Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Bazaar Ramadan - unleashing business energies?

Dah beberapa tahun saya tak ke bazaar Ramadan. Paling kurang tiga tahun sejak saya bekerja di Singapork Darul Dollar.
Kerana waktu kerja yang sibuk pada sebelah petang, dan kurangnya penjualan makanan di tepi jalan seperti di Malaysia waktu Ramadan, saya hanya di kantin pejabat membeli makanan.
Bila hari tak bekerja, saya gemar duduk di rumah untuk berbuka. Tak perlu berebut-rebut membeli makanan dengan orang lain yang sama lapar.

Di Temasek, setahu saya (jika salah sila betulkan), bazaar Ramadan yang diadakan secara tetap setiap tahun hanya di ruang keliling masjid-masjid - cerita masjid-masjid Singapork di sini - atau di beberapa tempat di Geylang Serai.
Yang di tempat lain - di bawah blok flat, atau dapatkan temporary licence pasang khemah beramai-ramai di town centre kawasan perumahan - jarang dilakukan. Begitulah hidup orang minoriti di mana saja pun - hanya boleh bermeriah di mana kaum kecil itu berkumpul.
Di Malaysia, sebab ramai Umat M, jika saya buka table depan kawasan perumahan rumah saya jual cendol dan nasi lemak pun, saya pasti ramai yang datang membeli.  

Semalam saya ke bazaar Ramadan di pusat bandar Taman Melawati.
Wooi, berpuluh gerai = 100 ada?
Orang jual macam-macam.
Jika saya di minus satu point setiap kali air liur meleleh melihat lazatnya makanan yang dijual, semalam saya dah kena minus 1,000 points! Hahaha.
Puasa yok-yok, petang-petang ngendap periok.

Saya juga lihat perangai peniaga yang berlainan.
Ada yang jelas pemilik restoran/gerai di waktu bulan lain, yang cepat dan tangkas memasak dan pandai menarik hati penjenguk.
Ada yang nampak sah setahun hanya sekali jadi peniaga - periok belanga dan wok pun nampak baru! Dan nampak kekok dan malu kucing nak pekik panggil orang suruh singgah. Sudi mampir, kata wak jawa.
Dah jam 4 petang semalam, ada makcik baru sampai bawa kuih dalam talam yang baru nak dipotong. Hai,kenapa tak potong masa kat rumah tadi! Kan lebih selesa. Sah peniaga part-time.
Ada yang saya lihat kalau boleh nak berjabat tangan dan tepok bahu untuk teruskan perjuangan hidup - si laki terkial-kial nak hidupkan api atau goreng sesuatu, si isteri lagi kekok duduk di sebelah. Nak beri semangat.
At a few stalls, you can clearly see that the wives have that look - what am I doing here? I'd rather be at home, sleeping.
Begitulah perjuangan hidup. Sedih juga fikirkan kepayahan hidup mereka.

Orang ramai berhenti mengikut selera masing-masing - nak beli ayam percik, ikan bakar, kueh manis atau lauk sayur nak bawa balik.
Tapi ramai juga tentu terpikat menurut cara presentation.
Sebab semua orang tahu harga barang makanan yang dijual di bazaar ni overpriced. Mak oi, orang jual ikan bakar RM18.
Sayur dalam kotak plastik sedikit saja RM2. Kek tak besar mana 50sen sebiji.
Tapi kalau presentation cantik dan nampak menggiorkan, maklumlah pembeli lapar, akan laris juga.


THE ANNUAL UNLEASHING OF POTENTIAL. Yang menarik untuk saya ialah setiap tahun, ramai rakan dan keluarga kita become instant businessmen and businesswomen.
Berniaga di bazaar, buat kuih kat rumah, jahit baju/langsir upahan sambil menjaga anak di rumah.

Kalaulah boleh, saya nak tanya orang yang bawa periok belanga baru beli tu -
Maam, you tak nak berniaga full-time ke?
Kenapa tidak?
Tak cukup modal?
Tak tahu nak cari tapak jualan?
Tak tahu kat mana nak pinjam duit nak berniaga?
Apa yang diharap jual setahun sekali ni?
Duit raya ke?
Hobi?

Bazaar Ramadan ni unleashed the business potential Umat M ni.
Baik kerajaan Umno atau Pakatan (sebab Melawati dalam Selangor), tak boleh kasi flyer kepada peniaga nak beri panduan ke mana nak pinjam wang, dapatkan advice berniaga kecilan part time/full time, cara nak menyewa tapak dan anggaran ongkos. Bantulah orang di bawah, bukan para datuk dan datin yang datang dengan Merc dan Lexus nak beli juadah tu saja.

Sayang. Habis Ramadan, habis semangat nak berniaga ni - walaupun secara part time supply kueh atau supply lauk untuk restoran dari rumah.

Thursday, June 24, 2010

Selangor oh Selangor

Kita semua dah baca komplot Azmin Ali, kononnya, nak jatuhkan Menteri Besar Khalid Ibrahim di Selangor Darul DAP. Saya kata konon sebab Azmin dah nafi beliau ada kena mengena atau tahu tentang isu ini.

Darul DAP??? Kan MB ialah orang Melayu dari PKR?
Sama juga dulu PAS megah betul dapat MB di Perak.
Walhal yang lebih banyak kerusi baik di Selangor dan juga Perak ialah DAP.
Ali masih tetap di*babakan. Cuma Melayu PAS dan PKR saja yang bahlul, syiok tak sedar diri.

(*Maaf jika kamu pembaca Cina nak marah. Ini fakta
(Pada saya jika MB seorang Cina lebih baik! Sebab mereka akan go out of their way to please Malay constituents.
(Tanya orang Melayu di Penang - selain yang dari puak Umno - no more nonsense of a few people getting the contracts and no more hanky panky in trying to get licences! CM Guan Eng beri hafiz wang! Dan beri Melayu kontrak lebih banyak!!! Tapi itu cerita di lain masa).


a) KENAPA SAYA SOKONG KHALID IBRAHIM

Beliau cuba bawa imej Selangor ditadbir dengan cara profesional.
Saya dah beberapa kali interview dan hadir dalam press conference beliau.
Semasa bos Kumpulan Guthrie dulu, beliau begitu berani invest di ladang sawit di Kalimantan dan Sumatra, join syarikat milik Cina Malaysia yang bijak, dah masuk sana. Sebab tanah untuk sawit di Malaysia kecil saja.
Lepas tu beliau menjadi MB Selangor, saya sempat ke istana Menteri Besar (dulu Khir Toyo yang besarkan selepas MB lama jatuh) - Ooi.
Sempat saya ngendap bilik di sisi swimming pool (yep, apa kolam renang rumah MB) dan padang rumput fussball. Semua dibuat pakai duit rakyat.
Khalid tak tinggal di situ, hanya digunakan untuk meeting. Maklumlah orang super kaya, ada super giant house di Damansara Heights.

Dan apabila beliau ke Singapore, nak pelajari cara Singapore pulihkan air sungai kotor jadi bersih, saya sempat interview sekali lagi.
Satu fakta yang melekat kepala saya semasa interview tu - beliau nak bersihkan Sungai Selangor, agar dapat projek naik di kiri kanan.
Saya tanya, mana nak dapat duit Tan Sri?
Katanya: Selangor setiap tahun ada revenue dari industri dan sebagainya sebanyak RM1.5 bilion (ulang: BILION). Selepas bayar gaji dan tolak untuk itu dan ini, Selangor dapat untung bersih RM800 JUTA SETIAP TAHUN.
Secara purata, RM66 juta SEBULAN masuk dalam akaun negeri Selangor!!! 

Tapi cara orang tadbir syarikat, dan parti politik dan negeri, lain brader.
Kat syarikat bos boleh ignore apa pekerja kata, boleh sack mereka pun! 'You're fired!'

Tapi jika nak terus jadi MB, kena jaga hati orang politik dan rakyat.
Beliau kata, beliau pentingkan rakyat daripada orang parti politik yang nak jawatan.
Ditadbir secara profesional.


b) KENAPA SAYA SOKONG 'GOLONGAN AZMIN ALI'

Katalah, ahem, cerita ni betul.
Sebenarnya, saya pasti cerita ini betul.
Kumpulan ini marah kerana nak jawatan dalam kerajaan Selangor.
Isu ini sebenarnya dah timbul pun dalam meeting besar PKR beberapa minggu lalu di Kota Baru.
Bukan benda baru.

Mereka kata dah lama kami juangkan parti. Dari zaman Reformasi tahun 1998! 12 tahun dah.
Ada yang kena pukul, tangkap polis, kena blackmark tak dapat kontrak, dibuang kerja, bercerai laki bini.
Kenapa dah berkuasa tak 'kasi chance' pada member sikit?

Lantiklah kami ke jawatankuasa. Kasilah kontrak sikit. Masukkan kami dalam pejabat dan syarikat kerajaan Selangor.

Pada Khalid Ibrahim, ini tak boleh sebab 'kita bukan macam Umno'!
Selangor kini di zaman kerajaan profesional, bukan zaman KKN (kronisma, kolusi dan nepotisma) Umno.

Dari satu segi, betullah tu, jika kamu orang super kaya macam Khalid.
Beliau dan jutawan 50 kali, rumahnya mak oi, saya hidup lima kali belum tahu boleh kumpul harta nak beli KAYU KAYAN yang dibuat hiasan dinding di sekeliling rumah, belum nak beli rumahnya.

Tapi jika kamu golongan Reformasi yang miskin, tak ada kerja tetap, perlukan wang nak sara keluarga setiap hari, ada hutang rumah dan kereta, komplen mereka tu betul.
Kenapa tak beri jawatan agar mereka dapat gaji RM1,500 sehingga RM3,000, misalnya.
Betullah perjuangan parti untuk menaikkan nama negara, membersihkan KKN dan seterusnya.
Tapi kalau tak dapat sesuap nasi, payah beb.

Kamu lihat sendiri - dah ramai orang PKR yang lari. Sebabnya? Kata PKR dan Pakatan: kena suap.
Jika betul, kenapa mudah sangat kena suap?
Jawapannya: Mereka miskin atau tak banyak harta. Nampak RM1 juta, lutut lemah dah. Beli ditambah janji Mercedes lagi.

PKR dan DAP bukan PAS.
PAS janjikan SYURGA!



Jadi saya dapat merasakan kenapa ada yang frust begini.
Cari penyelesaian jalan tengah, brader.
Or lose the state.


c) KENAPA SAYA TAK MAHU UMNO KEMBALI BERKUASA DI SELANGOR


Khir Toyo.
Noh Omar.

Tuesday, April 27, 2010

Kontroversi besar di dua pulau Indonesia

1) BATAM

Minggu lalu, saya terkejut apabila terbaca News Flash ada protes dan riot/pergaduhan besar di pulau Batam di Indonesia. Menjadi berita besar dalam akhbar saya.
Kerja saya monitor berita Tenggara Asia dan Asia Selatan (India,Pakistan,Afghanistan.SriLanka), jadi jika ada apa-apa berlaku kami di Foreign Desk cepat dapat tahu agar dapat muatkan dalam akhbar.

Batam ialah pulau yang sangat popular di kalangan warga Singapore. Hanya kira-kira satu jam naik feri - 20km di selatan - ia terletak di kepulauan Riau.
Rakyat Temasek yang gemar sun, beach and sea selalu ke sana. Banyak hotel-hotel yang murah.
Untuk pak jantan pula, mereka berholiday di sana dengan niat lain.
Dan industri-industri yang mahukan tanah dan gaji pekerja murah, mereka membuka kilang besar di sana, termasuk banyak syarikat dari Singapore.

Ini bermakna Batam menjadi competitor kepada Johor - di Johor ada tanah murah dan pekerja bergaji rendah, dan ada Desaru, tapi di Batam lebih murah lagi gaji pekerja, sewa tanah kilang dan harga bilik hotel. Makan seafood pun murah.
Ini kata orang, saya sendiri jejak di Batam sekali saja - mungkin 20 tahun lalu - kerana nak melawat pulau lain, nak tukar bot. Tak masuk Batam pun, hanya di feri terminal.
Masa tu adik saya nak kahwin dengan minah di sebuah pulau tak jauh dari Batam. Namanya Pulau Mongkol (betul Tok Sakmongkol, bukan saya buat lawak! Tak percaya Google 'Pulau Mongkol Riau'). Sekarang adik ipar saya tu dah jadi warga Singapore, anak dua.

Begitu ramai warga Temasek ke Batam sehingga matawang di sana - malah di banyak pulau-pulau di Riau - bukan rupiah, tetapi Singdollar.
Mereka tak suka nonton TVRI tetapi Mediacorp Singapore (samalah orang Johor ketepikan RTM dan TV3, nonton Mediacorp dan Channel News Asia).

Dan beberapa buah pulau dekat Batam menjadi tumpuan ramai warga Kota Singa.
Singapore sama saiz dengan Perlis. Tapi Perlis ada 450,000 penduduk, Singapore ada hampir 5 juta, jadi orang rimas apabila hujung minggu ramai calibut ke JB atau Batam.
Ada lagi pulau-pulau dekat Batam yang popular dengan Singaporeans kerana banyak resort tepi laut- Bintan dan Karimun. Saya pun tak pernah sampai, sebab lebih suka ke Langkawi, Penang atau Melaka. Nak makan seafood ke pasar tani Pasar Melawati di UK, Ulu Kelang.
(Hidup Malaysia!)

Jadi apabila saya terbaca sebuah limbungan kapal telah dibakar dan pergaduhan besar berlaku di Batam, dan 21 buah kereta dibakar, saya amat terkejut.
Polis terpaksa intervene dengan senapang dan riot gear menyelamatkan para pekerja India dan yang bukan Indonesia.
Apa yang berlaku ialah seorang supervisor di limbungan itu, seorang warga India, katanya menegur seorang buruh Indonesia dengan berkata warga Indonesia 'semua bodoh'.
Waduh Pak. Cari maut itu.
Dia kena bantai, mereka membakar dan terbalikkan 21 kereta, dan membakar warehouse serta membongkar pejabat.

Ceritanya dan gambar di sini, sini dan sini.

Pemerintah Singapore pun khuatir sebab banyak industrinya terletak di pulau itu - Batam saiznya sama besar dengan Singapore.
Mujur isu ini dah reda, limbungan (shipyard) dah dibuka semula.



2) BALI

Kini ada kontroversi baru.
Juga melibatkan pulau peranginan, Singapore dan orang India.

Seorang filmaker warga Singapore berbangsa India bikin filem 'Cowboys In Paradise'.
Filem belum ditunjuk pun, tapi gazeknya ada kat Youtube, jadi orang Indonesia dah nonton, lalu mengamuk.
Ia menceritakan gaya hidup gigolo di pantai Bali.
Gazek di sini (tak perlu khuatir, tak lucah).

Sedangkan isu ini bukan isu baru.
Terkejut dan rasa malu, pemerintah Indonesia terpaksa tangkap golongan lelaki di pantai Bali ini.
Lagi orang marah!
Cerita Cowboys in Paradise tu di sini, sini dan sini.

Ini macam filem Malaysia 'Remp-it'. Benda tak seberapa, tapi jadi mainan media, maka filem pun laris.

Kalau gitu, saya pun nak bikin movielah, agar cepat kaya.

Nama movie ialah 'Saya pun Kuda Melayu'.
Cerita tentang kisah dua ekor kuda - seekor bernama 'Hulu Selangor' dan seekor lagi 'Sore Loser'. Kahkahkah.
Cukuplah tu, nanti orang kata saya penyokong BN pulak.
Pada saya kalau dah kalah tu buat bertenang, brader.
BN kalah nipis di Manek Urai, tak sibuk pun ejek-ejek pemenangnya.
Mereka terima.
Pandang ke depan - untuk Pakatan, kenapa pengundi Melayu lari.
Untuk BN - jangan happy sangat. Lebih kurang 20 peratus saja Cina yang sokong kamu. Dan 54 peratus India.


Selamat malam.

Sunday, April 25, 2010

HulSel - Apco, Najib, Anwar, Zionist, Palestin....

TAMBAHAN 1PTG

Anwar Ibrahim baru kata ni dalam satu nota kepada penyokong kenapa beliau akan teruskan perjuangan. Saya setuju 100 peratus:
“The economy is lagging, jobs are scarce and our education system remains mediocre at best.”
 
Pada saya, inilah yang semua harus perjuangkan. 
Termasuk di Temasek Darul-tak-ada-by-election.
 
-----------------------------------------------
 
Saya baru menulis komen di salah satu blog pujaan saya, ~penarik beca oleh Pak Bakaq.
Saya tak kenal dan tak pernah jumpa beliau, tapi beliau pernah letakkan komen dalam blog saya bahawa keluarganya pun suka nonton filem Bollywood, jadi ada pertalian kuat lah tu!
Pak Bakaq, penyokong kuat Pas, gemar sungguh mention Apco-Asiasoft dan menuduh kerajaan Najib sokong zionist kerana itu.
Dan setelah Pakatan tewas, beliau komen lagi! Maka saya pun tergerak nak tulis.

Pak Bakaq, maaf ya saya letak kat sini. Kalau tidak, saya tak tahu lagi apa nak tulis pagi ni.


--------------------------------------------------
Salam Bro,
ini pandangan saya yang tak sokong mana pihak pun.
saya rasa Pakatan kalah bukan sebab mengelat. Dan bukan rakyat tak appreciate darah atau air tangisan Palestin.

1) memang BN selalu mengelat, apa yg bezanya kali ini? Dan Pakatan tak pernah ngelat ke? kalau kasi geran tanah dan janjikan itu dan ini, maknanya samalah kamu berdua. atau mungkin anda berpandangan begini: jika yg beri wang itu BN maka ia menipu, tapi bila yg memberi wang itu Pakatan maka ianya membantu rakyat?

Dan kalau BN kepong kawasan orang asli seperti dituduh, Pakatan pula tak beri BN menggunakan dewan-dewan, menurut tuduhan. satu insiden di HulSel: dewan sedang digunakan seorang ketua wanita MCA, diserang oleh penyokong Pakatan menghalau mereka. Zalim tu, brader. Tak pula dilaporkan media-blog Pakatan.

2) tentang isu Apco ni, walaupun ramai tentu tak puas hati rm76juta dibayar (untuk apa bayar tinggi gitu?!) saya tak rasa ini bermakna kerajaan sokong zionis dan pembunuhan palestin. cuma ia bermakna kerajaan bodoh sebab tak periksa rapi sebelum mengambil PR agency ni.
tanyalah orang dalam: ada orang pertengahan yg dipercayai telah rekomen, menurut cerita, lalu diterima. ia itu ia cerita lama kerajaan BN - menggunakan middleman dan bukan kerajaan sengaja upah firma zionist (kalau betullah apco ni zionist).
si abang anwar pula selalu main rapat dgn ketua-ketua kaum yahudi yg bersimpati dgn zionist dan masuk lagi kumpulan dan firma mereka - sehingga BANYAK betul gambar, jadi tak boleh menafikan ia berlaku! - jadi silalah laporkan jika nak berlaku adil.

saya tak rasa niat anwar sokong zionist dan nak bunuh rakyat palestin dan nak persendakan air mata palestin, cuma beliau suka berkawan dgn orang-orang atasan yg berkebetulan sokong zionist, kan gitu?
jadi kalau anda boleh melihat anwar-dan-zionist secara begitu, kenapa pula tidak najib-dan-apco?

seperti yg saya kata di atas, saya orang neutral, dan melihat isu-isu dari jauh - nun dari sebuah pulau kecil - inilah yg saya nampak.
maaf mengganggu blog anda yg saya gemar membaca.

Kuda BN menang di HulSel

UN-sangka-rable.
Kalau ini lumba kuda, kuda bernama BN baru menang.

Kalau ikut lingo bola: BN 3, Pakatan 7.
BN nak kena menang Sibu: lepas tu BN 4, Pakatan 7.

The game is getting interesting. Tak payah nak analisa lagilah.
Saya nak gi minum dulu. Minum teh tanpa gula, ler.
Saya dah tobat minum teh letak gula sebab kena diabetes.


TAMBAHAN 10.45mlm

Dari Malaysiakini -

- PKR has won all Chinese-majority areas, while at the same time losing all Malay-majority areas.

- According the 'saluran' results, young voters have voted overwhelmingly for Pakatan.
- In addition, it appears that Indian voters have generally return to BN's fold.

1) Kalau saya orang Pakatan, saya tak bising-bising BN main ngelat ke apa. Memang depa selalu gitu, pernah ke dia tak 'ngelat'?
Saya concentrate nak tarik Melayu balik masuk Pakatan.
2) Kalau saya BN, saya tak sorak kuat-kuat dah menang, saya khuatir kenapa Cina tetap anti-BN, dan kenapa orang muda ramai yang undi Pakatan.

Saturday, April 24, 2010

Yang menang di HulSel ialah....

Tok Sakmongkol, tak seperti saya, telah dapat menjelajah HulSel.
Jadi beliau nampak dan dengar sendiri.


Beliau tak nampak MIC begitu aktif warwarkan si Kamal Alan Nathan.
Beliau kata rakyat Cina terus 'defiant', menolak kerajaan pusat.
Dan sang Melayu pun tak 'hot' sangat dengan BN.
Yang lebih merbahaya - beliau berkata ada cawangan-cawangan Umno ada dah buat deal dengan PKR nak undi Zaid. Pulak.

Dan dengan menggunakan angka dan congak, beliau kata yang akan bungkus di Hulu ialah... kamu bacalah sendiri.


Yang lain saya dah tulis pun.... tapi tunggu keputusan dulu ler.
Baru saya tampal kat sini malam karang:

UN-SANGKA-RABLE. BN Menang! (8.20mlm)

Friday, April 23, 2010

Tanda-tanda BN nak menang di HulSel....?

Kita boleh nampak ada beberapa tanda BN akan menang di Hulu Selangor ni.
Memang betul, kalau kita hanya dengar decibel bunyi suara, lantang betul ketua-ketua dan tukang canang, serta spin blogger.
Perang psikologi dan perang saraf.

Semua pihak memang selalu akan berkata kami yakin menang. Itu biasa.
Lepas tu, kini Pakatan bijak - menggunakan reverse psikologi dengan mengatakan 'kami mungkin kalah, tolong semua keluar mengundi!'
Taktik ini pun biasa kita lihat.

Tapi saya tertarik dengan apa yang dilakukan oleh PM Najib Razak dalam beberapa hari ini, yang pada saya menunjukkan BN macam nak menang - ini jangkaan sayalah. Hanya semalam, saya masih takut nak kata BN atau Pakatan akan menang.
Kita semua tahu, dalam pilihanraya kecil sejak zaman Dr M, timbalan presiden Umno menjadi ketua jentera pilihanraya untuk BN.
Di zaman Pak Lah, timbalannya Najib yang kena kempen.
Di zaman Najib, TPM Muhyiddin Yassin jadi jeneral.

Ini dilakukan kerana dua sebab, salah satunya ialah agar presiden yang juga perdana menteri tak payah sibuk kena berkemah di kawasanundi selama dua minggu nak kempen. Si PM kan kena jaga negara, you!
Sebab utama kedua, pada saya, ialah agar jika tewas kelak, PM boleh jauhkan diri dari kekalahan itu.

1) Dalam banyak pilihanraya kecil (PRK) lalu, apabila ditanya, sama ada PRK ini boleh dijadikan petunjuk untuk pilihanraya umum (PRU), PM Najib biasanya kata 'tidaklah, ia hanya PRK biasa saja. Bukan petunjuk apa-apa'.
Bila ditanya wartawan kepo sama ada sesuatu PRK boleh dijadikan referendum untuk itu dan ini, beliau juga kata: Tak adalah. Ia hanya PRK biasa.'

Tapi kali ini, PM Najib kata PRK HulSel menjadi referendum untuk New Economi Model beliau. Ini cerita Bernama beb, bukan spin dari website atau akhbar Singapore yang mungkin salah membuat laporan.
Wooi, maknanya ada sebab beliau sangkutkan NEM ni dengan HulSel. Jika kalah karang, orang akan ejek model ekonomi baru ni tak laku.

2) Lepas tu, saya baca cerita Maika pula.
Selepas 26 tahun MIC gagalkan pelabur India, dan bertukar tiga perdana menteri (walau Semi Value masih kat situ) tiba-tiba Tan Sri G kata akan selesaikan masalah Maika ini dalam tiga bulan.
Depa nak bayar RM106 juta.
Kerana pengundi India ada 19 peratus di HulSel, mungkin dapat swing besar ke arah BN.
Ia menunjukkan PM Najib boleh selesaikan masalah mereka.
Baca artikel The Star tu: Tan Sri G mention nama Najib.
“I was prompted to spearhead this effort to resolve the Maika issue based on the Prime Minister’s concern that this was the biggest problem besetting the Indian community."

3) Dan selalunya, jika sesuatu PRK tu dah gerenti kalah, perdana menteri tak akan turun padang lagi.
Beliau akan turun padang lagi jika boleh menang, atau masih ada harapan.
Sebab kalau last-minute kamu turun dan lepas tu kalah, nanti orang ketawakan: 'PM, Presiden Umno turun semalam, hari ini pengundi terus menolak'.

Ya, mungkin ada nak kata PM Najib terus sogok penduduk dan lain-lain. Itu bab lain beb - pork barrel politics (politik tong daging babi? Hee) ni dilakukan oleh kesemua pihak.
Janji nak kasi geran tanah, nak buat sekolah, kasi kain pulicat....
Eh wah, Najib turun padang lagi semalam. Bagi duit kat pengundi.
Kalau dah gerenti kalah, maka selalunya ketua akan gi jauh-jauh agar tak terpalit dengan kekalahan.


Kalau BN menang, tak hancur zaman politik Zaid Ibrahim! Kemungkinan besar.
Anwar pun goyang.
DAP dan PAS pun cacamerba dan boleh makan bubur caca.

Tapi kalau BN kalah, bukan saja NEM kena ejek teruk.
Samy Vellu apa jadi? Terkubur di HulSel.
Dan kedudukan PM Najib sendiri, bagaimana? Sebab Pakatan akan kata: Rakyat dah tolak kamu, termasuk ramai dari kaum India, dan Melayu sendiri.

Itulah interpretasi saya. Bukan pakai nombor.
Pakai agak-agak sebagai pengamat dari negeri kecik yang pernah diserang ikan todak.
Kalau rasa saya salah, boleh hentam saya (tapi jangan maki-hamun ya, nanti emak keluarkan sabun!)

Thursday, April 22, 2010

Nak tahu siapa menang di Hulu Selangor? Baca ni!

Dah penat satu kampung dan satu dunia kecoh sama ada Zaid Ibrahim suka lumba kuda dan berjudi. Togok ke tidak.
Sama ada PM Najib dan BN menyokong Yahudi ke tidak.
Di sini, saya nak kupas HulSel, Hulu Selangor, gunakan angka.
Sebab kadang-kadang kita gunakan emosi, tetapi menurut data, benda ni jadi lain.
OK, mari kita mulakan.

1) Jumlah pengundi berdaftar 64,500.
Pengundi mengikut bangsa:
Melayu 52.7 peratus, atau 34,020 pengundi.
Cina 26.3 atau 16,964.
India 19.3 atau 12,453 orang.
Dan seterusnya 1.7 peratus Orang Asli dan lain-lain.

2) Kita katalah yang keluar mengundi 85 peratus (jumlah yang tinggi, tapi pilihanraya kecil ini panas, brader!).
Maka jumlah mereka yang mengundi ialah 64,500 x 85/100 = 54,825.
Dan kita katalah, yang keluar mengundi tu ikut kadar bangsa yang sama: Iaitu walaupun yang mengundi 85 peratus, sama ramai peratusan Melayu, Cina dan India yang keluar.
Kalau tak buat andaian ini, susah nak kira. Misalnya jika kita kata semua pengundi Cina boikott, maka BN pasti menang, sebab Cina banyak yang sokong Zaid Ibrahim dan Pakatan.
Atau jika kita kata terlalu ramai Melayu tak keluar, maka tentunya Pakatan menang, sebab Melayu ramai yang sokong BN (atau mereka pengundi PAS) dan kurang selesa dengan cerita hidup peribadi Zaid ni (katanya).
Kita juga kena buat andaian TIDAK ADA undi rosak ler. Kalau tidak susah nak kira bang!

3) Dari jumlah pengundi keseluruhannya, ada 799 pengundi pos.
Kita assume 100 peratus keluar buat pangkahan - mereka dapat time-off nak buang undi, oi!
Dan kita assume, seperti biasa, 85 peratus polis dan tentera ni undi BN.
Maka BN menang = 799 x 85/100 = 679 undi.
Pakatan menang = 799 x 15/100 =  120.

4) Oleh itu, dari 54,825 pengundi ni kena tolak 799 = 54,026.
Melayu 52.7 peratus = 28,472 orang.
Cina 26.3 = 14,209 pengundi.
India 19.3 = 10,427.
Lain 918 orang.

5) Pada pilihanraya Mac 2008, penganalis Ong Kian Ming, yang mengumpul maklumat pilihanraya, berkata orang HulSel mengundi begini kalau dipecah ikut bangsa:
Kantanya, pengundi BN masa tu:
- Melayu 55 peratus daripada jumlah orang Melayu.
- Cina 37.
- India 51.

Baca di sini.
"According to my estimates, using polling station returns, the Malay support for BN was approximately 55% while the Chinese and Indian support were 37% and 51% respectively."

- Baca cerita dan penilaian yang dibuatnya. Menurutnya, Pakatan akan menang besar, tapi ada beberapa assumptions yang pada saya mungkin tersasar sikit. Itu pandangan masing-masinglah. Mungkin saya yang salah besar.

6) Apapun, kalau kita ikut kiraan beliau (55-37-51), maka ini bermakna pada Mac 2008 seperti yang dijangkakan, Cina dah ramai lari dari BN. Melayu dan India pun setengah lebih sikit saja.
Jika saya pandang dari sudut BN, saya kata begini:
a) Melayu dulu yang sokong 55 peratus. Kali ini saya rasa BN boleh dapat 65, sebab mereka tak suka Zaid (misalan saja). 
b) Cina dulu 37 sokong. Kali ini lebih teruk lagi sebab walaupun mereka suka dengan New Economic Model dan PM Najib, mereka rasa lebih selesa dengan Anwar dan Zaid dan Pakatan. Agaknya Cina yang sokong hanya tinggal 25 peratus.
c) India dulu 51 peratus. Nampaknya ramai support NEM dan pengaruh Hindraf dan rasa pedih mereka dah kurang. Dan mereka percaya dengan PM Najib, yang ke Batu Caves dan membuat macam-macam janji nak bantu masyarakat India. Dan Ahli Parlimen pun orang India, Kamal Alan Nathan, graduan tulen Universiti Edith Cowan. Sokongan mereka dijangka naik dari 51 kepada 60.

Kalau kita kira gini, jumlahnya ialah:
a) Melayu = 65/100 x 28,472 = 18,507.
b) Cina = 25/100 x 14,209 = 3,552.
c) India = 60/100 x 10,427 = 6,256.

Jumlah untuk BN = 28,315 daripada sejumlah 54,026 (jika kita assume 100 peratus Orang Asli sokong BN. Jumlah ini pun sedikit).
Maknanya, BN dapat = 28,315/54,026 x 100 = 52.4 peratus.
BN MENANG.
(Ini belum campur undi pos lagi!)

7) Kiraan di atas ini ialah satu cara nak mengira TANPA EMOSI sama ada BN akan menang, atau Pakatan menang.
Jika kamu rasa sokongan dari tiga kaum utama ni lebih tinggi atau rendah, sila masukkan angka anda sendiri, dan hitung ler.


8) OK, dengan panduan ini, anda boleh agak sendiri, letak peratusan pengundi, dan buat jangkaan siapa yang menang.
Yang saya kurang selesa dengan No. 7) tu ialah sama ada sokongan Melayu melonjak ke 65 peratus atau 60 saja.
Dan sokongan dari India naik ke 60 atau 55 peratus saja.

Maka kita kira semula:

a) Melayu = 60/100 x 28,472 = 17,083.
b) Cina 25/100 x 14.209 = 3,552.
c) India = 55/100 x 10,427 = 5,735.

Jumlah untuk BN = 26,370.
Maknanya, BN dapat 26,370/54,026 x 100 = 48.8.
BN KALAH!

Sebab nipis sangat perbezaan, maka kena campur dulu UNDI POS:

(26,370+679)/*54,825 x 100 = 49.3 peratus.
BN Tetap KALAH!!
(*Jumlah campur semua pengundi pos)


AWAS: Ini semua kebanyakannya teka-teka, agak-agak.
Kerana ramai pengundi bekerja di luar HulSel, maka payah nak kata ramai akan pulang mengundi atau tidak.
Dan undi orang muda pun lain - mereka dirasakan condong kepada Pakatan sebab dah fed-up dengan BN. Jadi, misalnya, jika hujan lebat, mungkin makcik dan apek yang tinggal di HulSel tak keluar nak berbaris mengundi, sedangkan orang muda teruskan niat.
Atau mungkin orang muda yang tinggal di KL/PJ dah fed-up kerana inflasi tinggi dan jenayah masih teruk, maka berduyun nak undi, sedangkan yang tua berkata 'Atok/Nyonya nak rilek sebab kat bandar tu jam teruk'.


Apa pandangan Pakcik Remgold yang duduk jauh di Negara PAP yang ada hanya dua kerusi pembangkang?
Saya tak tahu. Sebab kalau tulis pun main teka saja.
It could still go either way.
It will go down to the wire.

Tuesday, April 13, 2010

Letak calon Orang Asli di HulSel, pasti menang!

Blogger kluangman dan ramai lagi dah panjang lebar diskuss nak letak calon MIC atau Umno di Hulu Selangor. Baca komen-komen pembaca blognya juga.

Saya menambah (half joking): kenapa mesti calon Melayu atau India?
Atau Cina pun?
Kenapa tak letak calon independen Orang Asli? Pasti akan menang!

Argument saya:


maaf saya mencelah sikit.
ini fikir di luar kotak (outsyed the box) - malah tak ada kotak pun.

drpd 64,500 pengundi di HulSel ini, 1.7 peratus adalah bukan Melayu, Cina atau India.
saya pernah ke tempat itu = ada beberapa kampung Orang Asli.
apa kata jika BN letak calon independen, seorang Orang Asli.
gerenti menang! sebab apa?

orang melayu tak marah sebab beliau juga bumiputera.
orang india tak marah sebab beliau minoriti lemah seperti mereka.
orang cina, yang masih ramai belot kepada BN, juga tak marah sebab mereka tak perlu lagi mengundi calon Umno atau MIC.
OK SET!!!



TAMBAHAN 8.30PAGI 

Oops! Baru terfikir pagi ini.
Jika diletak Orang Asli dan menang besar, lagi susah.
Nanti setiap kali Umno & BN takut kalah, kena letak OA, sampai tak cukup sebab banyak kerusi nak ditandingkan (Parlimen, DUN & mungkin Town Council).
Dan kerana Pakatan pun tak mahu terus kalah, letak OA juga.

Kalau dah tak cukup OA, saya ada cadangan lain nak gerenti menang, letak makhluk yang lebih ramai manusia tak marah, malah sayang.
Kaum mamat ni dah nak pupus kerana hutan banyak ditebang.
Nama pendek kaumnya ialah OU.
Akak akak akak (nerbous laffter).

Selamat berjuang di HulSel.

Wednesday, April 7, 2010

Hulu Selangor - masih ada yang sayang?

Pada saya, sama ada Pakatan atau BN yang akan menang di Hulu Selangor tak begitu penting.
Pakatan menang kawasan Parlimen itu dengan 198 undi pada pilihanraya Mac 2008.
Tapi BN menang ketiga-tiga kerusi DUN di situ.

Memang benar: Kemenangan sekali lagi begitu penting untuk Pakatan.
Mereka boleh berkokok bahawa rakyat masih bersama mereka, benci PM Najib, benci Apco, setuju dengan MB Khalid Ibrahim dan seterusnya.

Kemenangan untuk MIC-BN juga begitu penting untuk mereka.
Mereka perlu berkokok bahawa rakyat dah muak dengan Pakatan, mereka sayang dengan 1Malaysia, tak percaya lagi dengan Anwar Ibrahim, da da da.


NEGERI TERKAYA

Dan kerana Selangor ini negeri terkaya antara 13 negeri di Malaysia, wooi, tentunya jadi rebutan semua orang.
Saya pernah wawancara MB Khalid di Singapore dulu, dan beliau berkata revenue bulanan yang dikumpul oleh kerajaan Selangor ialah RM3 billion!
Setelah ditolak gaji para pekerja kerajaan, kos perbelanjaan kerajaan dan sebagainya, masih ada RM1.5 billion setiap bulan bakinya. Eh wah.

Bandingkan dengan kebanyakan negeri lain yang akan collapse jika tidak dapat suntikan bulanan daripada Putrajaya.


SIAPA DAH LARI, SIAPA MASIH TINGGAL

Untuk HulSel (senang sikit nak tulis jika dipendekkan) buat kali ini juga, siapa pun yang menang, akan menang dengan nipis.
Tapi pada saya, yang lebih perlu diteliti ialah tahap sokongan dari pengundi Melayu, Cina dan India.

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya, terdapat 64,500 pengundi berdaftar di HulSel Ini termasuk 799 pengundi pos.
Dari jumlah pengundi itu:
- 52.7 peratus Melayu,
- 26.3 Cina,
 - 19.3 India.
- 1.7 peratus Orang Asli and bangsa lain.


Dan menurut seorang penganalisis, pada Mac 2008:
- BN memenangi 55 peratus sokongan orang Melayu di Hulu Selangor. Hanya separuh saja dan tambah lebih sedikit; yang lagi 45 peratus tak mengundi BN di Parlimen HulSel.
- Dan hanya 42 peratus dari pengundi Cina-India undi BN. Yang lagi 58 peratus calibut.

Ini bermakna bahawa walaupun ramai Melayu dan seterusnya mengundi BN untuk 3 kerusi DUN, mereka menjadi pengundi strategik untuk kerusi Parlimen.
Mereka kata ADUN yang menjaga kawasan biarlah orang yang rapat dengan kita, agar dapat menyelesaikan masalah, tapi di Parlimen biar dengar kuat sikit "suara rakyat".

Adakah ramai Melayu akan terus menolak MIC-BN kali ini?
Adakah BN akan dapat sekurang-kurangnya 55 peratus undi Melayu kali ini, atau lebih rendah?
Ini penting kerana boleh dinterpretasi bahawa orang Melayu menerima/menolak New Economic Model, menerima/menolak wakil MIC, mahukan Mat Taib, dan seterusnya.

Bagi pengundi Cina, ramai yakin bahawa Cina di seluruh Malaysia, bukan di HulSel saja, terus menolak Umno dan BN secara umumnya.
Saya yakin mereka tak akan kembali kali ini.
Tapi jika ramai pengundi Cina kembali ke BN - walaupun hanya 5 peratus, fuyoh.
Macam-macam point kita boleh kasi kepada PM Najib.
(Maaf, saya tak ada pecahan 42 peratus pengundi Cina-India yang pilih BN pada 2008, berapa peratus Cina dan berapa India).

Untuk pengundi India, laporan-laporan berkata mereka dah sejuk hati. Tidak marah seperti dulu sehingga membawa Hindraf memberontak di KLCC.
Tapi berapa peratusan dari mereka yang akan kembali kepada BN? Inilah yang kita nak tahu.
Lebih-lebih lagi di HulSel, di mana jumlah mereka begitu tinggi.
Dan tadi, satu signal jelas diberikan oleh Pak Najib kepada masyarakat India: walau ada pressure di kawasanundi itu untuk letak Mat Taib atau wakil Umno lain, BN pilih wakil MIC!
Mesejnya: Orang India, kami masih sayang kepada kamu. Walau orang Umno marah, kami pentingkan understanding lama bahawa ini kerusi India.
Sekarang, Pakatan kena pressure nak kena letak wakil India juga. Atau nak nekad letak Zaid Ibrahim atau nama Melayu lain, dan berkata 'kami di Pakatan tak lihat kepada bangsa, hanya keupayaan mereka'?
Pengundi Cina mungkin percaya omong-omong ini, tapi bukan pengundi India di HulSel.


Semuanya tentu berdebar menunggu hari mengundi April 25, nak tahu sama ada masih ada yang sayang dengan Pakatan atau BN.

Kempen 8 hari mulai dari April 17 hari penamaan calon.

Tuesday, November 10, 2009

Isu Kickdefella boleh goncang Kelantan

Kerajaan DAP-PAS-PKR Perak dah tumbang.
Kerajaan DAP-PKR Penang pernah digoncang.
Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor sedang dikocak.
Kini, jika tak ditangani dengan baik, kerajaan PAS di Kelantan pun boleh goyah.

Hanya kerajaan PAS-PKR Kedah saja yang steady (walaupun pernah digoncang dulu).

Isu pemecatan Sheh Kickdefella ni panas.
Sebab tuduh-menuduh akan timbul.
Betul ke ada scandal sehingga Sheh kena buang kerja?

Tak tahulah sama ada Sheh jadi atau tidak nak adakan press conference ke tidak hari ini (Rabu).
Kerajaan Kelantan kenalah jelaskan dengan jelas.

Rakyat memerhatikan.
Blogger semua terkejut.
Umno menunggu. Nak terkam.

Tuesday, November 3, 2009

Mahkamah harus dakwa bekas mufti Perlis

Mohd Asri Zainul Abidin, 38, ialah bekas mufti di Perlis dan kini menjadi pensyarah ilmu Islam di USM.
Ada tiga babak cerita orang muda ini.

1) Dari satu sudut, kita melihat bahawa beliau dijemput untuk menjadi pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
PM Najib Razak pun nampaknya menyokong beliau.
Menurut Najib, *Asri ialah seorang yang "bercakap berterus-terang dalam ceramahnya dan disokong dengan dalil serta nas-nas yang konkrit berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW".
Wah, pandai PM bercakap tentang agama dan apa yang dibawa Asri!
Mungkin beliau pun pernah mendengar ceramah Asri, tak?

(*Maaf, saya tak gunakan title "Dr" untuk Asri ini. Saya wartawan kaum tua, kami gunakan "Dr" untuk medical doctor, bukan yang lain. Kalau tidak, ramai yang ada PhD).
(Jika saya panggil beliau Ustaz di sini pula, nanti mereka yang benci terhadapnya menganggap saya ni penyokong beliau).


2) Dari satu sudut lain pula, beliau sedang dipujuk untuk memasuki PAS.
Maksudnya ulama PAS pun boleh terima Asri ini.
Kalau tak semua pun, tentu mereka yang di peringkat atas aprti, sebab katanya Ustaz Haron Din sendiri yang pergi berjumpa beliau nak dipujuk masuk Parti Islam SeantaroMalaysia.


3) Dari sudut ketiga pula, ada yang menuduh beliau ni sebenarnya ulama sesat.
Atau setidak-tidaknya ulama yang boleh membawa perpecahan.
Dia katanya membawa pengajaran Wahhabi.
Salah ke bawa ajaran Wahhabi?
Sunnah Wal Jemaah ada empat imam mazhab - Shafie, Hanafi, Malik dan Hambali.

------------------------------------------------------

Untuk mudahkan orang bukan Islam yang membaca ini -
In Islam, there are two sects Sunnis and Syiah (Sunnah Wal Jemaah and Shiah). A political split in ancient times that have hardened into big religious differences.
Among the Sunnis, there are the four main schools of thought (mazhab). Those that are followed by the four Imams of the past.
I guess, just like there are sects and divisions in all religions of the world, from Christianity, to Hinduism to Buddhism or even the Jewish religion.
The Shafie school is followed by people in Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore - ie Malays in this region.

------------------------------------------------------

Dari nama Imam Hambali, Ahmed bin Hambal, nama Wahhabi ini timbul.
Nama Wahhabi itu sebenarnya digunakan oleh musuh-musuh Imam Hambali.

Maksudnya Asri ini ialah pengikut Sunnah Wal Jemaah, tetapi mengikut imam yang lain.
Salah ke?

OKlah, katakanlah salah.
Mari bawa dia ke Mahkamah dan lihat apa jadi.
Mungkin ramai lain tak setuju. Pada saya ini penyelesaian terbaik.
Orang yang menuduh tunjukkan bukti mereka, biar beliau menjawab.
Seluruh Malaysia (dan Singapura, Brunei, Indonesia, selatan Thailand, selatan Filipina, dunia Arab, seantero dunia pun) nak dengar.


------------------------------------------------------
Akhir kata.

Saya tak pernah bertemu dengan Ustaz Asri, tetapi sebenarnya penyokong apa yang didokongnya.
Sebab beliau berani berdepan dengan masyarakat dan bergaul dengan mereka.

Pada saya, mujur ada orang bertaraf mufti seperti Ustaz Asri juga yang menunjukkan bahawa dalam Islam, sebenarnya ada jawapan lain dari yang ditujukkan oleh ulama di Malaysia..
Ada jalan keluar yang lebih mudah difahami.

Kalau nak kata saya setuju dengan semua apa yang dikatakannya pun, tidak.
Saya juga sering tidak setuju dengan pandangan Nik Aziz Nik Mat, Mufti Perak, atau Mufti Singapore pun.
Tetapi biarlah ada pandangan berbeza dalam masyarakat.
Masyarakat yang semua pandangan disekat menjadi jumud. Otak tertutup.

Ustaz Asri tak baca doa qunut? Haramkan tahlil? Tak benarkan mengaji di kubur?
Ini semua membawa orang terkeluar dari Islam ke?
Atau mungkin ada benda lain pegawai Jais belum keluarkan.
Maka ada baiknya, atas nama Islam dan umat Muslim, supaya perkara ini dibawa ke Mahkamah.

Kalau kesalahannya hanya setakat berdakwah tanpa permit, buang masalah 'bang.
Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din dsbnya setiap kali berucap di Selangor tu ada permit ke?
Kalau ada isu lain tentang Ustaz Asri ni yang masyarakat harus tahu, bawa ke depan.
Bak kata mat salleh, Put Up or Shut Up.

Blog Ustaz Asri.
Facebook Ustaz Asri.

Wednesday, September 23, 2009

Hasan Ali, kerajaan Selangor dan kuasa rakyat

Tak ada power, rakyat dah kasi kuasa.
Lima negeri sekali (OKlah satu dah kena curi sebab kamu lalai).


Jaga diri baik-baiklah, jangan sampai rakyat marah, tarik balik power.
Ni gaduh di peringkat atas sampai nak rak apahal pula Hasan Ali & Company?

Mungkin ada yang kata ini mainan media arus perdana.
Tapi kalau tak ada monyet goncang pokok (ini kata KJ dulu apabila beliau serang Dr M), takkan pokok macam nak tumbang?
Media boleh main kotor secara limited saja, lepas tu kalau tak ada apa-apa tak akan menjadi.
Jangan salahkan media saja.

PKFZ - 'A minister' or 'ministers' to be questioned?

Someone go get the tape recorder from the press conference with IGP Musa Hassan yesterday/Wednesday!

First Bernama reported that "a minister" would be questioned by police over the scandal linked to the secret government documents leaked to Malaysia Today over the Port Klang Free Zone.
Story was picked up by Malaysiakini and TheMalaysianInsider.

But the version on online The Star said several individuals including "ministers" (plural) would be hauled up by police.

Later, the police denied that the IGP mentioned "a minister" or even "ministers".
He only said "several individuals".
The revised Bernama story is here.
The "updated" Insider story is here.
IGP denies saying "a minister" or "ministers" here.

Either reporters cocked-up big time, or the IGP did and had to do damage control.

But does this mean that NO minister would now be questioned?
Because if it was indeed Cabinet papers that were leaked, then errr.... shouldn't ministerS be questioned on how they handled such papers?
Like how many of their aides would come into contact with such papers, who are they, and was this the normal procedures.
The 18-page Cabinet paper in Malaysia Today has the word "RAHSIA" on every page.

Then again, maybe Abang Polis does not want to play politics with anyone. It would indeed question ministers but why should it let the media or anyone knows. Because in the media's eyes these days, being questioned is as good as being guilty.
So might as well work behind the scenes, rather than create a scene.
I sincerely believe this is the rationale behind the story.

Friday, September 11, 2009

Alamak! Rumah Anita Sarawak nak dirompak!

Rumahnya di Taman Melawati.
Baca laporan The Star di sini.

Lagi di sini - rupa-rupanya rumah ibu tirinya, Umi Kalthum.
Untung juga perompak kenal dia, lalu terkejut berok dan lari.
Kalau perompak nampak muka aku, orang Melayu Singapore tertindas, lagi kena tetak agaknya.

Monday, September 7, 2009

Let's praise a good decision - charging 'em cows

The Malaysian government waffled a bit, took longer than it's thought necessary, but at lat has decided to make a decision.
The cows of the Shah Alam protest will be herded to court. Charged under the Sedition Act for some. I hope so, because they were trying to be really provocative.

The government and the police would otherwise have set a dangerous precedent of allowing illegal protests of causes it likes (in this case showing up the mistake of the Pakatan government) and killing off those that it doesn't like (like.... oh well, there have been so many of them).

The image of the country, battered recently by the Kartika-caning-no-caning case, had been kicked to a new low by the cow-heads.
If you were an investor or even one of those Malaysia My Second Home looker you might have hesitated a bit in the last few weeks. I think the country does not need that kind of image, that of increasing intolerance to other beliefs.
I can tell you, newspapers in India are aghast at what has been happening in Shah Alam. This after a series of controversies involving Hindus and Indians over the years.

So what, you say?
Well, just this, the India middle-class (like those from China) are increasing fast.
If they think Malaysia is an intolerant country that bully their Hindu brothers, they would give Malaysia a miss as a tourist destination.
Their IT professionals (always praised by Malaysian and Singapore employers are being very good yet at affordable salaries) would not come want to come.
At the other end of the spectrum, Indian blue-collar workers might not want to come.
Ultimately, all these would hit the bottomline of Malaysian companies and Malaysians.

Sunday, September 6, 2009

Sections 19 and 23 - What some residents say

My colleagues in KayEl who cover Malaysia, correpondents Hazlin Hassan and Teo Cheng Wee, covered the riotous Shah Alam town-hall meeting featuring MB Khalid Ibrahim and his much-booed exco last Saturday.
The duo then traipsed through Sections 19 and 23 Shah Alam to sample some voices.
A complex issue it is.
But then, that is what administering a state is like - the opposition used to cause much trouble when government machinery moved in to oust squatters everywhere and in trying to close down temples and suraus - in the name of human rights and human dignitiy (and they're right too, most times).
Now being the government, they are feeling the heat of being shaken up by Umno and MIC. So why complain? Why the bloody double standards?
Just resolve it already.


---------------------------------------------------------

WHAT THE RESIDENTS SAY

The relocation of an Indian temple from one area in Shah Alam to another has turned into a highly charged issue in Malaysia. The Sunday Times visited both Section 19 and Section 23, and spoke to residents there.

SECTION 19

'When we first moved here, we were told the temple would soon make way for houses, but that never happened. We'll be happier if it's moved because the roads here get congested during major Indian festivals. But we're used to it. Everyone should learn to be tolerant.'
- Housewife Jenny Kam, 54

'I think we've been fair. When they asked us to move, we said okay. If we really wanted to stand our ground, we would have insisted on staying in Section 19. But now, how can we move to Section 23? We'll be scared.'
- Flight attendant Ramesh Gopal, 42, one of the temple's committee members

'We have complained for nearly 20 years, but the former menteri besar Khir Toyo just ignored us. Now they are blaming Pakatan Rakyat. Who wants a temple in front of their house? It's noisy, and you can smell it when they burn offerings.'
- Madam Zainah Jamingan, 47


SECTION 23

'Everything was okay. This problem was brought on to us. It's better not to place the temple here. Let everyone live in harmony.'
- Doctor Simon Teva, 35

'We want this location because it's central and can service four Sections. Just one temple for four Sections. How far do they want us to move?'
- Teacher M. Sekar, 47

'Every time they have events, they will play their musical instruments. It will be noisy. And the traffic gets really bad.'
- Civil servant Roshan, 44

Thursday, September 3, 2009

Minister - protesters should be COWed by the law

It can't be good that the Minister in charge of the police is openly siding with a group of people, who:

(1) carried out an illegal protest (ie peaceful demo, but no police permit).
The minister in charge of the police should always come down hard against ALL illegal protesters, I thought.
This apparent double standard is bad.
This is because just like when KJ demonstrated against Condi Rice's 2006 visit with Umno Youth last time - see here - the opposition will now say: Jika depa boleh demo, dapat sokongan dari menteri, kami pun boleh. Mari kita kasi jam satu KL (Pembangkang ni gila juga, kau kasi lubang kecik pun dia masuk).

(2) used a cow's head to demo against the relocation of a Hindu temple.
OK, so now the explanation is that:
a) Kami tak tahu kepala lembu datang dari mana. This is pure bullshit because the head was paraded a long way from mosque to state secretariat building. 300m? Tak nampak ke? Kalau dah nampak, stop lah. Kenapa dipijak dan diludah.
Tak baik sungguh untuk nama Islam jika umatnya dilihat mengeji agama lain.
b) Kepala lembu sebenarnya nak digunakan tunjuk dungunya MB Khalid Ibrahim dan ketua Pakatan lain. This explanation is possible. But then again when you are protesting against a HINDU Temple issue, surely bringing in a bloodied COW's Head would have rung alarm bells?

So let's say we accept explanation (2) - that there was no insult meant against Hindus.
Let's say that was the work of the Internet media, who are, ahem, ever ready to ascribe dark meanings to anything done by the poor Umno Melayu.
Melayu pun tertindas kat Selangor, bukan saja di Singapore, woi! Don't play play.

Even if that was so, it still is wrong, to me, for the minister in charge of Abang Polis to be seen being pally with protesters.
If you say, semuanya ok, tomorrow the Bersih, Hindraf, 1BlackMalaysia, candle vigil protesters all wanna meet him and get his stamp of approval.

My worry is blurring of lines between the separation of the Law (Home Minister/no illegal protest) and Politics (Umno VP/helping Melayu tertindas di Selangor).

Ada cikgu Singapore kata Melayu Temasek tidak tertindas, tak macam yang di Selangor.... Aku cakap kau tak caya.



LATEST 9.30PM
--------------------------------------------------------

Ah good! Now the Minister has turned back on these Shah Alam cows and again issued his "stern" warning.
Cakap aje ke, tangkap ler, orang yang berani cabar Seksyen 23 akan berdarah jika kuil dipindah. Bukan apa, agar yang lain jaga mulut sikit.
Memang boleh protes tetapi saya harap janganlah sampai mencabar darah akan mengalir.

Pembangkang pun apa lagi, lebihkan main politik dari nak selamatkan Malaysia. (Sedih).

Friday, August 28, 2009

Orang Umno Selangor, PM Najib & Khalid Ibrahim

SOALAN 1

Selepas insiden seperti yang terjadi di Shah Alam, di mana kepala lembu telah dipolitikkan, semua orang tentu bertanya sama ada ini kerja (maaf kata) Umno Selangor.
Sama ada Khir Toyo sedang khusyuk berpuasa dan bertasbih di masjid atau di istananya, orang tak kisah. Desas-desus bahawa ini kerja Umno dah keluar pun dari semalam lagi.
Kasihan juga parti terbesar di Malaysia ni. Depa duduk diam-diam pun orang tak percaya.

Tapi tak apa jika orang tuduh melulu. Depa dari pembangkang ni memang kurang ajar.
Baiklah ianya ditepis dengan cara gentleman.
Jadi kita nak dengar apa kata Khir Toyo sebagai supremo Selangor Darul Terkejut.
Adakah beliau akan mengutuk tunjuk perasaan yang mengguris masyarakat Hindu India - seperti musuh politiknya Khairy Jamaluddin telah mengutuk tindakan itu?
Atau cuma kata beliau tidak terlibat, tetapi tidak mengutuk?

Adakah beliau setuju, demi membantu masyarakat Melayu-Islam Seksyen 19 (di depan rumah orang), bahawa kuil itu dipindahkan ke Seksyen 23 di mana ianya akan dibina 200m dari rumah terdekat?
Atau beliau akan berkata ianya harus dipindah saja ke Seksyen 22 sepertimana rancangan kerajaan Umno-BN dulu?
Beliau tentu fasih tentang isu ini kerana pernah jadi Menteri sangat Besar.

Dan saya rasa Umno sebagai sebuah parti (menerusi Majlis Tertinggi) harus kondem cara demonstrasi jalanan seperti ini. Bahaya beb. PKR dah kutuk pun.



SOALAN 2

PM Najib Razak telahpun menunjukkan bahawa beliau marah dengan isu mempermainkan agama orang lain.
Sekarang kita hendak dengar pula suara Timbalan PM Muhyiddin Yassin.
Tan Sri, tolong kutuk juga.
Atau beliau akan kutuk saja kerajaan Pakatan Selangor kerana kurang sensitif kepada masyarakat Islam Seksyen 23, tetapi tidak mengutuk tindakan penunjuk perasaan?

PM Najib dan TPM Muhyiddin pun belum komen tentang pertemuan dengan Anwar Ibrahim. Saya PASTI (confirmed) perjumpaan itu memang telah berlaku.
Blogger Aisehman kata di sini bahawa sejak perjumpaan itu Najib tak banyak serang pembangkang, sedangkan Muhyiddin menyelar Anwar sebagai pembelot kepada orang Melayu.



SOALAN 3

Apa pula kata Abang Polis?
Saya memang selalu belas dengan puak ini kerana seperti kepala lembu, institusi polis telah lama dipolitikkan.
Mereka tangkap penunjuk perasaan, dituduh anti-pembangkang.
Tak tangkap dituduh takut dengan Umno.

Katanya ramai polis semalam di Shah Alam mengelilingi lembu-lembu yang menunjuk perasaan dengan kepala lembu tu. Tetapi tak ada yang ditangkap.
Tak sembur water cannon. Tak tembak gas pemedih mata.
Tak asak pun.
Lor, apa dah jadi?
Lepas tu ketua polis Selangor Khalid Abu Bakar membuat satu statement yang mengejutkan.
Malaysiakini:
As of now, Khalid said no police report has been lodged over the incident.
"If a report is lodged, we will definitely take the necessary action," he stressed.

Huh? Nak tunggu laporan polis sebelum bertindak?
Tapi tak apa, seperti saya kata kasihan Abang Polis ni.
Maka itu kita transfer cerita ini kepada menteri yang jaga polis, Hishammuddin Hussein Onn.
Apa kata beliau?
Kutuk atau hanya bertutur: 'Polis AKAN ambil tindakan keras'.


---------------------------------------------------------

Seperti isu Kartika nak dirotan, isu ini dah jadi bahan berita antarabangsa. Adakah sekali lagi kerajaan akan rilek dan terus dibantai di persada dunia sebelum nak membuat reaksi yang menyejukkan hati pemerhati luar.
Takut jika lambat reaksi yang jitu, pelabur, pelancong dan orang yang simpati dan sayang dengan Malaysia (seperti saya) rasa gusar lagi.
Minggu lalu, Malaysia nak rotan perempuan. Lepas tu diharamkan konsert Black Eyed Peas dan Michael Learns To Rock (ini Pemuda PAS). Terbaru, dijadikan pegawai masjid Selangor boleh tangkap orang minum arak. Lepas tu parti besar Cina berpecah dua, apa lagi nak jadi?

---------------------------------------------------------

SOALAN 4

Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dan PKR serta Pakatan pun sebenarnya tak dapat lepas lari dari isu ini.
Memang senang nak menuduh melulu ini kerja Umno.

Tetapi biar saya kata terang-terangan: Sejak 17 bulan Pakatan mempunyai kuasa lebih besar di Malaysia, ramai orang Melayu-Islam yang saya jumpa - bila berehat di KL dan merayap satu Malaysia buat laporan, dan juga di blog-blog - tak puas hati.
Mereka kata sejak Pakatan ni jadi kuat, bangsa Cina dan India terus mengasak kedudukan Melayu dan hendak melemahkan kedudukan Melayu dan Islam.
Memang betul ada privilege Melayu yang berlebihan dan tak adil (seperti AP kereta), tetapi kenapa semua nampaknya nak dibuang dalam sekelip mata?

Orang Pakatan jika ditanya menjawab: ini 'kerja Umno' atau itu hanya perasaan segelintir.
Atau, tak 'yah lah main isu bangsa lagi kerana rakyat kini dah matang.
Saya tak rasa begitu.

Maksudnya, memang Umno ada cucuk jarum, tetapi telah sekian lama orang Melayu (melalui Umno-BN) berkuasa penuh. Jadi jika kedudukan mereka dihikis dengan cepat begini, mereka tentu marah.
Saya rasa lebih baik berjalan dengan perlahan sedikit dalam isu ini.


---------------------------------------------------------
Untuk Umno-BN

Memang betul takut undi Cina dan India tak kembali ke Umno-BN. Tetapi jika mereka kembali ke pangkuan sedangkan orang Melayu rasa disepikan, masalah lain timbul.

Di sini, maaf kata, orang Umno boleh lihat cara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat kerja.
Dia cuba memujuk orang Melayu - memberi bantuan kewangan kepada yang miskin, dan memberi wang saguhati kepada hufaz (penghafal Quran), misalnya. Pengundi yang tak mahu dengan beliau.
Tetapi beliau tidak pula dilihat mengabaikan pengundi Cina.

Begitu juga dengan apa yang dibuat oleh PM Najib menarik balik atau mengurangkan isu-isu yang mengaitkan bumiputera dalam business dan investment sejak kebelakangan ini.
Slow sikit, To' Sri.
Biar orang Melayu dapat bernafas sikit.

(Saya debat begini bukan nak halalkan tunjuk perasaan kepala lembu, tetapi khuatir ia dipolitikkan oleh yang merasakan Melayu kian tersepit di 'Tanah Melayu'.)

Melayu & Islam, kepala lembu & kepala babi

BABAK 1

Kita semua faham apa rasanya apabila secara tiba-tiba, ada rumah ibadat atau bangunan pejabat atau kondominium, akan dibina dekat rumah kita.
Atau jika tanah kosong atau kawasan belukar dekat rumah tiba-tiba akan ditukar kepada hypermarket atau sebuah lagi projek perumahan.

Tentu kita bantah.
Jika perlu dengan berdemo di jalan raya.

Itulah yang jadi dengan penduduk di Seksyen 23 Shah Alam.
Tetapi kenapa menghina agama lain sampai begitu?

Apa perasaan kita jika esok orang bawa kepala babi macam gitu kerana bantah pembinaan masjid dekat rumah kita?
Lepas tu mereka berkata hati mereka tak aman jika ada masjid di situ sebab bunyi azan dan kuliah subuh yang bising?
Dan mereka kata kepala babi ni untuk Ketua Umno Mr X dan Mr Y.
Tak meletup Umno dan orang Melayu....


BABAK 2

Lagi satu saya tak faham. Dulu orang Seksyen 19 minta kuil dipindah sebab dekat sangat dengan rumah mereka.
Mereka merasakan ditipu oleh PKNS, badan kerajaan Selangor yang selama ini dicontrol oleh Umno - baik Mat Taib, Abu Hassan Omar atau Khir Toyo.
Orang Melayu di situ beli rumah teres, rupa-rupanya di depan rumah dah ada kuil Hindu lama.
Hanya 6m/20 kaki saja dari pintu rumah!
Umno Selangor buat tak tahu selama 26 tahun!

Sekarang kerajaan Pakatan nak tolong orang Melayu Seksyen 19.
Mereka pindahkan kuil ke Seksyen 23 di KAWASAN PERINDUSTRIAN!
Orang Hindu kata semuanya okay.

Rumah terdekat ialah 200m dari kuil ini jika dipindah.
Surau pun 200m.
Kalau orang yang bersembahyang di kuil itu park kereta mereka di kiri kanan jalan sebanyak 100 buah kereta pun, saya rasa tak sampai di depan rumah pertama, yang jaraknya 200m jauh.
Untuk orang KL, jarak anda berjalan dari Suria KLCC ke Masjid KLCC tu baru kira-kira 120m. Ini lebih jauh lagi.
Jadi apa hebohnya, saya tak faham.

Di tempat saya tinggal di Singapore ni, ada sebuah masjid dan DUA buah gereja kira-kira 200m dari flat saya.
Tak adalah bising atau sesak orang gereja tu hingga iman saja jatuh dan tak dapat tenteram nak sembahyang konon.
Orang Cina di tempat saya pun (orang Melayu dan India hanya kira-kira 10 peratus saja di apartmen ini!) tak ada buat hal sebab orang masjid bising.
Bila sembahyang Jumaat, sesak kereta park di kiri kanan jalan raya depan masjid, tak sampai ke apartmen saya pun.


Penjelasan isu ini dibuat oleh orang kuat PAS Selangor, Khalid Samad di blognya, di sini dan di sini. Ada layout helikopter kawasan Seksyen 23 lagi.

Jika beliau bohong atau tersalah, baik anda betulkan demi masa depan negara Malaysia ni.
Saya jarang baca blog beliau, tetapi nampakya beliau menjawab jika ada ditanya orang (macam saya di blog saya).
Sebab kalau asyik gaduh secara ini, dengan menghina bangsa dan agama lain, hancur brader. Hancur.