Sunday, May 9, 2010

Anak Cory Aquino bakal Presiden Filipina

Hari ini/Isnin/10Mei, rakyat Filipina keluar mengundi untuk memilih Presiden yang baru setelah Gloria Macapagal Arroyo.
Sama ada presiden Indonesia, Filipina atau Amerika, seseorang tu boleh di atas hanya selama dua penggal saja. Lebih kurang 10 tahun, agar tak empok sangat kerusi dan beri chance kepada orang lain.
Tak macam di Singapore atau Malaysia.

Sebenarnya ia bukan saja pilihanraya presiden, tetapi pilihanraya umum.
Seramai 18,000 orang akan dipilih untuk berbagai kerusi.
Nak tahu detailnya? Ini yang ditulis wartawan akhbar kami yang berpangkalan di Manila.

1 President
1 Vice President
12 Senators
230 Lower House representatives
57 Party List representatives*
80 Governors
80 Vice-governors
766 Members of provincial boards
137 City mayors
137 City vice mayors
1,524 City councilors
1,497 Municipal mayors
1, 497 Municipal vice mayors
11,980 Municipal legislative positions.

- *Reserved congressional seats representing marginalised sectors of society.
- 50,723,724 Filipinos have registered to vote, around 5 million more than at 2007's mid-term elections. The country has a population of about 92 million. Election officials expect a 75 per cent voter turnout.
- There are nine contenders for the presidency and eight running for vice-president. The two positions are elected separately, making it possible for the president-elect and his vice-president to be bitter rivals.

Kita lihat:
1) Mereka pun mengundi siapa datuk bandar dan pegawai majlis perbandaran. Di Indonesia pun seperti itu - semua pegawai bandar dan kampung diundi masuk.
Dari segi ini, mereka lebih advance dari Singapore dan Malaysia, di mana pegawai majlis perbandaran diPILIH oleh parti yang memerintah, bukan diUNDI masuk jawatan.
2) Mereka juga ada wakil Party List. Apa tu? Cakap mudah: Dalam parlimen ada orang yang mewakili 57 jenis pekerjaan dan rakyat. Seperti wakil security guard, wakil overseas workers, wakil orang cacat, wakil rakyat miskin dan sebagainya. Bagus juga idea ini.


GLORIA MACAPAGAL ARROYO TURUN

Gloria Macapagal, nama suaminya Arroyo, ialah anak bekas presiden sebelum Ferdinand Marcos naik. Nama bapanya ialah Diosdado Macapagal. Lihat senarai presiden-presiden mereka di sini.
GAMBAR: Seal of the Philippine President.

Dalam pemerintahan Gloria Arroyo sejak 2001, meggantikan bekas aktor Joseph Estrada, ekonomi berkembang pesat. Ini menjadi kebanggaan beliau.
Tapi macam-macam skandal terjadi, termasuk skandal kewangan. Jadi rakyat, katanya, begitu meriah dengan presiden yang akan turun takhta ni.
Joseph Estrada dulu jatuh pun sebab skandal kewangan dan corruption.
Dan Marcos, semua orang tahu, melarikan jongkong emas dan wang berkoyan-koyan naik helikopter lari ke US apabilanya regimnya jatuh.

Sebab tu saya marah apabila orang buta sejarah dan bodoh sakan berkata bahawa orang Melayu-Islam ni mempunyai genetic dan religious defect - bodoh dan tamak, dan corrupt-prone. Kat mana pun, kalau tak dipantau rakyat dan mempunyai institusi negara yang kuat, maka benda setan ini akan timbul.
Di negara yang selalu diagongkan pejuang rasis, iaitu China, Singapore dan Amerika, setan ni pun ada juga. Janganlah sangka mereka ada gene pool yang baik sehingga menjadi mala'ikat.

Di Filipina, negara 7,100 pulau ini (Indonesia ada 17,000 pulau), hanya orang kaya atau mempunyai brand name kuat boleh ada harapan naik jadi presiden.
Jadi apabila kamu sebut nama keluarga kamu, orang akan terus tahu kamu ni ada harapan nak naik ke atas atau tidak.
Nama seperti Macapagal, Arroyo, Aquino, Soledad, Ampatuan, Kho. Keluarga mereka terkenal sebagai big landowners - pemilik tanah ladang yang luas di pulau-pulau mereka. Filipina banyak ladang kelapa, tebu (dibuat gula putih) dan padi.




PILIHANRAYA PRESIDEN

Dalam pilihanraya presiden kali ini, yang bermula sejak TIGA BULAN lalu (di Singapore kempen pilihanraya 5-7hari, di Malaysia 8-10 hari), ada sembilan calon nak jadi presiden.
Tapi hanya tinggal tiga ada harapan cerah.

1) Di tempat pertama ialah anak Cory Aquino, mendiang. Si jantan ni seorang senator tapi tak terserlah langsung perkhidmatannya sebelum ini.
Namanya ialah Benigno 'Noynoy' Aquino, 50 tahun.
(GAMBAR: Baju kuning di tengah).
Noynoy bujang, tapi ada minah berumur 29tahun, Shalani Soledad, anak orang kaya dan district councilor (kan saya dah kata, nak naik ke atas ke ada wang) sebagai girlfren.

2) Di tangga kedua ialah Joseph 'Erap' Estrada.
(GAMBAR: Di kiri. Ini gambar lama semasa beliau presiden).
Eh, beliau kan dulu jatuh kerana korupsi dan masuk jail lagi beberapa tahun (bayangkan, bekas ketua negara masuk penjara!).
Sehingga minggu lalu, beliau di tempat ketiga. Tiba-tiba pollsters mendapati dah naik ke tempat kedua!!!
Erap dah 73 tahun. Masih bernafsu nak jadi presiden lagi.
Katanya jika menang, ini membuktikan rakyat tak percaya beliau corrupt.

3) Manual 'Manny' Villar. Orang terkaya di Filipina, property tycoon. Umur 61.
(GAMBAR: Kanan).
Dari tempat kedua, terkejut ramai pemerhati apabila jatuh ke tempat ketiga dalam perlumbaan.

Tapi katanya, Noynoy jauh di depan dan akan menang.
Sebabnya ialah walaupun sebagai orang politik beliau tak terselah dan macam Pak Lah, orang Filipina rindu dengan konsep demokrasi, dan sikap membantu rakyat ibunya Cory dan mendiang bapanya yang dibunuh orang upahan Marcos.

Erap dan Manny kedua-duanya colourful characters, tapi buat masa ini rakyat dahagakan kepimpinan bersih. Kepimpinan cekap mereka letak di tempat kedua.


COMPUTERISED BALLOTING

ADA satu rekod baru akan dicipta oleh Filipina dalam pengundian ini.
Kerana dah banyak penipuan ketika mengundi, mereka akan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Tenggara Asia - mengundi dengan menggunakan komputer.
Secara detailnya di sini - baca di bawah tajuk The Voting Process.
Menarik kan?
Mana tahu mungkin cara ini akan digunakan di Singapore dan Malaysia di masa depan.
Tapi manusia tetap manusia, dan setan tetap nak jadi manusia. Maka yang dikhuatiri ialah pihak-pihak yang akan menggunakan sistem komputer ini pun untuk menipu.

Bagaimanapun, kita lihatlah dulu.
Tahun lalu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menjadi presiden buat penggal kedua dan terakhir.
Malaysia pun ada Perdana Menteri baru, Najib Razak, tahun lalu.
November ini Thailand akan adakan pilihanraya nak pilih pemerintah dan Perdana Menteri baru.
Kalau tak ada kontroversi menipu dan komputer berjalan lancar mengira undi, malam ni dah tahu siapa Presiden baru.
Pesta demokrasi ni syiok walaupun kita jadi penonton.

No comments:

Post a Comment