Kita masuk bab yang ringan di hujung minggu ni.
Nak buat jenaka Eh, eh tengok tu 'bang, gambar dah habis dipakai semuanya.
Ada dua perkara menarik.
1) Do you 'google'?
Boleh dikatakan hampir semua orang diseluruh dunia (selain China, Korea Utara dan negara di mana internet di kawal rapi) menggunakan Google untuk membuat search.
Ada macam-macam search engine yang kita semua gunakan dulu, tetapi nampaknya Google juga yang paling berkesan, kerana sistem algorithm yang sangat canggih.
Kerana takut sesuatu syarikat itu jadi monopoli besar, saya pernah cuba Yahoo!, Bing (dari Microsoft), Cuil dan sebagainya.
Tapi tak setepat Google.
Di sini, akhbar terror di dunia, New York Times, ada 10 tips bagaimana nak gunakan Google ini dengan lebih baik lagi.
Wow. Saya pun tak terfikir ada cara lebih baik nak gunakannya sebelum ini.
Kata orang Singapore: Cuba try.
(Dah 'cuba', 'try' lagi. Kiasu giler).
2) iPhone, Blackberry dari China
Dah lama saya tak ke Sim Lim Square - salah satu dari dua pusat membeli barangan komputer dan teknologi di pulau yang pernah dilanggar todak.
Semalam saya gi. Wah. Harga iPhone tiruan dari negara China kini semakin murah!
Setahun lalu S$200 (RM460) sebuah, tadi saya tanya-tanya = S$130. Kalau tawar mungkin dapat kurang S$20.
Saya pernah pakai dulu iPhone pirate ni - tapi rosak setelah 4 bulan! Sofwenya dan rupanya tak ada beza langsung dengan iPhone original, cuma ada beberapa perkataan dalam bahasa Mandarin, sebab ia berasal dari China.
Dari satu sudut, iPhone ini lebih baik kerana kita boleh letak DUA sim card di dalamnya, bukan satu.
Maknanya kalau kita bawa dua handset sekarang ni - satu untuk bos telefon, dan satu untuk bini/laki - dengannya anda hanya perlu membawa satu saja telefon.
Dan tak seperti iPhone ori, ada USB port jadi anda boleh masukkan lagu, video dengan tak payah menggunakan iTunes sofwe dari Apple.
Tambahan: ia juga ada antenna TV yang kecil!
Wow, lagi sedikit saya terbeli. Nasib baik tak ada duit! Hahaha.
Dan di Sim Lim juga ada dijual iPhone mini.
Sebenarnya kalau yang ori hanya ada satu saiz saja.
Tapi orang China ni pandai: dia buat handset bentuk sama tapi yg kecil.
Harganya S$120.
Ia juga boleh dimuatkan dengan DUA simcard.
Lepas tu, terkejut saya.
Ada juga dijual di situ handset berbentuk Blackberry, juga buatan China.
Kita boleh nampak jelas ia tak secantik Blackberry ori. Tapi dengan harga S$130, why not? Yang ori, paling murah di sini ialah S$500.
Saya main-main dengan sofwe, nampak, secara kasar, sama saja.
Tapi tak tahu sama ada kita boleh terima-hantar email dengan berkesan macam Blackberry ori.
Yang pasti, China ni dah jadi macam Jepun dulu.
Pada tahun 1960an dan 1970an, Jepun hanya pandai meniru barangan keluaran mat salleh. Baik kereta, televisyen, aircon, komputer dan komponent kecil.
Lama-kelamaan mereka pandai design sendiri, dan produk dari Jepun ni lebih baik dan murah dari yang dibuat di Amerika dan Eropah!
Syarikat Amerika dan Eropah banyak dah malap kerana Jepun, dan juga Korea Selatan, lebih pandai design dan keluarkan dengan lebih murah.
Antara nama besar syarikat Amerika-Eropah yang dah malap atau terus tenggelam? IBM, Wang Computer, Electrolux, Kodak, Ford, General Motors.
China kini banyak barang tiruan. Kereta dari China mungkin ramai tertawakan dan tak mahu pakai - begitulah dulu kita anggap kereta-kereta dari Jepun. Dulu kita lebih suka kereta buatan British seperti Austin, kereta Eropah bernama Fiat dan dari Amerika bernama Ford. Kini yang naik ialah nama-nama yang ditertawakan sebagai 'kereta orang miskin' - Lexus, Toyota, Honda dan Suzuki.
Dan kereta Korea yang hanya 15 tahun dulu kita tertawakan pun dah jadi popular dan berbentuk ori yang manis - Kia dan Hyundai.
Kalaulah anak-anak kita pandai copy macam Jepun, Korea dan China ni, bagus juga. Lama-lama dia boleh sapu cara pemikiran mereka juga dalam teknik pembuatan ni.
Saya nak jual Lamborghini Madura saya (eh wah) dan beli kereta buatan Malaysia, Lembugini.
No comments:
Post a Comment