Tuesday, April 6, 2010

Ceramah PM/Singapura = 2: Macam-macam ada!

Anda tentunya boleh membaca apa yang dikatakan PM Najib Razak di majlis Foreign Correspondents Association Selasa malam/semalam di akhbar Malaysia dan internet.
Jadi saya tak perlu mendetail lagi.

Di depan 110 wartawan serantau, beliau menjelaskan tentang New Economic Model, Government Transformation Programme dan National Key Result Area.
Cakap mudah: NEM nak melonjakkan ekonomi, GTP nak memperbaiki sistem kerajaan dan NKRA nak baiki keadaan negara seperti kurangkan jenayah.

Banyak soalan ditanya dan diceritakan oleh PM, dengan isterinya duduk di meja depan memerhatikan. Macam-macam ada, tentang ekonomi dan ekonomoney, keutuhan race relations, hubungan Malaysia-Singapore....

IF I have to summarise his speech and the way he fielded the roughly 15 questions from the floor in about an hour - He was a polished speaker and presented what he wanted to do with the country in a clear manner.
You will end up saying: Malaysia is in quite a shambles today, but this man has a plan. And it looks good on paper.
Let's hope he can carry this out.

Yang menarik perhatian saya, dan saya tak masukkan dalam laporan saya untuk akhbar saya kerana tak cukup ruang, ialah benda-benda yang nampaknya kecil, tetapi sangat diperlukan/disokong rakyat.

Dan di sini, sebenarnya, rakyat Malaysia juga harus berterima kasih kepada pembangkang kerana tanpa mereka yang kini kuat dan ada 4 negeri, kerajaan terus lepak.
(Macam kat Singapore, kerana pembangkang lemah, pemerintah dipandang angkuh).

PM Najib kata:
- Street crime, jenayah jalanan, dah turun 7.6 peratus di tiga bulan terakhir tahun ini (berbanding dengan tempoh sama tahun lalu).
- 40,000 rumah kos rendah dah dibina (dalam tempoh apa? Setahun?)
- Banyak jalanraya dah diperbaiki atau disiapkan,
- 900 kindergarten/tadika lagi telah siap.

Terima kasih.

Sebelum saya dituduh angkut PM naik lif, saya juga saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan Pakatan di Selangor, yang menurut berita sedang nak memulihkan banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana yang tergendala - termasuk yang bersepah di Hulu Selangor.

Dan kerajaan Selangor juga kini sudah mulakan projek nak bersihkan Sungai Klang. Dia belajar dari Singapore, betul. Tapi tak kisah belajar dari mana pun - cari ilmu sampai ke China atau dengan orang Cina - asal untuk kebaikan rakyat.

Kerja baik siapa saja untuk orang di bawah seperti kita ni tentunya kita sokong.


---------------------------------------
TAMBAHAN

Dah lama saya tak jalan-jalan di Raffles Place - tempat saya bekerja selama 3 tahun di awal 1990an.
Tadi petang, saya ikut lorong dari basement 2 di MRT station Raffles Place, ke bangunan pejabat lama saya.
Teringat tapak-tapak yang saya jalani setiap pagi nak masuk ke pejabat AP-Dow Jones dulu di Standard Chartered Building (sekarang namanya dah tukar).
Tak banyak yang berubah - cuma nama kedai-kedai di basement 1 tu saja.

Sedih juga, beb, sebab saya teringat - dulu aku kerja sini sehingga penghujung 1994.
Kini dah 2010.

Kerja membuat liputan pasaran kewangan - saham, matawang, Simex futures, minyak - payah. Payah benar masa tu.
Banyak menangis sebab tak faham apa kejadah benda ni, dan tak ada orang yang tolong, pada bulan-bulan pertama.
Masa tu belum ada internet macam sekarang. Jadi banyak buku-buku saya beli nak faham apa pelesit ini nombor kat skrin computer naik turun, orang semua excited, lari sana sini pakai kot, dapat wang berjuta-juta.

Cerita panjang lebar pengalaman saya di sini (Maaf, ini cerita syiok sendiri, puji diri sendiri, tak baca pun tak apa. Untuk anak-anak saya baca nanti).
Nasib baik dapat kenalan beberapa banker dan Simex traders dari Jepun, pedagang saham bangsa Cina dan Melayu, yang mat salleh pun ada bantu saya. Kalau dah masuk longkang, kita pekik aja lah minta tolong sesiapa pun!
Mereka pun tak kira bangsa dan agama, ramai jadi kawan baik saya.

Tak sangka saya akan merantau ke KL, dan nampak naik-jatuhnya Anwar dan Mahathir, Malaysia dan Singapura.
Dan macam-macam lagi asam garam hidup.
Dah 16 tahun berlalu.
Dah tua aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nasib baik masih hensome.


--------------------------------------------

TAMBAHAN 8.30 PAGI

Ini laporan yang saya tulis: Akhbar saya kasi sikit saja di Internet (tak macam akhbar Malaysia), kalau tidak orang Singapore semua tak beli paper sebab dah baca free.
Laporan akhbar Today dari Mediacorp di sini.

ALAMAK! Sumatra Utara baru kena gempa 7.5. Eeks takut hamba kena hantar lagi....

No comments:

Post a Comment