Tuesday, September 22, 2009
Raya di Temasek - Jumlah warga tua meningkat
Setelah berjalan raya di Singapore dua tiga hari ni, saya dapat rasai masalah yang sedang dan akan terus melanda negara ini.
Ianya masalah warga tua - baca data dan perbahasan detail.
Saya pernah menulis mengenai isu tua di sini dan kaitannya dengan perumahan. Anda dah tua, anak tak mahu lagi, siapa nak kasi duit belanja harian?
Isu ini sesuatu yang dihadapi pemerintah Temasek dengan agak gusar hati.
Isu ini juga ada kaitannya dengan kenapa negara cili padi ini membuka luas kemasukan warga asing, hingga menjadi isu politik di sini.
Sebelum itu: Tidak seperti di Malaysia atau Indonesia di mana bila hari raya/lebaran, orang bandar semua lari ke kampung, kami di negara sebesar Perlis ni (untuk orang KL: negara sebesar Gombak ke Shah Alam), hari raya pun masih tinggal di flat yang sama.
Sebanyak 85 peratus rakyat Singapura tinggal di apartmen binaan HDB.
(Housing & Development Board ialah developer perumahan pemerintah. Nak kata mudah untuk orang KL, dia buat flat DBKL. Atau di Selangor, dia macam PKNS membina flat).
Cuma 15 peratus yang mampu tinggal di kondominium atau di rumah teres atau rumah di tanah nyata.
Di Temasek, nak tahu rakan anda tu kaya ke tidak senang saja: Tanya alamat dia. Jika dia tinggal di apartmen HDB macam saya, maknanya dia 'orang biasa'.
Tetapi jika dia tinggal di kondo (walau pun disewa! Sebab sewa di kondo berganda dengan di flat HDB), maknanya dia orang kaya, atau sekurang-kurangnya gaji dia besau.
Jika dia tinggal di landed property (rumah bertanah seperti teres atau semi-d), wow, dia atau keluarganya sangattttt lah koyo royo (hanya kira-kira 5 peratus mampu tinggal di landed property).
Balik ke cerita asal: Dalam perjalanan raya saya di flat-flat rumah saudara mara, ramai yang makin tua (macam aku juga).
Baik pakcik atau makcik saya.
Ada yang dah buta tak nampak, yang terlantar di katil, yang menggunakan kerusi roda, yang kena makan belasan pil setiap hari ('Sebelum tidur pun, kena makan ubat', kata seorang makcik saya).
Teringat diri yang semakin tua, dan kini berpenyakit pula.
Dan teringat saya isu tua yang dihadapi Singapore.
Dalam 2020, rakyat Singapura yang berumur 65 tahun ke atas akan berganda kepada 20 peratus daripada jumlah penduduk. Sekarang hanya 10 peratus.
Wooi. Ramai itu. Maknanya setiap seorang dari lima orang yang anda akan jumpa ialah orang yang dah tua.
(Umur bersara di sini ialah 62 tahun, bukan 55 atau 56 seperti di Malaysia).
Bayangkan jika kita tinggal di sebuah rumah, ada seorang tua (emak, misalnya). Seorang anak kecil, dan dua orang yang bekerja.
Tentu standard of living keluarga itu rendah daripada rumah di mana ada TIGA orang yang bekerja. Sebab orang tua perlukan ubat, kena hantar klinik selalu, dan tak dapat masak pun mungkin sebab menggunakan kerusi roda. Dan mungkin kena ambil orang gaji.
Sama jugalah seperti di negara Singapore.
Jika ramai sangat warga tua, maka hasil produktiviti negara turun, harga perubatan naik melambung.
Memang nampak zalim jika dipandang begini.
Tetapi ini isu besar kerana jika ekonomi lemah, maka daya tarikan sesebuah negara akan turun. Orang yang nak mentadbir negara, bank atau syarikat berkurangan.
Yang nak kerja di kilang atau jadi drebar teksi pun tak cukup.
Tidak seperti Malaysia, Iran, India atau Indonesia yang mempunyai ramai anak muda, negara tua lain termasuk Jepun, South Korea dan Hong Kong.
--------------------------------------------------------
Statistik Malaysia
Jika di Singapura, 10 peratus rakyatnya kini berumur 65 tahun ke atas, di Malaysia jumlah mereka ialah 4.6 peratus - lihat data di sini.
Ini kerana kadar beranak-pinak Malaysia tinggi.
Di Singapore, wanita berbangsa Cina yang educated ramai; dan mereka yang tak minat nak berumah-tangga, sebab tanpa suami pun mereka dah ada gaji besau. Bebas pula tu!
Dan yang berkahwin pula, tak suka ramai anak, tidak seperti orang Melayu Singapore yang gemar mempunyai ramai anak!
Tetapi sebelum anda di Malaysia melonjak gembira, masalah negara yang ramai ORANG MUDA pula ialah memastikan ada cukup institusi pengajian.
Dan yang lebih penting, cukup jumlah pekerjaan setiap tahun!
Di Malaysia, kerajaan berkata 100,000 pelajar berdiploma dan berijazah keluar setiap tahun.
Kalau tidak ada kerja dan kelaparan, takut rakyat muda mengamuk dan berdemo seperti yang terjadi di Perancis sedikit masa lalu!!!
Tidak seperti warga tua, kalau tak cukup hospital atau pill pun, dia nak demo jalanan macam mana? Nak demo kat mana kalau naik kerusi roda? Kena sembur water cannon atau gas pemedih mata, hancur!
--------------------------------------------------------
TAMBAHAN 10.40pagi Rabu
Apabila ke masjid saya nampak sesuatu yang jarang dilihat di Malaysia.
Di barisan terakhir sembahyang, atau di barisan tepi, mesti disiapkan kerusi plastik beberapa biji. Mula-mula pelik kerana saya ingat ada VIP nak duduk.
Kegunaannya? Untuk orang tua duduk atas kerusi untuk bersembahyang.
Kalau Jumaat, adalah dari 10 hingga 15 kerusi yang ada penghuninya.
Di barisan tempat solat wanita pun ada kerusi sedemikian.
Ini fenomena baru, saya rasa, sebab beberapa tahun sebelum ini, saya tak nampak (Atau mungkin tak sedar tak?).
---------------------------------------------------------
Isu warga tua di Singapura ini boleh nampak di setiap blok HDB yang anda kunjungi.
Setiap blok HDB sebelum ini mempunyai lif-lif di tingkat 1 (tingkat bawah), kemudian lat 3 atau 4 tingkat, sampai di atas.
Misalnya, di flat lapan tingkat saya, ada lif-lif tingkat 1, 4 dan 7. Yang lain kena naik tangga.
Di blok setinggi 22 tingkat yang saya pernah tinggal di Holland Drive dulu, lif-lifnya di tingkat 1, 4, 8, 12, 16, 20.
Tetapi kini, kerana ramai semakin tua, HDB membuat rancangan baru sejak beberapa tahun ini - Lihat GAMBAR.
Setiap blok akan mempunyai LIF-LIF TAMBAHAN. Ia berhenti di SEMUA TINGKAT.
Gambar menunjukkan lift shaft (berwarna grey) yang sedang dibina.
Dan di bawahnya (di belakang van putih) ialah lorong wheelchair, wheelchair ramp, bagi mereka yang tak berdaya lagi nak menaiki tangga. Jika nak lihat lebih jelas, click untuk besarkan gambar.
Ini adalah cabaran besar bagi Singapore.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment