Wednesday, May 19, 2010

UN, Grand Central Station, Empire State Building, iPad

Stranger in a Strange Land - Bahagian 2, rusa masuk bandar. Kali ini di bandar terbesar di Amerika.

Rusagold ke bandar kedua di Amerika, New York City atau Epal Besar.
Selepas empat jam dalam bas dari DC. Perjalanan di highway mereka ni macam highway PLUS - kiri kanan hijau sehingga nak masuk NYC.
Lebih baik saya panggil NYC sebab salah satu daripada 50 negeri mereka namanya New York.
(Ralat: Amerika ada 50 buah negeri, bukan 51).

Kami menginap di hotel Roger Williams, 3.5 bintang, tapi mahal sebab hanya dua blok - 150m dari bangunan tertinggi di Amerika, Empire State Building.
Hotel kami di Madison Avenue, East 31st Street.

Seperti di DC, jalan di sini mengikut cara teratur.
Yang melintang di panggil Avenue - 1st Avenue (tempat bangunan UN) hingga 12th, dan yang melintang termasuk nama-nama terkenal seperti Madison Avenue, Park Avenue, Lexington Avenue.
Yang membujur dinamakan Street - 1st Street sehingga 135th Street.
Lepas tu ada East dan West. Mengong nak cerita sebab saya belum faham sangat.
Pening orang Geylang-DatukKeramat memikirkan, tapi lepas sesat tadi dan panik, dah pandai!

- Semalam saya sesat di DC antara 21st/22nd dan L, kalau tak salah.
Hari ni terbelok lorong gelap kejap - antara 23rd atau 24th dan 5th Ave.
Baik di mana pun, kalau tak merambu sendiri sehingga sesat, wartawan tua ni tak dapat merasakan cara dan citarasa hidup orang tempatan. Cuaca pun OK jadi syiok jalan-jalan.

Saya tak takut sebab orang kata muka saya ada iras Hispanic, orang keturunan Mexico-Cuba, jadi polis - ada ramai polis meronda di sana sini - tak kacau saya.
Kalau kena stop juga, nasib baik saya banyak nonton Speedy Gonzales, tikus kartun Hispanic. Saya boleh tutur bahasa depa - Andalay, andalay, yeeha, areeba, areeba. Tequila.


Hari ini, selepas memerap barang-barang dalam bilik, kumpulan 21 orang dibahagi dua - setengah nak ke rooftop Rockefeller Center.
Saya dan yang lainnya nak ke kompleks United Nations di tepi Harlem River (mengadap Queens).
Kumpulan ketiga merayap sendiri-sendiri. Dari 21 orang tu, 15 dah pernah ke sini, cuma saya dan dua tiga kerat yang yakun sakan.

1) Di kompleks United Nations ni sebab kami terlambat tiba, dah tak ada tour lagi petang tadi. Maka kami hanya masuk ke dalam, tapi sibuk bergambar dan beli souvenir di kedai-kedai di basement kompleks besar tu. Tak dapat tengok assembly hall dan tempat lain.

2) Lepas tu kami masuk stesen keretapi yang terbesar dan tercantik yang saya pernah nampak (walau orang kata yang di Paris pun cantik, saya belum sampai. Yang dah nampak ialah stesen LRT pekak di Masjid Jamek, dan yang sempit di MRT Orchard). 
Grand Central Station NYC ni punyalah besar! Ribuan manusia keluar masuk sampai bingung rusa ini memerhatikan.
Besar dan megah, brader! Kamu google lah gambarnya sendiri.

3) Jalan sana jalan sini, terserampak restoran India menjual makanan halal. Saya pun stop beli nasi biryani dan ayam. Terletak di 44th East dan 3rd Ave, dekat Grand Central.
Lepas tu orang semua pulang hotel, saya makan kejap dalam bilik, lepas tu merambu seorang diri ke shopping avenue NYC yang terkenal di 5th Avenue.
Dan terjumpa lagi dua stall burger halal! Satu di 25th dan 5th, yang lagi satu betul-betul depan mall yang saya memang nak masuk, Best Buy (penjual barang elektronik), di 23rd dan 5th - Saya letak alamat ni biar senang orang lain nak cari.
Saya nak cari iPad. 
iPad dah habis, kata mamat negro dalam Best Buy. Saya pun slang Jawa-NewYork tanya kat mana nak beli, brader?
Di kata kat dekat tu, kedai Tekserve, yang menjual barangan Apple.
Yay! Saya masuk dan dapat pegang dan main-main dengan iPad.
Seperti yang dijangkakan, lebih syiok daripada Lenovo Tablet yang baru saya beli (S$899). Laptop touchscreen (Windows 7) yang boleh dipusing screennya menjadi tablet macam iPad.

Di Tekserve, sebab tak ramai orang, saya dapat main-main dengan ketiga-tiga iPad di situ. Syiok.
Walaupun tak ada keyboard, nak taip senang menggunakan touchscreen.
Kat DC kelmarin semuanya dah habis.
Di kedai ini, kata penjual, yang ada cuma yang wi-fi 64GB. Yang 64GB 3G dah habis.
Yang wi-fi 64GB ni harganya ialah US$599.
Yang 3G tu ialah US$799.
Saya pun tak jadi beli. Memang tak ada duit pun.
Di Singapore, iPad akan mula dijual pada Julai.
Harga belum tahu.
Penjual kata lagi beberapa hari nanti akan masuk yang 3G ni. Nanti saya singgah lagi.


4)  Dah mula gelap 6.30mlm, cuaca petang yang 20degree C jatuh ke 15degree.
Saya dah sesat sana sini, dan masuk kedai jual souvenir, lepas tu terus ke Empire State Building.
Esok lusa banyak meeting, takut tak sempat.
Bangunan ini dulunya yang tertinggi di Amerika, lepas tu naik dua bangunan World Trade Center.
Selepas WTC roboh berdentum, Empire State menjadi popular kembali kerana yang paling tinggi.
Mak oi, nak masuk kena bayar US$20 seorang. Ini untuk tingkat 86 - kalau kamu pernah nonton cerita Sleepless In Seattle (Meg Ryan dan Tom Hanks).
Kalau nak naik lebih tinggi lagi - tingkat 102, kena tambah US$15. Dei apa ni! King Kong panjat tinggi-tinggi tak kena bayar pun!

Sampai kat atas tu, tingkat 86, punyalah sejuk. Lepas tu hujan renyai pula.
Itupun manusia berebut ambik gambar.
Saya cuit dua tiga stranger suruh tolong tangkap rusa-hispanic kampung ini.

Dah puas, beli souvenir yang overpriced, baru pulang hotel. Pokai.
Esok lusa ada meeting macam-macam - termasuk dengan US mission to the UN, New York Times' foreign editor (saya nak tanya ada kerja kosong tak), NGO human rights, dan seterusnya.
Penganjur kemudian nak ajak kita tengok Broadway show, melawat Wall Street, pergi ke Ground Zero (WTC) dan tengok patung Liberty tu kat Ellis island.
Nanti kalau ke tapak WTC saya nak cari bangunan yang nak di masjidkan di situ.

Eh, ini kerja ke holiday? Shhhh, jangan kasi tahu boss saya....

No comments:

Post a Comment