Apabila saya excited dan terkejut-ria, saya selalu kata 'Mak oi'.
Hari ini saya terkejut-ria (pleasantly surprised) berganda tiga, jadi saya sebut:
Makatoknenek oi!
Baru saya puji ekonomi dan matawang Malaysia melonjak kuat, Singapore pun macam jealous. Hari ini giliran Kota Singa pula.
Menurut pakar, ekonomi Malaysia akan berkembang 5.2 peratus tahun ini, lebih kuat dari jangkaan awal iaitu 3.7 peratus.
Tahun lalu, ekonomi Darul By-Election kuncup 1.7 peratus.
Kuat tu 'bang.
YANG BAIKNYA: Pekerjaan kita sebagai rakyat biasa, secara umumnya, lebih selamat.
Ada harapan gaji akan naik.
Bonus mungkin dapat lebih.
Kerja overtime pun banyak (orang Jawa kata 'ngotem' = 'Aku pulang lewat malam ni sebab ngotem').
Baik CEO syarikat besar atau makcik penjual goreng pisang kat tepi jalan, jika ekonomi berkembang, semua business berjalan lancar.
YANG TAK SYIOK: Jika ekonomi terlalu kuat, inflasi menjelma - harga barang-barang mungkin naik cepat sangat. Ini kerja kerajaan na protect pengguna.
Pak Menteri, tolonglah jangan tidor atau lebih buruk lagi - bising apabila harga barang naik tapi tak buat apa-apa.
'Kerajaan akan mengambil tindakan keras jika peniaga naikkan harga sewenang-wenangnya', tapi tak ada yang berlaku. Baik aku ambil batu keras lontar kat kepala si bongok macam tu.
Ringgit kini menjadi rebutan di pasaran antarabangsa, menjadi yang matawang terkuat di Asia (Januari hingga April) kerana Bank Negara menaikkan kadar faedah, OPR, sebelum bank pusat lain berani menaikkannya.
Syabas Dr Zeti Akhtar Aziz kerana berani. She moved before the market thought it was time to move, and so she moved the market!
Cakap benar: Saya nak kata kelmarin takut, tapi malam ni dah berani - Apabila Bank Negara naikkan overnight policy rate ni, saya kata dalam hati "Ini kerja gila. Belum apa-apa lagi dia dah nak ketatkan pintu ekonomi". Tapi hari ini, apa yang dilakukannya dilihat sebagai sesuatu yang tepat!
EKON TEMASEK PULIH
1) Kini, ekonomi Temasek pula melonjak.
Ekonomi Singapore melonjak 13.1 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini! Ini dibandingkan dengan kedudukan ekonomi pada bulan Jan-Mac tahun lalu.
Tahun lalu, ekonomi menguncup 2.1 peratus.
Jika dibandingkan kedudukan tiga bulan pertama tahun ini, dengan tiga bulan terakhir (Okt-Dec) tahun lalu, lagi dasyat. Ia melonjak 32.1 peratus!!!
Makatoknenekucingberanaktiga.
Memang betul ia menunjukkan ekonomi dah pulih dengan baiknya.
Tapi sebenarnya, data ini semua kejutan besar untuk rakyat biasa saja - nak digula-gulakan rakyat. Untuk orang yang tahu ekonomi ini, cerita biasa saja.
Cakap mudah: Kalau kita main Snake & Ladder, tiba-tiba sampai nombor 90 Malaysia di makan ular, jatuh ke 75.
Singapore di makan ular di nombor 95, tapi jatuh lebih teruk ke 40.
Apabila dikejar, Singapore naik dari 40 ke 60. Itu tambahan 20 markah - nampak besar tu.
Malaysia naik dari 75 ke 85 = hanya naik 10 markah. Tetapi sebenarnya ia ditahap lebih selesa.
Siapa yang jatuh lebih teruk kena kejar dengan lebih gigih nak sampai di tahap lama.
Apapun, OKlah, bagus ekonomi kedua-duanya dah pulih.
Pemerintah kini kata, ekonomi Singapore tahun ini akan berkembang 7 hingga 9 peratus (Malaysia 5.2 peratus).
Ini sebab ekonomi Singapore jatuh lebih teruk daripada Malaysia tahun ini, jadi nombornya nampak lebih gah.
PM Lee Hsien Loong pun dah kata, jangan terlalu gembira sangat, ini hanya economic rebound.
"I fear these headlines - red hot figures, out of the woods," Mr Lee said in Washington DC, where he was attending the inaugural Nuclear Security Summit.
"We are happy with the result of course, a remarkable recovery from a year ago.... but it's really a rebound from the downturn last year."
"We're lucky it's turned out more like a V-shaped than an L-shaped recovery, (but) I don't think it's going to continue like this indefinitely because it's not possible for us to continue expanding like this." - PM Lee.
Yang di Malaysia pun saya harap akan kata begitu - kita gembira ekonomi dah pulih, tapi ini hanya pantulan (rebound - pandai jugak aku cakap Melayu).
Kita baru merangkak keluar dari longkang. Bukan nak tepuk dada dan mengatakan ini kerana kerajaan bijak dan ditambah cerita dongeng lain.
2) Jika Malaysia naikkan OPR, Singapore semalam menaikkan matawangnya!
Wooi, Singapore dollar naik 1.1 peratus dalam sehari berbanding dolar Amerika.
Jika anda nak tukar kepada matawang lain, sila gunakan xe.com.
Website tukaran wang asing yang tepat - walau mungkin berbeza sikit jika anda pergi ke money changer.
Lima hari lalu $1 dapat RM2.30.
Hari ini, Singdollar dah naik sikit, dapat RM2.32.
3) Pasaran saham Singapore melonjak ke rekod baru.
Indeks utama pasaran Straits Times Index, naik 1.6 peratus - menembusi 3,000 points - yang tertinggi dalam dua tahun. Itu semalam.
Hari ini ia jatuh sikit, 2.8 points ke 3,016.94.
Yang menakutkan untuk orang awam macam saya ialah jika berita seperti ini akan terus menjadikan harga rumah mencecah rekod baru.
Hanya minggu lalu, sebuah rumah flat HDB dibeli dengan harga S$900,000 - dapat beli banglo kat KL.
Dan inflasi pun dijangka naik lebih tinggi. Uh oh.
No comments:
Post a Comment