Tuesday, May 18, 2010

Sibu & 'lobby' di hotel Washington DC

FIXED DEPOSIT KELABU ASAP 

Kenapa kerajaan BN harus terkejut kalah teruk di Sibu?
Walaupun nampaknya kalah dengan hanya 398 undi, sebenarnya kalah teruk. Dulu menang ribuan undi.
Dan Sibu ialah kawasan Parlimen kubu kuat BN. Sarawak ialah kubu BN kerana sebelum ini hanya ada satu saja kerusi Parlimen lain untuk pembangkang.

Tapi sebenarnya kekalahan ini baik sungguh untuk rakyat.
Lepas kena bantai teruk kat Hulu Selangor - lepas tu Zaid Ibrahim dan yang lain tak terima - kini giliran BN pula cari excuse kenapa mereka kalah di Darul Taib Mahmud.

Ini bermakna kedua-dua pihak tidak berani mempermain dan memperkecilkan rakyat. Sebab mereka boleh menang satu hari, kalah esoknya.
Kalau kamu lihat negara saya di selatan, kerana PAP asyik menang dan menang, mereka kerap dilihat sebagai bongkak oleh rakyat. Mereka buat dasar kadang-kadang hingga orang berang - seperti memberi laluan masuk kepada pekerja asing, sehingga 1 juta daripada 5 juta penduduk Singapore kini orang asing (bukan rakyat, tapi pekerja dan permanent resident).


Belajar dari sejarah

Selepas Sibu, semua orang dah jelas tentang larinya orang Cina daripada BN.
Go-stan ke sejarah - apabila Dr Mahathir kehilangan banyak undi Melayu dalam pilihanraya 1999 akibat isu Anwar dan Reformasi.
Orang Cina menyokong kuat BN.

Lalu apa berlaku?
Dr M MEMBERI HADIAH besar untuk bangsa yang menyokong kerajaan.
- Kamu lupa ke lepas tu Universiti Tunku Abdul Rahman diberi kepada MCA?
- Selepas itu tarian singa dibenarkan dalam majlis-majlis rasmi? Dulu apabila saya baru tiba di KL 1994, tak ada pun tarian singa ni di mana-mana.
- Dan sekolah Cina semakin banyak menerima bantuan kewangan kerajaan?
- Dan kerajaan mula memperkenalkan sistem meritokrasi di universiti - walaupun terhad dan dikomplen oleh Cina sebagai tak cukup. Tapi ianya tidak akan berlaku langsung jike tidak kerana undi sokongan 1999.
Maksudnya kerana mereka menyokong kerajaan, mereka dapat banyak hadiah.

Dan orang Melayu, walaupun sudah lari daripada BN, TIDAK DIHUKUM. Sebaliknya mereka diPUJUK untuk kembali.

PADA pandangan saya, inilah yang harus dilakukan sekarang oleh BN.
Belajar dari sejarah 1999.
BERI HADIAH MACAM-MACAM untuk MELAYU (Jika Pakatan naik pun, tentu mereka akan hadiahkan penyokong, dan pujuk orang yang membenci mereka. Biasalah tu beb).
Dan PUJUK orang CINA, bukan hukum mereka.
Tak berani saya katakan apa yang harus dilakukan.
Cuma kalau ikut apa yang dibuat Dr M, hadiahnya ialah Hadiah Besar.
Kerajaan harus LOBI dengan kemas mereka ini.
Inilah namanya pork barrel politics. Politik tong khinzir?

Pada saya, mesej Dr M masa tu mudah - OK, orang Melayu, jika kamu tak sokong aku, maka aku akan beri orang Cina apa yang mereka hendak selama ini.
Jadi untuk Pak Najib, mungkin mesej yang sama mahu ditunjukkannya - OK, orang Cina, jika kamu memang tak mahu sokong aku tak apa. Aku tak hukum kamu secara direct, tapi aku akan beri orang Melayu apa yang mereka mahu, biar kamu nampak there is a cost to pay for your belligerence. There is reward to be had for support.

-------------------------------
WILLARD HOTEL DAN 'LOBBY'

Saya nak masuk bab lobi dan melobi ini.
Saya tadi ke Willard Hotel di DC, setelah mendengar cerita menarik mengenainya.
Hari ini kita kerap menggunakan perkataan 'lobby', 'lobbying', 'lobbyist' (macam Apco).
Atau bahasa Melayu 'lobi', 'melobi' dan 'pelobi' (Labu Labi cerita lain, beb).
Dari mana datang perkataan ini?

Jeng jeng jeng. Rusagold yang dah empat hari di Washington DC baru dapat tahu!
Ahem, orang kampung lah, baru tahu benda seperti ini.

Ini ceritanya.
Pada masa Ulysses Grant menjadi presiden US (1869-1877), beliau dilarang oleh isterinya dari merokok kat rumah.
Jadi kerana gian, beliau tak terus pulang rumah masa tengah hari atau petang, tapi berjalan kaki dari White House ke hotel Willard ni. Nak merokok dan minum brandy di lobby hotel.
Tak jauh dari White House, hanya kira-kira lima minit jalan kaki. Kata orang DC, 'it's just two blocks away'.
(Kalau nak ke Willard dari Capitol Building kira-kira 10minit).
Semasa beliau di situ, ramai orang atasan datang jumpa beliau di lobby.
Mereka minta itu dan ini. Tolong, datuk, approve kontrak itu dan bantu kami untuk ini.
Grant lalu memberikan nama jolokan kepada mereka - 'lobbyists'.
Aha!
Itulah katanya, walaupun ada yang mengatakan ini cerita dongeng.

Saya petang tadi jadi lobbyist kejap. Duduk kat situ tunggu rakan. The Straits Times ada bureau di Washington DC, tiga orang. Tadi saya bertemu bureau chiefnya, Chua Chin Hon.
Cantik banget lobby ini. Bumbung lobi ada logo kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat.


Ada orang suruh saya tangkap gambar.
Eeks, malu saya. Ini tempat jutawan dan lobbyists. Takkan saya nampak nah rusa masuk bandar petik gambar macam orang yakun!
KESEMUA presiden Amerika MESTI menginap di hotel ini. Sudah menjadi tradisi.

Tadi kat lobi hotel - saya duduk 25minit, pretending to look important like I was from Apco - yang saya nampak Datuk dan Puan Sri, iaitu golongan atasan. Nampak nah kot aku murah (beli kat Jakarta).

Dalam movie The Minority Report, Tom Cruise berlakon kat sini!



------------------------------------------
DARI DC KE NEW YORK

Setelah empat hari di DC, rombongan 21 orang dari 21 negara, diringi empat pegawai akan naik bas ke New York City, pagi esok/Rabu.
Dari ibunegara 571,000 penduduk, kepada bandar besar dengan 8.1 juta manusiawi. Hampir setengah daripada mereka bangsa Yahudi.
Naik bas empat jam. Cerita lain hari.

Tadi saya untung.
Gi dua tempat lagi.

1) Capitol Hill building.

Kompleks Congress Amerika ni besau. Gelanggang mainan House of Representatives dan Senate.
Saya dan kumpulan masuk ke sebuah bangunan yang penuh dengan Senators.
Lepas tu dibawa masuk ke sebuah bilik yang digunakan untuk Senate hearings.
Diberi taklimat oleh pegawai Senator Republican yang paling kanan dalam bilik tu.


Tak tahu apa itu bilik Senate hearing?
Jika anda menonton movie Godfather (wayang lagi!), ada satu adegan di mana Michael Corleone diheret oleh Senate untuk memberi penerangan mengenai kerja gangster beliau.
Beliau dikelilingi wartawan dan jurugambar semasa duduk memberi keterangan.
Ah hearing itu dalam bilik seperti inilah!



2) Newseum

Lepas tu kami ke sebuah museum yang baru berusia lima-enam tahun.
Bukan sebahagian daripada Smithsonian.
Namanya ialah Newseum - museum for news gathering.
Untuk wartawan seperti saya, syiok benar! Cerita berita di Amerika dan kenapa mereka begitu sangat mempertahankan freedom of speech ni. Sejarah dari mula hingga hari ini.
Di luar museum itu ada sesuatu yang unit - ada ratusan muka surat depan akhbar dari seluruh dunia! Setiap hari muka surat itu ditukar.
Anda boleh baca apa yang ditulis oleh akhbar-akhbar. Mereka pilih satu akhbar dari satu negeri lah beb.

GAMBAR: Di dalam (ada tujuh tingkat) ada satu tembok pannnnnnnn-jang betul.
Disitu tertayang puluhan berita TV yang dapat ditonton di Amerika!!! Mabuk beb.

Niat mereka nak tunjukkan kuasa media dan peranan media.
Macam-macam lagi ada. Worth going if you want to know how the American media shapes and shaped local and world opinion.

No comments:

Post a Comment