Showing posts with label Arab. Show all posts
Showing posts with label Arab. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Sing$, Ringgit pijak Dolar US; Perak silau


Wooi, ni macam nonton tsunami landa Jepun sebulan lalu - takut-syiok.
Atau sedang nonton Shah Rukh Khan menyanyi kat TV tapi nak kena lari masuk toilet sekarang juga sebab dah tahan. Tak tahu nak buat mana satu dulu.
Hahaha.

Matawang Singapork melonjak ke tahap tertinggi dalam sejarah berbanding dolar Amerika.
Ringgit tertinggi dengan US dollar dalam setahun.
Dan Perak (silver) tertinggi dalam 31 tahun, Emas naik lagi ke rekod baru.
Platinum dan Palladium juga naik giler.

Singdollar kini di bawah 1.3 berbanding USD. Dulu nak turun dari 1.5 payah benar.


Ringgit pula di 3.02. Kita tentu ingat dulu zaman Mahathir dan currency controls, ia diikat di paras 3.80.
Semakin kukuh. Takde pulak orang yang puji.
Cuba jika esok ringgit jatuh - kerana apa sebab pun - tentu ada yang pekik-pekik.

Memang Dollar-Malay ni dalam chart nampak macam terbalik.
Kerana dolar Amerika ni matawang terbesar, maka pasaran dunia melihat matawang semua dari kacamata USD.

Ia dilihat begini: dulu US$1 = 3.80. Iaitu satu dolar Amerika boleh beli RM3.80.
Kini US$1 = 3.02. Satu dolar Amerika boleh membeli hanya RM3.02.
Maknanya, USD makin lemah. Atau ringgit lebih kuat.
Jadi jika kamu lihat CHART, seperti di bawah ni, USD lebih lemah.




Tapi jika tak puas hati, nak tengok Aku Makin Kaya, saya invert chart ni - di Bawah.
Nak main-main dengan Invert ni, atau detail pergerakan Dollar-Malay dalam 90hari, 180hari, gi kat sini.

Ah ah, orang pasaran panggil Dollar-Malay. Mereka nak jual beli dalam sesaat-dua, where got time nak kata - "Can you please sell US Dollar to Malaysian Ringgit at range of between 3.030 and 3.028".
Jawapan money broker: "OK sir, the order is done".
Ish! No time for all these!

Short form antara bank dealer dengan money broker, lebih kurang - "Sell dollar-malay oh-three, oh-two-eight".
Jawapan: "Yours!".
Tapi itu dulu, kalau pakai phone. Kini pakai taip kat keyboard saja buy and sell orders ni.
Eeks, harap Abang Zack baca ni dan betulkan. Depa tu dulu big time player kat Raffles Place. Sebab saya agak gitu ler perbualan kerana kerap juga dengar dealer-money broker pekik-pekik kat phone dulu. Takut cerita tak tepat.




TAPI Perak yang banyak buat saya menyesal. Tak beli banyak lagi dulu. Hanya kira-kira setahun lalu, ia berharga US$20 setiap ounce (atau ditulis ringkas oz.).
Kini dah double jadi US$40!!!
Maklumlah kita kena kumpul duit dulu sebelum membeli. But the market waits for no man! Saya baru nak beli satu silver coin, pelabur dari Sarawak dan Kastam beli 1,000 kilo.


Emas pula tak penat-penat. Dalam 10 tahun ini terus dan terus capai rekod tertinggi dalam sejarah. Saya pernah bual-kosong sejarah emas dan matawang dulu di sini.


Sebab ini semua berlaku?

Kata omputeh, the perfect storm - masalah berganda - untuk USD.

1) Mula-mula inflasi makanan yang menakutkan ramai pemimpin.

2) Lepas tu negara MENA berkocak. Ini bukan Minah Keramat, tapi Middle East and North Africa. Takut bekalan minyak terpotong - menjadikan inflasi satu dunia dan melemahkan ekonomi terbesar di dunia, Amerika, dan USD - orang lari keluar dari matawang US dan masuk Logam Mulia (precious metals = gold silver platinum palladium).
Bak kata omputeh - precious metals shine. Silver shines = perak silau (tak tahu ler bahasa melayu ni jitu atau tidak. Harap betulkan).

3) Dan semalam ditambah lagi masalah ekonomi Eropah. Setelah Greece dan Ireland, Portugal pulak kena bail-out.
Tak tahu ler bila nak selesai masalah EU ni. Lepas ni mungkin Italy pula dan lepas tu Britain?

4) Matawang Singdollar juga naik sebab ramai pemain pasaran menjangkakan Monetary Authority of Singapore, bank pusat, akan naikkan interest rate tempatan nak kekang masalah inflasi di pulau ini.
Juga, jika dibandingkan, ekonomi Temasek dan Najibanwarland akan lebih kukuh dari eko-NO-money Amerika.
Dah beberapa hari ni, gaduh besar di Washington tentang Baget, walhal duit dah nak habis.


--------------------------------------------
CERITA ANAK THAI KAKI PUTUS 

Ini sambungan cerita semalam. Anak pompuan Thai 14 tahun yang malang. Dia terjatuh ke landasan keretapi MRT lalu kedua kakinya putus digilis tren.
Akhbar hari ini - bapanya tiba dengan bas dari selatan Thailand. Dapat jumpa anak.
Ibunya tak datang, rupanya. Kerana begitu terkejut. Dan saya rasa, mungkin tak cukup wang nak ke sini.
Nitcharee dulunya tak tahu nak jadi doktor atau peguam. Kini dah decide. Nak jadi doktor kerana jadi sedar setelah kemalangannya.
Kakinya akan dipasang kaki besi, tapi saya harap ada yang hulur wang jadi sponsor.
Ini gambarnya - dah ceria sikit sebab bapanya dah tiba.
Juga di sini.
Kerana tentunya kita khuatir akan berlaku kepada anak kita, kita harap pemerintah di Singapura dan KL-Selangor pasang ler pintu gelongsor di semua stesen di atas platform.

Sunday, March 20, 2011

Afghan, Iraq, Libya.... Bahrain? Israel?

Itulah. Bila saya kata Umat M bahalol wal mengong semua marah.
Tak ada lagi orang sebodoh kita semua.

Saya pun benci Muammar dari dulu ni. Sama macam saya benci ramai sangat yang mengaku pemimpin umat ni. Termasuk yang di Pedrapork.


Serangan di Libya ni adalah double standard.
Bila Bahrain membunuh beratus rakyat mereka sewenang-wenangnya, juga Yemen, tak ada pulak Arab bongok panggil UN suruh masuk campur.
Malah disokong pula. Dan si yahudi wan nasara pun sokong mereka, itulah yang mereka suka.

Cuba lepas ni kita masuk UN dan minta mereka bantu kita di Palestin sebab rakyat dah lama dibunuh dan disiksa beramai-ramai. Ada tak yang nak tolong?

TAPI padan juga Muammar dan kegilaannya. Bom saja istana mamat ni. End the war fast.

Enough said.

------------------------------------------------
PSSST.
Yang baiknya, kerana ini negara ketiga yang mengaku *Musalman dan **Sulumani yang diserang dalam beberapa tahun ini, kelengkapan dan tentera mereka banyak kerja. They are stretched.
Mereka kata, oh tidak, di Libya kita pakai missile dan jet plane saja. Tak hantar tentera darat.
Tapi tak apa, akan berbulan mereka sangkut di sana.
Makin lama mereka kat situ, tentunya makin kita sedar mengapa kita sendiri kena buat hardware dan software sendiri nak lawan musuh.
Bukan membeli dan mengharap bantuan orang.
Nak repair paip kat surau dan masjid pun kena panggil kaum lain. Lepas tu declare kita sekarang dah jadi negara islam. Erke.


* Musalman ni apa yang orang barat panggil umat m pada 1900s di utara Afrika dan India-Pak.
**Sulumani pula ialah nama umat arab yang banyak menjalankan slave trade di selatan Afrika-Rhodesia.
Saya cuma nak action tunjuk pandai, salah ke? ;-)


------------------------------------------------
MERCY RELIEF Singapore tiba di Jepang

Rakyat Temasek sibuk menderma untuk quake-nami-nuke Jepang ni seminggu ini, termasuk collection kilat di semua masjid Jumaat lalu.
Begitulah kita build-up brand name dan soft power umat, beb.
Janganlah kita hanya ucapkan takziah jika mereka Muslim, dan hulurkan bantuan jika mereka "orang kita".
Jika orang Melayu kena accident, kita sibuk nak bantu.
Nampak orang Injun atau Cainis masuk longkang, buat tak tahu.


Saya pernah cerita di sini. Mercy Relief Singapore ni dulunya di bawah persatuan Islam di Singapura, tapi kini dibuka kepada umum agar bukan-M pun boleh derma dan bekerja di situ, dan hulurkan bantuan.
CEOnya ialah rakan saya Hassan Ahmad (GAMBAR atas, jacket coklat), yang bersama saya ke Egypt dan Israel.

Nak keluar dari airport Tel Aviv dulu, saya kena tahan 40minit, mereka rampas laptop office saya, sebab (saya rasa) paspot saya banyak keluar masuk Malaysia dan Indonesia. Si negara setan tu ingat saya JI.
Mereka ada special equipment - kecil macam berus gigi - yang boleh detect jika ada serpihan kecil habuk bom = bomb particles. Dimasukkan dalam beg saya, dan laptop bag saya. Jadi jika anda tak bawa bom pun, tapi pernah bekerja di meja di mana ada bom sedang dipasang, akan dikesan.

Si Hassan pula ditahan selepas itu selama satu jam. Kerana, katanya lepas itu, ini kerana paspotnya dicop banyak sangat negara. Beliau telah membuat kerja menyelamat dan relief supplies ni, antaranya, ke Pakistan, China, Myanmar, Yemen, Indonesia (sangat kerap), jadi tentunya suspect JI juga.
Aish Hassan, kita hensome2 gini, sampai hati yahudi sangka kita sokong JI!?

Betullah cerita yang saya kerap dengar. Kamu MASUK Israel, depa tak banyak check. Sebab tahu semua takut nak seludup masuk.
Tapi bila kamu KELUAR, ah siap. Ada rakan saya dibogelkan 100 peratus. Bukan nak check apa, mereka cuma nak harrass orang, lebih lagi wartawan - termasuk wartawan wanita.



Barang Mercy Relief dah sampai pun ke Jepang. Alhamdullilah.
Yang derma kepada kumpulan bantuan Muslim ni bukan saja umat m Singapork, tapi yang bukan m juga.

GAMBAR bawah - Jaffar, manager Mercy, bekerja di sub-zero temperature. Sejuk, bro? Ini jihad brader, kamu naikkan nama agama bukan pekik2 demo, kasi jam satu bandar.
Tentunya ramai Jepang dah tahu nama 'Hassang' dan 'Jaffaru' ni di Sendai. Mereka sebut agama kamu 'Isuram'.
'Umato Isuram latang kasi-o maggi mee-o dan selimutu. Arigato gozaimasu toyota honda sushi panasonic'. Eh wah eh wah, pandai saya cakap Jepang sejak nonton Pokemon.


Tuesday, February 22, 2011

Rakyat Libya nak tukar bendera

Dulu mereka pakai bendera ini.
Bendera zaman di raja Libya.


Ini selepas negara itu bebas dari penjajah Itali = negara yang di seberang Laut Mediterranean.
Raja Idris hanya satu-satunya raja negara itu. Dari 1961, selama 18 tahun jadi sultan.

Pada Sept 1, 1969, mamat pegawai tentera berumur 27 tahun bernama Muammar Gaddafi  take over.
Bendera ditukar jadi satu warna saja, hijau, dengan tidak ada isi langsung.
Ia satu-satunya bendera di dunia yang hanya ada satu warna dan yang tak ada satu pun design atau perkataan atau binatang.


Kini, para demo nak bendera lama semula, selepas 42 tahun di bawah Gaddafi dan Rancangan Buku Hijaunya.
Mamat ni giler pun ada, tapi syiok juga lakonannya, termasuk security guard pompuan (terima kasih blogger Fudzail).
Pada 2009, beliau ke New York tapi pasang tent kat tengah bandar - tak mahu masuk hotel. Heehee.

BARU tadi saya dengar Gaddafi bercakap live on tv. Alamak, macam orang giler meracau.
Tapi nampaknya tanah ini akan berdarah banyak.

Baik di negara Arab mana pun, setelah kamu tumbangkan diktator, tak ada sistem dan pemimpin yang boleh take over.
Tapi apa nak buat, rakyat perut lapar, nak buka blog hentam pemerintah pun tak boleh, apa lagi nak demo besar2an.


LEBIH menarik, kapal perang Iran, dah pun masuk Suez Canal, Terusan Suez, menuju ke Syria - sebuah negara sekutu Iran.
Israel mengamuk tapi bacul. Kamu bom lah kalau berani! Tak boleh, sebab mereka takut Egypt Baru akan buka sempadan Gaza-Egypt, mampoi roket boleh dibawa masuk.
Kata kamu suka nah dengan demokrasi. Rupanya baik Am'erika mahupun Israel pembohong besar. Mereka mahukan minyak dan control semua, atas nama apa pun tak apa. Lepas tu tuduh umat M macam-macam.

DI Saudi, Raja Abdullah akan pulang ke tanah air, selepas tiga bulan berubat di Am'rika. Takut negara goyang.

Pulau Bahrain terpaksa cancel perlumbaan F1, opening race of the season.

Thursday, February 17, 2011

Demo, revolusi & makanan atas meja

Aha. Teruskan brader-brader sekelian.
Bahrain, Libya, Yemen, Iran.
Dan pemimpin di Jordan, Syria, Saudi pun dah mula pandang belakang.
Yang kat Iraq pun dah seram sejuk, dan tentunya di Morocco dan negara-negara kecil United Arab Emirates*.

(*Apa rasanya orang Qatar = mamat Timur Tengah cuba kasi komen sikit? Atau adakah orang Qatar semua gemuk-gedempol macam raja depa dan semua bahagia di syurga sebagai fat cats?).

Bagus, bagus.

Kasi roboh kota Melaka.
Muahahaaaaa (evil laughter, tertawa orang gila).
Keekeekeeeeee (hilai pontianak).

SAYA bukan dengki apa. Tapi jika anda tak ada pekerjaan, perut lapar, pemerintah corrupt, abang polis suka tangkap-rompak-pukul rakyat sebarangan, ah kau siap.



Antara banyak negara ini, yang paling disappointing pada saya ialah Iran. Sebab mereka dah ada pun revolusi hanya 32tahun lalu.
Shah Iran dijatuhkan semasa saya masuk politeknik pada 1979. Tapi kumpulan menggunakan slogan Islam naik lalu menekan rakyat atas nama agama pulak.
Mereka sibuk nak buat nuklear - atas nama keamanan atau nak buat bom, suka hatilah - tapi kurang sibuk menjana pekerjaan untuk rakyat.
Dan lebih parah lagi, rejim Syiah Iran ni sama corrupt dan busuk seperti rejim Shah Iran dulu. Baik abang polis, mahupun polis agama mereka pun sama juga.

KEPADA yang suka demo (termasuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS), saya harap mereka kini akan buat demo lagi dan suruh PAS sekelian kondemn kerajaan Bahrain, Libya, Yemen, Iran, Iraq, Jordan, Syria, Saudi dan negara-negara UAE.
Baguslah kita ajak rakyat melayu semua berdemo setiap hari pun, buat apa nak kerja keras cari ilmu nak kalahkan musuh. Kita pekik-pekik lagi sedap.
Tak sibuk pun si DAP dan kaum lain tu demo tiap-tiap isu.
Jelas nampak umat M bodoh, suka tunjukkan perasaan, sedangkan orang lain berfikir dan merancang secara strategik.

(Maaf, bukan saya benci Mahfuz, PAS atau DAP, cuma saya khuatir nafsu demo lebih kuat dari otak yang suruh kita berfikir secara strategik nak bawa perubahan. Baik di Maysia mahupun Singapork Darul Kasino, memang perlu ada pembangkang yang kuat. Saya lebih gemar cara KitSiang = gunakan perkataan nak main pedang dengan kerajaan, bukan dengan pekik tepi jalan).

YANG orang lupa, tak semua negara yang telah ada revolusi akan dapat memperbaiki kehidupan rakyat.
- Di Indonesia, selepas 13tahun Suharto jatuh kerana Reformasi, ekonomi mereka kini jadi kegemaran ramai - banyak pelabur asing nak masuk.
Itu pun belum dapat siapkan pekerjaan untuk semua rakyat - sebab tu ada 2juta rakyat Indonesia di Malaysia, 1juta di Saudi dan negara Arab lain.

- Di Filipina, selepas 25tahun People Power oleh Cory Aquino, rakyat mereka masih teruk brader. Kamu gi Manila, di keliling bangunan megah kondo dan pejabat ada banyak slums - kampung setinggan papa kedana.
Tiga hari lepas, kampung setinggan terbakar dan 10,000 orang kehilangan rumah. Minggu lalu, kampung setinggan terbakar, 20,000 orang kehilangan rumah. Begitulah daif mereka, rakyat revolusi.

Ada setengah juta rakyat mereka di Singapork cari makan.

- Di Soviet Union dah 25tahun sejak zaman Glasnost dan Perestroika oleh Presiden Gorbachev. Negara Soviet hancur berpecah menjadi Russia dan 15 negara lain yang kecil.
Tapi walau ekonomi lebih baik, politiknya tak berubah. Biasalah cerita rejim ganas - abang polis jahat, corruption berleluasa dan seterusnya.


JADI kena ingat tidak semua revolusi akan memperbaiki kehidupan.
Sebelum kamu gi pekik-pekik 'revolusi' dan 'reformasi' di mana pun, kena fikir juga siapa yang akan beri kamu pekerjaan dan letak makanan atas meja untuk keluarga.
Sekali sekala, tentunya tak salah umat M ni berfikir secara strategik, bukan jadi bodoh berdiri bawah mentari pekik-pekik lepaskan geram.
Egypt dan Tunisia kini masalah besar. Ribuan rakyat Tunis lari ke Italy dan Eropah naik bot (GAMBAR) nak cari pekerjaan dan nak makan. Kita doakan negara mereka akan pulih segera.

Tak salah nak demo, tapi kalau selalu sangat berdemo dan pekik-pekik, kasi KL traffic jam teruk dan menyusahkan orang nak buat business, kamu merosakkan nama negara sendiri.
Sama seperti orang Thailand, yang setiap minggu ada demo Yellow Shirts atau Red Shirts. Kerja bodoh yang rosakkan nama negara.
Kesannya lebih besar jika kamu hanya sekali-saja demo.


1) Pssst, kamu lihat tak - Israel sonyap saja. Tak ada demo pro-demokrasi, sama macam DAP. Lain sungguh orang berstrategi dengan yang pakai hati tapi tak pakai otak.
Apa mereka buat? Mereka lagi buat rancangan baru beb. Nanti lain kali boleh cerita.


2) Sedang kita semua lalai berdemo, sedar tak anda bahawa Sudan kini dah dipecahkan? Orang Nasara dah menang besar, dapat South Sudan. Dulu satu negara besar, tapi pemerintah Sudan Arab-Muslim di utara ni zalim tak kena tempat.
Ah sekarang dah dipecahkan. Mampos lu - sebab minyak di di selatan Sudan (termasuk projek Petronas).
Tak lama lagi saya rasa Darfur tu pun akan dicuri.
Teruskan kan brader-brader di KL, teruskan berdemo tanpa fikir panjang.


-------------------------------------------
TAMBAHAN PAGI

Umat M ni satu bilion lebih. Tapi habuk tak ada yg jadi inventors.
- Kita bangga naik Mercedes yg sejuk dan laju. Buatan Jerman.
- Bangga ada iphone. Buatan Amerika.
- Bangga ada banyak bank akaun dan bond. Rekaan yahud wan nasara.
- Bangga ada TV 52inch nipis macam kertas. Buatan Korea.
- Kita hanya pandai buat kueh lapis dan nasi lemak. Dah makan, kena kencing manis.

Empat-lima tahun lalu, saya mengunjungi pameran ciptaan sains Islam anjuran kementerian teknologi Malaysia di KL, anjuran menteri masa tu, Jamaluddin Jarjis.
Hai, malu aku. Semua yg dinamakan teknologi tu benda ribuan tahun. Mesin angkut air dari sungai, doktor umat M dulu yg jadi pioneer nak operation orang sakit, sistem pengiraan perjalanan mentari dan sebagainya.
Aku ingat ada benda baru yg kita bina!? Habuk tak ada.
Semua tu pak arab dulu buat. Pak arab sekarang malas, yg melayu tak pernah rajin.

Saya dah banyak kali mengomel, bila nak naik, sapu dunia ni semua? Bukan susah sangat - hanya perbaiki benda yang orang dah reka. Improve upon a product.
- iPad = mesen touchscreen dan komputer jenis tablet. Ia bukan direka Steve Job. Dah lama benda tu ada. Tapi beliau bijak memperbaiki sofwenya dan hardwarenya berbentuk seksi. India dan China pun ada reka hardware ni, diisi dengan sofwe Android.
- TV nipis = yg reka dulu siapa? Mamat Amerika? Kini TV yang sungguh cantik, dan saya bila terlihat kelmarin (kata omputeh) was floored, ialah jenis LED flat screen buatan Samsung. Nipis giler. Dan belakangnya pun cantik macam iPad!
Kadang tak payah buat benda baru, sebagai Creator atau Inventor. Cuma nak cari umat M yang boleh jadi Designer pun jadilah.
- News cable TV = sebenarnya ada juga ler umat M dapat naikkan perbaiki produk yg sedia ada.
Emir gumok Qatar tu buat Al Jazeera (bahasa Arab). Kini jadi pujaan satu dunia Arab - di MENA (Middle East dan North Africa).
Cable TV dah banyak, seperti CNN, BBC, Sky, Fox, tapi masa tu belum yang ada secara besar-besaran dalam bahasa Arab dan dapat dinonton di banyak negara Arab, pan-Arab news channel. Lalu Al J ni masuk. Syabas.
Kini dah diikuti pula Al-Arabiya milik Saudi nak lawan mereka. Baguslah ada competition dan wartawan pun ada banyak kerja.
Dan biar mereka nonton berita dari kacamata sendiri.

INI hanya example mudah.
Any big ideas from the Muslim world?, tanya mamat arab ni (terima kasih blogger Fudzail).
Arab ni banyak duit, depa ler kena biaya projek produk baru ni.

Nasib baik aku dah tua, ada excuse - pak chic dah tempang dan ada penyakit diabetes, macam mana nak kerja kuat. Otak pun dah karat, asyik pikir bila nak duduk masjid bila masuk waktu (phwee-weet).
Baca ngomel lama saya sini, sini, sini dan sini. Kadang ada idea besar, tapi executionnya lemah. Tidak apa, sekurang-kurangnya mencuba juga.

Saturday, February 5, 2011

'Pak Arab, belajar dari Malaysia, Indonesia'

Tulisan mat salleh Australia.
Maklumlah, kita kat sebelah sini, jika orang kita tulis ada saja tak betul.
Tapi jika angmor tulis, pembangkang Maysia pun terima!
Baca ni.


--------------------------------------
TIKUS YAHUDI LAWAN SUICIDE BOMBERS

Pandai bangsa ni. Tikus pun depa latih nak kesan bom!
Kita nampak tikus calibut lari!

Friday, February 4, 2011

Mesir - Tentera terus kukuh

Kesemua lima presiden negara terbesar di Timur Tengah ini bekas jeneral, termasuk Abdel Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.
Memang tentera dari dulu kuat. Tapi tentera semakin paling berkuasa hari ini setelah nama abang polis busuk kerana (atas arahan) menyerang dah membunuh para demo.


Tentera banyak business dan sehingga shopping centres sendiri. Mereka sekuat rejim yg disokong tentera seperti di Thailand, dan macam di Indonesia dulu (Sukarno, Suharto, Yudhoyono semua bekas jeneral beb), Filipina dulu (zaman Marcos), juga Myanmar.
Di Mesir, tentera seramai 1juta (dari 80juta rakyat). Tentera 10 terbesar di dunia, dan yang terbesar di antara negara MENA (Middle East and North Africa).

Semua orang tahu hanya tentera yg kuat berpengaruh setelah seminggu demo - bukan Mubarak, bukan abang polis, bukan orang yg berpekik dan melempar batu kat Dataran Tahrir tu.

Pandai abang tentera ni berstrategi.
Yang pekik-pekik kat tengah jalan hingga traffic jam dan rosakkan perniagaan negara tu tak semestinya yg bijak. Mereka bersemangat, tapi yg memang akhirnya adalah yg berfikir panjang.

Saya terkejut dengan mesej Fareed Zakaria di CNN satu jam tadi.
Beliau telah menelefon orang-orang dalam di Mesir, nak tanya apa yg terbaru:
- 50 peratus dari Cabinet baru Egypt kini ahli tentera.
- 80 peratus dari gabenor juga kini tentera.
- Mereka dah mula sekat pemimpin yg bukan tentera, sedang orang lagi sibuk dengan demo di Tahrir Square. Termasuk Rachid Mohammed Rachid, bekas menteri perdagangan yg bersih. Bank akaunnya dah disekat, tak boleh terbang keluar.
- Tentera mahu terus berkuasa dari atas sebab banyak untung kewangan. Maka mereka sanggup sacrifice siapa saya, termasuk keluarga Mubarak.


TAPI argument dari sudut lain:
Adalah lebih baik tentera ambil alih. Mereka dah memang kat atas pun.
Sebabnya?
Dalam sistem cronyism di banyak negara, kita pun tahu. Jika kita bukan inner circle, jangan harap nak kontrak besar-besar. Nak dapat projek balak dengan mudah. Atau dapat francais, atau lesen.

Tapi sistem tentera di negara di mana tentera kuat dan dihormati, adalah berbeza.
Anak orang miskin dari kampung pun, jika berdisiplin dan pandai sikit, dapat masuk tentera.
Lalu terus berharapan akan naik pangkat dan perbaiki gaji dan kehidupan keluarga.
Ramai anak-anak Mesir berkhidmat dengan tentera, baik di pangkat bawah mahupun di jawatan tengah.
Maknanya kamu dari keluarga miskin hari ini, boleh berpangkat tinggi dan bergaji besar.

Rakyat Mesir seramai 80 juta (Malaysia 27juta, Singapore 5juta)  - sepertiga daripada semua orang yang bernama Arab.
Negara Mesir ni susah beb, sebab ramai sangat orang muda.
Setiap tahun, kerajaan kena siapkan 750,000 pekerjaan baru! Tak pingsan kita!
(Di Malaysia, setiap tahun 100,000 pelajar keluar dari kolej dan universiti).

Dan tentera - tidak seperti abang polis - dilihat sebagai pasukan yg boleh defend negara jika Israel nak serang pun.
Dan tak seperti abang polis, tentera tak pukul dan tangkap orang sebarangan di tepi jalan. Tak siksa rakyat sebarangan dalam balai.
Itulah yang menyebabkan tentera disayangi, walaupun apabila jeneral-jeneral ni dah naik, mereka kaut semua juga.

It's far from over.

Di akhirnya, jika nasib rakyat dibela, semua dapat pekerjaan baik, anakbini kita hidup aman, corruption dikurangkan, cukuplah tu.
Bukan semua orang mengharap dapat projek balak di Kelantan atau Kedah, Pahang atau Sarawak.
Tapi jika negara terus maju dan stabil, rakyat biasa selalunya tak banyak pusing dengan permainan orang atas. Bila dah terlalu dan melebih, itu yang buat rakyat naik berang.


TABIK UNTUK WARTAWAN: Wah, Christiane Amanpour, minah berbangsa Parsi yg dulu dengan CNN, kini dengan ABC, dapat scoop interview dua kali.
Wartawan pertama yg dapat wawancara Mubarak setelah kekecohan bermula.
Lepas tu wawancara pula VP Omar Suleiman!
Whoa.
Kamu ingat Christiane ni saja dari tanah Timur Tengah di CNN?
Hala Gorani anak Syria, juga di Cairo kini.
Juga Arwa Damon, ibunya warga Syria.
Si Fareed tu lahir di Mumbai, India.

Tapi tak kisah mereka agama apa. Sekurang-kurangnya mereka faham juga jiwa Arab ni, bangsa yang panas baran kerana mungkin mentari terlalu terik dan unta minum air mereka kat sungai.

UNTUK BACAAN: Jika ada masa beb, baca Foreign Affairs.
Pandangan dan analisis dari kumpulan powderful, Council of Foreign Relations, Amerika yg disanjung tinggi.
Bos baru saya wajibkan kami baca ni sejak depa masuk.

Sunday, January 30, 2011

Lepas Egypt?

Lebih 150 rakyat Mesir dah mati dalam Revolusi ini.
Dari malam semalam, saya nonton CNN, Fox, Sky dan BBC.
Al Jazeera tak ada siaran kat Singapork. NEWS: Pemerintah Mesir dah suruh Al J (bahasa Arab) tutup serta merta.

Saya nampak di TV jambatan di tengah bandar Cairo yang menyeberang Sungai Nile (pak arab panggil 'Nil').
Teringat saya pernah lalu di atas tu beberapa kali, dan naik boat di bawahnya.
Banyak tempat shopping dan bazaar di situ, dan banyak five-star hotels dan restoran untuk tourist atas air. Saya tak sempat turun masa tu sebab ke sana buat kerja lain.

Kini jambatan Nil tu penuh dengan tank dan APC tentera Mesir (Gambar: Panji tentera).
Dengan rakyat yg pekik-pekik marah dan gembira.
Begitu orang jadi berani bila dah marah.

Saya dapati Sky ada maklumat ni malam semalam - Gamal Mubarak (Gambar), anak Mubarak yg berusia 47 tahun, dah calibut dengan jet peribadi ke London.
Dan 19 buah jet peribadi lain dipenuhi orang kaya Mesir dan harta mereka dah terbang keluar.

Maklumat lain yang mungkin anda belum dapat (kalau ada yg lain, sila tambah):

- 50,000 hingga 100,000 warga Amerika ada di Egypt. Sebagai tourist kebanyakannya. Ramai dah berpusu di airport.

- Kumpulan pembangkang terbesar di Mesir, the Society of Brothers (Muslim Brotherhood), Al Ikhwan Al Muslimin, tak nampak. Tak ada slogan Islam di jalan raya. Ini mungkin taktik mereka. Muslim Brotherhood (yg dituduh ada kaitan disokong Arab Saudi dengan Anwar Ibrahim sekali - tapi katanya tak betul) kena ban oleh pemerintah Mubarak.
Jadi jika mereka di depan, nanti ada sebab untuk crackdown yg kasar.
Jadi mereka sembunyi belakang tabir dulu, menurut laporan.

- Israel masih terus senyap. Ketakutan.
Kata sokong demokrasi - suruhlah rakyat bangkit!
Dulu suka nah laung - kami satu-satunya demokrasi di Timur Tengah, sokonglah kami. Nenekdiamatitercekikbawahjambatan.
Penipu besar. Macam Amerika.

Mereka takut sungguh Muslim Brotherhood naik. Mungkin sebagai salah satu dari parti yang akan memerintah Egypt lepas ini (jadi ruling coalition partner macam BN dan Pakatan).
Jika ini berlaku, Muslim Brotherhood (Gambar: Logo Al Ikhwan) ni sokong kuat Hamas di Gaza. Mungkin mereka akan buka pintu masuk-keluar Gaza di Rafah!

- Kenapa rakyat ramai sokong Al Ikhwan? Ini kerana selama 30 tahun Mubarak jadi presiden, sistem bantuan kerja dan orang miskin, hospital - social systems - semuanya rosak, tak bergerak. Sedangkan Brotherhood ni ramai bantu rakyat.

- Perampok di mana-mana. Merompak dan pecah kedai dan rumah. Ramai penduduk dan pekedai buat group kawalan sendiri, agar kawasan mereka selamat.
Ada rumour bahawa ini kerja abang polis - bahawa pemerintah suruh mereka huru-harakan negara agar rakyat benci dengan demo.

Di Tunisia, semalam, sedang orang demo dan terus demo (walau pemerintahan Ben Saleh tamat), tiba-tiba puluhan kumpulan lain datang - siap dengan batang kayu dan baseball bat. Mereka adalah para pekedai yg fed-up kerana rakyat terus demo dan orang takut nak belanja. Dan kerana perampokan terus berlaku.
Sama macam di KL, nak demo tu kena hati-hati. Kerana ada orang nak berniaga, nak hantar barang, ada tugas. Jangan lama-lama sangat jalan ditutup.

- Yusuf Qaradawi pun dah berani bersuara:
As Mubarak refused to quit, influential Arab clericYusuf al-Qaradawi accused him of having turned "blind, deafand dumb" and asked him to step down,
"President Mubarak ... I advise you to depart fromEgypt ... There is no other solution to this problem but forMubarak to go," Qaradawi said.


ORANG dah mula bertanya. Lepas Egypt, ke mana nak bawa revolution ni?

--------------------------------------------
GAMBAR SAYA PETIK FEB 2009 DI MESIR

Sedih saya lihat kiri-kanan jalan raya di Cairo.
Dari Cairo, kumpulan kami dari kumpulan bantuan Singapork, Mercy Relief, menuju ke semenanjung Sinai dan terus ke Rafah - border nak masuk Gaza.


Gambar atas ni saya petik sebab pada apa yang saya lihat, jarang nampak 'kondo' secantik ini di Cairo (maaf jika salah). Ini semasa perjalanan KELUAR dari Cairo.

Gambar di bawah ni - dekat airport Cairo. Airport mereka dekat betul dengan downtown. Macam Subang masuk KL gitu. Jika ini tempat kondo glam mereka, tak cantik langsung. Skylinenya tak secantik KL mahupun JB atau Penang.



Yang janggal ialah dalam beribu kereta usang dan van dah tua, nampak Mercedes cantik baru, dan kereta 4-wheel drive Ford besar warna merah. Itu kereta orang kaya Mesir, kroni Mubarak.



Ah, pemandangan begini (atas) yg banyak saya nampak. Sedih, berabuk, bangunan raw brick wall yang tak dicat pun, berwarna tanah padang pasir.
Tapi notis juga - jalan raya okay! Maknanya ada juga benda yang dijaga baik oleh pemerintah Mubarak.



Gambar atas - pintu masuk di Rafah. Tapi ditutup oleh Egypt dan Mubarak. Di keliling tempat ni banyak tentera dengan senjata. Di sebelah sana tu ialah Gaza.
Di keliling tempat ini juga - padang pasir - banyak lubang-lubang besar dikorek. Untuk smuggle masuk barangan makanan, fridge, pakaian, dan juga senjata dari Mesir ke Gaza.
Ada cerita detail tentang pengorekan tunnels ni, tapi nanti jika saya berani, saya cerita di lain masa.


PETA: Cairo ke Rafah (Gaza Strip) - merentas jalan padang pasir. Seberang Suez Canal dan melalui El Arish (dekat Port Said).
Naik van kira-kira 6jam Cairo-Rafah.
Suez Canal - jalan laut yang bantu tembus dari Mediterranean ke Red Sea. Dulu kapal dari Eropah nak ke India dan Tenggara Asia, kena pusing benua Afrika. Suez Canal ni short-cut. Setiap kapal yang nak lalui Canal ni kena bayar duit toll.

Kami naik van nak masuk Semenanjung Sinai naik jambatan besar dan maha tinggi - sebab ada banyak kapal jalan kat bawah.

Tuan, puan,
Setelah seberang Suez Canal tu, kami masuk ke Semenanjung Sinai (Sinai Peninsula). Apabila Nabi Musa lari dari Firaun (dekat Cairo) dengan kaum yahudi, mereka lari ke Sinai.
Ini tanah yang ada tapak nabi. Sedih rasanya beribu tahun kemudian, tanah ini masih berkecamuk.
Cousin lawan sama sendiri - pak arab dan pak yahudi. Sehingga kita satu dunia pun jadi payah.

Saturday, January 29, 2011

Egypt, Jordan, Yemen bergolak. US takut

Nampaknya riwayat Mubarak dah habis.
Dah nak habis? Saya rasa dah habis - jika rakyat terus mengamuk di jalan raya.
Baguslah.
Seperti Tunisia, Mesir juga disokong kuat oleh Amerika. Kini Amerika mainkan lagu konon mahukan demokrasi utk kedua negara ini. Licik si Uncle Sam ni.


Di Mesir/Egypt, 33 peratus orang tak ada kerja.
Jika dibawa ke Malaysia (ada 11juta pekerja), misalnya - maka 3.63 juta orang tak ada kerja. Bayangkan jika 1 dari 3 orang dewasa jantan di Malaysia tak ada kerja. Ooo, cari pasal tu.


Separuh daripada rakyat Mesir yg 80 juta miskin - belanja hanya purata US$2 sehari (RM7). Kalau wang yg sama dialihkan ke KL, kita naik bas-LRT pergi-balik kerja dan sarapan dah habis dah.
Ini belum lagi jika naik kereta pergi-balik kerja dan parking kat bandar, duit minyak.

Apabila saya ke Mesir pada 2009, nampak benar kemiskinan.
Sama seperti di Delhi atau Jakarta.
Bezanya, kebanyakan mereka di Delhi dan Jakarta ada pekerjaan.
Betul ada corruption di India dan Indonesia, hingga polis dan semua pegawai pemerintah minta duit jika nak lakukan sesuatu. Tapi mereka tahu mereka anda undi. Jika marah boleh undi keluar Manmohan Singh dan Susilo Bambang Yudhoyono.


Tak seperti di Egypt, di mana elections semua diatur di belakang tabir - dengan sokongan Amerika you. Uncle Sam bising2 kat Malaysia dan Indonesia tentang demokrasi dan reformasi pada 1998, tapi rupanya Tunisia, Egypt, Jordan, Saudi Arabia, etc dah berpuluh tahun tak ada demokrasi.
Tapi Uncle Sam senyap sebab mahukan kestabilan untuk kebaikan Israel, dan agar dapat minyak dengan murah dari Timur Tengah. Jika mulut rakyat disumbat, mereka boleh buat apa saja.

(Singapork mungkin kamu kata 'tak ada demokrasi', tapi sebenarnya boleh undi PAP keluar jika rakyat marah sangat. Dan semua rakyat Singapork ada pekerjaan).


UJIAN NAK TAHU NEGARA MISKIN

NAK tahu sesuatu negara tu ramai rakyat miskin atau tidak, lihat kiri kanan bila kamu berjalan di bandar mereka.
Ini simple tests saya:

- Ramai pengemis? Di Malaysia jarang. Cuma kat masjid KL mungkin ada, itu pun orang Myanmar kebanyakannya.

- Ramai yg pakai baju compang camping, atau baju dah karat. Di KL boleh kata tak ada, tapi saya nampak di Kelantan, Terengganu walau sedikit, dan ramai di Kota Kinabalu (mungkin warga Filipina kot).

- Tempat makan atau restoran di tepi jalan tak banyak pasang aircon. Kita tak include tempat makan dalam shopping centre.
Dah kita tak boleh sertakan restaurant chain seperti Coffee Bean, Macdonalds atau KFC yg gerenti ada aircon.
Atau jika tak ada aircon pun, tempat makan itu bersih dan kita tak takut nak makan di situ - ia bersih seperti banyak restoran mamak dan kedai makan Mak Limah di KL dan Shah Alam.


Di Kota Baru dan Kuala Terengganu, banyak kedai makan di tepi jalan ada aircon, atau jika tidak pun, bersih dan kita tak takut masuk dan makan di situ.
Maknanya, things are not so bad.

Jika banyak kedai makan beraircon atau bersih, ia bermakna ramai pelanggan yg mampu makan di situ. Ia bermakna kadar kemampuan (gaji) boleh tahan.

- Rumah dan pangsapuri di tepi jalan nampak teratur dan bercat 'baru'.
Di Damansara Heights dan Bandar Utama, semua rumah dan kondo cantik. Di Keramat dan Bangsar Baru banyak juga pangsapuri yg dah lama tak dicat!
Tapi di negara miskin, hampir semua pangsapuri dan kondo karat! Seperti di Mumbai - bandar terkaya India kerana ia business centre dan bandar Bollywood.


Di Cairo yang saya kunjungi tu, nampak tanda-tanda kemiskinan di mana-mana.
Yang memeranjatkan - Amerika memberi bantuan sebanyak US$1.3 billion Setiap Tahun kepada tentera Mesir! Dan US$250 juta setahun sebagai bantuan ekonomi.
Saya rasa Uncle Sam tak banyak soal apa digunakan dengan wang tu. Asal negara Arab yang mempunyai tentera terbesar terus stabil dan berbaik dengan Israel.

LEPAS tu ada problem lagi - abang polis dan secret police (SB, kata orang Malaysia. ISD kata orang Singapork) Egypt jahat giler.
Tangkap orang sebarangan, pukul hingga mati dalam tahanan, dibawa mahkamah pun tak guna sebab kes kena buang - eh eh, macam pernah dengar kat negara lain.

LAGI MASALAH - inflasi tinggi. Harga makanan dah melonjak. Apa punya kerajaan nih!


TERUS MEREBAK

JADI isu-isu ini semua dipendam begitu lama. Membakar hati. Gerrrrammmm!

MAKA ia meletup selepas mereka lihat Tunisia dah jatuh.
Dah merebak juga ke Jordan.
Dan Yemen.
Pemerintah Lebanon baru tumbang.
Algeria pun orang dah mula nak demo!

Kata Lt Col Ralph Peters, Fox News strategic analyst - by supporting a relic and a dictator, America is hurting our long term interests.
Tahu pun.


WATCH THESE:

- Ramai wanita juga turut demo. Ada yg pakai chador pun. Ramai orang muda. Ini bukan demo teratur kat depan embassy America di Jalan Tun Razak. Semua orang yg marah terus keluar secara spontan. Sama macam Reformasi 1998 Malaysia dulu.
Di negara Arab, wanita selalu duduk rumah. Jika mereka keluar tu, signal kuat kemarahan rakyat.
- Tentera Mesir dah keluar dengan tank besao. Tapi mereka tak masuk campur, cuma hang around saja.
Jika anda lihat tumbangnya Shah Iran dulu pada 1979, kejatuhan beberapa pemerintah di Thailand (coup d'etat), Cory Aquino jatuhkan Marcos di Filipina 1986 dalam People Power Revolution - tentera keluar tapi tak tembak rakyat. Maknanya para jeneral bersama rakyat!
Polis telah disalahkan banyak pukul rakyat yg demo. Seramai 35 orang dah mati beb.
Mubarak pun dulu dari tentera - sebagai komander air force.
Jika para jeneral kata - cukuplah tu Mubarak dan first lady, maka tamatlah depa.
Itulah yang berlaku hanya dua minggu lalu di Tunisia - para jeneral kata bye-bye kepada Ben Ali dan wanita pertamanya.
- Ada lagi satu argument kenapa Amerika begitu kuat menyokong banyak diktator Arab ni. Sebabnya ialah mereka takut parti Islam akan naik termasuk Muslim Brotherhood. Israel pun takut beb jika kerajaan diktator jatuh.
Kini jika Mubarak jatuh di Mesir dan apa yg terjadi di Tunisia. Siapa yg akan naik? Mereka nak control lagi diktator baru, atas nama 'preventing pro-Al Qaeda groups from coming to power'.


POST SCRIPT

Takut anda tersalah sangka dan rasa saya benci dengan Amerika, biar saya kata kat sini: Amerika kuasa besar di dunia. Satu-satunya kuasa besar di dunia, walau China tak lama lagi join depa.
Jadi apa yg dibuatnya Tepat. Jika saya Amerika, saya pun buat seperti apa yg dilakukannya!
Kenapa tidak: Kita sokong selective democracy atau apa jua pun, agar dapat minyak dengan murah, dan rakankarib kita Israel tak diserang.

Saya sebenarnya segan betoi dgn Am'rika ni setelah melawat dua minggu tahun lalu - sini, sini dan sini.
Mereka hanya perlu dua tiga orang bijak nak kalahkan kita yg berjuta-juta.
Mereka ada Warren Buffett, Alan Greenspan, Steve Job, Maurice Greenberg, Bill Gates, Sergey Brin, Jeff Bezos, Larry Elison, Mark Zuckerberg, Pierre Omidyar. Tak pernah dengar nama mereka? Saya sengaja tak beri link. Gi Google.
Mereka semua telah merubah hidup harian kita sedunia!

Yg saya marah ialah umat M yang bodoh diperkudakan oleh orang lain. Mereka pecah2kan kita, lalu kontrol pemimpin kita, dan bagi bantuan wang.
Macam mana rakyat nak naik ilmu dan reka sofwe dan barangan elektronik yg boleh menukar dunia, jika pemikiran kita dikekang.

Monday, January 17, 2011

Suami rompak negara, isteri tamak harta (bukan M'sia)

Dah jatuh, baru keluar cerita busuk yang memalukan.
Ini baru satu 'negara Islam'. Ianya bernama Tunisia, dulu namanya ialah negara conqueror terkenal Carthage, sehingga empayar Rome pun segan.
Di sini, sini dan sini. Bawa lari emas lagi bertan-tan si isteri presiden sedangkan rakyat lapar!

First Lady ni, Leila Trabelsi, 53 tahun, mukanya berbotox, nasib baik orang politik kita di Singapork dan Malaysia semua muka ori.
Dan nasib baik ahli keluarga politik Singapork dan Malaysia tidak keluar gambar mereka di akhbar setiap hari, ya.

Diharap isu tamak-akan-rugi-akhirnya merebak ke 'negara Islam' yang lain.
Biar semua dah roboh, jadi lebih demokratik dan ada suara rakyat, tingkatkan ilmu, boleh tentang Yahudi dengan lebih strategik.
Malu saya baca artikel ini di New York Times bagaimana sofwe engineers Yahud wan Nasara kalahkan pelan bom nuke Iran. Harap kita pelajari strategi mereka yg begitu licik dan baik.
Kamu bakar bendera, pekik-pekik pun tak guna. Israel dan Amerika kat belakang kamu lepaskan Algos dan Stuxnet. Mampoi kita.

Sunday, January 16, 2011

Ekonomi N-11 akan pesat, Malaysia tak ada

Saya pernah tulis di sini tentang STINC, BRIC, BRIIC yang datang selepas Tiger Economies.
Tiger Economies ialah nama jolokan para ekonomis untuk negara yang membangun pantas dalam tahun 1990an. Ia termasuk Singapork, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Malaysia.

Kenapa perlu nama jolokan seperti itu?
Ia memudahkan syarikat broker saham, bank pelaburan dan para ekonomis bila nak 'menjual' nama negara itu kepada pelabur pasaran (portfolio investors. Beza antara portfolio investors dan foreign direct investors di sini).
Dan nama jolokan ini segera diambil oleh media dan orang politik.
Dr Mahathir misalnya, berbangga dulu menyebut Malaysia sebagai sebuah negara 'Tiger Economy'.

Ada pula gunakan nama jolokan STINC - Singapore, Thailand, Turkey, Indonesia, Chile.


Kini investment bank Goldman Sachs yang memberikan nama jolokan BRIC (Brazil, Russia, India, China) - yang kini dipakai ramai - menambah lagi satu jolokan baru, Next -11.

Goldman Sachs ni nama bank pelaburan terkemuka di Amerika dan seluruh dunia. Sama seperti nama-nama Lehman Brothers (dah bankrupt), Solomon Brothers, Merrill Lynch. Di pasaran saham, bond, komoditi dunia, mak oi, jika kamu sebut nama mereka ni, gentar orang.
'Solomon analyst says buy Tenaga stock' atau 'Merrill's latest report says sell out of Southeast Asia and buy Latam (Latin America)'.
Jadi kini mereka kata N-11 ni boleh menjadi ekonomi-ekonomi terbesar di dunia di masa depan, selepas BRIC.

Senarai N-11: 
Bangladesh, Egypt, Indonesia, Iran, Mexico, Nigeria, Pakistan, Philippines, South Korea, Turkey, and Vietnam.
Tujuh dari 11 itu negara yang bertaraf 'negara Islam'.

- Saya pernah cerita banyak kali mengenai potensi Indonesia dan Turkey.
- Nama Vietnam di situ pun saya tak terkejut kerana dengan diam-diam, ekonomi negara sosialis ini sedang naik pantas, walau banyak corruption dan wastage serta cronyism (samalah dengan cerita di dunia ketiga semuanya).
- Yang saya terkejut ialah nama Korea Selatan di situ. Bekas Tiger Economy, kini kena kejar di belakang BRIC countries. Ekonominya akan dapat naik pantas kembali, menurut Goldman.
- Dan saya terkejut lihat nama lain seperti Bangladesh, Egypt, Iran, Mexico, Nigeria, Pakistan dan Philippines!
Kerja saya ialah 'menjaga' berita Asia Tenggara (9 negara Asean TIDAK termasuk Temasek) serta Asia Selatan (India, Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh, dan yang lainnya termasuk Bhutan dan Nepal).
Tak pulak saya nampak potensi ekonomi besar dari Bangladesh, Pakistan dan Philippines ini. Tapi baguslah jika para ekonomis tu kata negara-negara ini akan maju.



Malaysia? Tak ada.
Tapi seperti saya pernah kata beberapa kali, it's nothing to do with kekecohan politik atau so-called corruption of the judiciary dan lainnya.
It's just business. Mereka tak takut kamu debat politik, tapi mereka bertanya - What is your investment story?

Kamu nak jual ubat kepada pelabur - apa dia yang kamu nak offer? Adakah lebih baik dari yang terdapat di negara yang sama kecoh seperti Pakistan dan Iran?
Saya dah mula nampaklah adanya ETP = Economic Transformation Programme. Tapi masih terlalu banyak retorik politik dari semua pihak yang mengkaburkan pandangan pelabur.
Mereka tak takut jika kamu bertengkar antara Pakatan dan BN, yang mereka mahu lihat hanyalah consistency dalam mesej pelaburan kamu.
Tapi sayang, nampaknya masih kabur sebab semua politikus sedang sibuk nak pertahan/masuk Putrajaya, bukan memacu ekonomi.

JIKA tanya saya - kurangkan riuh rendah retorik. Nak bertelor biar cepatlah, wahai Najib dan Anwar, Kit Siang dan Ibrahim Ali.
Kamu sibuk bertengkar satu kampung, tapi tak ada cerita baik untuk membuat pelabur berkata - 'Mereka ni negara demokratik tak seperti Singapork, jadi kita faham kenapa selalu bising dan banyak isu. Tapi investment story mereka tetap cantik!'

So, what is your investment story?

Monday, July 19, 2010

Orang reka robot, Muslim nak fatwakan kopi

Orang Jepun dulu bodoh tak tahu buat kereta. Mereka copy kereta omputeh dari Amerika dan British, kini control satu dunia sebab mereka dah pandai mereka jentera yang cantik dan murah.
Sama juga dengan barang elektronik seperti TV dan komputer. Jepun dan mamat Korea copy dari omputeh, lepas tu buat lebih kecil, menarik dan murah.
Sekarang China pun dah jadi negara copycat. Kereta, barang elektronik termasuk ponsel, aircon dan TV serta fridge.

Si Muslim pun pandai copy juga. Yang reka suicide bombing bukan kita, tapi antaranya ialah Tamil Tigers dari Sri Lanka.
Begitulah cara mereka letupkan bom yang membunuh bekas PM India Rajiv Gandhi - pada 1991, lama sebelum suicide vest ini jadi trademark Umat M.
Sekarang Muslim dah 'perfected the technology', kata omputeh.
Bukan saja mereka serang tentera musuh - kalau yang itu OK juga woi - orang lagi solat kat masjid pun dia letupkan berkali-kali, hanya kerana perbezaan pendapat. Bravo.
Jika kita terus sokong mereka ini, jangan terkejut jika nanti satu hari ada mamat Melayu bangang yang letupkan dalam KLCC dan di masjid KL.

Saya selalu mengeluh.
Kenapa kita tak pandai copy benda seperti di bawah ini.
Dengan rekaannya orang New Zealand, mereka dapat bantu mamat lumpuh ini (GAMBAR) berjalan!
Syiok saya lihat. Dan jealous untuk umat.
Kalau nak suruh kita invent iPad atau laptop baru, tentu tak boleh buat.
Tapi, saudara dan datin, jika kamu ada anak muda yang boleh diajak invent benda yang akan dipuji manusia, tentu akan disebut-sebut nama inventor bernama Muslim itu.

Cerita Rex exoskeleton itu di sini. Ada video lagi!
Mungkin mesin ini tak begitu baik. Tapi tentunya masih boleh diperbaiki. Alangkah baiknya jika nenek dan datuk kita dapat berjalan semula!

Tak payah yang teknologi canggih. Lihat saja vuvuzela - trompet plastik rekaan omputeh Afrika Selatan yang begitu popular dalam World Cup.
Mudah saja. Mamat pereka kata dia copy dari vuvuzela yang digunakan orang kulit hitam, dan diperbaiki.
Kini jadi hit seluruh dunia dan mengkayakan perekanya.

Dah kaya kelak, kamu belilah 10 kapal aman gi Gaza, atau buat 10 universiti dan hospital di Egypt, Jordan dan Syria nak bantu Palestin.
Kalau kamu baca sejarah, kamu akan tahu bahawa puak yang control Jerusalem tu bukan hanya selama 10, 20 tahun, tapi beratus tahun. Jadi jika nak sangat kalahkan mereka, fikir strategi jangka panjanglah.
Jangan nak lepaskan geram tak kena tempat, malukan umat dan agama.
Enough said.

-----------------------------------
KOPI LUWAK HARAM?


Saya rasa ulama Indonesia ni baca blog remgold. Heehee.
Baru minggu lalu saya bual tentang kopi luwak - kopi dari najis musang. Kini dah mula ada yang nak keluarkan fatwa pulak. Nak haramkan kopi ini.
Walhal, kopi luwak ni dah puluhan tahun, jika tidak lebih dari itu, jadi tradisi minuman di Indonesia. Kesian si musang luwak ni (GAMBAR).
Luwak pulak pandai cakap omputeh, dan memberitahu blog ini - 'What did I do to deserve this? I just ate my fav food and shat. Like that also cannot?'

Gila.
Negara kamu banyak isu corruption, termasuk yang dari partai politik beragama pun. Menteri Agama pun pernah dituduh kebas duit orang nak gi haji! Astaghfirullah.
Itulah yang diselesaikan dulu, 'bang.
Ramai rakyat miskin. Tinggal tepi longkang, mandi dalam longkang.
Keluarkan fatwa orang kaya bantu orang miskin ler.

Jangan jadi macam ulama Malaysia. Negara dah nak terbalik.
Dia sibuk haramkan yoga dan makyong, sibuk nak jadi negara Islam konon (sekarang dah tidak, hanya nak negara-Islam-yang-direstui-DAP). Tapi nak repair kepala paip pun panggil teknisyen Cina.
Umat bodoh dipermainkan orang, tak ada fatwa pula agar rajin belajar dan jadi pereka besar.
Tak ada fatwa bahawa umat yang pemalas jadi pekerja kolar biru tu haram, kena jadi akauntan dan lawyer dan doktor.
Tak ada fatwa bahawa tak guna ngaku Islam, jika makan duit rakyat berjuta. Tak guna ngaku Islam jika kebas pasir, lepas tu tuduh orang lain buat.

'Hampir-hampir kemiskinan itu menjadi kekafiran' - itu satu hadith yang saya dengar masa budak sekolah lagi, yang selalu berngiang di kepala pakcik tua ni.

Kenapa jika miskin = boleh jadi kafir?
Sebab orang miskin kena cari makan dengan orang kaya. Kena buli, tak dapat beribadat dengan sempurna.
Kalau kamu kaya, boleh parking dalam masjid setiap hari, ada drebar tunggu kat luar dengan Merc.
Tapi itu saya, tak tahu apa citarasa anda.
Nak marah pun, teruskan, brader.
Ini keluhan orang minoriti Temasek yang sering, katanya, dipijak.
Kamu kaum majoriti di negara jiran buat apa?
Gaduh politik tak habis-habis. Kami nak jadikan contoh Melayu-Islam mithali kat mana?
Tengok utara, kecoh Melayu lawan Melayu.
Tengok selatan, rumpun Melayu lawan Melayu merampok.

Tuesday, June 22, 2010

You bomb me, I bomb you (?)

Faisal Shahzad, the Pakistani-American who wanted to blow up Times Square with a car bomb, was in court on Tuesday.
See here, here and here.

"Did you look around to see who they were?" Judge Miriam Cedarbaum asked him of his potential victims.
"Well, the people select the government," Shahzad said. "We consider them all the same. ..."
"Including the children?" the judge demanded.

"Well, the drone hits in Afghanistan and Iraq, they don't see children, they don't see anybody," Shahzad fired back. "They kill women, children, they kill everybody. It's a war, and in war, they kill people. They're killing all Muslims."
"One has to understand where I'm coming from," Shahzad told the judge. "I consider myself ... a Muslim soldier."

'I want to plead guilty 100 times because unless the US pulls out of Afghanistan and Iraq, until they stop drone strikes in Somalia, Pakistan and Yemen, and stop attacking Muslim lands, we will attack the US and be out to get them.'


Amerika pandai. Dia datang negeri orang, bunuh sembarangan, lepas tu apabila kena bom di negara dia, dia pusing balik dan kata - Eh ini terrorist.
Tak tahulah betul ke tidak apa yang dikatakan mamat ni menurut syarak. Tapi kita kasi point dia pandai jawab balik ler.
Eh kat ofis PKR pun ada Paki-Amerikan bernama Aasil Kazi Ahmad ....

Friday, June 4, 2010

Palestine holocaust - cara nak dapat perhatian dunia

TAMBAHAN 1ptg

- RACHEL CORRIE - Remembering a young heroine from America. She was murdered by the Israelies at 23.
- "These people, they protect us." Tak semua kat luar sana tu musuh umat. Berbuat baiklah dengan mereka yang boleh bantu umat yang lemah.

------------------------------

Orang Yahud ni pandai nak ambil perhatian dunia.
Saya dah kata kelmarin, jika kita cuit dia sikit saja, dia akan menjerit 'Holocaust' dan semua orang di Barat akan tunduk dan minta maaf, dan biarkan mereka terus membunuh rakyat Palestin.
Walhal cara dia menyekat, menyiksa dan membunuh kaum Palestin (15 peratus rakyatnya beragama Kristian), juga sama seperti 'Holocaust' dan ethnic cleansing.

Sejarah ringkas tapi padat kenapa mereka jadi begini dan tertubuhnya Israel, ada di blog ini oleh ninotaziz.


DISOKONG KUAT NASARA

Dan Yahud ada satu lagi advantage besar: sokongan orang Nasara atau Kristian, terutama yang di Amerika. Dan sokongan lebih kuat dari golongan yang mengaku born-again Christians (termasuk gereja yang di Singapore dan Malaysia).
Pada kaum Nasara ini, mengikut bacaan kitab mereka, wujudnya negara Israel itu termasuk dalam kehendak Tuhan. Termasuk dari simbol dunia di akhir zaman.

Jadi bila umat berdepan dengan negara Yahud itu, yang pasti kamu juga berdepan dengan penyokong kuat mereka beragama Nasara termasuk di negara-negara kita semua.
Sebab tu saya nak sangat tengok sama ada ada golongan lain yang demo di KL semalam. Yang saya nampak dalam gambar-gambar cuma muka Melayu saja dan Lim Kit Siang seorang.
Kamu sibuk tentang isu mereka, tapi tentang isu umat Islam, orang buat tak tahu.

Bukan saya suruh kamu membenci mereka. Jangan, beb.
Tapi nak kena terangkan kepada mereka - ini bukan isu agama. Ini isu human rights dan kebebasan manusia nak hidup dengan dignity.

Saya tulis terang-terang gini, kamu nak kata racist atau bigot, suka hati ler. Ini fakta (bukan setakat pandangan dan perspektif).

Yang kat bawah ini baru opinion:

Jadi jika nak lawan propaganda mereka, umat ni pun kena pandailah sikit.
Baguslah tu dah demo ramai-ramai semalam.
Menurut berita, 10,000 demo depan kedutaan Amerika di KL, dan hanya 200 orang di Masjid Negara anjuran Umno. Kan saya dah kata sebelum ini adalah lebih baik jika kamu demo bersama - kan sekarang dah jelas kamu ni tak ada sokongan.

Apapun, selepas demo dan naik kapal nak masuk Gaza, apa lagi yang boleh dibuat oleh orang kecil seperti kita?

Nak harapkan pemerintah Singapore atau kerajaan Malaysia, mereka ada banyak isu lain nak dipertimbang.

a) Statement yang dikeluarkan oleh Ministry of Foreign Affairs di Temasek - disini.
Antaranya termasuk hint bahawa two-state solution yang disokong oleh Singapore (walaupun kamu di Malaysia ramai tak percaya bahawa Temasek Darul Kapir ni sebenarnya bukan musuh Palestin):

"This tragic incident yet again underscores the need for a just and lasting solution to the underlying problem that will take into account the legitimate interests of all parties."

Notis juga bahawa Singapore tidak menghentam Israel pun, sama macam Amerika dan banyak negara lain yang menjadi rakan Israel. Sebab tentunya ada pertimbangan lain. Singapork pun bukan negara Islam, jadi tak payahlah terkejut jika depa tak 'rapat' dengan isu ini sangat.


b) Di Malaysia pula, orang politik kerajaan pun ramai dah menyinga.
Kalau boleh mereka pencak silat. Ada yang terbang ke Jordan ramai-ramai nak tunjuk prihatin. Tentunya pakai tambang dan duit hotel sendiri.

Tapi pada hari sama orang marah-marah, ini kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi - Malaysia akan sertai latihan perang Cobra Gold yang diketuai oleh Amerika, negara penghalang besar terhadap penyelesaian isu Palestin.

Beberapa negara lain dah lama sertai latihan perang Cobra Gold itu - Singapork, Filipina dan Thailand. Kini Malaysia pun nak masuk sama. Disini dan sini.
Saya seronoklah nak lihat Malaysia dan Singapore join satu team ini.

Tapi itulah saya kata. Orang di atas ada banyak pertimbangan lain yang perlu dibuat, tak boleh salahkan mereka jika isu Palestin ni hanya buih di mulut mereka.

Di negara Arab pun - isu Palestin ni hanya sedap jadi benda yang dapat menyatukan negara, tapi mereka tak ada niat nak selesaikan masalah ini dengan bekerja rapat antara satu sama lain.


APA YANG KAMU BOLEH BUAT?

a) Jika kamu tulis atau berkata tentang isu Palestin, saya harap benarlah kamu gunakan perkataan 'Palestine holocaust'.
Orang Yahud membunuh rakyat Palestin sama seperti holocaust. Pembunuhan mengikut bangsa dan kejam.
Sama seperti Yahud wan Nasara attack Islam dan Muslim satu dunia sehingga kini orang kata Islam equals terrorism.
Kalau kamu cucuk setiap hari dan setiap peluang, benda ni melekat juga.
Bahawa apa yang dilakukan oleh Israel ialah Holocaust untuk Palestin.
Biar masuk kat media kamu laungkan ini setiap masa. Sebab itu pakcik tua remgold letak headline setiap kali 'Holocaust'.
Saya nak tekankan itulah yang dilakukan mereka. Yahud dah lupa sejarah sendiri. Mereka dibunuh dengan kejam, tanpa belas hanya 50 tahun lalu. Kini mereka lakukan yang sama terhadap kaum yang lemah.

Benda ni sensitif. Sebab pada mat salleh dan omputeh, Holocaust ni untuk Yahud saja.
Kejap lagi agaknya ada persatuan Yahud yang kondemn bekas rusa ni sebagai 'anti-Semitic. Biarlah.
Bila kita cucuk perkataan ni ke muka mereka selalu, mereka tentu marah. Itulah yang kita mahu! Sedarkan mereka.

"The Jews and Israel are causing a Palestine holocaust. They are killing innocent people!
"Holocaust! Holocaust! Help! They are killing innocent civilians like in the European ghettos. Help!"
"They are putting the Palestinians in the open ovens in Gaza by their blockage! Help! They are delivering holocaust to children and women!"


b) Yang ini susah nak buat - cari spokesman yang pintar berbahasa Inggeris masuk TV antarabangsa untuk bincang isu ini.
Saya pun tak tahu nak dapat kat mana mereka ini.
Dulu ada Dr Mahathir, syiok juga beliau bantai mereka.

Tapi kini orang Pakatan dah haramkan pentadbiran Mahathir selama 22 tahun itu sebagai merosakkan bangsa dan negara. Tak kisah lagi mereka ini bahawa dulu mereka miskin, jamban di tepi sungai; kini rumah besar ada tiga toilet dan ada dua kereta. Jasanya dah dilupakan.

Jadi mungkin umat kena gunakan Abang Anwar.
Sekarang kita lihat Abang Nuwar jadi macam hero umat pula dan hero Palestin.

Pada saya, beliau buat demikian kerana nak hentam musuh ketatnya yang menghalang beliau jalan mudah ke Putrajaya, Najib Razak. Lalu digunakan isu Apco dan Yahud.
Dan satu lagi, sebab Anwar selalu dituduh sebagai menjual hak Melayu dan spy Yahud, jadi beliau kena jadi hero Melayu dan Islam buat masa ini, dengan mengwar-warkan isu Islam dan Palestin.

Tak kisahlah kita.

Umat yang nak tenggelam, will grasp at any reed to stay alive.

Jika Abang Nuwar jadi spokesman untuk rantau ini dalam isu Palestin pun OKlah.
Takkan nak dibiarkan Turkey dan Iran saja ada hero.

Saya harap beliau dan pegawainya dapat pujuk CNN, BBC, Al Jazeera dan sebagainya panggil hero baru kita untuk bercakap tentang isu ini.
Jika tak selalu masuk TV, brader, orang akan cepat lupa.

Janganlah gunakan orang seperti Zainuddin Maidin lagi. Lihat youtube clip yang terkenal di sini. Interview beliau dengan Al Jazeera.

Kami di Temasek kena minta tolonglah dengan orang petah dari Malaysia nak bentangkan isu ini kepada dunia. Kat sini kalau cakap banyak nanti tak boleh soruk, kata orang.

c) Yang ini, lagi impossible nak buat.
Bentangkan kekejaman mereka secara berkesan - gunakan youtube? Blog? Twitter? Facebook? Lepas tu adakan SMS dan email viral campaign, macam omputeh buat di America.
Apa cara pun, asal cara aman, beb.
Jangan guna cara kasar, sebab ini akan melemahkan moral standing kamu dalam isu ini. Yahud pandai kat depan TV dan media mulut manis; kena tiru merekalah.
Omputeh kat America bila nak tentang sesuatu, mereka adakan kempen SMS dan mass email. Termasuk email direct kepada Senator dan Congressmen.
Inilah yang dilakukan oleh lobi Yahud.
Kita tak sampai ke situlah, jauh sangat.
Tapi jika dapat kempen kat rantau ini, dah bagus tu.

Antara kekejaman mereka:
- Semasa saya di Jerusalem dan Mesir/Egypt tahun lalu, kumpulan kami dari Mercy Relief dapat bertemu dengan beberapa NGO yang bekerja dalam West Bank dan Gaza.
Mereka tunjukkan video clip selepas Israel menyerang Gaza atas alasan nak hentikan serangan roket Hamas.
Klip jelas menunjukkan bukan saja orang yang nak lawan mereka ditembak mati dan tempat mereka dihancurkan.
Kami ditunjukkan banyak mayat lembu mati ditembak Yahudi. Mereka nak kasi orang mati kebulur dengan membunuh ternakan.
"The Israeli army is causing Holocaust in Palestinian land! Help!"
Begitulah kejamnya mereka.
- Kami juga ditunjukkan klip Yahud menjahanam businesses dan factories orang Palestin. Mereka nak kasi semua orang mati tak ada kerja.
- Wartawan The Star Shahanaaz yang ada di sana juga ada menulis tentang isu ini.


"Before the war, the Gaza fishermen could fish up to six nautical miles off the coast but now, under the watchful eye of Israeli navy ships, this has been cut down to three nautical miles. Their catch has thus been reduced by 63%.
"The military offensive too destroyed 17% of land and rendered 30% unusable.
"Farmers who own land close to Israel risk being shot at if they come within 1,200m of the border. Others have to be more than 350m away while some cannot reach their farms at all."




Tentunya kamu ada banyak idea lain.
Saya wartawan kerdil dari negara pro-Israel, tak pandai gerakkan NGO dan kempen. Hanya doa dari jauh dan sibuk-sibuk tulis blog.
Orang kat Singapork kalau marah tentang sesuatu isu, tulis surat kepada akhbar. Pemerintah tentu baca dan ambil perhatian.

Menurut beberapa laporan, satu hingga tiga buah kapal yang nak masuk Gaza itu di'beli' oleh Dr Mahathir.
Saya tak rasa itu wang beliau, tapi daripada kerjasama orang-orang pro-Palestin melalui Global Perdana Peace Foundation. Sebab tu ramai warga Malaysia di atas kapal, termasuk wakil Global Perdana.
Rupa-rupanya pemimpin yang kamu kini perlekehkan masih bijak. Dengan cara kapal keamanan ini, malu besar Israel dan dapat tarik perhatian dunia mengenai Gaza dan Palestin.

Teruskan.

Friday, April 16, 2010

Apco

Saya sebenarnya tak suka masuk bab ini.
Sebab ianya penuh dengan emosi.
Semasa saya muda ada seorang rakan memberitahu:
"Ada tiga isu jika dibincang, sampai bila tak akan habis. Pompuan, agama dan politik".

Saya rasa kita boleh tambah 'bola' untuk mereka yang gemar bola, atau 'Shah Rukh Khan' kalau suka filem Hindustan.
Dan banyak lagi  - 'iPhone', 'filem P.Ramlee yang terbaik', 'makanan kat Geylang/Keramat yang paling best', 'Datuk X kaya raya walau bongok sebab kroni atau kerja kuat', dan sebagainya.

Isu Apco ni isu politik.
Atau lebih tepat lagi isu yang dipolitikkan.
Tapi betul juga jika anda kata - mana ada isu yang tak dipolitikkan.


KITA MASUK CERITA LAMA DULU 

Ini yang saya dengar sebagai wartawan.
Apabila PM Abdullah baru jadi perdana menteri pada hujung Oktober 2003, beliau ada image consultants.
Ini cara baru dalam kerajaan, sebab dulu masa zaman Dr Mahathir, depa main rembat saja, tak ada pakai konsultant nak cantikkan penyampaian dan baiki mesej atau imej.
Kami wartawan asing kerap buat joke masa tu: The spin doctor during Mahathir's time was the Doctor himself.
(Mahathir ialah seorang doktor, beliaulah spin doctornya sendiri).

PM Abdullah diberitahu oleh consultant itu, cara terbaik nak menyampaikan mesejnya.
Anda mungkin ingat pada zaman Dr M, wartawan akan serbu beliau dan wartawan bekerumun nak minta komen itu dan ini. Kadang-kadang wartawan dan jurukamera bergaduh.
Kata consultant, untuk dilihat lebih 'presidential' (atau dalam kes ini, 'prime ministerial') - iaitu lebih teratur dan tidak kecoh, mesej nampak serious - hentikan wartawan daripada berebut-rebut ini.

Mungkin anda ingat, di zaman Pak Lah tiba-tiba rostrum muncul saban hari. Iaitu apabila PM Abdullah nak kata sesuatu, beliau akan berdiri dengan ada microphone dan rostrum yang diperbuat dari kayu ini.
Mungkin ada bendera Malaysia kat belakang (GAMBAR).
Bukan 100 peratus seperti ini, tapi press conference di mana perdana menteri duduk melepak (slouching) dikurangkan.
Apabila PM berdiri tegak, ia nampak lebih segak dan mesejnya lebih kredibel.

Kamu pernah nampak ke Obama atau Gordon Brown duduk melepak, depannya ada teh dan kuih muih, tie senget, lepas tu nak cakap tentang pelaburan dunia dan nak ugut Iran?
Kalau depa duduk pun, duduk tegak, tak macam orang politik Malaysia. Rilek saja.


Dan ada lagi kerja-kerja image consultant ni untuk PM Abdullah. Tak payah cerita di sini dulu.




Semasa PM Abdullah, dasar Malaysia terhadap OIC, Israel, Palestin dan Amerika bertukar haluan. Ini pandangan peribadi, tapi saya ada banyak contoh.
- Beliau meninggalkan cerita lama Dr M yang selalu menyerang Amerika dan Israel dengan kata-kata yang kadang-kadang kasar.
- Apabila Palestin diserang teruk beberapa kali oleh Zionis, Pak Lah hanya bunyi 'hek' tapi tak marah 'hok'.
Dia lembek tak marah.
Saya anak Singapore yang dituduh Negara Sayang Yahudi yang berasa gelisah!
Kalau dulu Dr M macam nak gi perang dengan Israel sebab kata-kata keras, kini Malaysia hanya berasa "concerned" anak-anak Palestin kena bom. Atau berasa "sedih" tapi tak buat apa-apa.

- Sehingga hari ini, ramai umat Islam sedunia berkata: The mantle of global leadership on Islamic issues has been transferred from Malaysia, to Turkey.
Kepimpinan lemah, sehingga orang kata: Pembela isu Islam sejagat bukan lagi Malaysia, tapi Turki - PM Reccip Tayyip Erdogan.

Apabila PM Erdogan dengan marah meninggalkan pentas di Davos setelah bertengkar dengan Shimon Peres, satu dunia Islam (dan bukan Muslim) terkejut!
Berani pakcik ni! Kan negaranya Muslim songsang, apa dah jadi !?
Insiden tu di youtube kan di sini.
Kalau pemimpin Islam Malaysia dewasa ini, berani ke buat gitu?

- Di zaman Pak Lahlah saya dan ramai wartawan tempatan naik kapal perang nuklear Amerika di Port Klang.
American aircraft carrier, bernama USS John Stennis, berlabuh di Port Klang.

Sedangkan kalau zaman Dr M dulu diharamkan datang dekat Malaysia pun. Dulu apabila kapal perang Amerika repair kat Singapore, wah satu Malaysia mengamuk. Kini media tempatan senyap, Umno ngorok.
Katanya Asean ni Zopfan - zon bebas dari campur tangan kuasa besar.
Sedangkan masa tu Malaysia ialah kepala OIC!
Dan gerombolan kapal perang ni semuanya nak ke Teluk Parsi menekan Iran.
Aircraft carrier ni dia bergerak bukan seorang diri. Ada kurang-lebih 10 kapal sampingan nak protect dia daripada diserang, termasuk kapal selam.

- Kita juga jangan lupa bahawa syarikat anak PM Abdullah, Kamaluddin Abdullah, Scomi, yang terlibat dengan isu barangan senjata nuklear.
Terkejut Abdullah, dan terus banyak rumours apa yang berlaku di belakang tabir nak redakan benda yang memalukan Malaysia ini.
Malu bukan apa - katanya kepala OIC, kenapa malu apabila nak tolong Iran atau Libya? Malu dengan Amerikalah, sebab takut nak lawan kuasa besar.


GILIRAN PM NAJIB PULA

Kemudian PM Najib naik pula, beliau pun nak membaiki imej diri, kerajaan, parti dan negara.
Lagi-lagi kerajaan dan beliau sendiri lagi teruk kena attack semasa baru nak naik ni (isu Altantuya, kapal selam dan seterusnya).
Ada Sang Orang Dalam, menurut cerita orang dalam, yang suggest kenapa kita tak ambil si Apco Worldwide ni.
Good idea, sebab imej kerajaan BN dan imej bealiu di Amerika kurang baik dan consultant dan strategist ini sangat besar.
(Anwar Ibrahim pun dituduh ada strategist Amerika aturkan itu dan ini untuk imej Anwar di luar negeri. Tuduhan ini, kena tanya PKR. Siapa Aasil Kazi Ahmad? Saya tak kenal. Tapi yang menuduh ialah bekas orang dalaman).


Dan biasalah, apabila nak gunakan service konsultant, bukan murah.
Saya ada beberapa rakan yang buat kerja PR consultant, strategist, image makers, fixers dan banyak lagi nama mereka ini.

Saya pernah tanya, kalau aku nak bawa kepala sesebuah negara Asean bercakap kat seminar di Singapore, kamu boleh arrange? Berapa harganya?
Pingsan saya dengar: S$100,000 (RM230,000) nak bawa kepala negara Asean ke Singapore, cakap 2-3 jam. Ini jika diarrange secara peribadi (bukan dijemput pemerintah).
Itu belum masuk harga kapal terbang first class VIP ini dan rombongannya, bilik-bilik hotel, kereta-kereta sewa Mercedes dan makan minum.
Sebab tu janganlah terkejut bahawa nak bawa Tony Blair ke Malaysia, katanya, kena bayar US$1 juta.

Samalah juga jika kamu nak bawa bekas presiden Bill Clinton, Al Gore dsbnya. Atau nama-nama besar dalam dunia sukan, teknologi, perfileman.
Itu memang FEES/bayaran minima mereka.

Yang menjadi kelemahan dalam memilih baik Apco atau Asia Soft - jika betul mereka ni ada "spy" Israel - ialah background checks. Itu yang saya difahamkan.
Inilah satu kelemahan Malaysia. Jika ada orang atas atau orang dalam rekomen, terus diterima dan diberi kontrak mahal tanpa periksa.

--------------------------------------------------- 

TAMBAHAN 12.30PAGI: Baru terima panggilan (Mereka kat sana baru tengah hari).
Kata pemanggil, di akhbar besar Amerika New York Times, ada dua muka surat khas untuk isteri PM, Rosmah Mansor, menulis artikel kerana baru dapat anugerah.
Apa pula anugerah dan apa yang ditulisnya?
Itulah kerja strategist/PR yang dibayar mahal-mahal, tentunya. Naikkan nama dan imej, cuma kurang faham kenapa nama isteri PM pun nak dinaikkan.

Nanti saya usahakan dan letak kat blog ini artikel tersebut.
---------------------------------------------------

Tapi kasihan juga Apco dan Asia Soft ni - bagaimana kamu tahu apa yang diceritakan oleh pembangkang tu semua betul?
Pandai pembangkang canangkan isu sehingga wah kononnya kerana kerajaan dah ambil Apco, maka mereka sokong Yahudi. Sokong Zionism. Maka mereka sokong pembunuhan Palestin.
Bodoh punya argument.

Saya ulangi: Dari apa yang saya diberitahu, kerajaan memilih Apco ni kerana ada yang rekomen. Maka kontrak disign. Tak banyak periksa.
Maknanya, kerja orang bebal.
Bukan maknanya kerajaan sokong Zionisma dan pembunuhan di Palestin.
Kita boleh kata kerajaan bodoh, tapi janganlah keterlaluan nak tuduh melulu sehingga terbawa-bawa. Berdosa beb.

Lihat pula dari pandangan Apco dan Asia Soft: Kasihan juga mereka, sebab mereka tak boleh jawab lagi. Bukan maknanya mereka bersalah 100 peratus (atau innocent 100 peratus).
Mungkin semua yang didedahkan itu penipuan.
Tapi tangan mereka terikat sebab mereka ini business entity, bukan ahli politik.
Dalam politik Malaysia, semakin banyak kamu nafikan, semakin menjadi benda tu!
Semakin mereka jawab, nanti business semua lari sebab nama syarikat dah busuk.
Baik diam saja, dan telan walaupun banyak yang didokumenkan sebenarnya, pada saya, pembohongan.
Nak tuduh saya pun agen sebab dari Seberang Tambak, tuduhlah.
Ini pandangan peribadi, mungkin salah mungkin betul.


SLEEPER AGENTS

Saya masuk isu Apco ni sebab dalam posting sebelum ini, ada yang bertanya: Ada banyak "sleeper agents" Apco ni atau tidak.
Masya Allah.
Sampai gitu ada yang dah kena influence dengan diayah pembangkang.


Saya pernah masuk Israel kerana bertugas nak bantu Gaza - tiga hari, dua malam. Juga di sini.
Kita semua dah lihat cerita James Bond. Jadi remgold masa kat situ, tengok kiri, tengok kanan, atas dan bawah, nak cari mana si agent Israel yang memerhatikan kumpulan kami.
Ada beb, tapi cerita di lain topik.


Apapun, jawapan saya untuk yang bertanya sama ada banyak sleeper agents ni:

1) Saya tak tahu cerita yang diwar-warkan pembangkang tu benar ke tidak. Banyak yang saya sendiri, sebagai orang luar, boleh sangkal.
Pada saya mereka ambil Fakta 1, digaul dengan Nama 2, dan dicampur Insiden 3, maka dibuat rumusan: Ah, sah, Apco jahat. Najib sokong Zionis.
Saya tak tahulah Apco ni "penyokong zionis" ke tidak, cuma saya rasa, tangan mereka terikat tak boleh jawab lagi.

2) Kalau betul pun semua cerita itu, saya tak tahu.
Dalam cerita James Bond saja kita senang nak tahu yang mana sleeper agent yang mana bukan.
Yang muka hemsome itu hero.
Yang muka setan tu semua geng jahat.
Dan minah-minah yang menggoda iman tu, semua sleeper agent.
;-)