Saturday, May 8, 2010

Masjid naik dekat tapak World Trade Center New York?

Cerita ni dah mula membakar blog dan akhbar di Amerika, dan saya pasti akan terus menjadi topik panas di seluruh dunia.
Sedih - Clash of Civilisations lagi.

Umat Islam Amerika sudah mendapat kebenaran untuk mendirikan sebuah masjid 13-tingkat yang jaraknya hanya DUA BLOK dari tapak World Trade Center yang runtuh dalam peristiwa hitam 9/11 - Sept 11, 2001, hampir sembilan tahun lalu.

Cerita masjid tu di sini, sini dan sini.
GAMBAR bangunan ditukar jadi masjid di bawah.
Pandangan helikopter jarak WTC dengan bangunan nak jadi masjid di sini.
Mat salleh marah di sini, sini, sini dan sini.


Di negara lain, kita ukur jarak menggunakan Meter atau Kaki.
Misalnya, jika orang tanya - Berapa jauh dari pasar tani Melawati?
Kita jawab - Abang jalan terus ni, kira-kira 100 meter/kaki lagi.
Atau lebih mudah - Nampak bangunan kuning tu? Jalan ke sana, dah sampai, tanya orang lain. Around there lah.

Di Amerika, maklumlah Hutan Konkrit, mereka ukur jarak menggunakan 'BLOCK'.
Kalau orang tanya - Berapa jauh dari pasar dadah Harlem?
Kita jawab - Brader jalan terus ni, dua block dari sini. Gimme five, baby.

Panjangnya sesebuah block bangunan biasanya 50m (kalau di KL Spore Jakarta).
Agaknya bangunan di New York tu panjangnya 100m, maka masjid itu akan berada hanya 200m dari Ground Zero.
Dekat benar tu.

Umat Islam Amerika dah pun membeli bangunan 13-tingkat yang dulunya Burlington Coat Factory. Nak diubah cermin luarnya (facade). Dan dalamnya jadi masjid.
Ada hanya satu lagi pusat Islam di kawasan kewangan New York tu, tapi sesak waktu Jumaat. Jadi perlu lagi sebuah dewan solat yang besar.
Saya pasti di dalamnya ada bilik mesyuarat, sekolah agama dan kantin halal. Macam masjid di Hong Kong.





IDEA BAIK ATAU CARI PASAL?

Yang saya tak pasti ialah sama ada idea ini bagus atau tidak untuk umat Islam Amerika dan untuk brand nama Islam sejagat.

Orang Amerika rasa terhina WTC ni kena serang dah roboh, dan menuduh salah umat Islam secara amnya. Ada yang kata Islam agama terroris -- Sama ada kita setuju ke tidak, itu cerita lain.
Mereka merasa hati mereka luka parah kerana peristiwa ini. Lebih 3,000 orang mati (termasuk lebih kurang dua dozen orang bernama Muslim, kalau tak silap).
Dan kini mereka rasa Islam nak pijak-pijak mereka lagi.

Adakah ia satu idea baik nak letakkan nama 'masjid' begitu dekat dengan lambang kekuasaan ekonomi dan kemegahan negara mereka yang dah dirobohkan oleh orang yang katanya bernama Muslim?
Kawasan kewangan dan perdagangan paling pesat di dunia, Wall Street, juga terletak dekat situ.
Kenapa masjid tak boleh dirancang jauh sikit dari situ - mungkin 10 block = 1km?

Saya beri misalan:

1) Kita dah marah ni, Amerika serang Baghdad.
Kini depa kata dah beli bangunan besar di tengah bandar Baghdad dan nak buat gereja besar, sebab ramai umat Kristian Amerika dan Iraq nak sembahyang tak cukup tempat?

2) Di kawasan Jalan Ampang. Kerana memang ramai umat Kristian kerja dekat kawasan tu, maka nak ditukarkan bangunan Phileo - di sebelah Australia embassy (ini misalan saja, sebab hanya beberapa blok dari KLCC) menjadi gereja besar.
Tak salah kan? Memang betul ramai pekerja Kristian di kawasan itu. OK what!

3) Di Singapore pula, Pasar Geylang dikira heartbeart atau jantung umat Melayu Temasek.
Banyak flat di situ, executive maisonette mahupun kondo dan rumah landed di dalam 5km persegi Pasar Geylang dimiliki orang Melayu.
Apa kata jika kira-kira 300m dari pasar, pemerintah beri izin nak bina gereka besar yang baru kerana memang di hujung tu (kawasan Telok Kurau) ramai orang yang beragama Kristian.

Kan tak salah! Tapi tentunya nampak kurang sensitif.
Ini argument sayalah.
Kenapa masjid kamu nak letak dekat sangat dengan Ground Zero mereka?

-----------------------------------
Saya kerap membaca umat Islam marah apabila orang lain tak sensitif dengan tabii umat Islam.
Sama ada yang nak pakai purdah di Perancis dan Itali, mahupun nak membina masjid di Switzerland.
Marah benar kita kerana mereka dikatakan "kurang ajar" dengan kita.

Saya selalu diam saja apabila isu ini dibangkit sebab pada saya selagi gereja dan kuil baru tak dibenarkan didirikan di tengah Shah Alam, gereja tak boleh naik di Jeddah (bukan Makkah atau Madinah), kenapa kita nak bising sangat kalau orang pun takut dengan agama kita.
Sama seperti kita takut dengan agama mereka.

Apa pandangan anda?

No comments:

Post a Comment