Friday, April 1, 2011

Cerita orang Bangla

Saya pernah tulis di sini tentang investment bank terkemuka Goldman Sachs menamakan Bangladesh sebagai salah satu dari 11 negara yang ekonomi akan berkembang kukuh.
The Next Eleven atau N-11, kata Goldman.
Bank Amerika ini jugalah yang memberi nama jolokan yang begitu popular di kalangan pelabur - BRIC (Brazil Russia India China).


Negara tu lahir dengan pahitnya.
Dulu sebahagian daripada India.
Kemudian menjadi Pakistan Timur, dikawal oleh Islamabad di Pakistan Barat, apabila India berpecah.
Setelah perang dengan Islamabad, Pakistan Timur jadi Bangladesh. Pakistan Barat jadi Pakistan.
Berjuta mati dalam perang kemerdekaan ini.

Hari ini, kita semua tentu kenal atau pernah bertembung dengan pekerja Bangla di negara kita, baik Maysia atau Singapork.
Mereka kerja buruh, seperti Indonesia.
Negara mereka ada seramai 165 juta manusia (berbanding Maysia 28juta, Indonesia 247 juta) industri terbesar ialah perkilangan kain dan pakaian. Mereka buat pakaian untuk jenama terkemuka seperti Nike dan Gap.

Di Singapoora, selain pekerja buruh dari China dan India, ramai mamat Bangla ni. Mereka biasanya kerja dengan kontraktor yang bersihkan blok-blok penghuni, HDB flats.
Bila hari Jumaat, ramai yang berkesempatan masuk masjid.


SEBENARNYA gelaran mereka yang betul ialah Benggali, bukan Bangla. Mereka tinggal di Telok Bengal = Bay of Bengal.
Air Sungai Ganges dari gunung Himalaya masuk India dan keluar ke laut di negara ini. Ganges Delta atau Mouths of the Ganges.
Saya pun silap sehingga sejak 5-6bulan ni ada minah Bangla, opocot, Benggali masuk kerja tempat saya.
Minahnya keturunan saja dari telok tu sebab beliau bawa pasport British dan cara percakapannya macam Princes Di.
Suaminya omputeh British juga wartawan di akhbar saya (tapi lain department).
Masa baru depa masuk saya kena tunjuk ajar cara kerja, tersasul saya panggilnya Bangla! Nasib baik depa siap dengan London accent tak faham saya panggil dia 'minah Bangla'.
Sekarang saya panggil mina 28-29tahun ni 'maam'.

Segan sekarang nak bual dengannya. Bayangkan perbualan kami -
Maam City of London (telo Princess Di): '**Remy, would like to join my husband and I for lunch at the *cafe upstairs later?'
Pak chic Ampang-Geylang (telo P.Ramlee): 'Kenot maam, I busy-busy work, you know. Wait work not finis, how? Kena scolding by boss, then I scared'.

(*Kita panggil canteen, maklumlah kat London semua ada kelas)
(**Nama saya yang 'Remeh-temeh' pun jadi glam bila pakai telo brit ni).

WALAUPUN kini beliau British, kerana neneknya dan atoknya dulu masuk ke sana, depa masih bangga datang dari Bangladesh. Dan kerap balik kampung, katanya.
Jadi bila beliau terbaca artikel ni, cepat beliau email kepada saya:
"Interesting article about Bangladesh for you, unkerr".
Bacalah di sini, sejuk juga hati saya baca cerita negara umat m miskin ni sedang pesat membangun.
Sama macam ekonomi Indonesia yang sedang membangun pesat.


BEGITU pesat naiknya negara Bay of Bengal ini sehingga seorang kenalan saya, pak chic tua macam saya, akan dihantar ke sana oleh sebuah syarikat besar nak kembangkan business.
Syarikat Eropah ni syarikat megah, namanya terkenal satu dunia dan semua orang mahukan barangan keluarannya. Jika syarikat ni nak kembangkan business tu, maknanya tentu nampak potensi yang baik. Maaf tak boleh namakan dulu, sebab tak minta kebenaran nak cerita banyak, tapi syiok saya nanti ada member kat sana, ada sebab nak jalan-jalan cari Bangla. Opocot, cari roti benggali.

GAMBAR: Dhaka = macam JB aje, heehee!
Lagi gambar di sini. Besaonya bandar abang benggali.

No comments:

Post a Comment