Thursday, February 18, 2010
Bunuh kucing Temasek, masuk jail 10 minggu
Memang kita semua tahu ada 1,001 macam undang-undang di pulau yang pernah dilanggar todak. Maaf, make that 100,001 undang-undang.
Tapi undang-undang ni saya pun baru tahu.
Kalau kamu menyiksa binatang, parah akibatnya.
Baca di sini - mamat mabuk bunuh kucing, kena jail 10 minggu. Padan muka dia.
Agaknya dia ingat dia Alien melawan Predator ke, lalu dia hempas kucing ke tembok? Giler.
Cerita online ni kena potong - tetapi dalam cerita penuh ada line ini:
Those guilty of acts of animal cruelty can be fined up to S$10,000 (ie RM24,000) or jailed for up to 12 months, or both.
Waduh. Enak sungguh pada telinga saya.
Di Singapore ni ada hukum pelik yang ramai juga tak setuju.
Penghuni flat pemerintah, HDB, iaitu 85 peratus warga Singapore, tidak dibenarkan memelihara kucing dalam rumah.
Anjing kecil, boleh, iaitu jenis toy dogs; working dogs macam alsatian, dobermain tak boleh.
Sebab kucing dilarang? Katanya banyak kes di mana kucing tidak di toilet trained, jadi dia buat hal kat depan rumah jiran.
Anjing besar tak boleh sebab mereka ni tak boleh tinggal dalam flat kecil. Rimas. Macam tan sri datuk kena tinggal rumah teres. Ego dia besar sangat, tak muat.
Manakala anjing kecil, katanya, dah toilet trained, dan tidak mengganggu orang sebelah.
Hukumnya di website Housing & Development Board (HDB) di sini.
Membacanya pun saya dah mabuk sebab macamlah anjing tak berak sebarangan dan tak buat bising.
Tapi walaupun kucing tak boleh dibela, ramai juga orang memelihara di flat HDB. Kebanyakannya orang Melayu.
Tentang kucing ni, orang Singapore berani lawan pemerintah.
Tetapi kita boleh lihat di bawah banyak blok di sini ada kucing-kucing yang sebenarnya mempunyai tuan. Tapi tidak dibawa masuk rumah.
Saya sering khuatir keselamatan mereka. Sebab jadi kucing tiri kena duduk bawah blok.
GAMBAR: Kucing bawah blok dekat ofis, saya namakan Maryam, diberi makan. Kesian tengok minah kecik ni kurus.
Sebenarnya dia ada 'ibu' di blok itu yang menjaganya - seorang wanita Cina yang saya pernah beberapa kali ternampak memberikannya makan nasi bungkus dan meninggalkan bekas air untuk dia minum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment