Showing posts with label celebs. Show all posts
Showing posts with label celebs. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Duit tak pernah tidoq

Tersenge-senge saya nonton movie lama, Wall Street, malam ni.
Cari DVD yang dah berhabuk dalam simpanan.

Teringat cerita lama ni sebab movie baru dah keluar - Wall Street, Money Never Sleeps (Michael Douglas dan Shia LaBeouf). Review di sini.
Mamat bernama Shia ni saya ingat umat M, rupanya bukan. Pelakon handalan si mamat muda ni.


Dalam cerita lama - Michael Douglas dan Charlie Sheen.
Sebagai Gordon Gekko dan Bud Fox.
Diterbit tahun 1987, movie ni mendapat cult status bagi pasaran kewangan satu dunia.

Budak kampung (Sheen) jumpa setan pasaran kewangan (Douglas).
Teringat zaman muda - walaupun saya bukan main pasaran saham, futures, forex di Singapore dan KL secara direct, hanya wartawan kewangan biasa.
Ramai juga setan pasaran yang saya jumpa masa tu.
Dan ramai juga budak kampung yang sesat termasuk dalam pasaran kewangan - macam saya. Cerita rusa Geylang masuk Wall Street di New York pada Mei.

Wall Street ialah pasaran kewangan terbesar di dunia, diikuti London, Tokyo dan Singapore.
Well, if New York is the capital city of the world, then Wall Street is its heart.
Itu cakap gedebe omputeh Amerika.

Teringat cerita lama - Semasa membuat liputan di SIMEX dulu (Singapore International Monetary Exchange = futures market) antara yang saya pernah jumpa ialah Nick Leeson, futures trader (nama mereka semakin besar kini - derivatives broker!) dari Barings Bank. Cerita dia di sini, websitenya sini.

Bukan kenal rapat, tapi dapat bertukar kad (di bawah) dan kadang saya nelpon dia nak dapat market commentary.
'Mr Leeson, how is the market today? Why did the Nikkei/Eurodollar futures go up/down? Where is it heading next? Who has been selling/buying today?'
'What do you think of the Japanese/US economy following release of the tankan report/FOMC report? Did the BOJ/Fed intervention surprise the market much?'

Sampai hari ni saya simpan kad ini sebab tak sampai setahun setelah berjumpanya di trading floor SIMEX, saya ke KL penghujung 1994 untuk memulakan kerja baru. Lepas tu cerita meletup-letup satu dunia mengenai bagaimana Nick membuat penipuan besar hingga merobohkan Barings Bank - bank di mana Queen Elizabeth simpan wangnya!
Adoi, duit tak pernah tidoq rupanya.


Dalam movie Wall Street pertama, Gordon Gekko - nama pasarannya ialah fund manager atau financier.
Tapi nama yang kasar dan tepat ialah market speculator.
Menulis mengenai movie Wall Street baru dan lama, majalah New York Times Magazine baru-baru ini - "The devil gets all the best lines...."
Antara yang disebut Gordon Gekko:

- 'Money never sleeps, pal.... You're doing good; you have to keep doing good.'

- 'If you need a friend, get a dog. It's trench warfare out there pal.'

- 'Read Sun Tzu's Art of War - Every battle is won, BEFORE the fight starts.'

- 'Lunch? You gotta be kidding me, lunch is for wimps.'

Dan yang paling saya gemar:

- *"Greed, for lack of a better word, is good.
"Greed is right, greed works."*


(*Takut pulak nanti orang politik baca ni - eh betul tu, betul tu! Hahaha).

Sunday, September 19, 2010

Eh! Paris Hilton nak datang KL

Ada di sini beritanya.
Terima kasih kepada Jho Low - kan saya dah kata budak ni terror-merror nak bantu naikkan nama Malaysia (for a fee, of course).
Walaupun Paris nak lancarkan beg dan perfumenya dia sini, wartawan tentu ada banyak soalan nak tanya beliau.
Ini sidang media Paris di Kampung Baru selepas makan nasi lemak (tepi longkang) yang lazat:

1) Kamu rasa beg dan perfume kamu akan lebih laku jika Pakatan atau Umno-BN jadi kerajaan? Kata Anwar dan Kit pelaburan asing kini kering dan rakyat resah sebab kerajaan tak bagus. - Kini.

2) Anwar ni ada kes meliwat, lagi. Apa pandangan Puan sebagai warga New York, the capital city of the world? Ada jumpa Anwar's No.1 fan, John Mallott, baru-baru ini? Bantai sikit sistem kehakiman kami, Maam - Insider.

3) Kak Paris, DAP kata orang Cainis bukan pendatang. Perkasa kata Cainis pendatang dan tak patut masuk mejid dan soorau. Amacam? - Agendadaily.

4) Kuan Yew kata Malaysia kocar-kacir sedangkan Singapore demokrasi yang terbaik seantero galaxy, walhal burung pun takut nak nyanyi kat sana. Boleh bandingkan US of A dengan demokrasi Temasek? Tak faham? Orh maaf - Temasek ialah nama Singapore dulu sebelum diserang todak dan Melayu ramai mati dan tinggal sikit, sebab Sultan bertitah mereka pakai betis nak tahan serangan. - Utusan.

5) Maam, antara nasi lemak, briyani dan bakkutteh, Maam suka nasi lemak kan, kan, kan? Tak faham? Coconut rice with syiok sambal, Indian fragrant rice with fattening lamb and pig bones soup with garlic. - Star Metro.

6) Puan cantik manis, katanya nak melawat mejid besi Putrajaya? Dah beli tudung warna apa, puan? Alamak, dia jawab warna "chartreuse"? Apa colour tu, huh? - Metro.

7) What you think of WanMalaysia? Can or not? Better than Iselam ada Had ada Hari? - Straits Times Singapork.

8) Apasal anda suka nah dengan mamat Jho Low tu - hensome ke dia? Macam durian masak je, maam. - The Paper That Cares.

9) Maam, you pakai batik hari ni - ini batik asal dari Indonesia, kan? - wakil Antara di KL.

Press handler, Fox Media: Ini soalan terakhir.... tolong jangan tanya tentang tanah KTM dan Singapore. Itu scoop kami kejap lagi dari sumber unit ekonomi PM Najib.

10) Agak-agak nak jadi warga Malaysia tak? Atau anda lebih suka duduk di UK? - Malaysia Today.

Friday, September 11, 2009

Alamak! Rumah Anita Sarawak nak dirompak!

Rumahnya di Taman Melawati.
Baca laporan The Star di sini.

Lagi di sini - rupa-rupanya rumah ibu tirinya, Umi Kalthum.
Untung juga perompak kenal dia, lalu terkejut berok dan lari.
Kalau perompak nampak muka aku, orang Melayu Singapore tertindas, lagi kena tetak agaknya.