Sejak low-cost flights mula masuk pasaran Malaysia-Singapore, hidup saya lebih mudah.
Orang macam saya selalu terbang antara Changi dan KL.
Dulu, kerana pasaran kena control oleh Singapore Airlines dan Malaysian Airlines, tambang pergi-balik (return trip) ialah S$400 atau RM800.
Itu kalau terbang sendiri. Kalau campur ahli keluarga, kucing dan ikan koi, pingsan kita.
Ini belum masuk duit teksi pergi balik lagi!
Sebelum itu, saya kerap menaiki bas KL-Singapore, terutama Aeroline.
Di Singapore, ia kini berhenti di Harbourfront (menghadap Pulau Sentosa dan tak jauh dari Orchard Road).
Di KL, perhentiannya ialah di Corus hotel di Jalan Ampang (dekat KLCC).
Atau jika anda tinggal dekat Kajang-Putrajaya, boleh turun-naik di Mines Shopping Centre.
Atau jika anda orang PJ, naik di Bandar Utama dan Bandar Sunway
Perjalanannya selama lima jam - dari masa anda naik bas tu sehingga bas tiba di destinasi.
Aeroline menggunakan Second Link di Tuas (atau di Malaysia dipanggil Link Kedua di Tanjung Kupang, Johor). Bukan Causeway di Woodlands-JB.
Selalunya OK tak ramai orang di Second Link ni, melainkan jika esok lusa holiday di Singapore, maka akan banyak bas dan jam dengan manusia.
Banyak servis bas lain yang naik turun KL-Singapore, tetapi saya gemar gunakan Aeroline ni dulu.
Kini, saya naik kapal terbang. Harganya dah jatuh separuh daripada dulu. Kira S$200 atau RM400 - selalunya rendah lagi dari itu!
Macam-macam ada - dimulai dengan AirAsia, lepas tu Tiger Airways, dan kemudian Jetstar dan Firefly.
Yang mana satu pilihan hati?
Dan kenapa?
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment