Dalam beberapa hari ini, saya sibuk juga hantar komen kepada ~penarik beca apabila beliau membawa topik subsidi.
In case ada yang miss, ini apa kata beliau - di sini dan sini.
Kerajaan Malaysia, mahu tak mahu, terpaksa kurangkan subsidi.
Tapi seperti isu lain, pembangkang bukan nak menolong, tapi hanya pandai menghentam tanpa kasi jalan keluar macam mana nak kurangkan hutang negara.
Betul kata pembangkang, kurangkan corruption adalah cara baik nak kurangkan kos untuk kerajaan. Tapi itu one-off solution.
Pada saya, solution jangka panjang ialah kena kurangkan subsidi ini.
Tapi ini isu sensitif sebab semua orang syiok dapat harga minyak, gandum dan tong gas murah. Siapa yang sanggup nak bayar harga pasaran, walaupun akhirnya kerajaan lingkup dan negara dijajah, jika tak dijaga dengan betul.
Ini saya katakan sama ada kerajaan BN atau Pakatan kelak (yang memang nak masuk Putrajaya) - tackle the deficit or you will be forced to take the bitter pill of IMF or the World Bank in the near future.
Kamu lihat Greece, beb, tak takut ke. Sibuk main politik hingga negara nak hancur.
Lagi satu isu penting ialah bagaimana menarik balik subsidi tanpa membebankan rakyat MISKIN?
Kalau saya kata gunakan GST, ramai daripada anda tak setuju. Malah pembangkang dah ada demo pun. Semua depa bantah, tapi tak bagi jalan keluar. Inilah yang membuat saya marah betul dengan pembangkang sejak kebelakangan ini.
Pada saya, GST - consumption tax; iaitu lebih banyak anda membeli lebih teruk anda bayar tax - adalah cara baik. Orang miskin, sebab ia tak beli banyak, tak kena teruk membayar cukai sepertimana orang kaya.
Tapi Abang Nuwar dan Tauke Kit dah bantah (Ketua PAS mengong tentang ekonomi, jadi tak tahu apa nak kata. Kesian, parti terbesar kini semakin terpinggir sebab tak ada intelektual yang dihormati yang pandai handle isu. Pada saya, PAS dah jadi parti yang sibuk nak berkuasa dengan kompromi pendirian agamanya yang sejak dulu dipegang rapi).
Saya bukan pro-BN ke mana (BN pun senget di tepi longkang), cuma saya khuatir tentang ekonomi negara tercinta, Malaysia Darul Piutang.
Give solutions please, to help the country, not just attack the other side just because it is your political opponent.
1) Yang pertama, ~penarik beca bertanya tentang tauke IPP (independent power plant) yang dapat kontrak harga tinggi.
Ini antara sebab deficit terus meningkat. Kerana rakyat 'membiayai' IPP dengan harga tinggi.
Komen saya:
bro,
subsidi tinggi kpd IPP-IPP ni memang tak patut, tapi tak boleh dikurangkan langsung sebab kontrak semua dah sign.
awal 1990an msia takut kurang power energy, lalu dr mahathir kasi kontrak lumayan kpd beberapa kerat 'kroni'. masa tu dr m all-powerful dan rakyat msia semua lagi sibuk buat duit tak kisah sangat benda ini - sebab ekonomi sedang melambung.
masa zaman abdullah, beliau (menerusi menteri tenaga lim keng yaik) cuba bincang dgn IPP utk turunkan kadar. tapi semua tak mahu berganjak.
ada kontrak, rakyat rugi bukan salah kami.
dipandang dari satu segi memang tak patut, tapi legally mereka tepat.
jika pakatan esok masuk putrajaya pun, tak akan apa dapat dilakukan.
kalau aku jadi kerajaan, kerana tak dapat kurangkan subsidi ini akibat perangai mereka, aku block 100 peratus access mereka kpd semua kontrak kerajaan yg lain.
you play hard ball, i play hard ball. kamu dah kaya. cukuplah tu.
tapi kerajaan mengong (nanti ada pula yg marah aku kata gini). tapi itulah yg berlaku.
berani ke perdana menteri anwar nanti buat gini kpd tauke-tauke ini? hahaha, aku rasa tidak kot.
2) Pak Bakaq kemudian bertanya betul ke beliau dapat subsidi RM12,900 setahun? Tak nampak pun. Komen saya di bawah.
Tak bermakna saya betul beliau salah, atau vice versa. Kita hanya berbual kosong macam kawan rapat (walhal tak pernah berjumpa pun).
Saya terlupa tambah isu penting: satu lagi subsidi yang rakyat 'tak nampak' ialah setiap tong gas yang anda beli itu BUKAN harga pasaran. Dibayar subsidi. Setiap kali kita makan di rumah atau kedai luar, makanan dimasak oleh duit kerajaan BN yang mengambi dari duit taxpayers. Wonderful/
BAHAGIAN 1/2
bro,
pada saya, isu Rasuah ini dan isu Subsidi adalah dua perkara yang berlainan.
betul kedua-duanya merugikan rakyat dan rakyat tentu marah!
SUBSIDI - saya rasa setiap orang di malaysia (termasuk saya yg parttime di msia) dapat subsidi LEBIH daripada rm12,900 setahun.
cuma kita tak nampak.
1) setiap kali kita bangkang tol jalanraya dinaikkan, kerajaan bayar syarikat tol berjuta2. duit rakyat. tapi seperti isu IPP dan power plants, mereka ada kontrak. memang pun kita boleh salahkan kerajaan BN yg bodoh sign kotrak sebegini dulu.
2) setiap kali kita beli minyak utk kereta, kita dapat subsidi banyak. saya rasa jika tak ada subsidi, harga minyak di msia berganda (double) kot. tapi sebab kita tak nampak maka kita tak percaya. jika tak ada subsidi minyak (seperti di singapore), setiap kali syarikat minyak shell, esso, bp jual seliter minyak ini, kerajaan dapat sales tax. tapi kerana nak subsidi, sales tax ini ditanggung kerajaan agar harga minyak rendah (ini dinamakan 'tax forgone).
dan walaupun minyak naik tinggi manapun di pasaran dunia, duit rakyat digunakan nak pastikan bahawa harga minyak di msia terus steady, agar semua orang dari perlis hingga ke sabah happy. walhal duit rakyat juga yg digunakan.
3) subsidi lain termasuk barang yg dikawal harga, seperti gula, beras, gandum. Kalau ikut harga pasaran dunia, boleh jadi perang dayak kat msia brader!
sekali lagi, kita tak nampak, tapi yg pasti ialah duit rakyat digunakan nak kasi semua orang happy harga barangan di msia ni murah.
gula utk buat teh tarik manis dan kueh manis, beras nak kasi kita gemuk dan gandum buat roti canai yg digoreng pakai minyak masak yg juga disubsidi. semua kena diabetes dan high cholesterol sebab nak harga murah. heehee.
4) subsidi lain lagi - kamu yg ada anak di sekolah nak buku free, tak nak bayar fees attend kelas (saya tak tahu apa nama fees ini sebab tak ada anak di sekolah msia). kalau ada sukan atau guru bawa jalan2 ke zoo pun semua nak bayaran minima atau free - ini semua utk bayar gaji cikgu, nak print buku, sewa bas.
kalau kamu tak mahu bayar, yg bayar ialah kerajaan yg menggunakan duit rakyat.
juga kat msia untung sebab road tax (cukai jalan), cukai pintu, cukai tv semua murah sungguh (saya bandingkan dgn spore yg tak ada subsidi, dan kerana saya tinggal di temasek ni.
jadi saya rasa kurang tepat jika kita kata - 'aku tak dapat subsidi', atau 'aku tak rasa pun subsidi ini'.
memang betul. dalam beberapa isu, bukan salah rakyat, tapi salah kerajaan.
yg depa mengong sign kontrak membebankan dgn syarikat tol dan IPP tu patut dipersoalkan.
saya rasa jika pakatan jadi kerajaan esok pun, susah nak terbalikkan ini semua, sebab rakyat dah syiok dgn mentaliti semua nak murah.
cuma saya rasa pakatan dapat kurangkan apa yg dipanggil rasuah (saya tak pasti, tapi boleh cuba kot. sebab orang pas-pkr-dap semua macam mala'ikat tak makan duit, tinggal rumah kecik2, naik kereta zaman p.ramlee bukan merc).
BAHAGIAN 2/2:
RASUAH - saya rasa kita jangan guna perkataan rasuah saja. saya rasa yg dimaksudkan dgn rm10bil rugi itu ialah 'pembaziran'. iaitu misalnya kita mungkin nak salahkan kerajaan kerana membazir duit rakyat sign kontrak bodoh berat sebelah dgn syarikat tol dan IPP.
dan saya pasti ramai tentu syak banyak lagi pembaziran berlaku dlm isu kasi kontrak kpd kroni, sahabat, party member, branch chairmen, anak buah dan sebagainya.
semua duit rakyat, brader.
mungkin ia bukan 'Rasuah' tradisional - iaitu A beri bawah meja kepada B.
tapi A beri kontrak kpd B dengan meletak harga yg lebih dlm projek, lantas membazir duit rakyat.
tentu ramai setuju bahawa kaum bumiputera perlu dibantu (si melayu ni kalau miskin dia masuk rancangan tv3 Bersamamu, nak dapat bantuan free. cina kalau miskin malu nak masuk tv, dan baiki diri secara diam2).
businessmen bumi harus dibantu dapat kontrak dgn harga berpatutan. bukan harga kontrak rm10juta di jack up sampai rm15juta misalnya.
ini bukan bantu bumi, ini menjahamkan kaum sendiri sebab mereka ingat duit boleh jatuh dari langit, tak payah kerja keras.
wallahualam.
No comments:
Post a Comment