Showing posts with label finance. Show all posts
Showing posts with label finance. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Lidah yang tergigit - Ireland bertukar pemerintah

Kerana tak pandai jaga negara, rakyat 'pe-dap' (omputeh kata fed-up) lalu undi pembangkang, selepas 14 tahun parti Fianna Fail jatuh. Berita di sini.
Begitulah yang terjadi di Republic of Ireland.
(Mamat gagap mana pulak yang namakan parti mereka 'Fail' - parti yang akan 'gagal'!)


Yang menang ialah Fine Gail dan Labour. Undi masih dikira.

Cantik juga parti bernama 'Fine' ni. Parti Lawa atau kata orang Kelantan - Parti Chome (comel).
Cuma kalau kat Singapork, 'fine' tu ada makna lain.
'Singapore is a fine city' - buang sampah, ludah, kencing tak flush, semua kena fine!



NEGARA Ireland dulu megah ekonominya.
Sehingga Singapork dan London pernah takut dengan kebangkitan financial centre mereka di Dublin. London, New York dan Singapore adalah pusat kewangan dunia yang terbesar, tapi dulu gentar apabila Dublin pandai main peranan.
Tapi selepas Greece, hancuq Ireland - atau Eire - kena bailout
Mereka malu besar dan rakyat begitu marah dengan Fianna Fail sehingga menukar perdana menterinya. Itu pun tak dapat bertahan juga.

Pandai omputeh ni. Negara mereka tak macam negara Arab - masih boleh undi nak sepak keluar pemerintah yang tak digemari. Tak payah pakai demo.

LAGU P.Ramlee - Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula para pengundi. Buang yang keroh, ambil yang jernih.

Friday, February 25, 2011

Sistem Bas & MRT untuk Lembah Klang

BAH. 1 = Sistem Bas saja untuk KL? Giler!

Untuk warga KL macam saya dulu, Jalan P.Ramlee tu ialah satu jalan yang kecil tapi begitu penting.
Bayangkan - sebahagian daripada jalan itu ditutup selama 1-2tahun dulu!
Hancuq trafik jam teruk satu KL, walhal kecik je jalan tu = sebelah headquarters BSN.

Nak balik kerja dulu, gerenti sangkut sejam! Saya kerja di tengah bandar KL dan menetap di Setiawangsa = 8km. Kadang sangkut tak bergerak 15minit. Nasib baik ada Amy Mastura dan Siti dalam kereta dengan saya. Juga Abba dan Olivia Newton-John.

Pagi masuk kerja tak teruk sangat sebab saya masuk 0800 pagi. Ini kerana sebagai wartawan pasaran kewangan, pasaran saham, money market, dibuka 0900, jadi kena masuk pagi lagi.
Saya pernah cerita dulu siksa bila naik BMW gi kerja - Bas Mini Wilayah.

TAPI itulah pembangunan namanya.
Mahathir masa tu sedang membina projek KLCC. Dan korek sana sini bawah tanah untuk LRT.
Dan kerana kawasan Jalan Perak (dekat Dataran Merdeka) pun nak dibuat tiang-tiang MRT, maka kat situ pun kerap jam teruk yang merebak satu bandar.
(Nasib baik masa tu belum zaman demo lagi!).


Saya tulis ni bukan apa. Rasa sedih apabila membaca laporan demi laporan di website pro-pembangkang Malaysiakini dan Insider tentang KL akan jam teruk, rakyat akan sengsara. Nak naikkan kemarahan orang tak kena tempat.

SEKARANG kita semua dah dapat kecap projek yang jam-kan satu bandar tu selama 4tahun (Sebahagian Jalan P.Ramlee di tutup 1-2tahun, tapi projek KLCC tu lama sungguh).
Jika kita takut jam kat bandar tu, kita naik LRT masuk kerja = yang merah-biru dari Gombak, atau yang kuning dari Sentul.
Atau naik Monorail, KTM Komuter, dan apa nama - itu rail ke airport.
Memang tak perfect ler, sebab inter-connectivity kurang.
Dan memang betul banyak projek ni kroni yang untung. Dah nak bangkrap, duit rakyat kena bailout mereka!

Tapi jika nak argue tentang CARA projek diagihkan, saya setuju.Agar kerajaan lebih nak dengar keluhan rakyat.
Tapi bukanlah komplen kita semua akan jadi susah dan tak boleh terima jika hidup kita sengsara, jam tempat kita teruk 2-4tahun kerana projek kerajaan ni.

DAN satu lagi. Ada pulak kumpulan yg sarankan Jangan Buat MRT. Cukup buat Sistem Naik Bas.
Kita hanya perlu adakan Lorong Khas untuk bas, dah cukup. Tak 'yah buang duit bina MRT. Eh eh!
Mamat ni dari kampung kat ceruk mana saya tak tahu.
Banyak tempat di KL = misalnya Jalan Ampang di tempat saya = hanya ada DUA LORONG masuk KL, DUA LORONG keluar KL.
Jika kamu gunakan satu lorong utk bas = maknanya dua daripada empat lorong = kereta nak jalan mana brader?
Di highway pun, baik PLUS, LDP, Duke, Silk dan sebagainya, ada tiga lorong untuk satu hala. Jika kamu tutup satu lorong saja pun, masalah besar.

KAMU lihat saja Jakarta di. Ada sistem BUSWAY. Satu lorong digunakan khas untuk bas. Mamat yang bijak ni kita hantar ke sana, bagus.
Kasi depa duduk sana seminggu, lihat sendiri sistem tu ok atau hancuq. Interview ler orang yg tunggu bas kat Jakarta tu.
Saya cover Indonesia sebagai tugas saya. Dah kerap nah baca komplen orang tentang sistem Busway ni.
Jakarta pula satu-satunya bandar besar yang tak ada sistem LRT,MRT,Monorail. Mereka cuma ada tren macam KTM (bukan yang KTM Komuter pun). Hancuq beb.

DI negara mana pun, yang boleh berjaya ialah sistem bercampur = MRT, LRT dan bas.
Kita mamat Sentul atau Cheras, Gombak atau Ampang kini mujur ada LRT.
TOLONGlah jangan komplen sangat tentang sengsara 3-4 tahun. Ini untuk kebaikan negara.

---------------------------------
BAH. 2 = Persoalkan kos projek, OK.

Saya tak syiok nak bual cerita politik Maysia ni, tapi ini cerita pengangkutan.
Sebab ramai dah komplen tentang cara MRT Sungai Buloh-Kajang tu nak di'push' oleh kerajaan.

Cerita politiknya - saya teka sebagai ramai orang tentu dah teka pun -
1) PM Najib nak cepat-cepat jalankan projek besar-besaran. Agar ekonomi tumbuh besar, tauke dapat kontrak besar, rakyat dapat pekerjaan gaji besar. Sebagai project manager, engineer, kontraktor pasang wayar pun.
Juga untung makcik yg jual nasi lemak kat tepi jalan untuk pekerja kontrak; mahupun wartawan, drebar teksi, office boy, lawyer yang tidak secara langsung akan dapat tempias dari mega-project.
2) Jika banyak projek mega berjalan, rakyat akan sibuk semacam zaman Mahathir dulu - sibuk nak buat duit, tukar kerja gaji besar sikit, beli kereta,rumah baru, holiday luar negara.
Setiap mega projek merancak ekonomi, dan semua orang dapat rasa.
Projek melimpah, duit berlambak, tak kisah lagi bangsa apa pun kita, tak akan ada masa nak gaduh atau demo.

Itu yang baiknya.

Yang kurang manis ialah CARA projek diagihkan - baik MRT, pembesaran airport KLIA (nak tambah ruang untuk AirAsia), projek convention centre di Sri Hartamas, HQ baru Felda di sisi KLCC, Islamic Financial Centre dekat Pasarakyat KL, pembangunan Sungai Buloh dari ladang getah, airport Sungei Besi dan itu dan ini. Pergh!
Mana orang tak jeles.
Berbilion akan keluar, 'satu habuk pun kita tak dapat'.
Dan cara pemberian projek tanpa tender boleh dipersoalkan.
Tanyalah dengan cara baik dan dengan selidik dulu. Bukan tuduh tanpa bukti macam ada yang persoalkan isu membeli bot patrol, lepas tu kena soal balik tak tahu jawab.

SAYA bukan sokong atau tak sokong mana pihak.
Tapi kadang-kadang khuatir sebab banyak sangat isu dibuihkan di Maysia tanpa fikir panjang.

Monday, January 31, 2011

Mesir - Masuk pula rating agencies. Lemah

Demo merebak ke Sudan, itu mungkin tak memeranjatkan.
Tapi hingga ke Russia beb! Juga sini.
Itulah yg berlaku jika rakyat lapar, tak ada pekerjaan, harga barang naik dan rejim jahat dan merampok.

Baik pemerintah Singapoora atau Malaizia, kita harap terus jaga hati rakyat seperti yg sedang dilakukan.



-------------------------------------------------
POSTING AWAL

'They are always moody, and their standards are poor' - Lebih kurang gitulah yang dikatakan oleh Dr M pada 1998. Marah beliau masa tu.

Ini berlaku apabila sedang Malaysia kocar-kacir dengan Reformasi jalanan, rating agencies masuk dan menurunkan kedudukan bond negara.
Apahal? Dan siapa mamat Rating Agencies ni? Powderful betoi mereka?!


Kita balik ke cerita bond. Sebab rating agency Moody's baru turunkan investment grade untuk Egypt, menambah masalah kepada negara Arab terbesar.
Rating agency Fitch pun dah turunkan grade.
Masalah besar tu untuk negara Firaun Mubarak - yang panggil Mubarak "Firaun moden" bukan saya, tapi komentari analyst di CNN semalam.

Apa itu bond - saya ngobrol sikit di sini baru-baru ini.
Ia macam kita pinjam duit, dan hutang kita ditulis di 'Buku 555' oleh peminjam. Kita janji bayar duit bunga setiap bulan (atau tiga bulan, atau setahun sekali) untuk beberapa tahun, sebelum membayar penuh duit hutang itu.
Braders: seperti biasa. Ini tulisan wartawan, bukan CEO CIMB Bank. Jadi pastinya ada yang tak tepat. Tapi jika bos CIMB yang tulis ni, saya gerenti boring, sebab saya lebih pandai menulis. Phwee-weet.

Yang saya nak tambah di sini ialah peranan Rating Agencies dalam dunia
kewangan.
Apabila sebuah negara atau syarikat nak keluarkan bond - iaitu nak meminjam wang berjuta - secara ringkas, ia akan memanggil dan membayar rating agency untuk check semua buku akaun dan perniagaannya.
Misalnya, negara Malaysia atau Petronas sebelum keluarkan bond.

Ini kerana orang yang membeli bond itu, para pelabur, nak tahu sama ada negara atau syarikat itu boleh membayar mereka duit bunga (coupon rate) dan di hujung tempoh meminjam itu, akan mampu bayar duit principal.

Jika Zimbabwe nak pinjam wang RM1bilion dan Remgold Nasi Lemak Sdn Bhd nak pinjam RM100juta dengan keluarkan bond, misalnya, anda berani beli tak?
Tentu anda kata lebih selamat aku beli bond RM1bilion yang dikeluarkan oleh kerajaan Putrajaya atau bond RM100juta oleh Petronas.


Nak pastikan pelaburan kita selamat, maka negara dan syarikat itu panggil rating agency untuk confirm ianya selamat.
Mereka akan datang ke pejabat Bank Negara dan Prime Minister's Office - tak tahu sempat singgah kat FLOM Dept atau tidak - dan Economic Planning Unit, misalnya.
Dan tanya macam-macam: Apa pendapatan Malaysia yang buat kamu kata boleh bayar duit bunga ni? Buka buku akaun kamu. Mana receipt ini dan itu? Tunjuk berapa kamu collect taxes, berapa kamu dapat dari sewakan bangunan-bangunan kerajaan, etc. Berapa ramai pegawai gaji pegawai kamu - sebab jika bayar gaji besar, takut tak mampu nak bayar pembeli bond.
Jika ke pejabat Petronas pun soalan ditanya - tunjuk apa pendapatan sebulan kamu, betul ke nih? Berapa dapat dari sewa mall kat bawah kaki Twin Towers tu? Berapa gaji pekerja kamu bayar sebulan? Projek korek gas di Sudan tu modalnya tinggi, bila nak dapat untung?

Setelah puas hati, mereka akan keluarkan laporan.
Bond Malaysia (misalnya): Grade Aaa.
Bond Zimbabwe: Grade Caa3.
Bond Petronas: Grade AA-.
Bond Remgold Nasi Lemak: Grade DDD. Yang paling rendah! Kesian aku.
(ini secara ringkas ler. Nanti kasi detail, tak habis cerita beb).

Apa makna grade-grade ini?
Dalam pasaran kewangan ada tiga rating agency utama: Standard & Poor's, Moodys dan Fitch.
Grade mereka berbeza - lihat sini - scroll ke bawah dan lihat kotak warna-warni tu.

(Kenapa rating diberi nama grade lain2? Biasalah tu - kereta saiz dan bentuk lebih kurang sama pun ada nama seperti Toyota Camry, Honda Accord dan Proton Perdana. Syarikat ikut suka hati nak namakan apa saja rating mereka).

Yang dipanggil (lihat kotak warna warni) - 'Non-investment grade, Speculative' - itulah Junk Bond.
Maknanya, kamu boleh beli bond RM100juta Remgold Nasi Lemak, tapi kami dah beritahu kamu 'ini junk bonds'.
Maksudnya, Remgold kena bayar duit bunga yang tinggi kepada pelabur, jika tidak orang tak akan membeli bond itu. Tapi ada risiko tinggi.
Misalnya jika Petronas janji coupon rate 5 peratus setahun untuk pinjaman RM100juta, Remgold Nasi Lemak kena janjikan mungkin 10 peratus. Jika tidak tak akan ada pelabur nak kasi pinjam duit.

Misalan kedua: Jika saya kata nak membuat resort dan hotel besar di tepi pantai di Kota Baru. Bond itu mungkin jadi junk bond, berbanding jika syarikat saya nak bina resort dan hotel di tepi pantai Penang.

Sebabnya, jauh KB ni dari tempat tourist biasa. Mungkin projek akan gagal. Nanti nak mandi kena pakai tudung utk pompuan dan seluar panjang utk lelaki.

Tapi projek yang sama di Penang, sebab tempat tu dah terkenal sebagai pulau peranginan, ada harapan besar akan maju.
Jadi bond Remgold Kota Baru Resort Sdn Bhd - dapat grade Ba1 atau Ca.
Bond Remgold Penang Resort Sdn Bhd - dapat grade A3 atau A-, mungkin.




EH, kata anda! Mereka dibayar oleh kerajaan Malaysia dan Petronas - jangan-jangan mereka tipu tak? Mereka sengaja kasi grade tinggi!
Mereka tak berani, beb, sebab jika mereka tipu - misalnya Remgold Nasi Lemak diberi Grade Aaa - nama rating agency ini akan busuk.
Dan negara atau syarikat yang suruh agency itu berbohong pun akan dibenci selama-lamanya. Jika pelabur dah beli bond kamu, tapi rupanya kamu tak mampu nak bayar coupon rate tu dan wang principal, sampai kiamat pun orang tak akan percaya negara itu, syarikat itu dan rating agency itu.

Jadi itulah yang Dr M marah pada 1998, apabila semasa Reformasi rancak, Moody's dan S&P (Standard & Poor's) menurunkan investment grade Malaysia.
Bila ditanya wartawan, jawapannya yang saya tulis di atas.

Dengan turunnya investment grade anda, maka kena bayar duit bunga yang tinggi jika nak pinjam duit. Dan tak ramai orang akan nak masuk beli saham atau melabur yang lain dalam negara anda (membeli property atau bina factory) sebab negara kamu dah tak sestabil dulu.
Maknanya, jika krisis Egypt ni terus menerus tanpa kesudahan, akan merosakkan kedudukan pelaburannya di mata pelabur asing.
Kini pun orang dah banyak keluarkan wang dari negara itu. Kasihan rakyat mereka.

Monday, January 24, 2011

Sejarah China... RISING! Bah. 2/2

....SAMBUNGAN.... dari ngobrol lepas tentang kebangkitan China.

SEBELUM itu baik saya kata dulu: Maaf tuan-puan, saya bukan penganalisa atau akademik dalam isu ini dan banyak isu lain yang dicerita dalam blog saya. Kita bual kosong saja ya, 'ngobrol' kata Wak jawa, jadi tentunya banyak yang silap. Harap betulkan.


DALAM sejarahnya beribu tahun, India tak cuba menyerang atau conquer negara di luarnya (tak termasuk Pakistan dan Bangladesh - yang memang dulu sebahagian daripada India).
Mamat-mamak nenek moyang saya ni sibuk gaduh sama sendiri.

Tapi sejarah China lain.
Dia pernah dua kali hantar beratus kapal perang nak serang Jepun.
Dalam dinasti Yuan, orang Mongol kuasai China dan Kublai Khan hantar kapal perang dua kali - tahun 1274 dan 1281.
Nasib baik bagi Jepun, kedua-dua kali itu kapal semua kena typhoon dan banyak tenggelam dan yang lain calibut lari.
Bagi Jepun, angin kencang itu dipanggil divine wind atau kamikaze.

China juga pernah menelan utara Vietnam, utara Myanmar, selatan Russia, dan seluruh Korea dalam sejarah 5,000 tahun.
Dan kini ia menelan Inner Mongolia, dan juga Tibet (sehingga memaksa 'raja' mereka Dalai Lama lari ke India hingga hari ini.
China melalui Admiral Zheng He (Cheng Ho) pernah sampai ke Melaka dan negara tepi laut lain, dan minta tribute dari tempat-tempat ini - kalau tidak, takut kena serang. Cuma mereka guna diplomasi cara baik, bukan ugutan.

Dan hari ini, seperti saya pernah ngobrol, China yang sedang naik ekonomi dan kekuatan militernya sedang cucuk India di Arunachal Pradesh state dan di Jammu dan Kashmir. Cerita dan peta di sini dan di sini.
Dan kita semua tahu, China terus bertegang urat dengan Vietnam berebut Paracel islands, dan dengan Filipina, Malaysia, Vietnam dan lain berebut Spratlys islands. Lihat Peta.

Kerana sejarah China inilah, sebagai expansionist country, atau imperialist country - negara yang suka berkembang dengan ngap orang lain - maka Amerika, India dan yang lain agak cemas dengan kebangkitan ekonomi dan militernya.


DULU Amerika licik apabila Presiden Gorbachev naik di Soviet Union.
Mereka pastikan Soviet berpecah dan berkecai - sehingga jadi Russia dan berbelas negara kecil seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Tajikistan dan Gohead-gostan.

KINI Amerika takut kerana tak tahu bagaimana nak sekat kemaraan China. Dulu ekonomi Amerika kuat jadi boleh kemekkan Soviet.
Kini ekonominya sendiri dah masuk longkang, sedangkan China sedang pesat membangun.
Malah negara terbesar yang membeli bond (hutang-piutang) Amerika ialah China! Kahkahkah.
Lihat table ini. Singapork dan Malaysia pun ada beli bond US. Mereka panggil Treasury Securities, T-bills atau T-bond.

---------------------------------------

LARI TOPIK KEJAP: 
Apa itu Bond?
Apabila syarikat atau negara nak pinjam wang, mereka boleh ke bank dan ambil pinjaman, macam kita ambil loan beli kereta.
Tapi ada satu lagi cara meminjam wang - dengan suruh pelabur membeli bond kita. Kita keluarkan kertas cantik di mana ditulis: Kamu beli kertas ini dengan harga US$1 juta. Kami, negara Amerika, janji akan bayar kamu 7-5/8 peratus bunga, misalnya, setiap tahun hingga tahun 20xx.
Lihat Gambar.
Jadi janganlah takut bila orang sebut bond, treasury bills, debt market instruments, atau fixed income securities. Permainan yang bijak, akhirnya ada yg hancurkan dunia pada 2008 apabila housing debt instruments mereka merobohkan pasaran kewangan.

Kalau kita orang biasa, kita panggil Buku Tiga-Lima.
Kamu pinjam duit Ahmad $1,000, maka dia tulis dalam 'Buku 555' bahawa kamu janji bayar RM50 sebulan hingga tahun 20xx.
Cuma kertas bond ni cantik ler.
Ini belum masuk bab muni bonds, sovereign debt, junk bonds, samurai bonds, T-notes, yankee bonds, coupon rates. Tapi benda tu jugak beb. Percayalah, jika diexplain lima minit kamu akan faham.
Ini permainan orang atas yg boleh menipu kita orang kampung yg tak belajar maths.

---------------------------------------

China ini banyak pegang hutang-piutang Amerika. Jadi jika Amerika bising-bising nak tekan mereka, takut pula Beijing JUAL bond ni banyak-banyak di pasaran dunia. Boleh jadi problem terhadap Uncle Sam. Boleh ranap ekonomi Amerika.

Dan kini, kerana nak kuatkan ekonomi Amerika, bank pusatnya Federal Reserve, dah cetak wang banyak-banyak hingga dolar Amerika jatuh teruk.
Sedangkan matawang China, Yuan atau juga dipanggil Renminbi, semakin kuat.
Begitu kuat matawang China sehingga ada nama jolokan baru untuk bond China - baru saya terbaca malam ini - dim-sum bonds.

Apabila negara atau syarikat keluarkan bonds dalam American dollars, ia dipanggil Yankee Bonds.
Jika bond dalam matawang Jepun (Yen), ia dipanggil Samurai Bonds.
Yang dalam Chinese yuan pula dapat gelaran baru, Dim-Sum Bonds.

Petronas selalunya jual bonds dalam matawang Amerika. Tapi esok jika Petronas jual bonds dalam ringgit Malaysia, kita akan panggil dia Belacan Bonds.
Singapork jika jual dalam Singdollar, kita akan panggil Bakkwa Bonds, ok tak?



DENGAN kenaikan ekonomi China ni, saya pasti tak lama lagi mereka akan jadi Superpower Kedua, setelah lesapnya Soviet dulu.
Saya dah mention sebelum ini, China dah ada satu aircraft carrier.
Mereka mengejutkan ramai orang bila ada stealth submarine (ada yang kata ini cerita dongeng. Saya bukan penganalisis pertahanan. Tak tahu ler, cuma pickup berita ini).
Dan baru dua-tiga minggu ni, heboh satu dunia dengan stealth jetfighter China. Gambar.
Teknologi stealth ni bermakna, radar kamu tak dapat kesan mereka. Tiba-tiba kaboom! Kamu dah kena serang!



PENGHUJUNG CERITA

SAYA bukan nak apa cerita panjang-panjang tentang China ni.
Saya dah jemu dengan gelagat Amerika dan medianya.

Mereka pergunakan umat M ni - nak minyak murah lalu mereka sokong rejim-rejim zalim yang begitu banyak di negara Arab, agar rakyat kena tekan. Dan mereka dapat pam minyak dan gas dengan murah tanpa banyak soalan dari rakyat.
Lepas tu bila Osama dan geng mengamuk dan serang mereka, mereka salahkan Saudi kerana sekat rakyat dan bawa Islam yang sempit. Hello. Mereka jadi gitu sebab kamu yang backing rejim Arab sedemikian.

Di Iran pun dulu sehingga lahir Ayatollah Khomeini dan hingga hari ini ada Presiden Ahmedinijad yang mereka benci.
Iran jadi gitu sebab dulu kamu sokong Shah Iran yang bunuh rakyat agar kamu dapat minyak dengan murah, bahalol.

Di Afghanistan dulu, mereka tak dapat kalahkan Soviet yang masuk Afghanistan.
Lalu mereka sokong Taliban di Pakistan dan gunakan madrasah-madrasah dan ulama fahaman extreme untuk lawan Soviet. Makin extreme ajarannya makin bagus sebab tak takut mati lawan komunis Soviet.
Amerika bekalkan senjata termasuk Stinger missile.

Anda nak tahu detail tapi malas nak baca buku atau Internet? Ada movie beb yang kasi detail ni - starring Tom Hanks dan Julia Roberts - Charlie Wilson's War.
Hanks sebagai Senator Charlie Wilson yang masuk ke Paki dan Afghanistan, dan beri wang dan senjata berbilion!
Bila Soviet dah lari, mereka tak ambil senjata kembali. Taliban berkuasa menggila di Afghanistan dan madrasah ilmu-sempit merebak di Pakistan.
Mereka komplot serang kamu.
Eh! Kamu salahkan umat M lagi - kenapa extreme agama kamu ni?
Kenapa tak kurangkan sifat keIslaman kamu, kata Kuan Yew.
Kan kamu dulu yang ajar Taliban dan madrasah berfikiran begini agar benci sakan dengan Soviet?!?!



Di Iraq, mereka juga yang buat Sunni, Syiah berbunuh teruk hingga hari ini, selepas rakan mereka Saddam Hussein mampos.
Dulu mereka sokong Saddam agar dapat kalahkan Khomeini di Iran. Yang beri teknologi sarin gas tu siapa? Amerika beb.
Agar Saddam dapat kasi gas beracun kepada bala tentera Iran!

Isu Palestine pun sama. Mereka dodoikan kita dengan lagu enak, sedangkan sokong penuh dengan Yahudi.

JADI pada saya, baik kita sokong China ni naik jadi Superpower Kedua.
Biar ada balance of power macam dulu dengan Soviet.
Kamu tak sokong kami? OK, kami lari ke China.
Kamu tak mahu jual senjata? OK, China nak jual.
Kamu tak sokong kami di United Nations, tak apa China boleh sokong.

MALUlah umat M ni minta sedekah macam ni.
Tapi nak buat apa?
Pemimpin kita sibuk nak debat. Nak habiskan wang. Gaduh benda remeh dalam DUN dan Parlimen.

Sehingga kita mampu buat senjata stealth sendiri, cipta Algos dan Stuxnet sendiri, kita terus merempat ler.
Jadi buih di laut.

Monday, November 8, 2010

Kita kongsi kuasa nuklear di Asean (?) - Bah.2/2

Ini cerita bahagian 2. Ngobrol Bah.1 di sini.
(Maaf, ada masalah teknikal di margin. Saya copy and paste dari gmail, tak tahu bagaimana nak delete 'line grey' kat tepi tu).


DISADVANTAGES
Sebelum masuk bab hendak buat loji di mana, kita kena tanya sama ada teknologi nuklear ni ada masalah.
Kita semua pernah dengar nuclear leaks di Three Mile Island (di Pennsylvania, tak jauh dari New York) dan di Chernobyl (Ukraine, dulu sebahagian daripada USSR).

Siapa ingat movie The China Syndrome (Jane Fonda, Michael Douglas)? Seram juga nonton movie tu.  
Loji atomik ni bila ada problem, bahaya betul. Dia bukan macam loji najis atau loji air atau rumah berhantu. Jika ada problem, kita tutup, tinggalkan gitu saja.
Ia boleh membawa masalah kepada satu dunia akibat bahan radioaktif.
  
Masalah lagi satu berkaitan teknologi nuke telahpun dilahirkan oleh Dr M baru-baru ini.
Kata beliau, jika loji berjalan lancar pun, uranium yang telah 'habis dipakai' akan jadi radioaktif, kat mana kamu nak buang? 
OK, katalah kita setuju tanam di dalam tanah sedalam 10km. Tapi jika saya tanam dekat kawasan rumah kamu boleh tak?
Akan meletup orang marah!
Sikap ini namanya NIMBY - Not In My BackYard.

Kamu nak buat loji apa pun, bagus!

Nak buat highway, bagus!

Nak buat projek perumahan baru, bagus!
Nak buat tempat sembahyang (masjid,kuil,gereja) pun bagus!

Tapi NIMBY! Not in my bloody back-yard! NIMBBY!
Betul kata alunbm dan ejalz (baca Comments 1 dan 2 di bawah posting pertama isu nuke ini): Jika nak sangat, buat loji nuke ni kat Putrajaya, kat back-yard orang yang akan kaut untung buat mega-projek begini. 
Sedangkan sikap poor maintenance membuat ramai orang takut ibunegara Malaysia jadi Chernobyljaya.
Dan kerana Singapork kecik sangat, bila ada masalah kelak, jadi Chernobylpura.
 Disposal of nuclear waste is a huge problem, even if the plant works well.
Di US, negara mereka besar. Ada padang pasir yang beratus kali lebih luas dari Malaysia, jadi boleh di tanam di dalam gunung di tengah padang pasir tu.
Di Singapore, kamu nak tanam kat mana? Kat Jurong?
Di Malaysia, nak tanam di hujung Sabah? Dalam hutan Pahang?

NIMBBY!!!
TERIMA KASIH: Jurutera Nuklear Melayu kerana memberitahu bahawa Malaysia sebenarnya dah lama ada nuke power. Cuma saya masih curious macam mana atomic waste ni dibuang. Dan power yang dijana tu digunakan utk apa ya?

BALIK CERITA ASAL
Kerana sikap NIMBBY dan payah nak buang nuke waste ni, dalam pandangan peribadi hamba, mungkin ada baiknya jika Asean ni berkongsi nuke power.
Ini tulisan dan pandangan peribadi. Jangan pula kamu sangka Temasek atau pemerintah Singapork suruh pak chic tua ni tulis pulak.
Saya teringat perkongsian tenaga nuke ni bila terbaca Indonesia nak buat DUA loji nuke di tepi Pulau Sumatra.
Bukan di sebelah yang menghadap Indian Ocean - yang kerap kena gempa dan tsunami.
Tapi di bawah Pulau Batam dan Bintan, dan di sisi Kalimantan.

Di sini, seperti Singapore, Batam dan Bintan, tak kena gempa dan tsunami.
Lihat PETA di atas. Pulau hijau yang ada dot merah tu.
PULAU BANGKA

Nama pulau yang disarankan ada dua loji nuke itu ialah Pulau Bangka.
Saiz pulau saja, 16 kali sebesar Singapork (Temasek 710 sq km, Bangka 11,900 sq km menurut wiki). 
Bangka kecil sedikit dari Johor (19,000 sq km kata wiki). Dua kali lebih besar dari Melaka.
Di Indonesia ada 33 propinsi/province (kata omMalaysia 'negeri').
Bersama Pulau Belitung di sebelahnya, ialah pulau Belitung - yang kecik sikit tu = tapi lebih besar dari Singapork (atau Perlis)!
Bangka-Belitung ialah salah satu dari 33 propinsi.
Wak Jawa suka short form, jadi mereka panggil Propinsi Bangka-Belitung ni, Babel. Di peta atas tu, kamu boleh nampak dotted lines yang tunjuk 33 propinsi negara 17,000 pulau ni (5,000 pulau ada manusia, yang lainnya kosong). 
Ia sebahagian daripada apa yang kita panggil Kepulauan Riau, termasuk Singapork.

Ini cerita Jakarta Globe tentang rancangan nak bina dua loji tu juga. Di sini pun.
Yang pasti Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pernah berkata beliau tidak akan membina loji di zaman beliau presiden.
Tapi selepas beliau, siapa tahu? Apalagi jika harga minyak dan gas terus naik dan naik.
Pulau Bangka diidentify - setelah mereka menolak tempat lain seperti di Banten atau Muria di Pulau Jawa; atau di Kalimantan.
PETA bawah: Close-up Bangka dan Belitung. Bandar paling besar yang dekat ialah Palembang di Sumatra. 

CERITA akhbar tu tak kata kenapa Bangka dipilih selain daripada tak ada gunung berapi, tsunami, gempa.
Jika kamu teliti PETA ATAS tentunya nampak sebab lain yang sama penting:
Pulau Jawa ialah pulau paling penuh manusia - termasuk dua bandar terbesar di negara 240juta orang itu, Jakarta dan Bandung. Jadi tentunya Jawa akan terus perlukan letrik.
Jika dua atomic plant ni dibina di Bangka, senang nak salurkan letrik yang dijana ke Sumatra (underwater cables).
Lepas tu buat lagi underwater cables dari Sumatra (past Gunung Anak Krakatoa), sambung wayar letrik Jawa. 

Memang orang Babel tentu akan kata NIMBY - Not In My Back-Yard.
Tapi tak ramai penduduk di Bangka: 620,000 orang. Mereka tak perlu pindah pun = senang saya cakap! Tapi maksudnya, lebih mudah nak pujuk 620,000 orang daripada 100 juta yang kat jawa tu bahawa pulau mereka yang selalu kena gempa dan gunung berapi akan ada dua loji nuke.

Di Jawa, takut kena gempa atau gunung berapi.
Nak dibina Kalimantan - lihat PETA atas, jauh sangat nak buat underwater cables ke Jawa - di mana permintaan letrik tertinggi.

Sama juga jika nak buat loji di Papua, Celebes/Maluku - ongkos mahal kerana kena pasang underwater cables yang jauh.
Jadi itu mungkin sebabnya Bangka dipilih (ini tekaan saya).


AHEM, brader.
Kalaulah Asean bersatu padu, setelah wayar letrik tu masuk ke Sumatra, sambung terus ke UTARA Sumatra juga? Dah dekat Singapork (atau mungkin dekat Batam), masuk ke pulau Temasek.
Dan dah masuk Singapore, sambung ke electricity grid Malaysia di JB?
Jika disetujui, tentunya loji Bangka kena lebih besar, dan kena bayar berbilion kepada Indonesia. Letrik tu DIBELI pun OK, jika tak dapat berkongsi secara joint venture.
JV lebih baik kerana jika tiga negara berkongsi maklumat dan kewangan, projek akan lebih baik lagi.
Malah, boleh sambung ke electricity grid Thailand dan negara lain di utara.

Itu semua angan-angan saya saja. Tapi dreams can come true.
Electricity shortages in the future can be overcome with clean technology (except for the disposal of nuclear wastage), which is quite cheap.

----------------------------------------------

PM Lee Hsien Loong minggu lalu:

"It's very difficult to put it (a nuclear power plant) very far from population because nobody in Singapore is far from population.
"Yet we cannot afford to dismiss the option of nuclear energy altogether."

----------------------------------------------
AKHIR KALAM

SAYA pasti perkongsian tenaga ni TIDAK AKAN berlaku. Sebab orang politik gitulah caranya.
Tapi kerana saya nak buat theory kita ke tahap berbak-baik yang melangit, dapat juga saya luahkan ngobrol tentang isu atomic power dan kenapa semakin banyak negara di dunia berfikir nak "go nuclear" ni.
Menjana kuasa cara lain nampak cantik, tapi tak praktikal untuk kebanyakan negara.



 

Saturday, November 6, 2010

Apa kata kita kongsi kuasa nuklear di Asean (?)

NOTA: Untuk mereka yg dah baca posting ini Sabtu - semalam baru tambah lagi dua benda kat bawah tu - Geothermal dan Biomass.
Panjang cerita. Sebab syiok sendiri.

-------------------------------------------
Minggu lalu, terkejut saya apabila terbaca bahawa Indonesia nak membina loji nuklear (nuclear plant) di sebuah pulau dekat dengan Singapoora.
Bukan satu, tapi DUA loji nak dibina di pulau yang hanya sejam dari Singapore jika kamu naik pesawat - pulau tu terletak halfway antara Singapore dan Jakarta. Cerita lanjut di bawah nanti.

Sebelum tu, saya cerita dulu bab penjanaan kuasa ni.
Di Asean, negara-negara ini dah kata sedang mengkaji atau hendak membina loji nuklear:
- Indonesia
- Malaysia
-Singapore
- Vietnam.
Satu advantage besar nuklear ialah harga letrik lebih murah, walau harga kos binaan lebih tinggi berbanding yang lain.

ADVANTAGES

- NUCLEAR. Membina nuclear reactor memanglah bagus: ia tak merosakkan alam sekitar seperti ampangan - baik Bakun Dam mahupun Three Gorges Dam di China, di mana puluh ribuan manusia kena halau, tanah nenek moyang puluhan ribu hektar tenggelam. Binatang kena pindah, tanaman semua mati.
Apabila saya dibawa mengunjungi kawasan Bakun Dam ini pada 2004 (bukan 2005 dalam cerita tu), mak oi. Habis semua pokok kat situ kena tebang, tanah dan gunung kena korek dan toreh, air sungai dah jadi warna teh tarik. Itulah kemajuan, apa nak buat.

- FUEL/GAS/COAL POWER PLANTS. Begitu juga rancangan gunakan loji penjana kuasa = power plants, yang gunakan minyak atau arang batu/coal.
Loji begini mengeluarkan asap yang merosakkan alam sekitar, dan harga minyak dan arang ni naik-turun tak menentu. Begitu juga jika gas digunakan, takut harganya terus naik.

- WIND TURBINES. Ada negara pula pasang kipas besar-besar di atas gunung, atau tepi laut atau dalam laut.
Apabila angin tiup, kipas berputar dan energy is created. Kuasa ini digunakan jadi kuasa letrik. Lihat GAMBAR - bot tu kecil saja berbanding kipas. Maknanya setiap kipas tu setinggi bangunan 10-20 tingkat.
Saya pernah nonton di TV pekerja buat maintenance kipas besar ni di tepi padang pasir di Amerika. Tinggi sungguh mamat mentenan ni kena panjat nak naik ke blade kipas! Dia masuk ke dalam mesin kipas, nak check wiring putus, ada burung mati kat dalam, letak minyak hitam.
Tapi, Singapore dah pun buat research dan mendapati bahawa kerana pulau ini kecik, kat mana nak pasang kipas besar2 beb?
Jika kami pasang kat Selat Johor, nanti Syed Hamid dan Nurjazlan marah. Nak sedut pasir dari Johor.
Jika pasang menghadap Sumatra, nanti Indonesia kata kurang ajar - nak tiup balik asap jerebu ke Sumatra. Nak pasang ke selatan, takut kapal tak ada lorong nak lalu.
Lagipun kawasan kita ni tak banyak angin (yang banyak, hot air orang politik. agaknya jika kita letak kipas2 ni kat luar parllimen spork dan msia, berligat laju!).
Saya percaya di Malaysia pun payah nak cari tiupan angin kencang yang boleh dijanakuasakan.

Oleh itu, nampaknya, kena juga pasang loji nuklear....
Tapi di mana....?
BERSAMBUNG

------------------------------------------
Eh! Tunggu dulu (tersedak Mak Limah yg sedang minum latte kat Coffee Bean tu! Beliau nak 'act' gunakan iPad baca blog ni kat depan orang ramai).

Sebenarnya ada lagi beberapa cara nak menjana kuasa untuk kegunaan letrik.

- SOLAR POWER. Gunakan kuasa mentari. Pasang cermin banyak-banyak. Panas cahaya tu boleh dikumpulkan dan diconvert jadi kuasa letrik. Saya pernah tulis di sini, semasa saya terbang dari Dallas ke Tucson dulu - beratus-ratus batu semua padang pasir dan gurun batu antara dua tempat tu. Siapa yang pernah nonton Top Gun (Tom Cruise) boleh lihat tempat fighter jet mereka training - kat situlah tempatnya.
Dengan keluasan ini, mereka boleh letak kipas2 besar ni atas gunung - ada saya nampak dan petik gambar - tapi nampak nun jauh.
Dan mereka boleh letak cermin solar power ni kat situ.

Singapork nak letak solar power panel kat mana? Orchard Road?
Malaysia? Kamu letak kat hutan Perak, terbakar semuanya nanti sebab panas.
Dan kuasa solar ni tak berapa 'power' berbanding loji nuklear atau loji penjana kuasa minyak-gas-arang.

- TIDAL POWER - ah ini pun problem. Lihat gambar ni = jika ada kuasa ombak laut yang kuat, boleh pasang kipas bawah laut collect power. Mesin ombak (GAMBAR).

Tapi, sekali lagi, mana nak pasang ni?
Kat Selat Melaka, gerenti kena langgar kapal minyak.
Nak pasang kat Laut China Selatan - depan Kelantan atau Terengganu, ombak tak kuat sangat dan air cetek.
Tak seperti North Sea di Scotland = ada ombak kuat, angin kuat!
Atau letak tepi Atlantic dan Pacific Oceans (untuk Amerika).
Nak letak kat depan Sabah dan Sarawak pula, PakLah dah beri kawasan laut tu pada Brunei.
Dan lagi, memang tak kuat ombak.
Maksud saya ialah, jika nak jana beribu watt nak kuasakan bandar KL - kenalah mesin ombak yang banyak! Kalau pasang satu dua, nak cahayakan Keramat atau Bandar Utama pun tak boleh.


Sama seperti nak pasang Solar Panels tu - jika hanya boleh pasang 1-2 km panjang panel ni kerana tak ada tanah, tak cukup nak digunakan untuk power up industri dan bandar-bandar, buang masa saja beb.
Cuma pada saya, ada satu advantage besar pasang Solar Energy ni - mungkin setiap bandar kecil boleh pasang 1-2 km solar panels, untuk kegunaan mereka saja.
Kawasan perumahan pula pasang kat bumbung mereka untuk kegunaan tempat itu saja.
Lepas tu mall cuma pasang kat flat roof mereka, untuk kegunaan mereka saja.
Masalahnya: jika semua pasang kat bumbung, panas tempat kita!

- WATER POWER = DAMS. Ini semua dah tahu dah, selepas lihat Bakun.

---------------------------------------------
Terima kaseyyyy Q, tambah lagi dua:

- GEOTHERMAL - Ulang semula dulu: Yang kita lagi bincang ialah isu bagaimana nak terus ada penjanaan kuasa di masa depan dengan cara -
a) Termurah. Fossil fuels = minyak dan gas, akan pupus dalam 200 tahun lagi mungkin. Dan akan terus naik harga.
b) Tak merosakkan alam sekitar. Atau setidak-tidaknya, kurangkan rosakkan environment.
c) Teknologi itu mesti boleh menjana kuasa bandar besar seperti KL (tak campur bandar lain di Malaysia) atau satu Singapore, di masa depan.
Jika setakat pasang solar power atas bumbung rumah agar air mandi dipanaskan, dan mungkin ada power sikit untuk buka lampu waktu malam, tentunya boleh.
Tapi jika nak power-up bangunan2 pejabat di KLCC dan factory di Jurong, mesti kena buat secara besar-besaran.
Ada teknologi yang, saya rasa (bukan expert, cuma pandangan), tak boleh langsung di Malaysia, Singapore - seperti nak pakai kuasa angin (pasang kipas) atau tidal power (kipas besar bawah laut).
Nak pasang ratusan ribu solar panel agar dapat power-up bandar sebesar KL di Malaysia kena tebang hutan di Perak, Kedah, Kelantan, Pahang atau/dan Terengganu agar boleh letak benda ni.
Kata nak preserve green environment? Tak payah pasang benda ni pun dah ramai orang politik songlap 'green gold' (timber) di negeri-negeri di atas tu, tak termasuk di Sabah dan Sarawak lagi. Baik nama dia Bee-End atau Pakat-datang.
Kat Singapore tak ada tempat nak pasang cermin solar ni, melainkan Orchard Road kena tutup semua - itupun kuasa yang diraih tak seberapa sebab kecil saja tempat tu.

Tentang kuasa geothermal - ia tak ada di Malaysia secara besar-besaran.
Saya pernah mandi air panas ialah di Hulu Langat (dah bertahun tak pergi). Dan saya tahu kat Selayang pun ada kolam mandi air panas.
Di Philippines ada ambil kuasa panas bawah tanah ini untuk tenaga letrik. Tapi bukan secara besar-2an.
Geothermal ni begini = kuasa wap panas = very hot air is used to turn turbines that creates energy = di pulau yang jauh dari Manila, jika tak salah. Lihat wiki tentang isu ini di Philippines di sini.
Dah masuk bab Phil ni, kamu mungkin tak tahu. Di antara semua negara Asean (10 negara), dia DAH ADA nuclear plant! Dah lama siap, 100km saja dari Manila.
Tapi jadi isu politik dan bribery zaman Marcos. Hingga kini, kerana reactor dah dipasang, ia ada pekerja yang hidupkan plant itu tiap hari agar tak rosak, tapi tak janakan kuasa nuclear.

Saya tak tahulah jika Hulu Langat dan Selayang boleh digeothermalkan secara komersil.
Yang saya dengar cerita hantu ini di Hulu Langat (diceritakan oleh penjaga tempat itu, bila saya suka mandi di sana dulu): kolam air panas tu ada dibuat bilik mandi wanita berasingan. Kaum lelaki mandi kat tepi di sebelah sini.

Dulu banyak tourist bus Korea dan Jepun datang ke situ. Mereka kerap tiba dah senjakala.
Satu hari, kata orang yg jaga tu, tiba-tiba sekumpulan perempuan Jepun lari berteraburan naik bas dengan pakai tuala saja. Terpekik-pekik.
Ditanya kenapa, mereka jawab, mereka mandi bogel sebab dah gelap, tiba-tiba ada makhluk besar timbul kat depan mereka. 
Itulah pengajaran agar berpakaian sopan bila mandi di khalayak ramai.
Pandai pulak hantu ni kejar minah Jepun. Dia ingat sashimi kot.


- BIOMASS - Secara ringkas, benda yang dulunya 'hidup', digunakan sebagai bahan bakar.
Sampah sarap pun boleh digunakan. Di Temasek ada enam incineration plant - tempat membakar sampah.

Mereka gunakan energy bakar sampah tu untuk power-up loji-loji itu sendiri, dan lebihnya, letrik disalurkan untuk kegunaan ramai.
Singapore dah berpuluh tahun buat begini sebab negara kecik. Tempat tanam sampah ialah di Pulau Semakau, tapi kebanyakan sampah dibakar.

Mungkin boleh dicuba di Malaysia. walaupun mungkin tak cukup nak jana kuasa untuk KL, sekurang-kurangnya save tempat menanam sampah ni.
Masalahnya untuk Malaysia ialah, dulu dah pernah cuba nak buat. Mula-mula nak buat incineration plant kat PJ. Orang dah marah, pindah pula ke Broga, Semenyih. Tentunya orang marah - NIMBY - Not In My BackYard!

Kenapa jadi gini? Ianya ialah kerana rakyat tak percaya dengan kerajaan - takut projek ni projek kebas duit, nanti bila projek gagal, atau orang mati terhidu gas bakar sampah, semua buat tak tahu.
Masa sibuk orang gaduh dulu, saya pergi ke Broga nak buat story. Rupa-rupanya rumah Prof Dr P. Ramasamy kat situ (beliau masa tu pensyarah, kini dah jadi Timbalan Ketua Menteri Penang).
Tempat cantik, dan secara theory bagus, tapi projek main-nak-steamroll-rakyat ni orang tentu marah.
Lepas tu saya ke Ijok. Dari KL hingga ke Ijok tu saya ikut lori-lori sampah, sebab ada tempat menanam sampah kat situ. Bau busuk dan orang marah, tapi orang KL buat tak tahu, sebab NIMBY.

Apa pun, biomass juga sebenarnya ialah menggunakan bahan seperti palm oil, corn oil dan seterusnya untuk digunakan sebagai bahan bakar/fuel.
Secara theori ini lagi cantik.
Minyak sawit, minyak corn dan sugarcane diconvert jadi ethanol, lepas tu boleh power-up enjin kereta dan loji jana kuasa.

Tapi jika diteruskan secara besar-besaran, saya gerenti perang dunia! Sebabnya ialah sawit, jagung/corn dan sugarcane ini makanan manusia.
Kita goreng telur, makan aiskrim dan coklat, ada minyak sawit di dalam. Bahan solek pun letak minyak sawit.
Jagung dimakan manusia dan juga jadi minyak masak. Ada yang dijadikan makanan lembu yang kemudian kita disembelih, kita makan.
Sugarcane dibuat gula, sehingga kita kencing manis.

Beberapa tahun lalu, dunia heboh sebab harga makanan semua naik giler-giler.
Antara sebabnya - selain dari pengeluaran beras kurang, ialah kekhuatiran bahawa kereta dan power plants semua nak gunakan ethanol dari biomass ni.
Jika diteruskan, bermakna semua hutan rimba kena tebang nak tanam pokok sawit, jagung, cane sugar dan lain-lain.
This is not an environmentally-friendly solution at all.
Saya nak masuk cerita haze Indonesia baru ini dan sebabnya, panjang sangat. Tapi kait-mengait dengan biomass plan ini beb.

Tak ada ada hutan lagi jika kita nak gunakan sebahagian daripada makanan kita untuk diisi dalam enjin kereta kita dan nak power-up our homes and offices.
Syarikat besar dan politikus akan fikirkan cara terbaik nak tebang SEMUA hutan di mana pun - 'nak bantu rakyat miskin!' - agar dapat jual ethanol dengan harga tinggi.
Saya pernah cerita baru-baru ini - saya naik Firefly keluar-masuk Subang. Saya pasti anda juga nampak sama bila pesawat naik-turun KLIA.
Semua yang hijau kat Selangor tu hanya pokok sawit. Kerakusan manusia ni nanti membelit leher kamu sendiri.

Saya tak kisah sangat jika orang utan saja yang mati. Yang kita perlu khuatir ialah binatang lain juga semua akan pupus jika 'hutan' yang kita ada hanya sawit.
Tak akan ada gajah dan kancil. Rimau dan monyet. Berbagai jenis serangga dan pokok yang mungkin ada kaitan dengan balance of life.

Kamu kata tak kisah, sebab memang tak suka hutan?
OK, saya tukar argument: Tanpa hutan rimba yang tebal, musim hujan di Malaysia akan berubah. Without cool mountains and forests to attract rain clouds, weather patterns will all change.
Sungai semua akan kering sebab dah tak ada pokok-pokok - sebab tu kamu lihat, di sekeliling Macritchie Reservoir dan kolam air Singapore lain, dibiarkan berhutan.
 Sama juga di keliling Langat Dam tu (dipenghujung Jalan Ampang).
Agar udara sejuk, tarik rain clouds.

Cakap pendek: Biomass production ni, jika rakyat tak control perbincangannya, akan dikidnap oleh politikus rakus di negara mana pun, digadai masa depan kita kepada syarikat rakus.
Aish, masih nak masuk cerita hutan Indon ni sikit: kerana Indonesia mulai tahun depan tak akan benarkan lagi syarikat mana pun tebang hutan* (ini theori lah), maka syarikat balak dan sawit kini dah berpindah ke Africa dan South America.
Mereka rakus tak kisah kiamatkan dunia. Jangan kita bantu mereka.

(*Jakarta setuju ban tebang hutan sebab Norway akan beri berjuta-juta dollar! Baca sini dan sini).

TERAKHIR: Ini ngobrol kosong saja, tuan puan. Saya bukan pakar, cuma kita bual-bual kosong, ni pandangan peribadi.

TAMAT (for now).... Bah.2 soon.

Monday, October 25, 2010

Projek baru - St Regis, Schlumberger (& Mydin)

Nampaknya ini cara baru PM Najib.
Beliau akan announce projek-projek baru, walaupun projek sektor swasta.

Cantik juga kita lihat beberapa projek ni.
Sebab nak lingkup pun tak apa.
Bukan duit kerajaan, bukan duit rakyat, bukan duit pembayar cukai, bukan duit PNB yang akan kata bukan duit rakyat.

Ini senarai yang dikeluarkan tadi:


- Hanya ada dua-tiga kerat saja hotel yang boleh mengaku 'six-star' hotel di dunia ni.
Salah satunya ialah Four Seasons (ada di Langkawi, GAMBAR, dan Singapork).
Lagi satu brand ialah St. Regis (ada di Singapork).
Kini lagi sebuah St. Regis akan dibina. Di KL Sentral!
Kos projek RM1.2 bilion, hanya untuk 160 residen dan 208 bilik hotel. Duit depa, suka hatilah!

- Ini hypermarket dua-star (hahaha), Mydin. Mereka nak buka 14 cabang dalam tiga tahum, harga RM1 billion. Juga nak bantu kedai makcik dan pakcik upgrade.

- LFoundry nak bina wafer fabrication plant (benda chip yang ada dalam komputer, kereta, handphone) di Kulim Hi-Tech Park, Kedah dalam lima tahun. Secara bertahap, jumlah RM1.9 bilion. Kerajaan Pakatan Kedah esok ngaku dia yang bawa masuk pelaburan ini. Mungkin benar pun.

- Syarikat servis minyak besau Schlumberger baru membuka Eastern
Hemisphere Global Financial Services Hub di Malaysia. Kurang pasti servis kewangan apa yang ditawarkan, mungkin dalam sektor minyak dan gas. Nak menarik 100 syarikat luar masuk ke KL hingga 2020. Lagi lama dah!

- Genting bukan saja buka casino di Singapork. Juga nak membuka hotel, taman tewa air dan mall di Johor. RM150 juta, keciklah beb. Ini pun PM nak announce?


Ini gunakan wang rakyat, atau wang rakyat turut dilibatkan selain wang pelabur asing:

- Malaysia Airports nak bina kompleks low-cost carrier di KLIA 2. RM486 juta. Termasuk hub untuk teksi, bas dan ada shopping centre.

- Projek bio-oil (sawit?) berharga RM124 juta di Lahad Datu, Sabah. Kecik nonet.

- Yang ini saya baca pun menggeletar takut.
Syarikat pelaburan Abu Dhabi, bernama Mubadala and syarikat pelaburan kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Bhd akan membina KL International Financial District dengan kos RM26 bilion. Wooi, berapa Mubadala ni keluar duit?
Berapa duit rakyat? Atau 1MDB pun nak kata duit dia sendiri???

Takut beb. Projek ni di depan RHB Bank headquarters di Jalan Tun Razak, dekat Pasar Rakyat.
Tak jauh dari situ ada bangunan 100 tingkat.
Tak jauh juga dah ada KLCC dan Bangunan Felda baru yang dibina anak syarikat Naza.
Dan dekat situ pula akan dibangunkan Sungai Besi airport menjadi projek besau lagi.
Traffic dispersal system? Jalan kecik gitu juga ke????
Commercial office coming onboard and projected usage in next 5-10 years?

Saya terbaca majalah mingguan The Edge tadi.
Dalam 10 tahun kebelakangan ini (2001-2010), ruang pejabat kosong secara purata ialah 20 peratus - ada tahun 17 peratus tak ada orang sewa, ada tahun 25 peratus.

Apabila projek semua ni dibangunkan bersama, takut pula jadi macam Dubai.
Tentunya kerajaan akan beli penjelasan nak sejukkan hati rakyat.


-----------------------------------------------
SENAI TARIK PELABUR YG LARI DARI TEMASEK


Pelabur aviation masuk Senai, Johor, kerana nak tanah lebih luar dan kos lebih rendah - di sini.


-----------------------------------------------
Sarapan pagi 
ADIK POMPUAN TONY BLAIR MASUK ISLAM 

Abangnya, Tony Blair, anak setan. Setuju dengan setan tua Bush serang Iraq tak kena tempat.
 (Amerika serang Afghanistan tu, saya boleh faham. Sebab dia marah lepas World Trade Center kena serang).
Tapi Iraq ni, mereka giler nak tunjuk kuasa Kristian lawan Islam. Nak tunjuk a better civilisation could defeat backward Islam, and conquer the Islamic historic city of Baghdad.
Dan sebab Iraq adalah pengeluar minyak dan gas KEDUA terbesar, masa itu, selepas Saudi. Bush dan yang lain kebas minyak dan gas Iraq dengan overcharge projek-projek di sana - hahaha, kamu ingat kita kat sini saja pandai kebas duit kerajaan?
Kini wikileaks dah tunjuk secara detail kekejaman Amerika dan cara mereka buat tak nampak pembunuhan rakyat Iraq.
Saya benci betul dengan Saddam, tapi apabila Amerika - negara yang selalu laungkan human rights dan helping backward peoples gain democracy - pun sama juga macam Saddam, itu yang saya marah.
Si Blair ni dibadawikan, semua main OK, semua ikut apa orang lain kata.

Tak apalah.
Kini adik Blair, Lauren Booth, masuk Islam. Di sini dan sini.
Beliau kerja dengan Iran TV dan masuk Islam selepas gi Qom.
Itu pun jadi isu - baca kritikan terhadapnya.
Sebab rejim Iran ni pun songsang juga - dari segi human rights. Tak macam kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapork, semua baik dan teratur, semua macam mala'ikat tak pernah buat salah. Opocot!

Sunday, October 24, 2010

Ngobrol pencakar langit 100-tingkat =2

Terima kasih, akhbar The Star.
Kita dapat lihat sendiri pelan projek ini.



Saya tulis sebelum ini bahawa saya sebenarnya MENYOKONG projek ini, tapi ada caveats - iaitu ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dan keadaan tempat harus di perbaiki.


1) Caveat 1: TAPAK SEMPIT.

Antara perkara yang obvious: Stadium Merdeka (teringat Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman) dan Stadium Negara tak boleh dirobohkan.
Maaf, tak boleh bincang ke status Stadium Negara ni? Tak boleh robohkan? Jika tidak, lebih berbaloi projek ini.

Jika tak boleh dirobohkan kedua-dua stadium, maka tapak jadi sempit. Sebab tu kena bina bangunan yang begitu tinggi. Nak maximise space.

Tak boleh beli kawasan Stadium Chin Woo?
Atau SMK Victoria? 
Saya tahu tentu ramai akan bising jika sekolah ni nak dipindahkan, tapi sekolah pompuan Bukit Bintang dah ditakeover, kini jadi mall besar Pavilion.
Yang penting ialah transfer sekolah ke tempat yang lebih besar dan selesa = jika tidak sesak karang budak nak ke sekolah dihantar ibubapa, dicampur orang nak gi kerja setiap pagi, dan orang nak balik kerja waktu petang.

Di Singapork (maaf mention negara kecik ni, tapi saya boleh cerita detail sebab tahu tentang Temasek, bukan apa yang terjadi di London atau Hong Kong), semua sekolah berjenama dah kena pindah tempat akibat pembangunan pesat di sekililingnya.
Raffles Institution (RI), St Joseph Institution, etc.
Dan kini Raffles Girls School pun nak kena pindah sebab kawasan sekelilingnya dah jadi tempat kondo mewah.
Hampir semua mamat top di Temasek sekolah kat RI (saya sekolah kampung Pasir Panjang Secondary School = dah lama katup). Tapi kena pindah juga dari bandar ke luar bandar sebab kawasan sekolah RI lama membangun cepat.
Kawasan baru RI kini lebih besar dan cantik, dan dibina dulu di sebelah RJC, Raffles Junior College.

Kata PNB banyak duit dan tak gunakan wang rakyat - bincang ler dengan VI ni. Ini isu sampingan kerana mungkin dah bincang di belakang tabir pun.

Jika dapat tapak lebih besar, kawasan ini boleh jadi macam kawasan KLCC kedua. Dulu hanya tanah lumba kuda.
Kamu nak lihat kawasan KLCC dulu, lihat saja bangunan di sebelahnya yang masih usang, Wisma Central.
Kini, KLCC dah jadi tempat bangunan glam dan kondo orang kaya. Jalan depannya dibesarkan = melainkan jalan pejabat lama saya, Jalan Pinang yang masih sempit!
Sebab itu saya tak mahu terus menolah projek Warisan Merdeka ni. Ia ada potential besar nak kembangkan wang rakyat (walaupun kata bukan gunakan duit rakyat).

THE whole area at the stadiums could benefit from regeneration, into a glam neighbourhood, like KLCC!

Saya terbaca sikit tapi tak tahu nama tempat-tempat kuno di LONDON yang telah jadi glam setelah ada projek besar.
Anda yang kenal cerita bandar ni, sila ceritakan. Ia boleh jadi contoh untuk projek ini (Jangan pula esok satu kapal terbang pegawai PNB ke London 'lawatan sambil belajar', hahaha!).


2) Caveat 2: JALAN SEMPIT. 

Jalan raya tahun 1960an, zaman P. Ramlee.
Projek ni kena buat massive road realignment and expansion.
Jadi PNB dan DBKL kena beritahu rakyat apa yang dirancang dalam isu ini.
Nasib baik ada stesen LRT di situ.
Tapi kerana ini KL, maka semua orang akan pandu kereta juga jika nak gi office atau shopping ke situ kelak.

Kerajaan kena tunjuk traffic dispersal plan untuk kawasan itu.
Lebih lagi jika kedua stadium itu ada event! Mega concert Adam Lambert di situ dan di sebelah lagi Nik Aziz nak ceramah tentang PAS dan negara Islam.

Ini bukan isu kecil kerana semua yang tinggal di KL akan terjejas jika tempat tu selalu jam teruk dan merebak ke tempat lain.
Dan nama baik Malaysia boleh terjejas jika kerana jam teruk selalu, orang akan kata - 'KL traffic is very bad. Worse than Jakarta and Bangkok'.
Buat masa ini, kita dengan mudah boleh berkata - 'Traffic here in KL is bad, but not as bad as those in Jakarta and Bangkok'.
Nama dua ibunegara tu teruk kena bantai, dan smooth traffic ialah branding yang baik kerana ia menjejas the cost of doing business.


3) Caveat 3: Kenapa mesti 100-tingkat?

Kan dah cantik Petronas Twin Towers, 88 tingkat, jadi lambang kebanggaan KL dan Malaysia.
Kenapa nak buat yang lebih tinggi?

Bangunan Taipei 101 di Taiwan tu 101 tingkat. Kamu binalah 102 biar Melayu kalahkan Cina Taipei.
Lagipun rapper setan Namewee belajar kat Taiwan. Kamu tunjukkan dia Melayu boleh, oi! (Wah, pandai remgold cucuk kamu semua gaduh kat sana).
Nak lawan Burj Khalifa kat Dubai tak mampu, sebab depa 160 tingkat, campur 46 tingkat lagi di atasnya untuk maintenance!

Pada saya, biarkan pencakar langit Petronas tu terus tertinggi.
PNB buat 85 tingkat saja, tak boleh ke?
Atau ini projek Najib-Rosmah? Mesti nak kalahkan projek Mahathir? Kamu jangan pula tuduh saya yang kata ini. Ini yang ditulis oleh ramai orang dah di Facebook tu.


4) Caveat 4: Nak lihat projection of office space.
Dari 10 tahun lalu, hingga 5-10 tahun ke depan.
Both office space coming onboard in near future, and estimates of office space usage.




Jika ini semua ditunjukkan, rakyat mungkin hati sejuk sikit: Orh, rupa-rupanya kerana ekonomi terus berkembang, jika tak dirancang sekarang, susah nanti kita.

Sama macam dulu, apabila Dr Mahathir nak buat KLIA, ramai melaung - apa ni! Buang duit, kan Subang airport masih okay lagi?
Di Singapork (jangan marah ah), baru saja siap Terminal 3 di Changi - masih nampak kosong! - pemerintah dan buat pelan nak buat Terminal 4.
Itu namanya forward planning, consultant yang dibayar berjuta tentu boleh bantu.

Tapi jika projections for office space tu tak kena, baik simpan dulu projek ni beb.

LAGI satu isu. Yang dikhuatiri setengah orang lain pula ialah, untuk menunjukkan projek Warisan Merdeka berjaya, PNB akan 'paksa' semua anak syarikatnya masuk ke sini!
Ini omong-omong kosong orang, yang boleh dimatikan jika ditunjukkan projection for office space usage.

DI KAWASAN KLCC tu, ada lebih daripada 20 kondo mewah yang sudah dan sedang naik. Banyak unit - 30-40 peratus kosong!
Rakan saya sewa disalah satu unit = sewanya untuk unit satu bilik ialah lebih dari RM4,000 sebulan! Katanya, waktu malam kebanyakan daripada kondonya kosong dan gelap gulita.
Yang ramai pada waktu malam cuma Fatimah Rockers, nyanyi-nyanyi dan menghilai.
Fatimah Rockers? Itu gelaran saya untuk 'cik pon'.

Tapi kerana semua projek itu wang privet, biar kondo tu semua kosong pun kita tak kisah sangat (Yang kita takut jika developer ramai tak boleh bayar hutang, lalu bank lingkup, drag the whole economy down).

5) Caveat 5: Ekonomi dalam 5-10 tahun ni, okay tak?

Jawabnya, saya rasa, okay.
Malaysia ada 5-year plans yang saya kena belek dengan rapi, kerana sebahagian dari kerja saya.
Cuma tak pasti jika ekonomi kuat hingga dapat menarik business yang nak sewa bangunan pejabat dengan banyak.

DOES the building of a 100-storey tower drive the economy? Or is a strong economy the driver to build a 100-storey tower and other office buildings?
Takut jadi macam Dubai - ekonomi tak ke mana, tapi sibuk buat bangunan demi bangunan. Kini dah banyak yang lingkup.

Ekonomi kuat yang patut jadi sebab orang nak buat bangunan besar dan kondo mewah. Bukan sebaliknya. Kita buat besar-besar, lalu mengharap orang akan datang nak buat business.
Seperti yang berlaku di kawasan Fatimah Rockers. Tak guna buat kondo banyak-banyak, tanpa melihat expected demand dengan rapi.





Ini tak bermakna projek Warisan Merdeka akan gagal.
Cuma banyak perkara yang perlu dijelaskan kepada rakyat.

Apa nak buat. Baik di Singapork atau Malaysia, cara kita boleh menolak rakyat ke tepi dan teruskan sesuatu tanpa perbincangan dan penjelasan sudah tamat.
Saya akan sokong penuh projek ni, cuma harap penjelasan lebih baik akan keluar.

Saturday, October 23, 2010

Ngobrol isu pencakar langit 100-tingkat

Masih ramai yang marah tentang bangunan 100 tingkat ni.
Sehingga dah 140,000 signup kat Facebook group, dan pembangkang pun terhidu bau sedap dapat mainkan jarum.

Warisan Merdeka, atau nama omputeh Heritage of Independence, ada di tapak 15 hektar.
Ia termasuk Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang tak boleh dirobohkan. Nanti terpekik satu Malaysia jika nak dirobohkan, walaupun mereka tak akan jejak pun kat situ pun sebab stadium lama.
Stadium dua ini terletak dalam sekitar 8 hektar = kerana dah jadi heritage atau warisan negara, maka kena cantikkan dan terus digunakan.

Untuk berlaku adil - takkan saya serang saja?
Saya kasi chance mereka explain - sila baca sini, sini, sini dan sini.

Di tapak itu yang lagi 7 hektar boleh dibangunkan.
Di sinilah letaknya pencakar langit 100 tingkat itu. Bangunan office termasuk ibu pejabat baru PNB. Ibu pejabat lamanya dekat KLCC (depan US embassy) boleh disewakan tentunya.
Di bawah mamat 100-tingkat ni (kita anggap dia tinggi lampai macam mat jambu Saiful Bukhari Azlan) akan ada shopping centre.
Juga ada bangunan kondominium.

Ini semua keluar dalam penjelasan bos PNB, Hamad Kama Piah.

----------------------------------------------
theunspinners ada gambaq projek ni lagi. Wooi.
Sila baca komen-komen di bawah posting tu juga. Macam mana boleh masuk isu perkauman, saya pun pening.
Keresahan rakyat bukan pasal "PNB bangunkan projek Melayu, Cainis dan DAPigs jealous" tentunya.
Tapi ramai, termasuk ramai Melayu, khuatir projek besar ni habiskan wang, yang dapat kontrak dua-tiga kerat kroni.
Jika tidak, takkan yang signup kat Facebook tu ramai Melayu?
Ini pendapat sayalah.

----------------------------------------------
BERLAKU ADIL

Untuk terus berlaku adil, saya cuba jadi tukang jelas. Saya jadi 'orang garmen' kejap.

Sebab kadang-kadang sesuatu isu itu mendidih sebab orang gaduh pakai emosi.
Dalam isu ini, emosi semua orang, termasuk saya, dikejutkan kerana:
1) Bangunan ini 100-tingkat, bangunan tertinggi di Malaysia, malah di satu Asia Tenggara pun!!!
Petronas Twin Towers tu hanya 88 tingkat.
Jadi ramai tersentak - eh, eh, dah cantik Petronas tu cukuplah! Apa ni buang-buang duit nak bina tinggi-tinggi lagi?

2) PM Najib masukkan benda ni dalam Bajet 2011.
Sebenarnya projek ni tak ada kena mengena dengan bajet.
Katanya tak gunakan wang pendapatan negara (cukai dan sebagainya) yang dibentangkan dalam Bajet.
Pada saya silap besar benda ni dimasukkan dalam Bajet, kerana bajet itu apa yang nak dibelanjakan dengan menggunakan wang rakyat.
Tentu orang emosi.
Depa tak kasi civil servants bonus, tapi nak buat bangunan RM5 bilion.
Tentu orang dah tak nampak - bonus tu menghabiskan duit kerajaan, sedangkan bangunan ini (secara theori) boleh bawa keuntungan di masa depan, semua rakyat dapat enjoy.
Kalau tak dimasukkan dalam baget, walau jadi isu juga, takkan dikaitkan secara rapi dengan "pembaziran duit rakyat".
Kini Bajet 2011 akan diingat oleh ramai orang sebagai "Bajet nak bina bangunan 100-tingkat".
Atau "Bajet mega project" sebab banyak lagi projek besar diumumkan.


Jika niat PM masukkan dalam Bajet nak tunjuk kerajaan banyak projek besar untuk gembirakan hati rakyat, maaf, itu silap.
Dewasa ini, ramai khuatir wang Petronas nak habis, deficit belanjawan yang berbelas tahun tak dapat cover balik, imej kerajaan banyak membuang wang tak tentu pasal (First Lady Conference, katanya, berbelanja RM24 juta).

3) Lambat nak explain. Orang meraung satu Malaysia - digendangkan pembangkang yang pecah belah = kan pandai mereka dan rakan-rakan mereka di kinisidertoday sembunyikan pergaduhan besar DAP di Perak, dan dalam PKR.

Isu 100-tingkat ni - Kerajaan dah terkejut, baru nak cari penjelasan.
Aduhai. Takkan tak tahu bahwa benda ni nak jadi kontroversi besar? Dan terus dah siap ada explainer?
The government cannot be reactive all the time.
One day after announcing the project, sure to be a controversy, there should be reams of explanation of the hows and whys.
Apa guna banyak consultant bayar berjuta tapi semua tidoq?
Nanti aku mention satu-satu baru kamu tahu - sekurang-kurangnya ada empat group consultant besar yang advise Putrajaya. Ah kan, pak chic dah marah.

Dah enam hari heboh, baru PNB panggil press.
Mereka tak panggil foreign media dan kinisidertoday tu, tak apa lah. Newsmaker suka hati mereka, nak panggil Utusan saja, atau New York Times, atau Singapork Times saja.


4) Lepas tu bila explain, maaf kata, PNB jelaskan dengan kurang baik.
Kamu tanyalah editor-editor tempatan yang hadir tu. Tak kenalah beb penjelasan itu.

Hamad Kama Piah kata kami tak sentuh duit unit trust pelaburan. Akan gunakan wang sendiri.
Aish brader, PNB itu gunakan duit kerajaan, ini fund manager wang kerajaan. Agensi kerajaan.
Maknanya semua yang kamu buat tu adalah Wang Rakyat Malaysia.
Jika PNB untung berniaga dan berdagang, buat business anak syarikat lalu untung besar, itu keuntungan RAKYAT.
Bukan duit dia sendiri.

Sama juga Petronas dan Khazanah Nasional.
Bila depa untung, itu keuntungan wang rakyat.
Bila rugi - seperti projek tuna fishing, lepas tu tak jelaskan kepada rakyat - itu wang rakyat yang lesap.
Jadi tak kena jika kata Kami Gunakan Wang Sendiri.

----------------------------------------------
PROJEK BOLEH BERJAYA!

PADA saya, nak buat bangunan tu silakanlah.
Tapi explain tu, biarlah cermat sikit.
Cara mengeluarkan berita, announcement, tu kena ada timing dan cara.
Bab kata orang sekarang, spin kena jaga.

WALAU apa pun, saya sebenarnya MENYOKONG PROJEK INI.
Dan saya rasa (minus the emotional bits) PROJEK INI BOLEH BERJAYA. 

Tapi ada beberapa caveats.
Ah, ini nanti pak chic ngobrol kelak.
Lapau belum sarapan.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 - Perlu Malaysia buat bangunan 100 tingkat?

BETUL KE?
RENOVATE RUMAH PM RM65 JUTA???

The prime minister's official residence will go through a RM65 million spruce-up over the next two years, courtesy of premier Najib Abdul Razak's Budget 2011, revealed a DAP parliamentarian.
Bukit Bendera MP Liew Chin Tong (left) said the renovation plan of the 10-year-old complex is part of the RM16 billion Prime Minister's Department budget.
The spending for the renovation will be spread out between 2011 and 2012.

Dari Malaysiakini. 


----------------------------------------------
POSTING ORIGINAL

Pada saya nak buat bangunan sampai ke bulan pun OK.
Tapi gunakan duit siapa?
Jika pihak privet, teruskan. Kita sokong!

Jika bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion ni nak gunakan wang rakyat, kerana dibuat oleh PNB, tak payah dulu beb.
Lebih perlu untuk Malaysia, pada saya orang luar, naikkan taraf pendidikan pelajar dan latihan kemahiran untuk pekerja.
Itu bawa pulangan yang berganda nanti. Lihat saja India dan Taiwan dan China (saya tak mahu sebut Singapork, nanti orang marah). Rakyat mereka laku kerja di mana saja - kamu lihat dalam sofwe dan hardwe companies, banyak mamat dari negara ini! HP dan Dell, Apple dan Google.

Adakan sistem untuk rakyat (pelajar dan pekerja) dapat naikkan taraf English dan skills (sama ada repair kereta atau buat kuih, repair telefon atau masak roti canai pun, agar dapat niaga kecilan). Itu kan lebih baik untuk naikkan nama negara di masa depan? Apa lagi jika kamu ajar mereka buat software programming.

Maaf saya komen marah sedangkan saya ni orang luar, tapi nampak tak kena.
Projek ni siapa dapat nanti sebagai main kontraktor? Ada tender? Tentu jadi isu.

Memang betul bangunan tinggi ni boleh tarik business - kontraktor dapat projek, supplier barangan pun dapat, elektrician dan seterusnya. Tapi di masa kerajaan agak kekurangan wang - dan deficit baget dah berbelas tahun tak dapat ditutup - apa kejadah nih!?!?
Saya tak mahu negatif sangat, jadi kasi chance mereka explain.
Cuma sekilas pandang macam nak habiskan wang ke tempat yang tak perlu.

Di tepi US embassy di Jalan Tun Razak, bangunan The Icon tu masih kosong. Juga bangunan di sebelahnya. Maknanya bangunan pejabat dah banyak.
Dan Felda pun ada buat bangunan besar di seberang jalan.
Dan nak buat lagi International Financial District kat tepi Pasar Rakyat di KL (dekat Jalan Tun Razak, bangunan RHB).
Dan nak membangunkan lapangan terbang Sungai Besi lagi.
Hello, berapa banyak bangunan yang kamu nak buat nih!?!?!

I have one word of caution for all these: Dubai.
Kamu tengok negara tu sekarang, banyak sangat bangunan tapi tak pandai nak tarik business yang nak sewa atau beli bangunan tu. Lingkup brader.
Nasib baik ada Abu Dhabi jiran dia kaya yang bailout.
Hiba rasa di hati jika kerajaan tak pandai explain ni semua.

Nak buat bangunan mudah sungguh. Tapi nak tarik business yang nak masuk kat situ, is another matter altogether.
Saya harap sungguh ada projection tentang business growth, job creation yang jitu sebelum kita masuk era membangun projek ni sekali lagi - dulu dah kena tahun 1998-1999.


----------------------------------------------
HIGHLIGHT Bajet yang lain:
di sini (NST) dan sini (freemalaysiatoday.com).

1) Ini projek perumahan di tanah Malaysian Rubber Board di Sungai Buloh, harga RM10 bilion. Ini tanah kerajaan = 2,680 ekar. Jika anda jalan tepi kedai-kedai bunga di Sungai Buloh tu kan banyak pokok getah. Ah antaranya tanah itu ler.


Dibahagi free kepada seseorang atau joint venture, atau bagaimana? RM10 bilion ni wang kerajaan atau swasta atau bagaimana?
Takut jadi macam di Hartamas - tanah kerajaan diberi murah kepada syarikat tu, dia janji nak buat convention centre dengan harga yang jauh lebih murah - saya pernah komen di sini.

Maaf jika anda marah saya bertanya ini - tapi saya pasti pembangkang pun akan tanya sebab dah macam-macam desas-desus yang keluar.
Pengundi hari ini dah nak tahu mana nak dapat wang berbilion ni, sedangkan deficit dalam bajet (lebih banyak belanja dari pendapatan) terus melopong.
Jangan pula blogger bertanya terus buat laporan polis, rampas laptop dan modem blogger. Tapi dah tiga hari dah, tak jawab apa yang dituduh.

2)  Projek Nexus Karambunai RM3 bilion eco-nature entah apa di Sabah.
Banyak duit, wahai abang? Sekali lagi: Duit siapa tu?

3) RM111 juta untuk program Permata, yang dipromosi adinda tersayang. Banyak tu. Saya tahu pembangkang pasti kondem sebab ada direct link dengan Datin Seri Rosmah.
Saya kasi chance dulu sebab nak dibina 32 children's centre dan kelola 52 pusat seperti itu. Mungkin ada baiknya, walaupun dirasa janggal isteri yang tak ada portfolio pun dapat bajet sebesar itu, bukan Kementerian Pelajaran.
Kalau tiga tahun karang tak ada hasil, baru saya nak tanya.

4) Sistem MRT (train bawah tanah macam di Singapork, Hong Kong, London, New York, Delhi dan ibu negara besar yang lain). RM40 bilion. Projek ni bagus. Tapi nak kena jelaskan dengan penuh belanjawan ini dan siapa yang dapat menang TENDER, bukan 'dikasi' kepada pihak tertentu.

Saya kurang faham cara Malaysia dalam isu memberi projek kepada syarikat yang menjadi first proposer sesuatu projek.
Dalam pemerintahan Dr Mahathir, siapa yang propose idea tu, maka dia dapat projek dan kerajaan akan bantu mereka jadi kaya secara kilat. Jika gagal, akan dibailout pakai duit kerajaan juga.
Maka macam-macam orang propose nak privatise asset kerajaan, termasuk MAS, air jamban (Indah Water), buang sampah (Alam Flora) dan macam-macam lagi. Sehingga membekal barangan hospital dan pekerja asing buat health check-up pun dah ada yang sapu! Bekal letrik dan air pun dah dicontrol oleh kumpulan tertentu dengan harga yang dibayar rakyat. Errr, begitu juga highway-highway. Syarikat padi negara dan Pos Malaysia! Apa kejadah nih!!!
Supply public buses pun ada anak orang atas yang dapat, sehingga bas-bas yang lain yang masih boleh digunakan kena buang. Dibiarkan berkarat di padang jarak padang tekukur.
Saya difahamkan, nasib baik Pak Lah kalah teruk dalam Mac 2008, sebab dah ada ura-ura bahawa lepas pilihanraya tu, ada seorang muda terkenal akan dapat projek 'menjaga' semua health check setiap drebar teksi di Klang Valley.

Sama juga sistem MRT ni.
Jika betul KL-PJ-Shah Alam perlukan MRT - dan saya setuju SANGAT PERLU - maka sepatutnya orang kerajaan, Kementerian Pengangkutan, yang draft projek ni, bukan pihak swasta draw up the plans lepas tu 'jual' dengan kerajaan.
Kan dulu dah pernah gagal teruk apabila sistem LRT diberikan kepada DUA syarikat joint venture swasta. Sehingga kena bailout oleh syarikat Prasarana (duit rakyat oi).
Kenapa nak ikut jalan yang sama?

MRT ni perlu untuk KL-PJ-Shah Alam.
Lihat Jakarta - ia ibunegara negeri besar satu-satunya di dunia yang tak ada mass rapid transit (MRT) system ni. Tak ada LRT pun! Sesak traffic giler babi masa office hours.
LRT di KL tak cukup kerana hanya bawa ratusan orang dalam satu trip, misalnya dari Gombak ke Subang Jaya. MRT sistem boleh bawa ribuan dalam trip yang sama kerana gerabaknya lebih besar dan panjang, dan jalannya lebih pantas.

--------------------------------------------

JANGAN CONDEMN SAJA. Ini yang baik saya lihat:

1) Ada allocation untuk buat ternak ikan di darat dan untuk peladang termasuk buat rumah layang-layang (birds' nest farms). Kita lihat dulu. Saya menaruh harapan besar untuk peladang kerana tanpa mereka tanam padi dan ternak ikan, kita makan habuk.

2) RM6.4 bilion nak upgrade sekolah, hostel dan facility. RM213juta untuk naikkan gaji cikgu. Bagus, bagus. Susah nak tarik guru menjadi guru jika bayar gaji rendah. Dan jika sekolah tak cukup barangan dalam makmal dan untuk bersukan.
 Errr, brader, tapi upgrade tempat dan naik gaji saja ke?
Nak naikkan taraf pelajar dan baiki sistem pendidikan?

3) Eh adalah! RM250 juta untuk sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Islamik. Aish, Kata nak 1Malaysia? Kenapa masih perlu ada sekolah Cina dan Tamil? Islamik juga? Semua harus masuk sekolah yang sama! Seperti di kebanyakan negara lain.
Dan ada lagi, termasuk membawa cikgu luar negara ajar English. Bagus tu.
Nak naikkan guru PhD lagi you.

4) Berbilion akan dibelanja nak naiktaraf dan buat jalanraya di kawasan pendalaman termasuk di Sabah dan Sarawak. Jika anda dah pernah masuk ke kawasan pendalaman, anda akan appreciate allocation ini.
Saya pernah ke Bakun Dam dan lepas itu bermalam di Kapit pada tahun 2000 atau 2001 (kamu cari peta Sarawak - kat pendalaman betul tu! Dari Bakun Dam ke Kapit naik bot sejam!).
Pekan kecil tu tak ada jalan raya.
Nak keluar ke jalan besar, saya kena naik four-wheel-drive naik turun bukit dua jam - bukan jalan raya atau jalan kampung pun, tapi lorong dalam hutan yang becak dan tanah lubang-lubang. Ketakutan saya.
Semua yang nak ke sana sini kena naik bot dan feri - sebab tu bila Sungai Rajang banyak balak dan sampah minggu lalu, saya teringat orang di sana yang tak dapat keluar kampung kerana sungai kena block.

--------------------------------------------
DEFICIT

Deficit belanjawan atau bajet untuk 2011 dijangka 5.4 peratus dari GDP atau KDNK (Apa pelesit itu GDP/KDNK = sini saya pernah berborak mengenainya).
Ini rendah sedikit dari deficit 5.6 peratus daripada tahun ini.

Ikut cakap para economists, jika deficit (belanja lebih dari pendapatan) tu 5 peratus ke atas, mereka akan ketakutan, kerana banyak sangat.
Malaysia ni bajetnya dah berdeficit sejak 12-15 tahun. Lama tu!
Makin lama makin banyak - dari decifit 2 peratus, 3, 4, lepas tu hampir 6 peratus.


Cakap mudah: Macam kita juga. Gaji RM3,000 sebulan tapi belanjawan kita RM3,150.
Itu maknanya, deficit kita ialah RM150, atau 5 peratus.
Setiap bulan kita bawa balik (lepas tolak EPF/CPF) RM3,000, tapi kita belanja terlebih RM150, sebab nak lawan kereta Camry orang sebelah, kita beli Accord baru.

Lama kelamaan, mampoi ekonomi rumah kita, brader.

Para economists tidak khuatir jika dalam setahun dua, atau mungkin pun untuk lima tahun, ekonomi Malaysia ada deficit. Kerana memang kadang-kadang kena belanja besar untuk beberapa bulan untuk belanja rumah kita pun - misalnya jika baru beli rumah nak kena renovate, atau baru dapat anak ketiga, atau bulan Januari anak-anak masuk sekolah nak baju, buku baru.

Tapi jika berbelas tahun terus deficit, maka ekonomi dalam bahaya.
Kerana apa?
Kita berbalik contoh perbelanjaan rumah kita - setiap bulan kita kurang RM150.
Maknanya simpanan kita tak ada langsung. Bila anak tiba-tiba sakit masuk hospital, macam mana?

Untuk negara, jika selalu ada shortfall/kekurangan ni, tiba-tiba terjadi masalah economic crisis, kerajaan kena belanja wang yang banyak nak pulihkan economy - dengan mengePAM ekonomi. Apa yang dipanggil "pump-priming".

- Maksudnya pam duit banyak masuk ke dalam ekonomi - seperti Dr Mahathir dan Tun Daim bina PLUS highway dulu apabila ada economic crisis 1985-88 dan ramai orang hilang pekerjaan.

- Apabila Singapore kena serang penyakit SARS dulu, sejurus selepas perang Iraq dan Afghanistan (sekitar 2000-2002), pemerintah PAP terpaksa belanja banyak wang nak pulihkan ekonomi.
Sebab masa tu orang takut nak berbelanja kerana takut hilang pekerjaan. Orang takut nak makan kat luar atau shopping kat luar pun, sebab takut kena bersin orang lain. Takut nak picit butang lif takut orang lain ada SARS. Takut nak naik teksi takut udara dalam tu bekas penumpang ada SARS.
Maka di'pump prime' ekonomi - projek jalanraya, cat bangunan, dan juga buat sistem MRT baru. Berbilion dibelanja sehingga dalam satu tahun itu, ekonomi Singapork pertama kali dalam deficit (untuk setahun saja).

- Sama juga kerajaan PM Najib tahun 2009 pump-prime economy kerana economy US tenggelam. Banyak projek dijalankan. Nasib baik masih ada duit Petronas. Tapi ini bermakna, deficit terus berada di tahap lebih dari 5 peratus.


Maknanya, jika tahun biasa pun kita dah ada deficit, bila ekonomi tempatan ada problem, dikhuatiri satu hari nanti tak cukup duit nak 'hantar anak masuk hospital' = iaitu tak cukup duit nak pam ekonomi.

Sebab tu saya bertanya tentang perlu atau tidak bina bangunan 100 tingkat tu, jika digunakan wang rakyat, dan juga projek-projek yang lain.
Projek-projek tu kan lebih baik disimpan dulu untuk pump-prime bila perlu....

Wednesday, September 29, 2010

Duit tak pernah tidoq

Tersenge-senge saya nonton movie lama, Wall Street, malam ni.
Cari DVD yang dah berhabuk dalam simpanan.

Teringat cerita lama ni sebab movie baru dah keluar - Wall Street, Money Never Sleeps (Michael Douglas dan Shia LaBeouf). Review di sini.
Mamat bernama Shia ni saya ingat umat M, rupanya bukan. Pelakon handalan si mamat muda ni.


Dalam cerita lama - Michael Douglas dan Charlie Sheen.
Sebagai Gordon Gekko dan Bud Fox.
Diterbit tahun 1987, movie ni mendapat cult status bagi pasaran kewangan satu dunia.

Budak kampung (Sheen) jumpa setan pasaran kewangan (Douglas).
Teringat zaman muda - walaupun saya bukan main pasaran saham, futures, forex di Singapore dan KL secara direct, hanya wartawan kewangan biasa.
Ramai juga setan pasaran yang saya jumpa masa tu.
Dan ramai juga budak kampung yang sesat termasuk dalam pasaran kewangan - macam saya. Cerita rusa Geylang masuk Wall Street di New York pada Mei.

Wall Street ialah pasaran kewangan terbesar di dunia, diikuti London, Tokyo dan Singapore.
Well, if New York is the capital city of the world, then Wall Street is its heart.
Itu cakap gedebe omputeh Amerika.

Teringat cerita lama - Semasa membuat liputan di SIMEX dulu (Singapore International Monetary Exchange = futures market) antara yang saya pernah jumpa ialah Nick Leeson, futures trader (nama mereka semakin besar kini - derivatives broker!) dari Barings Bank. Cerita dia di sini, websitenya sini.

Bukan kenal rapat, tapi dapat bertukar kad (di bawah) dan kadang saya nelpon dia nak dapat market commentary.
'Mr Leeson, how is the market today? Why did the Nikkei/Eurodollar futures go up/down? Where is it heading next? Who has been selling/buying today?'
'What do you think of the Japanese/US economy following release of the tankan report/FOMC report? Did the BOJ/Fed intervention surprise the market much?'

Sampai hari ni saya simpan kad ini sebab tak sampai setahun setelah berjumpanya di trading floor SIMEX, saya ke KL penghujung 1994 untuk memulakan kerja baru. Lepas tu cerita meletup-letup satu dunia mengenai bagaimana Nick membuat penipuan besar hingga merobohkan Barings Bank - bank di mana Queen Elizabeth simpan wangnya!
Adoi, duit tak pernah tidoq rupanya.


Dalam movie Wall Street pertama, Gordon Gekko - nama pasarannya ialah fund manager atau financier.
Tapi nama yang kasar dan tepat ialah market speculator.
Menulis mengenai movie Wall Street baru dan lama, majalah New York Times Magazine baru-baru ini - "The devil gets all the best lines...."
Antara yang disebut Gordon Gekko:

- 'Money never sleeps, pal.... You're doing good; you have to keep doing good.'

- 'If you need a friend, get a dog. It's trench warfare out there pal.'

- 'Read Sun Tzu's Art of War - Every battle is won, BEFORE the fight starts.'

- 'Lunch? You gotta be kidding me, lunch is for wimps.'

Dan yang paling saya gemar:

- *"Greed, for lack of a better word, is good.
"Greed is right, greed works."*


(*Takut pulak nanti orang politik baca ni - eh betul tu, betul tu! Hahaha).