Ada di sini beritanya.
Terima kasih kepada Jho Low - kan saya dah kata budak ni terror-merror nak bantu naikkan nama Malaysia (for a fee, of course).
Walaupun Paris nak lancarkan beg dan perfumenya dia sini, wartawan tentu ada banyak soalan nak tanya beliau.
Ini sidang media Paris di Kampung Baru selepas makan nasi lemak (tepi longkang) yang lazat:
1) Kamu rasa beg dan perfume kamu akan lebih laku jika Pakatan atau Umno-BN jadi kerajaan? Kata Anwar dan Kit pelaburan asing kini kering dan rakyat resah sebab kerajaan tak bagus. - Kini.
2) Anwar ni ada kes meliwat, lagi. Apa pandangan Puan sebagai warga New York, the capital city of the world? Ada jumpa Anwar's No.1 fan, John Mallott, baru-baru ini? Bantai sikit sistem kehakiman kami, Maam - Insider.
3) Kak Paris, DAP kata orang Cainis bukan pendatang. Perkasa kata Cainis pendatang dan tak patut masuk mejid dan soorau. Amacam? - Agendadaily.
4) Kuan Yew kata Malaysia kocar-kacir sedangkan Singapore demokrasi yang terbaik seantero galaxy, walhal burung pun takut nak nyanyi kat sana. Boleh bandingkan US of A dengan demokrasi Temasek? Tak faham? Orh maaf - Temasek ialah nama Singapore dulu sebelum diserang todak dan Melayu ramai mati dan tinggal sikit, sebab Sultan bertitah mereka pakai betis nak tahan serangan. - Utusan.
5) Maam, antara nasi lemak, briyani dan bakkutteh, Maam suka nasi lemak kan, kan, kan? Tak faham? Coconut rice with syiok sambal, Indian fragrant rice with fattening lamb and pig bones soup with garlic. - Star Metro.
6) Puan cantik manis, katanya nak melawat mejid besi Putrajaya? Dah beli tudung warna apa, puan? Alamak, dia jawab warna "chartreuse"? Apa colour tu, huh? - Metro.
7) What you think of WanMalaysia? Can or not? Better than Iselam ada Had ada Hari? - Straits Times Singapork.
8) Apasal anda suka nah dengan mamat Jho Low tu - hensome ke dia? Macam durian masak je, maam. - The Paper That Cares.
9) Maam, you pakai batik hari ni - ini batik asal dari Indonesia, kan? - wakil Antara di KL.
Press handler, Fox Media: Ini soalan terakhir.... tolong jangan tanya tentang tanah KTM dan Singapore. Itu scoop kami kejap lagi dari sumber unit ekonomi PM Najib.
10) Agak-agak nak jadi warga Malaysia tak? Atau anda lebih suka duduk di UK? - Malaysia Today.
No comments:
Post a Comment