Hijrah 1431.
Semoga Allah memberkati amalan dan pekerjaan kita.
Dan agar kami semua lebih kuat bekerja supaya dihormati orang bukan Islam.
Ini doa orang Singapore macam saya selalu. Kalau saya lebih giat kerja dari yang lain, saya harap akan kurangkan persepsi bahawa Melayu/Islam ni pemalas. Biar orang hormat umat di Temasek ni, mungkin kami miskin dan minoriti tetapi disegani sebab rajin kerja.
Di Malaysia, sebagai setengah warga Malaysia, saya doakan agar negara kurang berkecamuk dengan politik murahan, dan agar jasa dan perjuangan umat Islam lebih dihargai.
Baru tadi seorang rakan kerja saya bertanya - today is your New Year? What is the difference between this and hari raya puasa and hari raya haji?
Kena cerita sikit, sebab untuk orang Tionghua (Jepun pun sama) hari terbesar mereka ialah tahun baru, Chinese New Year.
Jadi mereka ingat kenapa ada pulak tahun baru Islam ni, kan baru lepas hari raya puasa dan haji - masih ramai bukan Islam Singapura berfikir hari raya ialah 'tahun baru Islam'.
Saya kata tadi - tahun baru Islam ni kami ikut peredaran bulan - lunar cycle - macam kalendar Cina. Tak sama macam kalendar biasa yang mengikuti peredaran matahari (Gregorian calendar). Baru depa faham sikit.
Ini pesanan pemimpin Islam Singapore semalam untuk umat Muhammad di Temasek Darul Sekular - di sini.
-----------------------------------------------------
LAGI KEMPEN DI SINGAPORE!
Apapun, baru semalam saya kata Temasek ni gemar sangat berkempen.
Hari ini ada kempen baru - sebenarnya kempen lama dimulakan semula.
Campaign against Killer Litter - Kempen Anti-Sampah Maut.
Di negara di mana 87 peratus rakyatnya tinggal di flat HDB - perumahan awam yang dibina pemerintah - bahaya jika orang sewenang-wenang campak botol dan sampah dari atas.
Dah banyak kali kempen ini diadakan.
Di Singapore ni, kadang-kadang orang gaduh laki-bini atau dengan anak, macam-macam benda depa lempar dan lontar.
Pernah pinggan, baldi, basikal jatuh dari atas. Dan pernah juga orang campak fridge (icebox)!!!
Sebab tu di Temasek, nak pasang compressor air-con di tingkap luar pun ada undang-undangnya - besi kena setebal itu dan ini - jika tidak jatuh atas kepala orang esok, mati.
Nak gantung baju pakai galah di luar tingkap pun ada undang-undang. Kalau tak sepit pun salah - nanti hang punya seluar dalam kena kepala orang kat bawah, mati kelemasan beliau!
Semua ada undang-undang dan saman, sehingga orang buat teeshirt mengejek:
'Singapore is a FINE city'.
Ada dua makna: Singapore adalah bandar yang fine (bagus).
Dan juga: Kat Singapore ni, jika buat salah sikit, kena fine (saman).
Lihat GAMBAR.
Kempen terbaru dimulakan sebab kepala seorang pakcik Melayu yang sedang hadir di persandingan di bawah blok kena pasu bunga yang dilontar dari atas! Dia pengsan. Nasib baik tak maut. (Orang Melayu kebiasaannya kalau kenduri kahwin di bawah blok, orang Cina di hotel dan restoran. Orang Melayu atasan baru adakan kat hotel atau dewan yang di sewa).
Polis serbu rumah pelontar tu. Depa tak mahu buka pintu.
Lalu pegawai Civil Defence menggunakan tali terjun masuk dari tingkap rumah!
Kalau orang tak tahu, tentu mereka ingat ada terrorist dalam rumah tu - kena masuk ala-komando melalui tingkap!!!
Semua orang yang melihat perempuan pelontar tu ditangkap menepuk tangan. Begitulah bencinya orang Temasek terhadap pembuang sampah maut ni. Sebab boleh membunuh orang.
Jika anda berjalan di bawah blok-blok di Singapore ianya lebih bersih berbanding 10 tahun lalu, dan lebih selamat, sebab benda ni dah masuk benak kami semua!
Jangan buang sampah kat tingkap!
Dan kini kempen dah bermula lagi. Dan dah mula dah - ada gambar-gambar dan cerita dalam akhbar-akhbar Singapore.
Kasi semua orang muak sebulan-dua baru kempen diberhentikan.
No comments:
Post a Comment