Showing posts with label homes. Show all posts
Showing posts with label homes. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Eh! Blok saya sedang dicat baru

TERKINI ISNIN PAGI

Dengar-dengar pilihanraya di Temasek dan Malaysia hanya berlangsung tahun depan.
Singapore, nampaknya, pada March - setelah Baget dibentangkan Februari.
Malaysia takut banjir, maka akan di adakan GE mungkin pada waktu sama kot.
Sebelum itu, PM Naj akan tendang dua-tiga kerat menteri yang saya pun makin tak senang dengan mereka. Reshuffle sikit.

'Masalah' untuk saya ialah jika pilihanraya serentak dua negara tercinta. Takut saya tak dapat membuat laporan di Malaysia. Sebab bila pilihanraya besau di sini, tak cukup wartawan beb. Tambahan pula, saya tengok keliling tak nampak ramai wartawan umat M kat Newsroom sini - saya rasa kena cover isu Malayo-Moslem untuk Singapork ni.
Tengoklah nasib - kat Malaysia berpesta jika pilihanraya. Sama juga Temasek - lima tahun sekali orang ramai akan beribu-ribu dapat attend ceramah pembangkang dan boo kuat-kuat policy pemerintah.
Sebab di sini bukan macam di utara tu. Tak ada ceramah politik jika tak ada pilihanraya, semua rajin nak kerja.
Jadi lima tahun sekali lepaskan steam 7-8 hari banjiri opposition rallies.

--------------------------------------------

Ini cerita berkepentingan.
Saya terkejut pagi tadi bila ada gondola tergantung di luar tingkap flat saya.
Rupanya ada pekerja asing, FT, sedang cat blok saya. Blok belakang dah ada baju baru pun.
Warna lama ialah coklat dan biru - argh-ly colours. Warna Hindustan mabuk.
Yang baru cream dengan orange trim. Macam away colours pasukan bola Holland.


Flat-flat HDB - yang didiami 85 peratus warga Singapork Darul Pangsapuri - katanya lima tahun sekali akan dicat baru. Bagus ler.
Ahem, pilihanraya umum pun dah dekat.

Tuesday, July 20, 2010

Temasek Darul Bah ngintai Smart tunnel KL

Saya tulis di sini bahawa Sinka-pour kena bah buat kali ketiga dalam sebulan Sabtu lalu.
Kali ini rakyat lebih marah lagi.
1) Kali pertama yang kena teruk ialah Orchard Road (jalan mata empat Orchard Road dan Scotts Road). Yang marah ialah tauke-tauke kedai seperti di basement Lucky Plaza dan Liat Towers.
2) Kali kedua kena kawasan miskin seperti Geylang dan Macpherson, tapi kena sikit juga kawasan orang kaya Bukit Timah dan Telok Kurau (sebab dekat dengan Geylang, ramai juga 'Melayu kaya' Singapork tinggal di kondo dan landed houses di Telok Kurau). Tapi tak teruk sangat, jadi marah pun sikit je.
3) Sabtu lalu, teruk Bukit Timah dan Telok Kurau kena. Basement di tiga kondo di Bukit Timah tenggelam - lebih 100 kereta mewah masuk air teruk. Merc, Audi, Porsche pun ada. Melenting mamat ni semua.
Ada seorang pemilik Porsche berkata: Saya baru belanja S$40,000 (RM92,000) repair kereta ni, kini dah masuk air lagi.
Seorang bakal menteri yang tinggal di Telok Kurau pula komplen beliau tak dapat keluar sarapan sebab keliling kawasan rumahnya bah.

Maka berteraburanlah wakil PUB (agensi air/water agency) dan Menteri Ehwal Sekitaran dan Sumber Air, Yaacob Ibrahim, kena explain. Kasihan.
Dalam Cabinet Sinka-pour ni ada 21 orang, hanya beliau seorang saja Melayu. Kini kena serang air bah pula.
Tapi takpe, beliau cekap, tentu timbul macam sabut (mamat ni kenal saya, jadi takut depa baca blog ni, mampos aku kena buang negeri kat Changi Point, pancing ikan).

Fakta-fakta yang dikeluarkan PUB dan 'Mr Yakult' (orang Singapour dah marah, panggil Yaacob, 'Mr Yakult'. Takpe Pak Menteri saya tetap sokong).

1) Yang menyebabkan banjir BUKAN Marina Barrage - ampangan air yang saya tulis di sini (baca kat bawah sekali).
Mereka kata jika tak ada Barrage tu - lagi teruk banjir.
Itu pun saya rasa ramai masih tak yakin. Orang lagi marah, kau cakap apa pun dia tak dengar.

2) Masa bah kali pertama bulan lalu, PUB kata ia terjadi sebab longkang di Orchard tersumbat dengan batang pokok dan sampah.
Negara glamour, longkang pun ada nama. Nama longkang itu ialah Stamford Canal - satu Singapore semua orang tahu kat mana Canal ni - ia selari dengan Orchard Road tapi di bawah tanah.
Rupa-rupanya bukan tersumbat, tapi kerana hujan lebat sangat, Stamford Canal tak dapat cope.
Rakyat makin marah, sebab macam berdalih. Dulu kamu kata sumbat, ini dah tukar lagu pulak.
Pemerintah kini jadikan priority pertama nak lihat Canal terkenal ni cukup atau tidak. Mungkin kena dalamkan atau dibesarkan lagi, kata Pak Yaacob.

3) Banyak lagi sang longkang akan dibuat lah satu negeri. Banyak projek sedang berjalan pun.

Tapi yang rakyat confuse dan marah ialah kenapa dulu jika hujan lebat pun tak jadi gini? Ini dah tiga kali dalam tempoh satu bulan (30days).

Dan hari ini, tahniah besar untuk Malaysia.
Semalam boss suruh saya telefon wartawan kami di KL buat story tentang Smart Tunnel di KL tu, yang berharga RM1.9 billion.
Singapore agaknya nak tahu macam mana KL Bandar Bah kini jadi KL Bandar Sampah. Errrr maaf, Bandar KalisBah.

Saya tolong sikit buat grafik besar dalam The Straits Times hari ini. Ada cerita lagi tentang bagaimana terowong 11.8m ini (7 kali lebih tinggi dari manusia) telah selamat KL daripada TUJUH banjir besar sejak ia dibuka tiga tahun dulu, dalam Julai 2007.
Hidup Mahathir!

Thursday, February 18, 2010

Bunuh kucing Temasek, masuk jail 10 minggu


Memang kita semua tahu ada 1,001 macam undang-undang di pulau yang pernah dilanggar todak. Maaf, make that 100,001 undang-undang.

Tapi undang-undang ni saya pun baru tahu.
Kalau kamu menyiksa binatang, parah akibatnya.
Baca di sini - mamat mabuk bunuh kucing, kena jail 10 minggu. Padan muka dia.
Agaknya dia ingat dia Alien melawan Predator ke, lalu dia hempas kucing ke tembok? Giler.

Cerita online ni kena potong - tetapi dalam cerita penuh ada line ini:
Those guilty of acts of animal cruelty can be fined up to S$10,000 (ie RM24,000) or jailed for up to 12 months, or both.
Waduh. Enak sungguh pada telinga saya.

Di Singapore ni ada hukum pelik yang ramai juga tak setuju.
Penghuni flat pemerintah, HDB, iaitu 85 peratus warga Singapore, tidak dibenarkan memelihara kucing dalam rumah.
Anjing kecil, boleh, iaitu jenis toy dogs; working dogs macam alsatian, dobermain tak boleh.

Sebab kucing dilarang? Katanya banyak kes di mana kucing tidak di toilet trained, jadi dia buat hal kat depan rumah jiran.
Anjing besar tak boleh sebab mereka ni tak boleh tinggal dalam flat kecil. Rimas. Macam tan sri datuk kena tinggal rumah teres. Ego dia besar sangat, tak muat.
Manakala anjing kecil, katanya, dah toilet trained, dan tidak mengganggu orang sebelah.

Hukumnya di website Housing & Development Board (HDB) di sini.
Membacanya pun saya dah mabuk sebab macamlah anjing tak berak sebarangan dan tak buat bising.

Tapi walaupun kucing tak boleh dibela, ramai juga orang memelihara di flat HDB. Kebanyakannya orang Melayu.
Tentang kucing ni, orang Singapore berani lawan pemerintah.

Tetapi kita boleh lihat di bawah banyak blok di sini ada kucing-kucing yang sebenarnya mempunyai tuan. Tapi tidak dibawa masuk rumah.
Saya sering khuatir keselamatan mereka. Sebab jadi kucing tiri kena duduk bawah blok.

GAMBAR: Kucing bawah blok dekat ofis, saya namakan Maryam, diberi makan. Kesian tengok minah kecik ni kurus.
Sebenarnya dia ada 'ibu' di blok itu yang menjaganya - seorang wanita Cina yang saya pernah beberapa kali ternampak memberikannya makan nasi bungkus dan meninggalkan bekas air untuk dia minum.

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431. Kempen sampah maut di S'pore

Selamat tahun baru untuk umat Islam.
Hijrah 1431.
Semoga Allah memberkati amalan dan pekerjaan kita.
Dan agar kami semua lebih kuat bekerja supaya dihormati orang bukan Islam.
Ini doa orang Singapore macam saya selalu. Kalau saya lebih giat kerja dari yang lain, saya harap akan kurangkan persepsi bahawa Melayu/Islam ni pemalas. Biar orang hormat umat di Temasek ni, mungkin kami miskin dan minoriti tetapi disegani sebab rajin kerja.

Di Malaysia, sebagai setengah warga Malaysia, saya doakan agar negara kurang berkecamuk dengan politik murahan, dan agar jasa dan perjuangan umat Islam lebih dihargai.

Baru tadi seorang rakan kerja saya bertanya - today is your New Year? What is the difference between this and hari raya puasa and hari raya haji?
Kena cerita sikit, sebab untuk orang Tionghua (Jepun pun sama) hari terbesar mereka ialah tahun baru, Chinese New Year.
Jadi mereka ingat kenapa ada pulak tahun baru Islam ni, kan baru lepas hari raya puasa dan haji - masih ramai bukan Islam Singapura berfikir hari raya ialah 'tahun baru Islam'.
Saya kata tadi - tahun baru Islam ni kami ikut peredaran bulan - lunar cycle - macam kalendar Cina. Tak sama macam kalendar biasa yang mengikuti peredaran matahari (Gregorian calendar). Baru depa faham sikit.


Ini pesanan pemimpin Islam Singapore semalam untuk umat Muhammad di Temasek Darul Sekular - di sini.

-----------------------------------------------------
LAGI KEMPEN DI SINGAPORE!
Apapun, baru semalam saya kata Temasek ni gemar sangat berkempen.
Hari ini ada kempen baru - sebenarnya kempen lama dimulakan semula.

Campaign against Killer Litter - Kempen Anti-Sampah Maut.

Di negara di mana 87 peratus rakyatnya tinggal di flat HDB - perumahan awam yang dibina pemerintah - bahaya jika orang sewenang-wenang campak botol dan sampah dari atas.
Dah banyak kali kempen ini diadakan.
Di Singapore ni, kadang-kadang orang gaduh laki-bini atau dengan anak, macam-macam benda depa lempar dan lontar.
Pernah pinggan, baldi, basikal jatuh dari atas. Dan pernah juga orang campak fridge (icebox)!!!
Sebab tu di Temasek, nak pasang compressor air-con di tingkap luar pun ada undang-undangnya - besi kena setebal itu dan ini - jika tidak jatuh atas kepala orang esok, mati.
Nak gantung baju pakai galah di luar tingkap pun ada undang-undang. Kalau tak sepit pun salah - nanti hang punya seluar dalam kena kepala orang kat bawah, mati kelemasan beliau!

Semua ada undang-undang dan saman, sehingga orang buat teeshirt mengejek:
'Singapore is a FINE city'.

Ada dua makna: Singapore adalah bandar yang fine (bagus).
Dan juga: Kat Singapore ni, jika buat salah sikit, kena fine (saman).
Lihat GAMBAR.

Kempen terbaru dimulakan sebab kepala seorang pakcik Melayu yang sedang hadir di persandingan di bawah blok kena pasu bunga yang dilontar dari atas! Dia pengsan. Nasib baik tak maut. (Orang Melayu kebiasaannya kalau kenduri kahwin di bawah blok, orang Cina di hotel dan restoran. Orang Melayu atasan baru adakan kat hotel atau dewan yang di sewa).
Polis serbu rumah pelontar tu. Depa tak mahu buka pintu.
Lalu pegawai Civil Defence menggunakan tali terjun masuk dari tingkap rumah!
Kalau orang tak tahu, tentu mereka ingat ada terrorist dalam rumah tu - kena masuk ala-komando melalui tingkap!!!
Semua orang yang melihat perempuan pelontar tu ditangkap menepuk tangan. Begitulah bencinya orang Temasek terhadap pembuang sampah maut ni. Sebab boleh membunuh orang.
Jika anda berjalan di bawah blok-blok di Singapore ianya lebih bersih berbanding 10 tahun lalu, dan lebih selamat, sebab benda ni dah masuk benak kami semua!
Jangan buang sampah kat tingkap!

Dan kini kempen dah bermula lagi. Dan dah mula dah - ada gambar-gambar dan cerita dalam akhbar-akhbar Singapore.
Kasi semua orang muak sebulan-dua baru kempen diberhentikan.

Wednesday, October 7, 2009

Ini serius - Jangan tidur bogel di negeri gempa

Saya belajar beberapa isu basic jika bermalam di tempat bergempa bumi (seperti Tokyo, Los Angeles, Jawa Tengah, Iran, misalnya)
Yang paling penting ialah jangan tidur dalam keadaan bogel atau separuh bogel. Sebab jika hotel anda nak roboh, takut tak sempat nak berbaju sebelum lari keluar.
Baca isu penting lain di sini.

Saya masih di Padang. Mungkin malam ini bertolak ke Bukittinggi - 3jam dari Padang. Nak meninjau keadaan di sana.
Masih banyak tempat di Padang yang belum ada listrik (letrik) dan air.
Kedai dan rumah kena menggunakan generator set.

Tuesday, September 22, 2009

Raya di Temasek - Jumlah warga tua meningkat


Setelah berjalan raya di Singapore dua tiga hari ni, saya dapat rasai masalah yang sedang dan akan terus melanda negara ini.
Ianya masalah warga tua - baca data dan perbahasan detail.
Saya pernah menulis mengenai isu tua di sini dan kaitannya dengan perumahan. Anda dah tua, anak tak mahu lagi, siapa nak kasi duit belanja harian?

Isu ini sesuatu yang dihadapi pemerintah Temasek dengan agak gusar hati.
Isu ini juga ada kaitannya dengan kenapa negara cili padi ini membuka luas kemasukan warga asing, hingga menjadi isu politik di sini.

Sebelum itu: Tidak seperti di Malaysia atau Indonesia di mana bila hari raya/lebaran, orang bandar semua lari ke kampung, kami di negara sebesar Perlis ni (untuk orang KL: negara sebesar Gombak ke Shah Alam), hari raya pun masih tinggal di flat yang sama.

Sebanyak 85 peratus rakyat Singapura tinggal di apartmen binaan HDB.
(Housing & Development Board ialah developer perumahan pemerintah. Nak kata mudah untuk orang KL, dia buat flat DBKL. Atau di Selangor, dia macam PKNS membina flat).
Cuma 15 peratus yang mampu tinggal di kondominium atau di rumah teres atau rumah di tanah nyata.

Di Temasek, nak tahu rakan anda tu kaya ke tidak senang saja: Tanya alamat dia. Jika dia tinggal di apartmen HDB macam saya, maknanya dia 'orang biasa'.
Tetapi jika dia tinggal di kondo (walau pun disewa! Sebab sewa di kondo berganda dengan di flat HDB), maknanya dia orang kaya, atau sekurang-kurangnya gaji dia besau.
Jika dia tinggal di landed property (rumah bertanah seperti teres atau semi-d), wow, dia atau keluarganya sangattttt lah koyo royo (hanya kira-kira 5 peratus mampu tinggal di landed property).

Balik ke cerita asal: Dalam perjalanan raya saya di flat-flat rumah saudara mara, ramai yang makin tua (macam aku juga).
Baik pakcik atau makcik saya.
Ada yang dah buta tak nampak, yang terlantar di katil, yang menggunakan kerusi roda, yang kena makan belasan pil setiap hari ('Sebelum tidur pun, kena makan ubat', kata seorang makcik saya).
Teringat diri yang semakin tua, dan kini berpenyakit pula.

Dan teringat saya isu tua yang dihadapi Singapore.
Dalam 2020, rakyat Singapura yang berumur 65 tahun ke atas akan berganda kepada 20 peratus daripada jumlah penduduk. Sekarang hanya 10 peratus.
Wooi. Ramai itu. Maknanya setiap seorang dari lima orang yang anda akan jumpa ialah orang yang dah tua.
(Umur bersara di sini ialah 62 tahun, bukan 55 atau 56 seperti di Malaysia).

Bayangkan jika kita tinggal di sebuah rumah, ada seorang tua (emak, misalnya). Seorang anak kecil, dan dua orang yang bekerja.
Tentu standard of living keluarga itu rendah daripada rumah di mana ada TIGA orang yang bekerja. Sebab orang tua perlukan ubat, kena hantar klinik selalu, dan tak dapat masak pun mungkin sebab menggunakan kerusi roda. Dan mungkin kena ambil orang gaji.

Sama jugalah seperti di negara Singapore.
Jika ramai sangat warga tua, maka hasil produktiviti negara turun, harga perubatan naik melambung.
Memang nampak zalim jika dipandang begini.
Tetapi ini isu besar kerana jika ekonomi lemah, maka daya tarikan sesebuah negara akan turun. Orang yang nak mentadbir negara, bank atau syarikat berkurangan.
Yang nak kerja di kilang atau jadi drebar teksi pun tak cukup.

Tidak seperti Malaysia, Iran, India atau Indonesia yang mempunyai ramai anak muda, negara tua lain termasuk Jepun, South Korea dan Hong Kong.

--------------------------------------------------------
Statistik Malaysia

Jika di Singapura, 10 peratus rakyatnya kini berumur 65 tahun ke atas, di Malaysia jumlah mereka ialah 4.6 peratus - lihat data di sini.
Ini kerana kadar beranak-pinak Malaysia tinggi.
Di Singapore, wanita berbangsa Cina yang educated ramai; dan mereka yang tak minat nak berumah-tangga, sebab tanpa suami pun mereka dah ada gaji besau. Bebas pula tu!
Dan yang berkahwin pula, tak suka ramai anak, tidak seperti orang Melayu Singapore yang gemar mempunyai ramai anak!

Tetapi sebelum anda di Malaysia melonjak gembira, masalah negara yang ramai ORANG MUDA pula ialah memastikan ada cukup institusi pengajian.
Dan yang lebih penting, cukup jumlah pekerjaan setiap tahun!
Di Malaysia, kerajaan berkata 100,000 pelajar berdiploma dan berijazah keluar setiap tahun.

Kalau tidak ada kerja dan kelaparan, takut rakyat muda mengamuk dan berdemo seperti yang terjadi di Perancis sedikit masa lalu!!!
Tidak seperti warga tua, kalau tak cukup hospital atau pill pun, dia nak demo jalanan macam mana? Nak demo kat mana kalau naik kerusi roda? Kena sembur water cannon atau gas pemedih mata, hancur!
--------------------------------------------------------
TAMBAHAN 10.40pagi Rabu

Apabila ke masjid saya nampak sesuatu yang jarang dilihat di Malaysia.
Di barisan terakhir sembahyang, atau di barisan tepi, mesti disiapkan kerusi plastik beberapa biji. Mula-mula pelik kerana saya ingat ada VIP nak duduk.
Kegunaannya? Untuk orang tua duduk atas kerusi untuk bersembahyang.
Kalau Jumaat, adalah dari 10 hingga 15 kerusi yang ada penghuninya.
Di barisan tempat solat wanita pun ada kerusi sedemikian.
Ini fenomena baru, saya rasa, sebab beberapa tahun sebelum ini, saya tak nampak (Atau mungkin tak sedar tak?).

---------------------------------------------------------

Isu warga tua di Singapura ini boleh nampak di setiap blok HDB yang anda kunjungi.
Setiap blok HDB sebelum ini mempunyai lif-lif di tingkat 1 (tingkat bawah), kemudian lat 3 atau 4 tingkat, sampai di atas.
Misalnya, di flat lapan tingkat saya, ada lif-lif tingkat 1, 4 dan 7. Yang lain kena naik tangga.
Di blok setinggi 22 tingkat yang saya pernah tinggal di Holland Drive dulu, lif-lifnya di tingkat 1, 4, 8, 12, 16, 20.

Tetapi kini, kerana ramai semakin tua, HDB membuat rancangan baru sejak beberapa tahun ini - Lihat GAMBAR.
Setiap blok akan mempunyai LIF-LIF TAMBAHAN. Ia berhenti di SEMUA TINGKAT.

Gambar menunjukkan lift shaft (berwarna grey) yang sedang dibina.
Dan di bawahnya (di belakang van putih) ialah lorong wheelchair, wheelchair ramp, bagi mereka yang tak berdaya lagi nak menaiki tangga. Jika nak lihat lebih jelas, click untuk besarkan gambar.

Ini adalah cabaran besar bagi Singapore.