Showing posts with label cars. Show all posts
Showing posts with label cars. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Sistem Bas & MRT untuk Lembah Klang

BAH. 1 = Sistem Bas saja untuk KL? Giler!

Untuk warga KL macam saya dulu, Jalan P.Ramlee tu ialah satu jalan yang kecil tapi begitu penting.
Bayangkan - sebahagian daripada jalan itu ditutup selama 1-2tahun dulu!
Hancuq trafik jam teruk satu KL, walhal kecik je jalan tu = sebelah headquarters BSN.

Nak balik kerja dulu, gerenti sangkut sejam! Saya kerja di tengah bandar KL dan menetap di Setiawangsa = 8km. Kadang sangkut tak bergerak 15minit. Nasib baik ada Amy Mastura dan Siti dalam kereta dengan saya. Juga Abba dan Olivia Newton-John.

Pagi masuk kerja tak teruk sangat sebab saya masuk 0800 pagi. Ini kerana sebagai wartawan pasaran kewangan, pasaran saham, money market, dibuka 0900, jadi kena masuk pagi lagi.
Saya pernah cerita dulu siksa bila naik BMW gi kerja - Bas Mini Wilayah.

TAPI itulah pembangunan namanya.
Mahathir masa tu sedang membina projek KLCC. Dan korek sana sini bawah tanah untuk LRT.
Dan kerana kawasan Jalan Perak (dekat Dataran Merdeka) pun nak dibuat tiang-tiang MRT, maka kat situ pun kerap jam teruk yang merebak satu bandar.
(Nasib baik masa tu belum zaman demo lagi!).


Saya tulis ni bukan apa. Rasa sedih apabila membaca laporan demi laporan di website pro-pembangkang Malaysiakini dan Insider tentang KL akan jam teruk, rakyat akan sengsara. Nak naikkan kemarahan orang tak kena tempat.

SEKARANG kita semua dah dapat kecap projek yang jam-kan satu bandar tu selama 4tahun (Sebahagian Jalan P.Ramlee di tutup 1-2tahun, tapi projek KLCC tu lama sungguh).
Jika kita takut jam kat bandar tu, kita naik LRT masuk kerja = yang merah-biru dari Gombak, atau yang kuning dari Sentul.
Atau naik Monorail, KTM Komuter, dan apa nama - itu rail ke airport.
Memang tak perfect ler, sebab inter-connectivity kurang.
Dan memang betul banyak projek ni kroni yang untung. Dah nak bangkrap, duit rakyat kena bailout mereka!

Tapi jika nak argue tentang CARA projek diagihkan, saya setuju.Agar kerajaan lebih nak dengar keluhan rakyat.
Tapi bukanlah komplen kita semua akan jadi susah dan tak boleh terima jika hidup kita sengsara, jam tempat kita teruk 2-4tahun kerana projek kerajaan ni.

DAN satu lagi. Ada pulak kumpulan yg sarankan Jangan Buat MRT. Cukup buat Sistem Naik Bas.
Kita hanya perlu adakan Lorong Khas untuk bas, dah cukup. Tak 'yah buang duit bina MRT. Eh eh!
Mamat ni dari kampung kat ceruk mana saya tak tahu.
Banyak tempat di KL = misalnya Jalan Ampang di tempat saya = hanya ada DUA LORONG masuk KL, DUA LORONG keluar KL.
Jika kamu gunakan satu lorong utk bas = maknanya dua daripada empat lorong = kereta nak jalan mana brader?
Di highway pun, baik PLUS, LDP, Duke, Silk dan sebagainya, ada tiga lorong untuk satu hala. Jika kamu tutup satu lorong saja pun, masalah besar.

KAMU lihat saja Jakarta di. Ada sistem BUSWAY. Satu lorong digunakan khas untuk bas. Mamat yang bijak ni kita hantar ke sana, bagus.
Kasi depa duduk sana seminggu, lihat sendiri sistem tu ok atau hancuq. Interview ler orang yg tunggu bas kat Jakarta tu.
Saya cover Indonesia sebagai tugas saya. Dah kerap nah baca komplen orang tentang sistem Busway ni.
Jakarta pula satu-satunya bandar besar yang tak ada sistem LRT,MRT,Monorail. Mereka cuma ada tren macam KTM (bukan yang KTM Komuter pun). Hancuq beb.

DI negara mana pun, yang boleh berjaya ialah sistem bercampur = MRT, LRT dan bas.
Kita mamat Sentul atau Cheras, Gombak atau Ampang kini mujur ada LRT.
TOLONGlah jangan komplen sangat tentang sengsara 3-4 tahun. Ini untuk kebaikan negara.

---------------------------------
BAH. 2 = Persoalkan kos projek, OK.

Saya tak syiok nak bual cerita politik Maysia ni, tapi ini cerita pengangkutan.
Sebab ramai dah komplen tentang cara MRT Sungai Buloh-Kajang tu nak di'push' oleh kerajaan.

Cerita politiknya - saya teka sebagai ramai orang tentu dah teka pun -
1) PM Najib nak cepat-cepat jalankan projek besar-besaran. Agar ekonomi tumbuh besar, tauke dapat kontrak besar, rakyat dapat pekerjaan gaji besar. Sebagai project manager, engineer, kontraktor pasang wayar pun.
Juga untung makcik yg jual nasi lemak kat tepi jalan untuk pekerja kontrak; mahupun wartawan, drebar teksi, office boy, lawyer yang tidak secara langsung akan dapat tempias dari mega-project.
2) Jika banyak projek mega berjalan, rakyat akan sibuk semacam zaman Mahathir dulu - sibuk nak buat duit, tukar kerja gaji besar sikit, beli kereta,rumah baru, holiday luar negara.
Setiap mega projek merancak ekonomi, dan semua orang dapat rasa.
Projek melimpah, duit berlambak, tak kisah lagi bangsa apa pun kita, tak akan ada masa nak gaduh atau demo.

Itu yang baiknya.

Yang kurang manis ialah CARA projek diagihkan - baik MRT, pembesaran airport KLIA (nak tambah ruang untuk AirAsia), projek convention centre di Sri Hartamas, HQ baru Felda di sisi KLCC, Islamic Financial Centre dekat Pasarakyat KL, pembangunan Sungai Buloh dari ladang getah, airport Sungei Besi dan itu dan ini. Pergh!
Mana orang tak jeles.
Berbilion akan keluar, 'satu habuk pun kita tak dapat'.
Dan cara pemberian projek tanpa tender boleh dipersoalkan.
Tanyalah dengan cara baik dan dengan selidik dulu. Bukan tuduh tanpa bukti macam ada yang persoalkan isu membeli bot patrol, lepas tu kena soal balik tak tahu jawab.

SAYA bukan sokong atau tak sokong mana pihak.
Tapi kadang-kadang khuatir sebab banyak sangat isu dibuihkan di Maysia tanpa fikir panjang.

Thursday, December 2, 2010

Skim Bas Pompuan KL - saya tak setuju!

Semasa saya baru mula tinggal di KL penghujung 1994, saya tak ada lesen kereta.
Di Singapork, negara kecik. Ada MRT dan banyak teksi. Naik bas pun mudah sebab - ala kecik saja pulau ni - macam Shah Alam ke Gombak. Soksek soksek dah sampai dari hujung ke hujung. Kalau pandu kat highway dari Tuas (Second Link) ke Changi Airport - satu jam dah beres! Kalau naik Zonda saya, 45minit.
Saya cuba dapatkan lesen memandu kat Singapork sekali dua, tapi fail, terus give up.

Lagipun mahal sangat nak beli kereta ni. Pada tahun 1990an itu - harga Honda Civic di KL (lebih kurang RM80,000 masa tu), hanya dapat membeli Perodua Kancil di Singapore.
Atau dilihat dari sudut terbalik: Satu Honda Civic di Temasek harganya ialah sama dengan TIGA Kancil pada masa itu.

Kini dah murah sikit: Harga sebuah Civic di KL (RM130,000), boleh beli Proton Pesona di pulau selatan.

Saya tiba di KL tu baru tukar kerja - lompat dari agensi berita A ke B. Boss di KL masa tu Amerikan.
Opis di Wisma Budiman - masih ada bangunan tua pendek di sebelah Bursa Malaysia.
Masa tu bangunan Bursa belum ada, hanya bukit kosong sebelah Bangunan Maybank, kat hujung Jalan Raja Chulan. Ini cerita 16 tahun dulu ler.

Saya pula sewa rumah di Setiawangsa masa tu (dekat dengan Stesen LRT Setiawangsa, tapi masa tu seluruh sistem LRT belum bikin pun).
Jadi, saya kena tunggu bas setiap pagi.

Kerja agensi berita ni strict brader. MESTI sampai opis jam 0830pagi.
Sebabnya? Pasaran saham start 0900. Jadi mesti dah duduk tengok skrin apabila trading mula, sebab macam-macam boleh terjadi.
Kena juga jenguk pasaran Ringgit (foreign exchange), Money Market (inter-bank loans dan bond) dan juga berita korporat.
Semuanya start lebih kurang 0900.

TAPI kerana tak ada lesen kereta, kena naik bas.
Masa tu saya baru apply belajar memandu dengan sebuah syarikat memandu di Keramat.
Aduhai tunggu bas ni, cik adik.
Masa tu zaman BMW - Bas Mini Wilayah, warna pink. Siapa ingat, angkat tangan!

Paling lewat 0700 dah tunggu kat bus stop. Walhal nak ke opis tu bukan jauh sangat - tak sampai 10km pun.
Tapi traffic jam masa tu teruk sebab sekeliling KLCC kena block sebab projek KLCC tu sedang naik. Jalan P.Ramlee ditutup.
Berdiri tunggu bas 1jam tu biasa brader. Bila sampai bas dah penuh.
Yang saya syiok, nanti mamat tiket bas pekik dengan para akak gemuk - 'Kak, tarik napas, masuk dalam!'
Bayar 50 sen saja boleh pusing satu KL!!!

Pagi bas gerenti penuh selalu. Banyak kali saya bergantung tepi pintu tu! Syiok dan seram pun ada. Asal jangan terlelap saja.
Masa bulan puasa, petang hari - tangan dah lemah pun kena gantung juga kat pintu. Nak cari makan untuk kucing dan ikan dalam kolam.



ARIS, KRU, ELLA, AMY JADI RAKAN

Tapi terima kasih kepada era bas mini itu, maka saya mula tertarik dengan lagu-lagu dan penyanyi Melayu.
Siapa kat Malaysia, pada masa itu, tak kenal Aris Ariwatan dan hitnya Lamunan Terhenti. Amy dan Isabella. KRU dan Ooo-la-la-la-la (lupa nama lagu). Farenheit. Ella.
Kerana pemandu mabuk bas mini selalu main lagu Melayu kuat-kuat, telinga Singapork saya - Englang-spikong dengan Bee Gees, Deep Purple, Olivia Newton-John, Bad Company dan Uriah Heep - telah di ariskan dan diellakan.
Pertama kali dalam hidup saya beli album lagu Melayu - Gempaq (1). Hahaha. Syiok.
Dah lupa - Siapa nyanyi lagu Bagaikan Puteri? Juga lagu Ibu (penyanyi baru kena masuk jail lepas curi telefon rakannya di Spore).

Lepas tu saya dapat lesen kereta 3bulan kemudian - sekali test dah pass! Saya tidak bayar under table money, sebab takut! Maklumlah baru tiba dari Temasek - takut dengan undang-undang dunia.
Dah duduk lama kat Malaysia, dah tak takut undang-undang dunia, tapi takut undang-undang akhirat (phwee-weet).


BAS UNTUK POMPUAN

TAPI ini bukan cerita zaman muda dulu (dah 16tahun dulu oi).
Saya teringat naik BMW ni, bayar 50 sen, apabila terbaca KL dah ada bas untuk pompuan saja - di sini dan sini.
Untuk peak hours.
Orang yang introduce tu tak pernah naik bas tiap-tiap hari, agaknya!
Tak pernah menderita tunggu bas berejam-rejam.
Cantiklah nak umumkan bas pink wanita ni. Tapi jika saya dah tunggu satu jam, bas pompuan yang datang, saya yang jantan nak kena tunggu lagi ke?

Kalau saya nak naik dengan isteri atau anak pompuan, macam mana pula? Kena tunggu bas jantan juga?!?! Jadinya bas jantan penuh, bas pompuan syiok kosong.

Kerja bodoh betul mereka ni - maaf biar saya hangjebatkan sikit. Mengamuk giler.
Tolonglah RapidKL - kamu suruh pegawai duduk kat bus-stop tu tiap hari selama sebulan, baru kamu putuskan nak teruskan sistem bas pompuan ni atau tidak.
Lainlah kalau kamu juga announce - kami doublekan jumlah bas-bas kami agar orang semua dapat naik cepat, tak payah tunggu lama.
That is the real solution, bukan gimmick macam ini.

Coach pompuan untuk keretapi KTM tu okay! Sebab yang datang BANYAK gerabak.
Ini bas yang datang SATU saja, lepas tu saya tak boleh naik sebab jantan, walaupun bas kosong.

Kalau ibu ada anak jantan 12 tahun boleh naik. Tapi kalau anak jantan 15 tahun tak boleh - walaupun dia nak ikut emak dia? Bodoh tak kena tempat.


NAK KASI ORANG TUMPANG

Pengalaman 1994 saya tu masih saya ingat. Payah brader tunggu bas lama-lama. Kena berdiri, nak gi toilet takut pulak tertinggal bas!
Selesaikan dongeng: Apabila saya dapat lesen 3 bulan kemudian, beli kereta Toyota Corolla lama warna putih (GAMBAR model yang sama di atas).
Dua hari pertama saya nak pandu masuk KL, saya berhenti di bus stop sama dan bertanya - ada yang nak ke Jalan Raja Chulan? Saya kasi tumpang.
Terperanjat al-beruk semua yang kat bus stop tu! Walhal mereka kenal muka saya yang dulu tunggu berejam-rejam dengan mereka.

Yang jantan ingat saya gay nak molest mereka.
Yang pompuan kat situ ingat saya mamat gatal nak kacau mereka!

Sebab orang Malaysia tak biasa ada skim tumpang kereta ni.
Setelah dua hari orang semua takut nampak Corolla tua berhenti, saya give up.
Saya 'on' lagu Isabella kuat-kuat sangkut dalam kereta traffic jam!
Welcome to Malaysia. Truly Asia. Traffic jam setiap masa.


---------------------------------------------
JENIS-JENIS BAS DI SINGAPOORA

Terima kasih kepada komen WakeUp!, saya nak tunjuk gambar-gambar bas yg digunakan di Temasek. Mungkin dapat digunakan atau diadapt di KL jika nak teruskan skim bas pompuan ni.

1) Bas dua tingkat.
Tak payah panjang cerita sebab semua orang dah nampak.
Jantan semua kena naik atas?
Pompuan kat bawah agar lebih dekat dengan drebar jika ada masalah. Jantan biar dia belajar naik tangga - dulu kan pandai panjat pokok.





2) Bas super-panjangggg (tak tahu praktikal atau tidak di jalan KL PJ). Dipanggil Long Bus, atau Non-bendy. Sebab tak boleh bengkok macam di Gambar 3).
Lebih panjang dari bas biasa - misalnya bas RapidKL.
Ini menyenangkan orang yang dah tunggu lama. Satu kali bas ini datang, dapat kaut lebih ramai orang berbanding bas panjang biasa.
Jantan semua, tarik napas jalan ke belakang.



3) Bas banyakkkk panjangggggg (tak tahu boleh digunakan di KL PJ). Dipanggil Extra-Long Bus.
Ah! Yang ini jika kamu kata didepan untuk pompuan, di belakang untuk jantan, okay what!
Bas disambungkan dengan 'accordion' getah = sama macam getah yang sambungkan gerabak LRT di KL.
Tapi kesian drebar, dia nak corner manyak susah.
Kalau dia kena u-turn......!?!?!?
Pompuan di depan, jantan di belakang sekali.
Tapi bas 2) dan 3) ni kena pakai conductor/mamat tiket, saya rasa. Takut ada yg masuk dari belakang, tak mahu bayar.




Di Singapore ada strict laws - makin diperketat baru-baru ini: Apabila public bas nak keluar dari bus stop, kereta WAJIB beri jalan.
Jika tidak, boleh kena saman.

Dan setiap public bas ada KAMERA yang dikawal drebar!
Jika ada kereta biasa (bukan teksi atau ambulans) masuk ke lorong bas semasa Peak Hours, drebar tangkap gambar.
Sehari dua karang, saman datang kat rumah kamu. Sebab tu bus lanes kat Singapore selalu clear!
GAMBAR: Ko nampak tu brader! Donch play-play! Kalo drebar marah ko block dia, dia snap gambar, kena saman terus. No discounts in Singapore.

Sunday, October 17, 2010

Ke Galas naik kereta tanpa drebar Google

TAMBAHAN PAGI

Belum ada cerita baru.
Cuma saya nak tambah - sifat 'kiasu' ni - scared to lose, atau takut kalah, ada baiknya.
Itulah yang menjadikan negara kecik ni dapat naik. Semuanya cuba dilakukan dengan sebaik mungkin. Bukan kerana cekap dan bijak, tapi sebab takut dan malu kena ejek atau ditertawakan orang lain jika gagal.

Bandingkan dengan sikap acuh tak acuh setengah orang. 'Tak apa lah, 'bang, kita gagal pun ok, bapa kita tak marah, orang pun tak kisah'.

Yang tak bagusnya sifat ini ialah suka menunjuk tak tentu pasal - satu sifat orang Singapork yang kuat.
Jika jiran beli kereta Camry, aku terpaksa beli Accord.
Penyakit ini ada baiknya - dan telah menular di mana saja pun. Yang baiknya, kita akan terus melawan nak jadi kaya (lebih baik dari jika kita kata - Alah, dah memang rezeki kita gitu, tak apalah dia beli Camry, kita naik MRT saja).
Yang tak baiknya, yang tak mampu pun akan cuba nak lawan walau gaji kecil.

Sifat kiasu ni yang tak bagus juga ialah takut untuk mencuba sesuatu: Eh baik jangan try, nanti kalau gagal.... Takutlah saya nak cuba, jika gagal nanti orang ketawakan.

ADA lagi satu sifat orang Singapork - Kiasi - takut mati.
Terus takut nak cuba apa-apa.
Di Temasek, orang kata kiasu tak apa, jangan kiasi.

Cukuplah tu, mana saya letak kunci Zonda saya ni tadi? Nak start engine, show-off dengan jiran yang ada Merc SLK kejap.

--------------------------------------
POSTING ORI

Kesian kita.
Semasa kita sibuk berdebat nak buat keretapi MRT bawah tanah (Malaysia) atau bagaimana nak pastikan Orchard Road tak banjir lagi (Singapork), nasib baik ada orang lain yang memikirkan cara nak memajukan manusia dunia ni!
Terkejut al-berok saya membaca berita ini.

Google telahpun dapat membuktikan bahawa kereta biasa - Proton Inspira anda dan Lembughini saya - yang dipasang kamera dan komputer boleh dipandu TANPA DREBAR.  
Driverless car!
Ini bukan testing kat makmal beb.
Dah dibawa ke jalan raya pun!
Baca ceritanya di sini, sini dan sini.

Videonya di sini (maaf, tak boleh 'embed') .

BEST!
Saya dah pun fikirkan - jika nak ke Galas nanti dari Kota Baru, ada tiga jam nak kena pandu. Saya hanya perlu duduk kat depan, boleh taip laporan sedangkan kereta dipandu dengan sendirinya.
Cuma saya harap komputer kenal lembu dan ayam ditengah jalan. Kerana ada harga binatang ternakan ini, jangan pula terlanggar.
Tapi jika kereta nampak politikus PAS atau Umno atau PKR dan DAP terus digelek sampai kemek tak apa, the world doesn't lose anything of value. Muahaha.


GAMBAR: Saya baru beli Pagani Zonda ni. Jangan marahlah saya tunjuk sikit.
Nanti saya nak letak camera Google kat atas bumbung, boleh ke Galas.
Sebab saya tahu, di setiap by-election, baik politikus Umno, PAS mahupun PKR akan tunjuk kereta-kereta mewah mereka.
Tak malu nak tunjuk mereka kaya raya depan orang kampung. Tak ada sifat merendah diri nak mengecek undi orang miskin.
Dulu ada mamat masuk kampung di by-election Permatang Pasir, Kelantan, berkempen naik Harley Davidson. Nasib baik bukan menantu saya.

Kereta sports Pagani ini lebih exclusive dari Ferrari dan Lambo, dan lebih mahal lagi. Sebab dalam satu dunia ni hanya ada 117 buah saja yang pernah dipasang!
Dan harganya ialah... if you have to ask how much, then you can't afford it.

Katanya di Singapork ada dua atau tiga biji, termasuk yang warna oren-pink ini. Pastinya ada beberapa biji dalam garaj-garaj bilionwan Malaysia.

Pagani, buatan Italy, lebih exclusive juga daripada Bugatti Veyron (buatan Perancis), Saleen Mustang (Amerika), Koenigsagg CCR (Sweden) atau Tesla Roaster (Amerika).
Oops mungkin silap - saya rasa Koenigsagg dan Pagani seiring sama mahal dan terror-merror. Lebih kurang US$2 million each.
Tak pernah dengar nama-nama kereta sports exclusive ni? Maaf saya act sikit, sebab saya suka download wallpaper kereta dari sini - dieselstation.com.
Those who can, park them in their huge garages. Those who can't, download from the Internet.



-----------------------------------------------

RAHSIA! RAHSIA! RAHSIA! 

Ini rahsia - exclusive untuk pembaca blog ini. Blogger lain: Tolong JANGAN petik berita ini dari blog saya -
Temasek Holdings sedang merancang nak membeli dua syarikat kereta besar, nak lawan Proton dan Perodua dari Malaysia.
Mamposlah kau Malaysia, kamu ingat kamu saja boleh keluarkan kereta!

Temasek, katanya, akan membeli syarikat kereta Kia dari Korea, dan Suzuki dari Jepun.
Kedua syarikat itu akan digabungkan, dan diberi nama:
KiaSu Cars.
Oh-pocot!

Monday, October 4, 2010

Sultan Johor beri amaran, order limo baru

Maaf tuan dan datin, pak chic penat bekerja satu hari suntuk.
Terbaca tadi di pejabat cerita ini.
Sultan Johor kasi warning kepada mereka yang memperlekeh perlembagaan.

Apa pandangan anda.

Dan di sini, Sultan Johor baru order limo baru dari *Australia.
Chrysler 300C stretch berharga *A$160,000 (RM480,000).
Murah beb, sebab kereta Merc S-class dan BMW X6 pun hampir RM1juta.

Saya pernah buat liputan baru-baru ini di Johor apabila Tuanku membuat kunjungan jumpa rakyat.

(*Pembetulan: Saya rasa tempat ni di Australia dan harga kereta pun Aussia dollars, bukan di Amerika dan US$ seperti yang ditulis di posting awal. Lebih murah lagi harga kereta ini).

Tuesday, July 20, 2010

Temasek Darul Bah ngintai Smart tunnel KL

Saya tulis di sini bahawa Sinka-pour kena bah buat kali ketiga dalam sebulan Sabtu lalu.
Kali ini rakyat lebih marah lagi.
1) Kali pertama yang kena teruk ialah Orchard Road (jalan mata empat Orchard Road dan Scotts Road). Yang marah ialah tauke-tauke kedai seperti di basement Lucky Plaza dan Liat Towers.
2) Kali kedua kena kawasan miskin seperti Geylang dan Macpherson, tapi kena sikit juga kawasan orang kaya Bukit Timah dan Telok Kurau (sebab dekat dengan Geylang, ramai juga 'Melayu kaya' Singapork tinggal di kondo dan landed houses di Telok Kurau). Tapi tak teruk sangat, jadi marah pun sikit je.
3) Sabtu lalu, teruk Bukit Timah dan Telok Kurau kena. Basement di tiga kondo di Bukit Timah tenggelam - lebih 100 kereta mewah masuk air teruk. Merc, Audi, Porsche pun ada. Melenting mamat ni semua.
Ada seorang pemilik Porsche berkata: Saya baru belanja S$40,000 (RM92,000) repair kereta ni, kini dah masuk air lagi.
Seorang bakal menteri yang tinggal di Telok Kurau pula komplen beliau tak dapat keluar sarapan sebab keliling kawasan rumahnya bah.

Maka berteraburanlah wakil PUB (agensi air/water agency) dan Menteri Ehwal Sekitaran dan Sumber Air, Yaacob Ibrahim, kena explain. Kasihan.
Dalam Cabinet Sinka-pour ni ada 21 orang, hanya beliau seorang saja Melayu. Kini kena serang air bah pula.
Tapi takpe, beliau cekap, tentu timbul macam sabut (mamat ni kenal saya, jadi takut depa baca blog ni, mampos aku kena buang negeri kat Changi Point, pancing ikan).

Fakta-fakta yang dikeluarkan PUB dan 'Mr Yakult' (orang Singapour dah marah, panggil Yaacob, 'Mr Yakult'. Takpe Pak Menteri saya tetap sokong).

1) Yang menyebabkan banjir BUKAN Marina Barrage - ampangan air yang saya tulis di sini (baca kat bawah sekali).
Mereka kata jika tak ada Barrage tu - lagi teruk banjir.
Itu pun saya rasa ramai masih tak yakin. Orang lagi marah, kau cakap apa pun dia tak dengar.

2) Masa bah kali pertama bulan lalu, PUB kata ia terjadi sebab longkang di Orchard tersumbat dengan batang pokok dan sampah.
Negara glamour, longkang pun ada nama. Nama longkang itu ialah Stamford Canal - satu Singapore semua orang tahu kat mana Canal ni - ia selari dengan Orchard Road tapi di bawah tanah.
Rupa-rupanya bukan tersumbat, tapi kerana hujan lebat sangat, Stamford Canal tak dapat cope.
Rakyat makin marah, sebab macam berdalih. Dulu kamu kata sumbat, ini dah tukar lagu pulak.
Pemerintah kini jadikan priority pertama nak lihat Canal terkenal ni cukup atau tidak. Mungkin kena dalamkan atau dibesarkan lagi, kata Pak Yaacob.

3) Banyak lagi sang longkang akan dibuat lah satu negeri. Banyak projek sedang berjalan pun.

Tapi yang rakyat confuse dan marah ialah kenapa dulu jika hujan lebat pun tak jadi gini? Ini dah tiga kali dalam tempoh satu bulan (30days).

Dan hari ini, tahniah besar untuk Malaysia.
Semalam boss suruh saya telefon wartawan kami di KL buat story tentang Smart Tunnel di KL tu, yang berharga RM1.9 billion.
Singapore agaknya nak tahu macam mana KL Bandar Bah kini jadi KL Bandar Sampah. Errrr maaf, Bandar KalisBah.

Saya tolong sikit buat grafik besar dalam The Straits Times hari ini. Ada cerita lagi tentang bagaimana terowong 11.8m ini (7 kali lebih tinggi dari manusia) telah selamat KL daripada TUJUH banjir besar sejak ia dibuka tiga tahun dulu, dalam Julai 2007.
Hidup Mahathir!

Monday, July 19, 2010

Orang reka robot, Muslim nak fatwakan kopi

Orang Jepun dulu bodoh tak tahu buat kereta. Mereka copy kereta omputeh dari Amerika dan British, kini control satu dunia sebab mereka dah pandai mereka jentera yang cantik dan murah.
Sama juga dengan barang elektronik seperti TV dan komputer. Jepun dan mamat Korea copy dari omputeh, lepas tu buat lebih kecil, menarik dan murah.
Sekarang China pun dah jadi negara copycat. Kereta, barang elektronik termasuk ponsel, aircon dan TV serta fridge.

Si Muslim pun pandai copy juga. Yang reka suicide bombing bukan kita, tapi antaranya ialah Tamil Tigers dari Sri Lanka.
Begitulah cara mereka letupkan bom yang membunuh bekas PM India Rajiv Gandhi - pada 1991, lama sebelum suicide vest ini jadi trademark Umat M.
Sekarang Muslim dah 'perfected the technology', kata omputeh.
Bukan saja mereka serang tentera musuh - kalau yang itu OK juga woi - orang lagi solat kat masjid pun dia letupkan berkali-kali, hanya kerana perbezaan pendapat. Bravo.
Jika kita terus sokong mereka ini, jangan terkejut jika nanti satu hari ada mamat Melayu bangang yang letupkan dalam KLCC dan di masjid KL.

Saya selalu mengeluh.
Kenapa kita tak pandai copy benda seperti di bawah ini.
Dengan rekaannya orang New Zealand, mereka dapat bantu mamat lumpuh ini (GAMBAR) berjalan!
Syiok saya lihat. Dan jealous untuk umat.
Kalau nak suruh kita invent iPad atau laptop baru, tentu tak boleh buat.
Tapi, saudara dan datin, jika kamu ada anak muda yang boleh diajak invent benda yang akan dipuji manusia, tentu akan disebut-sebut nama inventor bernama Muslim itu.

Cerita Rex exoskeleton itu di sini. Ada video lagi!
Mungkin mesin ini tak begitu baik. Tapi tentunya masih boleh diperbaiki. Alangkah baiknya jika nenek dan datuk kita dapat berjalan semula!

Tak payah yang teknologi canggih. Lihat saja vuvuzela - trompet plastik rekaan omputeh Afrika Selatan yang begitu popular dalam World Cup.
Mudah saja. Mamat pereka kata dia copy dari vuvuzela yang digunakan orang kulit hitam, dan diperbaiki.
Kini jadi hit seluruh dunia dan mengkayakan perekanya.

Dah kaya kelak, kamu belilah 10 kapal aman gi Gaza, atau buat 10 universiti dan hospital di Egypt, Jordan dan Syria nak bantu Palestin.
Kalau kamu baca sejarah, kamu akan tahu bahawa puak yang control Jerusalem tu bukan hanya selama 10, 20 tahun, tapi beratus tahun. Jadi jika nak sangat kalahkan mereka, fikir strategi jangka panjanglah.
Jangan nak lepaskan geram tak kena tempat, malukan umat dan agama.
Enough said.

-----------------------------------
KOPI LUWAK HARAM?


Saya rasa ulama Indonesia ni baca blog remgold. Heehee.
Baru minggu lalu saya bual tentang kopi luwak - kopi dari najis musang. Kini dah mula ada yang nak keluarkan fatwa pulak. Nak haramkan kopi ini.
Walhal, kopi luwak ni dah puluhan tahun, jika tidak lebih dari itu, jadi tradisi minuman di Indonesia. Kesian si musang luwak ni (GAMBAR).
Luwak pulak pandai cakap omputeh, dan memberitahu blog ini - 'What did I do to deserve this? I just ate my fav food and shat. Like that also cannot?'

Gila.
Negara kamu banyak isu corruption, termasuk yang dari partai politik beragama pun. Menteri Agama pun pernah dituduh kebas duit orang nak gi haji! Astaghfirullah.
Itulah yang diselesaikan dulu, 'bang.
Ramai rakyat miskin. Tinggal tepi longkang, mandi dalam longkang.
Keluarkan fatwa orang kaya bantu orang miskin ler.

Jangan jadi macam ulama Malaysia. Negara dah nak terbalik.
Dia sibuk haramkan yoga dan makyong, sibuk nak jadi negara Islam konon (sekarang dah tidak, hanya nak negara-Islam-yang-direstui-DAP). Tapi nak repair kepala paip pun panggil teknisyen Cina.
Umat bodoh dipermainkan orang, tak ada fatwa pula agar rajin belajar dan jadi pereka besar.
Tak ada fatwa bahawa umat yang pemalas jadi pekerja kolar biru tu haram, kena jadi akauntan dan lawyer dan doktor.
Tak ada fatwa bahawa tak guna ngaku Islam, jika makan duit rakyat berjuta. Tak guna ngaku Islam jika kebas pasir, lepas tu tuduh orang lain buat.

'Hampir-hampir kemiskinan itu menjadi kekafiran' - itu satu hadith yang saya dengar masa budak sekolah lagi, yang selalu berngiang di kepala pakcik tua ni.

Kenapa jika miskin = boleh jadi kafir?
Sebab orang miskin kena cari makan dengan orang kaya. Kena buli, tak dapat beribadat dengan sempurna.
Kalau kamu kaya, boleh parking dalam masjid setiap hari, ada drebar tunggu kat luar dengan Merc.
Tapi itu saya, tak tahu apa citarasa anda.
Nak marah pun, teruskan, brader.
Ini keluhan orang minoriti Temasek yang sering, katanya, dipijak.
Kamu kaum majoriti di negara jiran buat apa?
Gaduh politik tak habis-habis. Kami nak jadikan contoh Melayu-Islam mithali kat mana?
Tengok utara, kecoh Melayu lawan Melayu.
Tengok selatan, rumpun Melayu lawan Melayu merampok.

Saturday, April 10, 2010

Gunakan Google dgn lebih baik & barangan China

Kita masuk bab yang ringan di hujung minggu ni.
Nak buat jenaka Eh, eh tengok tu 'bang, gambar dah habis dipakai semuanya.

Ada dua perkara menarik.


1) Do you 'google'?  

Boleh dikatakan hampir semua orang diseluruh dunia (selain China, Korea Utara dan negara di mana internet di kawal rapi) menggunakan Google untuk membuat search.
Ada macam-macam search engine yang kita semua gunakan dulu, tetapi nampaknya Google juga yang paling berkesan, kerana sistem algorithm yang sangat canggih.

Kerana takut sesuatu syarikat itu jadi monopoli besar, saya pernah cuba Yahoo!, Bing (dari Microsoft), Cuil dan sebagainya.
Tapi tak setepat Google.

Di sini, akhbar terror di dunia, New York Times, ada 10 tips bagaimana nak gunakan Google ini dengan lebih baik lagi.
Wow. Saya pun tak terfikir ada cara lebih baik nak gunakannya sebelum ini.

Kata orang Singapore: Cuba try.
(Dah 'cuba', 'try' lagi. Kiasu giler).


2) iPhone, Blackberry dari China 

Dah lama saya tak ke Sim Lim Square - salah satu dari dua pusat membeli barangan komputer dan teknologi di pulau yang pernah dilanggar todak.

Semalam saya gi. Wah. Harga iPhone tiruan dari negara China kini semakin murah!
Setahun lalu S$200 (RM460) sebuah, tadi saya tanya-tanya = S$130. Kalau tawar mungkin dapat kurang S$20.
Saya pernah pakai dulu iPhone pirate ni - tapi rosak setelah 4 bulan! Sofwenya dan rupanya tak ada beza langsung dengan iPhone original, cuma ada beberapa perkataan dalam bahasa Mandarin, sebab ia berasal dari China.

Dari satu sudut, iPhone ini lebih baik kerana kita boleh letak DUA sim card di dalamnya, bukan satu.
Maknanya kalau kita bawa dua handset sekarang ni - satu untuk bos telefon, dan satu untuk bini/laki - dengannya anda hanya perlu membawa satu saja telefon.
Dan tak seperti iPhone ori, ada USB port jadi anda boleh masukkan lagu, video dengan tak payah menggunakan iTunes sofwe dari Apple.
Tambahan: ia juga ada antenna TV yang kecil!
Wow, lagi sedikit saya terbeli. Nasib baik tak ada duit! Hahaha.

Dan di Sim Lim juga ada dijual iPhone mini.
Sebenarnya kalau yang ori hanya ada satu saiz saja.
Tapi orang China ni pandai: dia buat handset bentuk sama tapi yg kecil.
Harganya S$120.
Ia juga boleh dimuatkan dengan DUA simcard.

Lepas tu, terkejut saya.
Ada juga dijual di situ handset berbentuk Blackberry, juga buatan China.
Kita boleh nampak jelas ia tak secantik Blackberry ori. Tapi dengan harga S$130, why not? Yang ori, paling murah di sini ialah S$500.
Saya main-main dengan sofwe, nampak, secara kasar, sama saja.
Tapi tak tahu sama ada kita boleh terima-hantar email dengan berkesan macam Blackberry ori.


Yang pasti, China ni dah jadi macam Jepun dulu.
Pada tahun 1960an dan 1970an, Jepun hanya pandai meniru barangan keluaran mat salleh. Baik kereta, televisyen, aircon, komputer dan komponent kecil.
Lama-kelamaan mereka pandai design sendiri, dan produk dari Jepun ni lebih baik dan murah dari yang dibuat di Amerika dan Eropah!
Syarikat Amerika dan Eropah banyak dah malap kerana Jepun, dan juga Korea Selatan, lebih pandai design dan keluarkan dengan lebih murah.
Antara nama besar syarikat Amerika-Eropah yang dah malap atau terus tenggelam? IBM, Wang Computer, Electrolux, Kodak, Ford, General Motors.

China kini banyak barang tiruan. Kereta dari China mungkin ramai tertawakan dan tak mahu pakai - begitulah dulu kita anggap kereta-kereta dari Jepun. Dulu kita lebih suka kereta buatan British seperti Austin, kereta Eropah bernama Fiat dan dari Amerika bernama Ford. Kini yang naik ialah nama-nama yang ditertawakan sebagai 'kereta orang miskin' - Lexus, Toyota, Honda dan Suzuki.
Dan kereta Korea yang hanya 15 tahun dulu kita tertawakan pun dah jadi popular dan berbentuk ori yang manis - Kia dan Hyundai.

Kalaulah anak-anak kita pandai copy macam Jepun, Korea dan China ni, bagus juga. Lama-lama dia boleh sapu cara pemikiran mereka juga dalam teknik pembuatan ni.
Saya nak jual Lamborghini Madura saya (eh wah) dan beli kereta buatan Malaysia, Lembugini.

Sunday, January 31, 2010

Psst Datuk, nak beli Lamborghini Madura?


Orang marketing ni memang pandai nak menarik perhatian kita agar membeli produk dan melanggan services mereka.
Sebab itu ada kereta bernama Ferrari California, Mitsubishi Pajero (nama sejenis kucing di Argentina) dan Toyota Harrier (nama sejenis burung - sebab tu logo di depan SUV ini ialah burung).
Ada website dinamakan sempena sungai terkenal di Brazil, amazon.com.
Ada sofwe graphics yang sama nama dengan sejenis kopi, java.com (sebab engineer sofwe ini suka minum java coffee - kopi pahit. Walaupun di Tenggara Asia, mungkin kita lihat nama ini sebagai nama pulau Jawa).
Browser pilihan saya namanya pun cantik, firefox.

Saya selalu berharap mungkin satu hari nanti ada supercar dinamakan berasaskan sebuah tempat yang saya kenal.
Misalnya, Ferrari Geylang atau Aston Martin Keramat.
Atau Audi Pekan mungkin. Mitsubishi Woodlands pun OK.

Tapi apakan nasib.
Orang Itali dah pilih pulau Indonesia sebagai concept car baru: Lamborghini Madura - di sini . Glam macam kereta Batman kereta orang Jawa ni - di sini.

Giler punya nama, pada kita.
Kata mat salleh: This name rocks! Nama ini kerasbatu!

Nanti bila dah keluar, nak juga aku tengok berapa ramai jutawan Damansara Heights dan Orchard Road beli Lambo Madura.
Kat Orchard Road, ramai jutawan Indonesia (kebanyakannya bangsa Tionghua) yang mempunyai kondo mewah. Tentu mereka syiok menunggang Madura.

TAMBAHAN: Eh! Ada datuk baru dari kalangan wartawan! Psst, Datuk Rocky, nak beli Madura? Saya nak tunggu Lamborghini Bawean.



Monday, December 14, 2009

GST - Satu pandangan dari Singapura (Bab 2)

PEMBETULAN
---------------------------------------------------------
Dari apa yang ditulis Reuters hari ini, ada sikit kesilapan tulisan saya. Tulisan agensi berita itu hari ini mengenai GST:
"The new tax, charged at a rate of 4 percent, is expected by the government to raise one billion ringgit a year more than an existing sales tax that is projected to raise 7.8 billion ringgit in 2010."

Maksudnya, kerajaan dapat wang TAMBAHAN kepada cukai yang dipungut sebanyak RM1 bilion, menjadikannya RM8.8 bilion, dalam tahun pertama, 2011, GST dimulakan.
Kini, RM7.8 bilion dipungut di bawah nama cukai penjualan (sales tax).
Yang saya tulis: dengan GST, kerajaan dapat cukai RM1 bilion.

-----------------------------------------------------------

Ini Bab 2 isu GST di Singapore dan Malaysia.
Bab 1 pandangan orang jalanan (man on the street), saya, di sini.

GST dimulakan pada tahun 1994 di Singapura. Dari 3 peratus dulu, hingga 7 peratus sekarang.

Bohonglah saya jika saya kata semua orang (ataupun ramai orang) menyokong.
Siapa yang suka kena cukai itu dan ini oleh pemerintah. Kalau boleh semua kita nak free!
Di sini dan sini antara orang yang membangkang.


-------------------------------------------------------

Cerita tambahan: Tak seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dsbnya, di Singapore ni orang takut nak demo jalanan. Terus kena cekup sebab dikhuatiri menakutkan pelabur dan pelancong (kata pemerintah).
Jadi jika marah sangat tentang sesuatu isu, orang Tumasick pergi ke petitiononline.com untuk protes.
Yang setuju sign, letak nama. Letak nombor IC dan phone number kalau berani.
Jangan ingat ini kerja penakut, tak boleh meletup.

Kita dah lihat pembangkang Malaysia dan demo Jakarta - membuat jam giler satu bandaraya, dan membuat orang marah.

Kat Singapore, tulis ke petition online, seperti di atas tu, apabila skandal persatuan kebajikan National Kidney Foundation meledak dulu.
Pemerintah mulanya rilek, tetapi selepas ribuan demi ribuan orang (43,000 orang!) sign petition, dia ambil tindakan keras terhadap perampok rakyat.
Maknanya, kalau orang tak mahu KL jam, pergilah buat sign petition.
Saya pernah menulis tentang To Demo or not to Demo in Malaysia ni.
Saya akan salute Pakatan dan Anwar kalau buat gini. Tapi saya letak wang taruhan ini tak akan berlaku. Pembangkang lebih suka merosakkan nama negara dengan demo kat tengah bandar, daripada sign petition begini untuk memperbaiki keadaan dalam sesuatu isu. Maaflah, ini pandangan saya yang ikhlas.


-------------------------------------------------------

Balik kepada cerita GST: Di negara kaya macam Singapore - tak seperti di Malaysia di mana Bajet selalu defisit - iaitu lebih banyak perbelanjaan dari pendapatan, dah lebih 10 tahun - Temasek pernah defisit sejak 30tahun ini sekali saja!
Masa tu semua terperanjat berok - tak ingat bila - hanya beberapa tahun lalu apabila ekonomi meleset teruk. Jadi apabila GST dimulakan bukanlah kerana pemerintah PM Lee Hsien Loong tak cukup wang.
Tetapi ianya untuk mengadakan sistem cukai lebih adil dan mengalakkan orang berjimat, katanya.
GST di Singapore yang bermula dengan 3 peratus dari harga barangan dan servis, kini 7 peratus. Tinggi tu!

Tetapi seperti saya dah kata, cukai pendapatan (income tax) individu dan syarikat dah jatuh banyak.
Dulu cukai individu dan syarikat di Singapore sama tahap dengan Malaysia. Tetapi kini di Singapore cukai dah lebih rendah (lihat Bab 1 blog). Maknanya pekerja seperti saya kini ada lebih banyak wang dalam poket sebab cukai pendapatan dah turun.
Terpulang kepada saya hendak belanja wang lebihan itu, atau simpan kat bank.


Ini penting jika anda pelancong: Jika membeli barangan elektrikal-elektronik di Singapore, anda boleh mendapatkan kembali wang GST!
Misalnya anda membeli kamera atau handphone di Singapore - harganya termasuk GST. Tetapi anda boleh mendapatkan balik wang 7 peratus dari pemerintah.
GST ni untuk penduduk pulau kami saja.
Di tempat jualan barangan elektrikal-elektronik Funan Centre dan Sim Lim Square, ada kaunter nak dapatkan balik wang 7 peratus. Jangan kau lupa pulak, rugi nanti!
Atau bawa resit belian dan tukar kepada wang di kaunter GST di airport Changi!


Saya memberi beberapa contoh biar senang nak faham:

1) Membeli TV.
a) Saya membeli TV jenama Akira (syarikat pembuat alat elektronik-elektrik ini dari Singapore, tetapi gunakan nama Jepun. Ia begitu popular di Afrika dan Russia, sebab mereka ingat barangan Jepun!).

Akira TV 32inci = S$500, termasuk cukai 7 peratus. Saya membeli di Mustafa's Centre, mall 24jam di sini yang sangat popular seantero dunia sehingga ia menjadi tourist attraction.
Selalunya penjual dah masukkan harganya jadi tak payah last minute kena kira.
Misalnya jika tak ada GST, harga TV ialah $465.
Cukainya ialah = $35.

b) Orang kaya membeli Sony TV 42inci = $1,800, termasuk GST.
Cukainya = $126.
Maknanya kalau tak ada GST, harga TV ialah $1,674.

c) Atau jika dia membeli 32inci juga tapi brand Sony.
Harganya = S$900. Cukai? $63.

Bezakan TV murah saya dengan TV Sony ini = cukainya ialah (63 tolak 35) $28 lebih tinggi.
Lebih tinggi harga barangan anda beli, lebih teruk kena bayar GST.



2) Membeli kereta.
a) Yang lebih ketara ialah bila kita membeli harga barangan yang lebih mahal dan lebih jauh perbezaan harga.

Misalnya, saya membeli Mazda 3 (Mazda 3 baru keluar di sini 'co-me sokmo' kata orang Klate, comel habis).
Mazda 3, enjin 1.6litre, harganya $73,000.
Saya bayar GST = $5,100.
(Saya sebenarnya tak ada lesen memandu di Singapore, hanya di KL).

b) Orang kaya membeli Lexus IS (di Singapore orang kaya suka Lexus dan BMW, sebab Mercedes E-class putih ialah teksi! Camry dan Wish pun jadi teksi, jadi tak glam).
Harga Lexus IS 2.5litre $144,000.
GSTnya = $10,000.

Ah kan! Ah kan!
Siapa suruh dia kaya!?
Biar dia mampos bayar GST tinggi - ini orang biasa seperti saya selalu kata. Hahaha.



3) Membeli tiket kapal terbang.
a) Nak terbang Singapore-KL, saya suka Jetstar sebab murah dan menggunakan KLIA, bukan LCCT Sepang.
AirAsia ke LCCT - kecoh tempat tu sebab tempatnya kecil dan selalu sesak dengan penumpang lain, baris panjang nak cop paspot.
Firefly bagus lagi sebab terus ke Subang - dekat dengan KL - tetapi harga tiket mahal sebab ia popular! SilkAir-SIA-MAS pun ke KLIA tetapi tiket mahal.

Jetstar (harga purata 'return ticket' sejak 6 bulan ini yang saya beli) $150.
Cukai = $10.50.

b) Orang kaya naik MAS-SIA sebab tak mau campur dengan orang miskin bau busuk.
Harga tambang ialah sekitar $300.
Cukai = $21.



OKAY. Dari tiga contoh mudah di atas, kita boleh lihat bagaimana GST mengalakkan penjimatan.
Dan bagaimana orang kaya lebih teruk kena bayar GST dari orang biasa.

Kalau kamu miskin sangat, agaknya hanya membeli TV 21inci, naik MRT ke tempat kerja dan naik bas express ke KL. Lagi jimat banyak wang!
(Ahem, saya tak pandai matematik, sebab tu jadi wartawan bukan akauntan. Jadi kalau salah hitung, tolong betulkan).

Dari cerita-cerita di atas, anda dapat bayangkan sendiri sama ada GST ni bagus untuk Malaysia ke tidak. Malaysia mau mulakan kadar GST sebanyak 4 peratus.
Kerajaan kata dengan GST dapat duit cukai tambahan sebanyak RM1 billion (Lihat pembetulan di atas).


Tetapi masalah Malaysia begini: Banyak sangat skandal yang meletup. Jadi orang marah, kamu nak letak cukai baru atas kepala mereka (walaupun setelah meniadakan sales tax) tetapi kadang-kadang satu scandal saja dah dapat berbilion wang yang boleh dijimatkan.
Misalnya PKFZ dari harga asal tak sampai RM2 billion, jadi RM4.7 bilion!
Banyak lagi contoh yang boleh diberikan.

Jadi tak boleh salahkan rakyat jika mereka berkata alangkah baiknya jika tak kena GST ini, tetapi sebaliknya kerajaan Pak Najib pastikan harga projek semuanya dikawal rapi.
Daripada 'membuang masa' dengan langkah baru, kenapa tak ketatkan sistem kawalan kewangan agar tak membazir?

Dan juga, banyak persepsi bahawa kerajaan suka 'membuang' wang begitu saja. Saya kata persepsi, bukan fakta. Dalam politik persepsi selalunya lebih bahaya dari fakta.
Misalnya dua kes baru ini.
Satu ialah tentang kumpulan Naza dan projek Matrade baru di mana kononnya kerajaan akan rugi beratus juta ringgit dengan memberikan tanah prime untuk mendapatkan sebuah bangunan untuk exhibition.
Kerajaan belum memberikan penjelasan yang memberikan kepuasan ramai bahawa sebenarnya tak ada rugi apa, sebaliknya untung besar mendapat bangunan RM628 juta percuma.

Yang kedua ialah projek Formula 1 Team Lotus. Berapa banyak wang akan keluar, apa pulangan? Petronas kena sponsor sampai bengkrap ke?
Tak tahulah!

Seperti dua kes ini, Kerajaan Malaysia nampaknya cakap sikit, lepas tu disambung panjang-panjang oleh pembangkang dan bloggers. Selepas tu, kerajaan tak terjawab.
Bagaimanapun, isu-isu ini hanya rakyat dan pengundi Malaysia saja yang boleh menentukan. Saya orang luar cuma memberi pandangan Kota Singa tentang isu GST ni dan kenapa saya menyokongnya.
Enough said.

Thursday, December 10, 2009

GST - Satu pandangan dari Singapura (Bab 1)

Nampaknya pembangkang di Malaysia hangat menentang kerajaan Malaysia daripada memulakan GST (Goods & Services Tax).
Logik juga argument mereka - misalnya yang dibawa oleh Tony Pua dari DAP.
Untuk kerajaan pula, pengenalan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST dalam bahasa Melayu) boleh merendahkan cukai pendapatan dan syarikat.
PM Najib Razak pun kata begitu.

Di website NGO ini ada banyak fakta dan cerita tentang GST di Malaysia.
Blogger terkemuka (cesss sabah!) sakmongkol pun sampai ada three-parter nak jelaskan isu ini dengan mudah. Dalam bahasa inggeris lagi, you.
Tony menulis bahawa daripada 12 juta rakyat Malaysia yang bekerja, hanya 15 peratus saja yang bayar cukai. Yang 85 peratus lagi tak bayar.

Maknanya lebih ramai orang lagi akan dibebankan dengan cukai jika GST dimulakan.
Di Malaysia, jika gaji kurang dari RM2,000 sebulan (iaitu kurang dari RM25,000 setahun), anda tak payah membayar cukai.
Tetapi betul ke yang menjual goreng pisang, membuka restoran dan yang menjual VCD tu gajinya kecil?
Sebab ramai mereka ini tak bayar cukai - konon gaji kurang dari RM2,000 - tetapi tinggal di kondo/rumah teres dan ada kereta City dan Avanza, atau sekurang-kurangnya Myvi.
Dekat tempat saya tinggal banyak flat kos rendah dan sederhana. Ramai yang pasang aircon dan Astro. Wooi. Kereta pun paling kurang Saga dan Persona.

Jadi, memang argument Tony betul, jika dilihat dari perspektif 'orang miskin'.
Tapi kalau betullah mereka miskin - iaitu gaji kurang dari RM2,000 sebulan.
Saya pula MENYOKONG adanya GST (tetapi ada syarat sikit ler. Nanti dijelaskan).

Dan jika dilihat dari perspektif saya/aku/i/ana/gua (bekas pembayar cukai di Malaysia), ianya begini:

1) Ramai perampok negara yang kaya raya tak bayar cukai!
Mereka merampok duit rakyat dari projek yang di jack-up harga, atau dengan songlap duit tapi terus dapat lari (takkan dah kebas lepas tu bayar cukai!?).
Jadi dengan adanya GST ini mereka pun tak dapat lari lagi!

Begini: Lepas merampok dan menyonglap (ada ke perkatan ini?) wang, mereka tentunya nak membeli rumah baru, kereta-kereta mewah, TV besar dan nak holiday ke Perth.
Semuanya mereka kena bayar GST!
(Akan saya jelaskan pandangan GST ini oleh orang Temasek yang dah lama kena bayar benda ini).

2) Memang sedap Tony argue dari pandangan orang miskin. Tetapi sebenarnya, jika mereka betul miskin, mereka tak perlu khuatir sangat.
Sebab yang miskin tak kena teruk GST ni.
Ini pengalaman saya di Singapore.

Dan lagi pada pandangan saya: Woi, banyak lemak, orang yang mengaku miskin ini!
Tentang tak bayar cukai semua line-up mengaku papa kedana. Tetapi mereka 'menyibuk' pula nak gunakan benda sama dengan pembayar cukai seperti saya.
Misalnya, katanya mereka gaji rendah, tetapi masih mampu membeli kereta Honda Civic dan TV 40inci baru.

Saya baru dua minggu lalu ke sebuah perumahan DBKL di KL untuk orang bergaji rendah - flat PPRT Program Perumahan Rakyat Termiskin di kawasan Keramat.
Ooi, penuh dengan kereta! Sesak, sampai tak ada tempat parking - 200 tempat parking semuanya penuh dan double park lagi!
Ini, menurut penduduk perumahan itu, terjadi setiap hari dan malam.
Jika pulang ke tempat itu lepas jam 10 malam, kena park jauh di tepi jalan utama.
Di luar flat mereka pula, semuanya ada pasang satelite dish Astro.
Wooi, kalau betul miskin, takkan mampu pasang Astro - paling kurang kena bayar sewa RM100 sebulan!
Walhal sewa flat PPRT ni hanya RM24 sebulan!!!!!! Betul, hanya RM24.
Naik tocang mereka ini menipu kerajaan.
Dengan adanya GST, jika mereka membeli kereta, TV atau masuk Astro ke rumah, semua kena cukai. Padan muka!
Mereka pun perampok juga! Perampok kecil. Kalau mereka betul miskin, tak perlu takut.

---------------------------------------------------------
INI CERITA GST di Temasick Darul PAP (Pay And Pay)

Ini penerangan kenapa Singapore ada GST:
Why must Singapore implement GST?
GST was introduced as part of a larger tax restructuring exercise, to enable Singapore to shift its reliance from direct taxes to indirect taxes. GST has also enabled Singapore to sustain a lower income tax rate. Being a tax on consumption, and not income, GST inherently encourages savings and investments.

Kita cakap tentang Cukai Individu lah (Individual Income Tax), sebab saya bukan bizman nak bual tentang Corporate Income Tax.

Di Singapore, cukai peribadi tertinggi ialah 20 peratus. Itupun kalau pendapatan kamu S$320,000 (RM768,000) ke atas setahun. Lihat sini.

Di Malaysia, cukai individu banyakkkkkkkk tinggi! Kadang nak pingsan saya bayar - semasa kerja di KL.
Gaji bukan besar ke mana, tetapi cukai menakutkan dan kena bayar ansur-ansur.
Saya ada dengar cerita dari Al Jazeera di KL dulu. Ramai wartawan mat salleh yang masuk bekerja di pejabat itu (di Petronas Towers 2) yang melonjak bila dapat kerja di sana.
Gaji besar! Ada yang dapat RM20,000 sebulan, ada yang RM30,000 sebulan.
Tetapi mereka terlupa nak tanya tentang cukai pendapatan di Malaysia.
Pada penghujung tahun, semua meraung dan memaki hamun! Kena cukai 15-25 peratus!

(Pelajaran penting: Bila dapat kerja di luar negeri, jangan syiok saja dapat gaji tinggi. Tanya 'hidden costs' seperti cukai pendapatan, harga menyewa rumah, harga makanan, membeli kereta, bayaran sekolah anak-anak).

Di Malaysia, cukai individu tertinggi ialah 27 peratus. Untuk tahun depan, jatuh ke 26 peratus. Lihat sini.

Tapi cukai Malaysia ni ada problem besar untuk pembayar cukai seperti saya.
Sebab kalau di Singapore, gaji tahunan kamu lebih RM768,000 baru kena cukai 20 peratus.
Di Malaysia, baru kena satu-pertiga dari itu - RM250,000 - dah kena 27 peratus!
Iaitu sama juga jika gaji bulanan kita di Malaysia RM3,000, RM5,000 atau RM8,000.
Cukainya tinggi jika dibanding dengan di Singapore atau Hong Kong. Susahlah brader.

Lihat table cukai Singapore dan Malaysia lagi - jika di KL, gaji RM5,000 sebulan, atau RM60,000 setahun - cukai lebih kurang 12-19 peratus!
Di Singapore, gaji sama, cukai hanyalah 5.5 peratus (ia mengikut kiraan kasar).

Jadi dengan GST di Malaysia karang, kita harap cukai individu ni akan turun mendadak - manalah tahu saya nak kerja lagi di Malaysia! Ada harapan cukai di Malaysia jatuh sama dengan cukai di Singapore.

Dan sales tax (cukai penjualan) pun ditiadakan. Iaitu secara theori, harga barangan dan servis - seperti makan di restoran - kurang.

LAIN KALI SAMBUNG LAGI.

Friday, December 4, 2009

New Tiger Woods family portrait


Of all the world headlines following troubles at the home of Tiger Woods, I loved the one picked by UK's Sunday Times newspaper. It says:

"Crouching Tiger
Hidden hydrant"

And now this great picture.

Wednesday, December 2, 2009

Children, don't grow up to be like this!

A successful lawyer parked his brand-new Lexus in front of the office, ready to show it off to his colleagues.
As he opened the door, a truck came along, and completely tore off the driver's door!
The attorney immediately grabbed his cell phone, hit speed dial for 911, and had a policeman there in 3 minutes.

Before the cop had a chance to ask any questions, the lawyer started screaming hysterically.
He said he had just picked up the Lexus the day before.
Now it would never be the same, no matter how good a job the body shop does.

After the lawyer finally wound down from his rant, the cop shook his head in disgust and disbelief.
"I can't believe how materialistic you lawyers are," he said.
"You are so focused on your possessions that you don't notice anything else."

"How can you say we are materialistic?" the lawyer said indignantly.

The cop replied, "You didn't even notice that your left arm is missing from the elbow down! It must have been torn off when the truck hit you."

"OH, NO!" screamed the lawyer in shock.
"Where is my Rolex?!"

Tuesday, December 1, 2009

Nak eksport 50 peratus keluaran Proton

Bila saya tiba di Malaysia penghujung 1994 dulu, saya dah dengar cerita ini: Proton nak eksport keretanya dengan banyak!
Kali ini, mereka kata nak eksport 50 peratus daripada kenderaan buatan Malaysia. Wow.
Boleh ke jual 20,000-30,000 kereta di luar negeri? Takpelah cuba jangan tak cuba.

Dulu semasa saya belum bertugas di KL sekitar awal 1990an, nama Proton OK di Singapore ni.
(Saya selalu bawa cerita Singapore sebab saya duduk di sini, takkan nak bawa cerita London atau Perth).

Pada masa itu kereta 'hot' Proton ialah Wira. Banyak juga Wira dibeli oleh rakyat Temasek. Sering nampak di jalanraya.
Walaupun mereka rasa tak syiok membeli buatan kereta Malaysia (low class macam kereta Korea masa itu), tetapi mereka rasa bentuknya cantik dan harga berpatutan.
Di masa tu, saingan paling hebat untuk Proton ialah Daewoo dan Kia di Temasek. Hyundai pun baru memasuki pasaran (kereta dari China belum muncul lagi).
Orang Singapore yang membeli Proton mengatakan, berbanding dengan Daewoo, Kia dan Hyundai, jika kereta Malaysia mereka rosak, mereka boleh ke JB. Spare part murah.
Ini yang kerap sangat saya dengar dulu tentang kenapa mereka membeli Proton. 'Spare part murah di JB'.

Tetapi kini 15 tahun ke hadapan, payah nak nampak Proton (atau Perodua) di jalanraya Temasek Darul Dollar ni.
Bukan zero, tapi payah nak nampak.
Pada saya, sebabnya ada dua.

Sebab pertama: Kereta terbaru dari Malaysia ialah Proton Waja. Lepas tu Proton Sawi (maaf, Savvy).
Ini bentuk kereta lama brader. Dah lebih dari lima tahun model-model ini keluar!

Kita bandingkan dengan bentuk model yang lebih "moden" dan "seksi" dari Kia, Chevrolet (pengganti Daewoo di Singapore dan Malaysia), Hyundai.
Saya baru melihat Kia Forte di carpark blok saya - syiok. macam Mitsu Lancer dan Honda Civic.
Sama juga Chevy Cruze. Menggiorkan (takpe ini cakap pasal kereta, ustaz tak marah).
Atau Hyundai i30, yang cuba nak lawan VW Golf dan Merc B-Class.

Lepas tu kamu lihat Waja dan Sawi (maaf, Savvy).
Eeks, baik aku naik MRT.


Sebab kedua: Orang politik Malaysia main taik. Maaf kata.

Lepas Rafidah kena isu AP (Approved Permit), Pak Lah pula kena main-main dengan exco Terengganu yang tak mahu pakai Perdana lalu membeli Mercedes.
Lepas tu Dr M pula asyik membangkang setiap kali saham Proton nak dijual agar boleh membawa partner yang mempunyai teknologi lebih canggih dan cara pemasaran lebih tajam (agar boleh eksport). Katanya beliau sayang dengan syarikat tempatan ni.

Saya tak tahu sama ada Dr M naik Perdana ke tidak, tapi saya tahu di Parlimen tu yang naik Perdana ialah kerana ia kereta rasmi. Bila malam karang, semua tukar kereta.
Kalau tak ada status 'rasmi', ramai Ahli Parlimen naik Merc atau BMW atau Lexus.
Maknanya: apa guna mempertahankan sesuatu benda yang orang tempatan pun kalau boleh dah tak mahu?

Jadi semua perbalahan ini dilihat oleh orang Temasick dan mereka berkata: Kalau orang Malaysia sendiri pun tak suka dengan Proton, dan berkata kualitinya rendah, kami pun baik pilih yang lain.


Jadi harapan besar saya ialah Proton Ixora ni jangan pula ada orang di Malaysia yang perlekehkan. Bentuknya OKlah tu.
Dan saya harap kualiti eksportnya "Semuanya OK", bak kata orang Jawa.
(Walaupun pada saya, enjin 1,600cc ni underpowered/kurang kuasa. Kenapa tak jual 1,800cc atau 2,000cc untuk pasaran luar?).

MPV paling laris di Singapore ialah Toyota Picnic, Mitsubishi Grandis, Toyota Wish, Toyota Estima, Honda Odyssey dan Honda Stream.
Maknanya, tak ada market leader yang jelas, walaupun nampaknya yang paling banyak ialah Toyota Wish (sama seperti di KL, ia memang popular. Di sini, Wish baru dah keluar).


GAMBAR HIASAN: Ini MPV yang saya sedang order. Di dalam stretch Hummer ni ada bilik tidur, toilet, dapur dan surau. Kalau dah maut, terus jadi kereta mayat.

Wednesday, November 18, 2009

Posing giler - Hummer & saya


Dalam MCA ada orang politik menangis macam budak kecik.
Di Kelantan, ada CEO lagi nak diberhentikan kerja. Khabarnya dah resign pun.
Dan PI Bala pun terus bercerita bohong.
Tapi nanti dulu. Di sini acara selingan buat kenangan sendiri (tulisan syiok sendiri, namanya).
Dah lama saya tunggu gambar ni dihantar, baru tiba semalam. Maaf bawa cerita lama.

Semasa membuat liputan gempa bumi di Padang bulan lalu, seperti yang saya pernah tulis, ada puluhan kumpulan Search & Rescue (SAR) dari pelbagai negara.
Anjing depa semua cantik-cantik - gemuk dan pandai menghidu dan mendengar suara orang terperangkap.
Uniform pun macam-macam.

Tetapi tidak ada team yang seglamour pak arab dari UAE.
Mereka datang dengan Hummer besau, cantik warna putih dan berkilat baru keluar showroom!
Kau nak action ke nak buat kerja, si pak arab nih?
Dan kumpulan mereka ada dua orang mat salleh jadi supervisor - apabila tiba di tepi hotel Ambacang yang runtuh, mereka diberi taklimat oleh supervisor tu tentang apa yang perlu dilakukan dan cara membuat SAR. Oh, rupa-rupanya team baru ditubuhkan.
Apa yang dikatakan oleh supervisor diterjemah kepada bahasa Arab, dan wartawan remgold tua pun menyibuk duduk kat tepi mereka dengar apa yang dikatakan.
Baguslah tu mereka nak belajar cara SAR.

Saya pun, apabila mereka tak ada, sempat posing tepi Hummer mereka.
Yang kelakarnya si pak arab ni, kalau ya pun, biarlah kasi kereta kotor sikit, baru nampak macam buat kerja. Tetapi mereka nak posing giler dengan kereta mewah sedang orang lagi sedih. Bersih aje.
Nombor kereta arab ni pun dia beli dari JPJ.

Takpe, lain kali kita bawa masuk Mat Rempit dari Pemuda Umno, lagi best.
Bunyi enjin motosikal mereka, pasti banyak lagi bangunan yang akan runtuh.
Mereka semua kena bawa handphone Hummer tajaan tycoon Melayu baru.

Di Malaysia, saya baru nampak Hummer ni sekali - berwarna hitam di park di Hotel Equatorial KL. (Jangan-jangan Tok Mat punya?)
Harganya pun tak mahal sangat untu orang kaya - lebih kurang RM400,000 second-hand.
Minyak dia yang mahal giler.

GAMBAR oleh jurugambar Associated Press dari Singapore, Ms Wong Maye-E.
Dalam gambar ni remgold kurus, berbanding dengan gambar di Masjid Al Aqsa, Jerusalem, Palestin, sebab di Sumatra ni saya baru pulih dari sakit.

Tuesday, November 17, 2009

Najib has Facebook, I wanna complain already....

NEW 1.50pm
-------------------------------------------------------
Alamak, PM Najib has Twitter oredi, plus Flickr, and plans to use YouTube.
Gua kalah.

-------------------------------------------------------

I too have a Facebook account.
But unlike the zillions of you idiots out there who waste time doodling away during working hours, I rarely visit my account even at home. This is simply because I don't see the point of it all.
I signed up because of work related purposes, ie in case I need to find out pronto about some murderer or politician as part of my duties in the office (chesss sabah).
This is like a clear signal to my readers out there not to waste time being my 'Friends'. I will reply to say Yes, but after that you will get nothing, dolt. You wanna talk to me, visit my blog or email me.

And now, the busy Prime Minister of Malaysia has joined Facebook.
No, I don't think he will doodle his time here. He got to fulfill promises made to voters.
The site will be taken care of by aides.
Just like Anwar Ibrahim et al, must be seen to be 'progressive', 'using the latest tools' etc to 'get close to voters'.
Old hat that.
PM already has a Blog.
(Nasib baik aku ada Twitter dan LinkedIn. Depa belum ada!)
I don't think I will join this Najib FB.

Eh, then again, maybe I will!
So that I could complain about something that has been bothering me since I read about it weeks ago.
Why is he allowing another huge convention centre to be built, when there are several quite empty ones already around.

- There is PWTC convention centre;
- Kuala Lumpur Convention Centre beside KLCC;
- The ghost-filled Putrajaya convention centre that Mahathir Mohamad built in the middle of nowhere;
- And there is that Matrade one (the building with the hole in the centre) that no one uses also. It became very famous due to structural problems. The exhibition centre is called MECC.
(We of course cannot include the convention centres such as those giant ones in Langkawi, Johor and Melaka, else the story will be too long).

The new RM628 million centre in near Sri Hartamas is supposed to be for heavy industries and machineries exhibitions to be held.
In other countries, people confirm that there are such clients who want to come in first before building these.
Like for the next five years at least, to ensure return on investment. Have they in government heard of this term RoI, Return on Investment, I wonder.
I have yet to read about such exhibitors queueing up to come to Malaysia for this, and learning that the other convention centres cannot be utilised.
Well, I am sure there is a plan and all will be revealed to us patient people soon (Let me snigger first).

Well, my friends, let me remind you that like when developers build condos: You ensure you have enough buyers before building them, so that the project won't end up like PKFZ or the Putrajaya convention centre.
I wonder if any government officer did an audit of the number of exhibitions, the kind of products they wanna show, the money they brought in, etc to see whether another convention centre is needed.
I note that the Naza group is the main builder of this giant project, after signing a privatisation deal. Good for them, as we do need Bumi companies who perform for the people.

Naza's subsidiary is also building that RM3.5 billion Platinum Park project (behind the Singapore embassy in KL), one of whose buildings has been bought by Felda, a 50-storey skyscraper.
Never mind that the roads beside the project are narrow ones - I know because I used to drive past there daily for five years on my way home.
I am sure there is a plan to really expand these roads, only these will reveal to us later eh (snigger again, a little louder this time).
How come I got this feeling that if I say that our town planners all sekolah kampung and bodoh nak mampos, I will get millions of votes from KLians? Who the hell approved these tall buildings amid tiny roads?

In Malaysia, we always create problems first, then explain later. If the public is still not satisfied, we will then work on the solutions.
If we're still not happy, then everyone will say: We will not vote for this government next time. Of course, by the time voting time comes, we would have forgotten!

But anyway, minus the massive jams that Platinum Park will create, I could agree with the construction of high-grade offices (what is called Grade A offices) - not low-end office blocks - in the city centre because there are not enough of them, ie the Petronas Towers type quality. Tan & Tan is building a Grade A office block right across the street beside the US embassy.

I am sure, in the end, everything will be resolved.
After all, PM Najib already promised:
Performance first, People now (terbalik sikit my tagline because I am confused by these mixed signals from the government. Don't waste resources, reduce the budget deficit, help the poor....)

Saturday, September 26, 2009

Singapore says F1 good for its branding


The F1 night race is in Singapore this weekend, for the second year.
Even as Malaysians agonise and question the need for the 1Malaysia F1 Team Lotus, Singapore says being involved in the racing has been good for the country's branding as a "happening place".
"We want to have a reputation that this is a good place to work, to live, to play. F1 helps us to acquire that reputation," said Senior Minister Goh Chok Tong here.

There are details of how much is being spent each time - S$150 mil/RM345 mil, 60 per cent by the Singapore government.
And how much money is brought in was also mentioned in story; you can't see in the online version, but I have mentioned it here before - over three days, 40,000 foreigners came last year, spending S$168 mil/RM386 mil.

Then again, sometimes I get the feeling that Malaysia doesn't want to be known as a happening place. It wants people to come work, live and PRAY.
Nothing wrong with that, if you are a religious site or city with religious history (like Rome, Qom, Fatima or Madinah), but a disaster for Malaysia where the most religious site was the teapot kingdom of Ayah Pin.

Then again, Malaysians are correct too, to agonise.
They don't question the holding of F1 RACE in Sepang (the idiots in opposition who opposed the event that started off in 1999 has long shut up, seeing that it did bring benefits to the country's branding).
Malaysians are now questioning the need for an F1 TEAM.

Although PM Najib Razak has said the government will have NO equity in the team, it still begs the question of why anyone wants to waste zillions of dollars a year for something that won't bring much financial benefit to the country.
Also, people want to know who will pay for the LAND and the COST of building the Malaysian F1 technical centre in Sepang, and to develop a race car for Lotus (RM1 bil total costs did someone say?).

There is that feeling that the government is NOT putting everything on the table.
(I am just asking the questions that many people want to know).
- No we won't have any equity in the team, but yes we will provide land for the technical centre? And maybe even raise the building itself? Rakyat's money?
- No we are not involved, but Proton, majority-owned by the government, is involved because Lotus is the constructor of the cars? Rakyat's money?
- No we are not involved but Petronas, owned by the government, will be a sponsor to provide engine oils and lubricants? Rakyat's money?
- And there is the nagging question that if the three private groups are so keen to support 1Malaysia and Proton/Lotus, they will surely want some return on their investment? So what do they get? The joy of seeing a few Malaysians learning new engineering skills?
Though to be fair, Tony F did say that he expects the team to make money. But he didn't want to talk details.

My worry is this: Sad to say, in typical Malaysia style, the move to defend a policy or major event comes in dribs and drabs. After weeks or months had passed, and negative perceptions formed, only then will the government decide to step in or come out to explain properly.
Again I say, don't you guys in government (or in this case, the F1 Team) watch West Wing the series?
Learn how to handle public relations and PR disasters?
Or maybe it's time to call in Fox Comms.

Friday, September 25, 2009

1Malaysia F1 Team - RM308 juta belanja tahunan

Kan semua orang nak tahu berapa akan dibelanjakan Tim F1 1Malaysia?
Kini ada sedikit jawapan diberi.
Sila lihat press release di bawah.

Baguslah ada detail seperti ini - RM308 juta setahun. Tetapi ini hanya baget nak kendalikan team.
Tidak termasuk:
- harga membina pusat teknikal di Sepang,
- harga develop kereta F1 Malaysia,
- harga nak kumpulkan seluruh team F1, termasuk gaji dan elauns (200 orang).


Siapa yang bayar, 'bang? Ada nama-nama syarikat itu di bawah.

Tetapi jika mereka nak belanja banyak itu, apa mereka dapat? Membeli saham syarikat Proton?
Takkan beri percuma gitu saja?

Dan penting juga: APA KEUNTUNGAN yang Malaysia akan dapat?
Saya pernah menyokong rancangan F1 ni, kemudian saya flip-flop.

Saya tak mahu dilihat sebagai negatif sangat. Kita kena sabar tunggu kerajaan dan group pembiaya ini jelaskan dalam beberapa bulan ini.
Mungkin ada kebaikan besar untuk Malaysia.


---------------------------------------------------------------------------

FOR IMMEDIATE RELEASE


KUALA LUMPUR, 25 Sept 2009:
1Malaysia F1 Team Gathers Momentum
    • Proton confirms 1Malaysia F1 Team’s license to return Lotus brand to F1 as a constructor
    • Private Investor Group confirm RM168 million founding capital and baseline racing budget of RM308 million per annum
    • Plans advance to develop 1Malaysia F1 Team Technical, R&D and Manufacturing Centre on 8-ha site at Sepang International Circuit
    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) join forces with the national team
    • Composites Technology Research Malaysia (CTRM), a leading composites manufacturing company commences initial production of main car parts

The engines are revving for the 1Malaysia F1 Team!

The team’s shareholders are pleased to confirm committed start up capital of RM168 million. The team’s baseline annual budget is presently estimated at RM308 million.

And Proton Holdings Berhad (Proton) will licence its Lotus brand to the 1Malaysia F1 Team. The partnership license will include a variety of benefits for both Lotus and Proton involving technology transfer, marketing rights and employment opportunities both within the national F1 Team and at the team’s technical centre in Sepang and its satellite base in Norfolk, UK.


1Malaysia F1 Team is a government and private sector initiative, combining the collaborative experience of Proton, the Lotus sports car name, the proven leadership of a group of highly respected Malaysian entrepreneurial investors – Dato’ Sri Tony Fernandes, Dato’ Kamarudin Meranun and SM Nasarudin SM Nasimuddin – and world-class expertise, backed by Sepang International Circuit (SIC), Motorsports Association of Malaysia (MAM) and Automobile Association of Malaysia (AAM). The government holds no equity in the project, either directly or indirectly through any of the government-linked companies.


1Malaysia
F1 Team is a privately-funded project and jointly owned by Tune Group, Naza Group and Litespeed UK. Tune Group is jointly-owned by 1MF1T Team Principal Dato’ Sri Tony Fernandes and 1MF1T Director Dato’ Kamarudin Meranun. Other Directors of 1MF1T are SM Nasarudin SM Nasimuddin, the CEO of Naza Group and Zahri Ismail of 1Malaysia F1 Sdn Bhd.

1Malaysia F1 Team will be collaborating with two local universities – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) – to help realize the aspiration of creating a growing class of high-technology, knowledge-intensive human capital for the country. Composites Technology Research Malaysia (CTRM), a leading composites manufacturing expert, will also be part of the project.


Plans are in the advanced stage to develop the 1Malaysia F1 Team technical, research and development and manufacturing centre on a 8-ha site at the Sepang International Circuit.


1Malaysia F1 Team Principal Dato’ Sri Tony Fernandes says: “Our creation of the 1Malaysia F1 Team is all about working together to give our youth the chance to be the leading engineers of tomorrow. This endeavour is a true Malaysian dream, fuelled by Malaysian pride and powered by Malaysian hopes and aspirations. Our F1 dream will be open to all Malaysians.

This is a lifetime achievement for all of us Malaysians as other countries had been bidding hard for this spot but Malaysia, through our concerted effort and strength in the true spirit of 1Malaysia managed to pull it through. This will be an excellent opportunity for Malaysian corporates to share this dream that finally came through.”

“We are delighted to be partnering Proton in a way that allows both of us to focus on our core businesses yet shares the benefits of our collaboration in a mutually beneficial manner. I am equally pleased too that we are able to announce that every day we are deepening our relationships with CTRM and SIC, with UTM and UTP. It’s an immense privilege to be working with institutions that have embraced the spirit of the Prime Minister’s 1Malaysia vision.


“In sum, our programme is specifically designed to strengthen our industrial base, inspire our students to focus on a wide variety of skills, boost our image as a tourist destination and provide a competitive advantage for our country on the world stage.


“The project will help Malaysia move up the value chain by emphasizing innovation and technology. Having been involved in Formula One we are very excited at Malaysia owning a Formula One team and the amazing benefits it will bring the country,” Fernandes added.


Dato’ Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Proton Managing Director said: "We are very excited and supportive of this Malaysian initiative and, through the impending licensing arrangement between Lotus and 1MF1, we are certain that the brand association will be beneficial to both Lotus and PROTON as it will definitely heighten global brand awareness. At the same time the PROTON Group also hopes to capitalise on this opportunity from a technical and engineering aspect, particularly for Lotus, as the exposure from Formula 1 racing is invaluable, especially when Lotus is a renowned sports car manufacturer and a respectable engineering firm."


-ends-



Notes to Editors

The national F1 team will rapidly integrate a Malaysian technical and pit crew totaling some 200 people managed by one of Formula One’s most respected and accomplished Technical Directors, Mr. Mike Gascoyne, who has already recruited a core team of international experts with proven track records in the many and various engineering, design and manufacturing disciplines needed to ensure that the 1Malaysia F1 team is of international standard, readiness and capable of competing with the world’s greatest racing marquees on the world’s most prestigious racing stage.

Malaysia has been involved in Formula One since 1999 through Sepang International Circuit, which has been on the race calendar since and will host the 11th F1 Petronas Malaysian GP next year. PETRONAS, a Malaysian owned oil and gas company, has made further advancements in this arena via its sponsorship of the BMW Sauber team for the last four years, so the setting up of a national team, as envisioned by the Prime Minister, is a natural progression to increase the country’s returns from investments in Formula One.


The 1Malaysia F1 Team project takes its name from the ‘1Malaysia - People First, Performance Now’ policy mooted by Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak earlier this year as the unifying foundation for all Malaysians to come together in celebrating the co-operation amongst its multi-ethnic, multi-cultural and multi-religious society for the betterment of the nation.


(Press release ini dikeluarkan oleh Tune Group)