Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Isu Azan - antara Singapore & Malaysia

Sumpit (Anon 03:12) di posting sebelum ini menyahut tulisan saya tentang melayu spork:

sumpit said...
bro Rem,
PAP jaga minoriti kat spore ke? Hampeh - kato orang tuo kampung.
Hari tu masa Thaipusam kat Spore, polis tahan geng main gendang yg iring pembawak kavadi. Alasan polis bising dan mereka cuma boleh nyanyi dan bertepuk tangan saja.
Tapi loktang cina dan tarian naga boleh pulak main masa Tahun baru cina di Spore.
den malas lah nak masuk bab azan kat masjid Spore.
sila jawab.


Pandangan saya:
Saya teringat apa yg dr mahathir pernah kata - dlm salah satu ucapan tahunan di perhimpunan agung umno. orang cheena di msia ni minoriti, tapi kenapa terus dibenarkan memegang 50-60peratus kekayaan negara? sedangkan kaum majoriti melayu dan bumiputera terlalu ramai yg miskin?
dr m jawab sendiri, ini bukan terjadi tanpa rancangan. dulu penjajah british beri cheena berniaga di bandar, melayu kena duduk kampung tanam padi dan sayur. bila malaysia tertubuh, orang cheena yg memang enterpreneural terus dibenarkan berniaga. kakitangan awam yg hampir semua melayu diwajibkan bantu cheena ni kembangkan business. misalnya jika mereka tak beri approval, kamu nak buka factory tak boleh, nak suruh telekom masuk line tak ada, nak pasang paip air tak masuk.
tapi dealnya, cheena kena serahkan kekayaan mereka sikit pada orang melayu, jika tidak akan ada rich-poor gap semakin besar. itulah sebab semua syarikat yg masuk bursa saham kl kena 'beri' 30 peratus kpd melayu. malangnya yg kaut semuanya orang umno - termasuk kroni dan keluarga orang yg kini ketua pembangkang.

Walaupun 95pct bangunan - pejabat, kondo, factory - di seluruh msia tu milik cheena, orang melayu tak kata apa. dapat tumpang kerana dapat pekerjaan. dan syarikat cheena nak keamanaan - secara umum mereka ambil pekerja melayu dan naikkan ke pangkat tinggi. bukan No.1, 2 dan 3, tapi chief akauntan, human resource director, senior engineer, chairman pun.
ni semua berlaku By Design - dibuat gitu oleh dr m (maaflah jika kamu benci beliau, tapi beliau ni pada saya macam kuan yew, mereka banyak Hard Truths yg kita payah terima jika tak fikir mendalam).
msia membangun bukan berlaku By Accident.
inilah Social Engineering: negara kamu dulu hanya ada getah dan perak(tin), tanam padi. macam mana penang boleh tukar jadi manufacturing hub? bukan sebab pakatan masuk 3tahun lalu. bagaimana boleh export sawit besar2an?
saya pernah interview dgn allahyarham azizul zainal abidin (bekas pengerusi petronas): katanya kami start dulu kecik saja, dgn ku li. dgn planning dan dr m kasi free rein dan loans/bonds, petronas dapat jadi world player yg disegani. pernah ada bangunan tertinggi di dunia, harumkan nama negara.

Apa kena mengena cerita msia ni dgn melayu spork?
saya nak tunjuk Social Engineering yg berjaya di depan mata kita.


CONTOH yg gagal ialah bila kaum majoriti ambil kuasa, lalu tamak dan tak kisah minoriti. salah satu ialah Rhodesia, kini Zimbabwe.
orang kulit hitam take over 1980. mereka lihat ladang dan bangunan 99peratus milik omputeh. mereka Bagi Percuma kpd peladang dan kroni gagak hitam. 
hancus. drpd negara export Daging (the best beef in africa was from Rhodesia). dulu Rhodesia pengeksport jagung, sayur dan bunga. eksport emas dan diamond.
kini dah di mugabekan dan dizimbabwekan, hancus jadi peminta sedekah.
saya tahu bab Rhodesia ni sebab ia satu negara yg saya pelajari sejarahnya - penjajah british Cecil J. Rhodes rompak tanah kulit hitam - negara tu gunakan nama beliau, Rhodesia. syarikat diamond No.1 di dunia, terletak di afrika selatan, De Beers tu dulu milik rhodes.

Bayangkan jika tunku, tun razak, hussein onn dan lebih lagi dr m (22thn jadi pm) dah zimbabwekan maysia! 
kami melayu, sebagai majoriti kami ambil apa yg kami mahu. semua bangunan milik cheena yg lebih 10tingkat beri pada melayu; semua restoran mesti halal jika tidak lesen tak dapat; business semua mesti beri 51 peratus kpd melayu (kini cuma yg mahu senarai di bursa kena jual 30peratus kpd bumi: orang sabah sarawak yg kristian pun bumi).

Di spork pun ada Social Engineering. 
pada saya berjaya. pada anda, Anon 03:12 tidak, sebab melayu tertekan. no problem.
Saya lihat begini: katalah kuan yew buat macam mugabe: kami majoriti, we can take everything. kita tak payah bantu minoriti melayu ni, mereka hanya 15 peratus. lebih lagi mereka tak boleh lawan sebab mereka tak ada harta seperti omputeh rhodesia dan cheena indonesia. 
kita, cheena spork, cuma perlu pastikan mereka tak bising sangat agar negara melayu maysia dan indonesia tak masuk campur.
ambik satu dua nama macam si remgold tu, kita candukan dgn gaji besar, dan kata - we got malays at the top what! 

Tapi kerana majoriti ambil semua dan tak nak bantu minoriti, tidak ada skim Mosque Building Fund dan Mendaki Fund (Tanpa skim ni akan lebih ramai melayu tertinggal di belakang).
masjid2 di temasek (seperti banyak kuil hindu dan cheena) banyak dah roboh sebab spork membangun pesat. hanya ada satu dua masjid baru, sebab melayu spork walau murah hati, tak ada yg kaya*. tak mampu nak buat masjid tanpa bantuan pemerintah.
jadi, kamu nak sembahyang jemaah, kena sewa rumah kedai?
Nasib baik ada Majlis Ugama Islam Singapura yg disokong kuat (dan dicontrol, kata orang) oleh pemerintah.

*[skrg ni dah ramai yg kaya beb, belum beribu tapi semakin meningkat. saya kenal 5-6 rakan melayu tinggal di kondo-landed berharga s$1juta-$2juta. antaranya sebab pemerintah tak ada skim bumiputra, dan semua kena kerja kuat, meritocracy. mereka naik dgn titik peluh sendiri, orang tak boleh tertawakan belakang kita]. 


Dan kerana majoriti kaut semua, tidak ada bantuan pelajaran utk anak melayu kerana tak ada Mendaki. 
anak2 melayu, ramai masih hadapi problem dlm pelajaran, akan lebih lagi hancus. sebab tak ada tuition murah. 
setahu saya, govt spork bayar dollar for dollar utk kedua kumpulan ini (maaf jika silap). iaitu jika umat m derma s$10,000 utk Mendaki atau AMP, pemerintah tambah jumlah yg sama.
HQ mereka - bangunan sekolah - disewa dgn sangat murah atas ikhsan PAP. ko gi tanyalah, malu aku nak sebut.

kerana majoriti take all, kenapa mesti ada 13 MP melayu, dari 84 total (15 peratus = sama peratusan komuniti melayu di spork, 450,000)? 
Letak 5 orang cukup ler. 
Tapi tidak. Speaker Parliament kini Abdullah Tarmugi, dan desas-desus kata bila SR Nathan turun jadi presiden tak lama lagi, yg ganti ialah mamat melayu, mungkin seorang akauntan terkenal.
Ini tunggu dulu beb. Sensitif.
Presiden Singapore pertama ialah Yusof Ishak (Gambar di matawang di bawah). Lepas tu presiden ialah Benjamin Sheares, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, SR Nathan.


ISU AZAN. kerana melayu minoriti, kena jaga hati majoriti pula. kat spork azan tak boleh kuat. 
yg kamu nak azan kuat, kenapa? ramai ke gi masjid bila dengar azan? saya dulu masuk Jemaah Tabligh semasa muda, lima kali sehari ke surau-masjid. 15minit SEBELUM azan dah tiba. 
jadi sebenarnya azan tu bukan nak panggil orang ke masjid. ia utk Syiar Islam. 
tapi spork ni negara kapir dan kamu minoriti lemah, nak Syiar Islam apa beb? Syiar Kasino adalah. 
sama jika ada rancangan nak bina gereja/kuil kat tengah kl atau shah alam, boleh tak? 
atau gereja/kuil yg ada kini bunyikan loceng kuat2 kat kawasan ramai melayu? tak marah kaum majoriti? kena halau pindah beb! (seperti di shah alam).
maksudnya dlm setengah isu, minoriti kena beri jalan kpd majoriti, takkan semua kamu nak pekik kena tindas?

--------------
CERITA TAMBAHAN

Menurut ceritanya, Kuan Yew menerima complain daripada masyarakat Cheena tentang azan ni, lebih lagi waktu subuh. Jadi apa beliau nak buat?
jika suruh umat M tutup azan, mereka marah - ini Call to Prayer. orang nak gi masjid dan surau! Ramai tunggu masuk waktu ni!

Solution beliau? Boleh terus pakai microphone nak azan tapi kena pusing speaker ke DALAM masjid, bukan menghadap ke luar. Lower volume.
Dan beliau arah radio bahasa melayu singapura mula mainkan azan lima kali sehari.
Agar kamu tak boleh kata: Saya miss waktu masuk sembahyang sebab tak dengar azan.
Buka saja radio!
Itulah cerita orang2 tua di sini.

---------------
THAIPUSAM dan LOKTANG. Kecoh masa thaipusam tahun ni apabila pemerintah spork beritahu tak boleh main gendang. pemerintah kata ruling ni dah lama ada, cuma diberi masuk akhbar sebagai peringatan.
sama juga umat m tak buat perarakan maulid di jalanraya (dulu jadi gaduh berbunuh perkauman tahun 1960an sebab arak maulid bising2 = orang berdoa, bertakbir dan bertahmid, tapi utk orang luar bising ler); kristian di temasek pun sambut perayaan dlm gereja atau sewa dewan besar.
eh, kenapa pula boleh Loktang dan Tarian Dragon pulak!
Loktang tu ialah sebahagian wayang cheena yg mereka adakan di estet-estet perumahan, siap dgn asap dan 'bising2' main muzik wayang pekji = pada kita bising, pada mereka berdoa, bertakbir dan bertahmid! 
Ini balik kpd hak rakyat majoriti. macam baru ni heboh isu azan di kampung kerinchi. kaum majoriti suka dgn azan, kamu minoriti cheena, take it or leave. 
 Sama macam umat m di maysia tak diberi sambut valentine's day, habis bankrupt orang cheena nak jual bunga ros. tapi itu hak majoriti. 
Cheena ni main loktang dan wayang tu masa Hungry Ghost month saja. itu agama kaum majoriti - Wajib (bukan Sunat) main wayang dan bakar miswa, buat 'bising', agar ghosts of the ancestors yg turun ke dunia masa itu, enjoy dapat nonton. 
macam kita baca yassin dan ratib kuat2 kat rumah bila kenduri arwah - orang sebelah tentu marah sebab bising, tapi itu agama. 
di spork, jam 10mlm dah tak boleh buat bising, jika tak orang boleh komplen dgn polis. 

Saya rasa yg dimaksudkan ialah Lion Dance, bukan dragon dance. bising shopping centre dan kadang sebelah rumah kita mereka datang dan rabak bising. 
itu pada saya hak majoriti dan berlaku setahun sekali. saya pun tak suka, tapi kedai dan rumah cheena tu rasa Wajib ada joget2, lion minta duit angpow - masukkan dlm mulut. jika tidak business tak akan 'ong', rumah mereka tak akan ada rahmat. ini kepercayaan mereka sebagai majoriti. 
kamu nak azan lima hari sekali, bising pada mereka 365 hari x 5 kali. tapi mereka bising2 setahun hanya beberapa hari, jadi apa argument kamu nak gunakan. saya pun tak setuju dgn lion dance bising ni, tapi mereka majoriti.

Kenapa saya ni bagi excuse macam2?
Pada saya simple: baik kamu yg tinggal di bangsar dan tak suka azan, atau di spork marah sebab miss sembahyang kerana tak dengar azan - jangan undi orang yg larang kegembiraan kita. 
cuma kena ingat juga, jika mereka mugabekan negara kita lagi teruk. 
hari ini umat m spork dijaga = siapa saja hina melayu dan islam di internet, terus kena cekup!
dan umat m dipandang sama tinggi di sini (pada saya, kamu mungkin rasa berbeza).


POST SCRIPT
CUMA, pada saya pemerintah spork masih kurang ini:
1) kenapa hanya seorang saja menteri melayu dlm kabinet 21 orang? ada tiga india. tambah ler lagi satu. akan jadi kebanggaan masyarakat melayu.
2) tentera kena lebih ada ramai pegawai atasan melayu. dah ada seorang jeneral (sama bangsa dgn saya dan dr mahathir), dulu ada satu pilot jet dan pilot helikopter tentera (tak tahu ada lagi tak). 
masalahnya ialah mamat melayu tak suka kerja ini, jadi sedikit sangat yg ada harapan nak naik. seperti saya di syarikat-syarikat berita selama ini: di tempat kerja di mana yg melayu sekerat dua, kamu kena kerja teruk jika nak naik pangkat.
3) masih belum ada Parliamentary Secretary melayu yg pertama. 
di maysia, civil servant tertinggi dlm satu kementerian ialah Secretary-General (Ketua Setiausaha), di spore Parl Sec. 
tapi di sini juga, tak ramai anak melayu berada di atas civil service. seperti saya, ramai melayu yg ada qualification sikit pun lebih suka kerja di syarikat privet sebab jadi kakitangan awam ni, gaji slow nak naik.
bekerja dengan syarikat american dan british/european lebih mudah nak naik pangkat, berbanding syarikat tempatan. sebabnya? boss saya dulu di New York dan Tokyo, di London. mereka hanya nampak tulisan kita, tak perlu nak ada good relationship dgn boss yg di depan mata setiap hari. 
4) beri bantuan yg lebih utk pelajaran anak melayu yg miskin. tapi ini manyak susah kerana ia terpulang kpd masyarakat melayu sendiri. 
jika ramai volunteer dlm Mendaki dan AMP, nak ajar tuition (dapat elaun sikit) maka lebih pantas melayu naik. each community kena tolong bangsa sendiri di sini. Untuk india ada Sinda (Singapore Indian Development Association, utk bangsa campur ada Eurasian Association, utk bangsa cainis ada banyak clan association mereka.

saya tak masuk bab melayu miskin, kena tindas etc. sebab dah pernah bincang dulu - sini dan sini. Juga sini dan sini.
Orang Melayu Malaysia 'malas dan manja'

Akhirnya: ini pandangan peribadi beb. 
anda tak perlu setuju pun! 
dan saya ulangi, saya kerja dengan ministry of propaganda singapork. jadi saya tak perlu pun masuk isu2 sensitif gini, lepas tu berbohong.
saya masuk ni sebab ditanya dan agar saya dapat kata: ada banyak benda yg pemerintah kapir spork lakukan tu baik. 
jadi anda kena step back a bit, dan fikir kejap. tak setuju tak apa.  

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 - Perlu Malaysia buat bangunan 100 tingkat?

BETUL KE?
RENOVATE RUMAH PM RM65 JUTA???

The prime minister's official residence will go through a RM65 million spruce-up over the next two years, courtesy of premier Najib Abdul Razak's Budget 2011, revealed a DAP parliamentarian.
Bukit Bendera MP Liew Chin Tong (left) said the renovation plan of the 10-year-old complex is part of the RM16 billion Prime Minister's Department budget.
The spending for the renovation will be spread out between 2011 and 2012.

Dari Malaysiakini. 


----------------------------------------------
POSTING ORIGINAL

Pada saya nak buat bangunan sampai ke bulan pun OK.
Tapi gunakan duit siapa?
Jika pihak privet, teruskan. Kita sokong!

Jika bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion ni nak gunakan wang rakyat, kerana dibuat oleh PNB, tak payah dulu beb.
Lebih perlu untuk Malaysia, pada saya orang luar, naikkan taraf pendidikan pelajar dan latihan kemahiran untuk pekerja.
Itu bawa pulangan yang berganda nanti. Lihat saja India dan Taiwan dan China (saya tak mahu sebut Singapork, nanti orang marah). Rakyat mereka laku kerja di mana saja - kamu lihat dalam sofwe dan hardwe companies, banyak mamat dari negara ini! HP dan Dell, Apple dan Google.

Adakan sistem untuk rakyat (pelajar dan pekerja) dapat naikkan taraf English dan skills (sama ada repair kereta atau buat kuih, repair telefon atau masak roti canai pun, agar dapat niaga kecilan). Itu kan lebih baik untuk naikkan nama negara di masa depan? Apa lagi jika kamu ajar mereka buat software programming.

Maaf saya komen marah sedangkan saya ni orang luar, tapi nampak tak kena.
Projek ni siapa dapat nanti sebagai main kontraktor? Ada tender? Tentu jadi isu.

Memang betul bangunan tinggi ni boleh tarik business - kontraktor dapat projek, supplier barangan pun dapat, elektrician dan seterusnya. Tapi di masa kerajaan agak kekurangan wang - dan deficit baget dah berbelas tahun tak dapat ditutup - apa kejadah nih!?!?
Saya tak mahu negatif sangat, jadi kasi chance mereka explain.
Cuma sekilas pandang macam nak habiskan wang ke tempat yang tak perlu.

Di tepi US embassy di Jalan Tun Razak, bangunan The Icon tu masih kosong. Juga bangunan di sebelahnya. Maknanya bangunan pejabat dah banyak.
Dan Felda pun ada buat bangunan besar di seberang jalan.
Dan nak buat lagi International Financial District kat tepi Pasar Rakyat di KL (dekat Jalan Tun Razak, bangunan RHB).
Dan nak membangunkan lapangan terbang Sungai Besi lagi.
Hello, berapa banyak bangunan yang kamu nak buat nih!?!?!

I have one word of caution for all these: Dubai.
Kamu tengok negara tu sekarang, banyak sangat bangunan tapi tak pandai nak tarik business yang nak sewa atau beli bangunan tu. Lingkup brader.
Nasib baik ada Abu Dhabi jiran dia kaya yang bailout.
Hiba rasa di hati jika kerajaan tak pandai explain ni semua.

Nak buat bangunan mudah sungguh. Tapi nak tarik business yang nak masuk kat situ, is another matter altogether.
Saya harap sungguh ada projection tentang business growth, job creation yang jitu sebelum kita masuk era membangun projek ni sekali lagi - dulu dah kena tahun 1998-1999.


----------------------------------------------
HIGHLIGHT Bajet yang lain:
di sini (NST) dan sini (freemalaysiatoday.com).

1) Ini projek perumahan di tanah Malaysian Rubber Board di Sungai Buloh, harga RM10 bilion. Ini tanah kerajaan = 2,680 ekar. Jika anda jalan tepi kedai-kedai bunga di Sungai Buloh tu kan banyak pokok getah. Ah antaranya tanah itu ler.


Dibahagi free kepada seseorang atau joint venture, atau bagaimana? RM10 bilion ni wang kerajaan atau swasta atau bagaimana?
Takut jadi macam di Hartamas - tanah kerajaan diberi murah kepada syarikat tu, dia janji nak buat convention centre dengan harga yang jauh lebih murah - saya pernah komen di sini.

Maaf jika anda marah saya bertanya ini - tapi saya pasti pembangkang pun akan tanya sebab dah macam-macam desas-desus yang keluar.
Pengundi hari ini dah nak tahu mana nak dapat wang berbilion ni, sedangkan deficit dalam bajet (lebih banyak belanja dari pendapatan) terus melopong.
Jangan pula blogger bertanya terus buat laporan polis, rampas laptop dan modem blogger. Tapi dah tiga hari dah, tak jawab apa yang dituduh.

2)  Projek Nexus Karambunai RM3 bilion eco-nature entah apa di Sabah.
Banyak duit, wahai abang? Sekali lagi: Duit siapa tu?

3) RM111 juta untuk program Permata, yang dipromosi adinda tersayang. Banyak tu. Saya tahu pembangkang pasti kondem sebab ada direct link dengan Datin Seri Rosmah.
Saya kasi chance dulu sebab nak dibina 32 children's centre dan kelola 52 pusat seperti itu. Mungkin ada baiknya, walaupun dirasa janggal isteri yang tak ada portfolio pun dapat bajet sebesar itu, bukan Kementerian Pelajaran.
Kalau tiga tahun karang tak ada hasil, baru saya nak tanya.

4) Sistem MRT (train bawah tanah macam di Singapork, Hong Kong, London, New York, Delhi dan ibu negara besar yang lain). RM40 bilion. Projek ni bagus. Tapi nak kena jelaskan dengan penuh belanjawan ini dan siapa yang dapat menang TENDER, bukan 'dikasi' kepada pihak tertentu.

Saya kurang faham cara Malaysia dalam isu memberi projek kepada syarikat yang menjadi first proposer sesuatu projek.
Dalam pemerintahan Dr Mahathir, siapa yang propose idea tu, maka dia dapat projek dan kerajaan akan bantu mereka jadi kaya secara kilat. Jika gagal, akan dibailout pakai duit kerajaan juga.
Maka macam-macam orang propose nak privatise asset kerajaan, termasuk MAS, air jamban (Indah Water), buang sampah (Alam Flora) dan macam-macam lagi. Sehingga membekal barangan hospital dan pekerja asing buat health check-up pun dah ada yang sapu! Bekal letrik dan air pun dah dicontrol oleh kumpulan tertentu dengan harga yang dibayar rakyat. Errr, begitu juga highway-highway. Syarikat padi negara dan Pos Malaysia! Apa kejadah nih!!!
Supply public buses pun ada anak orang atas yang dapat, sehingga bas-bas yang lain yang masih boleh digunakan kena buang. Dibiarkan berkarat di padang jarak padang tekukur.
Saya difahamkan, nasib baik Pak Lah kalah teruk dalam Mac 2008, sebab dah ada ura-ura bahawa lepas pilihanraya tu, ada seorang muda terkenal akan dapat projek 'menjaga' semua health check setiap drebar teksi di Klang Valley.

Sama juga sistem MRT ni.
Jika betul KL-PJ-Shah Alam perlukan MRT - dan saya setuju SANGAT PERLU - maka sepatutnya orang kerajaan, Kementerian Pengangkutan, yang draft projek ni, bukan pihak swasta draw up the plans lepas tu 'jual' dengan kerajaan.
Kan dulu dah pernah gagal teruk apabila sistem LRT diberikan kepada DUA syarikat joint venture swasta. Sehingga kena bailout oleh syarikat Prasarana (duit rakyat oi).
Kenapa nak ikut jalan yang sama?

MRT ni perlu untuk KL-PJ-Shah Alam.
Lihat Jakarta - ia ibunegara negeri besar satu-satunya di dunia yang tak ada mass rapid transit (MRT) system ni. Tak ada LRT pun! Sesak traffic giler babi masa office hours.
LRT di KL tak cukup kerana hanya bawa ratusan orang dalam satu trip, misalnya dari Gombak ke Subang Jaya. MRT sistem boleh bawa ribuan dalam trip yang sama kerana gerabaknya lebih besar dan panjang, dan jalannya lebih pantas.

--------------------------------------------

JANGAN CONDEMN SAJA. Ini yang baik saya lihat:

1) Ada allocation untuk buat ternak ikan di darat dan untuk peladang termasuk buat rumah layang-layang (birds' nest farms). Kita lihat dulu. Saya menaruh harapan besar untuk peladang kerana tanpa mereka tanam padi dan ternak ikan, kita makan habuk.

2) RM6.4 bilion nak upgrade sekolah, hostel dan facility. RM213juta untuk naikkan gaji cikgu. Bagus, bagus. Susah nak tarik guru menjadi guru jika bayar gaji rendah. Dan jika sekolah tak cukup barangan dalam makmal dan untuk bersukan.
 Errr, brader, tapi upgrade tempat dan naik gaji saja ke?
Nak naikkan taraf pelajar dan baiki sistem pendidikan?

3) Eh adalah! RM250 juta untuk sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Islamik. Aish, Kata nak 1Malaysia? Kenapa masih perlu ada sekolah Cina dan Tamil? Islamik juga? Semua harus masuk sekolah yang sama! Seperti di kebanyakan negara lain.
Dan ada lagi, termasuk membawa cikgu luar negara ajar English. Bagus tu.
Nak naikkan guru PhD lagi you.

4) Berbilion akan dibelanja nak naiktaraf dan buat jalanraya di kawasan pendalaman termasuk di Sabah dan Sarawak. Jika anda dah pernah masuk ke kawasan pendalaman, anda akan appreciate allocation ini.
Saya pernah ke Bakun Dam dan lepas itu bermalam di Kapit pada tahun 2000 atau 2001 (kamu cari peta Sarawak - kat pendalaman betul tu! Dari Bakun Dam ke Kapit naik bot sejam!).
Pekan kecil tu tak ada jalan raya.
Nak keluar ke jalan besar, saya kena naik four-wheel-drive naik turun bukit dua jam - bukan jalan raya atau jalan kampung pun, tapi lorong dalam hutan yang becak dan tanah lubang-lubang. Ketakutan saya.
Semua yang nak ke sana sini kena naik bot dan feri - sebab tu bila Sungai Rajang banyak balak dan sampah minggu lalu, saya teringat orang di sana yang tak dapat keluar kampung kerana sungai kena block.

--------------------------------------------
DEFICIT

Deficit belanjawan atau bajet untuk 2011 dijangka 5.4 peratus dari GDP atau KDNK (Apa pelesit itu GDP/KDNK = sini saya pernah berborak mengenainya).
Ini rendah sedikit dari deficit 5.6 peratus daripada tahun ini.

Ikut cakap para economists, jika deficit (belanja lebih dari pendapatan) tu 5 peratus ke atas, mereka akan ketakutan, kerana banyak sangat.
Malaysia ni bajetnya dah berdeficit sejak 12-15 tahun. Lama tu!
Makin lama makin banyak - dari decifit 2 peratus, 3, 4, lepas tu hampir 6 peratus.


Cakap mudah: Macam kita juga. Gaji RM3,000 sebulan tapi belanjawan kita RM3,150.
Itu maknanya, deficit kita ialah RM150, atau 5 peratus.
Setiap bulan kita bawa balik (lepas tolak EPF/CPF) RM3,000, tapi kita belanja terlebih RM150, sebab nak lawan kereta Camry orang sebelah, kita beli Accord baru.

Lama kelamaan, mampoi ekonomi rumah kita, brader.

Para economists tidak khuatir jika dalam setahun dua, atau mungkin pun untuk lima tahun, ekonomi Malaysia ada deficit. Kerana memang kadang-kadang kena belanja besar untuk beberapa bulan untuk belanja rumah kita pun - misalnya jika baru beli rumah nak kena renovate, atau baru dapat anak ketiga, atau bulan Januari anak-anak masuk sekolah nak baju, buku baru.

Tapi jika berbelas tahun terus deficit, maka ekonomi dalam bahaya.
Kerana apa?
Kita berbalik contoh perbelanjaan rumah kita - setiap bulan kita kurang RM150.
Maknanya simpanan kita tak ada langsung. Bila anak tiba-tiba sakit masuk hospital, macam mana?

Untuk negara, jika selalu ada shortfall/kekurangan ni, tiba-tiba terjadi masalah economic crisis, kerajaan kena belanja wang yang banyak nak pulihkan economy - dengan mengePAM ekonomi. Apa yang dipanggil "pump-priming".

- Maksudnya pam duit banyak masuk ke dalam ekonomi - seperti Dr Mahathir dan Tun Daim bina PLUS highway dulu apabila ada economic crisis 1985-88 dan ramai orang hilang pekerjaan.

- Apabila Singapore kena serang penyakit SARS dulu, sejurus selepas perang Iraq dan Afghanistan (sekitar 2000-2002), pemerintah PAP terpaksa belanja banyak wang nak pulihkan ekonomi.
Sebab masa tu orang takut nak berbelanja kerana takut hilang pekerjaan. Orang takut nak makan kat luar atau shopping kat luar pun, sebab takut kena bersin orang lain. Takut nak picit butang lif takut orang lain ada SARS. Takut nak naik teksi takut udara dalam tu bekas penumpang ada SARS.
Maka di'pump prime' ekonomi - projek jalanraya, cat bangunan, dan juga buat sistem MRT baru. Berbilion dibelanja sehingga dalam satu tahun itu, ekonomi Singapork pertama kali dalam deficit (untuk setahun saja).

- Sama juga kerajaan PM Najib tahun 2009 pump-prime economy kerana economy US tenggelam. Banyak projek dijalankan. Nasib baik masih ada duit Petronas. Tapi ini bermakna, deficit terus berada di tahap lebih dari 5 peratus.


Maknanya, jika tahun biasa pun kita dah ada deficit, bila ekonomi tempatan ada problem, dikhuatiri satu hari nanti tak cukup duit nak 'hantar anak masuk hospital' = iaitu tak cukup duit nak pam ekonomi.

Sebab tu saya bertanya tentang perlu atau tidak bina bangunan 100 tingkat tu, jika digunakan wang rakyat, dan juga projek-projek yang lain.
Projek-projek tu kan lebih baik disimpan dulu untuk pump-prime bila perlu....

Thursday, September 16, 2010

Sosilawati - Perginya seorang pengusaha

Memang semua orang terkejut dengan pembunuhan kejam pengusaha produk kecantikan Sosilawati Luwiya.
Mereka yang membunuhnya begitu kejam sehingga membunuh tiga orang lain, seorang peguam, banker dan drebar.

Takziah kita ucapkan dan kita doakan roh mereka dicucuri rahmat dan keluarga mereka dapat meneruskan hidup setelah beberapa ketika kelak.


Bagi orang yang bekerja cari makan dengan majikan seperti saya, pembunuhan ini merugikan dari sudut lain juga.
Bukan mudah nak cari seorang pengusaha besar. Seorang wanita pula.
Kerana dengan perginya seorang pengusaha itu, masyarakat rugi besar.

Maaf rakan-rakan wartawan: Jika seorang reporter meninggal esok, masyarakat tak banyak rugi. Mungkin tak rugi apa-apa pun.
Jika remgold tercekik mampoi makan canai, yang rugi cuma 2-3 kerat orang saja.
Reporter ni macam sampah botol plastik tepi jalan. Ada harga, tapi murah sangat.
Mudah dan murah nak diganti.
'Kesian tite'.

Tapi seorang pengusaha ni banyak ideanya. Dengan idea itu bercambah jadi projek dan barangan, kedai dan pelaburan, pekerjaan dan business.
Nak kata seseorang pengusaha ni pakai kabel, ambil short-cut pun tak apa, asalkan tak menipu orang dan mencuri duit rakyat. Payah sungguh nak kembangkan business apa pun. Anda yang pernah menjual kueh raya mahupun multi-level marketing atau kedai runcit pasti faham.


Syarikat Sosilawati ada rangkaian 300 stokis. Paling kurang ada beberapa ratus keluarga yang dapat menambah rezeki kerana produknya.

Enterpreneur seperti Steve Jobs begitu bijak mereka produk seperti iPad dan Macbook, Apple ada 35,000 orang pekerja - tidak termasuk puluhan ribu yang bekerja dengan syarikat kontraktor Apple.
Dan seterusnya.
Nama-nama syarikat ini adalah juga nama pengusaha asal yang telah banyak berjasa kepada pekerja: Ford, Honda, Ferrari, Dell, Yeo Hiap Seng, Lemang Pak Ali.


Kita harap isu pembunuhan ini dapat diselesaikan dengan baik di mahkamah.
Apa gunanya kekayaan yang didapati dengan menipu orang, apa lagi dengan membunuh orang.
Orang ni penyokong politik pula. Tentu banyak dermanya.
But, how do you sleep at night?

--------------------------------------------
TAMBAH SIKIT


Siapa masih ingat Tan Sri Yahaya Ahmad? Bos DRB-Hicom dulu.
Apabila helikopter beliau terhempas dan beliau meninggal, ramai orang terkejut sedih. Sebab beliau masa tu baru ambil alih Proton-Lotus, dan ramai yang mengharap boleh menjadikan syarikat kereta nasional itu jadi maju meletup.
Rakan wartawan saya menulis = "there is a sense of unfinished business" dengan kematian mengejut beliau.

Mungkin ada akan kata, baik Yahaya Ahmad, Halim Saad, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, allahyarham boss Naza, Francis Yeoh, Vincent Tan, Datuk K, semuanya kroni tentulah kaya raya.
Tapi tuan, bukan semua kroni itu menjadi pengusaha yang menambah pekerjaan untuk kita dan anak-anak. Yang menambah nilai, adding value.
Tak semua yang dapat lesen mudah atau shortcut itu berjaya - lihat saja beberapa nama-nama 'kroni' Mahathir, Anwar, Pak Lah.
Ada yang ambil duit banyak-banyak, lepas tu calibut tinggal luar negeri. Atau dapat benda mudah jual saja tanpa menambah nilai dengan membina factory dan showroom. Ada yang dah dapat kontrak dan lesen mudah lepas tu kini tak tahu malu - menyerang kerajaan dengan wang mudah yang didapatinya, dan tak ngaku jadi kroni lagi!

Tabik kita kepada pengusaha.
Hail to the entreprenuer.

Thursday, August 12, 2010

Memperbesar Good News cara Singapore

Jika kamu baca laporan-laporan di bawah ni, sebenarnya ia 'cerita biasa'.
Betul ada syarikat Singapork yang export ke luar negara - benda baru ke tu?
Betul ada syarikat asing yang melabur di dalam syarikat kecil dan sederhana (small and medium enterprises, SMEs) Temasek - benda baru ke tu?

Cerita pertama - syarikat bee hoon tempatan (Defu Lane tu tempat yang ulu di Temasek, saya pun tak tahu kat mana!) yang eksport produk ke 15 buah negara. Jumlah dolar bee hoon yang dieksport tak ditulis pun. Berapalah harga sepaket beehoon? Takkan boleh sampai RM100 juta setahun pun???

Tapi cerita ia Big News di akhbar saya minggu lalu. Satu mukasurat besar dengan gambar itu sekali.
Tujuannya (ni bukan saya tanya editor, tapi saya agak) - nak kembangkan berita bahawa walau kecik, syarikat anda boleh jadi gini.
Walau benda yang kamu buat itu barangan biasa, satu dunia menunggu produk itu jika kamu pandai marketing.

Good News must be spread to give hope to others.


Cerita kedua (juga di sini) - beberapa syarikat tech Singapork yang jadi buruan syarikat besar asing.
SMEs Temasek buat deal yang mana syarikat besar di Malaysia akan tertawakan kerana terlalu sedikit.
Hai jual syarikat US$5 juta atau US$15 juta pun jadi big news?
Berita ini jadi lead story dalam business section akhbar saya. Besar lagi gambar-gambar yang digunakan.

Tujuannya sama, spreading the Good News.
Boleh dijadikan syarikat contoh.
Tunjukkan kepada pembaca bahawa syarikat di pulau kecik ini pun banyak yang bagus dan ada produk yang baik-baik.

Lepas tu Menteri Kanan Goh Chok Tong (bekas PM) ingatkan rakyat Darul Dollar ni supaya kurang apa yang beliau namakan The Singapore Gripe.
Berita di sini - di sebelah kiri boleh click ucapan penuh beliau. Juga di sini.
Di pulau ini, orang nak tahu kamu ni berjaya atau tidak dengan cara mudah. Berapa daripada "Five Cs"cash, credit card, car, condominium, country club membership. kamu ada -

Goh kata itu cerita lama. Cuba Spin Your Own Dreams.
Jangan asyik komplen (macam remgold tua). Orang Singapork suka komplen tentang banjir, FT (pekerja asing) atau MRT sesak.


LIVING IN HOPE

Berita seperti itulah yang saya kerap harap dimainkan besar-besar oleh editor akhbar Malaysia dan Indonesia. Bukan saja berita tentang pergaduhan politik, terrorist ditangkap, dan berita-berita hitam yang menyedihkan dan mengkhuatirkan rakyat.
There is too much cynicism about the country and its politics already. Why add to it?

Siapa saya ni nak ajar editor besar pilih berita?
Bukan sesiapa pun, hanya rakyat biasa yang khuatir kita sentiasa diselubungi dengan laporan bersifat 'negatif' sehingga tak nampak berita baik yang patut diwarwarkan.

Berita yang anak kita boleh kata - Wow, mamat tu buat sofwe sampai McAfee beli syarikat dia? Aku pun nak buat juga!
Berita yang mamat kampung boleh kata - Wow, buat bee hoon pun boleh jual satu dunia. Saya pun boleh buat!




---------------------------------------------
MAHASISWA & POLITIK

Saya tahu Malaysia sedang hot bincang isu sama ada pelajar uni patut dibenarkan aktif dalam politik atau tidak.
Basuh Baju dan Rockybru ada muatkan berita itu.
Sebagai anak kelahiran Temasek yang tidak berkecimpung dalam politik semasa belajar dulu, saya pun cucuk dengan letak komen dalam blog mereka.
Maklumlah wartawan nakal. Saya pisaukan sikit: panggil orang politik banyak 'macam sampah'. Mampoi saya kena marah. Saya pantang nah orang politik ni nak kacau pelajar.
Yang rosak nanti Umat M juga saudara, sebab yang kemarok berpolitik, bual kosong buang masa, gaduh sama sendiri ialah orang Melayu, bukan bangsa Cina yang rajin belajar dan pandai cari wang.
Ini pandangan saya:

"

pada pendapat saya, pelajar ni biar dia tumpukan kpd pelajaran dulu.
sedangkan suruh belajar pun dia masuk politik. tak payah diajar.

takut pula jika tidak dilarang masuk politik maka parti2 politik akan berkempen di kampus, yg tercicir pelajar melayu dan muslim juga. sebab bangsa lain lebih bijak fokuskan kpd pelajaran kot.
parti politik tak akan kisah jika pelajar tercicir dan ibubapa di kampung hampa anak tak dapat degree, asalkan mereka dapat pekerja baru yg kerja kuat dgn free tak payah bayar gaji.

yg diperlukan negara msia kini ialah pelajar cemerlang agar menjadi engineer dan akauntan cemerlang yg dapat naikkan nama negara.
sedangkan orang politik ni macam sampah (maaf kata) - kat mana2 dah ada, dah banyak.
tapi nak cari pekerja profesional yg bijak dan pandai, naikkan martabat bangsa, agama dan negara, agak payah.

"

Monday, July 26, 2010

BRIC, BRIIC, STINC & wang pelaburan

Kalau nak terkenal, mesti pandai cipta sesuatu. Tapi bukan saja cipta barangan yang manusia berebut nak pakai - baik iPad atau suicide vest.
Kadang-kadang kita letak satu label saja, sampai bila orang pakai atau keji.
Misalnya, 1Malaysia atau OneIsrael.
Islam Hadhari atau Membangun Bersama Islam-DAP.


Di dalam bidang kewangan, dulu Malaysia dikenali sebagai salah satu daripada "ekonomi harimau". Tiger economies.
Tiger lain ialah Singapore, Thailand, Korea Selatan dan Taiwan. Mungkin juga Indonesia dan Hong Kong.
Lepas tu semua lingkup kena krisis kewangan 1998-99.

Tak lama dulu, investment bank terkemuka Goldman Sach memperkenalkan satu label yang menjadi sangat popular. Mereka cadangakan pelaburan dalam "BRIC countries".
Brazil, Russia, India dan China.
Kini jika anda dengar orang pelaburan cerita, mereka suka gunakan label ini.
Dan kerana Indonesia pun sedang naik ekonominya, dia pun nak masuk dan tambah jadi BRIIC countries.

Baru-baru ini pula, pengurus dana Jon Markman kasi label baru.
Melaburlah di STINC countries, katanya.
Singapore, Thailand, Turkey, Indonesia dan Chile.

Ini argument beliau.

Maaf, Malaysia tak disenaraikan.
Sekali lagi saya ulang. Ini bukan kerana gaduh tentang Perkasa, Umno-PAS, siapa curi pasir di Selangor, kenapa kita bising Teoh Beng Hock mati tapi bukan anggota tentera yang dilanggar drebar Tian Chua.


Isu begitu peningkan kepala pelabur juga, tapi tak seberat isu-isu ini:


1. Ilmu bukan yang dikehendaki industri.
Malaysia tak disenaraikan, dan pelaburan asing menurun dengan mendadak kerana sistem pelajaran yang sampai sekarang pincang - pelajar universiti dan IPTS/IPTA bukan yang dikehendaki industri.
Jika saya nak buat kilang teknologi, saya nak engineer dan ahli perkomputeran, bukan pelajar yang ada degree agama atau sastera. Saya nak yang pandai bertutur bahasa Inggeris, bukan Melayu dan Arab.
Saya terperanjat ada skim baru dimulakan - skim melatih graduan. Ai! Baru keluar universiti nak ditraining lagi? Maknanya kamu bodoh sakanlah, tak boleh dapat kerja; nak kena habiskan duit rakyat lagi nak training enam bulan.
Most of them are from, maaf kata, IPTA.

2. Gaji yang rendah.
Dulu pekerja Malaysia gajinya rendah berbanding Singapore. Jadi kilang di Singapore ditutup dan masuk Malaysia (Johor, Melaka, Selangor, KL, Penang).
Kini gaji Malaysia tinggi dibanding dengan China, India, Vietnam dan Indonesia.
Sekarang kalau factory Malaysia tak pakai pekerja asing, susah nak untung sebab pekerja tempatan - memang hak mereka - nak gaji tinggi.
Kalau gaji tak RM800, dah tak mahu kerja. Saya setuju tu.
Masalahnya ialah pekerja di China dan India, gajinya ialah RM200 sebulan.

3. Ekonomi dah matang.
Dulu zaman Mahathir - lewat 1980an hingga akhir 1990an, ekonomi Malaysia masih nak naik.
Banyak infra - jalanraya, pelabuhan, perumahan, bandar baru, airport sedang nak dibuat.
Dan warga Malaysia ramai masih 'miskin' dan dahagakan life in the middle-class.
Mereka nak beli kereta dan rumah, makan di luar yang enak dan mahal, nak beli komputer dan aircon, pakaian cantik. Nak shopping di mall besar dan sejuk.

Jadi saya boleh buat macam-macam kilang nak supply barangan construction, kereta, makanan.
Kini dah standard - middle-class di Malaysia ramai dah ada dua kereta, rumah kondo atau teres. Di kampung pun boleh dikatakan semua dah ada jalan cantik, ada lampu. Dan mereka ada motorsikal jika tidak kereta pun.
Tapi lihat! Di China, India, Indonesia - masih ramai yang dahagakan barangan middle-class ini.
Baik saya buka kilang di sana. Supply barangan construction, pakaian, PC dan kereta. BMW paling bullish di China, bukan di Malaysia atau Singapore atau Amerika pun!

4. Singapore ada high-quality education, regional centre.
Tapi jika betul factory dibuka ikut middle-class needs dan gaji rendah, kenapa pulak Singapork ni terus popular? Dan terus menarik FDI?
Kamu terima atau tidak, reputation Singapore sebagai regional business centre dan regional finance centre terserlah.  
Pelabuhannya yang paling sibuk di dunia - kamu nak hantar barang ke mana pun, boleh hantar direct dari sini (bukan dari Port Klang atau Tanjung Periok di Jawa).
Saya pusing kat mana pun di dunia ini, orang mungkin kutuk pemerintah Singapore kerana kawal media dan freedom of speech, tapi puji nak rak infra dan kedudukannya sebagai regional centre.
Untuk orang business, mereka tak kisah ada corruption ke tidak - China dan India lebih teruk lagi corruptionnya dari Malaysia.
Di India ada parti Hindu extreme BJP, lebih teruk dari *Perkasa.
Di China tak boleh cakap politik pun, sehingga Google pun pening.
Tapi pelabur omputeh ni jika boleh buat duit, kisah apa dia!

Sebab tu jangan mudah terpedaya jika orang kata FDI Malaysia jatuh teruk sebab Perkasa, dan zaman Mahathir bodoh, mahupun kes Anwar liwat lagi.
It's about whether big business can make big money in your country.
Selagi stabil - tak kecoh membunuh tiap hari macam di setengah negara Afrika atau di Afghanistan- OK what! Can make money!
Maaf, saya silap. Kat Afghanistan dan Iraq tu - bom meletup tiap hari pun, sebab boleh buat big business, banyak company masuk! They don't give a hoot about Sunni, Syiah, or *deaths in police detention, or Abu Ghraib.

(*Ini bukan bermakna saya sokong Perkasa dan gengster yang sewaktu dengannya seperti Hindraf dan Dong Jiao Zong, dan mahu lihat pembunuhan beramai-ramai dalam balai polis. Tapi untuk pelabur, ini semua background noise. Nice not to have these ugly noises, but bottomline tetap sama: Can I make big money despite these issues? if so, who cares about them!)

Kamu nak lihat sendiri Singapore tu regional biz centre?
Cuba naik pesawat 6pagi -10pagi setiap hari bekerja yang menuju KL, Penang dan Jakarta.
Flight penuh dengan people with business suits, beb. Naik SIA, MAS dan Garuda serta yang mahal lah (JAL, Lufthansa, Emirates, Qantas), bukan airlines yang pekak seperti Firefly atau Jetstar yang saya kerap naik!
Tanya orang hotel di KL, Penang, Jakarta dan Medan - yang penuhi hotel di bandar ini, jika mereka BUKAN tourist dari mana mereka datang? Bukan negara asal mereka, tapi mereka masuk sini dari mana?

Mereka datang Malaysia dan Indonesia, buat biz 2-5hari.
Pada Jumaat malam dan Sabtu pagi, kamu naik pesawat pula dari KL, Penang dan Jakarta ke Singapore. Omputeh dan ah moi biz suits ni semua pulang ke HQ dan rumah mereka di Singapork Darul Bah.


Itulah yang harus difikirkan kembali oleh Malaysia jika nak masuk BRIIC atau STINC ini.
Bagaimana nak pikat pelaburan.
Bukan bagaimana nak terus kekal berkuasa, atau nak tawan Putrajaya. Gaduh saban hari tentang isu politik.
Tapi terpulang, pak.
Baca sekali lagi investment stories yang diceritakan oleh Markman tentang negara-negara STINC itu.
Bottomline: So Malaysia, what is your investment story?


 -------------------------------------------

TAMBAHAN PAGI

Malaysia ada 20 universiti awam, IPTA. Dan 26 kolej-uni privet, IPTS.
Graduannya setahun ialah 100,000 dari IPTA dan 80,000 dari IPTS.
Menurut pakar, graduan IPTS ni mudah dapat kerja sebab, antara lain, ilmu yang diajar relevan untuk industri dan mereka boleh bertutur Inggeris.
Di uni anak jantan saya dulu (sekarang beliau di Sinkapore dalam National Service, tak sempat belajar sampai habis), rakan-rakannya belum habis belajar engineering course lagi dah ada syarikat melamar. Gaji RM2,000 ke atas pun ada.
Graduan IPTA pula, maaf kata, ramai saya dah jumpa. Bukan mereka bodoh, jauh sekali. Tapi mereka tak pandai bertutur Inggeris, jadi syarikat nak ambil masuk pun susah. Saya kenal ramai graduan Melayu anak rakan-rakan, terpaksa mereka masuk sektor kerajaan.
Anak saudara saya di Penang untung sekali. Selalu top dalam kelasnya di sekolah kampung di Seberang Perai, kini dah masuk Intel! On the way up. Dulu minah kampung ni cakap dengan saya bahasa Penang P.Ramlee. Kini dah campur slang omputeh.
Saya pandang rendah graduan tempatan? Bukan saya, brader, tapi syarikat nak melabur di Malaysia. Macam mana nak hantar kamu training di London dan Boston, Frankfurt dan Paris, jika tak boleh tutur bahasa perantaraan dunia? Yang saya ke US baru-baru ini, jumpa diplomat dan wartawan dari 25 negara lain - tentunya bertutur Inggeris, bukan Jawa dan Bawean.

Jadi Malaysia kena perbetul sistem pelajaran.
Dah ramai betul menteri pelajaran keluar masuk, macam-macam benda dibuat, tapi tak boleh fix education system.
Kenapa?
Jawapannya mudah: Di Malaysia, politik masuk campur dalam education.
Nak ajar matematik dan sains dalam Inggeris orang berdemo dan maki macam-macam bahawa kita lupa bahasa sendiri.
Katanya orang Jepun (penduduk 127 juta) dan Korea (penduduk 48 juta) ada bahasa sendiri pun boleh maju - tapi negara mereka besar dan ada produk sendiri.

Malaysia ni kecik saja (27 juta), dan tak ada barangan sendiri seperti Sony dan Panasonic, Samsung dan Kia. Kita hanya kilang memasang barangan orang seperti Dell dan HP, Nokia dan Samsung.
Penduduk Taiwan kecik, 23 juta, tapi mereka jauh di depan. Brand mereka selain LG dan Acer, ialah negara OEM - original equipment manufacturer.

Banyak barangan elektrikal dan elektronik di dunia yang anda gunakan dengan jenama lain tu, dibuat di Taiwan atau dipasang oleh syarikat Taiwan.
Saya pernah cerita tentang syarikat Foxconn - OEM syarikat Apple di sini.

Maksudnya, banyak syarikat Taiwan ni kerjanya ialah memasang barangan yang didesign syarikat lain. Mereka juga tolong design sikit dan pandai dapat sourcing for materials.
Di Taiwan banyak syarikat kecil dan sederhana yang boleh keluarkan barang kecil elektrikal dan elektronik yang boleh dipasang dalam produk berjenama. Di Malaysia dan Singapore tak banyak syarikat kecil dan sederhana berkualiti begini.

Kamu ingat Nokia kamu dan Macbook kamu dipasang oleh mat salleh di Finland dan Amerika ke? Toshiba dan Dell kamu juga.
Mungkin pekerja di China dan Vietnam yang bekerja dengan OEM Taiwan.

Itulah branding dan brand name Taiwan. OEM country.

Lama-lama pasang produk orang, mereka pandai jadi tukang copy. Baru timbul syarikat ponsel yang sedang naik kini, HTC. Mereka dulu OEM saja.

Saturday, June 5, 2010

iPhone, iPad, 'Berry? Nanti! Model baru kan tiba

1) iPhone dengan sofwe baru, bentuk baru

Isnin/esok, iPhone baru dijangka diumumkan oleh hero legenda Apple dan designer terkemuka, Steve Jobs.
Depa ni membuat orang biasa seperti saya malu. Dahlah beliau sakit, nak mati, sehingga kurus kedengkik, tapi terus bekerja kuat! Semua announcement beliau ditunggu satu dunia.
Produk keluarannya menjadi glam seperti orang menunggu lagu baru Backstreet Boys atau Siti Nurhaliza.
Begitu popular produk yang Jobs design sehingga saham Apple mengatasi saham Microsoft baru-baru ini.
Isi iPhone version 4 ini telah pun diselongkar oleh website teknologi terkemuka gizmodo.com, setelah ianya tertinggal di sebuah bar oleh seorang jurutera Apple! Itulah saya dah kata, jangan mabuk. GAMBAR.
Yang baru ini ada dua camera (depan dan belakang), touchscreen yang lebih baik, lebih kecil dari iPhone di pasaran tapi lebih berat.

Musuh iPhone, selain Blackberry (baca di bawah) ialah smartphone lain yang menggunakan sofwe Android keluaran Google.
Cantik si HTC Evo 4G ni.


2) iPad rules, tapi yang lain nak cuba juga

Orang berebut satu dunia nak beli iPad ini.
Sampai Apple tak sempat nak keep up dengan demand.
Pengunjung blog ini, Johor Mali, untung dapat beli kat London. Dua biji lagi! (how's your experience with it, bro?)
Di Sim Lim Square, pusat penjualan barangan komputer, dah ada benda ni, tapi harganya sangat tinggi.

Saya dapat 'main-main' dengan iPad ni di US minggu lalu. Memang syiok.
Dan tentunya ramai pernah menggunakan produk/sofwe Apple. Tak macam produk Windows dan sofwe Microsoft yang lain, produk Apple begitu mudah dan syiok digunakan.
Tapi pada saya, iPad berat jika nak dipegang sebagai buku.

Saya juga dalam lawatan minggu lalu ke negara asing, dapat main-main dengan Amazon's Kindle, Sony Reader dan Barnes & Nobles Nook.
Eeks, tak bagus langsung sofwe mereka ni semua! Dan black and white, hanya untuk baca buku. Sedangkan iPad boleh main games, hantar email, tengok gambar warna-warni, selain baca e-buku.

Kini ada beberapa produk lagi yang akan keluar.
Termasuk yang lebih ringan dari Dell, bernama Streak atau Dell Mini 5 (5inch screen).
GAMBAR: Streak yang kecil dengan iPad.
Cuma tak tahu bila nak sampai ke negara sebelah sini. Dan tak tahu juga jika sofwenya sebagus sofwe Apple.
Tapi yang pasti ianya lebih ringan. Tapi mungkin terlalu kecil kalau nak dibaca buku. Pulak.
JooJoo dari Singapore ni saya tak yakin akan hidup lama. Besar, dan tentunya berat. Walaupun screennya lebih clear daripada iPad. Sofwenya tak tahu pulak.

Si iPad ni begitu popular, sehingga dah ada prediction jika anda naik pesawat lain kali, anda dah tak perlukan flight entertainment system tu lagi - screen TV kat depan kerusi anda. Anda akan gunakan iPad - ah kau! Baca sini, Jetstar (anak syarikat Qantas) dah nak mulakan pun.


3) Blackberry Bold - Slider & Touchscreen!

Macam-macam ada.
Ini berita terbaru - Bukan saja Blackberry nak keluarkan produk baru, tapi ia slider dan touchscreen.
Blackberry Storm hanya touchscreen (tak ada tiny keyboard) - tak laku sangat.
Mesin Blackberry yang lain semuanya ada keyboard, tapi tidak ada touchscreen.
Jadi yang baru ini nak sapu semua! Nak lawan iPhone - yang touchscreen tapi tak ada keyboard. GAMBAR.
Cerita dan gambar lagi di sini.

Kenapa Blackberry perlu keluarkan produk lebih baik? Dia takut orang lain come from behind and eat its lunch. Baca sini dan sini. Jika saya pekerja RIM (pembuat Blackberry), saya baca pun takut!
Dulu Blackberry adalah smartphone yang must-have untuk orang korporat, termasuk di syarikat saya.

Tapi kini, lebih ramai orang dah pindah ke iPhone - yang juga ada 'push-mail' yang diperkenalkan dulu oleh Blackberry.
Push-mail bermakna, setiap kali orang hantar email kepada anda, ia akan secara automatik masuk ke Blackberry anda. Lampu merah akan menyala di tepi telefon tu, menyatakan 'You've got mail'.
Kini iPhone pun dah ada sofwe ini.
Baca di sini. Lagi takutttt jika kamu sayang Blackberry. The iPhone is coming. No wait. The iPhone is here and it wants your lunch.


4) Telefon ada GPS

Dan kini dah makin banyak phone ada GPS.
Niatnya ialah jika anda sesat di lorong kecil di Penang atau dalam hutan Pahang, boleh gunakan telefon untuk jadi panduan keluar melalui GPS.
Tapi ia juga berguna jika kita khuatir anak sesat jalan atau kena kidnap. Sebab boleh dimonitor ke mana budak ni pergi - asal dia tak buang telefon dia

Tapi problem juga untuk yang menipu boss atau bini.

Pekerja: 'Boss, jangan marah, trafik jam teruk kat Macpherson Road, saya lambat masuk hari ini.'
Boss: 'Tapi GPS phone kamu dalam PC saya menunjukkan kamu di food court pasar Geylang. Kau jangan tipu Mat!'

Abang Mat: 'Minah, Abang balik lambat sikit. Lagi nak solat isyak di masjid Wangsa Maju, jadi imam. Lepas tu ada ceramah agama'.
Minah: 'Tapi saya tengok lokasi phone abang kat komputer ni - abang di Pub ImanNipis di Bukit Bintang."
Abang Mat: 'Opocot!'

Tuesday, May 25, 2010

USA ada iPad, Singapore ada JooJoo. Malaysia?

Dah jenuh saya cari nak beli iPad ni kat Amerika.
Di DC cari kat tiga tempat, di NYC tiga tempat, dan kini di Tucson (bandar kecil tepi gurun) ada satu saja mallnya, pun tak ada iPad.
Laris sungguh.

Begitulah America ni menjadi negara No.1 di dunia. Mereka invent, create dan produce macam-macam barang dan teknologi, orang berebut-rebut, mereka jadi kaya raya.
Selain software dan hardware computer, mereka jugalah yang invent pesawat pejuang seperti F16 dan Bradley tanks serta Patriot missiles yang satu dunia berebut nak beli.
Pakaian glam seperti DKNY, Nike dan Calvin Klein juga dari sini.
Global TV pun mereka yang mulakan - CNN dan juga MTV. HBO dan cable TV.

Kenapa ini semua berlaku? Mereka percaya kerana sejak Amerika ditubuhkan oleh 13 bekas negeri British di New Land, mereka terus menerus dapat darah baru.
Negara ini begitu bangga mereka ni Land of Immigrants.
Saya pernah tulis 2-3 hari lalu, jika kamu membawa masuk orang miskin dan lapar ke negara kamu, mereka akan bekerja kuat nak naik ke atas. Memang ada jadi gangster (filem Godfather tu berdasar cerita betul). Ada pula yang jadi inventor dan creator of technology.

Singapore, negara yang kini mula ikut jejak USA (apa abang buat, si adik ni pun ikut) dah bawa masuk banyak immigrants sehingga rakyat Temasek lain marah.
Di pulau kecil ini, tak banyak benda yang mereka dah create sebab population kecil.
Yang paling terkenal di pulau Temasek ini ialah brand name yang ditubuhkan oleh pemerintah seperti Singapore Airlines dan DBSBank.
Hanya satu saja produk tempatan yang ada global presence - itu pun dah malap - Creative Technology. Sound card maker for computers dan sekarang membuat MP3 player, camera dan sebagainya.


Kini ada lagi satu produk baru tempatan. Sama seperti iPad.
Namanya ialah JooJoo.
Cantik mesen ni - website di sini. Cerita wiki di sini.
Tapi pada saya, tak akan laku macam iPad sebab mereka launch dah terlambat. Dan ia lebih berat dari iPad.
 iPad saya dah try banyak kali di USA ni, beratnya 600grams. It is not light if you have to hold it like a book in bed for half an hour.
JooJoo 1kilo (GAMBAR). Kalau kamu pangku setengah jam, mampoi beb.

Tapi OKlah, ada juga inventor dan creator yang cuba membuat nama di gelanggang dunia.
Baca cerita tentang creator JooJoo ni - di sini dan sini.
Mamat India ni, 29 tahun, terus dan terus cuba jadi entrepreneur (anak jantan saya pun nampaknya nak mencuba jadi entrepreneur, tapi bukan bidang software. Kena kasi chance jugalah).
Pernah ada kontroversi besar dalam projek nak membuat JooJoo ni.

Saya pernah tulis bahawa akan lebih banyak e-reader yang akan keluar di sini, menggantikan laptop dan TV.

Eh nanti dulu! Sebenarnya Singapork ada lagi inventor sejagat yang kaya raya. Mereka membuat software untuk iPad dan iPhone. Apa yang dipanggil Apps (applications).

Walau dijual US$1 atau US$3, jika puluhan ribu orang membeli Game atau Apps lain yang anda reka, boleh jadi kaya raya.
Baca di sini dan sini. Macam-macam ada. Projek kecil-kecilan ini disokong oleh pemerintah.

Negara tercinta di Utara bila pula nak menonjolkan bakat?
Cuba, jangan tak cuba, braders and bradees. Pakchick tua ni doakan dari jauh.
Atau mungkin, dah ada pun, tapi media dan blog Malaysia ni tak pandai menonjolkan success stories sebab semua lebih syiok bantai-membantai isu politik, nak jahanamkan nama negara.

Saturday, May 1, 2010

AirAsia only interested to take away MAS routes?

I wrote here about how AirAsia and its international sister AirAsia X are behaving like spoilt children.

Instead of working its own routes, they are only interested in cannibalising passengers that Malaysia Airlines had taken lots of taxpayers money and its own sweat to grow.
This was what MAS said today in statement.

So now we know, X has been granted rights to fly to sooooo many other cities:
Amritsar, Cheongju, Pusan, Tianjin, Xian, Bahrain, Sharjah, Berlin, Manchester, Dublin, Vienna and Moscow.
Many of these are big cities, surely new markets for it?!
But no, it must have Seoul and Sydney, although MAS is already there.

It reminds me of the old story: Kalau ada makcik buka kedai nasi lemak dan kedai itu laku, orang lain akan cepat buka kedai makan di kiri kanannya. Juga menjual nasi lemak. 
They would rather kill each other than let someone grow stronger and bigger.
In this case, we are talking about the national flag-carrier.

Stop being a child, will you Mr X.
Let's see what X has to say: Why does it shy away from real work and only wants to steal passengers from MAS, as claimed.

Monday, December 7, 2009

Demand for S'pore conventions is up. Malaysia?

As I often ranted, you build projects when you anticipate Demand and where decent return-on-investment is expected.
Otherwise, you are wasting your cotton-freaking time and worse, wasting public money.

But luckily for Malaysia, *charity group Naza is building a new convention centre for the government FOR FREE. Yay!!!

See what The Other Mr Clean, Tok Pa, said:
"Matrade is not putting up a single cent. Otherwise we have to beg and steal and borrow from the government. But maintenance is, of course, ours.
"That building, when it is completed in four years, is going to be ours.
"We are getting the building for free, otherwise we have to pay RM628 million, which is a big amount of money."

(*Kat Singapore dulu pun ada persatuan kebajikan/charity group Melayu, tapi depa main muzik. Sweet Charity dulu dipimpin oleh Ramli Sirap, oops Ramli Sarip).

And it is interesting that Tok Pa, aka International Trade and Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed, gave further details.
He said the new Matrade convention centre will DOUBLE the area for conventions in Malaysia. Wow!

This is the data given by him:
- Kuala Lumpur Convention Centre 9,710 sq m of exhibition area
- Putra World Trade Centre 23,504 sq m
- Matrade (current) 13,000 sq m
- Malaysia Agro Exposition Park Serdang 10,000 sq m.

I guess he did not include Putrajaya International Convention Centre, aka Mahathir's Castle, at least 8,000 sq m big, because it is always always always fully booked.
And surprise! There are MANY MORE convention spaces already available in Malaysia - see the list here, including the ones at Mines, Sunway and Genting.

But let me go on: Tok Pa gave us other data.
Like how big Singapore, Hong Kong and Thailand convention spaces are. You can read about 'em here (looks like someone did serious pitching for the project).


Singapore
- Singapore Expo 100,000 sq m of exhibition space.
- Suntec Singapore 24,000 sq m (where APEC summit was held). The figure given by Tok Pa is wrong. Actual figure is 100,000 sq m. Apa dah. See data here.
- Marina Bay Sands casino-resort (when completed in 2010) 120,000 sq m.
- Tok Pa didn't include Genting/Resorts World casino in Sentosa, opening 2011 with 35,000 sq m.

Hong Kong

- HK Convention and Exhibition Centre 312,000 sq m.
- Asiaworld Expo 77,000 sq m.

Thailand
- Bangkok International Trade and Exhibition Centre 50,395 sq m.
- Queen Sirkit National Convention Centre 35,000 sq m.
- Impact Arena 140,000 sq m.

So since everyone got all these big spaces, Malaysia also MUST have more.
Never mind the Demand because a persatuan kebajikan will build the place for free.

Anyway, I don't know about Demand for trade shows in Hong Kong and Thailand, but in my newspaper today there is a story about Demand for Singapore conventions.
These are set to bring in at least 50,000 foreign trade guys (ie business executive types) next year.
People call these get-togethers MICE (tikus?) - meetings, incentives, conventions and exhibitions. Read the story here.
In Singapore I guess they are honest enough not just to say how many thousands will turn up, but more importantly the Foreign Visitors, who are the real businessmen.
No use if 100,000 people turned up at your show if they are all makciks, old unkerrs and muthus out for a weekend jaunt.

These are the major MICE coming up in the little red nano (there are about 70-100 altogether):
  • Singapore Airshow (February)

  • International Furniture Fair Singapore, held in conjunction with the 27th Asean Furniture Show (March)
  • Food and Hotel Asia (April)
  • CommunicAsia (June)
  • BroadcastAsia (June)
  • Youth Olympic Games (August)
  • ITB Asia (October)
  • Ufi Congress (November)
  • Anime Festival Asia (November)
  • 18th International Oil and Gas Industry Exhibition and Conference (Osea) (November)

  • There is more to the story - not shown in the Internet story but it's in the actual paper.
    - Suntec said it will host 35 MICE events, 14 are NEW ones. They include Robocup 2010 and the International Conference on Emergency Medicine.
    - Marina Bay Sands will host 30 events in 2011 and 2012.

    The report said: Business tourism contributed to 40 per cent of tourism receipts last year.

    My hope now is for some paper to do similar type of story to show the type of conventions coming up in Malaysia, and the quality of businessmen coming in.
    These shows are important for airlines, hotels, food and beverage outlets, even abang teksi.

    Singapore ni, termasuk akhbar saya, pandai pakej laporan nak tarik minat pelabur.
    Malaysia pulak gemar sangat suka tunjuk negara sedang berkecamuk, bergaduh tak tentu pasal. Buatlah cerita business sikit, brader.
    Sebab kalau betul ada Demand, tentu orang sokong projek di Matrade yang akan dibina itu.