Friday, January 21, 2011
POTUS, FLOTUS, Pee-Em, FLOM
Walaupun kulit hitam, semua orang tahu, POTUS Obama ada pejabat bernama Rumah Putih, bukan Rumah Hitam.
Pejabatnya di West Wing of the White House - sebab tu ada siri TV bernama West Wing.
Isterinya pula digelar FLOTUS. First Lady of the United States.
Rakan saya yang pernah kerja di Washington berkata Michelle ada pejabat dan staff sendiri di East Wing.
Di Singapork dan Malaysia, kita panggil Perdana Menteri 'Pee-Em'. Kerana Pee-Em juga bermakna Prime Minister, maka senang kerja wartawan. Satu label telah didwibahasakan.
Di Temasek, isteri Pee-Em Lee ada pejabat sendiri di bangunan lain, sebagai boss Temasek Holdings, wealth fund (dana kekayaan negara) terbesar di Tenggara Asia. Jarang masuk akhbar, melainkan ada berita besar Temasek atau jika suami lancarkan sesuatu atau makan dinner, beliau pun muncul tapi tanpa hek, tanpa hok.
Di Malaysia, Pee-Em dulukala semua ada pejabat, tapi sang isteri duduk kat Sri Perdana.
Jika datang kunjungi suami pun sebagai pelawat, mungkin diberi bilik tumpang duduk kejap.
Dan setahu saya, Isteri Pee-Em mungkin diberi staff, tapi ia untuk memastikan keselesaan beliau.
Iaitu untuk bantu Isteri Pee-Em jika nak gi shopping, potong reben untuk sesuatu majlis, atau lancarkan itu dan ini. Mesti nak kena pastikan semuanya lancar dengan kereta dan tukang sambut sebagai orang berstatus tinggi.
TAPI kini ada cara baru.
Bukan lagi PM's Wife atau Isteri PM, tapi ambil gelaran First Lady.
Gelaran First Lady timbul dalam iklan New York Times - di sini.
Lepas tu adakan seminar antarabangsa First Ladies' Summit (Pakai duit rakyat tu brader, tanpa hasil yg ke mana pun, setakat sok sek sok sek dengan isteri-isteri ketua politik Afrika).
Terbaru, terbaca saya tentang pejabat baru dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO = Prime Minister's Office) bernama FLOM Division. Juga di sini.
First Lady of Malaysia Division.
Aiks, dah jadi pejabat rasmi dalam PMO.
Saya tak 'caya. Lalu saya masuk dalam website PMO = pmo.gov.my.
Cari-cari tak jumpa. Lalu saya buat SEARCH (atas sebelah kanan, kotak warna kuning): Saya taip 'FLOM'.
Ah dapat pun!
Kamu click di sini dan scroll down. Ada F.L.O.M Division dengan empat pegawai dan dua staff penolong.
Dan di muka depan website PMO, ada lagi kejutan: Kamu click di RESOURCES (paling kanan) ada column 'Former First Ladies'.
Eh, bila pulak Tun Siti Hasmah dan Tun Jeanne Abdullah tu digelar First Lady????
MAAF, jika saya nampak seperti menyerang Datin Seri.
Yang saya khuatir ia dah jadi isu - dengan orang dalam pun.
Dalam politik, yang dilantik ialah mereka yang diundi rakyat.
Yang tak dilantik - isteri, menantu, anak-anak, ibubapa, should be seen, not heard.
KHUATIR isu ini diKhairykan dan diAriffahmikan.
MAAF jika terganggu tulisan ini.
Friday, January 7, 2011
2011 - Tahun inflasi makanan
Jika ada masa adik dan kakak, lawat farmlandgrab.org - saya pernah beberapa kali tunjuk website ni. Boleh jadi pengajaran bagi kita yang nak tahu isu-isu perladangan di negara lain dan contract farming, dan juga perampokan tanah ladang - iaitu neo-colonialism = Penjajahan Baru.
Dulu omputeh rompak Malaya, Temasek, Batavia, Sumatera, India, negara-negara Afrika nak luaskan tanaman mereka dan keuntungan hasil bumi (tin, coal, diamonds). Jadi jika nak labur di negara lain kena slow and steady.
-----------------------------------
Dah pernah beberapa kali saya ngobrol tentang isu ladang makanan.
Baik di Indonesia mahupun isu ladang di Singapork. Malaysia masih nak 'tinjau'.
Tahun ini, tuan-puan, ialah tahun inflasi makanan.
Saya ingat nak tulis beberapa minggu lagi, tapi isu ni dah meletup pun di sana sini.
Harga bawang dan rempah kari naik di India, Pakistan tak mahu eksport bawang.
Australia banjir lalu ladang gula dan gandum tenggelam, dan juga ladang lembu. Haish, susah lain kali saya nak makan canai dengan rendang!
LAPORAN Reuters yang menyeramkan:
The United Nations' food agency (FAO) said on Wednesday that food prices hit a record high last month, above 2008 levels when riots broke out in countries as far afield as Egypt, Cameroon and Haiti.
Maksudnya: Bulan lalu, harga makanan di dunia ni yang tertinggi dalam sejarah!
Adoi, seram brader.
Mereka hitung ni macam gini:
The food price index is an international basket taking into account the export prices of wheat, corn, dairy produce, meat, sugar and oil.
Di Malaysia kita pun dah tahu tentang kekurangan minyak makan. Kerajaan seperti biasa mulut saja bising tapi tak boleh buat apa-apa.
Tolonglah orang di bawah tu, jangan hanya nak buat projek berbilion.
Kamu tangkap mereka yg sorok minyak makan tu. Masukkan dalam TV3 dan Utusan serta Star dan NST. Kasi muka mereka terpampang, baru tauke ni semua hormat sikit dengan undang-undang.
Indonesia ulang lagi - nak buka estet-estet makanan di Papua. Mereka pun cakap lebih dari bikin.
Demo ganas dah berlaku di Algeria. Merebak ke Tunisia.
Tak lama lagi saya rasa akan berlaku demo juga di India dan Pakistan. Selain negara-negara Afrika.
Pakistan dah panik, turunkan harga petrol semula.
Datin-pehin, jika di rumah ada tanah, tanamlah cili, kata menteri Indonesia.
Pekebun pun dah mula jaga ladang cili mereka macam jaga emas!
Nak buat garden makanan mini? Ini caranya.
Thursday, December 30, 2010
Tahun Baru - Tears in heaven
Anak Eric Clapton, Connor 4tahun meninggal setelah terjatuh dari condo tingkat 53.
PERJALANAN HIDUP - Ramli Sarip
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
----------------------------------------
SAUDI, PAS & NEGARA ISLAM
Bukan saya saja yg marah tentang bangunan jam gede di Makkah tu. Ramai lagi.
Lihat ni, musuh pun dah tahu, umat M boleh dijual hanya kerana wang. Masuk New York Times you, dan inilah pemandangan jam besar tu dari kawasan Kaabah. Sedih.
Saya tanya lagi: Apa perlunya bangunan yang memperkecilkan martabat Kaabah?
Hotel mewah dan orang kaya lebih dimuliakan.
Nanti kita tawaf sibuk nonton jam tu, nak tengok bila nak makan. Dan nak tahu bila kita boleh masuk kembali ke bilik hotel kita yg mewah kat depan mata tu.
Agama telah dikomersilkan? Wah, marah nanti Pak Saud tak kasi hamba ke sana lagi. Tapi ini hanya luahan orang kecik.
Yang lebih sedih - artikel NYT tu tulis banyak lagi pembangunan kondo mewah nak dibuat kat situ.
Mereka nak OrchardRoadkan dan KLCCkan Makkah. Bahalol betoi.
DAN di Malaysia, ada orang atas dah nak tutup konsep Negara Islam PAS.
Takut tak dapat undi dan terus jadi parti kampung, anak ulama kata baik PAS jadi parti nasionalis. Berpijak di bumi nyata.
Bagus tu, sebab konsep Negara Islam kuno. Takut nanti orang lempar batu, halau kita dari kampung mereka. Tak undi kita.
Kita modenkan Islam, kasi orang masuk masjid pakai ketat-ketat tak payah bertudung, jual arak di convenience store, ludah bila orang sebut agama. "Over my dead body".
Saya sokong. Syabas.
Errr cuma saya konfuse sikit.
United Malays NATIONAL organisation - "kebangsaan Melayu" - apasal pura-pura nak jadi parti Islam? Nak gubal dasar Islam itu dan ini? Perangai masih merampok rakyat.
Tak 'yah lah. Jadi parti nasionalis macam PAS bagus. Senang dapat undi.
Saya syorkan nama baru utk PAS = Parti Assyabiyah = masih boleh kekal namapendek "PAS".
Monday, December 6, 2010
Kesedihan seorang bapa - takziah Pak Bakar
Saya tak pernah berjumpa Pak Bakaq, tapi setiap peluang membaca blog ~penarik beca ni.
Kami pernah berbual sekali, di telefon, melalui rakan PAS.
Kita yang kehilangan ibubapa dah begitu sedih. Cobaan kehilangan anak tersayang, saya tak dapat bayangkan.
Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Muhammad Sadiq ditempat yang terbaik disisiNya.
Sunday, December 5, 2010
Merokok itu haram. Betul ke?
Salah satu detik itu untuk saya ialah semasa Menengah 2 di Sekolah Menengah Pasir Panjang, atau dikenali oleh kami dengan ringkasan Inggeris, PPSS = Pasir Panjang Secondary School.
Dah lama kena tutup sekolah kampung ni.
Dah tutup juga ialah Pasir Panjang Primary School yang dulunya menjadi sekolah Goh Chok Tong, bekas PM Singapork.
Di sebelah kantin PPSS ada sebuah rumah kecil warna hijau muda - digunakan untuk Boy Scout House, tapi dikunci pintunya. Murid-murid Malayo suka lepak kat belakang bangunan tu.
Satu hari seorang rakan memanggil saya ke cerok tu. Saya pun ikut.
Rupa-rupanya disitulah mamat Melayu PPSS hisap rokok.
Seorang pass sebatang yang berasap kepada saya.
Mereka semua, kata orang zaman ini, Look Cool.
Dulu orang kata - mereka Gerek.
Tak ingat apa rakan yang memberi tu kata. Tapi tentunya lebih kurang - 'Kau try ni, syiok. Gerek!'
Kerana saya nak nampak Gerek, saya pun masukkan mulut dan sedut sekali.
Mak oi. Terbatuk-batuk dan bau asap tak syiok langsung.
Lalu saya kasi balik rokok itu dan belah dari situ.
Itulah satu-satu kalinya saya hisap rokok.
Mujur juga mereka tak kasi ganja! Tentu saya syiok masuk longkang.
Zaman tu - lebih kurang tahun 1971 - orang belum kenal ice dan pil khayal. Mamat Melayu semua lagi syiok berdadah dengan ganja. Macam Beatles, Grandfunk Railroad dan kumpulan rock lain tu.
Pada saya, apa Gereknya hisap benda berbau busuk nih!?!?!
Tak payahlah.
Sekolah tu sekolah kampung, lebih kurang 70 peratus pelajar Cina, 5 peratus India. Maknanya ramai Melayu dari kampung-kampung di kawasan itu. Di Pasir Panjang Road. Hanya 6-7km dari financial district Raffles Place.
Rumah kampung saya (rumah disewa ibubapa) ialah di West Coast Road - jauh betul rasanya masa itu, kena naik bas 20minit, lebih kurang 10km.
APABILA tiba di KL 1994, saya diberitahu para ulama Selangor baru putuskan merokok tu haram.
Eh bestnya! Saya sokong. Ada orang tampal fatwa tu kat surau di tempat kerja saya masa tu di Wisma Budiman (bangunan dekat Maybank di Jalan Raja Chulan).
Tapi, eh, setiap tahun cover Perhimpunan Agong UMNO, kat luar dewan orang merokok sana sini!
Tiap malam saya pulang ke rumah dari perjumpaan besar parti Melayu-Islam, baju bau rokok.
Dan hampir setiap tahun, selama seminggu lepas perhimpunan saya demam kerana banyak menghidu asap benda syaitan tu.
Saya rasa tak ada fatwa gitu kot, kalau tidak takkan orang UMNO yang warak al-mala'ikat semua buat dunno.
GAMBAR di atas, saya nampak tertera di meja makan sebuah restoran di Geylang Serai.
Gimmick nak suruh orang henti merokok - mamat Melayu suka memancing (boleh jimat beli joran), suka main game, suka camping! Suka main bola.
Saudara-saudari,
Smoking is not cool.
Smoking kills.
Simpan duit boleh beli Nintendo, atau baju Melayu nak gi masjid (phwee-weet)!
ST0P & $AVE!
Saturday, December 4, 2010
Singapore - Negara bahagia No.1 Asia (?)
- Kalau kita kata pulau kecik-nonet ni tak ada press freedom, orang dah tahu. Tak kontroversi.
- Jika kamu gunakan tuduhan sebarangan terhadap menteri Kabinet atau orang PAP, ah kau siap! Itu orang dah tahu.
Tak boleh tuduh perdana menteri bunuh orang, lepas tu disuruh keluarkan bukti di mahkamah, lari ke London. Dan hingga hari ini pun tak ada bukti dikeluarkan dalam Internet, walau dah jauh di London tu.
- Jika kita kata di Temasek tidak ada tempat dalam bangunan yang anda boleh menghisap rokok, itu pun orang dah tahu.
- Atau jika anda buang sampah sebarangan, terus kena saman. Lepas tu kena paksa kerja bersihkan sampah selama 1-2minggu.
- Atau tak boleh tidur di bangku di taman-taman.
- Kamu nak demo kat tepi jalan? Lima orang berkumpul dengan niat itu, terus kena cekup, sebab tidak ada permit akan diberikan - bukan untuk pembangkang, bukan juga untuk PAP.
Kat KL dulu, KJ boleh demo pusing KLCC, pekik-pekik nak jumpa Condi Rice konon; tapi bila pembangkang demo, kena pelangkong.
TAPI akan jadi kontroversi besar - termasuk di Singapour sendiri - apabila ada orang kata bahawa pulau ni adalah tempat yang Paling Bahagia di Asia = the Happiest Place in Asia.
Mamat travel writer Dan Buettner (saya tak pernah dengar nama ni. Tapi, kalau RM = bukan Ringgit Malaysia, tapi Rosmah Mansor, saya kenal) baru tulis buku yang menyatakan di seluruh Asia ni, tempat yang paling orang bahagia ialah Singapura.
Bukan Bhutan (di mana dikira Gross National Happiness, bukan Gross Domestic Product), bukan Fiji, bukan pun Kelantan di bawah ulama jadian Nik Aziz Nik Mat.
Kan saya dah kata - isu ini kontroversi. Orang Singapork sendiri pun terkejut al-gorilla (lebih besar dari terkejut al-beruk).
Buettner kata empat tempat paling bahagia di dunia ialah
- Jutland Peninsula in Denmark,
- Nuevo Leon in Mexico,
- San Luis Obispo in California,
- Temasek Darul Casino.
Akhbar saya hari ini besar-besarkan isu ni. Cerita paling besar Muka 1.
Buku Buettner ialah dalam GAMBAR tu.
Laporan-laporan di sini, sini, sini, sini dan cerita panjang di sini.
Maaf tak boleh beri isi penuh dari akhbar The Straits Times sebab kena bayar nak masuk website kami. Tapi saya tulis di bawah antara sebab yang diberikan penulis travel itu.
Mamat ni ke Temasek dua kali masa tulis buku ini, dan tinggal selama empat minggu.
Walaupun ada pungutan suara/polling yang menyatakan Singapore jauh di bawah dari indeks kebahagiaan, Buettner memberi argument lain.
Bahawa ada banyak indeks lagi yang mengukur kebahagian yang menyokong tempat Singapork.
Dan ini apa yang dinyatakannya kenapa beliau pilih pulau di ketiak Johor antara tempat yang best:
- "In Singapore, you cannot freely buy pornography, it is harder to start a political party, but if you're a woman, you can walk down the street any time of the day and you can be pretty sure no one is going to bother you".
- "In Singapore, people of different ethnicities feel they belong and fit in. Citizens are able to trust their Government and police. Unemployment is low, home ownership is high. The country gives people access to green spaces despite having one of the highest population densities in the world".
- Beliau diberi nasihat oleh sociologist Ruut Veenohoven, editor Journal of Happiness Studies yang menyatakan "The places we imagine as paradises don't measure up when it comes to basic prequisites for happiness, such as decent food, adequate health care, and mobility".
Mobility ni saya tak pasti dia maksudkan transport awam baik. Atau dari segi social mobility - di mana anak orang miskin yang berpelajaran dan rajin kerja boleh jadi kaya, tak kira bangsa dan agama.
- "And there's also tax laws in place that encourages people to stay closer to their ageing parents. That way the elderly are taken care of and happier, and it turns out the way socialization works, we get more satisfaction retroactively socializing with our parents than anybody else."
- "When it comes to manufactured happiness, I don't know anybody else on the planet who has done a better job than (Lee Kuan Yew) has, and I know there will be lots of people laughing at me right now but all you have to do is to look at the well-being indices and the data will back me up on that".
Buettner gunakan data kebahagian Gallup, World Values Survey dan the Wrold Database on Happiness sebelum jalan-jalan tulis buku.
Cukup ler tu, nanti orang ingat saya promosikan DAP/PAP pulak.
Saturday, November 27, 2010
Malaysia tinjau projek tingkatkan makanan
Cerita lama saya tentang Contract Farming, di sini dan sini.
Juga tentang New Global Battlefield - Food Farms di sini dan sini.
Di penghujung cerita, saya tulis tentang negara-negara yang dah pun ada projek tanaman di negara luar dengan menyewa tanah. Saya ulang di sini:
- Egypt runs farms growing corn in Zambia, rice in Niger, and vegetables in Tanzania. Now it plans to grow wheat in Uganda.
- Pakistan's Board of Investment plans to put about 9.1 million ha of farmland up for lease to foreign countries and companies.
- An Australian investment group, BKK Partners, says its client is targeting 100,000ha of Cambodian land to grow rice, bananas, sugar cane, palm oil and teak. Investments worth US$600 million (S$847 million) planned.
- Jordan is planning a joint grain venture with Kazakhstan, involving US$50 million in investments.
- Investment group Saudi Star is eyeing 350,000ha in Ethiopia to plant rice, maize, sugar cane and oilseeds.
- Indonesia is targeting 1.6 million ha on Papua island for agriculture projects.
- Libya is planning farmland projects worth US$500 million in Brazil.
- United Arab Emirates' Minerals Energy Commodities Holdings is in talks to lease 100,000ha of farmland in Kalimantan, where the company has a railway and coal project worth about US$1 billion.
-------------------------------------------------------
Hari ini, PM Najib kata Malaysia sedang meninjau kemungkinan mengadakan pakatan dengan negara lain hendak mengeluarkan makanan.
Tapi beliau juga berkata "there was no pressing need" - tidak ada keadaan mendesak - nak membuat projek ladang makanan ini.
Secara peribadi, saya harap sungguh bahawa kerajaan Malaysia mempercepat projekkan isu ni.
Takut pulak harga beras, bawang, kentang dan sebagainya dah naik mendadak, orang dah panik, dah marah kerajaan, baru nak sign itu dan ini.
Lagi satu - belum semua negara masuk bidang ini - bercucuk tanam di negara lain.
Jadi harga tanah yang nak disewa tu - baik di Indonesia, Cambodia, Laos, mahupun negara Afrika - belum lagi tinggi sangat.
Takut lambat sangat tunggu, nanti banyak negara dah buat, makin mahal harga nak bayar. Ini belum masuk harga broker lagi.
Kita berdoalah semuanya dapat berjalan lancar di bidang ini.
Kita semua tentu ingat tahun 2008 tu dulu - teruk Pak Lah kena bantai sebab naikkan harga minyak, dan harga makanan tak terkawal. Bukan salah beliau, tapi orang kalau dah marah, tentu kerajaan kena hamun.
UNTUK maklumat, Singapork dah pun nak buat di China - ladang al-khinzir. Yum, yum.
Dan di negara pulau kecik ni, pendidikan dijalankan tambah sains permakanan, sedangkan petani Singapore - ya, kat red dot ni pun ada golongan petani, tapi sedikit sangat - diberi peluang dan dibantu wang nak kembangkan business pertanian mereka. Gambar-gambar tambahan dan cerita di sini.
Singapore import 90 peratus makanannya dari luar negara, jadi tentu takut jika ada problem.
PENJAJAHAN SEMULA = THE NEW COLONISERS
TAPI, isu sewa tanah di luar negara ni isu yang sangat sensitif.
Misalnya, katalah Malaysia ada ladang padi dan sayur di Papua beribu ekar. Terjadi pada tahun 2020 harga beras dan sayuran sedunia naik gila sehingga orang Indonesia tak mampu beli. Mereka pula tahu bahawa padi-sayur yang ditanam dan dibayar oleh Malaysia tu akan dibawa ke negara yang menyewa tanah.
Tapi mereka kelaparan, anak merengek.
Adakah mereka akan biarkan kapal-kapal bawa pulang beras-sayur, atau akan menyerang sebagai pirate?
Sama juga dengan khinzir Singapore di China dan seterusnya.
Ada yang menyifatkan cara bercucuk tanam untuk dibawa keluar tu sebagai Colonisation.
Penjajahan!
Macam British dulu jajah Malaysia, keuntungan tanam gambir dan getah, dan korek perak untuk dibawa ke London untuk Queen Victoria dan King George.
Detail apa yang berlaku dalam isu sewa tanah negara lain ini, ada di FarmlandGrab.org.
Monday, November 1, 2010
Father & Son - Take your time, think a lot
Masuk National Service di Singapork Darul Cainis.
Si mamat bujang ni, Lance Corporal, took part in the 2010 National Day Parade.... and is proud of it (alamak, teringat lagu Razak Baginda).
And this, the song that always reminded me of my dad, and our relations.
And of my son.
Born in the Year of the Dragon, mamat ni fiery juga bila kena cucuk sikit, nasib baik bapa ni orang Year of the Pig, jadi pandai pujuk dia dengan main oink, oink.
Masa muda, macam-macam kita nak buat. Rasa boleh gegar dunia.
Tak mahu dengar cakap orang, kadang-kadang.
Our job is to help them along, not block them.
Jika anda pernah berumrah - anda akan lihat anak-anak bangsa Arab. Ibubapa mereka main lepaskan gitu saja biar merayau dan mengacau orang. Anak-anak kita semua control.
Saya rasa cara Arab tu bagus juga - let them explore the world and make mistakes. Like we did. So that they will grow tougher, and hopefully, become better at adapting to circumstances (Cuma pak arab ni dapat minyak banyak sangat, jadi pemalas dan sombong bodoh).
Apa pun, ini lagu versi baru - Ronan Keating dengan pak chic Yusuf Is-le.
Kalau tak suka lagu ni tak apa, lagu ni lagi syiok - baca posting lama saya di sini. The lyrics are here!
Boleh gila tertawakan Singapork ni.
"We live in Singapura" by Hossan Leong.
I live in Singapura
It's not perfect living
But at least it's interesting!
The song has become an Internet classic for Singaporean youtubers.
Also do see another version of this song, and laugh more!
Wednesday, August 25, 2010
Tinggal bawah tanah, 4bulan lagi baru keluar
Baru dua hari lalu cerita menyanyat hati di Manila apabila lapan pelancong Hong Kong terbunuh akibat komando SWAT yang bahalol.
Di Chile, pelombong terperangkap 600m di bawah tanah. Seramai 33 orang dijumpai masih hidup - dalam gelap. Dalam lombong emas dan copper.
Mereka tak boleh keluar. Yang baru dimasukkan dari atas ialah paip kecil. Ada kamera, masukkan pil glucose.
Akan dikorek lubang besar lagi, dan mereka akan ditarik keluar satu-satu, jika boleh. Proses nak keluarkan mereka akan ambil masa empat bulan!
Sementara itu mereka disuruh kuruskan badan.
Aduhai.
Begitulah saudara dan puan. Orang cari makan.
Tentunya kita bersyukur kerja kita lebih senang. Dapat jumpa keluarga tiap hari.
Ngeri untuk mereka yang di bawah tu.
Dan ngeri untuk keluarga di atas. Boleh jadi gila beb.
Cerita di sini, sini dan sini.
Facebook di sini.
Wednesday, June 16, 2010
The best World Cup games guide
When you want to check when your team is playing, against whom.
Click here.
Malam ni karang, team saya, Argies, lawan.
Kelmarin depa lawan, fancy sey.
Siapa boleh lupa gol Maradona pada World Cup 1986.
The best goal ever of the Cup, kalau tanya saya.
Tapi rupa-rupanya, Messi pun pernah score seperti itu untuk Barcelona. Wooi.
Lihat clip ini.
Tak kata bohong.
Saya pun pernah gelecek secantik itu.
Masa tu main bola dengan anak-anak. Yang jantan 10 tahun, yang pompuan 7 tahun. Di car park kereta depan rumah.
Dua tahun kemudian, masa main bola bersama, anak jantan saya declare: 'We can't play football with you anymore. You run out of breath too quickly, old man.'
Baru tersentak sedar aku dah tua.
Itu 12 tahun lalu! Heehee.
TAMBAHAN 10mlm
Ah kan! Argies dah bantai mamat Korea 4-1.
Sunday, April 4, 2010
Fulamak! Flat HDB dijual S$900,000! (Harga Giler)
Ada yang dikhaskan untuk locals saja.
Masa tu pasaran hartanah sedang panas!
Saya baru sampai kat KL penghujung 1994 dan menyewa rumah. Saya ingat - alahai, negara orang, lepas 2-3tahun aku balik lah. Tapi syiok pulak duduk di KL Darul Islam HadHari (ada had, dan ada hari! - ini orang Umno yang beritahu saya).
Sangkut sampai hari ini.
Jadi pada 1995 ke atas, saya mencari rumah nak beli, tapi aduhai, dah kena block yang harga kita mampu.
Masa tu, dibuat undang-undang bahawa orang asing tak boleh beli kondo atau rumah teres yang di bawah RM250,000. Masa itu, harga ini memang tinggi lah - 15 tahun lalu.
Dan satu lagi condition untuk beli rumah teres - orang asing tak boleh membeli teres dua tingkat. Tapi kalau teres 2setengah atau 3tingkat, OKlah.
Kalau mamat asing ni (macam aku) nak beli semi-D atau banglo pun boleh, sebab harganya memang tak ada yang kurang dari RM400,000 pun masa tu. Pingsan.
Mana wartawan mampu harga tu, 'bang.
Kini, sebab dah banyak sangat kondo, harga minima untuk asing ialah RM150,000 untuk KL-Lembah Klang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Rumah teres, saya kurang pasti sama ada masih diminimakan RM250,000.
Di JB dan Melaka - kerana ramai orang Singapore; dan di Penang - campur lagi Cina kaya dari Sumatra dan orang Jepun - harga minima katanya lebih tinggi. RM500,000? Itulah yang saya dengar.
RAMAI JUTAWAN ASING
Di Temasek, tak ada harga minima.
Cuma yang dilarang, kerana pulau kecik, orang asing tak dibenarkan beli landed property - hartanah yang ada tanah.
Kalau nak beli juga, kena minta special permission dan banglo (takkan orang kaya raya nak tinggal rumah teres atau semi-D?) mestilah apa yang diklasifikasi sebagai GCB - Good Class Bungalow. Iaitu banglo bertanah besau.
Dia tak dibenarkan membeli banglo kecil-kecilan.
1) Pelakon action movie Jet Li, kini warga Singapore, membeli GCB dengan harga S$20 juta (RM48 juta).
Kurang pasti beliau membeli atas nama warga atau namanya sebagai warga China.
Selain hartanah atas tanah tu, tak ada peraturan lain.
Dan kerana Singapore ni mengaku jadi global metropolis - iaitu bandar dan negara yang dibuka luas kepada orang asing, maka sesiapa pun boleh masuk dan beli kondo dan pejabat atau hartanah komersil.
2) Orang kaya dari India, BK Modi - pemilik Spice Air India (syarikat penerbangan murah macam Air Asia), pemilik syarikat membuat rokok dan pemilik liga kriket professional India Premier League, membeli penthouse kondo The Sail dengan harga S$15.5 juta. Orang lain bayar $10juta, dia terus tambah lagi!
Pakcik Modi ni rilek saja orangnya semasa wartawan Asean jumpa beliau di Delhi. Pakaiannnya, jamnya, saya lihat, macam yang dipakai orang biasa. Tapi dia masuk kat Singapore, teruk semua kena belasah sebab dia bayar dengan harga giler.
3) Lepas tu, ada pula yang merebut membeli The Orchard Residences dengan harga rekod. Termasuk tycoon dari Thailand, baca di sini.
4) Belum habis cerita lagi kak, Datuk.
Ada pula yang mengejar harga kondo The Marq (dekat dengan Orchard Road) dengan harga S$31 juta. Adoi.
(Yang di KL sebelah Ascott dan mengadap Mandarin Oriental ialah The Marc - penthousenya pun paling tinggi RM20juta-30juta).
Hai. Banyak mainan orang kaya ni.
Dari mana datang kekayaan Temasek? Baca sini.
Itulah kelemahan negara yang mempunyai paling ramai jutawan di dunia.
Orang biasa macam kita ni habis kalah dalam banyak isu. Nak beli rumah, kereta mewah, makan di restoran high-end - yang dilayan dengan baik adalah orang kaya.
Tapi itulah yang dipilih oleh Singapore.
Baiknya dasar ini ialah kerana ramai orang mewah masuk, maka pertumbuhan ekonomi sentiasa kencang. Yang tak baiknya, rakyat biasa macam kita jadi second-class citizens.
SINGAPORE, KL & MUMBAI
Secara amnya, harga tertinggi kondo di Singapore ialah S$3,200 per sq ft (satu kaki persegi).
Di Malaysia, harga tertinggi ialah kira-kira RM2,000 per sq ft - iaitu kondo-kondo yang di tepi KLCC.
Antaranya ialah yang di depan Mandarin Oriental - namanya ialah OneKL (setiap unit ada swimming pool!).
Lagi satu ialah The Binjai dekat bangunan Esso (saya pernah masuk showroomnya nak buat story. Showroom hanya dibuka untuk orang kaya. Orang biasa tak boleh masuk!).
Jangan terkejut! Di Mumbai, harga tertinggi kondo sama dengan harga di Singapore!!!
(Di Jakarta, Bangkok, Manila, harga tertinggi lebih kurang sama dengan harga di KL-Penang).
Di New York, harga kondo ialah US$10,000 per sq ft. Mak oi!
Secara purata pula, harga kondo di Singapore ialah lebih-kurang S$1,200 per square foot.
Sebab itu harga perumahan awam HDB di Singapura pun melonjak.
Saya pernah cerita bahawa kira-kira 85 peratus rakyat Temasek menetap di flat HDB. Most of us live in pigeon holes. Ada yang saiz reban ayam.
Hanya 15 peratus yang tinggal di kondo dan rumah atas tanah.
Ramai juga yang miskin di sini - Meet the poor people of Singapore here.
HARGA FLAT AWAM BOLEH BELI BANGLO DI KL
Dah putar jauh-jauh, baru masuk cerita hari ini.
Bom baru meletup di Temasek global metropolis.
Harga rekod kini dicapai untuk harga flat HDB.
Tentunya ramai akan syiok fikirkan untung. Tapi ramai juga akan takut sebab harga rumah semakin melambung, maka yang bergaji kecil dan yang muda baru start kerja macam mana?
Sebuah maisonette HDB baru dibeli dengan harga S$900,000 (RM2.16 juta).
Di Setiawangsa, Keramat dan Melawati di KL ianya harga banglo dua tingkat (4-5bilik), dengan tanah lebih kurang 5,000 sq ft.
Yang harga tinggi ni ialah flat perumahan awam, bukan kondo.
Maisonette ni dalamnya dua tingkat macam rumah teres.
Satu bilik dan satu toilet di bawah, dengan living dan dining.
Di atas ada tiga billik lagi dan dua toilet.
Sebesar 1,860 sq ft di estet perumahan awam Bishan.
Yang orang nak sangat ialah kerana ada balkoni terbuka di maisonette ini. Besar balkoninya.
Ceritanya di sini.
Kalau ikut harga per sq ft, S$484. Bezakan dengan harga kondo $1,200 per sq ft. Atau rekodnya $3,200.
JADI ISU PILIHANRAYA
Isu harga perumahan yang melambung ini adalah antara isu terpanas di Singapore.
Satu lagi ialah isu ramainya pekerja asing (profesional dan buruh) di sini.
Malah, ramai orang Singapore kata sebab ramai orang asing kaya inilah yang membuat harga rumah melambung.
Mereka kaya, masuk sini beli rumah dengan harga giler.
Isu ini hangat dibincangkan di sini.
Pilihanraya umum Singapore mesti diadakan awal 2012.
Isu harga hartanah-pekerja asing ini yang terpanas.
Watch this space.
Hukum mahkamah sivil & fatwa = Bah. 3
Semalam (Ahad), The Star ada membuat laporan panjang lebar mengenai isu ini.
Lihat! Ada tiga laporannya, bukan hanya satu - sini dan sini juga.
Terima kasih Maam Shahanaaz Habib dan para editor Star kerana kini kita dapat penjelasan lebih jelas untuk umat di Malaysia.
(Saya segan dengan si Shahanaaz ni, the bravest female reporter I know. Perang di Baghdad, Yahudi serang Gaza, tsunami Aceh, Padang earthquake antara tempat beliau dah berjuang. Wajahnya macam minah Arab campur Bollywood).
Saturday, April 3, 2010
Dakwah cara Temasek
Sama seperti di negara lain, cara agama disampaikan dah berubah jauh dari zaman saya kecil dulu.
Dulu nak belajar agama, dengar ceramah ramai-ramai ke masjid dan ke surau.
Nak mengaji Quran, kena gi rumah ustaz atau ustazah, duduk 2-3jam kena beratur nak baca depan beliau, secara bergilir.
Semua jantan kena pakai kain pelikat dan songkok, yang pompuan baju kurung dan pakai tudung.
Kalau tak tau baca, malulah kita, sebab banyak mat dan minah lain nampak!
Tapi di situlah ramai jumpa rakan-rakan baru.
Sekarang ini dah tombalik (kata orang Malaysia, terbalik).
Baik di Malaysia atau Singapore, guru agama datang ke rumah kita nak mengajar.
Nak belajar mengaji pun, *assatizah sanggup ke rumah hanya kerana nak ajar ahli keluarga kita. Mewah sungguh orang hari ini.
Yang baiknya anak dapat diperhatikan dengan rapi. Yang tak baiknya, mereka tak dapat kenal anak Melayu-Islam lain di kawasan itu.
(*plural untuk ustaz dan ustazah. Di Temasek kami jarang panggil 'ulama' sebab pada kami itu status yang tinggi. Hanya beberapa kerat saja dipanggil ulama di sini).
Begitulah juga dengan asatizah yang ada brand name di Temasek hari ini. Cara mereka berdakwah dah berubah.
Di Malaysia, asatizah boleh muncul di TV. Ada yang menggunakan blog. Kasi ceramah kat rumah Puan Sri dan Datin.
Kat Singapore, tiga yang top:
- USTAZ MOHAMMAD YUSRI. Seorang bekas imam masjid Orchard Road, Masjid Al Falah (dekat Takashimaya dan Mount Elizabeth Hospital), menggunakan blog, dan digelar Blogger Ustaz.
Anaknya tak dihantar ke madrasah tapi sekolah biasa. Cerita di sini.
Beliau sebenarnya anak kelahiran Kelantan! GAMBAR ATAS.
Blognya ialah abahyasir.com - cara beliau bercerita tentang agama lebih mirip kepada (ahem) cerita dalam blog songsang remgold, daripada cara ustaz traditional.
- USTAZ FAHRURAZI KIAYI KASSIM. Seorang lagi mengikut cara dakwah Kristian di sini - beliau sewa dewan besar dengan harga S$30,000 (RM70,000) untuk hanya empat jam, lalu memanggil 15,000 anak buahnya. GAMBAR ATAS.
Dengan lesen travel agency, ustaz ini mewah - pakai kot dan naik kereta BMW (tak jauh beza dengan ustaz Malaysia kot, yang naik Merc, pakai kot).
Cerita di sini.
Bapanya ialah seorang ulama yang disegani di sini, Kiayi Kassim.
- USTAZ AZMI ABDUL SAMAD. Yang seorang lagi buat TV ads nak memancing hati umat. Arwah bapanya ialah kelasi kapal, dan beliau ini dulunya papa.
Jadi pengalaman hidupnya begitu berbeza. Cerita di sini.
Ketiga-tiga cerita ini dimuatkan dalam akhbar saya The Straits Times, Singapore, minggu lalu.
Di pulau kecik ni, sejak peristiwa pahit ulama Indonesia tahun 1980an yang pernah saya ceritakan, dan lebih-lebih lagi selepas pengeboman World Trade Centre New York pada 2001, asatizah tempatan diutamakan.
Jadi cerita-cerita begini dimuatkan dalam akhbar untuk update bukan-Muslim di Singapore tentang apa yang sedang berlaku sekitaran umat Islam di sini.
Kadang-kadang ada cerita tentang gereja Kristian, persatuan Buddha dan Hindu juga.
Muslim di Singapore merupakan 15 peratus - 400,000 orang lebih sikit.
Singapore ni sebesar Perlis, dan jumlah 400,000 ni ialah jumlah penduduk Perlis. Cuma yang tak ada kat sini ialah colourful Shahidan Kassim, hahaha.
Asatizah dari Malaysia pun kini dah tak digalakkan sangat ke sini, sebab kamu di sana tu ramai dah jadi ulama politik, bukan setakat ulama agama.
Ada yang sokong PAS dan menghentam kerajaan Umno, dan yang seorang lagi tombalik - semua kerajaan Umno buat betul dan yang lain salah.
Ini tak digalakkan oleh pemerintah Temasek Darul Sekular - masalah dan perpecahan negara lain nanti diimport ke sini.
Sama juga paderi dan sami dari luar negara - janganlah bawa masalah politik negara lain ke sini.
Dulu antara ustaz Malaysia yang paling popular di sini termasuk Haron Din, Ismail Kamus.
Friday, April 2, 2010
Hukum mahkamah sivil & fatwa di Singapore = Bah. 2
Semua khutbah di sini dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura, Muis.
Isu originalnya di sini.
Muis memang pantas meletak khutbah Jumaat di websitenya.
Jadi anda boleh baca sendiri khutbah itu - dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Tamil - boleh download.
'Keadilan, Rahmah dan Keihsanan Dalam Pembahagian Harta'.
Bahasa Jawa dan Bangla belum lagi kot.
Isu ini penting benar untuk umat Islam.
Baca cerita asal saya di sini, dan juga komen saya di bawah posting yang sama - mengenai orang tamak di sini yang memaksa flat HDB dijual atas nama faraidh dan Islam (khutbah Muis pun dah kondemn mereka!).
Khutbah Muis menekankan peri penting dalam Islam isu JUSTICE atau KEADILAN ini.
Bacalah sendiri.
Sama ada banyak harta atau tidak, cepat-cepat selesaikan isu ini dengan wasiat, misalnya.
Lebih-lebih lagi, ahem, mereka yang suka merokok. Jangan marah ah.
Thursday, April 1, 2010
Hukum mahkamah sivil Singapore mengatasi fatwa
Mr O meninggal tanpa meninggalkan wasiat. Maka kondo itu tinggal atas nama isterinya.
Cerita dan latar belakang di sini dan sini.
Tapi estet Mr O - iaitu kaum keluarganya yang lain - membuat permohonan kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bahawa sebenarnya setengah daripada kondo itu mesti diberi kepada mereka.
Maknanya harta itu harus dikongsi dengan keluarga Mr O.
Muis bersetuju, menurut fatwa yang ada dikeluarkan di websitenya (wooi, website dalam bahasa orang putih, you. Donch playplay).
Fatwa itu menyatakan bahawa apabila seseorang meninggal dunia tanpa wasiat, dan ada 50:50 joint ownership (milik bersama), maka harta itu (wang atau harta lain) dibahagi dua.
Setengah untuk joint owner. Manakala yang setengah lagi untuk waris lain.
Tetapi minggu lalu, Ketua Hakim Temasek, Chan Sek Keong melalui Court of Appeal (Mahkamah Rayuan) berkata bahawa fatwa hanyalah "moral guidance" untuk umat Islam, dan undang-undang sivil perlu diikuti di Singapore.
Ini bermakna, kondo itu menjadi milik sepenuhnya untuk isteri Mr O.
Muis pula, dalam jawapannya, menerima apa yang telah diunjurkan oleh Ketua Hakim. Baca di sini di mana Muis berkata fatwa sebenarnya telahpun di update agar tidak membebankan umat.
Dan Menteri bertanggungjawab hal ehwal Islam di Singapore (kau ingat Malaysia saja ke yang ada menteri jaga Muslim!?), Yaacob Ibrahim, berkata fatwa akan terus diupdate dan setiap kes akan dikaji dengan teliti. Juga di sini (ada gambar pak menteri ni).
Sebab problem brader, kalau suami dah mati, lepas tu isteri kena kongsi flat 50:50 dengan ahli keluarga lain.
Yang keluarga lain ni mungkin paksa flat dijual agar mereka untung dapat wang.
Tapi kat mana si isteri ni nak tinggal lepas itu? Laki dia dah mati, anak ramai, rumah dah kena jual.
Ini kan zalim namanya. Maka adakah ia masih dipanggil fatwa yang munasabah dan membantu Muslim?
Atau sesuatu yang membebankan?
Seorang lawyer Muslim Singapore buat komen sikit, menyatakan fatwa terbaru Muis ini - iaitu isteri dapat 100 peratus rumah itu, adalah baik.
Menarik benar apa yang berlaku ni.
Bayangkan jika kita orang kaya, dan meninggal tanpa wasiat. Tiba-tiba nama banglo yang di atas nama isteri dan kita sebagai suami, tapi diclaim oleh keluarga lain.
Bagaimana agaknya.
Apa pula dengan Ferrari kita yang hanya atas nama kita saja. Isteri kena kongsi dengan ahli keluarga lain?
Kalau mereka semua bersefahaman tak apa. Boleh tolak ansur - "Tak apalah, ibu/makcik. Ibu/makcik boleh simpan semua, kami tak akan tuntut apa-apa".
Tapi kalau banglo tu berharga RM1 juta (apa lagi kalau RM10 juta!) dan Ferrari baru dibeli, tak berebut semua!!!
MENGENAI isu ini, saya tak tahu langsung tentang undang-undang ni - baik di Singapore mahupun Malaysia, dan juga tak tahu menahu mengenai fatwa Islam tentang perkara ini.
Jadi nak komen pun tak pandai.
Cuma saya teringat - jika isu ni berlaku di Malaysia, kecoh jugak.
Dan saudara dan Datin,
Jika ada harta, lekas-lekas ya, tanya ulama dan peguam, cara nak bahagikan kepada orang yang tersayang sebelum terlambat.
Dan jangan lupa juga wang kita di CPF (di Singapore) dan/atau EPF (di Malaysia). Pergi ke pejabat mereka dan letakkan dalam tulisan - kalau aku kojol besok, wang ini nak dibahagikan kepada siapa.
Tak manis jika kita meninggal kelak, anak-bini gaduh tentang harta. Kalau gaduh sebab ada tiga banglo, empat kondo dan lima kereta mewah tak apa juga.
Yang pernah saya dengar, pergaduhan hanyalah kerana berebut setakat S$5,000 atau S$10,000.
Malulah.
GAMBAR ATAS: Mahkamah lama Singapore binaan British. Di celah tu, bangunan yang berbentuk seperti spaceship itu ialah Supreme Court yang baru! (Kalau sesiapa didapati bersalah, mungkin terus diterbangkan ke Mars kena jail kat sana! Hahaha)
GAMBAR BAWAH: Supreme Court dari sudut lain, pada siang hari, dengan dome mahkamah lama di sebelah kanannya.
Saturday, March 27, 2010
Renungan: Nak ke mana hidup kita?
A tourist complimented the local fishermen on the quality of their fish and asked how long it took him to catch them.
"Not very long," they answered in unison.
"Why didn't you stay out longer and catch more?"
The fishermen explained that their small catches were sufficient to meet their needs and those of their families.
(GAMBAR: Dari website fishing.net.my)
"But what do you do with the rest of your time?"
"We sleep late, fish a little, play with our children, and take jungle walks with our wives. In the evenings, we go into the village to see our friends, have a few teh tariks, play the guitar, and sing a few songs.
"We have a full life."
The tourist interrupted,
"I have a degree from Oxford and I can help you!
"You should start by fishing longer every day.
"You can then sell the extra fish you catch.
"With the extra revenue, you can buy a bigger boat."
"And after that?"
"With the extra money the larger boat will bring, you can buy a second one and a third one and so on until you have an entire fleet of trawlers.
"Instead of selling your fish to a middle man, you can then negotiate directly with the processing plants and maybe even open your own plant."
"And after that?"
"You can then leave this little village and move to KL, Penang or even Singapore!
"From there you can direct your huge new enterprise."
"How long would that take?"
"Twenty, perhaps twenty-five years." replied the tourist.
"And after that?"
"Afterwards? Well my friend, that's when it gets really interesting, " answered the tourist, laughing. "When your business gets really big, you can start buying and selling stocks and make millions!"
"Millions? Really? And after that?" asked the fishermen.
"After that you'll be able to retire,
"Live in a tiny village near the coast,
"Sleep late, play with your children,
"Catch a few fish, take walks with your wife and spend your evenings drinking and enjoying your friends."
"With all due respect sir, but that's exactly what we are doing now. So what's the point wasting twenty-five years?" asked the villagers.
And the moral of this story is:
Know where you're going in life.... you may already be there.
Thursday, March 18, 2010
Nak makan telor cair dalam kotak? Telor tepung?
Negara besar seperti Malaysia menanam sayuran, menternak ayam di tempat sendiri. Ayam bertelor, dijual di pasar dan supermarket, dan lainnya dieksport termasuk ke Singapore.
Negara kecil di selatan Johor ni tak ada hasil pertanian. Ada ladang sayur, pelihara ayam dan fish farms dekat Pulau Tekong. Tapi semuanya kecil-kecilan saja.
Singapore kaya hasil sektor perkhidmatan - perbankan, pelabuhan, perdagangan minyak.
- Singapura ialah pusat kewangan kedua yang paling popular di dunia. Selepas New York.
- Dan pusat perdagangan minyak terbesar di Asia (walaupun bukan pengeluar minyak, ada banyak refinery dan tanker minyak di sini, kapal tangki banyak berlabuh di laut dan minyaknya didagangkan = Temasek ialah salah satu top bunkering port).
- Singapore juga mempunyai pelabuhan paling sibuk di dunia. Walau pelabuhan Rotterdam pun selalu mengaku juga.
- Dan di Temasek ada paling banyak JUTAWAN di dunia (dihitung dalam US$, bukan S$) - 8.6 peratus penduduk Singapore mempunyai harta paling kurang US$1 juta.
Saya tulis 'penduduk' Singapura, bukan warga. Kerana ia membuka luas kepada siapa saja ahli profesional atau jutawan yang nak jadi Penduduk Tetap (Permanent Residents), maka ramai orang kaya yang mempunyai status itu di sini.
Orang Indonesia bangsa Cina yang kaya, rakyat Hong Kong (dan Malaysia!), warga India dan UK yang kaya, antara yang mempunyai rumah/kondo di sini - termasuk pelakon terkenal Gong Li dan Jet Li.
Mereka terbang keluar masuk, bukan tinggal tetap di sini, tetapi mempunyai status PR.
Cukuplah cerita pulau ni. Nanti dituduh buat spin untuk Temasek, atau nak bongkak megah sebagai warga pulau kecik ni.
Pada saya tak guna juga jika kau kaya mana pun, tapi tak ada apa nak makan minum.
Bila ada bird flu dan SARS dulu, Singapore menghadapi banyak masalah. Ini kerana dia mengimport hampir kesemua makanannya.
Apabila ayam dan itek, telor dari Malaysia, daging babi dari Indonesia dan China dihentikan masuk ke Republik sebesar Perlis ni, eeks, problem!
Kena cari ayam dan telor dari Brazil, Australia, Chile dan banyak negara yang dulu tak pernah ditanya pun, sebab kos tinggi nak bawa masuk dari jauh.
Dan harga barang makanan masa tu di Temasek, semuanya melompat!
Kini import daging lembu dan kambing, ayam, babi, telor semuanya telah dipelbagaikan. Tidak lagi condong kepada import hanya dari satu-dua negara, sebab takut masalah selsema burung dan SARS ni berulang.
Itu namanya Food Security.
Kini langkah setapak lagi diambil.
Sebab seperti orang lain, mamat dan ah moi Temasek suka makan telor, pemerintah takut jadi problem jika ada krisis itu dan ini. Sebanyak 77 peratus telor yang dibaham di pulau ini kini datang dari Malaysia Darul Ibu Ayam.
Ini harus dipelbagaikan.
Kini pemerintah Temasek nak perkenalkan rakyat (dengan cara education, bukan mendadak macam nak perkenalkan GST di Malaysia) untuk biasa makan:
1) Telor cecair dalam kotak (liquid eggs). GAMBAR ATAS
2) Telor dalam bentuk tepung (powdered eggs). GAMBAR BAWAH
Alamak mamak! Boleh termakan ke? Rasanya sama ke?
Tak tahulah. Nanti saya cari kat supermarket, cuba makan, dan beritahu anda.
Baca cerita dari akhbar saya di sini.
Sebab utamanya ialah Food Security.
Jika telor dari negara pembekal tak boleh dibawa masuk, rakyat dah dibiasakan makan telor cara lain.
Buat masa ini liquid eggs dan powder eggs digunakan oleh restoran dan kilang membuat makanan.
Maknanya bila kamu makan scrambled eggs kat Macdonalds atau Coffee Bean tu, ia bukan dari telor biji, tapi dari bungkusan.
Dan kueh dan biskut yang dibeli di kedai, dibuat daripada telor yang telah ditepungkan. Takkanlah kilang nak buat biskut Julie's berton-ton tu kena pecahkan telor sebiji-sebiji? Bila nak siap, akak oi!
Tak seperti telor biji, telor bungkus ni boleh tahan lama lagi.
Harganya mahal sikit, tetapi kalau bekal dah putus, sekurangnya ada supply telor alternatif.
Thursday, December 17, 2009
Maal Hijrah 1431. Kempen sampah maut di S'pore
Selamat tahun baru untuk umat Islam. Ini pesanan pemimpin Islam Singapore semalam untuk umat Muhammad di Temasek Darul Sekular - di sini.
-----------------------------------------------------
Monday, November 2, 2009
Melayu Singapura gemar pindah ke Australia
Atau sekurang-kurangnya mereka ada taraf penduduk tetap (PR) di negara-negara tersebut.
Untuk berholiday pun begitu, orang Singapore ni 'action' gemar ke tempat seperti itu - sebab Malaysia dikhuatiri banyak jenayah dan boring, kerana terlalu mirip seperti pulau kecil ini dari segi shopping, makanan dan manusiawinya.
Yang Melayu Singapore pun sama jugalah. Tak semua, tetapi ada yang pandang rendah Tanah Melayu.
Dan kini, ada laporan di Berita Harian Singapura, tempat pertama saya bekerja sebagai wartawan (tahun 1987-1990), bahawa semakin ramai anak Melayu berpindah ke Australia untuk kehidupan yang lebih selesa.
Masing-masinglah.
Walaupun saya selalu kondemn, saya selesa juga duduk di KL sebab kulit dan rupa saya di Keramat sama seperti ramai yang lain di sana, jadi tak dipandang dua kali.
Kalau saya kat Perth, tak tahulah.
Dan saya boleh makan di mana-mana di Malaysia Darul Restoran Kakilima.
Jenayah? Memang takut tetapi kita berhati-hati dan di rumah pun kita tinggal dalam sangkar emas sebab depan-belakang pasang jeriji besi! Hahaha.
Kalau ada kereta pun, biar jangan yang menjolok mata, biar perampok kidnap mereka yang mempunyai kereta glam.
Terima kasih kepada PM Najib, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan IGP Musa Hassan kerana hendak kurangkan jenayah sebanyak 20 peratus tahun depan.
Alahai 'bang, tembak sajalah penjenayah ni semua, saya sokong.
Atau ISA-kan mereka kasi makan nasi semalam.
Friday, October 16, 2009
Gaduh besar dalam PKR, brand Umno naik (sikit)
-------------------------------------------------------
Masih ada orang bertongkat yang nak minta duit, tak mahu kerja keras:
“The renewal in Umno is not just about amending the constitution, it also involves our attitude,” said Najib. He also took the opportunity to respond to the requests from some delegates for financial assistance to be given to division chiefs.
“I want to tell you that a lot of things don’t require monetary allocations. For example, changing from being lazy to become more hardworking,” said Najib.
--------------------------------------------------------Nampaknya ada pergaduhan besar dalam parti agung Anwar Ibrahim.
Kalau Zaid Ibrahim, bekas menteri dalam cabinet Pak Lah, sampai nak kena ambil cuti enam bulan, maknanya nak kiamat agaknya kareer beliau dalam PKR.
Dah saya kata pun, orang dah penat dengan gelagat Pakatan ini - mereka diundi untuk memperbaiki keadaan negara, tetapi nampaknya lebih gemar main politik.
Sementara itu, inilah pertama kali saya komen tentang perhimpunan tahunan Umno. Saya tak mahu banyak komen sebab nanti saya cakap yang benar, orang marah sebab aku ni orang Singapore.
Kononnya orang Melayu Singapore tertindas, kenapa nak komen tentang orang Melayu agung di Malaysia yang perlukan tongkat kalau tidak masuk longkang.
Sebenarnya orang Singapore yang lemah ni boleh tunjuk ajar sikit golongan Melayu Malaysia kerana masih ada yang masih malas dan terus mahu dipimpin oleh Ketuanan Melayu.
Jadi saya nak komen juga: Bagus lah apa yang PM Najib dan KJ kata.
Biar orang Melayu sedar sikit - selepas 50 tahun sebenarnya orang Melayu Malaysia boleh berdaya saing dengan orang bangsa lain. Tak perlu takut.
Memang betul sebahagian daripada dasar bumiputera, seperti kata PM, perlu diteruskan, untuk membantu golongan miskin dan lemah.
Tetapi jika anda dah ada career profesional, dah ada kelayakan profesional, atau dah dapat kontrak besar, nak gunakan tongkat tu lagi buat apa?
Hanya orang tua dan orang buta yang perlukan tongkat.
Saya dari kecil hingga sekarang maju tanpa wang ihsan/kontrak/biasiswa/pinjaman tak-bayar-balik, sama ada dari pemerintah Singapore atau kerajaan Malaysia.
Arwah bapa saya drebar, ibu saya dulu amah.
Itupun boleh naik ke kareer profesional. Mereka membanting tulang untuk kita.
Ramai sungguh rakan-rakan saya berbangsa Melayu di Singapura dan Malaysia yang dulu sedaif begini, tetapi kini dah naik ke langit.
Maknanya, jika kita ada usaha ditambah doa, orang lain tak boleh kacau kita.
Jika orang bekerja 8 jam, saya bekerja 10 jam, jika dia baca satu buku ilmu, saya baca dua. Kamu berjalan 1km, saya teruskan hingga 2km.
Kata orang, permata dalam lumpur tetap bersinar (Wah, berfalsafah aku ni. Itu pun tetap bongok, cuma jadi penolong editor saja. Tetapi saya cuba juga, tanpa tongkat).
Jika kita amati apa yang dikatakan oleh PM Najib dan KJ, agar bangsa Melayu Malaysia kurang bergantung kepada dasar bumi, gerenti bangsa ini akan terus mara.
Dulu mana ada ramai doktor, akauntan, mekanik, jurutera Melayu?
Yang dah pandai, silalah buang tongkat yang melemahkan terus bangsa.
Kini Melayu perlu melahirkan Bill Gates, Warren Buffett, Li Kashing, Igvar Kamprad, Steve Jobs, Jeff Bezos dan Sergey Brin.
Esok karang, kita tawan dunia.
Jom.













