- Presiden Afghanistan, Hamid Karzai (1987)
- Presiden Turkey, Abdullah Gul (1995)
- Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy (1985)
- bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown (1984 dan 1992)
- Presiden Columbia, Alvaro Uribe Velez (1998)
- Presiden Kenya, Mwai Kibaki (1998)
- bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark (1998).
- bekas Presiden Filipina, Gloria Arroyo (1964).
- Perdana Menteri India, Manmohan Singh (1981)
Anda tentu kenal banyak nama-nama mereka di atas ini.
Mereka adalah antara orang yang pernah jadi peserta International Visitor Leadership Program (IVLP), program yang saya sedang sertai ini. Dalam bracket itu ialah tahun mereka menyertai program - dari dua minggu, dan ada yang mencecah sebulan.
Nama glam yang lain di sini.
Saya tak buka cerita dari mula saya sertai IVLP - dua minggu yang lalu. Takut orang kata mamat GeylangKeramat ni action lebih, dapat gi holiday sikit kat US, dia nak berbangga. Walhal dah ratusan ribu rakyat Malaysia ke sana.
Lagipun tidak seperti mereka yang banyak pengalaman, saya ni bagai rusa masuk bandar. Semua saya yakun dan hairan sakan.
IVLP ni sudah berusia 70 tahun, sejak dimulakan dari 1940!
Detail program di sini.
Pandai sungguh State Department (kementerian luar Amerika) jalankan public policy mereka, nak memancing hati orang asing. Inilah sesuatu yang patut dicontohi oleh negara umat yang banyak wang.
Cara mereka: Perangi musuh bukan dengan bom saja, tapi juga dengan perkataan dan memberi kita lihat cara hidup mereka.
GAMBAR: Antara kumpulan kami semasa melawat White House di DC di hari pertama, dua minggu lalu. Di masa itu, saya tak kenal langsung seorang pun daripada mereka.
Maaf kata, Malaysia dan Indonesia adalah negara kecil yang tak dipandang orang bukan Islam di luar Asia Tenggara (dulu zaman Dr Mahathir, orang luar pandang juga Malaysia ini). Apa lagi Singapork - kecik sangat.
Sepatutnya negara banyak wang seperti Saudi dan negara Arab kaya lain, Turkey, Iran membuat program yang sama. Terangkan apa itu 'negara Muslim' dan apa yang umat mahukan dari dunia, dengan perkataan dan hospitality.
Tapi apakan daya, kalau mereka jemput orang ke tempat mereka, nanti lebih banyak masalah pula sebab negara semuanya tak ditadbir dengan betul.
Kesian umat. Yang diharap jadi kepala agama sejagat, tapi mereka lebih teruk dari negara kecil seperti Malaysia dan Indonesia.
Malaysia dan Indonesia adalah antara negara Muslim yang ditadbir dengan lebih baik, tapi masalah dunia Islam bukan di sini, tapi di Middle East.
(Saya tahu Malaysia dan Singapork ada program seperti ini, tetapi kebanyakannya untuk media. Nak harapkan mereka tulis cerita positif agar tarik pelancong).
Sudah 190,000 orang menyertai IVLP ini. Ia bermakna tak semua yang sertai jadi Orang Besarlah.
Jika remgold esok tak jadi Prime Ayatollah untuk Malaypura Bersatu (United States of Malaypura), janganlah terkejut.
Projek ini projek pilihan beb. Tak boleh apply nak masuk.
Saya pun tak pilih nak masuk. Bos suruh gi, maka takut gaji tak naik tahun depan, cepat-cepat gi juga, walaupun saya gerun naik long flight sebab tak boleh tidur.
Setelah nama diforward kepada US embassy, mereka tentunya check orang ni siuman ke tidak.
KENCANG-KENCANG PEOPLE
Dalam kumpulan yang saya sertai ini, ada 21 negara.
Melihat CV atau rekod kerjaya mereka, malu besar saya. Sungguh malu. Malu untuk saya dan malu untuk status umat yang daif.
Kadang-kadang bincang dengan mereka dalam bas, atau waktu sarapan, atau cara mereka tanya soalan dalam meeting, saya macam nak sembunyi bawa meja.
Mereka banyak berpengalaman, banyak travel, pandai banyak bahasa.
Tiga daripada mereka ada PhD, iaitu pangkat Dr.
Saya hanya wartawan biasa, pandai tiga bahasa (Melayu, Inggeris dan Jawa American), dan hanya pernah menjelajah beberapa kerat negara saja.
Ada di antara mereka yang masuk US macam kita gi Penang. Dah banyak jelajah bandar di US.
Antara group kami, saya dapat merasakan ada dua-tiga yang akan jadi 'Orang Besar' di negara mereka nanti. Pangkat menteri atau lebih dari itu.
Antara mereka ada yang pernah kerja di UN dengan negara mereka selama 5 tahun.
Lagi seorang pernah duduk di Washington selama 3tahun jadi diplomat.
Yang satu lagi pula orang nombor dua di sebuah kementerian.
Dua adalah pengarah rantau kementerian luar mereka.
Yang seorang tu consultant kepada ahli-ahli politik di negaranya. Mamat ni asyik kat telefon - tak tahulah emak depa kerap telefon, atau depa lobbyist besar. Pernah ke dinner di New York bawa girlfren dari Paris, tak tahu mana dia jumpa.
Yang lagi satu pandai cakap Mandarin, sebab itu specialty beliau, walhal beliau bukan dari negara yang dekat dengan China tapi negara yang bersaing dengan China.
Nasib baik, aku ni hensome, kalau tidak tak boleh angkat muka!
Wee-weet.
CARI KERJA DI NEGARA LAIN
Yang saya kerap teringat semasa dengan mereka: Sayang, aku dah 50 tahun dan duit tak banyak.
Jika tidak, aku nak stop kerja, lanjutkan pelajaran, lepas tu minta kerja di US atau negara barat lain nak tambah pengalaman. Atau kalau tidak, kerja di negara Asia lain (dulu pernah apply kat Hong Kong tak dapat).
Ada penjenguk blog ini yang kerja di Qatar - kamu tanyalah depa, tentunya banyak benda baik dan aneh yang dah depa nampak, boleh dibawa pulang.
Anda yang muda, janganlah asyik nak berpolitik. Teruslah belajar, atau, kalau dah ada paper, cuba kerja di luar negeri. Baru minda terbuka dan boleh bawa idea pulang nak baikkan komuniti dan negara anda.
Tak payah kerja jauh, dapat kerja di Singapore atau Jakarta setahun dua pun cukup. Gerenti kamu pulang dengan berbagai idea.
Saya ni dah lah tua kerepot, lepas tu tak suka campur orang. Suka duduk main PC game atau cakap dengan pokok kat rumah di KL. Tak guna langsung. Nasib baik pandai goreng kat blog.
Semasa dua minggu ini, saya tertib dalam pergaulan dengan mereka sebab nama saya 'Bin Ahmad'. Orang Amerika panggil saya Mr Ahmad, jadi kena jaga nama umat.
Ada lagi empat orang berasal dari negara umat - Iraq, Algeria, Turkey dan Lebanon (yang menetap di London) - tapi saya tak tanya agama mereka, sebab tak relevan.
Tapi tentang saya - kerana saya selalu mention nama Malaysia dalam perbualan, dan mereka tahu saya minoriti Melayu-Muslim di Singapork, saya tak dapat lari dari jadi cermin umat juga.
Cakap tentang bahasa: Ramai daripada 21 orang ini pintar TIGA bahasa. Malu aku.
Seorang dari mereka pandai Italian, German, French, English dan Hungarian. Budak 30-an tahun ini ada gaya jadi menteri, sebab kini pun jadi adviser kepada seorang Menteri kanan.
Lagi satu: pandai bahasa German, Romanian, Hungarian, English. Depa baru 28 tahun, tapi nampaknya akan jadi MP, lepas tu naik jadi menteri (bos depa Timbalan Perdana Menteri!).
Atau yang ini: pandai bahasa English, French, Greek, German. Pompuan ini pun ada gaya jadi menteri. Bijak.
Kini program IVLP dah tamat, pagi tadi/Jumaat.
Setelah dua minggu, empat bandar, 25 meeting, dan beratus dollar habis (US kasi semua peserta sekurang-kurangnya US$900!!! Untuk makan tengah hari dan malam, dan shopping atau tambang nak naik ke Empire State Building atau naik subway dan teksi).
Kami semua akan pulang ke negara masing-masing esok/Sabtu.
Kalau datang saya ikut jalan ini - Changi-Narita-Chicago-Washington.
Lepas tu naik bas ke New York, flight New York-Dallas-Tucson.
Selepas itu Tucson-Chicago.
Esok, rusa balik kampung: Chicago-Hong Kong-Changi.
Jumpa lagi di time zone anda.
----------------------------
EH! Cerita lagi sikit. Cikit je.
Hari terakhir, kami bertukar pendapat tentang program.
Semua dapat sijil cantik dari State Department.
Lepas tu group photograph terakhir.
Di Chicago ni, walaupun jalanraya dibuat mengikut Grid System (semua block empat segi panjang), ia tidak mudah seperti di DC atau NYC. Senang sesat.
Di Washington DC, jalan ikut nombor 1,2,3 dan alphabet A,B,C. Misalnya, I need to go to the junction of 14th and M Street, please.
Di New York, kebanyakan jalan ikut nombor 1,2,3 Street, dan First, Second, Third Avenues. Take me to Fifth Avenue on 31st, please.
Orang bodoh saja yang boleh sesat (Tapi di Wall Street - nama jalan kecoh semua jalan lama, tak pakai grid system ini!).
Di Chicago, walaupun jalan ikut block, nama jalan diletak 'sebarangan'.
Samalah macam di negara kita semua!
Hotel saya di corner Illinos dan Monroe Street.
Malam pertama tersesat di Dearborn dan entah jalan apa. Panik beb.
Kena tanya orang. Di DC atau NYC senang nak cari sendiri.
Saya cuma tahu tempat shopping di Michigan Avenue, the Magnificent Mile. Four blocks north from my hotel.
Sebab tu saya tak berani nak melawat Malcolm X College atau tempat kumpulan Elijah Muhammad and the Nation of Islam. Tak berani nak cari Muslim Temple. Sebab takut kalau tak dapat teksi balik ke hotel, it is impossible to walk back on your own.
Malcolm X ialah hero saya semasa muda. Beliau ditembak mati sedang berceramah di New York (tak sempat juga ke situ).
Depa lawan orang putih racist dan Ku Klux Klan dan pertahankan kaumnya dalam 1960an, hingga mati kena 16 peluru.
Ditanya bagaimana kamu nak pertahan hak kaum mu?
Jawabnya: "By any means necessary".
Pada saya, jika kamu nak perjuangkan bangsa kamu, baik PAS atau Umno, Perkasa atau Pekida, kamu bacalah buku Malcolm X dulu. Beliau banduan yang menghafal satu diktionari - SEMUA perkataan dan makna dalam diktionari itu! - semasa dalam penjara.
Ada movie mengenai Mr X yang dibintangi Denzel Washington.
-------------------------------
"We declare our right on this earth to be a man, to be a human being, to be respected as a human being, to be given the rights of a human being in this society, on this earth, in this day, which we intend to bring into existence by any means necessary. ”
— Malcolm X, 1965
------------------------------
BANGUNAN TERTINGGI DI NEGARA BARAT
Tadi saya ikut tiga orang lagi berjalan ke "the tallest building in the Western Hemisphere".
Dulu bangunan kembar World Trade Center yang paling tinggi di New York. Dah roboh kena bom, diganti dengan Empire State Building kembali sebagai yang tertinggi di bandar itu.
Tapi kedua-dua bangunan ini pendek sedikit daripada Willis Tower (dulu Sears Tower).
Petronas Twin Towers LEBIH TINGGI dari Willis Tower ini. Yay!
Detail Willis Tower di sini dan sini.
Saya naik ke Skydeck mereka.
Bayar US$16.50 (murah sedikit daripada Empire State).
Itulah pertama kali saya nampak Lake Michigan.
Nenekkebayanboattenggelam! Punyalah besar!!!
Macam laut, sebab tak nampak langsung pantai Canada di utara! (GAMBAR: Di tepi air (kanan, bawah) yang bintik-bintik warna putih itu ialah boat dan yacht orang kaya. Saya berjalan ke situ selepas petik gambar).
Rakan berkata: Lebih besar daripada Black Sea (dekat Greece).
Dan banyak sungai-sungai di bandar Chic ini, semuanya dah dibersihkan dan cantik - banyak boat cruises (tak sempat naik).
Di Skydeck ada ruang di mana lantainya TRANSPARENT. Kamu berdiri di atas - boleh nampak nun jauh di bawah kaki kamu - 103 tingkat di bawah!!! Gayat keramat mabuk kepala.
Nak tunjuk hero, remgold pun petik gambar kat situ - tapi tak berani tengok bawah, beb.
Gambar yang free pun ada, tapi jika nak cantik macam gambar ini - dengan ada perkataan Skydeck Ledge dan tarikh lawatan, kena bayar US$20 sebiji, atau dua untuk US$32. Pokai aku beli dua.
No comments:
Post a Comment