Monday, May 3, 2010

Aminulrasyid Amzah. Polis. Soalan-soalan.

Usia: 15 tahun.
Lesen kereta: tak ada.
Meminjam kereta kakak.
Memandu Proton: jam 2pagi, dipecut laju.
Dikejar polis: tapi tak berhenti.

SOALAN-SOALAN untuk keluarganya:
Siapa kasi pinjam kunci kereta tu? Atau di'curi' adik ini?
Ini kali pertama memandu atau dah biasa buat begini, tapi tak dilarang? Atau dilarang tapi buat tak dengar?
Kenapa dah 2pagi masih merayau-rayau? Orang lain kebanyakannya dah tidur.
Ini selalu dibuatnya atau baru pertama kali keluar hingga larut malam?
Tak dipantau keluarga?
Katanya ada tiga kereta polis mengejar, sejauh 6km. Jauh tu.
Kenapa tak berhenti kalau tak buat salah apa-apa? Atau jika buat kesalahan kecil seperti terlanggar kereta orang, kenapa tak berhenti saja?
Kan membahayakan diri apabila hingga tiga kereta polis mengejar kamu dan dikejar ramai lagi motosikal lain?
Takut kena pukul? Kan ada ramai polis, takkan orang lain berani pukul, walaupun kamu terlanggar kereta orang lain awal dari itu?
Tayar kereta dah pancit ditembak, tapi terus tak berhenti. Kenapa?
Katanya, tembakan polis sebanyak 20 das. Banyak tu. Tak takut juga ke? Masih nak lari?
Ini tentu menjadi syak wasangka kepada polis bahawa ada kesalahan besar dilakukan, atau ada bawa 'barang haram'.
Lagi-lagi malam di tempat gelap. Tak nampak anak muda ke gangster besar.
Dah langgar pokok pun masih nak cabut juga? Nak go-stan dan lari? Macam mana pokok tu boleh terbelah dua kalau tidak dilanggar dengan kuat?

Itu antara soalan yang tidak ditanya oleh pembangkang dan politikus BN dalam isu ini. Semuanya nak jadikan modal untuk menjadi 'hero rakyat', tanpa kisah hati keluarga itu atau cuba memahami isu dari pandangan polis.

Saya pun marah kerana budak 15 tahun ditembak mati.

Yang menembak pula ialah abang polis yang memang dah mempunyai reputasi suka menembak sebarangan, sehingga dituduh trigger-happy.
Maaflah jika tak terima, tapi itu reputasi kamu.
Tak boleh marah rakyat jika mereka geram sungguh.
Dan tak boleh salahkan rakyat yang tak percaya dengan panel yang ditubuh untuk memantau insiden ini. Panel itu hanya nak pantau penyiasatan polis dan diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri - kementerian yang memang tugasnya jaga abang polis.

Lepas tu tuduh ada parang dalam kereta. Siapa yang nak percaya.
Mungkin orang percaya jika ada fingerprint anak muda tu di parang, atau cap jari ahli keluarga lain.
Anak muda yang keluar minum dengan rakan di dinihari, dan anak muda yang merampok, jauh bezanya.
Dan kalau polis nak menembak tayar kereta, bagaimana pula terkena kepala budak tu? Sebelah belakang lagi. Kamu kena pergi belajar menembak lagi dengan betul jika nak menjadi pelindung rakyat.



JADI bagaimana sekarang ini?
Isu telah dipolitikkan. Biasalah tu.
Pada saya, kalau ada suruhanjaya panggil Queen Elizabeth atau Imam Mekah pun tak akan selesai masalah ini.

Maaflah, orang politik Malaysia, dah banyak sangat kes. Apabila orang politik dah masuk, mereka bukan cari kebenaran, tapi political points.
Baik cerita 'correct, correct, correct', Teoh Beng Hock atau Altantuya gadis Mongolia, kebenaran tak akan ketara sebab orang politik dah sibuk jadikan isu.
Sepuluh tahun dari sekarang percayalah, kedua-dua pihak akan menjadikan isu ini sebagai 'contoh' polis memang jahat dan suka menembak rakyat.
Dan keluarga adik malang ni akan terus tak puas hati.
Saya berharap sungguh apa yang saya kata ini terbukti menyeleweng.

Alfatihah.

No comments:

Post a Comment