keluar gambar mereka di akhbar setiap hari, ya.

Diharap isu tamak-akan-rugi-akhirnya merebak ke 'negara Islam' yang lain.
Biar semua dah roboh, jadi lebih demokratik dan ada suara rakyat, tingkatkan ilmu, boleh tentang Yahudi dengan lebih strategik.
Malu saya baca artikel ini di New York Times bagaimana sofwe engineers Yahud wan Nasara kalahkan pelan bom nuke Iran. Harap kita pelajari strategi mereka yg begitu licik dan baik.
Kamu bakar bendera, pekik-pekik pun tak guna. Israel dan Amerika kat belakang kamu lepaskan Algos dan Stuxnet. Mampoi kita.

Wednesday, November 24, 2010

Wang kertas Malaysia & sang kijang

PEMBETULAN PENTING
- Kancil bertukar kijang!
--------------------------------

Ah kan, siapa suruh saya tulis malam-malam buta. Dah salah.
Terima kasih kepada Anon 08:27 (pagi-pagi dia dah bangun baca blog).
Itu bukan kancil, itu kijang! Hahaha. Tepat beliau.

Saya sengaja tidak betulkan entry di bawah ni - agar anda dapat baca sendiri logik saya yang tak logik. Tapi tolong tembak sang kancil kecik tu, masak merah.
Apa pun, mousedeer dan barking deer (kijang) ni adik-beradik lain emak.

Jika anda baca penerangan oleh auction house di bawah yang describe wang emas Kelantan tu:
"Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle."
Saya taip perkataan "kijang" tu tapi tak nampak!
Aish buta sakan.
Ah ini logo negeri Kelantan sehingga hari ini: Dua ekor kijang ekor kontot, pegang keris (nasib baik depa tak hunus keris tu, nanti mengamuk kinisidertoday!).



Ini gambar Kijang (biasanya warna coklat saja, yang ini berbelang) - macam abang si Kancil, eh.



Logo Melaka yang ada Kancil di bawah (alamak, macam tak bijak saja dua kancil ni. Warna dia pun macam coklat cake tertinggal atas meja dari semalam, kena makan cicak. Tak hensome macam kijang Kelantan). Oooi, ada lima keris kontot dan sebatang pokok di tanam DBKL.



La baru ni saya teringat - kan BNM pernah keluarkan wang emas yang dinamakan Kijang Emas. Aish, bodoh tak kena tempat pak chic remgold tua nyanyu.
Terima kasih, pembaca!
(Headline pun saya dah tukar: Wang kertas Malaysia & sang kijang).

PENGAJARAN UNTUK SEMUA: Itulah, orang selalu kata, Jangan percaya semua yang anda baca di Internet! Hahaha. Tepat sungguh.
Kena tanya orang yang lebih berilmu. Tapi takpe, asal anda syiok baca dongeng dan ngobrol saya, OK what!

--------------------------------------------------
POSTING ASAL

Saya sedang membaca itu dan ini tentang matawang, sistem kewangan, emas dan perak, tapi saya masih tak kaya.
Cuma kaya ilmu sikit.
Kerana takut esok tendang baldi (kick the bucket, kata omputeh), saya kongsi dua benda yang baru juga saya pelajari - walau mungkin cerita dah basi untuk anda.
Cerita kali ini banyak gambar jadi syiok baca.

--------------------------------------------------
1) Agong wang kertas Malaysia.


Sejak Merdeka, Malaysia dah beberapa kali bertukar design matawang kertas - lihat sini sejarah syiling dan matawang kertas Malaysia. Scroll all the way down jika nak lihat gambar Agong di wang kertas lama dan baru.
Saya bukan orang utara, jadi walau saya tahu gambar tu gambar Agong, tapi siapa sebenarnya tuanku ni?
Dari design pertama hingga hari ini, masih gunakan gambar Agong yang sama juga.

Namanya ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, Agong PERTAMA negara.
Gambar-gambar dan cerita detail Tuanku di sini. Cerita lagi di sini.

Jika anda masih ingat, wang kertas "lama" Malaysia ada RM500 dan RM1,000.
Tapi kerana krisis kewangan 1998, timbul cerita bahawa orang politik ternama dan orang korporat membawa lari berjuta-juta Malaysia ke Singapore dan Switzerland.

Jika ada wang RM1,000 dan saya nak larikan RM1 juta, saya hanya perlu membawa 1,000 helai saja! Senang nak simpan dalam haversack dan beg baju! Lebih lagi jika saya ada jet peribadi.

Hari ini, wang kertas tertinggi Malaysia hanyalah RM100. Jika saya nak larikan RM1juta, kena bawa 10,000 helai. Payah nak sembunyikan jika beg masuk scan kat airport dewasa ini!!!

Singapore masih ada wang kertas S$500, S$1,000, malah S$10,000 pun. Potret di duit Singapore tu ialah bekas Presiden Yusuf Ishak, presiden pertama.

Brunei pun masih ada B$500, B$1,000 dan B$10,000 kertas.


--------------------------------------------------
2) Logo kancil Bank Negara.

Bila saya jadi wartawan kewangan (financial correspodent) di Singapore dan Malaysia zaman dulu, bila tengok logo bank pusat Temasek, aduhai boring-ngantuk. Yawn!
Hanya duit emas bulat dengan huruf "MAS" (Monetary Authority of Singapore).



Dari kecik, memang kerap saya baca buku cerita Melayu di mana sang kancil ni selalu disifatkan sebagai bijak.
Jadi apabila berkelana di negara Melayu - ini dulu; sekarang kalau kita kata Malaysia tu negara Melayu, macam nak kiamat kinisidertoday dan geng dia attack - nampak pula logo kancil (PEMBETULAN DI ATAS) ni di bangunan Bank Negara Malaysia.
Orang pasaran kewangan hanya panggil bank pusat ni "Negara" atau "BNM".


Si kancil Malaysia di logo ni ekoq dia panjang.
Lepas tu ada matahari dan anak bulan atas kepala dia.
Saya teka ini mesti bermakna BNM tak tidoq siang dan malam jaga sistem kewangan Malaysia.
Atau mungkin takut nanti jika tertidoq, ada datin tukar wang kat money changer nak bawa wang lari keluar, tak tahulah.

Tapi dari mana design kancil kaki, leher, ekoq panjang ni?
Baru-baru ini baru saya jumpa jawapannya. Jika salah tolong betulkan.
Rupa-rupanya BNM, katanya, dapat idea daripada wang emas Kelantan yang lama, yang dipanggil Kupang.



Cerita lanjut di sini.
Baru minggu lalu, beberapa Kupang Kelantan ni dijual dalam Lelong (Auction) wang kertas dan syiling dunia di Singapore.
Sebiji syiling di atas ni - kecik saja, hanya sebesar kuku jari hantu - dijual dengan harga US$300-US$320, kerana ada nilai sejarah.

Ini description Kupang emas ni yang ditulis oleh pakar dalam buku auction tu:
"Kelantan, Patani (circa 16th to 18th* century). Kupang (gold).
Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle.
Reverse [belakang syiling] in Arabic "Malik Al Adil (The Just Sultan)".
Weight 0.7 grammes, diameter approx 9.2mm."

(*300-500 tahun dulu!!! Itulah kan saya kata ini dulu negeri Melayu - ini belum masuk bab kerajaan Melaka zaman Hang Tuah 500 tahun dulu tu).


--------------------------------------------------
OK cukup ler.
Saya harap setelah baca ni, lain kali bila anda dapat wang kertas, belek dengan rapi. Bersejarah wang yang anda pegang tu.
Boleh cerita dengan anak-anak tentang sejarah negara.
Anak saya dah besau-besau, nampak duit bukan nak belek, tapi nak belanja!




Ah kan, syiok tak?
Dulu don't know, now dah jelas!
Nanti lain kali kita bual topik duit pisang Jepun, duit Malaya lama gambar King George, nak tak?

Wednesday, November 17, 2010

Gold Standard, matawang kertas.... Bah. 4/4

Pada akhir abad ke 19 (1850s ke atas) - 150 tahun lalu - negara-negara ekonomi besar masa itu Britain, Perancis, Jerman, Holland, Italy bersatu gunakan matawang yang disokong Emas (gold-backed currency). Tapi UK ni kejap guna bimetal standard (Emas dan Perak), kejap hanya Emas saja.

Amerika Syarikat pada masa itu adalah negara yang jauh di seberang Lautan Atlantik dan ekonomi yang KECIL.
Negara besar di Eropah ni kata - Budak kecik Amerika tak masuk group kami yang gunakan gold standard ni pun, tak apa.

(Britain masa itu dalam zaman Empire - penjajah India, Burma, Malaysia, Singapore, Hong Kong. Malah Amerika tu pun dulunya sebahagian drpd empayar British ni. Perancis baru tamat zaman gemilang Napoleon, Jerman dan Italy ada empayar - ada negara-negara Arab dan Afrika yang dicontrol mereka. Holland penjajah Indonesia).

GAMBAR: Matawang kertas tertua, kurun 14, China (700 tahun lalu). Dibuat daripada kulit pokok.

Pada masa itu, E&P masih komoditi yang disayangi tapi telah digantikan dengan wang kertas - "fiat money" = wang yang diterbitkan oleh pemerintah negara untuk kegunaan ramai.
Tapi wang ini ada "gold-backing". Apa benda tu, 'bang?

CAKAP MUDAH: Pada masa itu, perdagangan antarabangsa masih berkisar di sekeliling E&P.
- Wang kertas Britain, pound, ini boleh digunakan di England dan Scotland, tapi bila kita masuk negara Eropah lain, tak semua terima wang kertas negara lain.
- Apa lagi jika anda bawa wang kertas Britain pergi ke China atau Jepun.
- Atau anda bawa guilden, wang dulu Holland, ke Amerika. Hmmm, tak semua orang akan terima wang kertas ni.

Jadi untuk kemudahan semua orang, semua wang kertas ini boleh ditukar kepada Emas (dan Emas dan Perak di Britain). Convertibility to gold.
Secara ringkas, ini yang dimaksudkan oleh Dr M, presiden World Bank Robert Zoellick, atau sesiapa saja yang bercakap tentang "gold-backed currency" atau "currency with gold backing".

Sesiapa saja pada masa itu, boleh ke bank pusat (Bank Negara) atau bank besar untuk menukar wang kertas kepada Emas.
Each dollar (pound, guilden, lira, franc etc) is backed by gold kept in reserves by the central bank.

Ada ratio yang digunakan masa itu, misalnya 10 pound atau 10 lira dapat berapa gram/ounce Emas atau Perak.
Dan memang betul, ada tahun-tahun di mana wang kertas tak boleh diconvert kepada Emas - biasanya dalam tahun-tahun peperangan, seperti Perang Dunia 1 1914-1918.
Tapi secara umum, gold-backing bermakna sesiapa pun boleh menukar wang kertas mereka kepada Emas.

GAMBAR: Duit syiling tertua di dunia, 2,500 tahun lalu, bandar Asia Minor (kini Greece). Diperbuat daripada emas dan electrum.

PERLUnya gold-backing ini juga seperti apa yang dikatakan Dr M. Emas ada "intrinsic value". Tak ada orang yang dapat emas akan campak dia ke tepi. Jika orang beri kita piring stainless steel atau pasu tembaga, kita kata terima kasih, lepas tu kita letak kat tepi.
Tapi jika saya beri anda sudu emas 18K pun, bila tiba di rumah, anda akan belek dan gilap. Lepas tu simpan baik-baik.

Sebab itu jika saya kata kepada kamu 100 tahun lalu - ambil kertas cantik ni (ada gambar Agong atau Yusuf Ishak), ini gaji kamu untuk sebulan, mungkin orang tak ambil. Kerana rakyat tak gitu percaya kepada pemerintah masa itu - yang kerap pergi perang. Zaman empayar dulu tu, kejap2 gi perang.
Tapi jika pemerintah kata: kamu ambil kertas cantik ni sebagai gaji, tapi tak perlu takut sebab bila masa pun boleh convert kepada emas.


-------------------------------------------
KELANTAN & DINAR NIK AZIZ

ITULAH antara sebabnya saya katakan cara Kelantan tu pada saya tak kena. Baca apa yang Dr M katakan di sini.

Betullah mereka di Kelantan nak gunakan E&P, nak ikut "cara Islam".
Tapi pada saya, E&P bukan digunakan secara harian untuk jual-beli.
E&P sepatutnya disimpan sebagai reserves - anda boleh convert wang kertas anda jika diperlukan.
Saya bukan persendakan tapi serious: Mungkin Kelantan boleh keluarkan matawang kertas sendiri gambaq Nik Aziz.
Ini boleh bayar gaji dan jual beli, lepas tu boleh declare: Pada bila masa pun, "Dinar Nik Aziz" ni boleh ditukar kepada E&P.
Ratio pertukaran untuk Hari Ini, misalnya, 100 Dinar Nik Aziz = RM100 = 4.3gram (misal saja).
Tapi nilai pertukaran Dinar Nik Aziz ke Emas ni akan bertukar setiap hari menurut harga pasaran Emas antarabangsa.
Kerana orang tidak akan tukar Dinar Nik Aziz kepada Emas setiap hari, maka mereka tak akan terjejas dalam membeli susu atau bayar hutang rumah bulanan. Mereka akan hanya terjejas jika convert Dinar Nik Aziz dengan Emas di bank.


Saya khuatir jika Kelantan gunakan wang dinar yang dah dikeluarkan tu untuk jual-beli akan merugikan setengah pihak kerana Dinar Emas (92 per cent gold, atau 22k) tu naik turun setiap hari.
Perak naik turun juga tapi kerana harganya rendah, orang mungkin tak kisah sangat.

Harga Emas dah naik dan terus naik dalam 10 tahun ini.
Tahun ini saja, harga Emas dah naik 20 peratus. Walhal tahun lalu naik 38 peratus!
Saya khuatir apabila ia mula jatuh dan jatuh di masa depan - mungkin makan bertahun akan terus jatuh dan jatuh, nanti orang akan kutuk Islam - 'Apa ni! Merugikan kami, ini ke yang diajar agama kita? Baik pakai kertas wang lama.'
Seperti yang Dr M kata - E&P ni bukan untuk digunakan secara harian. Ia perlu dijadikan wang tukaran di belakang perniagaan, bukan di depan.



BRETTON WOODS
Dalam 1944, banyak negara di dunia bersatu hati buat deal bahawa demi perdagangan antarabangsa, kita semua setuju matawang masing-masing ada kadar pertukaran masing-masing, dan ada backing Emas.
Sedap rasanya jika kita tahu Singdollar dan Ringgit kita boleh diconvert kepada emas. Baca di sini.
Tapi dalam 1971, Presiden Nixon dari negara ekonomi terbesar di dunia secara sendiri menolak bahawa wangnya perlu ada gold-backing!
(Dalam 150 tahun Amerika lompat dari negara kecil kepada ekonomi terbesar. Britain, Holland, Italy, Germany dah tak ada empire!)
Maka sejak itu, matawang kita semua dah tak ada gold-backing lagi.
Bila pemerintah mana pun kurang wang, secara theori mereka boleh cetak wang (print money) lebih-lebih untuk digunakan sebagai bayaran!

Itulah, secara pendek, yang dinamakan Quantitative Easing (QE) di Amerika sekarang ini.
Ekonomi Amerika dah lemah lagi, maka Federal Reserve Bank (bank pusat Amerika) buat QE ini. Secara theori, lebih banyak wang yang circulate, maka ia merendahkan matawang US Dollar, agar menjadikan exportnya lebih kuat. Juga, dengan banyak US dollar Amerika, ekonomi Amerika diharapkan tidak tenggelam kerana business semua dapat boost - more money, secara theori, means more people can spend and spend.

TAPI jika tak dikawal printing money ni bahaya. Boleh menjadikan inflasi.
CAKAP MUDAH: Jika dulu US$10 boleh beli sarapan pagi, kini wang dalam sistem kewangan dah banyak, mungkin menaikkan sarapan pagi kepada US$20.
 Macam dulu Pak Lah naikkan gaji civil service semasa beliau jadi PM. Niatnya baik, tapi harga barangan di Malaysia semua naik mendadak sebab lebih banyak wang mengejar barangan/khidmat yang sama.
The same volume of goods and types of services are being chased by more money. Jadi harga barang/khidmat terus naik!


OK, cukup ler lagu Emas dan Perak ni.

-------------------------------------------

SAYA setuju dengan komen seorang pembaca bahawa yang saya ngobrol ni cetek.
Pada saya ini omong-omong secara basic. 
Macam kita dulu bawa kereta secara basic, belajar dengan instructor.
Nak gerakkan kereta sikit, tahu nak pegang steering, kawal ABC (Accelerator, Brake, Clutch).
Kalau dah syiok, boleh belajar mendalam secara sendiri atau ambil kursus.
Boleh beli Merc dan Beemer, bawa 200km sejam, walhal yang diajar instructor hanya basic - nak gerakkan kereta dengan selamat.

Saya harap dengan ngobrol empat Bahagian ni, paling tidak kita tak takut sangat bila orang bual tentang pasaran Emas dan Perak, atau matawang.
Dan kita dapat ilmu sikit jika orang nak bual dengan kita tentang "gold-backed currency" ni.
Yang lainnya terpulang kepada kamu, jika ada minat.


Tuesday, November 16, 2010

Gold Standard, matawang kertas.... Bah. 3

Penggunaan Emas dan Perak sebagai matawang negara bertapak kuat sejak manusia tinggal dalam komuniti besar yang memerlukan benda yang mudah dibawa ke sana ke sini yang boleh dijadikan untuk membayar barang yang dibeli atau khidmat yang diterima.
Jika tidak digunakan secara harian pun, sekurang-kurangnya Emas dan Perak (E&P) ini dijadikan sebagai 'token' bayaran barang/khidmat mahal.
Misalnya, askar empayar Rome dibayar jongkong garam, tapi bila orang atasan membeli barangan/khidmat mahal maka E&P digunakan.

Ini penting jika kita nak faham apa yang Dr Mahathir katakan dan apa yang dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan.
PAS di Kelantan nak galak E&P untuk dibayar barang/khidmat harian dengan wang dinarnya. Sehingga pekerja kerajaan Kelantan pun nak dibayar setengah gaji dengan matawang baru ni.
Kelantan nak jadikan E&P sebagai token bayaran harian - untuk semua urusniaga, macam kita gunakan matawang 'Agong' Malaysia. Katanya nak ikut zaman Rasulullah, tapi tanpa perkiraan zaman dah beredar. Ini ilmu dunia beb, bukan bab agama. Dulu E&P tak bertukar harganya selalu, kini tiap hari harganya lain.

Pada saya ini bahaya, sebab harga E&P bertukar di pasaran dunia Setiap Hari, malah setiap minit pun!
Nak ngendap harga harian precious metals di sini. Bukan setiap hari saja, tapi setiap minit pun boleh. Melainkan Sabtu dan Ahad.


Kalau gaji saya RM3,000 sebulan, bila harga precious metals tu naik turun, macam mana kamu nak bayar saya?
OK, kamu bayar saya pada hujung November ni, mengikut harga pasaran masakini  E&P.
Tapi setelah kamu bayar saya, esok harga E&P jatuh mendadak. Macam mana saya nak beli susu untuk anak, dan bayar duit rumah? Sebab dah jatuh wang RM3,000 saya!
Baru tiga hari lalu, Emas jatuh 3 peratus dan Perak jatuh 5 peratus dalam satu hari!!!
Kerana ini berlaku, maka jika saya ke kedai nak beli barang atau nak bayar duit rumah, maknanya wang saya dah jatuh RM90 (Emas jatuh 3 peratus)!
Siapa yang nak ganti RM90 ini? Boleh beli susu untuk sebulan oi!

Memang cantik jika harga E&P terus naik dan naik tanpa jatuh, tapi ia tidak begitu sebab didagangkan satu dunia.

Saranan Dr M untuk penggunaan Emas, lain pula. Katanya ia hanya digunakan untuk offset perdagangan antarabangsa.
Iaitu misalnya, Singapore dan Malaysia berdagang selama setahun, dan di akhir bulan atau tahun, Singapork dah jual RM400 billion barangan dan khidmat kepada Malaysia, sedangkan Malaysia pula telah menjual RM500 billion kepada Temasek.
Maka Temasek kena bayar (offset payment) Malaysia RM100 b dengan Emas, bukan dengan matawang kertas.
Setahun atau sebulan sekali saja dibayar, bukan setiap hari (atau mungkin setiap tiga bulan). Ini lebih selamat beb.
Kamu ikut cara Kelantan tu, bila E&P naik mendadak, rakyat untung kerajaan Kelantan rugi.
Bila E&P jatuh teruk, takut nanti Nik Aziz dan Husam Musa kena kutuk kerana bodoh. Itu pandangan saya.
Ini idea yang dikatakan oleh Dr M, dari 2002 dulu:
"The dinar can be held as central bank reserve. Trade need not be paid
in actual dinar but the imports and exports of a pair of trading nations can be balanced and only the difference paid in dinar."
Juga di sini (baca para tekakhir):
"Let's take an example from our export and import trading. We export our goods to Bahrain and we import from them as well. We exchange goods with goods. Dinar will only be used to pay the difference, when our import value is more than our export value."

Tentang gold dinar Kelantan tu, Dr M kata:
"Barter trade involves the exchange of goods with goods, not the exchange of gold or silver coins with goods, even when the trader returns the balance from the purchase with ringgit notes.
"If you look at the situation carefully, is it not the same as what we have always been doing? The government of Kelantan has failed to understand the concept of barter trading."



APA JALAN KELUAR?

Pada saya benda ni tak praktikal, negeri kecil Kelantan yang tak banyak hasilkan income.
Kalau hendak sangat, lobi satu dunia kembali gunakan GOLD-BACKED CURRENCY. Atau pada zaman dulu: GOLD- AND SILVER-BACKED CURRENCY (dipanggil bimetal currency).

Ada pula yang mungkin kurang faham apa bezanya gunakan matawang 'Agong' dengan matawang yang disokong oleh Emas atau E&P.

DAN ramai orang bertanya tentang saranan rakan baik Anwar Ibrahim, presiden World Bank Robert Zoellick tentang 'gold standard' ni. Apa tu?

OK kita boleh ngobrol, tapi kena go-stan sikit dulu.
PENTING: Saya gunakan perkataan 'ngobrol' bukan 'bincang', kerana saya bukan pakar. Pada saya ini cerita kedai kopi beb, jangan kamu salah sangka saya ini timbalan presiden World Bank. Saya tengok cermin tadi, saya pun lebih hensome dari Zoellick.

--------------------------------------------
Gold-backed and bimetal currency. BERSAMBUNG....

Saturday, November 13, 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi.... Bah. 2

KENAPA PERLU MATAWANG

Secara basic, ceritanya gini pada zaman dulu:
Tuan A ada 10 ekor lembu yang ada susu. Boleh diperah setiap hari dapat susu. Bak kata omputeh 'Got milk'.
Mamat B tukang repair rumah.
Puan C ada ayam 50 ekor.

Bila B nak susu, dia 'beli' dari A. Lalu A kata 'Aku beri kamu satu teko susu, kamu tolong repair rumah aku'.
Dua hari lagi, B nak susu tambahan kerana anak bini suka.
Tapi takkan A nak suruh B repair rumah setiap dua hari?

Mamat C pun suka susu. Dia beri A seekor ayam, dan dapat satu baldi susu.
Satu baldi susu tu boleh diminum selama seminggu. Nak simpan kat mana jika tak mahu basi (ini cerita zaman kuno). Beliau ada storage problem kerana diberi lebih barangan dari apa yang diperlukan.
Jika C beri A seekor ayam dan dapat hanya satu teko susu pula, rugilah C. Dalam 50 hari tak ada ayam lagi.

Dan jika rumah C bocor, takkan setiap kali B datang diberi seekor ayam sebagai bayaran? Sebab yang bocor kat bumbung tu sikit saja.

Kerana isu-isu inilah maka orang reka apa yang kita panggil currency atau matawang.
Agar dapat membayar seseorang itu untuk barang atau khidmatnya dengan tepat.
GAMBAR: Matawang lama Johor, diperbuat daripada tin/perak.

Kalau di zaman ini tak ada matawang lagi payah beb!
Saya wartawan, pandai tulis cerita bukan-bukan.
Kalau saya dah makan prata/canai dengan teh tarik, nak bayar dengan apa? Kasi mamak tu dua keping akhbar? Sekali dia boikot Utusan, mampoi saya tak ada apa nak bayar depa.
Kalau tauke selipar pula dah makan prata/canai dan teh tarik, takkan nak bayar dengan sepasang selipar?
Dalam sebulan, ada 30 pasang selipar kat restoran mamak tu. Storage problem with excess goods.
Dan jika yang makan tu boss syarikat Merc? Nak bayar dengan tayar atau steering kereta?

YANG paling unik dalam penggunaan matawang ialah satu komuniti pulau dekat New Zealand.
Kepulauan Yap.
Mereka keturunan orang Melayu dan Indonesia. Mereka pakai BATU BESAR sebagai matawang dulu.
Kamu baca ceritanya di sini.
Tapi mereka tidak angkat batu besar tu setiap kali buat deal. Cuma mereka tahu batu itu dah bertukar tangan, tanpa batu-batu besar itu digerakkan.

----------------------------------------------------
THE STORY OF GOLD

Oleh kerana Emas dan Perak dihargai dari dulu, maka itulah sebabnya ia antara yang pertama digunakan sebagai matawang ni.
Emas dinilai begitu tinggi atas dua sebab:

1) Rare, payah nak dapat. Harganya lebih tinggi dari Besi/Steel atau Tembaga mahupun Aluminium sebab ia susah nak didapati.
Kalau kita beli kereta boleh pakai Besi, habis stesen bas dan stesen LRT kita kopak semua besinya, nak buat downpayment beli BMW.
Besi, aluminium, zinc, dan logam lain lebih mudah nak dapat.

2) Purity, Cantik bersinar. Kena kilauan emas, semua khayal masuk syurga kejap.
Jika saya bawa Stainless Steel satu kilo dan sekilo Emas, Steel tu pun silau juga. Tapi cantik Emas ni lain pula. Mengkhayalkan.
Silver-Perak pun berkilau gila. Tapi tak sesyiok kilauan Emas. Dan Perak lebih mudah dan banyak digali.
Macam minum teh tarik kurang manis dengan teh tarik paling manis. Yang paling manis tentu lebih mengkhayalkan. Walaupun esok kamu masuk hospital kena diabetes.

Jadi kerana ada faktor 1) dan 2) ni maka ia menjadi rebutan manusia.

a) Menurut sejarah, emas ni dikorek di lombong di Africa dan dieksport bersama ivory (gading gajah) - melalui apa yang dinamakan the Gold Coast countries of Africa - negara-negara di 'bawah' Britain dan Spain.
Dari negara itu juga hamba sahaya kulit hitam/slaves dibawa lari oleh omputeh. Seorang keturunan hamba Negro itu ialah Kunta Kinte (yang berasal dari Gambia).
Hingga kini ada negara Afrika bernama Ivory Coast (Cote d'Ivoire - GAMBAR). Ah, kat tepi situlah ratusan kapal omputeh dari Eropah dan Amerika berlabuh nak collect emas, gading dan slaves.
Dan ada lagi satu benda yang mereka collect - GARAM! Salt!
Kenapa? Sebab tak ada fridge, orang dulu gunakan Salt nak awetkan daging dan ikan. Salted fish, salted meat.
Pada zaman Roman Empire, ramai askar mereka dibayar gaji bulanan dengan Garam! Ini cerita betul!
GARAM ialah salah satu matawang lama.
Mereka mudah nak angkut Garam ni, dan digunakan untuk membeli apa saja.

Kalau hari ini Garam boleh bayar downpayment untuk banglo kat sebelah rumah Anwar tu, kan syiok.
GAMBAR - Bukan jongkong emas, tapi jongkong garam. A salt bar = digunakan untuk bayar gaji zaman dulu. Cuba esok kita bayar abang polis atau tentera di raja pakai Garam. Roboh kota Melaka beb.

b) Spain dan Portugal pula merampok emas orang Mexico (empayar Aztecs dan Mayans) apabila kapal mereka mendarat di selatan Amerika.

c) Emas yang lain digali di California (The California Gold Rush, sehingga naiknya bandar San Francisco) dan juga di Australia (The Australian Gold Rush, sehingga pulau besar ini, yang dulu hanya untuk simpan banduan, menjadi negara penuh). Terima kasih kepada Emas, California dan Australia membangun pesat!

Kat Malaysia pun ada Gold Rush dalam hutan Terengganu (?) dan Pahang (?), tapi tak ada pembangunan sebab tak banyak emas dapat digali. Jika tidak, saya gerenti tempat itu ada ratusan ribu manusia dan bandar akan tumbuh dengan cepat.


FAKTA PENTING: Saya kata Emas itu barangan yang payah nak dapat.
Dari zaman dulu hingga kini, jika semua emas yang ada di dunia dikumpulkan, ia hanya dapat mengisi satu-pertiga (one-third) kolam renang saiz Olimpik.
Jutaan manusia jadi hamba dan disiksa kerana orang nak Emas ni!
Bayangkan tuan-puan. Kalung di leher Datin dan coin emas dalam almari Datuk tu hasil titisan darah jutaan manusia dalam sejarah.
Begitu juga mereka yang tertanam berbulan dalam lombong emas dan perak di Chile baru-baru ini.
Tapi itulah, maknanya tak banyak Emas ni. A rare object! Sebab itu ia dinilai begitu tinggi.
Macam juga Brad Pitt dan Keanu Reeves. Sebab tak ramai mamat hensome yang pandai berlakon.
Jika ramai wartawan hensome macam mereka - rarity dan shiny factors - dan Azmin Ali muka macam Brad, dan Zaid Ibrahim seiras Keanu, maka tak laku lagi dua pelakon Hollywood tu!
Eh, bila pulak saya kata Azmin dan Zaid muka macam besi buruk!?!?
Bila pulak saya kata wartawan semua muka malaun garam basah?!?! Kamu jangan pandai-pandai ah!

Friday, November 12, 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi....

Maaf tak update beberapa tahun.
Kadang-kadang waktu malam saya pikiak nak update blog atau nak baca buku.
Jawapannya: baca buku tiap malam dari 1 hingga 2 pagi. Kadang dah 3pagi pun tak sedar.
Seronok baca buku ni (GAMBAR). Dah setengah jalan, mukasurat 240.

Sebab saya ada rancangan nak tulis tentang matawang, emas dan perak, dan apa yang dipanggil 'quantitative easing' (QE) masakini.
Amerika nak kuatkan ekonominya yang lemah, lalu mencetak wang (print money), apa yang dipanggil QE.
Kerana ia mencetak berbilion maka wang itu kini masuk ke Asia. Sebab itu ringgit dan rupiah, rupee dan Singdollar, semua melonjak.

Dalam buku sejarah emas ni, ada satu fakta menarik.
Kita semua tahu bahawa pada zaman dulu - baik zaman Kublai Khan, Queen Victoria, kerajaan Melaka atau Pasai lama pun, wang yang digunakan ialah EMAS dan juga PERAK.
Atau setidak-tidaknya, mereka gunakan COPPER (tembaga), LEAD (timah) atau BRONZE (gangsa).
Semuanya dalam bentuk COINS (tak semestinya bentuk bulat).
Atau jika negara papa, mereka gunakan batu yang diukir.

Pada zaman Emperor Chin (atau kini dipanggil Qin), Hien Tsung, negara kekurangan copper. Copper coins dah tak cukup.
Maka beliau terpaksa gunakan KERTAS sebagai matawang.
Beliau memerintah pada tahun 806-821 - 1,200 tahun dulu! Dari nama empayar Chin tulah lahirnya nama China.

Pada masa itu ramai orang tertawa - 'Alamak, apa ni kerajaan pakai kertas. Sengkek betoi'.
Tapi mereka tertawa masa kat rumah, jika tidak kena potong kepala mereka oleh emperor.

Itulah PERTAMA kali manusia mencetak kertas untuk matawang!

GAMBAR 2: Wang emas kerajaan Islam Aceh. Maaf, kurang pasti tentang sejarah negara Is-le Aceh ni. Jika anda nak beli wang emas beratus tahun ni, boleh dapat kira-kira 20 biji untuk RM1,000-RM1,500 (S$400-$500). Kecik nonet saja wang ini - saiz KUKU di jari TENGAH orang dewasa.
Ada kedai-kedai dealer di KL dan Temasek yang menjualnya.


-------------------------------------------
SIKIT TENTANG EMAS
Jika anda ke kedai emas nak beli cincin atau kalung (pak jantan selalunya ikut bini atau ibu), kedai tu biasanya menjual emas 22 carat. Atau 18 carat.


Pure gold bertaraf 24 carat (atau 999 fineness. Nak mudah, saya panggil 99.9 per cent gold, 0.1 per cent logam lain atau impurities).
Atau orang suka kata = 24k gold.

Jika anda pernah pegang gold coin yang dikeluarkan oleh Canada - maple leaf coins (Lihat GAMBAR) - wooi itu lagi cantik.
Itulah syiling emas paling pure: 9999 gold. Silau dia pun lain macam, semua hampir totally emas tulen = fine gold = di Indonesia dipanggil ‘emas mulia’.

Tapi emas 24 carat ni lembut. Jika kamu lempar maple leaf gold coin tu ke tembok, ia kemek.
Sebab tu kedai emas kebanyakannya offer emas:
- 22 carat/22k (atau 916 gold). Ada logam lain yang memperkuatkan emas tu. Jadi kalung tak mudah putus. Harganya lebih murah dari 24K.
- 20 carat/20k (fineness 833).
- 18 carat/18k (fineness 750). Ini murah lagi ler, sebab hanya 75 peratus emas, yang lainnya logam lain.

EMAS DINAR yang digunakan di Kelantan ini ialah emas 22K atau 91.7.

BERSAMBUNG.... Apa itu 'gold standard' dan 'gold-backing' sesuatu matawang.
Apa itu perjanjian Bretton-Woods?

Friday, September 17, 2010

US Dollar, Japanese yen & kita

TAMBAHAN DINIHARI

Alamak, ada pergaduhan besar di meeting DAP, sehingga kerusi dibaling!
Sampai meeting kena postpone you!
Percakaran antara Ronnie Liu dan seteru politiknya - di akhbar The Star.

Eh, tapi kenapa tak ada cerita dalam Kinisidertoday dan website-website yang sewaktu dengannya? Kata website independent?
Mesti lapor pandangan dan percaturan semua pihak, macam blog pak chic ni!
Cuba jika yang gaduh itu Umno atau MIC, tak meletup cerita ni!

Orh, dulu don't know
Now I dah jelas.
Dulu pun tak sokong Umno
Rupa-rupanya sokong mata air PAS.


------------------------------------
POSTING ORI: Dolar Amerika, Yen Jepun & Kita 

Nampaknya dunia kewangan dan foreign exchange (forex/FX) sedang berkecamuk besar sejak kebelakangan ini.
- US dollar dalam beberapa bulan ni semakin jatuh kerana ekonomi Amerika dijangka lemah tahun depan.
- Ekonomi beberapa negara Eropah terus demam.
- Yen naik ke paras tertinggi dalam 15 tahun berbanding US dollar beberapa hari lalu, lalu memaksa bank pusat Jepun masuk campur.
- Emas naik ke harga rekod baru lagi, perak melonjak ke tahap tertinggi dalam 30 tahun.
- Malaysia nak halalkan pembelian ringgit di pasaran antarabangsa (kau nak mampos!)


DUA hari lalu (Khamis), bank pusat Japan mengejutkan pasaran kewangan apabila MENJUAL yen dan membeli US dollar dengan begitu banyak setelah matawang Jepun melonjak naik ke paras tertinggi dalam 15 tahun
(USD was at its highest level in 15years against the Yen).

Giler tapi terpaksa - Bank of Japan (BOJ) menjual 1.8 trillion yen (US$21 billion = RM71 billion) kerana nak menurunkan nilai matawang negara itu.
Matawang ni bila kuat, rakyat biasa tentu suka. Apabila Singdollar atau Ringgit kuat berbanding matawang lain, orang biasa secara umum syiok sebab lebih murah jika bercuti di luar negara, dan dapat membeli barangan IMPORT dengan lebih murah - misalnya beg Louis Vuitton atau spare part Honda dan BMW (Jika kekuatan wang itu berlarutan 6bulan ke atas).



GRAFIK: Dollar 'turun bukit curam' berbanding Yen.

Tapi ada bahaya besar untuk ekonomi negara jika matawang anda terlalu kuat - barangan EXPORT dari dalam negara akan terjejas.
Baik Singapour mahupun Malaisia banyak mengeksport barangan elektronik ke Amerika dan Eropah. Begitu juga Malaisia menjual ikan dan buah-buahan ke negara lain. Jika ringgit kuat sangat, orang luar TIDAK dapat membeli barang tempatan dengan banyak.
Jika ini berterusan, mungkin factory kena buang pekerja dan ladang kurangkan pekerja juga sebab pembelian barangan negara berkurangan.

Itulah sebabnya BOJ membuat forex market intervention yang mengejut.
Ia takut jika matawangnya terlalu tinggi, nanti Toyota dan Sony, Subaru dan Panasonic susah nak jual barangan ke luar negara.

------------------------------------
KEKUATAN yen ni berlaku, antara lain, kerana ekonomi Amerika ni dijangka lemah - mungkin recession lagi! - tahun depan.
Setelah pemerintahan Obama pam duit banyak-banyak dan bail-out bank dan syarikat besar agar tak lingkup, duit stimulus package ni dah nak habis.
Kita pulak - bila negara bail-out syarikat tempatan dan orang luar mengkritik, semua jadi pak turut; tapi bila Amerika dan Eropah bail-out syarikat mereka yang tenat, tak ada pulak yang bising-bising!

Apabila ekonomi terbesar di dunia, Amerika, masuk recession, satu dunia akan terjejas.

(Ekonomi kedua terbesar, dikira ikut saiz GDP=KDNK, ialah China; di tempat ketiga ialah Jepun).

Itulah mengapa dolar Amerika ni kena bantai teruk di pasaran FX sejak beberapa bulan ini.
Jika ekonomi kamu lemah, pelabur dan spekulator kata = kita calibut, beli matawang lain = jual saham dan bon Amerika, masuk pasaran lain, termasuk Singapura dan Malaysia.



------------------------------------
KEKHUATIRAN tentang kelemahan ekonomi Amerika ni pula telah membuat ramai pelabur dan spekulator terus merebut masuk membeli Gold, Silver dan Precious Metals yang lain.

Harga, emas, yang sejak sembilan tahun ini terus naik dan naik, pecah rekod lagi minggu ini!
Dan perak, the poor man's gold, pun naik mendadak. Ia di tempat tertinggi dalam 30 tahun!
Bahaya beb.

GRAFIK: Mamat Emas ni tak penat-penat naik bukit!

Harga saham dan bon naik turun, itu biasa.
Tapi apabila harga sesuatu benda ni terus naik dan naik, bahaya tu.
Menakutkan, jika anda seorang pemerhati pasaran kewangan.
Kenapa? Sebab jika anda pelabur mahupun spekulator, mahupun makcik yang suka pakai kalung emas, apa anda nak buat sekarang?
'Kalau aku tak beli hari ini, esok ia terus naik dan naik, bila aku nak beli rantai tebal tu?!?!'
'Tapi jika aku beli sekarang - kerana dah 10 tahun harga terus naik - esok lusa dia jatuh mendadak, rugi besar aku?!?!'

Inilah yang dinamakan dalam pasaran kewangan - Greed & Fear.
Tak beli, takut depa terus naik.
Jika dibeli takut esok harga jatuh mendadak pulak!

Yang menakutkan para ekonomist dan pelabur ialah adakah kenaikan terus menerus precious metals ni membayangkan bahawa ramai orang sudah semakin TIDAK yakin dengan 'fiat money' - matawang yang diterima-pakai oleh sesebuah pemerintah? Adakah ia menandakan pandangan semakin ramai bahawa dolar Amerika akan terus menjunam, juga matawang Euro, yang laku hanya precious metals di masa depan?

------------------------------------
AKHIR sekali, ialah kekhuatiran saya apabila membaca pemikiran kerajaan Malaysia agar ringgit MUNGKIN sekali lagi dibenarkan didagangkan di pasaran antarabangsa.

Ini kata PM Najib apabila ditanya wartawan minggu lalu: Malaysia is "quite adaptive", "we are open to it".
Maknanya, belum ada kata putus, tapi masih boleh dibincang.

Dr Mahathir jelaskan dan berkata - baik jangan brader.
Saya setuju benar dengan Dr M ni, yang melarang ringgit daripada didagang di pasaran di luar Malaysia mulai 1998.

SEBAB SAYA: Walau negara kecik Singapore ni maju dan menjadi global city yang menggalakkan international trading, matawang Singdollarnya TIDAK dibenarkan untuk didagangkan di pasaran antarabangsa dengan tiada batasan.
Di Temasek, bank dibenarkan membeli atau menjual Singdollar untuk perdagangan benar. For actual trading purposes. Not for treasury dealings.
Jika syarikat di sini nak mengimport beg LV atau Gucci, atau nak order Honda dan BMW, maka ia dibenarkan untuk menukar matawang asing.
Sama juga jika syarikat tu mengambil hedging position (misalnya syarikat minyak) untuk pastikan forward position mereka tidak terjejas (misalnya jika takut harga minyak naik turun).
Tapi yang lain ada had.

Baca detailnya di sini. Juga di sini.
Saya rasa position ini belum ditukar (jika salah, tolong betulkan tuan/puan, sebelum bank pusat Monetary Authority of Singapore marah pak chic!).
Singapork tak mahu matawang diserang tak tentu pasal, nanti menyusahkan ekonomi.
Orang di London, Tokyo, Frankfurt dan New York tak boleh membeli Singdollar untuk treasury dealings (atau guna bahasa kasar: for speculative purposes). Nak beli Singdollar akan ditanya kenapa kamu nak beli matawang Temasek ni banyak-banyak? Jika suspek nak build up speculative position, akan dilarang

Begitulah juga kedudukan Ringgit dewasa ini. Selain daripada actual trade purposes, tak boleh lagi 'spekulator' membeli di luar Malaysia sejak 1998.
Maknanya boleh jika untuk membeli dan menjual barang (atau jika orang Malaysia nak holiday di luar negara), tapi bukan untuk matlamat yang disuspek akan digunakan menyerang matawang kelak.

------------------------------------
ADA seorang pengunjung blog, gunakan nama Pelabur Jangka Panjang, yang letak komen last sekali apabila saya berborak tentang wang masuk ke pasaran saham Malaysia.
Harap anda berkesempatan membacanya, sebab pandangannya tepat. Pandangan saya ni selalu main tembak saja sebagai wartawan!
Terima kasih tuan!