Saturday, May 22, 2010

Lembu jantan Wall Street jumpa rusa Geylang

Hari ini, Sabtu, hari joli.
Tak ada meeting.

1) Kita semua dah menonton movie Wall Street, 1987 (Michael Douglas, Charlie Sheen).
Quote terkenal dalam movie itu ialah oleh financier Gordon Gekko (Michael Douglas):
"Greed is good.... greed works".
Dan macam-macam movie tentang financial district Amerika ni.
Hari ini, kumpulan kami dibawa ke situ.
Tempat inilah yang menentukan pasaran saham dan pasaran kewangan satu dunia.
When Wall Street sneezes, the world catches a cold.

Saya dapat jumpa patung lembu di situ yang terkenal.

Untuk orang yang main saham, lembu jantan ialah simbol harga saham naik - a BULLish market. Dia menyondol ke ATAS.
Tak ada patung beruang kat situ - sebab tidak ada orang yang suka a BEARish market. Beruang akan MENEKAN anda ke bawah.

GAMBAR: Patung besi warna gold ni terletak di tepi New York Stock Exchange, dan berdekatan dengan American Stock Exchange.


2) Sebelum tu, kumpulan kami dibawa naik feri ke dua pulau.
Pulau pertama ialah Liberty Island, di mana terletak Statue of Liberty.

GAMBAR bawah: Kamu pernah nampak belakang patung Liberty ni? Ah tu dia!



Gambar seterusnya ialah minah Romania, seorang ahli politik yang berasal dari daerah Transylvania - tanah asal Vlad the Impaler, dari mana datangnya legend Dracula. Takutttt!

Nak ke pulau kena naik feri daripada pelabuhan di paling hujung selatan pulau besar Manhattan, di mana terletaknya bandar New York; 15minit dah sampai pulau ni dari Manhattan.
Kami potong queue sebab kumpulan khas dari kementerian luar (State Department).
Untuk orang biasa, kena queue TIGA-EMPAT JAM, sebelum naik feri!!! Ribuan manusia beratur, macam nak naik feri Penang.
Kalau nak cepat, lepas subuh kamu gi queue dulu!




3) Lepas tu kami naik feri ke Ellis Island.
Ingat cerita Godfather 2?
Budak kecil pelarian dari Itali tiba di pulau ini dengan ribuan yang lain, kerana ia tempat imigresen masa itu.
Sebelum dibenarkan masuk ke Amerika, semua orang asing kena menghentikan kapal (steamships) di sini, nak daftar nama.
Termasuk budak kecil ni yang namanya ditukar kepada Corleone, Vito Corleone.
Bapa kepada Michael Corleone, yang menjadi Godfather 2 selepas bapanya mati.
Kini imigresen di Ellis Island dah ditutup, jadi tempat tourist.
Dan tempat mereka tunjukkan betapa diversenya rakyat mereka. Dari semua pelusuk dunia; apabila minda bercampur aduk dan ramai yang miskin dan lapar, maka tercetus banyak idea nak majukan diri. Jika semua pemerintah beri percuma, kamu tak appreciate.
Negara yang banyak menerima warga baru ialah negara yang banyak menerima idea baru. Itu juga mantra negara Temasek.

Tapi kata rakan saya yang berkulit hitam: 'Jika saya masuk ke Amerika pada masa itu, bukan gunakan pulau ini, tapi dalam perut kapal. Sebagai hamba abdi (slave)'.
Ah kau.

Selepas dua pulau ni, kami turun feri dan berjalan ke Wall Street berdekatan.


4) Lepas tu ke Ground Zero.
Tapak bangunan kembar World Trade Center yang sembilan tahun lalu kena serang lalu roboh.
Siapa yang menyerang, dan sama ada kamu setuju ke tidak - itu semua cerita lain.

Saya cuma nak katakan kami dah melawat tempat itu.
Ia menjadi 'scared ground' untuk Amerika.
Kan saya dah kata - mereka ni pandai spin, tak macam umat.

Betul tu - kita turut sedih sungguh dan dukacita orang tak berdosa kena bom. Dan saya marah sebab Osama memang mengaku dia yang merancang serangan dasyat ini. Kerja giler.

Tapi apabila Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan bom kampung di Pakistan saban hari, tak ada muslim yang bijak, lalu menjadikan kampung mereka Ground Zero dan tempat lawatan tourist.
Agar dapat simpati dunia.
Mereka menyokong negara yang membunuh Palestin setiap hari, tapi tak ada yang pandai ceritakan kemarahan dan kesedihan.
Yang kamu pintar ialah nak mengebom orang yang tak bersalah, tak ada kena mengena pun dengan benda ni.
Kalau saya kata umat ni bahalol campur bongok, kamu marah pula.
Sebab instead of getting sympathy dengan menjelaskan isu-isu dengan jelas, kamu bunuh orang tak bersalah, makin dibenci agama kita di seluruh dunia.

Sekarang ini tapak Tower 1 (di tengah kawasan) akan dibiarkan kosong.
Tapi kerana ia tanah private, bukan tanah pemerintah, maka pemilik tanah sedang menaikkan empat-lima bangunan tinggi di tapak Tower 2 dan di keliling tapak yang besar itu (dalam GAMBAR - bangunan di kiri adalah antara yang sedang dibina).
Kenapa tak ada orang pasti nak dibina tiga, empat atau lima bangunan? Sebab satu negara sedang ada perbincangan hangat, dah bertahun pun!, tentang apa yang harus dibina, atau harus dikosongkan saja tanah itu.
(Maaf, tak sempat saya mencari bangunan yang nak dimasjidkan, yang pernah saya cerita tempoh hari. Saya confuse di kawasan ini, tak tahu nak cari jalan kerana di sini bangunannya tinggi-tinggi dan pertama kali ke situ).

5) Selepas itu, kami rilek makan tengah hari (jam 3petang) dekat Winter Garden.
Kerana cuaca cantik - ada matahari, tapi temperature lebih kurang 25 darjah C, tak panas - sedap makan duduk bawah pokok ni. Airconullah.


Kesemuanya kami dari 21 buah negara, tak termasuk pegawai dari Amerika.
Ramai yang tak hadhir sebab ada hal masing-masing.
Mereka termasuk tiga pegawai State Dept lain (dua wanita), pegawai politik lelaki Iraq, para diplomat wanita dari Sierra Leone, Greece, Latvia dan Armenia; diplomat jantan Taiwan dan Jamaica; dan wartawan lelaki dari Israel dan Jepun, serta wartawan pompuan dari Ghana dan Sweden (muka iras penyanyi ABBA rambut emas). Dan seorang akademik dari India.
It's a mini United Nations. Macam-macam cerita dah keluar, isu dah dibincang.


Esok/Ahad, kumpulan 21 orang dan empat pegawai pengiring akan berpecah menjadi empat kumpulan.
Setelah DC dan NYC, mereka nak tunjukkan kehidupan di 'kampung-kampung' mereka, agar kami faham bahawa Amerika ni bukan saja bandar besar, nak control politik dunia, kewangan sejagat dan shopping.

Macam kita bawa pelawat ke Malaysia - dah melawat Putrajaya, lepas tu KL, kena juga mengunjungi Kelantan dan Kedah, Johor dan Penang.

Kumpulan saya akan pergi paling jauh. Adoi, terbang 7jam. Waktu go-stan 3jam!

Saya dan 3 geng lain serta seorang pegawai akan tidur di Tucson, negeri Arizona. Antara bandar yang terdekat dengan Mexico. Dan akan mengadakan perbincangan dengan kumpulan-kumpulan di sana tentang isu orang Mexico masuk secara haram dan rancangan controversial US nak membina tembok tinggi nak hentikan kemasukan ini!
Lihat peta ini - Tucson bandar kecil di bawah Phoenix, ibunegeri Arizona.
Kumpulan lain akan ke Salt Lake City, Utah; Denver di Colorado; dan Reno, Nevada.


--------------------------
Akhir kalam.
Kenapa Wall Street dinamakan Wall Street?
Kamu baca ler cerita di GAMBAR ni.

No comments:

Post a Comment