Saya sebenarnya tak suka masuk bab ini.
Sebab ianya penuh dengan emosi.
Semasa saya muda ada seorang rakan memberitahu:
"Ada tiga isu jika dibincang, sampai bila tak akan habis. Pompuan, agama dan politik".
Saya rasa kita boleh tambah 'bola' untuk mereka yang gemar bola, atau 'Shah Rukh Khan' kalau suka filem Hindustan.
Dan banyak lagi - 'iPhone', 'filem P.Ramlee yang terbaik', 'makanan kat Geylang/Keramat yang paling best', 'Datuk X kaya raya walau bongok sebab kroni atau kerja kuat', dan sebagainya.
Isu Apco ni isu politik.
Atau lebih tepat lagi isu yang dipolitikkan.
Tapi betul juga jika anda kata - mana ada isu yang tak dipolitikkan.
KITA MASUK CERITA LAMA DULU
Ini yang saya dengar sebagai wartawan.
Apabila PM Abdullah baru jadi perdana menteri pada hujung Oktober 2003, beliau ada image consultants.
Ini cara baru dalam kerajaan, sebab dulu masa zaman Dr Mahathir, depa main rembat saja, tak ada pakai konsultant nak cantikkan penyampaian dan baiki mesej atau imej.
Kami wartawan asing kerap buat joke masa tu: The spin doctor during Mahathir's time was the Doctor himself.
(Mahathir ialah seorang doktor, beliaulah spin doctornya sendiri).
PM Abdullah diberitahu oleh consultant itu, cara terbaik nak menyampaikan mesejnya.
Anda mungkin ingat pada zaman Dr M, wartawan akan serbu beliau dan wartawan bekerumun nak minta komen itu dan ini. Kadang-kadang wartawan dan jurukamera bergaduh.
Kata consultant, untuk dilihat lebih 'presidential' (atau dalam kes ini, 'prime ministerial') - iaitu lebih teratur dan tidak kecoh, mesej nampak serious - hentikan wartawan daripada berebut-rebut ini.
Mungkin anda ingat, di zaman Pak Lah tiba-tiba rostrum muncul saban hari. Iaitu apabila PM Abdullah nak kata sesuatu, beliau akan berdiri dengan ada microphone dan rostrum yang diperbuat dari kayu ini.
Mungkin ada bendera Malaysia kat belakang (GAMBAR).
Bukan 100 peratus seperti ini, tapi press conference di mana perdana menteri duduk melepak (slouching) dikurangkan.
Apabila PM berdiri tegak, ia nampak lebih segak dan mesejnya lebih kredibel.
Kamu pernah nampak ke Obama atau Gordon Brown duduk melepak, depannya ada teh dan kuih muih, tie senget, lepas tu nak cakap tentang pelaburan dunia dan nak ugut Iran?
Kalau depa duduk pun, duduk tegak, tak macam orang politik Malaysia. Rilek saja.
Dan ada lagi kerja-kerja image consultant ni untuk PM Abdullah. Tak payah cerita di sini dulu.
Semasa PM Abdullah, dasar Malaysia terhadap OIC, Israel, Palestin dan Amerika bertukar haluan. Ini pandangan peribadi, tapi saya ada banyak contoh.
- Beliau meninggalkan cerita lama Dr M yang selalu menyerang Amerika dan Israel dengan kata-kata yang kadang-kadang kasar.
- Apabila Palestin diserang teruk beberapa kali oleh Zionis, Pak Lah hanya bunyi 'hek' tapi tak marah 'hok'.
Dia lembek tak marah.
Saya anak Singapore yang dituduh Negara Sayang Yahudi yang berasa gelisah!
Kalau dulu Dr M macam nak gi perang dengan Israel sebab kata-kata keras, kini Malaysia hanya berasa "concerned" anak-anak Palestin kena bom. Atau berasa "sedih" tapi tak buat apa-apa.
- Sehingga hari ini, ramai umat Islam sedunia berkata: The mantle of global leadership on Islamic issues has been transferred from Malaysia, to Turkey.
Kepimpinan lemah, sehingga orang kata: Pembela isu Islam sejagat bukan lagi Malaysia, tapi Turki - PM Reccip Tayyip Erdogan.
Apabila PM Erdogan dengan marah meninggalkan pentas di Davos setelah bertengkar dengan Shimon Peres, satu dunia Islam (dan bukan Muslim) terkejut!
Berani pakcik ni! Kan negaranya Muslim songsang, apa dah jadi !?
Insiden tu di youtube kan di sini.
Kalau pemimpin Islam Malaysia dewasa ini, berani ke buat gitu?
- Di zaman Pak Lahlah saya dan ramai wartawan tempatan naik kapal perang nuklear Amerika di Port Klang.
American aircraft carrier, bernama USS John Stennis, berlabuh di Port Klang.
Sedangkan kalau zaman Dr M dulu diharamkan datang dekat Malaysia pun. Dulu apabila kapal perang Amerika repair kat Singapore, wah satu Malaysia mengamuk. Kini media tempatan senyap, Umno ngorok.
Katanya Asean ni Zopfan - zon bebas dari campur tangan kuasa besar.
Sedangkan masa tu Malaysia ialah kepala OIC!
Dan gerombolan kapal perang ni semuanya nak ke Teluk Parsi menekan Iran.
Aircraft carrier ni dia bergerak bukan seorang diri. Ada kurang-lebih 10 kapal sampingan nak protect dia daripada diserang, termasuk kapal selam.
- Kita juga jangan lupa bahawa syarikat anak PM Abdullah, Kamaluddin Abdullah, Scomi, yang terlibat dengan isu barangan senjata nuklear.
Terkejut Abdullah, dan terus banyak rumours apa yang berlaku di belakang tabir nak redakan benda yang memalukan Malaysia ini.
Malu bukan apa - katanya kepala OIC, kenapa malu apabila nak tolong Iran atau Libya? Malu dengan Amerikalah, sebab takut nak lawan kuasa besar.
GILIRAN PM NAJIB PULA
Kemudian PM Najib naik pula, beliau pun nak membaiki imej diri, kerajaan, parti dan negara.
Lagi-lagi kerajaan dan beliau sendiri lagi teruk kena attack semasa baru nak naik ni (isu Altantuya, kapal selam dan seterusnya).
Ada Sang Orang Dalam, menurut cerita orang dalam, yang suggest kenapa kita tak ambil si Apco Worldwide ni.
Good idea, sebab imej kerajaan BN dan imej bealiu di Amerika kurang baik dan consultant dan strategist ini sangat besar.
(Anwar Ibrahim pun dituduh ada strategist Amerika aturkan itu dan ini untuk imej Anwar di luar negeri. Tuduhan ini, kena tanya PKR. Siapa Aasil Kazi Ahmad? Saya tak kenal. Tapi yang menuduh ialah bekas orang dalaman).
Dan biasalah, apabila nak gunakan service konsultant, bukan murah.
Saya ada beberapa rakan yang buat kerja PR consultant, strategist, image makers, fixers dan banyak lagi nama mereka ini.
Saya pernah tanya, kalau aku nak bawa kepala sesebuah negara Asean bercakap kat seminar di Singapore, kamu boleh arrange? Berapa harganya?
Pingsan saya dengar: S$100,000 (RM230,000) nak bawa kepala negara Asean ke Singapore, cakap 2-3 jam. Ini jika diarrange secara peribadi (bukan dijemput pemerintah).
Itu belum masuk harga kapal terbang first class VIP ini dan rombongannya, bilik-bilik hotel, kereta-kereta sewa Mercedes dan makan minum.
Sebab tu janganlah terkejut bahawa nak bawa Tony Blair ke Malaysia, katanya, kena bayar US$1 juta.
Samalah juga jika kamu nak bawa bekas presiden Bill Clinton, Al Gore dsbnya. Atau nama-nama besar dalam dunia sukan, teknologi, perfileman.
Itu memang FEES/bayaran minima mereka.
Yang menjadi kelemahan dalam memilih baik Apco atau Asia Soft - jika betul mereka ni ada "spy" Israel - ialah background checks. Itu yang saya difahamkan.
Inilah satu kelemahan Malaysia. Jika ada orang atas atau orang dalam rekomen, terus diterima dan diberi kontrak mahal tanpa periksa.
---------------------------------------------------
TAMBAHAN 12.30PAGI: Baru terima panggilan (Mereka kat sana baru tengah hari).
Kata pemanggil, di akhbar besar Amerika New York Times, ada dua muka surat khas untuk isteri PM, Rosmah Mansor, menulis artikel kerana baru dapat anugerah.
Apa pula anugerah dan apa yang ditulisnya?
Itulah kerja strategist/PR yang dibayar mahal-mahal, tentunya. Naikkan nama dan imej, cuma kurang faham kenapa nama isteri PM pun nak dinaikkan.
Nanti saya usahakan dan letak kat blog ini artikel tersebut.
---------------------------------------------------
Tapi kasihan juga Apco dan Asia Soft ni - bagaimana kamu tahu apa yang diceritakan oleh pembangkang tu semua betul?
Pandai pembangkang canangkan isu sehingga wah kononnya kerana kerajaan dah ambil Apco, maka mereka sokong Yahudi. Sokong Zionism. Maka mereka sokong pembunuhan Palestin.
Bodoh punya argument.
Saya ulangi: Dari apa yang saya diberitahu, kerajaan memilih Apco ni kerana ada yang rekomen. Maka kontrak disign. Tak banyak periksa.
Maknanya, kerja orang bebal.
Bukan maknanya kerajaan sokong Zionisma dan pembunuhan di Palestin.
Kita boleh kata kerajaan bodoh, tapi janganlah keterlaluan nak tuduh melulu sehingga terbawa-bawa. Berdosa beb.
Lihat pula dari pandangan Apco dan Asia Soft: Kasihan juga mereka, sebab mereka tak boleh jawab lagi. Bukan maknanya mereka bersalah 100 peratus (atau innocent 100 peratus).
Mungkin semua yang didedahkan itu penipuan.
Tapi tangan mereka terikat sebab mereka ini business entity, bukan ahli politik.
Dalam politik Malaysia, semakin banyak kamu nafikan, semakin menjadi benda tu!
Semakin mereka jawab, nanti business semua lari sebab nama syarikat dah busuk.
Baik diam saja, dan telan walaupun banyak yang didokumenkan sebenarnya, pada saya, pembohongan.
Nak tuduh saya pun agen sebab dari Seberang Tambak, tuduhlah.
Ini pandangan peribadi, mungkin salah mungkin betul.
SLEEPER AGENTS
Saya masuk isu Apco ni sebab dalam posting sebelum ini, ada yang bertanya: Ada banyak "sleeper agents" Apco ni atau tidak.
Masya Allah.
Sampai gitu ada yang dah kena influence dengan diayah pembangkang.
Saya pernah masuk Israel kerana bertugas nak bantu Gaza - tiga hari, dua malam. Juga di sini.
Kita semua dah lihat cerita James Bond. Jadi remgold masa kat situ, tengok kiri, tengok kanan, atas dan bawah, nak cari mana si agent Israel yang memerhatikan kumpulan kami.
Ada beb, tapi cerita di lain topik.
Apapun, jawapan saya untuk yang bertanya sama ada banyak sleeper agents ni:
1) Saya tak tahu cerita yang diwar-warkan pembangkang tu benar ke tidak. Banyak yang saya sendiri, sebagai orang luar, boleh sangkal.
Pada saya mereka ambil Fakta 1, digaul dengan Nama 2, dan dicampur Insiden 3, maka dibuat rumusan: Ah, sah, Apco jahat. Najib sokong Zionis.
Saya tak tahulah Apco ni "penyokong zionis" ke tidak, cuma saya rasa, tangan mereka terikat tak boleh jawab lagi.
2) Kalau betul pun semua cerita itu, saya tak tahu.
Dalam cerita James Bond saja kita senang nak tahu yang mana sleeper agent yang mana bukan.
Yang muka hemsome itu hero.
Yang muka setan tu semua geng jahat.
Dan minah-minah yang menggoda iman tu, semua sleeper agent.
;-)
No comments:
Post a Comment