Friday, May 21, 2010

Cerpen dari Stranger - These people, they protect us


Dah banyak dongeng panjang-panjang, di sini saya bawa beberapa cerpen - cerita-cerita pendek dari rusagold latino masuk bandar.


1) PERTEMUAN LUAR RESTORAN

Saya makan di sebuah restoran kecil di DC tiga hari lalu. Semasa keluar dari pintu ada orang sapa. Lepas tu berbual-bual.
Beliau ialah teksi driver berasal dari Ethiopia. Dah jadi rakyat Amerika 20tahun.
20minit borak-borak di sisi teksi beliau - MPV entah apa - kereta America ni bukan semua yang saya kenal.

Katanya hidup beliau senang di sini, walaupun minoriti.
Yang kamu dengar itu dan ini, banyak political propaganda yang dibaca orang luar.
These people (non-Muslim Americans), they protect us. If anybody touches us, they will say, we're all Americans.
Beliau ceritakan dulu dia di kampung Muslim di Ethiopia, ada nurse agama Kristian.
 Ratusan orang Muslim beliau dah sembuhkan, tetapi kerana satu isu antara agama, mereka membunuh beliau 'just because she was a Christian'.

Lalu masuk bab terrorism ni - sebab baru-baru ini seorang rakyat America bekas Pakistan nak bom Times Square di NYC.
Katanya: These people, they are making life difficult for us. Why do they do this?
Muslims must have sa-brr. You know what is sa-brr (sabar)?
Saya jawab: patience.
Beliau kata: The Prophet said if you don't have sa-brr, you are like a man who walks around without a neck. It means you don't have a head.
Talk to these people. Even now people are coming to Islam, so if you talk to them more will come.

Beliau kata, mari saya hantar kamu ke hotel, percuma.
Tiba di depan hotel, beliau bertanya: What does the Prophet say about a man without sa-brr.
Saya jawab: He does not have a head.
Kami pun lambai bye-bye.


2) HUMAN RIGHTS FIRST

Terus terang saya kata: Saya tak percaya sangat dengan human rights ni, atau hak asasi manusia. Bukan saya suka polis bantai rakyat dalam jail atau tembak sebarangan.
Pada saya jika kamu tak buat salah, tak perlu takut.

Dan saya sokong betul ISA ni berdasarkan pengalaman di Temasek. Yang kena cekup adalah yang disuspek JI dan lainnya.
Sekali lagi saya kata, kalau tak buat salah apa nak takut.
Kat Singapork ni, walau rejim kuku besi segi politik, mereka telus dan tak abuse power dalam hal sekuriti.
(Kita boleh lihat ramai anak melayu yang masuk ANTI-terror squad pun. Dan yang jadi polis khas dan tentera khas yang jaga airport).

Tapi semalam, pandangan saya tentang peri pentingnya human rights ni berubah sikit. Kami ada meeting dengan Human Rights First - website di sini.
Mereka US-based group dan bekerja rapat dengan pemerintah US tentang isu-isu hak asasi. Dan juga banyak handle isu-isu di luar negara. Officenya betul-betul depan bangunan United Nations di NYC ni.
Panjang lebar boss kumpulan hak asasi manusia ni cerita, lepas tu kena soalan bertubi-tubi daripada kami.
Yang menarik perhatian saya ialah apabila saya tanya tentang Guantanamo Bay dan detainees di sana.
Orang akhbar, nak pendekkan headline, panggil penjara ni Gitmo.

Katanya, kamu lihat website kami. Kami dah keluarkan dokumen tutup saja Gitmo ni, dan apa yang harus dilakukan dengan detainees.
Mereka bekerja keras nak bantu orang agama lain, iaitu orang bernama Muslim.
Anda dan saya ada bantu orang di Gitmo?

Ditanya: rakyat Amerika hari ini khuatir kena bom, jadi mereka sokong anti-terrorism laws dan kalau orang kena tangkap dan diseksa (Rendition strategy) pun orang tak kisah.
Jawabnya: Itu silap ramai orang. Isu hak asasi tak perlu dipijak hanya kerana takut. Ada undang-undang lain yang boleh digunakan.
Dan macam-macam lagi diceritanya. Maaf tak boleh beritahu detail sebab semua meeting kami ni isinya off-the-record, agar penceramah dapat kata apa saja.

Saya teringat rakan Ethiopia saya di DC yang berkata:
These people, they protect us. 

Mereka tak kira bangsa atau agama. Mereka akan bantu.
Ada sebuah jawatankuasa dalam Human Rights First yang menjaga isu-isu diskriminasi agama Islam!
Kalau di sebuah negeri tu, siang malam gaduh tentang bangsa dan agama.

GAMBAR: Rakan saya, wartawan media institute Zimbabwe di depan Grand Central Station (yang banyak tiang tu), dan yang tinggi tu ialah bangunan terkenal Chrysler building. Tak jauh dari bangunan ini ialah United Nations complex.


3) DI BANGUNAN AKHBAR TERKEMUKA 

Di bangunan New York Times ni - whoa, serba moden. Mereka baru pindah sini beberapa tahun lalu. Dan ada ciri menjimat tenaga - energy savings - yang boleh dipelajari.

NYT ialah akhbar elite. Bacaan orang atasan. Macam Wall Street Journal dan Washington Post.
Circulation 1.7 juta saja (ada 220juta-250juta rakyat Amerika).

Di Amerika TIDAK ADA akhbar nasional, seperti The Straits Times di Singapork dan The Star atau Berita Harian di Malaysia.
Semua ada niche market sendiri. New York Times  laku banyak di NYC, tapi tempat lain tak laku sangat.
Washington Post di DC, Los Angeles Times kuat di LA, dan seterusnya.

USA Today dan Wall Street Journal pun hanya laku di bandar-bandar besar di utara.

GAMBAR: Pemandangan di belakang pejabat NYT, tingkat 15. Baru ni nampak banyak kereta park atas bumbung. Sebab di sini parking biasanya di 'basement garage'. Depa tak panggil 'car park' atau 'kapak kereta', tapi garage.

Ciri jimat tenaga:
a) Antaranya ialah - butang semua lif DI LUAR LIF.
Pertama kali saya nampak benda ni. Kan semua butang lif kat dalam?

Lalu rusalatino tanya public relations officer NYT ni - maam, apasal begini?
Katanya: apabila kami nak pindah ke sini, kami kata how to make the building greener?
Dengan ada butang di luar, selamatkan tenaga. Kamu yang nak ke tingkat 15 misalnya, akan picit DI LUAR lif tingkat itu.
Kat situ ada enam lif.
Jadi orang di tingkat lain yang juga nak ke tingkat 15 juga akan picit nak ke tingkat sama SEBELUM mereka naik lif.
Hasilnya: Lif ke tingkat 15 ni akan berhenti pick-up orang-orang tersebut! Lif tak berhenti di tempat lain (yang nak ke tingkat lain). Energy savings! Whoa.

b) Bangunan ni banyak glass windows yang besar. Dan lampu dalam bilik semua ada dimmer.
Apabila siang hari, terang benderang bilik yang paling dekat dengan tingkap. Jika kamu lihat atas - ada automatic dimmer di setiap lampu.
Lampu nearest to the windows akan malap lampunya dengan automatik because there is already sunlight. You don't need so much light near the windows. Energy savings.

c) Aircon mereka di pasang di BAWAH KAKI, bukan macam aircon biasa.
Sebabnya, mereka dapat kurangkan room temperature dengan 1degrees.
Sebabnya? Manusia kan duduk atas kerusi. Jadi kalau aircon keluar dari bawah, kan dah sejukkan bontot mereka. Nyaman.
Kalau aircon dari atas, udara kena tiup jauh sebelum sampai ke kepala dan bontot manusia ni (P.R.O. tak gunakan perkataan 'bontot' lah, aku tambah-tambah, sebab orang Malaysia isu bontot semua pandai; sampai masuk mahkamah lagi). Energy savings!

Itu hanya tiga yang diceritakan kepada kami sebelum timbalan editor meja berita luar negeri mereka masuk.

Salah satu soalan, oleh wartawan pompuan Muslim Arab dari UK, ialah isu Israel dam Islamic-phobia ni. Kamu kat NYT tak jaga ke isu ini?
Jawabnya: Itu adalah antara isu yang PALING kami jaga. Kami tak mahu Islam dicaricature sebagai mullah gila nak bom orang.
Dan isu Israel-Palestine ni kami tulis dengan rapi sekali, lebih rapi dari hal lain, sebab banyak orang komplen kalau tak balance (Setengah daripada penduduk NYC 8juta ni, adalah bangsa Yahud).

Terngiau-ngiau di telinga: These people, they protect us.

-------------------------

Beb,
Kita belum buat apa-apa lagi, dah ada orang simpati dengan Islam dan Muslim.
Ada lagi detail menarik yang diberitahu, tapi maaf, sebab briefing banyak off-the-record.

Jadi yang kamu bahalol nak bom orang yang tak bersalah tu apasal?
Kalau bom meletup kelmarin kat Times Square, banyak orang mati brader. Kenapa bodoh sakan?

Kan bagus jika kamu ajak mereka berbincang dan kerja dengan mereka untuk kebaikan Muslim dan sejagat?
Talk to these people, dammit! Not bomb them!

(OK jam 10pagi, sekarang nak gi meeting dengan dua lagi kumpulan - satu think-tank terkemuka World Policy Institute dan lepas tu dengan American Mission to the United Nations.
(Adioss muchachos, areeba, yeeha!)


----------------------
TAMBAHAN 9.30mlm NYC

4) WORLD POLICY INSTITUTE

Segan silu saya attend meeting dengan think-tank terkemuka ni tadi.
Sedih pun ada memikirkan kenapa umatku jauh tertinggal.
Yang beri taklimat tadi dua Senior Fellows mereka. Kencang-kencang people.

Institut ni begitu 'terror' sehingga menjadi konsultan kepada US Army di Afghanistan dan Iraq.
Tapi mereka begitu independen.
Terang-terang mereka jelaskan satu persatu (off-the-record, beb).

Yang temui kumpulan kami di pejabatnya - satu wanita keturunan India tapi lahir di NYC.
Yang kedua juga senior fellow wanita juga, berketurunan Itali (macam Don Corleone cerita Godfather).

Saya segan bila dengar cerita mereka.
Yang wanita India ni rapat dengan cerita-cerita from the ground.
Banyak buat research tentang radikal Islam dan mengapa mereka jadi begini.
Orang akademik mesti dah tulis buku dan kertas kerja.
Antara buku beliau ialah Muslims of Metropolis: The Stories of Three Immigrant Families in the West.

Wanita fellow yang lagi satu pula bekerja bertahun di Albania (ramai mereka keturunan Islam), kemudian empat tahun di Afghanistan, dan baru balik tiga minggu di Iraq.

Sayang sungguh cerita mereka semua off-the-record. Cukup saya katakan bahawa orang-orang beginilah yang diperlukan umat.
Mereka bijak, disegani ramai dan kerana kerja rapat dengan umat, maka faham selok-belok, sensitiviti dan kehendak umat, walaupun tak sama agama.
Adoi, ada cerita mereka yang betul-betul menakjubkan saya. Nanti saya buat research sikit, kalau ada bab ni dah masuk pengetahuan umum, boleh kongsi dengan anda.
Tercengang saya mendengarnya!

Semasa kami berdialog dengan mereka, banyak sungguh apa yang mereka katakan itu membuat saya teringat dan teringat. Hampir nak berlinang air mata: These people, they protect us.


Sayang kita tak gunakan ilmu mereka-mereka seperti yang saya sebut di atas ni untuk belajar dan menjaga nama agama.
Kita nampaknya lebih rela membayar jutaan dollar untuk dapat PR gimmick, dapat publisti murahan nak puaskan nafsu.

No comments:

Post a Comment