Showing posts with label sumatra. Show all posts
Showing posts with label sumatra. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Jangan buang loji nuke - The Economist

Ada satu majalah di dunia yang menjadi bahan bacaan wajib untuk pemimpin politik dan business dunia.
Isinya bukan news atau berita, tapi Op-Ed. Opinions and Editorials. Pandangan umum dan pandangan pakar.
Jika kita membelek majalah The Economist ni, alamak, boringnyer, sebab tak banyak gambar. Malah jika anda nampak gambar dan lukisan depa sikit saja hari ini, 10 tahun lalu lagi sedikit.

Sebab niat depa bukanlah untuk ceritakan berita, tapi beri pandangan yang dianggap bernas. Saya kata 'dianggap' bernas sebab saya pasti bila depa cerita tentang Malaysia, ramai yang tak setuju.
Tapi begitu kuat pengaruhnya sehingga apa yang ditulis majalah The Economist ni orang politik dan business percaya. Itulah brand name dan image mereka.
Mereka dilihat tidak take sides dan beri pandangan jujur.
Di Am'rika kena baca Foreign Affairs, The Atlantic dan untuk berita business yang dianggap paling sahih, Wall Street Journal (milik taiko media Rupert Murdoch) dan BusinessWeek (kini milik Bloomberg).
Suka tak suka kita kena tahu apa yang depa semua ni tulis, bukan saja baca Utusan atau The Straits Times Singapork.



BILA baca latest edition, The Economist, saya berkata 'whew, nasib baik'.

Mereka berkata walaupun semua lagi khuatir tentang bahaya nuke kerana melihat Jepang terkapai-kapai nak atasi masalah di reactor Fukushima, dunia tidak mampu membayar bil letrik jika loji nuklear tidak digunakan di masa depan.

Sama macam pandangan Op-Ed pak chiq tua remgold. Jangan-jangan mereka pun baca blog ini tak? ;-)
Baca bahan Economist tu di sini.

Antara apa yang dikatakannya:
Yet democracies would be wrong to turn their back on nuclear power. It still has the advantages of offering reliable power, a degree of energy security, and no carbon dioxide emissions beyond those incurred in building and supplying the plants.


SEBELUM kamu tanya 'Agenda Saya', saya jawab dulu. Sebab kat Malaysia ni bila orang kata sesuatu - 'Anwar cepat beri DNA!' 'Ng Yen Yen curi duit kementerian!' - dan kita tak dapat jawab, maka akan cepat keluar perkataan: 'Kamu ada agenda, berapa kamu dibayar oleh xxxxxxxx'.
Agenda saya ialah khuatir kita semua tidak mahu lagi 100 peratus loji nuclear ni, nanti 50 tahun kemudian bila bil letrik naik dan terus naik, kita nak demo depan headquarters TNB dekat Bangsar.
Atau blok semua jalan di KLCC dan menuju ke Istana nak komplen kenapa kerajaan cucu Anwar bin Kit Siang (OK ler, kerajaan cucu Rosmajib) menindas rakyat dan tak turunkan harga letrik.


Pada masa yang sama, kita juga akur bahawa banyak safeguards perlu disediakan nak pastikan loji yang dibina kelak (jika nak bina) beri kita semua keyakinan bahawa ia selamat.
Kita tak mahu apabila kita tidur malam tu, tengok cermin cantik muka aku baru botox, esok bangun dah tukar warna biru macam Smurfs, sebab loji belakang rumah tu retak diherdik kumpulan kristian CFM.

Kamu di Malaysia untung sebab ada juga tanah nak buat loji nuke ni (jika mahulah). Seperti di tengah hutan di Pahang, Kedah atau Kelantan. Masih ada tempat di mana penduduk yang hanya beberapa ratus orang boleh dipindahkan.
Di Singapork Darul Sempit (ia sebesar Perlis) kalau nak buat saya sarankan sebelah kasino dua biji tu.
Mengikut saranan beberapa manusia biasa (bukan pemerintah) - buat saja di Pedra Branca (dulu namanya Pulau Batu Putih).
Atau buat saja di BAWAH (underground) Pedra Branca dengan menggunakan teknologi tercanggih.
Lepas tu pasang kabel letrik ke Temasek.

---------------------------------------

SAYA pernah beri pandangan tentang satu lagi cara, jika kita mahu bina loji nuke (komen di bawah posting ini):

Johor Mali
MrRem
Bagaimana dengan Bakun Dam? Projek yang banyak terima tentangan patut di market sebagai alternatif yang ribuan lebih selamat dari tenaga nuclear. I wonder whether the earlier intention of transmitting the power to semenanjung is still on the table or not? It is a damn good idea to rope in Spork, perhaps their brilliant engineers or scientist can give inputs on the feasibility just as they did for Newater!
16 March 2011 00:07


johormali,
tuanku - yg jadi konsultan engineering ialah kamu, bukan hamba :-)
kalau tanya pendapat saya sebagai orang biasa:
1) power dari bakun tu digunakan saja di sarawak, sabah dan kalimantan.
di indonesia, ada empat pulau besar yg ekonomi berkembang kuat: jawa, sumatra, kalimantan dan sulawesi. jual saja power bakun ke kalimantan (ibukotanya bernama bandjarmasin). mereka boleh pasang undersea cable yg lebih pendek ke sulawesi (ibukotanya makassar) berbanding dgn cable ke semenanjung maysia. boleh juga jual power tu kpd brunei, walau mereka dah hantar balik azrinaz mazhar hakim).

lepas tu buat projek power nuklear serantau (agreed by asean) di pulau bangka seperti yg saya pernah tulis dulu -

http://remgold.blogspot.com/2010/11/kita-kongsi-kuasa-nuklear-di-asean.html

nak pastikan ia selamat? pastikan ia biayai oleh indonesia, singapura dan malaysia (mungkin juga thailand jika mereka mahu). power dari pulau tu disalur ke sumatra terus ke jawa.
dan ikut underwater cable masuk singapork dan dari situ ke johor.
kerana spork dan maysia pun ada, maka kedua negara ini bersama jakarta pastikan no hanky-panky.
ada banyak duit (jual bond) nak pastikan nuke plant ini the best of the best. ada gempa skala10 pun tak meletup. dan safety precautions lain.

kenapa jepun pasang banyak nuke plant? juga amerika dan jerman? sebab mereka tahu jika beli minyak, gas, arang utk loji power, mahal sangat harganya.
rakyat bising takut mati kena nuke cloud, tapi jika kena bayar bil elektrik mahal, mulut lagi bising. diapi2kan oleh pembangkang di negara mana pun.

tapi kerana jepun dah jadi gitu, kita semua dapat pelajari di mana kelemahannya.

saya terbaca tadi kenapa loji nuke jepun meletup. semasa gempa jumaat lalu, power terpotong, lalu emergency generator start dan hidupkan saluran air yg sejukkan nuke reactor tu.
tapi yg tak dijangka - tak masuk dlm design! - ialah akan ada AIR LAUT DARI TSUNAMI (loji tu tepi laut) yg rosakkan saluran air.
saya tak pasti emergency generator masuk air laut lalu enjin mati, atau pam air tersumbat sebab banyak sampah kayu yg dibawa air tsunami!
so we can now all learn from this and design a safer system.

di negara maysia dan spork, tanyalah pakar, angin tak kuat, nak buat solar tanah kecik, sama juga tak boleh buat projek kipas besar2an.

satu cara lagi: kita pakat dgn indonesia pasang solar cells besar2an di pulau bangka dan belitung. yg problemnya, saya tak rasa akan cukup tanah jika nak kuasakan jawa, sumatra, maysia dan spork dgn pasang cermin solar ni.
16 March 2011 00:52

---------------------------------------
SAYA nak tambah:
Masalah pakai loji di Indon untuk negara lain begini: Setiap kali gaduh pastinya akan ada orang politik kata: Kita potong saja kabel letrik yang masuk Malaysia (atau Singapura) itu!

Sama juga dengan bekalan air dari Johor. Bila gaduh sikit, nanti ada ahlul politikus Maysia kata: Kita tutup saja valve air di Causeway tu.
Sehingga kini Singapork dah gunakan NEWater (air jamban) dan desalinated water (air laut) dan buka Marina Barrage (takungan air di selatan menghadap laut), sehingga kini dah tak jadi isu hubungan dua hala.
Itulah sebabnya, jika dikaji, mungkin tak ada pilihan tapi untuk Malaysia dan Singapork buat loji nuke masing-masing.

Baca tulisan lama saya tentang air jamban jadi air paip.
Kamu mulanya tertawa, tapi lepas tu termenung. Sebab teknologi membrane NEWater ni kini banyak digunakan, termasuk apabila Sumatra kena gempa-tsunami 2001 dan gempa 2009 apabila bekalan air putus.
Syarikat Singapura yang terlibat dengan water teknology ni, Hyflux, kini sedang bina loji air di Tunisia dan Algeria, dan sedang bidding dalam projek Morocco dan Libya (tak tahu masih ada atau tidak sejak Ghadafi ni goyang). Pak Arab pun dah tak tertawa lagi. Baca sini.
Teknologi antara yang akan menaikkan Brand Name dan Image negara dan kaum.


JADI di sini masih ada peluang untuk engineer umat M ni jika nak selidik dan terbitkan solution kepada masalah elektrik di masa depan.
Boleh buat loji kecil dan selamat gunakan teknologi nuklear, bukan nuKiller.

Tuesday, October 26, 2010

18 maut Merapi meletup, 500 hilang kena tsunami

GUNUNG BERAPI 
Yang maut di Merapi termasuk seorang wartawan Vivanews.
Jika anda cover Indonesia, Vivanews ni antara yang perlu kena baca selalu, sebab dia cepat update berita.
Kasihan pula wartawan maut semasa menjalankan tugas.
Tapi untuk orang macam saya, lebih baik maut ketika menjalankan tugas, daripada semasa tidoq atau lagi tengok wayang.

Jika kamu baca story tu, wartawan yang meninggal tu kata berada di rumah seorang yang bernama Mbah Maridjan. Pakcik ni 'penjaga' gunung tu.
Dan kata tak akan meninggalkan tempat tu sebab kerjanya ialah mendoakan agar semua selamat.
Menurut laporan, Mbah kini pun dah maut sebab rumahnya dekat dengan kaki gunung.

Dah 18 orang maut.


Gunung Merapi terletak antara Semarang dan Jogja - kat tengah pulau Jawa.
Tom Cruise hantar tweet doakan manusiawi di Merapi.
Gunung ni sebab selalu meletup ada entry sendiri di Wiki.

GEMPA & TSUNAMI 
Dan di Sumatra pula, kerja mencari sedang dilakukan di kepulauan Mentawai selepas gempa dan tsunami.
Lebih 100 maut, 500 hilang, menurut berita.
Gempa ni 7.7magnitude, sama kuat dengan gempa tahun lalu, yang mana saya membuat liputan di Padang, Sumatra Barat selama lapan hari - sini, sini dan sini.
Cuma kali ini di laut dekat Mentawai, tapi kerana kuat maka menjadi tsunami kecil.

Saya nelpon rakan di Padang semalam malam.
Katanya, apabila gempa berlaku Isnin, yang tinggal tepi laut panik, lalu lari ke darat kerana takut tsunami.
Kenapa orang Sumatra masih tinggal di negari gempa? Saya pernah cerita pengalaman ngeri sorang yang lari, tapi apabila ajal dah tiba....

Wednesday, October 20, 2010

Jerebu - Peta hotspots dan bacaan API

Nak kata apa kita.
Selalunya bulan Ogos ada jerebu.
Tapi kerana hujan terus-menerus pada Julai dan Ogos akibat cuaca La Nina, maka musim kering jatuh pula pada Oktober.

La Nina ialah opposite El Nino.
La Nina bawa hujan. El Nino bawa kemarau.

Setelah dua minggu tak hujan, maka adalah pihak-pihak seperti biasa membakar hutan untuk ladang mereka. Di Sumatra, di Borneo (Kalimantan dan Sarawak), juga di Semenanjung.
Nak clear ladang kecil untuk petani kampung pun kena bakar, dan membakar secara besar pula untuk pemilik ladang besar. Kalau ikut cerita lama, termasuk syarikat sawit besar dari Malaysia.

Nak lihat berapa banyak hotspot (tempat terbakar) dan di mana?
Lihat di sini. Kita lihat pun takut.

Nak tahu bacaan API di bandar atau kawasan anda?
Di sini.

Wednesday, November 18, 2009

Posing giler - Hummer & saya


Dalam MCA ada orang politik menangis macam budak kecik.
Di Kelantan, ada CEO lagi nak diberhentikan kerja. Khabarnya dah resign pun.
Dan PI Bala pun terus bercerita bohong.
Tapi nanti dulu. Di sini acara selingan buat kenangan sendiri (tulisan syiok sendiri, namanya).
Dah lama saya tunggu gambar ni dihantar, baru tiba semalam. Maaf bawa cerita lama.

Semasa membuat liputan gempa bumi di Padang bulan lalu, seperti yang saya pernah tulis, ada puluhan kumpulan Search & Rescue (SAR) dari pelbagai negara.
Anjing depa semua cantik-cantik - gemuk dan pandai menghidu dan mendengar suara orang terperangkap.
Uniform pun macam-macam.

Tetapi tidak ada team yang seglamour pak arab dari UAE.
Mereka datang dengan Hummer besau, cantik warna putih dan berkilat baru keluar showroom!
Kau nak action ke nak buat kerja, si pak arab nih?
Dan kumpulan mereka ada dua orang mat salleh jadi supervisor - apabila tiba di tepi hotel Ambacang yang runtuh, mereka diberi taklimat oleh supervisor tu tentang apa yang perlu dilakukan dan cara membuat SAR. Oh, rupa-rupanya team baru ditubuhkan.
Apa yang dikatakan oleh supervisor diterjemah kepada bahasa Arab, dan wartawan remgold tua pun menyibuk duduk kat tepi mereka dengar apa yang dikatakan.
Baguslah tu mereka nak belajar cara SAR.

Saya pun, apabila mereka tak ada, sempat posing tepi Hummer mereka.
Yang kelakarnya si pak arab ni, kalau ya pun, biarlah kasi kereta kotor sikit, baru nampak macam buat kerja. Tetapi mereka nak posing giler dengan kereta mewah sedang orang lagi sedih. Bersih aje.
Nombor kereta arab ni pun dia beli dari JPJ.

Takpe, lain kali kita bawa masuk Mat Rempit dari Pemuda Umno, lagi best.
Bunyi enjin motosikal mereka, pasti banyak lagi bangunan yang akan runtuh.
Mereka semua kena bawa handphone Hummer tajaan tycoon Melayu baru.

Di Malaysia, saya baru nampak Hummer ni sekali - berwarna hitam di park di Hotel Equatorial KL. (Jangan-jangan Tok Mat punya?)
Harganya pun tak mahal sangat untu orang kaya - lebih kurang RM400,000 second-hand.
Minyak dia yang mahal giler.

GAMBAR oleh jurugambar Associated Press dari Singapore, Ms Wong Maye-E.
Dalam gambar ni remgold kurus, berbanding dengan gambar di Masjid Al Aqsa, Jerusalem, Palestin, sebab di Sumatra ni saya baru pulih dari sakit.

Sunday, October 18, 2009

Hilang ibu, bapa, isteri, 5 anak dlm sekelip mata







Ini lagi cerita tentang pengalaman saya di Sumatra Barat dua minggu lalu.
Ia adalah cerita yang paling sedih yang saya dengar. Baru hari ini saya dapat ceritakan, sebab masih setiap hari teringatkan nasib beliau. Sedih dan trauma.
Nak tulis cerita pesawah Pak Muchtar, 62, pun saya rasa sedih kembali.
Rumahnya dulu di kaki Gunung Tandikek di Padang-Pariaman, lebih kurang sejam dari kota Padang. Nama tempat itu Kampung Cumanak.

Di Sumatra Barat (ibukotanya ialah Padang, tanah orang Minang), gunung tertinggi ialah Merapi, kemudian Singgalang. Lepas tu baru Tandikek (atau dipanggil juga Gunong Tigo dalam bahasa Minang - sebab kepala dia ada tiga).
Ini cerita beliau yang saya tulis (seperti yang diterbitkan di akhbar saya dua Sabtu lalu):

HE HAD put in a hard day’s work toiling the fields and Mr Muchtar decided to nip over to a nearby warung to shoot the breeze over a cuppa with his friends.
But moments after he arrived at the coffee shop in the Cumanak farming hamlet, he heard a thunderous roar as the ground beneath him gave way.
In the blink of an eye, his village was buried in a huge landslide.
The 62-year old lost all eight members of his immediate family – his wife, five children aged between 12 and 25, and his elderly father and mother.
“This shirt on my back, my trousers and this songkok are all that I have left,” he says.


Satu minit, dia berkata kepada keluarganya, 'Abah nak ke warung kopi sekejap' (jika dia bertutur dalam bahasa Malaysialah).
Tidak lama kemudian, tanah longsor besar dari Gunung Tandikek menyapu bersih Kampung Cumanak, kira-kira sejam dari Kota Padang, di kabupaten (regency) Padang-Pariaman.
Bayangkan jika anda hilang sekaligus: Ibu, Bapa, Isteri, Lima orang anak 12 tahun hingga 25 tahun.
Tertimbus dan mayat-mayatnya tak dijumpai langsung.
Semasa wawancara beliau, saya yang nak menangis. Saya jumpa dia pada hari Khamis, 8 Oktober - seminggu selepas gempa. Tentunya air mata Pak Muchtar pun dah kering.
"Baju yang saya pakai, seluar ini, dan songkok ini saja yang saya ada," katanya.

Jika anda sempat ke Padang (ada direct flight AirAsia KL-Padang, sejam dah sampai) pergilah ke *Posko Kampung Cumanak, cuba cari Muchtar ni dan cuba membantunya.
Tak susah nak cari tempat ini - katakan saja kepada drebar mobil anda: 'tanah longsor di Gunung Tandikek, Kampung Cumanak'. Satu Sumatra Barat tahu.
Bukan dia seorang yang ada cerita ngeri seperti itu, ramai lagi.
(*Posko = pos koordinasi gempa, yang dikawal polis dan pegawai kampung).

Jika kita tahu akan kehilangan LAPAN anggota sekeluarga dalam sekelip mata, apa perasaan kita? Bahawa akan hilang nyawa kesemua anak kita yang masih muda?
Sanggup kita hidup lagi?
Masa itulah baru kita tahu kita ini beriman ke tidak, agaknya.


GAMBAR:

1) Muchtar, 62, kini sebatang kara.

2) Inilah sebahagian kecil saja dari kawasan landslide/tanah longsor yang menimbus tujuh buah kampung termasuk Kampung Cumanak. Seramai 200 orang masih tertimbus dan tempat itu langsung dijadikan tanah perkuburan. Kenapa tak dikorek?
Tempat tanah longsor seluas 10 hektar (kira-kira 30 kali lebih besar daripada kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, dan ianya terjadi di banyak tempat di sekeliling Gunung Tandikek), dan yang tertimbus mungkin sedalam empat meter di tanah sawah padi.
Dalam gambar kelihatan lima orang kampung yang sedang mencari barang dan perkakasan rumah sendiri yang mungkin dapat diambil kembali.

3) Nak masuk ke kampung ini - sebab jalannya pun dihanyutkan tanah longsor - kena mendaki gunung mencuram 45 darjah, lepas tu berjalan 1.5km dalam panas terik, kemudian meredah rumah-rumah yang telah hancur.
Di kota Padang, kira-kira 1 daripada 30 bangunan runtuh atau retak teruk. Lihat laporan awal saya di sini, sini, sini dan sini.
Di jalan utama Padang-Pariaman mungkin 1 daripada 3 rumah roboh.
Tetapi di Kampung ini, hampir 100 peratus rumah hancur seperti yang di dalam gambar ini.
Kelihatan penulis, Remgold tua - berkulit sawo matang- kepanasan dan bermandi peluh, duduk kepenatan di kampung pasca-gempa skala 7.6 pada 30 Sept.





Thursday, October 15, 2009

Cerita dari Padang - Apabila maut BELUM tiba....



Semalam saya dah cerita di sini bahawa apabila maut dah tiba, tak guna mu sembunyi di lubang cacing pun.
Di bawah ini ada cerita benar lagi dari Padang.
Cerita ini pula menunjukkan bahawa apabila belum masa mu untuk maut, gerenti selamat! Walapun 100 orang lain mati.
Cerita-cerita ini saya bentangkan kerana hendak menunjukkan kenapa orang Minangkabau di Sumbar (Sumatra Barat) ni tak mahu berpindah walaupun dah banyak kali gempa.

Kisah di bawah ini diceritakan oleh rakan wartawan, Razak Ahmad (wartawan anak Malaysia, dulu bekerja di NST, nama bapa kami sama tetapi dia bukan adik saya - dia hensome lagi) dari agensi berita Reuters.
Razak kata dia terjumpa dengan Encik Ghazali, 28 tahun, semasa membuat liputan di Padang dan Sumbar. Saya dan Razak tidur sekamar di Padang, tetapi membuat liputan di tempat yang berbeza sebab syarikat berita yang lain, masing-masing cari berita sendiri.

Di hotel Ambacang di kota Padang, ada dua seminar berjalan serentak di tingkat empat (hotel itu ada enam tingkat) pada 30 Sept, hari berlakunya Gempa 2009.
Satu seminar ialah anjuran Dinas Perikanan (agensi perikanan) dan yang lagi satu oleh Prudential insurance.
Ghazali bersama seminar asuransi (dalam bahasa Indonesia).
Semasa break time, dia solat asar. Lepas tu terasa nak minum kopi, tetapi kopi di cafe Ambacang - maklumlah hotel terglamour di Padang - mahal harganya.
Lalu Ghazali menyeberang jalan 300m dari hotel itu.
Nak cari kopi yang murah di tepi jalan. Kopi warung.
Tiba-tiba gempa berlaku!!!
Hotel runtuh semua. Lebih kurang 100 orang mati di Ambacang, kebanyakannya peserta dua seminar itu.
Ghazali terselamat. Namanya disenarai sebagai seorang yang telah maut.
Tak tahulah sama ada dia sudahpun kini memberitahu polisi bahawa sebenarnya umurnya masih panjang. Malaikat Maut belum dapat nombor dia.


GAMBAR: Hotel Ambacang sebelum dan selepas kena gempa. Yang roboh teruk ialah kamar-kamar penginapan dan bilik-bilik seminar di sebelah belakang.

VIDEO: Empat hari selepas gempa, siaran TV di Indonesia menunjukkan rakaman CCTV hotel Ambacang dalam detik-detik gempa terjadi, sebelum hotel runtuh. Orang panik berlari ke sana sini. Perhatikan ada pokok di dalam sebuah pasu bergoncang kuat seperti di tiup angin - menunjukkan kuatnya gempa skala 7.6 itu di sini.

Wednesday, October 14, 2009

Cerita dari Padang - Apabila maut dah tiba....



Ini cerita lagi dari Sumatra Barat, *provinsi Earthquake Central di Indonesia.
Selepas membaca cerita ini, saya pasti anda juga akan bertaubat (walau seminit) bahawa - Bila maut dah tiba, tak guna nak lari ke mana pun.

*[Jika di Malaysia ada 13 negeri, Indonesia ada 33 provinsi (province) - di satu hujung ialah Provinsi Aceh, di hujung sana pula ialah Provinsi Papua.
Di bawah provinsi ada kabupaten (regency), di bawahnya ialah kacamatan (district).
Selepas kacamatan ada erte dan erwe = RT dan RW = Rukun Tetangga dan Rukun Warga.
Kad IC Malaysia hanya perlu ada nama, alamat rumah, negeri.
Dalam IC Indonesia - ada provinsi, kabupaten, kacamatan, RT/RW. Maklumlah negara gede (besar)].


Semasa di sana minggu lalu, soalan yang saya kerap tanyakan kepada orang Sumbar (Sumatra Barat) ialah:
'Tak takut ke dengan gempa? Kenapa tak pindah saja ke tempat lain yang lebih selamat?'
Saya bertanya soalan ini kepada hampir semua orang yang saya jumpa.

Dalam 2005 Sumbar kena gempa, 2007 lagi sekali, dan 2009 ini yang paling teruk dalam sejarahnya - skala 7.6, atau jika ikut skala Richter 7.9.
Dah lah tu, kota Padang, ibu negeri Sumbar, duduk di tepi Lautan Hindi yang luas. Maknanya setiap kali ada gempa besar, semua orang panik kerana kemungkinan tsunami!!!

Orang yang saya tanyakan - sama ada pemilik gedung, pesawah atau rakyat tepi jalan - semua menyatakan gempa 30 Sept 2009 ialah yang paling teruk dalam sejarah hidup mereka kerana:
1) Dalam kejadian selama 30 saat itu, ia tidak seperti gempa yang lalu di mana ia bermula slow, lepas tu naik puncak gegaran yang kuat, lepas tu slow kembali.
Kali ini, dari mula hingga akhir gempa itu kuat sekali dan terus menerus!
2) Selain menggegar tanah, gempa kali ini juga menghayun bumi.
Iaitu kalau orang yang berdiri boleh jatuh! Ada yang berkata nampak jalanraya berhayun seperti ular berjalan!
Takuttttttt.

Jawapan yang diberikan kenapa mereka tak akan bepindah adalah:
1) Kami orang miskin, nak pindah mana? Mana ada kemampuan nak pindah?
Ini jawapan golongan di bawah, pemilik tanah sawah kecil.
Samalah seperti kita di Singapore atau Malaysia. Senanglah orang yang kaya berkata: Kalau aku tak suka dengan pemerintah-kerajaan, aku pindah ke Australia atau London. Kroni Pak Lah dan Anwar pun ada yang dah beli rumah di Australia dan London! Maklumlah harta jatuh dari langit.
Tetapi golongan biasa seperti saya nak pindah ke mana? Tak mampu, tentunya.
Tetapi itu jawapan segelintir saja orang Sumbar.

2) Lebih ramai yang menyatakan: Ini tanah tumpah darahku. Biar aku mati di sini dari mati di rantau, macam Isa Samad (eeks, sebenarnya mereka tak sebut Isa, saya yang pandai-pandai letak. Kahkahkah).
Orang Sumbar kebanyakannya kaum Minang - rumah orang kaya dan pejabat pemerintah dia semua cantik habis berbumbung Minangkabau.
Orang Minang ni memang terkenal dengan dendang perantaunya - terutama bagi kaum lelaki mereka.
Mereka berkata dalam sesebuah keluarga di zaman dulu, jika ada adik beradik lelaki, dipandang hina jika dah besar tetapi masih terus menetap di rumah emak. Kena merantau cari harta.
Itupun, Ranah Minang (Tanah Minang) tetap tanah tumpah darah mereka.
Gempa itu dianggap sebahagian dari hidup.
Cuma yang saya lihat - rumah mereka di Padang hingga ke Bukittinggi ni, yang paling tinggi ialah tiga tingkat! Cuma hotel dan mall saja yang mencecah hingga 7, 8 tingkat.

3) Dan kerana mereka Muslim, mereka juga berkata: Kalau dah sampai ajal, duduk mana pun malaikat maut akan sambar.
Cerita yang paling mengejutkan saya (wartawan macam-macam cerita kami dengar, tetapi ini sungguh mengejutkan saya) ialah yang disampaikan pemilik kedai perabot/furniture shop.
Kedai beliau, Istana Perabot di kota Padang, betul-betul di tepi Plaza Andalas - mall terbesar di Padang yang rosak teruk dan kini ditutup untuk repair.
Saya sempat duduk interview dengan beliau dan bertanya: Kenapa tak pindah saja, tuan?

Cerita tauke kedai perabot ini, M. Rasyid Umar:
Ada keponakan (anak saudara) beliau yang selepas gempa 2005 terus berpindah ke Jakarta. Dia menjual asetnya, tentunya seorang businessman juga, dan membawa lari keluarganya sekali.
Ini empat tahun dulu.
Beliau enggan memberi detail nama dan business keponakannya itu kerana khuatir ia keluar di akhbar, katanya.

Tetapi tak semua asetnya itu dapat dijual sekali gus.
Jadi pada 29 Sept lalu (3minggu lalu), beliau tiba di Padang dari Jakarta kerana ada deal nak menjual aset ini.
Di check-in ke Hotel Ambacang, yang paling kerap digunakan parawisata (tourists) di Padang. Tetapi kerana aircon bilik dikatakan tak sejuk, maka dia keluar dan check-in ke Hotel Mariani Internasional (juga popular dengan parawisata) pada keesokannya, 30 Sept.
Pagi itu dia check in, petang itu sedang mandi apabila GEMPA BERLAKU.

Hotel Mariani ada dua bangunan. Bangunan yang lamanya, tiga tingkat dan siap 37 tahun lalu TIDAK ROBOH.
Bangunan baru hotel ini (the new wing), empat tingkat dan baru siap SETAHUN!, ROBOH seluruhnya.
Keponakan dari Jakarta itu di new wing yang runtuh. Dia maut.
Hanya dua orang maut di Hotel Mariani. Salah seorangnya ialah orang Minang yang telah melarikan diri ke Jakarta sembilan tahun lalu, tetapi dipanggil tanah tumpah darahnya buat kali terakhir.
Hotel Ambacang juga runtuh! Lebih kurang 100 orang maut di sini, kebanyakannya peserta dua seminar.

Inna lillah wa inna ilaihi rojiun (From God we came, and unto Him shall we return).


GAMBAR: Tajam dan runcing penghujung bumbung Rumah Gadang, orang Minang. Kalau cicak jatuh, mati terpacak.
Di Ranah Minang (Tanah Minang), menurut pengamatan saya, bangunan pemerintah banyak designnya seperti ini. Dan banyak restoran besar dan rumah orang kaya pun sedemikian rupa.
Dan secara tradisinya, di tepi rumah gadang ialah sebuah bangunan kecil seperti dalam gambar ini. Bukan toilet lah, ianya untuk menyimpan padi.

Monday, October 12, 2009

Naik ojek ke bandara sebab macet

Bahasa Indonesia dan Malaysia banyak bezanya.
Semasa di Sumbar (Sumatra Barat) selama lapan hari minggu lalu, saya terpaksa cakap secara s l o w sikit jika mahu difahami oleh orang sana.
Dan orang Sumbar sebenarnya lebih serumpun dengan orang Melayu Malaysia-Singapore daripada yang datang dari Pulau Jawa (sebab mereka ini orang Jawa).
Mujur saya ada dua orang pemandu, adik-beradik, yang membantu saya untuk 'menterjemah' soalan-soalan kepada mangsa gempa ni.
Encik Wahid dan adiknya Encik Mursal biasa membawa parawisata (tourists) Malaysia, jadi mereka lebih faham lenggok bahasa saya.
Dan orang Minang Sumbar memang ada bahasa dia sendiri, jadi ini pun perlu di terjemah oleh Wahid dan Mursal ni.
Misalnya, kita kata Ibu Kandung, dia kata Bunda Kanduang.
Kita kata Ayam Berlada, dia kata Ayam Belado.

Macam orang Kelantan jugalah.
Kita kata Islam, si Klate ni kata Is-le.
Kita kata Nik Aziz, dia kata Pok Nik.

Di Indonesia, yang menarik lagi bagi saya ialah perkataan short form yang digunakan secara meluas. Pening kepala kadang-kadang.
Tetapi saya rasa ada baiknya jika Malaysia 'curi' sebahagian dari vocab Indonesia di bawah ini kerana nak selamatkan mulut dari berbuih - alah, 'Bang, Malaysia kan dah curi rendang, keris, batik, songket, pendet. Baik curi lagi yang lain :-)

Misalnya, ini yang dikatakan orang Malaysia:
'Saya nak ke lapangan terbang tapi jalan sesak, lalu saya naik motosikal sewa'.

Dalam bahasa Indo, senang saja:
'Saya nak ke bandara tapi macet, lalu saya naik ojek'.

Berapa punya pendek! Tak sesak nafas!!!

a) Bandara = bandar udara = lapangan terbang. Saya rasa perkataan ini lebih baik dari 'lapangan terbang'.

b) Macet = jalan sesak atau trafik jam.

c) Ojek = motosikal sewa = taxi motorcycles. Kat Malaysia tak ada ini. Tetapi di Indonesia kita boleh tahan motosikal di tepi jalan, pekik 'Ojek'. Jika budak ini memang ada servis ojek dia akan berhenti dan kita boleh naik.
Bayarannya lebih kurang dari rumah saya di Wangsa Maju ke KLCC, 8km, agaknya kira-kira 20,000-30,000 rupiah (Sing3-4.50/RM7-10, iaitu jika di Jakarta lah).
Sama harga teksi di Malaysia mungkin, tetapi jika jalan macet, cepat boleh sampai.

Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang - Losing when you win

TERBARU 6.40ptg
-----------------------------------------------------

Isa menang. Hidup Minang!
Menang pasti kena kondemn (kalau kalah pun kena kondemn). Yang lebih penting bagi saya ialah, dengan kemenangan ini, semua orang Umno di Negeri Sembilan yang tak suka dengan Menteri Besar Mohamad Hassan, kini ada kepala.
Maknanya, BN di Negeri bukan semakin kuat tetapi lemah. Saya pernah tulis di sini.



------------------------------------------------------
His ancestors' home-country in Sumbar (Sumatra Barat) kena earthquake, Isa Samad, anak Minang Negeri Sembilan, is fighting another battle that he cannot win.
Even if he wins, he loses. As Tengku Razaleigh said here.

Mungkin baik Isa pulang ke Ranah Minang (Tanah Minang) buat bantuan gempa. Baru orang angkat topi.
Kalau dia menang, saya pasti Negeri Sembilan akan jatuh ke Pakatan pada ilihanraya 2013.

From Padang to Bukittinggi to Bishan


I had the best sleep in eight days.
Just like 2hours long, but for the first time, I didn't have to worry about being wokened up by an earthquake.
Yes, I reached Singapore just now via Tiger Airways flight from Padang, after spending eight eventful days in Sumbar, Sumatra Barat.

Actually, my work in Padang and its surrounds ended on Thursday. I took a Kijang-Innova to Bukittinggi - 3 hours away - to cool my heels.
Bukittinggi, the most popular place touristy place on Sumatra island after Lake Toba, is a cool mountain high station like Cameron Highlands. Tidor tak payah pakai aircon.
I stayed at the best country resort there, Balai Campago, a retreat owned by the central bank Bank Indonesia.
Then went around shopping a bit for art and craft.
All that later dudes and dudettes.
For now, I am thankful of being home, but am thinking of all those poor souls out there. No home. Families killed. No money. No future.
Such is life.

PICTURE: Our last makan at Lamun Ombak nasi padang place, before flying out.
Four people eating here will be charged around 100,000 rupiah or RM40, ie about RM10 each. Duduk bersila please!
In pic are photographer Desmond Lim, Jakarta correspondent Lynn Lee and Remgold.
Our Jakarta corres Salim Osman who landed a day after the quake, had flown back to Jak - cannot tahan lah work 16hours a day in the hot sun with no proper sleeping place (gotta share room with others), no proper baths, drive around seeing nature's destruction, smelling dead bodies and interviewing sad people).

Wednesday, October 7, 2009

Ini serius - Jangan tidur bogel di negeri gempa

Saya belajar beberapa isu basic jika bermalam di tempat bergempa bumi (seperti Tokyo, Los Angeles, Jawa Tengah, Iran, misalnya)
Yang paling penting ialah jangan tidur dalam keadaan bogel atau separuh bogel. Sebab jika hotel anda nak roboh, takut tak sempat nak berbaju sebelum lari keluar.
Baca isu penting lain di sini.

Saya masih di Padang. Mungkin malam ini bertolak ke Bukittinggi - 3jam dari Padang. Nak meninjau keadaan di sana.
Masih banyak tempat di Padang yang belum ada listrik (letrik) dan air.
Kedai dan rumah kena menggunakan generator set.

Salam dari Negara Gempa!


Wah, udah lama gue nggak mengupdate blog hingga rasanya udah dilupa-in.
Oops wrong channel: Kena gunakan bahasa Malaysia.

Saya masih di Padang.
Ya, hotel sudah ada internet!
Saya di hotel murahan Hotel Hang Tuah - lima hotel yang besar di sini semua hancur.
Masih banyak tempat nggak ada listrik dan air, kena minum air sumur dan gunakan gen set, pak!
Masih banyak tempat belum ada letrik dan air, maka kena minum air perigi dan sungai, dan menggunakan set generator jika nak api diwaktu malam. Tetapi untuk orang yang berada, boleh makan di Pizza Hut dan nasi padang mewah di Lubuk Idai dan Lamun Ombak (orang Malaysia yang kerap ke sini tahu tempat-tempat ini).

Masih banyak kerja saya - tetapi anda boleh membaca beberapa tulisan saya di sini dan sini. Scroll ke bawah dan click cerita-cerita di bawahnya.

Saya telah mencium bau mayat di hotel Ambacang hingga nak pengsan, lihat rumah hancur, orang tak makan seminggu, dan melihat tanah runtuh (tanah longsor, kata orang Padang) yang teruk sehingga hingga kini - dah seminggu selepas gempa - 72 orang kampung masih hilang.
Tanah runtuhnya tak boleh dibezakan langsung dengan di Bukit Antarabangsa, sebab teruk habis sehingga tiga kampung tenggelam.
Kerana payah sangat nak dikorek, mereka terus dikuburkan di situ saja.

OK, kita jumpa lain kali.
Capek saya, pak, ibuk, ke pendalaman meliput berita untuk koran Singapurr.
Saya berasa sedih dan trauma.

PICTURE: That's me near Padang's hotel stretch. The worst-hit was Ambacang hotel (collapsed with maybe 100 people trapped). The rest on this road that were badly hit by the quake was Hotel Mariani (new wing collapse, old wing steady) and hotel Bumi Minang (the biggest and tallest hotel but so badly damaged that the owners might as well tear it all down).
Th face mask is needed cos of dreadful smell of dead bodies and clean up of area that brings in gusts of dust from broken bricks.