Friday, April 2, 2010

Hukum mahkamah sivil & fatwa di Singapore = Bah. 2

Khutbah Jumaat satu Singapore hari ini ialah mengenai isu terpanas di pulau kecik - faraidh. Pembahagian harta.

Semua khutbah di sini dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura, Muis.
Isu originalnya di sini.


Muis memang pantas meletak khutbah Jumaat di websitenya.
Jadi anda boleh baca sendiri khutbah itu - dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Tamil - boleh download.
'Keadilan, Rahmah dan Keihsanan Dalam Pembahagian Harta'.
Bahasa Jawa dan Bangla belum lagi kot.

Isu ini penting benar untuk umat Islam.
Baca cerita asal saya di sini, dan juga komen saya di bawah posting yang sama - mengenai orang tamak di sini yang memaksa flat HDB dijual atas nama faraidh dan Islam (khutbah Muis pun dah kondemn mereka!).

Khutbah Muis menekankan peri penting dalam Islam isu JUSTICE atau KEADILAN ini.
Bacalah sendiri.
Sama ada banyak harta atau tidak, cepat-cepat selesaikan isu ini dengan wasiat, misalnya.
Lebih-lebih lagi, ahem, mereka yang suka merokok. Jangan marah ah.

No comments:

Post a Comment