Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Cara wartawan pungut berita



Untung jadi wartawan.
Boleh stop siapa saja kat tengah jalan, kenalkan diri sebagai wartawan, tunjuk Press Pass, dan tanya apa saja.
Kat Indonesia hanya kata 'Saya dari pers' - kita sebut 'press' - polis buat roadblock pun tak akan tahan.
Baik mamat tunggu bas, mahupun Menteri Kabinet, atau Sultan Melayu dan apek penyokong DAP - kami boleh suka-suka stop mereka tanya soalan.

Saya sering ditanya: Eh bagaimana kamu dapat berita nak isi paper tiap hari?
Selain dapat tip-off dari orang ramai, atau musuh dalaman (misalnya, orang PKR komplen kepada media tentang pilihanraya songsang, atau pegawai kerajaan komplen kepada Petra tentang penyelewengan), di bawah ini cara-caranya.

Dan hairan bin ajaib! Di tepi jalan tu, selepas interview dengan abang dan adik, jika kami wartawan minta phone number, akan diberi!
'Cik adik manis, terima kasih beri pandangan tentang perbarisan raksaksa tadi. Boleh kasi mobile number? In case nanti nak call minta pandangan isu ini'.
99 per cent orang akan kasi!!!
Begitulah percayanya sang manusia dengan makhluk bernama Wartawan ni.

Cuba kamu, walau Managing Director YTL atau Syabas, kat tepi jalan tu minta phone number adik yang sama.
'Adik manis - saya MD syarikat besar. Gaji RM5 juta setahun. Baru dapat spectrum free dari kerajaan. Boleh kasi phone number?'
Kau nak mampos. Kena tempeleng karang!


Newsmakers, atau orang yang nak diwawancara ni, pada kami golongan wartawan ada beberapa cara nak dijolok soalan.

1) Special interview atau wawancara khas - ini dengan orang atas yang susah nak dapat diwawancara, seperti PM atau Chairman bank besar. Kena hantar surat/email nak minta wawancara, tunggu berminggu atau berbulan. Kena hantar soalan dulu dan terus mengharap mereka tak tolak.


2) Di'serbu' lepas event. Lebih mudah ialah bila mereka adakan event, seperti PM atau Ketua Pembangkang lancarkan sesuatu, lalu lepas tu di'serbu' oleh wartawan.
Dalam media circle, cara itu dipanggil 'doorstop'.
'We will doorstop the CEO today at this event to ask him about xxxx xxxx'.

Doorstop yang paling saya syiok nonton ialah almarhum Sultan Selangor. Masa tu, Dr Mahathir baru minta dan diberi kawasan Perang Besar di Selangor untuk dijadikan Putrajaya dan juga Cyberjaya.
Isu ini, tentu kita ingat, adalah selepas Kuala Lumpur dulu dipersekutukan (ia bekas ibu negeri Selangor), dan kawasan besar di hujung Selangor diambil kerajaan pusat nak buat Lapangan Terbang Antarabangsa KL, KLIA.

Almarhum Sultan Salahuddin ditanya wartawan depan kamera apa reaksi terhadap langkah kerajaan ambil Perang Besar ni.
Titah beliau yang saya nampak di TV3 (lebih kurang): 'Baguslah tu. Tapi saya harap tanah Selangor tidak diambil lagi, jika tidak lama-lama beta nak tinggal kat mana? Kat Pulau Ketam?'

Karkarkar. Sungguh! Lebih kurang itu yang dititahkan Tuanku, yang memang kita tahu selalu upfront dengan pendapatnya.

Masa saya baru tiba di Malaysia dulu, terkejut juga bila dengar para wartawan lain kerap tanya - 'Eh lepas event ni dia ada PC tak?'
Kerap benar saya dengar ungkapan ini. Ada PC? Ada tak PC? PC kat mana?
Pada saya PC tu Personal Computer.
Rupa-rupanya kat KL maksud mereka ialah Press Conference.

Kat Singapore kami lebih biasa panggil Doorstop (walaupun bukan tepi pintu).
Di kalangan media asing, wartawan mat salleh, dan saya juga, kami panggil 'Pressers'.
Mamat Reuters (slang London): 'Will there be a Presser after this?'
Jawab mamat Utusan (slang Sungei Besi): 'Tak. Tapi ada PC'.
Opocot!


3) Press kerap telefon Newsmaker. Baik Ahli Parlimen atau orang biasa yang nak ditanya tentang longkang sumbat, kami akan nelpon.
Menteri-menteri Kabinet Malaysia begitu baik. Mudah nak ditelefon dan kerap mereka akan jawab gitu saja.
Syed Hamid Albar, Nazri Aziz, Azmi Khalid (suami Kak Normala bekas wartawan) antara menteri yang saya pernah cold call.
Tak berani saya nak cuba call menteri Singapork cara yang sama! Mereka tak beri phone number pun!
Ketua pembangkang Malaysia dan Singapore mudah lagi jika nak dihubungi, sebab kerja mereka memang tunggu dapat panggilan agar dapat hentam kerajaan :-)


4) Cara lain wartawan dapat berita ialah apabila dijemput oleh Newsmaker. Ini jika ada berita gembira yang nak diumumkan. Gembira untuk mereka lah.
'Kerajaan akan melaburkan RMxx bilion nak buat *bandara baru di Perlis'.
(*Bandara - gemar sungguh saya dengan panggilan Indonesia ini. Malaysia-Singapork panggil 'Lapangan Terbang'. Mereka panggil Bandar Udara = air port = short form Bandara).
Atau jika syarikat baru dapat untung berbilion, newsmaker dipanggil media juga.
Atau orang politik nak umumkan Jambatan Baru nak dibina diceruk Kelantan.

Peristiwa paling gelak saya tentang jemputan begini ialah di Singapork dulu.
Timbalan PM Temasek masa tu, Ong Teng Cheong (beliau lepas tu jadi Presiden) mengadakan kunjungan ke kilang buat minuman Yeo Hiap Seng di hujung tahun 1980an. Saya masa tu dengan Berita Harian di sana.
TPM Ong ni jalan cepat, dan kilang tu besar.
Jadi kami terkejar-kejar ikut beliau kerana takut miss apa yang dilihat dan dibincang dengan pegawai Yeo's. Lebih lagi cameramen dan photographers.
Kejar punya kejar, lebih kurang 10 orang - termasuk wartawan wanita - terikut masuk ke satu bilik yang agak sempit. Dan ada sinki air dan cermin. Eh, bahagian kilang kat mana ni?
'Oi, keluar, keluar. Yang TPM masuk jamban nak kencing, kamu ikut buat apa!?' Berterabur lari kami semua, gelak sakan.


5) Ada pula event yang dinamakan scheduled press conferences.
Dari zaman Dr M, setiap Rabu diadakan mesyuarat Kabinet mingguan. Weekly Cabinet meetings.
Lepas tu, wartawan akan ke beberapa Kementerian yang akan brief kami tentang apa yang dibincang, yang melibatkan kementerian mereka.
Dulu saya kerap ke Kementerian Pengangkutan dibawah Ling Liong Sik.
Beliau masa itu adalah menteri paling kanan yang jumpa media setiap minggu selepas Cabinet meeting mingguan. Dan boleh dicocok isu-isu besar yang tak ada kena mengena mengenai kementeriannya.
'Datuk Seri (kini Tun, dan dah kena charge), tadi Kabinet ada bincang tentang isu rasuah itu dan ini?'
'Datuk Seri, adakah PM (Mahathir) bincang isu itu dan ini dalam meeting tadi?'

Dalam perjumpaan media yang terancang ini, Pressers atau PC akan diadakan. Ia bukan Doorstop sebab orang yang menyampaikan berita tu (Newsmaker) duduk rilek.
Kerap juga, mereka beri kami makan macam-macam dulu - agar berita esoknya lebih positif sebab wartawan dah kena sumbat.
Sebab tu semua wartawan syiok ke Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Depa kasi breakfast, lunch dan tea.
Dan sejak beberapa tahun ini, saya diberitahu (dah tak attend lagi, sebab berada di Selatan), ada dibelikan KFC pada malam hari agar wartawan terus sibuk menaip tak payah susah-susah cari makanan.
Muktamar PAS pelokek sikit. Mungkin sebab kurang bajet. Kadang-kadang ada jamuan untuk wartawan - nasi bungkus dan air botol - kerap juga tak ada. Ah! Ini nak kena tulis negatif sikit sebab perut wartawan berkeroncong! Hahaha.


6) TAMBAHAN SIKIT: Dan tentunya yang lain kami dapat daripada statement yang difaks ke pejabat atau dihantar melalui e-mail.

ITUlah antara cara utama kami dapat berita, tuan/datin.
Saya selalu beritahu orang yang nak jadi wartawan:

- Jadi reporter ni payah kamu nak jadi kaya.
Yang kaya cuma yang editor-editor paling atas saja (baik di Malaysia mahupun Singapork atau New York. Yang kat atas naik Merc dan Porsche, kamu naik Kancil atau naik MRT macam saya).

- Tapi kerja ini lebih mudah daripada jadi engineer atau architect. Dapat tahu ehwal semasa dan responsibility pass pada orang lain. Engineer dan doktor jika dia salah buat sesuatu, mampoi dia kena sue.
Wartawan boleh kata - saya laporkan apa yang Datuk kata tadi. Atau, saya hanya laporkan apa yang masyarakat bertanya, apa Menteri ni nak sue saya pulak?

- Wartawan kerjanya lebih syiok dari kamu duduk kat opis sehari suntuk, pushing paper. Duduk mengadap boss muka masam.

Kerja di mana yang kamu dihantar keluar tiap hari, ngobrol dengan rakan-rakan berjam-jam nak tunggu PC, lepas tu balik opis taip 15 paragrafs saja?

- Dalam pekerjaan apa kamu boleh baca akhbar dan majalah di depan bos, tapi bos tak marah, sebab kamu sedang busy (walhal baca akhbar dan majalah) to update yourself?
Cuba kamu jadi akauntan baca akhbar depan boss masa waktu kerja?
Atau jadi ustaz tapi membaca majalah depan ulama besau. Tentunya dianggap sedang lepak.

- Kat kerja mana kamu boleh stop Sultan dan PM, adik manis dan penyanyi rocker, dan tanya macam-macam. Dan orang itu rasa wajib menjawab soalan kamu? Boleh minta phone number lagi!

Dah 24 tahun pak chic kerja terkutuk ni.
Welcome to my world.

Saturday, December 4, 2010

Singapore - Negara bahagia No.1 Asia (?)

Ini cerita kontroversi mengenai Singapork.

- Kalau kita kata pulau kecik-nonet ni tak ada press freedom, orang dah tahu. Tak kontroversi.
- Jika kamu gunakan tuduhan sebarangan terhadap menteri Kabinet atau orang PAP, ah kau siap! Itu orang dah tahu.
Tak boleh tuduh perdana menteri bunuh orang, lepas tu disuruh keluarkan bukti di mahkamah, lari ke London. Dan hingga hari ini pun tak ada bukti dikeluarkan dalam Internet, walau dah jauh di London tu.
- Jika kita kata di Temasek tidak ada tempat dalam bangunan yang anda boleh menghisap rokok, itu pun orang dah tahu.
- Atau jika anda buang sampah sebarangan, terus kena saman. Lepas tu kena paksa kerja bersihkan sampah selama 1-2minggu.
- Atau tak boleh tidur di bangku di taman-taman.
- Kamu nak demo kat tepi jalan? Lima orang berkumpul dengan niat itu, terus kena cekup, sebab tidak ada permit akan diberikan - bukan untuk pembangkang, bukan juga untuk PAP.
Kat KL dulu, KJ boleh demo pusing KLCC, pekik-pekik nak jumpa Condi Rice konon; tapi bila pembangkang demo, kena pelangkong.

TAPI akan jadi kontroversi besar - termasuk di Singapour sendiri - apabila ada orang kata bahawa pulau ni adalah tempat yang Paling Bahagia di Asia = the Happiest Place in Asia.
Mamat travel writer Dan Buettner (saya tak pernah dengar nama ni. Tapi, kalau RM = bukan Ringgit Malaysia, tapi Rosmah Mansor, saya kenal) baru tulis buku yang menyatakan di seluruh Asia ni, tempat yang paling orang bahagia ialah Singapura.
Bukan Bhutan (di mana dikira Gross National Happiness, bukan Gross Domestic Product), bukan Fiji, bukan pun Kelantan di bawah ulama jadian Nik Aziz Nik Mat.

Kan saya dah kata - isu ini kontroversi. Orang Singapork sendiri pun terkejut al-gorilla (lebih besar dari terkejut al-beruk).
Buettner kata empat tempat paling bahagia di dunia ialah
 - Jutland Peninsula in Denmark,
- Nuevo Leon in Mexico,
- San Luis Obispo in California,
- Temasek Darul Casino.

Akhbar saya hari ini besar-besarkan isu ni. Cerita paling besar Muka 1.

Buku Buettner ialah dalam GAMBAR tu.

Laporan-laporan di sini, sini, sini, sini dan cerita panjang di sini.
Maaf tak boleh beri isi penuh dari akhbar The Straits Times sebab kena bayar nak masuk website kami. Tapi saya tulis di bawah antara sebab yang diberikan penulis travel itu.
Mamat ni ke Temasek dua kali masa tulis buku ini, dan tinggal selama empat minggu.

Walaupun ada pungutan suara/polling yang menyatakan Singapore jauh di bawah dari indeks kebahagiaan, Buettner memberi argument lain.
Bahawa ada banyak indeks lagi yang mengukur kebahagian yang menyokong tempat Singapork.
Dan ini apa yang dinyatakannya kenapa beliau pilih pulau di ketiak Johor antara tempat yang best:

- "In Singapore, you cannot freely buy pornography, it is harder to start a political party, but if you're a woman, you can walk down the street any time of the day and you can be pretty sure no one is going to bother you".

- "In Singapore, people of different ethnicities feel they belong and fit in. Citizens are able to trust their Government and police. Unemployment is low, home ownership is high. The country gives people access to green spaces despite having one of the highest population densities in the world".

- Beliau diberi nasihat oleh sociologist Ruut Veenohoven, editor Journal of Happiness Studies yang menyatakan "The places we imagine as paradises don't measure up when it comes to basic prequisites for happiness, such as decent food, adequate health care, and mobility".
Mobility ni saya tak pasti dia maksudkan transport awam baik. Atau dari segi social mobility - di mana anak orang miskin yang berpelajaran dan rajin kerja boleh jadi kaya, tak kira bangsa dan agama.

- "And there's also tax laws in place that encourages people to stay closer to their ageing parents. That way the elderly are taken care of and happier, and it turns out the way socialization works, we get more satisfaction retroactively socializing with our parents than anybody else."

-  "When it comes to manufactured happiness, I don't know anybody else on the planet who has done a better job than (Lee Kuan Yew) has, and I know there will be lots of people laughing at me right now but all you have to do is to look at the well-being indices and the data will back me up on that".

Buettner gunakan data kebahagian Gallup, World Values Survey dan the Wrold Database on Happiness sebelum jalan-jalan tulis buku.

Cukup ler tu, nanti orang ingat saya promosikan DAP/PAP pulak.

Friday, October 1, 2010

Psst..... Ada kerja kosong? Karenah wartawan

1) Yang depa ni kerja dah bagoi-bagoi dengan CNN apasal serang Yahudi dan omputeh!?
Di sana tanah dipijak, disitu langit dijunjung.
Kan dah kena buang kerja! Baca sini.

2) Saya lihat rakan lama saya berbual tentang freedom of the press pun takut dan gembira pada masa yang sama.
Hata, kalau ko ada problem kat sana, datang sini kerja dengan pemerintah Singapork Darul 'Responsible Media'.

3) Yang ah moi ni pulak abuse media freedom. Takut pula satu hari kena pukul kerana masuk closed-door briefing orang, salahkan penganjur pula. Kan orang dah marah - juga di sini.
Saya pun pernah masuk closed-door briefings, tapi ini bukan cara buat laporan adik oi. Membahayakan diri sendiri tak apa, tapi membahayakan wartawan lain.
Saya pasti lepas ni ah moi akan masuk ke closed-door briefings PAS, PKR dan DAP dan membongkar isu-isu panas. Syabas.
Cerita songsang ni sama seperti wartawan Utusan dulu yang masuk gereja.
Ada masa dan ada cara.
Kamu kena belajar Journalism 101 dari Hata agaknya - Beb, tolong pandu budak-budak ni sikit.

Thursday, July 29, 2010

Orang Melayu Malaysia 'Malas & Manja'

Semasa berucap dalam majlis Anugerah Jauhari Berita Harian (Singapore) malam semalam/Rabu, editor BH Mohd Guntor Sadali memberikan satu ucapan.
Pak Guntor ni orangnya soft spoken.
Tapi apa yang dikatakannya bagaikan tamparan hebat.
Dahlah tu, beliau menampar hero lama saya, Dr M.


BACKGROUND

Orang Malaysia, termasuk Dr M - lebih-lebih kebelakangan ini kerana Melayu sudah berpecah - suka kata:
Jika orang Melayu tak berhati-hati mereka akan hilang kuasa di Malaysia, jadi macam orang Melayu Singapore.
 Cerita kat Utusan pun gitu, dalam blog-blog pro-Umno pun sama.

Baru-baru ini di Kuala Terengganu, Mahathir berkata Melayu Singapork terpaksa "terbongkok-bongkok" dengan bangsa lain kerana tak ada kuasa politik.
Saya hadir di majlis 'Mei 13' itu.
Ini laporan yang saya tulis - alamak, orang kebas tapi tak tulis nama saya. Tak apalah. Asal ilmu dan pengetahuan berkembang luas.



Adoi. Nada kamu di utara tu menghina kami sangat.
Apasal suka sangat attack kaum sendiri di negara lain, yang dah lemah pun?

Cuba jika kami orang Singapork kata:
Orang Malaysia Melayu ni semuanya Malas dan Manja kerana dasar bumiputra.
 Tentu kamu marah!

Jika kami ni lemah sangat kenapa tak bantu orang Melayu Singapork, sama macam Temasek membantu orang Cina Malaysia - dengan menawarkan mereka pekerjaan dan peluang belajar?


Betullah kami tak ada kuasa politik. Minoriti Umat M ni di mana-mana.
Minoriti Muslim di Singapork ni lebih untung dari yang di Thailand, Filipina, Cambodia, Myanmar. Belum lagi saya masukkan minoriti M di Israel, Serbia, Russia.

Saya dah banyak kali cerita tentang Umat M di Temasek yang dijaga oleh undang-undang agar tidak dihina agamanya - di sini dan sini.
OKlah juga tu.
Takkan nak minta pemerintah Singapork beri kamu kontrak bumiputra pulak?


Balik ke cerita Guntor: Sebab selalu kena serang dengan mamat-mamat Malaysia ni, editor BH serang Dr M pula.
Saya tak mahu komen dulu saya setuju ke tidak dengan apa yang dikatakannya. Baca dulu, Datin Ros dan Pak Man Telo.

Antara isi ucapan:

- "Kita (Melayu Temasek) tidak mahu disuap atau terlalu bergantung kepada pemerintah. Dalam erti kata lain, masyarakat kita menolak sikap menopang (crutch mentality)."

- Beliau menegaskan bahawa Melayu Singapura pastinya tidak mahu dilabel sebagai malas dan manja. Lantaran itulah masyarakat Melayu bekerja keras untuk mengumpulkan sendiri dana bagi membina masjid dan madrasah, dan kini boleh berbangga sebagai pemilik bangunan-bangunan tersebut.

 - "Anak-anak kita menghadiri sekolah yang sama dengan kanak-kanak lain dengan tujuan menerima pendidikan menyeluruh dan mencapai keputusan yang baik.
"Memang mencabar, seperti kanak-kanak lain, anak-anak kita tidak ada pilihan lain selain bekerja keras. Inilah realiti kehidupan di Singapura yang kita terima. Pastinya tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan."

- "Meritokrasi ternyata sistem yang baik dan adil. Ia mendorong kita bekerja keras dan berbangga dengan pencapaian kita. Bagi masyarakat Melayu Singapura, kita tidak boleh memandang ke belakang."


- Story ucapan Guntor di sini.
- Story dalam bahasa Inggeris di sini (GAMBAR: Guntor duduk sebelah bos Carrefour).
- Ucapan penuh dalam bahasa Inggeris (dimainkan satu page besar dalam akhbar saya, The Straits Times, hari ini/Khamis) di sini.

Wednesday, July 28, 2010

Anak Melayu Temasek, boss Carrefour

Saya tak kenal mamat Melayu Singapore ni.
Tapi apabila membaca ceritanya, saya tumpang bangga.
Beliau start dari bawah.
Tak ada dasar khas menolong beliau. Bukan anak menteri atau anak datuk.

Bukan mudah mamat Melayu kat Singapore boleh naik pangkat melambung. Dalam syarikat Perancis lagi.
Kini Shafie Shamsudin ni bukan saja CEO untuk Carrefour di Singapore (dua hypermart), tapi juga untuk Malaysia (lapan) dan Indonesia (82 hypermart dan supermart!).


Yang buat saya jealous ialah beliau baru saja 40 tahun.
Yang aku dah 50 tahun - lagi sikit 51 - masih kuli kat bawah. Takpelah, rezeki masing-masing, Kak Piah, Atok Man.
Kat sini ada GAMBAR beliau semasa Shafie Apdal merasmikan sebuah hypermart di Malaysia (paling kiri). Di sini, dengan PM Najib dan Shahrir Samad.

Mamat Melayu Singapore ni, kini dapat hadiah Berita Harian (Singapore) - anugerah tahunan Achiever of the Year. Di sini dan sini.

- The Star pun pernah menulis cerita beliau. Star tulis beliau ada rumah di KL - Alamak, jangan-jangan Mat Malaysia tak?
- Atau Mat Singapore belot jadi setengah Mat Malaysia macam saya?
- Atau mungkin juga, seperti ada 4-5 orang Melayu yang saya kenal - kelahiran Malaysia, lepas tu jadi warga Sinkapour? Kamu ingat Cina dan India Malaysia saja yang lari jadi warga Singapork ke?


Braders dan bradees,
Lihat cerita ini - last paragraph.
Di bawah tu ada senarai nama-nama orang Melayu Singapork yang pernah menang hadiah BH ni. Saya pernah dengar nama mereka semua ini, walaupun tak kenal mereka langsung.
Mereka terkenal sakan di Singapore, bukan sebab mereka Melayu tapi sebab mereka orang yang berjaya. Orang bangsa lain kat Temasek pun kenal nama mereka.

Kamu Google nama-nama mereka, pasti ada cerita dan gambar mereka.
Untuk ramai daripada mereka ini, orang Melayu Singapore tahu cerita mereka. Jadi kebanggaan dan contoh kami.

Past years' winners of the Berita Harian Achiever of the Year award include:
- Prof Aziz Nather, director at the Tissue Bank and consultant with the Department of Orthopedic Surgery at NUS;
- Halimah Yacob, Assistant Secretary General of National Trades Union Congress and an MP; makcik sebaya saya ni pakai tudung lagi.
- master potter Iskandar Jalil;
- veteran composer Iskandar Mirza Ismail;
- Ashley Isham, young fashion designer.



List ni tak termasuk yang lain.
Saya pernah tulis panjang lebar apabila ada orang kata Melayu Singapork tertindas.


- anak Melayu kini jadi MD di bank besar Swiss, UBS.
- seorang executive director UBS Investment Bank pun ialah anak Melayu.

- ada MP Melayu kini, dulu CEO SingTel international.
(yang tiga di atas ni saya kenal).
- CEO Cathay Organisation.
- seorang lagi MP Melayu kini MD syarikat MNC amerika.
- anak Melayu Singapore pernah jadi bos Apple di Singapore 10(?) tahun dulu. Kini bekerja di Malaysia.
- Pernah ada Umat M jadi GM di DHL Singapore.

Nasib baik "Melayu kena tindas" di Singapork, kalau tidak semua kami dah conquer semua agaknya....


Walau bagaimanapun, berbohonglah saya jika saya tidak katakan juga bahawa masih ramai orang Melayu Singapore ni yang:
- miskin dan kedana.
- makan tak cukup.
- pelajaran tak pandai.
- pekerjaan sungguh rendah dan dihina orang.

Tapi kami kena cubalah, secara sendiri.
Apa nak buat, nak minta orang kat sebelah situ dan sana, mereka pun sedang sibuk berkelahi sesama sendiri....
Nasib-nasib.


Cerita dulu dan lucu.

--------------------------------------------
YOU'RE MALAY AH? IMPOSSIBLE!

TERINGAT saya cerita 1992 dulu.
Apabila saya baru jadi financial correspondent untuk agensi berita glam Amerika Syarikat, *AP-Dow Jones News Service.
(*gabungan Associated Press dan Dow Jones. AP ialah agensi berita Amerika yang terbesar. Dow Jones pula syarikat yang memiliki akhbar Wall Street Journal dan juga pemilik indeks saham Dow Jones di New York.
(Kini AP dan bercerai dengan DJ, yang kini dikenali dengan nama Dow Jones Newswires).

Masa tu ada hanya dua wartawan APDJ ni. Seorang rakan pompuan Cina dan saya.

Bos saya mat salleh Amerika yang duduk di KL (pejabat di Wisma Bernama. Depa seorang saja).
Editing story saya oleh bos-bos di Tokyo.
Lepas jam 5petang di Singapore, Tokyo dah malam, jadi editing semua berpindah ke New York.
Kini Dow Jones Newswires ada lebih kurang 30 wartawan di Singapork saja! Di KL, mereka kini ada 4 atau 5 wartawan di Menara Dion.

Sebab baru masuk tahun 1992 tu, tak ramai contact, susah nak buat laporan tentang pasaran saham, Simex futures, oil market, foreign exchange, economy, companies earnings.
Saya pun redah - cold call 100 bank, broker, fund manager, futures houses. Dalam tahun pertama, agaknya saya telefon 200-300 orang - kalau tak dapat satu orang dalam syarikat tu, saya try yang lain!
Nak cari contact.
Masa tulah saya tertelefon orang yang jadi rakan baik saya - "Pakcik Melayu" yang baru terserempak minggu lalu. Masa tu beliau manager di sebuah bank Australia di Raffles Place. Nasib baik ada orang seperti beliau dulu, jika tidak songsang saya tentang "pasaran" ni.

Masa tu belum ada internet, nak cara nombor mereka kena beli buku direktori dan nak ilmu apa-apa pun, kena beli buku kewangan atau tanya orang.
Ini antara yang saya pening dulu tak paham:
i) - apabila "tankan report" keluar saja, kadang hancur pasaran saham Jepun, matawang yen dan bond Jepun (samurai bonds).
Sekarang zaman internet, saya Google saja dah tahu apa itu tankan report. Used as a measure of business sentiment in Japan.
ii) - lepas tu, pasaran saham, futures, bond, matawang US dollar pula takut dengan "crab index". Apa benda omputeh Amerika takut nah dengan ketam! Terbalik saham dan bond mereka jika crab index ni keluar.
Sekarang senang nak tahu - rupa-rupanya CRB Index (Commodities Research Bureau). Used as a measure of inflation in the US.
Manalah aku tahu! Hahaha.
Sampai hari ini, saya gelak malam bila nak tidor teringat tankan report dan crab index ni.

Antara yang pertama saya nelpon (telefon cakap Jawa) ialah Nikko Futures. Selepas memperkenalkan diri....
Futures trader Cina Singapore: What's your name?
Saya: Reme Ahmad, sir, reporter with AP-Dow Jones.
Trader: You're Malay ah? Impossible!
Saya: Eh why?
Beliau: Oh nothinglah.

Mamat ni, sebaya saya, namanya Cheang, lepas tu jadi rakan karib saya dan banyak mengajar saya tentang pasaran futures di Simex (Singapore International Monetary Exchange) dan juga tentang ekonomi Jepun.
Bosnya, warga Jepun - Mr Kan - lagi baik. Orang tua ni lepas saya nelpon beliau dua kali, dan nampak sah tak faham pasaran, beritahu saya - "Since you are new to the market, come and have lunch with me and we shall talk. I will pay."
Mampoi kena belajar makan ikan mentah, pakai sepit kayu. Para trader Jepun ni tak makan benda lain - sushi dan sashimi.
Depa togok sake, saya togok green tea. Makin dia mabuk, makin banyak ceritanya!
Orang tua ni jadi semacam ayah angkat saya. Walhal, saya Melayu bongok 32tahun, beliau bos (MD atau GM) Nikko Futures, mungkin 50tahun. Dan bos salah satu dari 'Big Four Japanese trading houses' masa tu - Nomura, Daiwa, Nikko, Yamaichi. Depa luangkan masa nak ajar saya sebab lihat mamat ni masih kekok dengan pasaran.
Sekarang ni baru saya terfikir kenapa Mr Kan ni sanggup bantu saya. Namanya tu Mr Kan sebab beliau ialah bangsa Korea, warga Jepun. Tak ramai orang bangsa Korea yang jadi warga Jepun.
Macam Jawa American. Tak ramai beb.
Mungkin depa tahu apa perasaan minoriti, lalu bantu saya. Tak tahulah. Mungkin.
Apabila saya nak pindah ke KL dengan syarikat Reuters, saya telefon semua rakan termasuk Mr Kan, nak cakap bye-bye. Beberapa tahun lepas tu saya nelpon lagi ke Singapore dari KL, Cheang kata bosnya dah balik Jepun.

Di Simex tu didagangkan Nikkei futures, Eurodollar futures, Euroyen futures, FuelOil futures, HangSeng futures. Di sinilah duduknya Nick Leeson dari Baring Futures yang melingkupkan Barings Bank.
Sampai sekarang saya simpan card warna putih Nick Leeson ni! (Jumpa sekali saja di trading floor Simex. Pernah nelpon beberapa kali minta komen tentang pasaran. Rupa-rupanya perampok besar!)

Sekarang Simex dah digabungkan dengan Singapore Stock Exchange, menjadi SGX (Singapore Exchange) - click link tu. Wooi, kini dah ada trading dalam JGB (Japanese Government Bond) futures, China stock futures, Taiwan index futures, Singapore interest rate futures.

(JANGAN MARAH saya masuk bab cerita personal. Biar anak-anak baca satu hari nanti, bila bapak mereka dah 'game'. Kadang-kadang mereka ni ingat kita chop duit. Mereka tak tahu cerita bapak susah payah cari ilmu, nak dapatkan wang, nak belikan mereka latest toys dan kehidupan selesa. Tidak papa dan lapar selalu macam saya di sekolah, sering tak cukup duit.
(Lagipun saya sedang syiok baca semula cerita bekas wartawan akhbar saya yang dulu buat liputan di KL sebelum zaman saya - Ismail Kassim. Bukunya 'A Reporter's Memoirs - No Hard Feelings', ada macam-macam cerita beliau membesar di Temasek, Singapore masuk Malaysia, ditendang keluar, jadi wartawan di Singapore, lepas tu jadi Regional Correspondent di Malaysia dan Indonesia. Kini Ismail ni dah 65-70 tahun agaknya. Segan baca cerita beliau sebab beliau juga pernah berjasa jadi trade unionist, sec-gen Singapore National Union of Journalists. Hingga jadi presiden Confederation of Asean Journalists. Hari ini, kedua-dua pertubuhan tu dah sonyap habis).

Tuesday, June 29, 2010

Anwar minta maaf dengan Yahud

Bagus si Anwar Ibrahim.
Tentu ada lebih baiknya anda meminta maaf kerana berkasar dengan Yahud daripada meminta maaf dengan sesama Melayu-Islam di negara sendiri.

Beliau baru pulang dari Washington -- rupa-rupanya nak jumpa rakan Yahud meminta maaf kerana 'garang' sangat dalam isu Apco dan demo anti-Israel.

Menurut columnist akhbar utama di ibunegara Amerika, The Washington Post:
He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful." 

Begitulah hero Islam yang dinantikan.
Betullah reputation Anwar bercakap dua lidah - di depan satu kelompok beliau kata lain, di depan kumpulan lagi satu lagu lain dimainkannya.
Nasib baik ada akhbar asing dedahkan, baca di sini.

Wednesday, May 12, 2010

Akhbar di Singapore gunakan gambar 3D!

A first for a Southeast Asian newspaper (and must be one of the first in Asia also).
Saya tak pernah dengar akhbar lain gunakan teknologi ini, tapi mesti dah ada.
Ceritanya begini:

Filem 3D atau tiga-dimensi mula jadi popular dengan Avatar.
Ini diikuti dengan Alice In Wonderland.
Lepas tu ramai pembuat filem dan syarikat pembikin TV pun kata - kami akan mula gunakan teknologi ini di masa terdekat.
Orang buat sofwe komputer pun sedang sibuk nak reka 3D ni.




Kini akhbar saya pun mengikut jejak itu.

The Straits Times hari ini/Rabu, buat pertama kalinya, menerbitkan gambar-gambar dalam bentuk 3D untuk tatapan pembaca.
Bukan semua gambar dalam akhbar hari ini dalam 3D, tetapi banyak juga.
Saya dapat lihat gambar bakal presiden Filipina, Noynoy Aquino dalam 3D, dan juga lukisan sebuah kapal besar.
Dan yang paling cantik ada satu mukasurat besar gambar-gambar burung warna warni dalam 3D.

Art Department kata, nak '3D-kan' gambar ni kena extra work. Mereka kena sedut makhluk atau benda yang nak di tiga dimensikan agar 'terkeluar' daripada gambar latar belakang lain. Tak tahulah macam mana mereka buat.
Lain kali saya nak singgah Art Department, nak ngendap.


Dan bukan itu saja, beberapa pengiklan pun letak advertisement mereka dalam 3D.
Syiok juga lihat kereta Land Rover dan Peugeot, Samsung TV dan iklan Stanchart Bank dalam 3D.

Cuma yang leceh kena pakai cermin mata sebelah merah, sebelah biru. Lihat GAMBAR.
Kalau tidak, nampak gambar tu biasa saja.
Cermin mata plastik dilekatkan dalam akhbar hari ini.

Samalah dulu saya nonton Avatar, dua kali you.
Yang pertama gambar biasa.
Kali kedua kena pakai cermin mata besar, ala Elton John, nonton planet Pandora dan lihat ikran dan toruk terbang-terbang dalam 3D.
Pedih mata lepas dua jam. Selepas habis wayang, cermin mata plastik ni kena kasi balik.

Dalam gambar di atas tu, jika pakai cermin mata khas tersebut, anda akan nampak Aquino dan dua wanita disebelahnya (si baju putih dan baju merah) dalam tiga dimensi. Yang lain di belakang, macam biasa.


Saya rasa akhbar saya akan terus lakukan projek 3D kot. Tapi kena ikut citarasa pengiklan. Kalau mereka sanggup bayar lebih, why not?!
Asal iklan 3D tak pakai duit rakyat OKlah tu, beb....

Monday, May 10, 2010

Iklan New York Times - rakyat yang bayar?

Saya tulis tentang ad dua muka surat besar dalam akhbar terkemuka New York Times di sini, semasa lawatan PM Najib dan isteri ke Amerika.
Saya ingatkan yang membayarnya ialah rakan dan family Datin Seri Rosmah.
Tapi cerita ni kata lain - The Nut Graph.

Betul ke, pembayar cukai yang bayar iklan ini? Mahal beb.

Tuesday, May 4, 2010

Eeks, Singapore kebas doktor muda UKM

Dengan gaji yang berganda, tentunya ramai akan 'lompat' apabila ditawarkan bekerja di Singapore.
Itulah yang terjadi dengan graduan doktor UKM, di sini.

Lebih daripada gaji, mereka juga tentunya memikirnya exposure dan pengalaman yang akan diperolehi.
Baguslah. Walaupun nampaknya rugi Malaysia, sebab mereka dikhuatiri tak kembali dalam 5-10tahun ini.


Cuma saya hanya mahu mengingatkan siapa juga, sebab dah terkena sendiri - apabila dapat tawaran bekerja di luar negara mesti periksa dengan rapi hidden costs menetap di negara lain.
Apabila saya diberi tawaran ke Malaysia tahun 1994 dulu - ooi, gaji melonjak dan bekerja di negara yang matawangnya rendah. Masa tu S$1 = RM1.8 (Kini S$1 = RM2.3).
Tapi apabila kena hidden costs, nak pingsan juga.




1) Saya terpaksa membeli dua kereta (kat Singapore saya tak ada lesen kereta, sebab bus-MRT-teksi semua efficient dan negeri pun kecik). Kami sibuk kena ambil lesen kereta dulu.
Maknanya, anda yang nak bekerja di Singapore atau London atau Zimbabwe pun, kena tanya ongkos pengangkutan.
Di Dubai misalnya, kalau tak ada kereta tak boleh hidup. Di Hong Kong, no problem.
Di Qatar bagaimana?
Dan harga kereta pun kena nak tahu, tinggi atau rendah.

2) Kalau masih bujang, atau anak kecil, no problem.
Untuk yang ada anak besar, terpaksa membayar duit persekolahan anak-anak yang tinggi (kat Singapore, dibiayai pemerintah sebagai anak watan).
Dan kena atur budak-budak ni nak naik bas sekolah atau dihantar sendiri. Sebab tu kena beli dua kereta - lebih mudah, cepat dan selamat ibu mereka hantar anak-anak pergi dan balik.


3) Kos terbang pulang ke tanah air. Sama ada bujang atau dah beristeri, kena tanya majikan: Saya nak terbang pulang dua kali setahun, boleh company bayar? Kalau minta lima kali setahun, gerenti tak dapat oi.
Boleh bayar ongkos pesawat untuk isteri/anak-anak?
Mahal saya kena bayar dulu - masa tu belum ada AirAsia, Jetstar, Firefly, Tiger.
Banyak kali saya naik turun Singapore naik bas saja. Terlalu mahal nak terbang.
Tapi kalau kamu kerja di Dublin atau Paris, mana ada bas Mara ke KL?
Kalau gaji cukup-cukup aje, lepas tu ibu sakit tenat, macam mana?

4) Harga sewa rumah di negara baru.
Kamu ingat syiok datang Singapore gaji berganda?
Boleh 'mati karlak' kamu. Orang Jawa panggil sang lipas tu karlak. Kalau dah kena spray, karlak tu mati terbujur.
Saya tak akan bincang sewa harga kondo atau rumah terrace di Temasek, sebab terlalu mahal.
Yang ini harga sewa flat HDB. Lebih kurang 85 peratus rakyat Singapore, termasuk remgold, menetap di flat-flat yang dibina pemerintah ni.
Ini purata harga sewa di Singapore: sebuah BILIK TANPA TOILET S$300 (RM700).
Itupun flat HDB yang *jauh dari bandar (12-15 stesen MRT dari pusat bandar di Orchard-Raffles Place).
Kalau yang **dekat dengan bandar (iaitu 5-7 stesen MRT daripada pusat bandar): S$400-$500.

Jika perlukan bilik yang ada toilet (master bedroom): S$500.
Atau yang dah dekat bandar: $800 (RM1,840).

[*Misalnya di Yishun atau Woodlands. **Misalnya Queenstown atau Toa Payoh].

Jika nak sewa satu rumah sekali sebab ada isteri, anak-anak dan ibu?
Sewa rumah dua bilik tidur dan dua toilet, jauh dari bandar: S$1,500 (RM3,450).
Sewa rumah dua bilik tidur, dua toilet, dekat bandar: paling kurang S$2,200.

5) Harga makanan: Saya dulu semasa bekerja di KL, dalam setahun hanya dua-tiga kali turun ke Singapore. Menetap di hotel murah-murah.
Nak tumpang rumah adik-beradik tak selesa sebab kami datang 3malam hingga seminggu, nak berhari raya atau ada kenduri kawin.
Setiap kali ke Singapore, kami bawa bekal nasi, ikan bilis tumis, Maggi dan roti berbantal-bantal nak save duit! Sebab masa tu gaji saya dalam Ringgit dan masuk negara Singdollar.

Kalau berbuka atau bersahur dalam bilik hotel, makan lauk semalam dan roti kelmarin. OK what!

Jadi jangan terkejut bila nak makan-minum di negara orang.
Harga kopi secawan di Tokyo atau London boleh kena heart attack kita, baik bawa kopi cap kapal dari KL. Jangan pula kamu order Irish coffee. Heehee, nanti mabuk.

6) Yang paling penting: periksa dulu CUKAI pendapatan.
Di Singapore, cukainya agak rendah.
Di Malaysia, dengan gaji yang sama, ianya amat tinggi.
Di Amerika, menurut rakan, lebih tinggi lagi.

Jangan asyik syiok gaji aku sekarang dah RM10,000 sebulan, tapi terlupa nak kira berapa harga cukai.
Ini cerita rakan-rakan di Al Jazeera KL. Pejabat mereka di Petronas Twin Towers. Ramai mat salleh dari pelbagai pelusuk dunia dapat contract di situ. Melonjak sebab gaji tinggi.
Gaji wartawan kanan/producer paling kurang pun RM15,000. Itu untuk orang tempatan, yang mat salleh berpengalaman boleh dapat RM30,000-RM40,000 sebulan.
Tapi apabila kena bayar cukai, semua melalak.
Mereka kena bayar tahap cukai tertinggi - 25-27 peratus. Setiap seringgit gaji kamu, 25-27 sen kena bagi balik.


SELAMAT DATANG KE TEMASEK

Untuk doktor-doktor muda ini, OKlah. Cukai di Singapore lebih rendah dari di Malaysia.
Tapi jika kena hidden costs yang lain, jangan terkejut.
Yang baiknya orang berkelana ni, mereka akan dapat worldview yang berbeza apabila pulang ke tanah air kelak.
Sama seperti saya juga. Walaupun hanya bekerja di negara jiran Malaysia, macam-macam benda kita nampak sendiri.
Ada yang kita puji dan keji berbanding negara sendiri.
Misalnya, Malaysia ada demokrasi, Singapore ada demo-keras-i. Orang politik Malaysia suka bermain politik, orang politik Singapore kena tunjuk bukti dan good governance. Akhbar Malaysia bebas, akhbar Singapore masih di tahap Zimbabwe. Malaysia minum air sungai, Singapore minum air jamban. Malaysia ada Mydin, Singapore ada Mustafa's.


Kita ambil yang baik. campak yang tak baik.
"Buang yang keruh, ambil yang jerneh. 
"Baru teguh, peribadi."


Itulah pengalaman hidup yang tak boleh dibeli di mana pun.
Jadi saya mengalu-alukan sesiapa pun yang sedia meninggalkan kampung halaman nak bekerja di luar negara.
Selamat datang ke Singapore, para doktor.
Akhir kalam, sesiapa pun kamu di Malaysia, jika nak ke Singapore dan perlu bantuan, boleh email saya. Seperti saya ke KL dulu dibantu ramai orang.

Wednesday, April 21, 2010

Ad Datin Seri Rosmah dalam New York Times

Diterima via Twitter.
Saya menulis tentang isu ini sedikit di sini (di topik 'TAMBAHAN') - bahawa isteri PM Najib menulis sesuatu di NYT.
Saya silap, cuma big ad. Dua muka surat.
Iklan untuk "First Lady of Malaysia" dibayar oleh "family and friends in USA and Malaysia".

(Ini yang saya terima. Cuma takut kalau ditokoktambah. Maklumlah zaman photoediting ni)

Monday, April 5, 2010

Ceramah PM Najib di bangunan bersejarah Singapura

Semasa saya budak-budak lagi dan tinggal di kampung, apabila dibawa ke tengah bandar, rasanya glam langsung.
Agaknya dua atau tiga kali saja saya dibawa oleh arwah bapa dan ibu saya ke tengah bandar Singapore - di tepi laut dekat dengan Esplanade. Maklumlah orang miskin - nak ke bandar bukan murah.
Glamour, brader, dapat tengok laut dekat Collyer Quay. Dulu di situ belum ada patung Merlion. Walhal kampung saya pun tepi laut juga, di West Coast Road.

Di situ ada dua bangunan zaman British yang besar dan megah.
Salah satu daripadanya ialah bangunan Supreme Court - gambar bangunan zaman British itu di sini.
Bangunan lagi satu dekatnya ialah apa yang orang Singapore semua panggil GPO. General Post Office. Pejabat pos besar. Ia betul-betul di tepi Singapore River dan mengadap laut.
Dan ianya terletak di sebelah apa yang akan muncul sebagai Raffles Place - pusat kewangan Republik itu. Singapore's financial centre.



GAMBAR ATAS - Bangunan paling kanan ialah GPO. Gambar lama ini menunjukkan pada masa itu belum banyak bangunan tinggi di Raffles Place. Inilah pemandangan yang saya masa ingat tentang kawasan itu semasa saya kecik dulu. Bangunan tepi laut yang berbumbung hijau itu (kalau ingatan saya betul) ialah tempat naik boat ke Indonesia (dan Malaysia?).



Lepas tu, kira-kira 15 tahun lalu, apabila saya bekerja di Raffles Place sebagai wartawan agensi berita kewangan, GPO tu dah ditukar menjadi Pejabat Cukai. Nak bayar income tax semua kena ke situ. Dan banyak pejabat pemerintah yang lain.

Tetapi semasa saya (ahem) berjuang di Malaysia, iaitu dalam tahun 1990an, bangunan megah itu dijual kepada developer dan ditukar menjadi hotel serba glam.
Berbintang lima.
Namanya ialah The Fullerton Hotel.


GAMBAR ATAS - Dah banyak bangunan tinggi di sekeliling bangunan lama ini. Ia siap dibina pada 1919 -- 91 tahun lalu. Kini dah jadi The Fullerton Hotel, tempat permainan orang kaya lebih-lebih lagi kerana ia bersebelahan pusat kewangan yang besar di Raffles Place.


Di dalam bangunan bersejarah inilah PM Najib Razak dijemput makan malam dan memberi 'ceramah'.
Beliau dijemput oleh Foreign Correspondents Association of Singapore, FCA.

Singapore ialah pusat kewangan terbesar di Tenggara Asia, jadi ramai wartawan asing duduk di sini yang membuat liputan berita di negara-negara jiran.
Atau pusat mereka untuk Tenggara Asia/Southeast Asia terletak di Temasek.

- Misalnya, meja menyunting berita (editing desks) dan bos-bos agensi berita kewangan Bloomberg, ThomsonReuters dan Dow Jones Newswires berpusat di Temasek.

- Begitu juga pejabat rantau agensi berita minyak dan komoditi terbesar di dunia seperti Platt's, Argus Media, ICIS News. Tak pernah dengar?
Kalau kamu businessmen, pedagang/trader atau banker dalam sektor minyak, getah, sawit, coal, gas dan petrokimia kena ikut berita-berita mereka ini. Kalau tidak, hancur.

- Agensi berita hutang-piutang antarabangsa (debt/bond markets) DebtWire dan IFR. Tak pernah dengar? Baguslah. Kalau hutang kamu hanya setakat US$1-2 juta, mereka tak main. Ini untuk syarikat dan pemerintah yang pinjam meminjam ratusan juta.

- Majalah berita kewangan BusinessWeek dan Forbes.

- Dan wartawan akhbar-akhbar besar seperti Financial Times (UK) dan akhbar besar German, Der Spiegel. Dan banyak akhbar besar Jepun, seperti Nikkei.

- CNN berpusat di Singapore tapi cover berita di Malaysia dan Indonesia.

- CNBC mempunyai pejabat penyiaran besar di sini.
(Hanya Al Jazeera yang memilih Malaysia sebagai pusatnya bagi Asia Tenggara).

Ini bukan nak menunjuk-nunjuk Singapore ni terror ke mana, cuma nak jelaskan mengapa PM Najib datang ke sini nak berbual dengan FCA ni.
Dengan sekaligus, beliau boleh jelaskan kepada semua wartawan serantau apa yang dalam sanubarinya.
Dan kamu juga boleh faham kenapa Anwar Ibrahim, dan ketua politik banyak negara lain (termasuk dari Thailand dan Indonesia) suka main-main kat Singapore.
Kerana Temasek juga pusat kewangan antarabangsa, ini juga satu sebab utama kenapa ramai orang kaya dari Asia dan politikus main kat sini - mudah keluar-masuk duit dari mana pun.

---------------------------------------------
BUKAN agensi/akhbar berita antarabangsa ni tak kondemn Singapore kerana menyekat media dan nampak seperti cepat sangat nak saman.
Mereka serang habis-habisan pun (juga di sini dan di sini).
Tapi mereka juga tahu: kau jangan main tuduh-tuduh sebarangan - ini bukan politik Filipina, India atau Malaysia, beb.
Dan mereka juga tahu, jika tak ada presence di pusat kewangan terbesar di Asia selepas Tokyo, syarikat mereka susah nak cari makan.

---------------------------------------------

Apapun, saya juga akan hadir di majlis makan malam PM Najib ini.
Tapi sibuk kena buat laporan. Tak tahu sempat update blog ke tidak malam karang. Sebab kalau start 8malam, tentunya tamat kelak jam 11malam. Nak kena tulis lagi.


Monday, March 29, 2010

Kerajaan tak Google sebelum memilih Apco?

Apabila nak memilih strategist untuk merapatkan negara dengan Amerika, kenalah pilih yang ada clout dan power.
Tapi kena jaga, jangan pula yang sokong fahaman zionist.
Takkan tak ada yang Google 'Apco' dan tanya dengan rapi apa yang dibuatnya? Tak minta CV lengkap?
Dan sama ada dia rapat dengan agen-agen zionist?

Itulah yang kini nak dibawa ke Parlimen Malaysia oleh pembangkang esok/Selasa.
Betul ke tidak apa yang dituduh di sini, saya tak tahu.
Tapi ini benda serious 'bang.
Jika apa yang dituduh oleh Tian Chua setengah pun dah betul, susah.

Saya kata Yahudi pandai, kita bodoh, ramai yang marah. Tapi yang si zionist ni jahat giler.
Dia kata dia kena bunuh berjuta-juta dalam Perang Dunia Kedua, Holocaust, tapi kini membunuh Palestin secara Holocaust juga.
Sejarah umat Islam dan Yahudi ni selalu bertembung. Sedih.


TAMBAHAN 11MLM

Untuk berlaku adil, di sini kenyataan Apco minggu lalu menolak dakwaan pembangkang (terima kasih The Unspinners).

Thursday, March 25, 2010

Psst! Nak software percuma dan berguna?

Dah lama tak masuk bab Internet-software-internet.
Kita jengok kejap dunia siber ni.

1) Ramai orang tentu suka melayari Youtube nak lihat trailer wayang, dengar lagu dan tengok aksi orang politik dan keluarga mereka (cerita 'Rosmah puaka' dulu popular benar! Maaf Datin Seri, saya cuma tulis apa yang semua orang suka buat. Saya tak nonton pun. Errrr, sekali saja adalah....).
Atau mungkin nak lihat Shah Rukh Khan joget, mendengar ceramah agama dan sebagainya.
Kadang-kadang kita syiok benar dengan sebuah lagu atau nasyid. Atau ceramah politik.

Kita nak download ke iPod (atau untuk saya, ke Walkman W Series untuk buat jogging), atau ke PC kita.
Tapi bagaimana nak tukar video dalam Youtube ke format MP3?
Atau bagaimana nak download video itu semua sekali masuk dalam laptop agar kita dapat bawa ke sekolah/kampung tunjuk kawan/keluarga?


2) Kira-kira dua tahun lalu, komputer saya kena malware. Ia bukan virus yang merosakkan system files atau trojan yang mencuri maklumat.
Malware yang saya kena, dah lupa nama, setiap sejam gitu akan flash advertisement nak jual itu dan ini. Kita lagi syiok tulis email atau main game, dia flash advertisement. Kurang ajar betul.
Menggelacat saya kena Google cari 'ubat' nak bunuh malware ini. Berjam-jam dan macam-macam saya cuba, akhirnya dapat bunuh juga.
Nak format semula satu komputer, payah sangat.

Tapi mana kita nak cari 'ubat'?
Who do you call? Ghostbusters?

Atau mungkin kita nak update virus protection, tapi nak yang percuma.
Semua kita nak free sajalah. Biasalah tu.
Mana nak cari? Takut salah download kena attack pulak laptop atau PC kita.


3) Saya nak tanya: Siapa yang menggunakan browser Internet Explorer (IE), angkat tangan!
Kahkahkah, buang masa oi!
Sejak 5tahun lalu, saya gunakan Firefox dan Opera. Saya hanya menggunaka IE di tempat kerja kerana security system tak membenarkan kita gunakan browser lain.
Anda juga mungkin nak cuba Chrome (by Google) atau Safari (by Apple).
Firefox lebih pantas nak upload dan download, dan lebih mudah digunakan dari IE.
Dan kini, jeng jeng jeng, Opera Version 10.5 baru saya download semalam.
Mak oi! Lebih pantas dari Firefox.
Saya kini dah mula gunakan.

GAMBAR ATAS: Logo Firefox. Musang peluk dunia.
GAMBAR BAWAH: Logo Opera. Berbentuk donut warna merah.


4) Atau kita nak cari game atau utility software yang lain. Di mana tempat yang paling selamat kita nak cari?
Percuma dan tak ada virus dan malware yang akan didownload bersama?


5) Atau kita fed up dengan Media Player kat laptop kita. Apa nak buat?
Saya memang agak anti dengan si Microsoft ni. Saya tak gunakan IE dan saya juga, sebolehnya, tak gunakan Windows Media Player.

Saya berminat dengan Real Player.
Dulu saya gemar dengan WinAmp.
Atau mungkin anda nak cuba iTunes dari Apple.
  Sebab saya kurang penggunaan produk Microsoft?
Saya tak mahu hanya satu saja syarikat software control dunia. Nanti dia naikkan harga, mampoi kita semua.
Macam dulu apabila hanya Microsoft dan operating system Windows.
Dia letak harga tinggi pun kita terpaksa bayar.
Kini dia kena lawan dengan Linux dan Apple's Snow Leopard.

Kita tak perlu lagi pakai Microsoft Office.
Dalam GMail ada 'Documents' (lihat atas sekali, sebelah kiri). Buka tu, dan ada Word, Spreadsheet, Presentation. Semuanya percuma!
Dah habis buat, kita save, kat mana ada Internet, kita boleh buka dokumen kita! Data disimpan di cloud computing, yang pernah saya cerita di sini.


Saya dah lama tak pakai Microsoft Word, biar harganya jatuh oi.
Anda juga boleh download secara percuma, OpenOffice.org - Word, Spreadsheet, Presentation semua ada.




BAHAYA MONOPOLI

Nak tambah sikit.
Dulu, hanya ada MAS dan SIA terbang antara KL-Singapore. Harganya RM400 one-way.
Sekarang dah ada AirAsia, Firefly, Jetstar dan Tiger, RM150 boleh dapat. Kadang-kadang lebih murah lagi.
Jadi kalau boleh, mari kita s l o w sikit gunakan produk Microsoft ni.
Sebab itu saya juga tak beli iPod ni. Sebabnya? Laporan menyatakan 70-80 peratus market MP3 dicontrol oleh iPod buatan Apple ni. Eh, bahaya tu!
Nanti tinggal dia sorang saja, mampoi kita semua, dia pasti naikkan harga.
Belilah MP3 buatan Sony, Creative (syarikat Singapore), Samsung dan yang lain.

Si Google ni pun sekarang dah jadi gergasi bahaya.
Dia miliki Google search, Blogger/Blogspot, GMail, Facebook, Youtube, Google Earth, Chrome dan kini ada software telefon bimbit Android.
Sebab tu kita, walaupun hanya orang biasa, kena jaga-jaga.
Sebuah monopoli tu apabila dah besar sangat, bahaya 'bang.

Jika berjuta-juta orang macam kita di seluruh dunia tak gunakan produk mereka, kerana ada produk alternatif, mereka baru nak dengar 'suara rakyat' ini. Mereka lebih prihatin kepada kita.
Samalah macam orang politik.
Dah ramai pembangkang dalam Parlimen, baru si Umno-BN ni ada slogan "Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan". Kalau dulu, 'Aku di Dahulukan, Pencapaian jadi jutawan di Utamakan'

OKlah, banyak sangat si remgold ni bawa cerita.
Nak tahu macam mana nak cari software bagus, percuma dan selamat (tak ada virus, trojan, malware).

Tuan,puan, Mak Datin, Tok Batin,
Memperkenalkan (kalau belum kenal):
download.com.


Dah bertahun saya gunakannya untuk mendapatkan software percuma.
Kita boleh lihat software yang paling popular, jadi boleh tahu yang nak didownload tu bagus ke tidak.
Ada review oleh pemilik website ini, CNET, sebuah syarikat teknologi gergasi.
Nak cuba software, lepas tu beli pun boleh.

Jadi jawapan-jawapan untuk soalan saya di atas:

1) Nak download video Youtube ke MP3 kita di komputer dan lepas tu upload ke iPod.
Ada software 'Free Youtube to MP3 Converter'.
Kalau nak download video Youtube ke komputer pun ada dalam software ni. Mudah nak digunakan.
Saya download lagu Hindustan sekarang ni. Hahaha.

2) Taip 'anti virus'.
Ada macam-macam software disenaraikan.
Ada yang boleh digunakan untuk dua minggu atau sebulan, lepas tu kena beli.

3) Untuk browser, taip lah apa yang saya dah tulis tu. Lepas tu cuba sendiri.

4) Taip 'free games' atau 'pc games'.

5) Taip 'media player' atau 'free media player'.

Selamat melayari dunia siber.

Wednesday, March 24, 2010

Imuniti Parlimen dipermainkan; saya nak muntah

Di Parlimen Singapore satu zaman dulu (saya di bangku sekolah), seorang Ahli Parlimen Melayu membawa isu yang menggemparkan dan melucukan satu negara.
Beliau (yang dah arwah) berkata bahawa ramai orang heboh ketakutan, yang dimaksudkan orang Melayu Singapore, kerana ada berita bahawa bagi setiap jambatan yang sedang dibina, kepala dua-tiga manusia mesti ditanam di situ - lebih kurang begitulah ceritanya.
Masa tu Temasek sedang membangun pesat, tahun 1970an. Heboh Dewan, kerana MP lain semua tertawa besar.
Tapi isu itu perlu dibawa ke Parlimen kerana ia melibatkan keselesaan masyarakat.
Dan ia menjadi isu, kerana banyak sangat desas-desus bahawa anak si polan dari kampung itu dan ini hilang. Ada pula kata kepala dia dah kena tanam kat tepi projek jambatan.
Setelah pemerintah menolak dakwaan itu, isu jadi kluk kluk kluk kejap, lepas tu tak timbul lagi.
Sebab rakyat dah dapat penjelasan bahawa jambatan dikukuhkan dengan besi dan simen, bukan kepala anak Melayu.
 
Inilah antara sebab bahawa dalam sistem perundangan Britain, yang diamali di Malaysia dan Singapore malah Amerika pun, parliamentary privilege atau immunity dikekalkan.
Biar Wakil Rakyat boleh membawa isu apa sekalipun, tanpa was-was. Beliau tak perlu takut ditertawakan, apa lagi takut kena saman.
He has the right to bring any issue of public interest into the House, without fear of being sued for not giving the correct details.



PARLIMEN DISALAHGUNA? 

Sejak kebelakangan ini, Parlimen Malaysia kecoh kerana isu-isu sensasi dibawa ke tengah.
Ada yang berbohong kerana nak score political points, ada yang membawa fitnah tapi tahu bahawa mereka tak boleh disaman, dan ada pula cerita-cerita yang lebih baik dimasukkan dalam blog fantasi, bukan Dewan Rakyat.
Membuang masa rakyat yang dahagakan kepimpinan/leadership.
Merugikan negara yang perlu jalan yang terang untuk terus maju.
Dan merendahkan martabat dan nama mereka yang bergelar Wakil Rakyat dan Yang Berhormat, kerana suka tuduh-menuduh macam budak-budak kecik.
Kamu di pilih jadi Wakil Rakyat untuk selesaikan isu rakyat, bukan nak main political game yang merosakkan negara. Ini saya tujukan untuk kedua-dua pihak.

Ini pada pandangan saya sebagai orang luarlah, mungkin itu yang dikehendaki rakyat Malaysia.

Baik cerita Apco dan Yahudi, Ibrahim Ali ada saham syarikat judi kononnya, isu memburukkan Anwar Ibrahim dan Sept 16, nama Agong dan tentera diheret juga, Zul Nordin kata ada pihak ketiga suruh beliau burukkan nama PM Najib dan isterinya, dan sebagainya.
Aish. Bingung saya lihat.

Betul ke dengan melakukan ini semua rakyat akan membuka mata lalu mengundi kamu dan parti kamu?
Atau sekadar ikut nafsu dan selera masing-masing, tak kisah rakyat mampos ke tidak?
Tak kisah sama ada negara angkat saya ini dipandang rendah oleh orang luar?

Terpulanglah. Saya orang kecil dan orang asing.
Tapi rasanya jika banyak blog dan suara-suara luar yang komen bahawa mereka dah nak muntah baca berita-berita begini, mungkin (mungkin saja) Wakil Rakyat kalian akan bertaubat. Dan tanya isu-isu yang boleh membawa manfaat.
Ini antaranya bagi saya.


ISU-ISU PENTING BUAT SAYA 

- Kita tertanya-tanya sama ada ekonomi akan pulih dengan baik, dan bagaimana caranya.
Apa isi New Economic Model yang akan dikeluarkan oleh PM Najib. Adakah ia akan membantu ekonomi atau tidak? Kalau tidak, pembangkang silalah keluarkan cara yang lebih baik. Dapat dimanfaatkan bersama.

- Ramai pekerja asing di Malaysia, dan mereka merendahkan tahap gaji pekerja tempatan. Sehingga diplomat Jepun dengan berani beri amaran kepada kerajaan agar terus mengambil pekerja asing. Kalau begini, siapa yang akan mempertahankan gaji pekerja tempatan? Tentunya Ahli Parlimen boleh bincang di dewan.

- Ramai khuatir tentang kadar jenayah di Malaysia. Rompakan di tepi jalan dan yang pecah rumah seperti begitu berleluasa walaupun polis keluarkan statistik bahawa jenayah dah menurun. Bagaimana pihak kerajaan dan pembangkang dapat bekerja sama (di negeri Pakatan baik di negeri BN) untuk mengurangkan jenayah. Mungkin kalau dah tangkap mereka ni, kita bawa masuk Parlimen cepuk penjenayah ni ramai-ramai di live TV? Kan lebih baik dari pekik-memekik isu titek bengek!?
Memang isu jenayah ini telah ditanya. Tetapi yang saya harapkan ialah debat yang mempunyai hasil yang melegakan rakyat, bukan hentam-menghentam.

- Isu pelajaran juga membimbangkan, kerana nampaknya universiti tidak mengeluarkan pekerja yang pandai berbahasa Inggeris dan yang mahir dalam bidang yang diperlukan majikan. Dan kini, didapati pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki dalam universiti! Yang jantan ke mana? Masuk politik? Nak tambah kerosakan negaralah tu! Apa gunanya ada 19 universiti kerajaan tetapi terus dikatakan oleh majikan mengeluarkan pelajar yang tak pandai berbahasa Inggeris dan kurang kemahiran? Macam mana nak lawan ekonomi India, China, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Cambodia. Di India dan Filipina, terutamanya, pekerja mahir mereka pandai berbahasa Inggeris. Jadi mereka senang masuk sektor kilang, tourism, restoran dsbnya. Apa yang boleh dilakukan leh kerajaan dan di negeri pembangkang?

- Saya tulis di sini bahawa negara kecik Temasek hasil sektor perkhidmatan - perbankan, pelabuhan, perdagangan minyak. Walaupun tanahnya kecil tak boleh buat pusat kewangan dan pelabuhan lebih besar lagi, dan tak ada hasil minyak.
Thailand menjadi tempat terbesar di Asean untuk membuat dan memasang kenderaan baru. Ini dipanggil the Detroit of Asean (mungkin Asia), kerana semua syarikat besar kenderaan ada kilang pasang kereta di sana untuk dieksport.
Malaysia lebih banyak tanah dan tenaga kerja nak menaikkan nama negara dan kembangkan ekonomi dalam semua bidang ini. Kalau dibincang di Parlimen lah.



- Filipina bersaing dengan Malaysia di Asean untuk menjadi call centre dan BPO, walaupun kedua-duanya kalah kepada India yang mempunyai ramai pekerja biasa yang mahir berbahasa Inggeris.
BPO = business process outsourcing. Maknanya backroom operations sesebuah syarikat. Di Penang (saya rasa masih ada, kurang pasti) syarikat gergasi komputer Dell menjadikan Malaysia sebagai BPOnya. Segala proses dalaman Dell dilakukan di Malaysia.
Begitu juga beberapa buah bank terkemuka di dunia, mereka melakukan BPO mereka di Malaysia, dan juga sebuah syarikat gergasi Singapore! Maaf, saya tak berani beri nama sebab kurang pasti mereka masih menggunakan Malaysia untuk BPO atau dah pindah ke negara lain, di mana kos pekerja tak begitu tinggi tetapi mereka mahir (dalam basic accounting, misalnya) dan pandai berbahasa Inggeris.
Misalnya, jika kita order komputer di Vietnam atau kita komplen bahawa duit kita di bank besar di Jakarta kekurangan, atau ada masalah telekomunikasi di Singapore, semuanya akan dibawa ke pusat BPO di Malaysia untuk diselesaikan.
Begitu juga call centre ini.
Saya pernah ke Cyberjaya kira-kira 5-7 tahun lalu apabila syarikat gergasi minyak (ooi! besar syarikat ni, tapi tak pasti masih di sana ke tidak) membuka call centrenya. Semua masalah atau isu diselesaikan di call centre itu.
Tapi jika Malaysia kekurangan pekerja mahir dan bijak bertutur orang putih, amacam???
Tak boleh bincang isu ini di Parlimen ke? Cara nak menyelesaikannya, bukan tuduh menuduh dan nak score points saja.

- Malaysia ada suatu kekuatan - ia mempunyai sistem perbankan Islam yang terbesar di Asia, antara yang terbesar di dunia. Tapi cukup ke pekerja mahir yang graduate untuk masuk bidang Islamic banking ni?
Jaga-jaga, sebab Singapore dan Hong Kong, London dan Dubai pun dah masuk bidang ini. Dan kerana sistem perbankan tradisional Singapore, Hong Kong dan London lebih baik dari di KL, mungkin Malaysia akan tewas di bidang ini juga. Cuba Ahli Parlimen bawa soalan ini, dan dibincang bersama: bagaimana nak perbaiki sistem bank Islam ni.


Isu-isu inilah yang saya nak dengar, tapi yang kita baca saban hari ialah Wakil Rakyat bertekak nak menjahamkan satu dengan lain, dan mengheret nama negara ke dalam longkang.
Saudara/saudari, jika ada blog atau kenalan politik, suarakan isu ini kepada mereka. Rakyat dah meluat dah.
Atau mungkin saya seorang yang meluat, kamu semua syiok mereka bertegang urat dan tak ada masa nak bela nasib kamu?
Ish ish ish.

Tuesday, March 23, 2010

Suruhanjaya nak tawan hati rakyat cara SMS

Dah bertahun-tahun saya subscribe kepada 'SMS alert' dari PAS dan PKR.
Apabila ada ceramah dalam 2-5 hari lagi, atau isu yang nak disebarkan, mereka menggunakan SMS.

- Misalnya, "Ceramah Anwar, Nizar, Kit Siang di padang bola Keramat AU5 25Mac 8pm. Semua dijemput" (Ini contoh saja, bukan cerita betul).
- Atau "P'hanraya kecil di Perlis setelah ADUN MCA berhenti parti mengejut" (contoh).

Bertahun-tahun lepas tu, barulah The Star, NST, Bernama, The Sun, Malaysiakini mulakan sistem SMS alert ini.
Tapi hingga kini, mungkin saya silap, tak ada sistem SMS serupa untuk Umno-BN.

Syabas kepada PAS dan PKR.
Kerana mereka disekat dari menghebohkan berita di TV3, RTM dan media mainstream lain, mereka menggunakan SMS ini.
Senang untuk wartawan tahu apa isu yang dibenak pembangkang sejak, kalau tak silap, tahun 1999 lagi.
Dan tentunya senang untuk penyokong tahu apa yang berlaku, jika mereka tak percaya lagi dengan mainstream media.

Cakap terus terang: PAP dan parti pembangkang kat Singapore pun tak semaju ini! PAP syiok sebab ada tight control dengan media tempatan, tak perlu gunakan medium lain kot.


Betul, PM Najib ada Facebook, ada blog, dan banyak agensi dan kementerian ada website. Tapi yang hendak diinfluence, disebarkan berita (dan ahem, fitnah), ialah rakyat yang tak ada Internet atau yang jarang pegang komputer.
Lagipun, kalau difikirkan, kan lebih mudah orang ramai diberitahu dengan SMS - sama ada dia lagi tidor, makan, naik kereta, dalam tandas pun, boleh terima SMS.
Dan dia boleh tolong sebarkan berita ini dengan picit Forward kepada rakan.

Sedangkan kalau kamu sedang tidor, makan, naik kereta dan dalam tandas, takkan nak pegang laptop atau PC. Tapi handset dibawa ke mana-mana.
Itulah genius sistem SMS yang PAS dan PKR dah lama buat!

Kini Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM atau MACC akan cuba kaedah SMS ini, selain Facebook, blog dan website sendiri.
Syabas.
Baca di sini.

Cakap terus terang - mungkin orang ramai akan ketawakan sebab agensi ini dipercayai ramai (walau mungkin tak betul) sebagai dicontrol rapi oleh kerajaan. Dan kononnya tak boleh buat apa-apa tanpa okay dari PM dan menteri.
Tetapi sekurang-kurangnya SPRM mencuba nak outreach kepada orang luar.

Cuma saya harap SPRM tak akan seperti agensi berita Bernama. Dulu saya subscribe juga SMSnya. Tapi 'berita' yang dihantar semua berita buang masa.
Contoh - 'Menteri Penerangan Rais seru rakyat supaya jangan dengar fitnah'.
Contoh - 'Rakyat harus tingkatkan produktiviti agar ekonomi berkembang - PM Najib'.
Memanglah kerja dia terpaksa sebarkan apa menteri kata, tapi yang macam ni tak 'yah lah, 'bang.
Akhbar saya di Temasek pun ada gunakan sistem SMS ni, tapi taklah sampai sebarkan propaganda pemerintah yang orang tak mahu baca.

Lepas sebulan, saya cancel servis Bernama.Jangan marah.
Mungkin hari ini dah berbeza kot. Yang saya cerita tu 2-3 tahun lalu.

Monday, March 15, 2010

Muslim jadi Kristian, bantu Yahud. Yahudi jadi Muslim nak bunuh Kristian

Dunia, dunia!

Jika anda belum sempat membaca cerita ini.
Dah baca kelak, kalau pening terkeliru, tak apa. Boleh makan pasta dan panadol.


KES 1

Dia ni anak pengasas Hamas, kumpulan militan/hero (terpulang pandangan masing-masing) Islam.
Namanya Mosab Hassan Yousef.
Orang panggil dia Green Prince, sebab bendera Hamas berwarna hijau dan dia anak pengasas.
Tapi dia kecewa bila melihat Hamas pun sama dengan Yahudi, menyiksa ganas orang yang ditangkap.
Mukanya stone macam budak dadah Geylang.

Lalu dia masuk Kristian, jadi spy untuk Israel, agar dapat membunuh ketua-ketua Hamas.
Tapi bapanya masuk jail Yahudi saja, tak kena bunuh.
Berapa baik si anak ni. Kini bapanya dah tak ngaku anak lagi.



KES 2

Dia orang Yahudi bernama Adam Gadahn.
Tapi fed up, dia masuk Islam lepas tu katanya masuk AlQaeda.
Ini gambar FBInya - sebelum dan sesudah.

Dulu macam mat rocker Geylang, sekarang macam orang Afghan.
Jadi jurucakap AlQaeda.
Minggu lepas, heboh satu Pakistan dan Amerika, katanya dia dah kena cekup. Rupanya salah orang.

Dia ni dah marah betul dengan Amerika, negara kandungannya, sehingga menggalakkan orang Islam Amerika bunuh warga negara itu sendiri.
Kenapa bunuh orang tak bersalah, Yahiye?

Ha! Tak pengsan/keliru kita semua.

Moral of story:
- Yang disangka rakan baik, mungkin 'scissors inside the fold' (gunting dalam lipatan - aku tulis Inggeris sebab Mossad dan FBI baca kot).
- Yang disangka musuh, mungkin 'hoping for fencing, fencing eats the rice'! (Biar hancuq dia kena translate sendiri. Hahaha).

Tuesday, February 23, 2010

Leslie Lopez menang dua anugerah wartawan


Wartawan warga Malaysia, Leslie Lopez, menang besar dalam anugerah tahunan keluarga Singapore Press Holdings.
Beliau menang Journalist of the Year 2009.
Dan buat tiga tahun berturut-turut, beliau memenangi Story of the Year.
Tahun lalu, cerita scoop penangkapan Mas Selamat Kastari menggegar dunia!

Anugerah EMND (English and Malay Newspaper Division, SPH) diadakan dalam majlis penyampaian hadiah tadi.

--------------------------------------------------------
EMND = The Straits Times, Business Times, The New Paper, my paper, Berita Harian, dan akhbar-akhbar mingguan mereka - di sini.
Ada pula kumpulan online iaitu straitstimes.com, asiaone.com, stomp.com.sg etc. Dan juga stesen radio.
Ada lagi satu division dalam SPH di mana terdapat semua akhbar utama bahasa Mandarin - Zhao Bao, Wan Bao dan Shin Min Daily News.
Oh ya, SPH juga miliki Tamil Murasu (only Tamil newspaper) and Tabla!, akhbar bahasa inggeris untuk pekerja India dan expat dari negara itu di Temasek (besar kumpulan ini).
Dan tak lupa juga! SPH memiliki semua majalah utama di negara pulau ni - Female, Her World, Home Decor, Marie Claire, Young Parents, Brides dsbnya - lihat ni.
Heehee. Semua kena, ahem, control dalam satu kumpulan.

Kumpulan media kedua di sini ialah MediaCorp - depa ada semua TV channels, banyak stesen radio (dalam empat bahasa rasmi Singapore), dan juga sebuah akhbar kecil, Today.
--------------------------------------------------------



Siri laporan saya dan rakan-rakan mengenai gempa di Sumatra, jadi calon Special Award for Excellence. Tapi kalah. Boo hoo hoo.

Baca cerita akhbar saya tentang kemenangan Leslie di sini.


TAMBAHAN
----------------------------------------------------------

Leslie Lopez ni memang wartawan terbilang, gemilang dan ikan sembilang di Asia ni. Sebut saja namanya, semua orang kenal dan ramai orang politik segan.
Dulu beliau dengan Reuters di KL, lepas tu jadi koresponden Business Times Singapura di Jakarta, kemudian dengan Asian Wall Street Journal di Malaysia.
Dan kemudian join akhbar saya The Straits Times Sinciapo beberapa tahun lalu. Dia cover bukan saja Malaysia, tetapi Asia Tenggara.
Senior Regional Correspondent.

Jika ada story besar nak buat di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Philippines, depa lah orangnya yang akan letupkan.


Reporter ni boleh dikatakan tiga jenis - diary reporter, armchair reporter and scoop reporter.
Ini saya pandai-pandai kategorikan mereka. Jangan pula ada mamat wartawan kanan Utusan atau NST yang marah pulak.

Diary reporter adalah mereka yang kena cover event yang ada dalam diari. Iaitu semua wartawan lain pun dah tahu dan akan datang.
Misalnya, Perdana Menteri lancar itu, menteri muda potong reben, pemaju lancar kondominium, majlis makan malam penyanyi.
Selalunya wartawan diari ni ialah untuk wartawan muda yang baru belajar.
Tetapi kerap juga yang tua-tua macam saya tunjuk muka di diary event, sebab nak jenguk apa menteri buat dan terus menjalin hubungan dengan orang di sekelilingnya.
Kadang-kadang orang politik yang suruh kita datang!

Armchair reporter adalah wartawan kanan yang banyak sumber. Tak payah attend function pun, boleh telefon kiri kanan dan buat story. Dan mereka juga pandai buat analisa berita. Bukan senang nak 'baca' isu belakang tabir dalam sesuatu isu ni.

Scoop reporter pula ialah mereka yang jarang kelihatan di press conference, tiba-tiba cerita depa meletup dalam akhbar atau internet. Macam Leslie Lopez ni.
Kadang-kadang kami kat opis panggil beliau di belakangnya Kueh Lopez. Heehee.

Saya dah 10 tahun lebih kenal beliau, baru terserempak beliau menghadiri news conference DUA KALI SAJA. Satu dalam tahun 1998-1999.
Masa tu sidang akhbar syarikat gergasi Renong yang dipengerusikan oleh kepala besarnya Halim Saad. Syarikat bursa terbesar di Malaysia masa itu.
Sebelum berucap, Tan Sri Halim kata -
"Saya nak buat pengumuman besar hari ini tentang Renong. Tetapi tak payah saya cakap apa-apa lagi.
"Panggil saja di Leslie tu (menunjuk kepada Leslie yang duduk bersama wartawan lain) suruh announce.
"Sebab apa yang saya nak kata semuanya ada dalam AWSJ muka surat 1 hari ini."

Kali kedua ialah di salah satu announcement keputusan kewangan Petronas, lebih kurang 2002-2004.
Beliau duduk di belakang, tak tanya apa pun. Story pun beliau tak buat!
Kasihan, wartawan biasa seperti saya yang kena tulis.
Beliau di sana 'nak jenguk' Petronas dan orang-orang kanannya. Dua minggu lepas tu, meletup-letup cerita Petronas!



LESLIE & MAS SELAMAT
--------------------------------------------------------

Apabila beliau menulis cerita Mas Selamat ni, bukan saya saja yang tahu.
Kerana cerita sensitif, akhbar kami kenalah contact pejabat Perdana Menteri Singapore, Lee Hsien Loong, dan Menteri Ehwal Dalam Negeri Wong Kan Seng (menteri jaga abang polis).
Nak kena confirm.
Mereka pun terkejut besar kerana ada wartawan dapat tahu berita ini!
(Macam mana beliau dapat tahu, itu ahem, rahsia besar ST! Saya pun tak tahu).

Maka terpaksa PM Lee announce kepada jemaah menteri Singapore hari itu juga, yang kebetulan di waktu lunch dan mesyuarat mingguan.
Hampir kesemua menteri Singapore tak tahu Mas dah kena cekup!!!
Esoknya, terpaksalah kerajaan Malaysia, pemerintah Singapore dan Indonesia confirm.
Mak oi.

Kenapa? Tak percaya?
Baca sini - PM Singapore keluarkan statement tentang apa yang berlaku!

Gempa berita ni satu dunia - CNN, BBC, Al Jazeera, akhbar-akhbar NYT, IHT, WSJ, wire agency, dan kesemua akhbar di dunia lain lapor berita ni!
Southeast Asia's most wanted terrorist, who escaped from Singapore, have been re-captured.

Begitulah dasyatnya "scoop artist" Leslie ni.

Wednesday, February 3, 2010

Trial has started, so let's see the evidence

Despite more wayang, the trial proper has started.
Let's hope it continues in peace.
If truth is what you wanted all along, then you must be prepared to wait.

The problem is of course, what happens inside the court could well be overshadowed by what happens outside.

To those pro-Anwar types, kasilah budak tu chance nak bentang hujah dia. Kalau dia penipu besar, tak akan ke mana kes ini.
To the pro-government ones, let the case run its course also.

Of course, everyone is saying that Umno, BN, PM Najib, the government, the judiciary, police, the AG's office, and Malaysia itself is on trial.
But they forgot to add that Anwar and the opposition will also be on trial.
How everyone behaves will be scrutinised, just in time for voters to decide whether the 'bullshit' you present (by whichever side) is acceptable.

And it is good to know that one blog at least will try to bring us the verbatim of what happens as per the court record - let's hope the authorities or whomsoever won't stop this.
http://malaysianstory.wordpress.com/

Saturday, January 30, 2010

Bitten by the Bollywood bug



I must be mad!

I have watched three Indian movies in the last 48 hours – twice for each movie! - and am now looking to buy more. This can’t be real.

For years and years I studiously avoided all Hindi movies and anything Bollywood.

When I was working in Kuala Lumpur, a fever hit Malaysia in 1998 with Kuch Kuch Hota Hai (Something Happens), starring Shah Rukh Khan and Kajol.

I avoided that one too, although that must’ve been the year when my wife and daughter got struck with the Bollywood virus.



Me? I couldn’t stand those weak plots about a poor guy falling in love with a rich girl (or vie versa), fights between the hero and villain where no one suffer bruises at the end.

And urgh, those songs in the course of the movie - where the heroine would roll on the grass without messing up her dress and tresses, and the hero would wail some song from some waterfall one minute and atop a mountain the next!

How could any moviegoer go through that!

(I knew all these after getting glimpses of past Hindi movies that my parents used to watch. Yes, they are fans too. Sigh).

Give me Aliens, Terminator or even Sleepless in Seattle anytime, I often say.



But things have changed since 1998.

In the last few years, whenever a top Hindi movie played on TV, I would be told by my wife and daughter to not disturb them until Shah Rukh or Aishwarya Rai and friends had finished their last song and dance.



And then last week, the government of India invited a group of Asean journalists to take part in a high-level forum, tour New Delhi, Agra and Mumbai, and arranged interviews with top business players.

I was put aboard Air India for the 5-hour Singapore-Delhi flight.

There was an entertainment screen at every seat, but to my horror, the six channels only played Bollywood movies. Arghh, I said to myself.

Getting bored half an hour into the flight, I listened to my Walkman and read Matthew Reilly’s latest thriller.

I just happened to switch to one channel and a movie was playing. But my eyes kept glancing at the movie which had English subtitles.

There was a sweet actress busy with some love affair with a short fat guy. I learnt later that her name was Deepika Padukone and his name was Saif Ali Khan.

The movie was Love Aaj Kaal (Love These Days) – I learnt this from the movie guide in the airplane much later.

I must admit I have never heard of the duo or the movie.



You see, my Bollywood dictionary didn’t go beyond Shah Rukh Khan (SRK to his zillions of fans), Kajol, Aishwarya Rai, Amitabh Bachchan and Kuch Kuch Hota Hai.

I didn’t even know how Kajol looked like and what Kuch Kuch was about.



Back to my flight - Thanks to the English subtitles, I suddenly stopped listening to my Walkman and reading the book, and started to follow the plot of the movie. It turned out that there were two separate stories in this Love Aaj Kaal movie.

At the end of 1.5 hours, I had become a fan of Deepika and Saif. I was to learn later that they are big names in Bollywood (though I still could not understand why the ugly Saif could be a star. Then again, his physique is like Charles Bronson’s, the anti-hero).

And, wow, Love Aaj Kaal is in fact a hit movie for 2009, with many nominations for top awards.

I watched it twice on the plane (in between dinner and naps)!

Heck, I even like the dance routines.



This is weird, how come Hindi movies suddenly got this pull on me?

During my trip to Mumbai, I bought Love Aaj Kaal and another hit movie, Om Shanti Om, starring SRK and Deepika.

And back in Kuala Lumpur for a short holiday, I bought Slumdog Millionaire, a hit movie that I had avoided because it was, in my mind, another Bollywood movie.



I think these movies caught on with me because I could identify with the angst, simple life and hardships plus this 'kehidupan manusia biasa' portrayed in them.

I guess that unlike those Hollywood movies, I see a bit of old P.Ramlee movies in some of these Hindi ones except Saloma, Aziz Sattar and Sarimah didn't do any high-energy dance number.



-------------------------------------------------------

Indian journalists and officials that I met during that one week trip to India have been listening with bemusement at my own theory on why the country will be bigger than China on the global stage.

It goes like this: America the Superpower has shown the world its prowess in software (Windows, Apple, Google) which is backed by the huge commercial success of Hollywood movies.

In simple terms, America shows how great the country is every time you switched on your computer in the office and TV at home.

At home, America dominates as most Western movies and shows come from the US of A, seen through American lenses.

The media also is dominated by America – CNN, Newsweek, International Herald Tribune, Wall Street Journal. The world is analysed from American perspective of the world, and the world largely accepts this.

And then America also has financial prowess. Before the 2008 global economic crisis, Wall Street banks were much loved from Lehman Brothers to Citibank and Bank of America.

Backing up all these? Benign American military power (though not so benign in the George W. Bush era).



So, I told those who would listen to me, India already has software power – just look at those Indian IT engineers all over the world. From those in Google, HP and those who are everywhere in other big technology companies, including those in Singapore.

Indians just need a hit apps (application software) or a hardware blockbuster to seal its technical greatness in this area. China has Lenovo.

So, okay. China, too, has many great IT engineers but they are not as seen widely in the global market - perhaps because the Indian ones speak English readily and thus are more employable.

And India has another advantage compared to China because it has Bollywood!

China
, too, has its own movie world, sure.

China
’s biggest movie star is Jackie Chan, known widely as being “from Hong Kong” – ie not quite China proper.

Zhang Zi Yi and Jet Li! Yes, but they don’t do dances like those Bollywood stars that somehow captivate audiences, including those in Southeast Asia (think of the Indian diaspora in Singapore, Malaysia, Thailand, and the millions of SRK fans among Malays in Indonesia, Malaysia, Brunei and Singapore).

India
, of course, does not have the financial brand name of the Wall Street banks and investment houses. Neither is India’s military prowess near China’s.



But from here, by careful nurturing or chaotic expansion, India could grow its “soft power” brands – IT engineers and Bollywood - in a crowded global marketplace.

Just like Singapore is known for its “efficiency” and an Asian financial powerhouse to the world.

Then again, maybe all these are the imaginings of someone who had watched too many Hindi movies in such a short span of time…



Enough said. Let me now go out and buy Kuch Kuch Hota Hai, 3 Idiots and Billu Barber. While I wait for Salman Khan’s Veer (Gladiator Mamak - see PICTURE) to play here.

Hahaha, aku merapu lagi!