Monday, May 17, 2010

Merambu satu DC - Stranger in a Strange Land


1) Dalam filem Planet of the Apes, sang hero setelah menang lawan apes, naik roket pulang ke Planet Earth.
Roketnya jatuh berdebum di depan Abraham Lincoln Memorial.
Sungguh kah terkejutnya beliau, apabila nampak rupa-rupanya statue terkenal Lincoln ni dah jadi ape!!! GAMBAR 1.


Lepas tu kereta polis pun banyak datang mengepong hero. Yang keluar dari kereta semuanya berpakaian polis tapi bukan manusia. Tapi monyet/ape.
Depa lari dari satu Planet of the Apes, rupa-rupanya tiba di masa depan/future yang juga planet yang di control monyet.
Cerita pun tamat.


2) Dalam movie In the Line of Fire pula, agen watak Clint Eastwood ada date dengan agen wanita Rene Russo. Mereka makan ice cream di tangga Lincoln Memorial ni juga. GAMBAR 2.
Mereka duduk mengadap Washington Monument (menara tinggi obelisk nun jauh depan kolam tu. Di arah itu jugalah White House. Patung Lincoln mengadap White House untuk mengingatkan pemerintah bahawa Rakyatlah yang berkuasa, bukan Presiden. A government of the people by the people.

Jadi untunglah pakcik dari Keramat dapat ke tempat tu!
Saya pun sibuk memetik gambar dan duduk di tangga tu. Tapi tak ada minah glam Rene Russo yang datang. Cuma mamat dari Zimbabwe (rakan baru dalam kumpulan kami) yang petikkan gambar.

Kumpulan kami, 21 orang yang tiba, tak tahu apa jadi dengan tiga yang tak sampai, dibawa naik bas pusing satu Washington.
Termasuk White House, Capitol Hill (GAMBAR 3), Lincoln Memorial, Franklin D. Roosevelt Memorial dan pusing kat National Mall - tempat banyaknya museum. Welcome to Museum Country.
Dapat pahala besar agaknya orang hartawan bernama Smithson yang mendirikan Smithsonian Museums - ada lebih kurang 15 museum di kawasan ni.

Nampak bangunan Capitol tu - itu 'parlimen' mereka. Senators dan House of Representatives semua kat situ.
Semua bangunan di DC TIDAK BOLEH tinggi dari bangunan Capitol ni.
Jadi bandar ini cantik - semua bangunan paling tinggi pun 10 tingkat saja!
Dan jalannya lebar-lebar.
Leafy city with beautiful old buildings and broad avenues.
Patutlah mereka bangga benar dengan negara dan ibunegara,


Lepas tu dah habis tour, mereka tanya siapa nak turun kat museum?
Setengah daripada kami berebut.
Semua pergi their own favourite museum - ramai ke aerospace museum. Ada yang ke art museum.
Saya seorang diri berjalan ke Smithsonian Museum of Natural History dan lepas to Smithsonian Museum of American History.
Cuaca pun cantik. Lebih kurang 18deg C.
Dalam natural history ni ada banyak tulang dinosaur dan patung gajah dan binatang liar lain. Saya sibuk suruh stranger tangkap gambar.
Lepas tu seorang diri naik teksi pergi ke sebuah mall jauh dari hotel (*14th and M). Ada Best Buy dan Radio Shack (jual barangan elektronik) dan Target (supermarket). Cari iPad. Tapi semua dah habis!!! Laris sakan.
Terakhir saya makan di Mehran kebab restoran dekat hotel (21st and Pennsylvania). Hotel di 22nd and M.

Itulah cerita 'Stranger in a Strange Land' (tajuk novel science fiction yang terkenal oleh Heinlein).

Hari ni mampoi. Ada meeting, meeting dan seminar sehari suntuk.

--------------------------------
*Pandai mereka buat jalan! Semua jalan melintang bernombor 1,2,3,4 seterusnya. Jalan membujur pula A,B,C,D....
Dan jalan utama dinamakan mengikut State/Negeri. Mereka ada 51 negeri, Malaysia ada 13.
Jadi kalau nak cari tempat, cuma kata 14th and M, misalnya.
Atau 15th and Pennsylvania, misalnya.
Kita pun boleh agak berapa jauh dari tempat kita.

Bukan macam kat Singapore, teksi pun mabuk jika kamu kata 'Ang Mo Kio Street 22, beside Avenue 5'.
Atau kat KL - saya nak ke Jalan Enggang, AU 2B/3.
Atau PJ Seksyen 22, sebelah Seksyen 3.
Town planner mengong.

No comments:

Post a Comment