Showing posts with label Asean. Show all posts
Showing posts with label Asean. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi.... Bah. 2

KENAPA PERLU MATAWANG

Secara basic, ceritanya gini pada zaman dulu:
Tuan A ada 10 ekor lembu yang ada susu. Boleh diperah setiap hari dapat susu. Bak kata omputeh 'Got milk'.
Mamat B tukang repair rumah.
Puan C ada ayam 50 ekor.

Bila B nak susu, dia 'beli' dari A. Lalu A kata 'Aku beri kamu satu teko susu, kamu tolong repair rumah aku'.
Dua hari lagi, B nak susu tambahan kerana anak bini suka.
Tapi takkan A nak suruh B repair rumah setiap dua hari?

Mamat C pun suka susu. Dia beri A seekor ayam, dan dapat satu baldi susu.
Satu baldi susu tu boleh diminum selama seminggu. Nak simpan kat mana jika tak mahu basi (ini cerita zaman kuno). Beliau ada storage problem kerana diberi lebih barangan dari apa yang diperlukan.
Jika C beri A seekor ayam dan dapat hanya satu teko susu pula, rugilah C. Dalam 50 hari tak ada ayam lagi.

Dan jika rumah C bocor, takkan setiap kali B datang diberi seekor ayam sebagai bayaran? Sebab yang bocor kat bumbung tu sikit saja.

Kerana isu-isu inilah maka orang reka apa yang kita panggil currency atau matawang.
Agar dapat membayar seseorang itu untuk barang atau khidmatnya dengan tepat.
GAMBAR: Matawang lama Johor, diperbuat daripada tin/perak.

Kalau di zaman ini tak ada matawang lagi payah beb!
Saya wartawan, pandai tulis cerita bukan-bukan.
Kalau saya dah makan prata/canai dengan teh tarik, nak bayar dengan apa? Kasi mamak tu dua keping akhbar? Sekali dia boikot Utusan, mampoi saya tak ada apa nak bayar depa.
Kalau tauke selipar pula dah makan prata/canai dan teh tarik, takkan nak bayar dengan sepasang selipar?
Dalam sebulan, ada 30 pasang selipar kat restoran mamak tu. Storage problem with excess goods.
Dan jika yang makan tu boss syarikat Merc? Nak bayar dengan tayar atau steering kereta?

YANG paling unik dalam penggunaan matawang ialah satu komuniti pulau dekat New Zealand.
Kepulauan Yap.
Mereka keturunan orang Melayu dan Indonesia. Mereka pakai BATU BESAR sebagai matawang dulu.
Kamu baca ceritanya di sini.
Tapi mereka tidak angkat batu besar tu setiap kali buat deal. Cuma mereka tahu batu itu dah bertukar tangan, tanpa batu-batu besar itu digerakkan.

----------------------------------------------------
THE STORY OF GOLD

Oleh kerana Emas dan Perak dihargai dari dulu, maka itulah sebabnya ia antara yang pertama digunakan sebagai matawang ni.
Emas dinilai begitu tinggi atas dua sebab:

1) Rare, payah nak dapat. Harganya lebih tinggi dari Besi/Steel atau Tembaga mahupun Aluminium sebab ia susah nak didapati.
Kalau kita beli kereta boleh pakai Besi, habis stesen bas dan stesen LRT kita kopak semua besinya, nak buat downpayment beli BMW.
Besi, aluminium, zinc, dan logam lain lebih mudah nak dapat.

2) Purity, Cantik bersinar. Kena kilauan emas, semua khayal masuk syurga kejap.
Jika saya bawa Stainless Steel satu kilo dan sekilo Emas, Steel tu pun silau juga. Tapi cantik Emas ni lain pula. Mengkhayalkan.
Silver-Perak pun berkilau gila. Tapi tak sesyiok kilauan Emas. Dan Perak lebih mudah dan banyak digali.
Macam minum teh tarik kurang manis dengan teh tarik paling manis. Yang paling manis tentu lebih mengkhayalkan. Walaupun esok kamu masuk hospital kena diabetes.

Jadi kerana ada faktor 1) dan 2) ni maka ia menjadi rebutan manusia.

a) Menurut sejarah, emas ni dikorek di lombong di Africa dan dieksport bersama ivory (gading gajah) - melalui apa yang dinamakan the Gold Coast countries of Africa - negara-negara di 'bawah' Britain dan Spain.
Dari negara itu juga hamba sahaya kulit hitam/slaves dibawa lari oleh omputeh. Seorang keturunan hamba Negro itu ialah Kunta Kinte (yang berasal dari Gambia).
Hingga kini ada negara Afrika bernama Ivory Coast (Cote d'Ivoire - GAMBAR). Ah, kat tepi situlah ratusan kapal omputeh dari Eropah dan Amerika berlabuh nak collect emas, gading dan slaves.
Dan ada lagi satu benda yang mereka collect - GARAM! Salt!
Kenapa? Sebab tak ada fridge, orang dulu gunakan Salt nak awetkan daging dan ikan. Salted fish, salted meat.
Pada zaman Roman Empire, ramai askar mereka dibayar gaji bulanan dengan Garam! Ini cerita betul!
GARAM ialah salah satu matawang lama.
Mereka mudah nak angkut Garam ni, dan digunakan untuk membeli apa saja.

Kalau hari ini Garam boleh bayar downpayment untuk banglo kat sebelah rumah Anwar tu, kan syiok.
GAMBAR - Bukan jongkong emas, tapi jongkong garam. A salt bar = digunakan untuk bayar gaji zaman dulu. Cuba esok kita bayar abang polis atau tentera di raja pakai Garam. Roboh kota Melaka beb.

b) Spain dan Portugal pula merampok emas orang Mexico (empayar Aztecs dan Mayans) apabila kapal mereka mendarat di selatan Amerika.

c) Emas yang lain digali di California (The California Gold Rush, sehingga naiknya bandar San Francisco) dan juga di Australia (The Australian Gold Rush, sehingga pulau besar ini, yang dulu hanya untuk simpan banduan, menjadi negara penuh). Terima kasih kepada Emas, California dan Australia membangun pesat!

Kat Malaysia pun ada Gold Rush dalam hutan Terengganu (?) dan Pahang (?), tapi tak ada pembangunan sebab tak banyak emas dapat digali. Jika tidak, saya gerenti tempat itu ada ratusan ribu manusia dan bandar akan tumbuh dengan cepat.


FAKTA PENTING: Saya kata Emas itu barangan yang payah nak dapat.
Dari zaman dulu hingga kini, jika semua emas yang ada di dunia dikumpulkan, ia hanya dapat mengisi satu-pertiga (one-third) kolam renang saiz Olimpik.
Jutaan manusia jadi hamba dan disiksa kerana orang nak Emas ni!
Bayangkan tuan-puan. Kalung di leher Datin dan coin emas dalam almari Datuk tu hasil titisan darah jutaan manusia dalam sejarah.
Begitu juga mereka yang tertanam berbulan dalam lombong emas dan perak di Chile baru-baru ini.
Tapi itulah, maknanya tak banyak Emas ni. A rare object! Sebab itu ia dinilai begitu tinggi.
Macam juga Brad Pitt dan Keanu Reeves. Sebab tak ramai mamat hensome yang pandai berlakon.
Jika ramai wartawan hensome macam mereka - rarity dan shiny factors - dan Azmin Ali muka macam Brad, dan Zaid Ibrahim seiras Keanu, maka tak laku lagi dua pelakon Hollywood tu!
Eh, bila pulak saya kata Azmin dan Zaid muka macam besi buruk!?!?
Bila pulak saya kata wartawan semua muka malaun garam basah?!?! Kamu jangan pandai-pandai ah!

Friday, November 12, 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi....

Maaf tak update beberapa tahun.
Kadang-kadang waktu malam saya pikiak nak update blog atau nak baca buku.
Jawapannya: baca buku tiap malam dari 1 hingga 2 pagi. Kadang dah 3pagi pun tak sedar.
Seronok baca buku ni (GAMBAR). Dah setengah jalan, mukasurat 240.

Sebab saya ada rancangan nak tulis tentang matawang, emas dan perak, dan apa yang dipanggil 'quantitative easing' (QE) masakini.
Amerika nak kuatkan ekonominya yang lemah, lalu mencetak wang (print money), apa yang dipanggil QE.
Kerana ia mencetak berbilion maka wang itu kini masuk ke Asia. Sebab itu ringgit dan rupiah, rupee dan Singdollar, semua melonjak.

Dalam buku sejarah emas ni, ada satu fakta menarik.
Kita semua tahu bahawa pada zaman dulu - baik zaman Kublai Khan, Queen Victoria, kerajaan Melaka atau Pasai lama pun, wang yang digunakan ialah EMAS dan juga PERAK.
Atau setidak-tidaknya, mereka gunakan COPPER (tembaga), LEAD (timah) atau BRONZE (gangsa).
Semuanya dalam bentuk COINS (tak semestinya bentuk bulat).
Atau jika negara papa, mereka gunakan batu yang diukir.

Pada zaman Emperor Chin (atau kini dipanggil Qin), Hien Tsung, negara kekurangan copper. Copper coins dah tak cukup.
Maka beliau terpaksa gunakan KERTAS sebagai matawang.
Beliau memerintah pada tahun 806-821 - 1,200 tahun dulu! Dari nama empayar Chin tulah lahirnya nama China.

Pada masa itu ramai orang tertawa - 'Alamak, apa ni kerajaan pakai kertas. Sengkek betoi'.
Tapi mereka tertawa masa kat rumah, jika tidak kena potong kepala mereka oleh emperor.

Itulah PERTAMA kali manusia mencetak kertas untuk matawang!

GAMBAR 2: Wang emas kerajaan Islam Aceh. Maaf, kurang pasti tentang sejarah negara Is-le Aceh ni. Jika anda nak beli wang emas beratus tahun ni, boleh dapat kira-kira 20 biji untuk RM1,000-RM1,500 (S$400-$500). Kecik nonet saja wang ini - saiz KUKU di jari TENGAH orang dewasa.
Ada kedai-kedai dealer di KL dan Temasek yang menjualnya.


-------------------------------------------
SIKIT TENTANG EMAS
Jika anda ke kedai emas nak beli cincin atau kalung (pak jantan selalunya ikut bini atau ibu), kedai tu biasanya menjual emas 22 carat. Atau 18 carat.


Pure gold bertaraf 24 carat (atau 999 fineness. Nak mudah, saya panggil 99.9 per cent gold, 0.1 per cent logam lain atau impurities).
Atau orang suka kata = 24k gold.

Jika anda pernah pegang gold coin yang dikeluarkan oleh Canada - maple leaf coins (Lihat GAMBAR) - wooi itu lagi cantik.
Itulah syiling emas paling pure: 9999 gold. Silau dia pun lain macam, semua hampir totally emas tulen = fine gold = di Indonesia dipanggil ‘emas mulia’.

Tapi emas 24 carat ni lembut. Jika kamu lempar maple leaf gold coin tu ke tembok, ia kemek.
Sebab tu kedai emas kebanyakannya offer emas:
- 22 carat/22k (atau 916 gold). Ada logam lain yang memperkuatkan emas tu. Jadi kalung tak mudah putus. Harganya lebih murah dari 24K.
- 20 carat/20k (fineness 833).
- 18 carat/18k (fineness 750). Ini murah lagi ler, sebab hanya 75 peratus emas, yang lainnya logam lain.

EMAS DINAR yang digunakan di Kelantan ini ialah emas 22K atau 91.7.

BERSAMBUNG.... Apa itu 'gold standard' dan 'gold-backing' sesuatu matawang.
Apa itu perjanjian Bretton-Woods?

Monday, November 8, 2010

Kita kongsi kuasa nuklear di Asean (?) - Bah.2/2

Ini cerita bahagian 2. Ngobrol Bah.1 di sini.
(Maaf, ada masalah teknikal di margin. Saya copy and paste dari gmail, tak tahu bagaimana nak delete 'line grey' kat tepi tu).


DISADVANTAGES
Sebelum masuk bab hendak buat loji di mana, kita kena tanya sama ada teknologi nuklear ni ada masalah.
Kita semua pernah dengar nuclear leaks di Three Mile Island (di Pennsylvania, tak jauh dari New York) dan di Chernobyl (Ukraine, dulu sebahagian daripada USSR).

Siapa ingat movie The China Syndrome (Jane Fonda, Michael Douglas)? Seram juga nonton movie tu.  
Loji atomik ni bila ada problem, bahaya betul. Dia bukan macam loji najis atau loji air atau rumah berhantu. Jika ada problem, kita tutup, tinggalkan gitu saja.
Ia boleh membawa masalah kepada satu dunia akibat bahan radioaktif.
  
Masalah lagi satu berkaitan teknologi nuke telahpun dilahirkan oleh Dr M baru-baru ini.
Kata beliau, jika loji berjalan lancar pun, uranium yang telah 'habis dipakai' akan jadi radioaktif, kat mana kamu nak buang? 
OK, katalah kita setuju tanam di dalam tanah sedalam 10km. Tapi jika saya tanam dekat kawasan rumah kamu boleh tak?
Akan meletup orang marah!
Sikap ini namanya NIMBY - Not In My BackYard.

Kamu nak buat loji apa pun, bagus!

Nak buat highway, bagus!

Nak buat projek perumahan baru, bagus!
Nak buat tempat sembahyang (masjid,kuil,gereja) pun bagus!

Tapi NIMBY! Not in my bloody back-yard! NIMBBY!
Betul kata alunbm dan ejalz (baca Comments 1 dan 2 di bawah posting pertama isu nuke ini): Jika nak sangat, buat loji nuke ni kat Putrajaya, kat back-yard orang yang akan kaut untung buat mega-projek begini. 
Sedangkan sikap poor maintenance membuat ramai orang takut ibunegara Malaysia jadi Chernobyljaya.
Dan kerana Singapork kecik sangat, bila ada masalah kelak, jadi Chernobylpura.
 Disposal of nuclear waste is a huge problem, even if the plant works well.
Di US, negara mereka besar. Ada padang pasir yang beratus kali lebih luas dari Malaysia, jadi boleh di tanam di dalam gunung di tengah padang pasir tu.
Di Singapore, kamu nak tanam kat mana? Kat Jurong?
Di Malaysia, nak tanam di hujung Sabah? Dalam hutan Pahang?

NIMBBY!!!
TERIMA KASIH: Jurutera Nuklear Melayu kerana memberitahu bahawa Malaysia sebenarnya dah lama ada nuke power. Cuma saya masih curious macam mana atomic waste ni dibuang. Dan power yang dijana tu digunakan utk apa ya?

BALIK CERITA ASAL
Kerana sikap NIMBBY dan payah nak buang nuke waste ni, dalam pandangan peribadi hamba, mungkin ada baiknya jika Asean ni berkongsi nuke power.
Ini tulisan dan pandangan peribadi. Jangan pula kamu sangka Temasek atau pemerintah Singapork suruh pak chic tua ni tulis pulak.
Saya teringat perkongsian tenaga nuke ni bila terbaca Indonesia nak buat DUA loji nuke di tepi Pulau Sumatra.
Bukan di sebelah yang menghadap Indian Ocean - yang kerap kena gempa dan tsunami.
Tapi di bawah Pulau Batam dan Bintan, dan di sisi Kalimantan.

Di sini, seperti Singapore, Batam dan Bintan, tak kena gempa dan tsunami.
Lihat PETA di atas. Pulau hijau yang ada dot merah tu.
PULAU BANGKA

Nama pulau yang disarankan ada dua loji nuke itu ialah Pulau Bangka.
Saiz pulau saja, 16 kali sebesar Singapork (Temasek 710 sq km, Bangka 11,900 sq km menurut wiki). 
Bangka kecil sedikit dari Johor (19,000 sq km kata wiki). Dua kali lebih besar dari Melaka.
Di Indonesia ada 33 propinsi/province (kata omMalaysia 'negeri').
Bersama Pulau Belitung di sebelahnya, ialah pulau Belitung - yang kecik sikit tu = tapi lebih besar dari Singapork (atau Perlis)!
Bangka-Belitung ialah salah satu dari 33 propinsi.
Wak Jawa suka short form, jadi mereka panggil Propinsi Bangka-Belitung ni, Babel. Di peta atas tu, kamu boleh nampak dotted lines yang tunjuk 33 propinsi negara 17,000 pulau ni (5,000 pulau ada manusia, yang lainnya kosong). 
Ia sebahagian daripada apa yang kita panggil Kepulauan Riau, termasuk Singapork.

Ini cerita Jakarta Globe tentang rancangan nak bina dua loji tu juga. Di sini pun.
Yang pasti Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pernah berkata beliau tidak akan membina loji di zaman beliau presiden.
Tapi selepas beliau, siapa tahu? Apalagi jika harga minyak dan gas terus naik dan naik.
Pulau Bangka diidentify - setelah mereka menolak tempat lain seperti di Banten atau Muria di Pulau Jawa; atau di Kalimantan.
PETA bawah: Close-up Bangka dan Belitung. Bandar paling besar yang dekat ialah Palembang di Sumatra. 

CERITA akhbar tu tak kata kenapa Bangka dipilih selain daripada tak ada gunung berapi, tsunami, gempa.
Jika kamu teliti PETA ATAS tentunya nampak sebab lain yang sama penting:
Pulau Jawa ialah pulau paling penuh manusia - termasuk dua bandar terbesar di negara 240juta orang itu, Jakarta dan Bandung. Jadi tentunya Jawa akan terus perlukan letrik.
Jika dua atomic plant ni dibina di Bangka, senang nak salurkan letrik yang dijana ke Sumatra (underwater cables).
Lepas tu buat lagi underwater cables dari Sumatra (past Gunung Anak Krakatoa), sambung wayar letrik Jawa. 

Memang orang Babel tentu akan kata NIMBY - Not In My Back-Yard.
Tapi tak ramai penduduk di Bangka: 620,000 orang. Mereka tak perlu pindah pun = senang saya cakap! Tapi maksudnya, lebih mudah nak pujuk 620,000 orang daripada 100 juta yang kat jawa tu bahawa pulau mereka yang selalu kena gempa dan gunung berapi akan ada dua loji nuke.

Di Jawa, takut kena gempa atau gunung berapi.
Nak dibina Kalimantan - lihat PETA atas, jauh sangat nak buat underwater cables ke Jawa - di mana permintaan letrik tertinggi.

Sama juga jika nak buat loji di Papua, Celebes/Maluku - ongkos mahal kerana kena pasang underwater cables yang jauh.
Jadi itu mungkin sebabnya Bangka dipilih (ini tekaan saya).


AHEM, brader.
Kalaulah Asean bersatu padu, setelah wayar letrik tu masuk ke Sumatra, sambung terus ke UTARA Sumatra juga? Dah dekat Singapork (atau mungkin dekat Batam), masuk ke pulau Temasek.
Dan dah masuk Singapore, sambung ke electricity grid Malaysia di JB?
Jika disetujui, tentunya loji Bangka kena lebih besar, dan kena bayar berbilion kepada Indonesia. Letrik tu DIBELI pun OK, jika tak dapat berkongsi secara joint venture.
JV lebih baik kerana jika tiga negara berkongsi maklumat dan kewangan, projek akan lebih baik lagi.
Malah, boleh sambung ke electricity grid Thailand dan negara lain di utara.

Itu semua angan-angan saya saja. Tapi dreams can come true.
Electricity shortages in the future can be overcome with clean technology (except for the disposal of nuclear wastage), which is quite cheap.

----------------------------------------------

PM Lee Hsien Loong minggu lalu:

"It's very difficult to put it (a nuclear power plant) very far from population because nobody in Singapore is far from population.
"Yet we cannot afford to dismiss the option of nuclear energy altogether."

----------------------------------------------
AKHIR KALAM

SAYA pasti perkongsian tenaga ni TIDAK AKAN berlaku. Sebab orang politik gitulah caranya.
Tapi kerana saya nak buat theory kita ke tahap berbak-baik yang melangit, dapat juga saya luahkan ngobrol tentang isu atomic power dan kenapa semakin banyak negara di dunia berfikir nak "go nuclear" ni.
Menjana kuasa cara lain nampak cantik, tapi tak praktikal untuk kebanyakan negara.



 

Wednesday, January 27, 2010

Saya nak 'angkut' Taj Mahal bawa ke Malaysia



Di sini, gambar-gambar kenangan.

Seperti orang berkelana lain, tentu banyak cerita dibawa balik.
Di India, kumpulan kami - 10 orang wartawan dari 10 negara Asean - beruntung besar.
Dapat interview khas dengan businessmen besar India, dan pegawai kanan pemerintah.

1) KK Modi (pemilik low-cost Indian airline Spice, pemilik gudang-gudang rokok terkenal di sana, telecommunications, property developer. Dan anaknya Lalit Modi menguruskan Indian Premier League - liga cricket. Di Negara Gajah, mereka suka cricket lebih dari bolasepak. Dan bintang-bintang Bollywood seperti Shah Rukh Khan, memiliki team cricket).

2) HP Singhania, president FICCI, Federation of Indian Chambers of Commerce & Industry dan bos JK Paper - syarikat besar pulp and paper.

3) Sushil Kumar Jiwarajka, president FICCI Mumbai dan bos syarikat telecommunications.

4) Pegawai-pegawai kanan dari Exterior Affairs Ministry (Kementerian Luar Negeri).

5) Gabenor Maharashtra. Kami melawat rumah gabenor berbentuk colonial cantik di tepi laut di Mumbai. Maharasthra ialah salah sebuah dari 37 negeri di India dan ia negeri terkaya sebab Mumbai dan Bollywood terletak di sini (Malaysia ada 13 negeri dan Selangor yang terkaya).

6) Pegawai kanan Maharasthra.

7) Makan malam dengan wartawan India.

Kumpulan wartawanlah katakan - Bila ada peluang, kami dari Asean merambu tepi jalan nak tengok kehidupan manusiawi biasa di Delhi dan Mumbai.
Cuaca pun sejuk jadi OKlah, cuma Delhi ni tahap pollution (asap dan habuk kenderaan) teruk.
Dan di Mumbai orang miskin yang tidur di tepi jalan nampak di mana-mana.

Cerita-cerita businessmen dan orang politik ni di masa terdekat - sebab saya selalu teringatkan Malaysia dan Singapore, dan apa yang boleh dipelajari dari India.

Satu saja saya kata dulu: India ini di tahap Malaysia dalam pertengahan 1980s.
Tahap political unity dan confidencenya tinggi, dan mereka yakin ekonomi akan berkembang terus.
Malaysia hari ini banyak sangat karenah politik dan cerita busuk, sebab rakyat terlalu cynical. Semuanya suka main tuduh menuduh, bukan nak bekerja bersama perbaiki diri dan negara.
Singapore pun sama dalam tahap cynicalnya dalam isu politik dan ramai menuduh pemerintah naik lemak dan tidor, dan juga perkembangan ekonominya pun dah slow.

GAMBAR:
1) Taj Mahal saya angkut nak letak di kawasan saya di Datuk Keramat, KL.
Hanya tiga bangunan yang membuat saya terkedu bila berdepan dengannya - Baitullah di Masjidil Haram, Makkah (sebab akhirnya nampak bangunan masjid hitam yang menjadi kiblat saya), Dome of the Rock di Jerusalem (sedih sebab tak sangka akan tiba di tempat yang menjadi punca masalah dunia beribu tahun).
Taj Mahal ialah bangunan ketiga. Terlalu cantik bila dilihat dalam bentuk 3-D. Ia seperti cerita Arabian Nights. Betul ke bangunan ini? Besarnya. Macam fatamorgana (mirage). Unreal.
The pictures you have seen of Taj Mahal (Crown Palace) do not do it justice.
Cantik giler.

Kata tour guide: Ia adalah bangunan yang dibina dengan hardest material di dunia.
Diamond ialah material paling keras tetapi tidak ada bangunan diperbuat dari diamond.
Graphite ialah material paling keras yang kedua, tetapi tak ada bangunan dari graphite.
Yang ada ialah bangunan diperbuat dari marble (batu marmar) sepenuhnya, bernama Taj Mahal.
Ia juga menunjukkan kekayaan empayar Mughal - mereka orang Mongol (sebab itu dipanggil Mughal) beragama Islam.

Harga Taj Mahal apabila dibina? 40 juta rupees.
Pada masa itu 1 rupee boleh membeli 300kg beras.

Kau kiralah sendiri sekilo beras harganya berapa sekarang, lepas tu kau kali 300 dan kali 40juta.
Harga beras di Malaysia ialah RM4 sekilo.

Maknanya harga Taj Mahal ikut harga sekarang ialah RM48 bilion!!!
Bilion, bukan juta. Ikut duit Malaysia.
(Sebetulnya lebih tepat jika kita kira ikut harga sekilo beras di Agra sekarang ini).

Eeks! Harga a Petronas Twin Towers ialah US$1.2 bilion (lebih kurang RM4 bilion).
Harga Burj Dubai ialah US$1.5 bilion (RM5.3 bilion).

2) Kumpulan kami.
Berdiri, dari kiri ke kanan - Thailand, Brunei, India, tour guide, Indonesia, Malaysia, Singapura, Philippines.
Duduk, dari kiri - pegawai pengiring dari External Affairs Ministry, Laos, Cambodia, Myanmar, ah moi Vietnam.

Tuesday, November 10, 2009

APEC 20 tahun, membantu perdagangan dunia

APEC kini berusia 20 tahun.
Asean lebih tua lagi, 42 tahun.

Dengan 21 buah negera - termasuk gergasi seperti Amerika, China (Chinese Taipei/Taiwan dan Hong Kong juga), Russia, Korea Selatan, ia tergolong sebagai bloc dagang yang terkuat selepas Group of 20 atau G-20 (dulu hanya Group of 8 atau G-8).

Apa yang saya belajar dari dulu lagi ialah, walaupun Asean boleh dipanggil sebagai mempunyai keahlian sebanyak 10 buah NEGARA (member states), APEC mempunyai keahlian sebanyak 21 EKONOMI (member economies), bukan negara.

Kenapa?

Sebab Hong Kong bukan sebuah negara, tetapi sebahagian dari negara China, dan hanya sebuah ekonomi.
Begitu juga Taiwan di dalam APEC bukan dianggap sebuah negara, tetapi dipanggil Chinese Taipei dan juga dianggap sebuah EKONOMI.
Benda seperti ini pun walaupun orang biasa macam kita tak ambil pusing, dianggap berat oleh orang besau-besau. Menguap ngantuk.

OK, pindah cerita.
Ini penting, menunjukkan naiknya nama Indonesia di mata dunia, seperti yang saya pernah tulis di sini dan sini. Di sini saya bandingkan Malaysia dengan Indonesia.
Malaysia, Singapore dan Indonesia pun memang ahli APEC, tetapi hanya Indonesia menjadi ahli G-20!
Ini bermakna ekonomi negara lain dalam Asean tidak dianggap besar sehingga tidak dipanggil masuk dalam G-20.
Saudi Arabia dan Turki pun member G-20, tetapi bukan Malaysia, tidak Singapore.
Kesian kita.
Sebab tu jangan action anggap negara kita ni besar sangat di mata dunia, nak dabik dada.

Hari ini, Presiden Esbeyye (SBY), Susilo Bambang Yudhoyono tiba di KL.
Wah banyak story tu!

OK cukuplah tu.
Nak cerita tentang dagang dan kewangan ni banyak, tetapi takut tak ada yang nak baca.

EH NANTI DULU - Nak cerita terkini di APEC yang sedang berlangsung di Suntec City, Singapore: Hari ini meeting besau-besau bermula.
Menteri Luar (termasuk Anifah Aman dari Malaysia) baru mula meeting 0800 tadi.
Menteri Ekonomi (termasuk Mustapa Mohamed) pun dah mula meeting.

GAMBAR: Suntec City - pusat konvensyen (tempat mesyuarat APEC), bangunan mencakar langit, mall dan pancuran air (water fountain) terbesar di dunia.