Showing posts with label Malays. Show all posts
Showing posts with label Malays. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Usalli



--------------------------------------------------
Bila saya tiba di Kay El penghujung 1994, terkejut al-berok juga dalam beberapa hal.
Antaranya ialah banyaknya masjid dan surau. Dan yang saya pening, masih banyak juga orang terus makan rasuah dan songlap duit rakyat.
Maaflah ini pandangan orang luar.
If there are more religious people in Malaysia today, how come corruption and robbery of public money are continuing unabated? Erke.
1000 apologies. Bukan saya saja yang kata gini rupanya, tapi bisikan orang bangsa lain yang kerap saya dengar dan baca kat Internet.

Di Singapork, di kebanyakan tempat kamu pandai-pandailah nak hidup jika nak solat.
Nak wudhuk pun siksa sebab kena pakai sinki dalam toilet.
Lepas tu nak basuh kaki amacam? Takkan nak naikkan kaki ke dalam sinki. Kenalah bawa botol air yang boleh dibawa lari ke dalam jamban.

Nak solat pulak macam-macam cara dan taktik.
Jantan macam saya lebih mudah berbanding pompuan yang kena pakai telekong. Lepas tu kena solat di tempat tak ada kipas atau aircon. Itulah nama Eeee-maan (iman). Phwee-weet.

Saya teringat cerita-cerita lama saya setelah terbaca cerita mamat di Amerika ni. Kasihan depa nak solat susah betul nak cari tempat.
Tak macam di Malaysia - kat mana pun ada surau (juga di Jakarta).

Kena cari tempat nak solat setiap kali. Biasanya tak selesa:

"My head and knees are now on the floor next to the gap in the door, and everything is going smoothly. I glance to my left and the Gap employee, having bent down, is now staring at me and asking, "Sir, is everything all right?"

Baca cerita lucunya di sini.
Salon ialah majalah online Amerika yang begitu popular - ia memasyarakatkan cerita-cerita kehidupan dan politik.

Untuk anak-anakku yang untung membesar di Malaysia, ihsan rakyat negara itu - Inilah antara tempat yang saya pernah buat di Temasek (dari tempat kerja pertama saya):

1) Dalam meeting room, tangga dan atas bumbung (bangunan ni 4tingkat). Syarikat Guthrie Engineering, masa tu milik MCA tapi ada branch besar buat kerja electrical dan mechanical works sebagai kontraktor besar. Saya kerja jadi sebagai mechanical draughtsman (atau American spelling = draftsman. Pelukis pelan projek-projek). Syarikat di Sixth Avenue, dekat Bukit Timah, kawasan orang kaya.
2) Di basement sebuah banglo besar, syarikat architect dan engineers International Project Consultants. Saya draughtsman di M and E Department (mechanical and electrical). Ini rumah panggung - a huge old British bungalow - yang di convert jadi pejabat. Basementnya gelap jadi store room, di Pasir Panjang Hill - depan bekas Keppel Shipyard (kini dah jadi condo-condo lux).

3) Tangga, syarikat M and E consultants BH Tan Engineers, dekat Middle Road. Juga draughtsman. Kadang sempat lari juga ke masjid orang tabligh dan kaum India, Bencoolen Street mosque.
4) Surau aircon. Jadi wartawan di Berita Harian Singapork tahun 1987. Masa tu pejabat Singapore Press Holdings di Kim Seng Road-River Valley Road -- tak jauh dari Orchard.
Kamu belum lahir, pak chic dah jadi wartawan dah. Dah 24 tahun buat kerja terkutuk sebagai reporter. Agaknya mati lagi pegang pensil dan buku nota, atau kat keyboard. Takpe ler, jangan kojol dalam spa sudah.

5) Surau panas di basement 3, di bangunan di tengah pusat kewangan Singapura dan pada masa itu pusat kewangan yang number 5-6 di dunia (selepas New York, London, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong). Kini Singapork No.2 dalam financial services selepas NYC. Cerita lama saya kerja di Raffles Place juga di sini.
Bangunan pejabat untuk syarikat saya masa tu, AP-Dow Jones, di HQ Standard Chartered Bank, jadi bangunan tu marble merah-coklat warna korporat bank British tu.
Nasib baik ramai pak chik alim kat situ, jadi ada surau kat basement sebab mereka tentunya minta lama dulu.
Juga ada surau di basement berdepan bangunan pejabat saya - Shell Tower (HQ syarikat minyak Shell).
Yang bagusnya kedua surau ni agak besar dan wanita pun boleh tumpang sekaki.
Tak tahulah masih ada atau tidak.

Tapi kini di kawasan ada masjid bawah tanah yang ada aircon!
The mosque in the basement of Singapore - dan mungkin juga satu-satunya masjid di bawah tanah (literally underground) di Asia, mungkin di dunia pun kot.
Basement 3 atau 4 ada masjid. Tak apalah, asal ada tempat selesa untuk lelaki dan wanita. Ber-aircon you, betul2 depan Macdonalds! Tapi sedih juga agama kita dibasementkan. Maklumlah miskin. Out of sight, out of their minds, agaknya.
Ini cerita kenapa masjid tu ditenggelamkan - sini.

6) Lepas tu masuk Maysia. Aish! Kat Reuters (bangunan Wisma Budiman) tu ada surau. Wooi.
Lepas tu pindah ke Petronas Twin Towers, di Tower 1 ada surau. Lupa tingkat berapa, tapi besar betul! Ia digunakan oleh Petronas.
7) Pindah ke Reuters Singapork. Aish, ada surau juga! Ini di Reuters di Temasek, di Science Park Drive (dekat NUS). Bagus betul syarikat British ni.

8) Pindah semula saya ke KL dengan Straits Times. Di Menara Dion di Jalan Pinang dan pindah ke Etiqa Twins (dulu MNI Twins), depan KLCC, pun ada surau. Besao surau kat Maysia ni.Untung kamu dapat ada ceramah sekali oi. Sayangilah negara kamu, atas usaha pemimpin umat m semua tempat diwajibkan ada surau.
9) Kemudian saya pindah ke SPH di Toa Payoh, Singapork. Ada surau di Berita Harian Singapoora, dan juga di satu kornar lagi untuk para drebar - yang ni panas sebab tak ada aircon.

AH, itulah cerita pak chic. Untung kamu di Maysia, malah di Temasek.

Di Amerika ni (cerita asal dari Salon) masih susah sebab masih minoriti terlalu lemah.

Al Khatam.

Saturday, March 12, 2011

Bah. 2 - Syiling, wang kertas & setem

...sambungan. Bah.1 di sini.

Orang yang collect syiling, wang kertas dan setem menjadi Pelajar Sejarah, a student of history.
Dan juga Pelajar Ilmu Alam, a student of geography.
Jika anda ada masa sekarang ini juga, ambil wang kertas atau syiling dari saku atau dompet anda dan belek secara detail.
Saya pernah tulis dulu tentang sejarah yang boleh dilihat dalam syiling dan wang kertas Malaysia - di sini.
Ada gambar Tuanku Abdul Rahman - ini nama Agong pertama Malaysia, bukan nama jalan dekat Chow Kit tu. Ada gambar kijang dan sejarah logo Bank Negara. 

Dengan hobi giler ini, saya telah sibuk membaca sejarah China - saya tulis di sini.
Kerana nak faham apa benda ni wang kertas China banyak sangat jenis!

WANG kertas Indonesia pula mengingatkan saya sejarah negara kepulauan itu - Depa banyak banknote yang dikeluarkan oleh Belanda (Holland).
GAMBAR: 'De Javasche Bank' = Bank Jawa. Tapi wang dalam kiraan Belanda 'gulden'. Dan gambar pembesar omputeh di banknote. Wang dikeluarkan di Batavia (Jakarta) (GAMBAR). 
Baru saya sedar kembali - O, rupanya Holland, seperti Perancis, Italy, Belgium, Portugal, Germany dan Austria pun rupanya negara penjajah! Merompak dan melanun negara-negara kita di Asia dan Afrika.
Selalu bila kita kata penjajah, kita hanya ingat British.
Rupanya betullah kata Dr M dulu - dalam satu ucapan kontroversial di Perhimpunan Agung Umno - kaum omputeh ni kaum yang suka berperang dan menjajah. Kaum Might Is Right.

DAN kerana saya mula collect banknote dan setem Singapork dan Maysia, saya sedar kembali sejarah kedua negara.
Omputeh dulu control bandar besar tepi laut yang menghadap Strait of Malacca - sebab tu Penang, Melaka dan Singapura dipanggil Straits Settlements. Mata wangnya digunakan juga di negeri-negeri yang bernama Federated Malay States - baca ni (Persekutuan Tanah Melayu).

Saya ulang: Mata wang itu tulis 'Malay States'. Negeri-negeri Melayu.
Eh, kan Mahathir tulis dalam bukunya dan Utusan selalu kata bahawa tanah tu tanah melayu.... Saya pakai tanjak Perkasa masa tulis ni.
Lain kali jika ada forum Perkasa dan DAP, panggil saya. Mereka gaduh pakai keris, AlKitab bahasa Melayu, Perlembagaan, saya hanya perlu keluarkan banknote lama dan setem!


GAMBAR - 1) Sila click jadi nampak lebih besar. Matawang dengan portrait King George VI. Lihat di bawah perkataan 'FIVE DOLLARS' - 'In the Straits Settlements and Malay States'.
Dalam bahasa Jawi (pandai saya baca!): "Wang kertas ini sah diperlakukan di dalam Negeri-Negeri Melayu."
Hee - Negeri-Negeri Melayu eh.
Lihat di belakang note - ada logo-logo negeri di mana wang boleh digunakan.
2) Juga setem Federated Malay States. Sekarang sultan tak naik gajah, depa naik Rolls. Rimau pun kita kini simpan dalam zoo, kasi makan KFC.



Selepas British, Jepun pula conquer Maysia dan Temasek. Maka matawang dan setem Jepun digunakan di sini. Jepun keluarkan setemnya sendiri untuk digunakan di kedua negara ini.
GAMBAR: Saya baru beli setem-setem ni. Beb, ini setem Malaya! Bukan setem sushi, walau susah nak 'caya - kamu lihat mamat toreh getah tu, rumah kampung Melayu (setem warna coklat) dan tin mining (setem merah).
Tak caya jugak? Ah saya letak setem Jepun-Malaya bergambar masjid! Saya tak ada setem ni sebab susah nak dapat. Gambar dari Internet.


Dan kita semua tahu tentang 'duit pisang Jepun', jadi saya tak payah nak cerita - saya pun tidak membeli lagi duit pisang ni, sebab duit ni tak laku sangat sebab tidak ramai collectors suka kumpul benda ni.


LEPAS Jepun dihalau, setem Maysia dan Singapore yang dulu dipakai British, digunakan semula.
Tapi semuanya ada cop - B M A = British Military Administration (GAMBAR).


Sehinggalah apa yang kita panggil Malaysia timbul - Federated Malay States dah bertukar jadi Malaya (bukan Chinaya atau Indiana). Lepas tu Malaya kawin dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, jadi Malaysia.
Ada setem masa tu yang di tulis 'Pahang, Malaya' dan 'Perlis, Malaya', dan ada juga setem 'Singapore, Malaya'. (GAMBAR)
Setem mengajar sejarah kepada saya!
Saya kena belanja banyak juga membeli katalog-katalog tebal mengenai banknote, coins dan stamps. Tapi syiok dapat belajar sejarah. Bersepah-sepah catalog ni kat tepi katil saya, sebab bila nak tidoq baru saya ada masa nak baca dan belek.

Setelah berpisah, pada 1967, barulah Malaysia dan Singapura sebagai negara independent keluarkan matawang masing-masing.
Setem lama kita pun berubah cerita.
GAMBAR: Matawang pertama Singapura dan Malaysia sebagai negara yang berasingan pada 1967.
Banknote Singapore ni dipanggil Orchid Series. Ia diikuti dengan Bird Series, Ship Series dan kini Portrait Series (gambar Presiden Yusuf Ishak). Sebab tema banknote berubah.
Matawang Malaysia 1967 dipanggil 'Malaysia First Series banknotes'. Maksudnya jika anda nak beli banknote ni, kena tahu apa yang anda nak beli. Tak boleh beritahu dealer di kedai atau ah pek yang jual kat Amcorp tu 'I want old Malaysia money'.
Matawang ringgit anda kini ialah the Seventh Series. Muka Agong Tuanku Abdul Rahman digunakan dari Siri Pertama, cuma design lain-lain di sekeliling gambar beliau tu.


DARI membeli banknote dan postage stamps ni lah saya mula kenal dengan lebih rapat sejarah King George V (datuk Queen Elizabeth), King George VI (bapa queen), dan Queen E sendiri.
Am'rika yang megah kini, jangan sombong sangat. Tak sampai 50 tahun lalu, British Empire gah dan action. Kini orang tertawakan sebagai poodle Am'rika.
China pula nak naik. 
Dalam sejarah matawang dunia, gambar Queen E adalah yang paling banyak digunakan! Lebih 50 negara dan pulau-pulau pernah atau masih menggunakan portrait beliau.
GAMBAR: Yang paling saya gemar antara banknote Queen E ialah yang di bawah ini. Beliau masih budak lagi, Princess Elizabeth.
Harga banknote yang rabak ni? Sekitar 15,000 pound sterling = S$30,000 = RM72,000. Kamu nak beli Honda City baru atau kertas lama ni?
Tapi harga kereta terus jatuh, sedangkan harga kertas usang ni terus naik sebab ia payah sungguh nak dapat - Very Rare! Hahaha.




Bersambung .... Royal stamp engraver of Sweden, mendiang CZESLAW SLANIA.

Saturday, February 12, 2011

Isu Azan - antara Singapore & Malaysia

Sumpit (Anon 03:12) di posting sebelum ini menyahut tulisan saya tentang melayu spork:

sumpit said...
bro Rem,
PAP jaga minoriti kat spore ke? Hampeh - kato orang tuo kampung.
Hari tu masa Thaipusam kat Spore, polis tahan geng main gendang yg iring pembawak kavadi. Alasan polis bising dan mereka cuma boleh nyanyi dan bertepuk tangan saja.
Tapi loktang cina dan tarian naga boleh pulak main masa Tahun baru cina di Spore.
den malas lah nak masuk bab azan kat masjid Spore.
sila jawab.


Pandangan saya:
Saya teringat apa yg dr mahathir pernah kata - dlm salah satu ucapan tahunan di perhimpunan agung umno. orang cheena di msia ni minoriti, tapi kenapa terus dibenarkan memegang 50-60peratus kekayaan negara? sedangkan kaum majoriti melayu dan bumiputera terlalu ramai yg miskin?
dr m jawab sendiri, ini bukan terjadi tanpa rancangan. dulu penjajah british beri cheena berniaga di bandar, melayu kena duduk kampung tanam padi dan sayur. bila malaysia tertubuh, orang cheena yg memang enterpreneural terus dibenarkan berniaga. kakitangan awam yg hampir semua melayu diwajibkan bantu cheena ni kembangkan business. misalnya jika mereka tak beri approval, kamu nak buka factory tak boleh, nak suruh telekom masuk line tak ada, nak pasang paip air tak masuk.
tapi dealnya, cheena kena serahkan kekayaan mereka sikit pada orang melayu, jika tidak akan ada rich-poor gap semakin besar. itulah sebab semua syarikat yg masuk bursa saham kl kena 'beri' 30 peratus kpd melayu. malangnya yg kaut semuanya orang umno - termasuk kroni dan keluarga orang yg kini ketua pembangkang.

Walaupun 95pct bangunan - pejabat, kondo, factory - di seluruh msia tu milik cheena, orang melayu tak kata apa. dapat tumpang kerana dapat pekerjaan. dan syarikat cheena nak keamanaan - secara umum mereka ambil pekerja melayu dan naikkan ke pangkat tinggi. bukan No.1, 2 dan 3, tapi chief akauntan, human resource director, senior engineer, chairman pun.
ni semua berlaku By Design - dibuat gitu oleh dr m (maaflah jika kamu benci beliau, tapi beliau ni pada saya macam kuan yew, mereka banyak Hard Truths yg kita payah terima jika tak fikir mendalam).
msia membangun bukan berlaku By Accident.
inilah Social Engineering: negara kamu dulu hanya ada getah dan perak(tin), tanam padi. macam mana penang boleh tukar jadi manufacturing hub? bukan sebab pakatan masuk 3tahun lalu. bagaimana boleh export sawit besar2an?
saya pernah interview dgn allahyarham azizul zainal abidin (bekas pengerusi petronas): katanya kami start dulu kecik saja, dgn ku li. dgn planning dan dr m kasi free rein dan loans/bonds, petronas dapat jadi world player yg disegani. pernah ada bangunan tertinggi di dunia, harumkan nama negara.

Apa kena mengena cerita msia ni dgn melayu spork?
saya nak tunjuk Social Engineering yg berjaya di depan mata kita.


CONTOH yg gagal ialah bila kaum majoriti ambil kuasa, lalu tamak dan tak kisah minoriti. salah satu ialah Rhodesia, kini Zimbabwe.
orang kulit hitam take over 1980. mereka lihat ladang dan bangunan 99peratus milik omputeh. mereka Bagi Percuma kpd peladang dan kroni gagak hitam. 
hancus. drpd negara export Daging (the best beef in africa was from Rhodesia). dulu Rhodesia pengeksport jagung, sayur dan bunga. eksport emas dan diamond.
kini dah di mugabekan dan dizimbabwekan, hancus jadi peminta sedekah.
saya tahu bab Rhodesia ni sebab ia satu negara yg saya pelajari sejarahnya - penjajah british Cecil J. Rhodes rompak tanah kulit hitam - negara tu gunakan nama beliau, Rhodesia. syarikat diamond No.1 di dunia, terletak di afrika selatan, De Beers tu dulu milik rhodes.

Bayangkan jika tunku, tun razak, hussein onn dan lebih lagi dr m (22thn jadi pm) dah zimbabwekan maysia! 
kami melayu, sebagai majoriti kami ambil apa yg kami mahu. semua bangunan milik cheena yg lebih 10tingkat beri pada melayu; semua restoran mesti halal jika tidak lesen tak dapat; business semua mesti beri 51 peratus kpd melayu (kini cuma yg mahu senarai di bursa kena jual 30peratus kpd bumi: orang sabah sarawak yg kristian pun bumi).

Di spork pun ada Social Engineering. 
pada saya berjaya. pada anda, Anon 03:12 tidak, sebab melayu tertekan. no problem.
Saya lihat begini: katalah kuan yew buat macam mugabe: kami majoriti, we can take everything. kita tak payah bantu minoriti melayu ni, mereka hanya 15 peratus. lebih lagi mereka tak boleh lawan sebab mereka tak ada harta seperti omputeh rhodesia dan cheena indonesia. 
kita, cheena spork, cuma perlu pastikan mereka tak bising sangat agar negara melayu maysia dan indonesia tak masuk campur.
ambik satu dua nama macam si remgold tu, kita candukan dgn gaji besar, dan kata - we got malays at the top what! 

Tapi kerana majoriti ambil semua dan tak nak bantu minoriti, tidak ada skim Mosque Building Fund dan Mendaki Fund (Tanpa skim ni akan lebih ramai melayu tertinggal di belakang).
masjid2 di temasek (seperti banyak kuil hindu dan cheena) banyak dah roboh sebab spork membangun pesat. hanya ada satu dua masjid baru, sebab melayu spork walau murah hati, tak ada yg kaya*. tak mampu nak buat masjid tanpa bantuan pemerintah.
jadi, kamu nak sembahyang jemaah, kena sewa rumah kedai?
Nasib baik ada Majlis Ugama Islam Singapura yg disokong kuat (dan dicontrol, kata orang) oleh pemerintah.

*[skrg ni dah ramai yg kaya beb, belum beribu tapi semakin meningkat. saya kenal 5-6 rakan melayu tinggal di kondo-landed berharga s$1juta-$2juta. antaranya sebab pemerintah tak ada skim bumiputra, dan semua kena kerja kuat, meritocracy. mereka naik dgn titik peluh sendiri, orang tak boleh tertawakan belakang kita]. 


Dan kerana majoriti kaut semua, tidak ada bantuan pelajaran utk anak melayu kerana tak ada Mendaki. 
anak2 melayu, ramai masih hadapi problem dlm pelajaran, akan lebih lagi hancus. sebab tak ada tuition murah. 
setahu saya, govt spork bayar dollar for dollar utk kedua kumpulan ini (maaf jika silap). iaitu jika umat m derma s$10,000 utk Mendaki atau AMP, pemerintah tambah jumlah yg sama.
HQ mereka - bangunan sekolah - disewa dgn sangat murah atas ikhsan PAP. ko gi tanyalah, malu aku nak sebut.

kerana majoriti take all, kenapa mesti ada 13 MP melayu, dari 84 total (15 peratus = sama peratusan komuniti melayu di spork, 450,000)? 
Letak 5 orang cukup ler. 
Tapi tidak. Speaker Parliament kini Abdullah Tarmugi, dan desas-desus kata bila SR Nathan turun jadi presiden tak lama lagi, yg ganti ialah mamat melayu, mungkin seorang akauntan terkenal.
Ini tunggu dulu beb. Sensitif.
Presiden Singapore pertama ialah Yusof Ishak (Gambar di matawang di bawah). Lepas tu presiden ialah Benjamin Sheares, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, SR Nathan.


ISU AZAN. kerana melayu minoriti, kena jaga hati majoriti pula. kat spork azan tak boleh kuat. 
yg kamu nak azan kuat, kenapa? ramai ke gi masjid bila dengar azan? saya dulu masuk Jemaah Tabligh semasa muda, lima kali sehari ke surau-masjid. 15minit SEBELUM azan dah tiba. 
jadi sebenarnya azan tu bukan nak panggil orang ke masjid. ia utk Syiar Islam. 
tapi spork ni negara kapir dan kamu minoriti lemah, nak Syiar Islam apa beb? Syiar Kasino adalah. 
sama jika ada rancangan nak bina gereja/kuil kat tengah kl atau shah alam, boleh tak? 
atau gereja/kuil yg ada kini bunyikan loceng kuat2 kat kawasan ramai melayu? tak marah kaum majoriti? kena halau pindah beb! (seperti di shah alam).
maksudnya dlm setengah isu, minoriti kena beri jalan kpd majoriti, takkan semua kamu nak pekik kena tindas?

--------------
CERITA TAMBAHAN

Menurut ceritanya, Kuan Yew menerima complain daripada masyarakat Cheena tentang azan ni, lebih lagi waktu subuh. Jadi apa beliau nak buat?
jika suruh umat M tutup azan, mereka marah - ini Call to Prayer. orang nak gi masjid dan surau! Ramai tunggu masuk waktu ni!

Solution beliau? Boleh terus pakai microphone nak azan tapi kena pusing speaker ke DALAM masjid, bukan menghadap ke luar. Lower volume.
Dan beliau arah radio bahasa melayu singapura mula mainkan azan lima kali sehari.
Agar kamu tak boleh kata: Saya miss waktu masuk sembahyang sebab tak dengar azan.
Buka saja radio!
Itulah cerita orang2 tua di sini.

---------------
THAIPUSAM dan LOKTANG. Kecoh masa thaipusam tahun ni apabila pemerintah spork beritahu tak boleh main gendang. pemerintah kata ruling ni dah lama ada, cuma diberi masuk akhbar sebagai peringatan.
sama juga umat m tak buat perarakan maulid di jalanraya (dulu jadi gaduh berbunuh perkauman tahun 1960an sebab arak maulid bising2 = orang berdoa, bertakbir dan bertahmid, tapi utk orang luar bising ler); kristian di temasek pun sambut perayaan dlm gereja atau sewa dewan besar.
eh, kenapa pula boleh Loktang dan Tarian Dragon pulak!
Loktang tu ialah sebahagian wayang cheena yg mereka adakan di estet-estet perumahan, siap dgn asap dan 'bising2' main muzik wayang pekji = pada kita bising, pada mereka berdoa, bertakbir dan bertahmid! 
Ini balik kpd hak rakyat majoriti. macam baru ni heboh isu azan di kampung kerinchi. kaum majoriti suka dgn azan, kamu minoriti cheena, take it or leave. 
 Sama macam umat m di maysia tak diberi sambut valentine's day, habis bankrupt orang cheena nak jual bunga ros. tapi itu hak majoriti. 
Cheena ni main loktang dan wayang tu masa Hungry Ghost month saja. itu agama kaum majoriti - Wajib (bukan Sunat) main wayang dan bakar miswa, buat 'bising', agar ghosts of the ancestors yg turun ke dunia masa itu, enjoy dapat nonton. 
macam kita baca yassin dan ratib kuat2 kat rumah bila kenduri arwah - orang sebelah tentu marah sebab bising, tapi itu agama. 
di spork, jam 10mlm dah tak boleh buat bising, jika tak orang boleh komplen dgn polis. 

Saya rasa yg dimaksudkan ialah Lion Dance, bukan dragon dance. bising shopping centre dan kadang sebelah rumah kita mereka datang dan rabak bising. 
itu pada saya hak majoriti dan berlaku setahun sekali. saya pun tak suka, tapi kedai dan rumah cheena tu rasa Wajib ada joget2, lion minta duit angpow - masukkan dlm mulut. jika tidak business tak akan 'ong', rumah mereka tak akan ada rahmat. ini kepercayaan mereka sebagai majoriti. 
kamu nak azan lima hari sekali, bising pada mereka 365 hari x 5 kali. tapi mereka bising2 setahun hanya beberapa hari, jadi apa argument kamu nak gunakan. saya pun tak setuju dgn lion dance bising ni, tapi mereka majoriti.

Kenapa saya ni bagi excuse macam2?
Pada saya simple: baik kamu yg tinggal di bangsar dan tak suka azan, atau di spork marah sebab miss sembahyang kerana tak dengar azan - jangan undi orang yg larang kegembiraan kita. 
cuma kena ingat juga, jika mereka mugabekan negara kita lagi teruk. 
hari ini umat m spork dijaga = siapa saja hina melayu dan islam di internet, terus kena cekup!
dan umat m dipandang sama tinggi di sini (pada saya, kamu mungkin rasa berbeza).


POST SCRIPT
CUMA, pada saya pemerintah spork masih kurang ini:
1) kenapa hanya seorang saja menteri melayu dlm kabinet 21 orang? ada tiga india. tambah ler lagi satu. akan jadi kebanggaan masyarakat melayu.
2) tentera kena lebih ada ramai pegawai atasan melayu. dah ada seorang jeneral (sama bangsa dgn saya dan dr mahathir), dulu ada satu pilot jet dan pilot helikopter tentera (tak tahu ada lagi tak). 
masalahnya ialah mamat melayu tak suka kerja ini, jadi sedikit sangat yg ada harapan nak naik. seperti saya di syarikat-syarikat berita selama ini: di tempat kerja di mana yg melayu sekerat dua, kamu kena kerja teruk jika nak naik pangkat.
3) masih belum ada Parliamentary Secretary melayu yg pertama. 
di maysia, civil servant tertinggi dlm satu kementerian ialah Secretary-General (Ketua Setiausaha), di spore Parl Sec. 
tapi di sini juga, tak ramai anak melayu berada di atas civil service. seperti saya, ramai melayu yg ada qualification sikit pun lebih suka kerja di syarikat privet sebab jadi kakitangan awam ni, gaji slow nak naik.
bekerja dengan syarikat american dan british/european lebih mudah nak naik pangkat, berbanding syarikat tempatan. sebabnya? boss saya dulu di New York dan Tokyo, di London. mereka hanya nampak tulisan kita, tak perlu nak ada good relationship dgn boss yg di depan mata setiap hari. 
4) beri bantuan yg lebih utk pelajaran anak melayu yg miskin. tapi ini manyak susah kerana ia terpulang kpd masyarakat melayu sendiri. 
jika ramai volunteer dlm Mendaki dan AMP, nak ajar tuition (dapat elaun sikit) maka lebih pantas melayu naik. each community kena tolong bangsa sendiri di sini. Untuk india ada Sinda (Singapore Indian Development Association, utk bangsa campur ada Eurasian Association, utk bangsa cainis ada banyak clan association mereka.

saya tak masuk bab melayu miskin, kena tindas etc. sebab dah pernah bincang dulu - sini dan sini. Juga sini dan sini.
Orang Melayu Malaysia 'malas dan manja'

Akhirnya: ini pandangan peribadi beb. 
anda tak perlu setuju pun! 
dan saya ulangi, saya kerja dengan ministry of propaganda singapork. jadi saya tak perlu pun masuk isu2 sensitif gini, lepas tu berbohong.
saya masuk ni sebab ditanya dan agar saya dapat kata: ada banyak benda yg pemerintah kapir spork lakukan tu baik. 
jadi anda kena step back a bit, dan fikir kejap. tak setuju tak apa.  

Saturday, February 5, 2011

'Pak Arab, belajar dari Malaysia, Indonesia'

Tulisan mat salleh Australia.
Maklumlah, kita kat sebelah sini, jika orang kita tulis ada saja tak betul.
Tapi jika angmor tulis, pembangkang Maysia pun terima!
Baca ni.


--------------------------------------
TIKUS YAHUDI LAWAN SUICIDE BOMBERS

Pandai bangsa ni. Tikus pun depa latih nak kesan bom!
Kita nampak tikus calibut lari!

Thursday, February 3, 2011

Tabik! Ramai di Mesir berbahasa Inggeris

Kita dah bual isu pekerjaan dan corruption di Egypt, dan lihat abang polis serang para demo.
Kita semua nonton CNN, BBC, Sky dan Fox. Di Malaysia, ada Al Jazeera English lagi.

Satu isu yang 'memeranjatkan' saya ialah rakyat Mesir yang dipanggil untuk bercerita di kaca TV dan yang diwawancara.
Melihat Orang Politik mereka dan Para Penganalisa mereka berbual bahasa Inggeris, oooo saya segan.
Tapi lebih memeranjatkan ialah ramai ORANG MUDA yang diinterview yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris! Siap dengan slang Amerika lagi!
Tabik.

Dengan jelas, mereka dapat terangkan kepada kita semua apa yang berlaku, apa perasaan mereka. Mamat-mamat muda tu yang saya respek.
Kerana mereka inilah - orang berpelajaran yang tak dapat kerja dan fed-up dgn kerajaan corrupt, yang bangkit. Mereka organise demo gunakan Tweeter dan Facebook.
Di Malaysia masih pakai SMS.
(Di Singapork, tak 'yah pakai apa-apa pun. Jika empat orang berkumpul nak demo, terus kena cekup. Hahaha. Saya pernah tulis di sini, Singgies tak pakai demo jalanan, mereka gunakan PetitionOnline.com. Orang Malaysia pun dah pandai pakai OnlinePetition - di sini).




TAK mudah kita lupa menteri penerangan yg diinterview oleh Al Jazeera selepas demo, yang hancuq bahasa Inggerisnya.
Dan tidak pandai cara mengolah isu.
Hancuq nama kerajaan, hancuq nama negara.

Maaf, saya bukan nak tertawakan, cuma saya khuatir.
Jika ada demo besar di KL satu hari nanti (tak kisahlah oleh pro-FLOM demonstrators atau pro-Nuar), siapa yg harus dipilih untuk memberitahu satu dunia apa yg berlaku?
Atau misalnya, mungkin selepas plihanraya besar 2013 kelak, rakyat mengamuk - sama ada kerana pembangkang kalah teruk, atau kerajaan BN kalah teruk.



Ingat, anda mesti:
1) Mesti pandai berbahasa Inggeris.
2) Cepat mengolah isu - ini Live TV beb. Tak boleh kata 'Wait ah, I think think one menet'.

OK, kita kena tolak PM dan DPM, sebab busy jika ada isu besar berlaku. 
Ini ahli Cabinet PM Najib.
Koh Tsu Koon? Nazri? Hisham? Soi Lek?
Atau Zahid Hamidi? Ahmad Maslan? KJ?
Dulu ada Rafidah Aziz.
Senarai pemimpin Umno.

Di barisan pembangkang?
Katalah Abang Anwar sedang sibuk dan Kak Wan serta Nurul Izzah juga tak sempat muncul di TV. Juga bukan Kit Siang atau anakcucunya.
Maklumlah ini isu 'Melayu' dan 'Islam' misalnya, jadi kena cari Orang Politik dan Penganalisa Melayu.
Mungkin Ustaz Nasharudin? Husam? Azmin Ali? Mat Sabu?
Senarai pemimpin PAS.



KAMU jangan ingat saya tertawakan Malaysia pulak.
Saya gerenti kamu, ahli Cabinet Singapore pun, ramai daripada mereka tak pantas otak nak muncul di Live TV jika ada isu membakar terjadi dan mereka dijemput buka mulut.
Ini bukan interview Channel News Asia atau SPH Radio beb, akan ditanya soalan yg cantik manis saja. Kena jawab hard questions, siaran langsung.


INI belum lagi kita tarik mamat dari Keramat dan Kepong, Salak Selatan dan Gombak nak interview live!
Carilah pemimpin universiti di Malaysia - ada 21 universiti awam. Saya harap akan ada pemimpin pelajar yg boleh slang American atau British, tunjukkan 'kami negara berpelajar'.

Takut hancuq, baik kita prepare sekarang. Just in case brader.

Saturday, October 16, 2010

Minimum wages atau minimum skills?

Saya baru tiba di Singapork pulau indah-kecik tadi petang selepas seminggu main-main kat KL. Naik Firefly Subang-Budget Terminal Changi seperti biasa.
Lalu baca surat khabar beberapa hari lalu, catching up on the news.

Satu berita yang menarik minat saya ialah perbincangan di pulau totet ilet ni tentang pekerja bergaji rendah - pekerja kolar biru kata orang.
Di sini, Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri juga ialah ketua gerakan pekerja! Namanya Lim Swee Say.
Ada orang kata jika menteri dalam Kabinet jadi ketua buruh, maka tak akan ada demo pekerjalah. Exactly what the government wants.
Dan itu, pada saya, juga baik untuk pekerja. Makin kurang demo pekerja, mogok awam, lebih baik. Kerana takut pelabur lari.
Kita lihat di Perancis dan England, mampoi satu negara baru-baru ini apabila pekerja pengangkutan mogok. Tak ada keretapi, tak ada bas, macam mana nak gi kerja?

Swee Say ada satu argument yang dibincang panas di Singapoora, dan juga relevan untuk Malaysia.
(Di Malaysia, para pengetua gerakan buruh ramai yang masuk pembangkang).
Argument biasa untuk pekerja ialah: Mesti adakan minimum wages - gaji minima, untuk berlaku adil kepada pekerja.

Di Malaysia dan Singapore tidak ada gaji minima, bermakna majikan boleh suka-suka kasi orang tu gaji.
Jika dia nak bayar gaji tukang masak kat restoran dia RM800/S$800, dan pekerja di kilang dia RM550/S$500 tak ada undang-undang yang kata tak boleh.
Cuma, jika gaji rendah sangat, orang tak akan datang.
Macam restoran mamak satu Malaysia selalu bising tak ada mamat nak kerja kat restoran mereka, sebab tu kena ambil pekerja dari India, Indonesia dan Nepal.
Hello, kamu kasi gaji kecik sangat, baik mamat tu kerja jadi office boy yang gajinya rendah sikit, tapi dia dapat duduk dalam bilek aircon.

Gerakan buruh Malaysia mahu ada minima untuk semua pekerja - baik di ladang yang menoreh getah dan tanam sawit, mahupun drebar, pekerja kilang dan restoran.

Di Singapork, Swee Say kata lebih penting daripada paksa adakan undang-undang gaji minima ialah pastikan semua pekerja ada minimum skills - kemahiran minima.
Jika tak ada, siapkan latihan untuk mereka.
Ini, kata beliau, lebih adil untuk pekerja.

Dan pelabur tak akan lari kerana takut dipaksa bayar gaji minima untuk pekerja kilang dan office boy.
Maksudnya jika di Malaisia atau Singapoura gaji pekerja kilang mesti paling kurang RM1,200/S$1,200, dan office boy mesti dibayar RM900/S$900, mungkin pelabur asing lari.
Baik di buka kilang dan pejabat di Jakarta atau Vietnam. Di sana, gaji lebih rendah dan tak ada gaji minima.

---------------------------------------
INI bahagian cerita syiok sendiri - anda boleh skip terus baca di bahagian bawah!

CERITA LAMA: Sebelum jadi wartawan, saya dulu pernah kerja di sebuah firma arkitek di Temasek.
Sebab saya belajau mechanical engineering, maka saya jadi design draughtsman (orang Amerika kata 'draftsman') dalam mechanical dan electrical department, firma arkitek Australia tu di Singapore.
Dah lama tutup saya rasa syarikat International Project Consultants di Pasir Panjang Hill.
Jika kamu ada projek, arkitek Australia dua partner tu buat pelan kasar, lepas tu mereka bahagi kat architectural draughtsmen draw betul-betul.
Masa tu belum pakai komputer lagi. Belum ada sofwe architectural plan kat komputer. Kat pejabat Wang Computer pun belum ada! Ini tahun-tahun 1982-1985.

Kami draw pelan pakai kertas transparent (lupa apa nama sebab dah 30 tahun dulu dah!) dan ink hitam. Drawing paper.
Meja drawing saya di pejabat hah, lihat GAMBAR ni. Saya ada beli satu untuk gunakan di rumah juga dulu - mahai nak mampoi, tapi amat diperlukan dulu.


Pena untuk lukisan teknikal saya pula di GAMBAR BAWAH ni.
Draughtsmen jika tak pandai pegang technical pen Faber Castell masa tu, tak boleh cari makan.
Kena hafal colour code. Putih maknanya untuk draw line nipis, 0.25mm thickness. Nak draw tiang besar, gunakan yang warna purple tu, 0.70 thickness.


Kena pandai buka pen itu 100 per cent, dan repair sendiri jika rosak - baca tentang bahagian-bahagian pen di sini. Orang dulu miskin, kalau rosak kena repair sendiri. Sekarang phone rosak, TV rosak, kereta rosak, orang politik rosak, kita main nak buang saja.

Sambung cerita - lepas archi department habis, sketch itu dibahagi kepada civil engineering department yang calculate besi dan palang besar mana nak pakai, dan banyak mana batu-bata dan simen nak pakai. Pastikan bangunan tak roboh.

Sketch juga dibagi kepada department saya - kami lakar wiring letrik nak jalan mana, lampu berapa banyak nak letak, aircon berapa besau, dan ducting untuk aircon nak jalan kat bumbung sebelah mana.
Berapa sejuk aircon ni?
Harga mesin aircon ni bagaimana - ini aircon besau oi, bukan yang kamu pasang kat rumah.
Saya pernah tolong design aircon sistem untuk mall besar di Sandakan, bangunan bank di Raffles Place, dan juga untuk rumah-rumah orang kaya.


Yang saya respek betul mat salleh Australia dua orang ni, mereka tak sombong.
Yang satu ada Lambo warna biru - pertama kali saya nampak Lambo depan mata.
Di pejabat ada DUA orang office boy Melayu yang diajak duduk dalam pejabat belajar jadi architectural draughtsmen!
Mereka masih kena hantar surat naik scooter (ini belum zaman ada email lagi!).
Tapi bila tak ada kerja, omputeh ni suruh mereka pegang pena lukisan tu, belajar jadi draughtsmen. Mamat senior draughtsmen Cina kena ajar mereka.
Lepas tu ada receptionist pompuan budak Melayu, pun boss suruh belajar buat drawing. Tingkatkan kemahiran!
Mereka dibayar lagi oleh boss untuk gi kelas malam belajar technical drawing.

Mana lebih baik?
Kasi mereka gaji minima sebagai office boy dan receptionist? 
Atau naikkan kemahiran minima mereka, seperti yang dibuat oleh boss lama saya, Philip Conn dan John Malone?
(Dah tua-tua, baru teringat cerita ni!)

---------------------------------------
Berbalik cerita asal.

Itulah yang kita harap kerajaan akan lakukan.
Naikkan taraf kemahiran pekerja.
Galakkan mereka tambah ilmu dan kemahiran.

Di Temasek, syarikat kena bayar ratusan atau ribuan dolar sebulan (ikut company besar atau kecil) kepada tabung latihan pekerja.
Dan majikan kena berikan mereka MASA untuk ambil kursus - di institut atau sekolah latihan pemerintah di luar.

Nak buat bangunan pencakar langit pun okay, nak belanja berbilion pun tak apalah. Tapi jangan lupa orang di bawah tu.
Sebab jika tenaga mahir kurang, maka pelabur tak akan masuk, walaupun negara kamu ada bangunan 100 tingkat, ada International Financial District yang canggih.
Kamu ada kuasa, bantulah orang yang tak berkuasa agar bertambah kuasa mereka nak mencari makan.

(Maaf, saya gunakan example Singapork sekali lagi. Bukan sebab negara kecik ni bagus sangat, tapi sebab itu contoh yang saya tahu sebab saya kerja kat sini).

Wednesday, October 13, 2010

Cerita Hantu (Switch on lights before reading. Seriously!)

Ramai tentu dah baca cerita dari sebuah kampung di Terengganu.
Budak bernama Siti Balqis, 22 tahun, katanya kena kidnap secara kerap oleh .... errr tak tahulah siapa.
Orang bunian?, djinn?, Perkasa?, PAS malaun yang sokong Umno? Namewee racist? Hantu galah?

Tapi satu hari SB (Siti Balqis) dijumpai atas pokok, esok kat dalam lori pembancuh simen, lepas tu kat kubur, dan dalam almari kat rumah.
Satu masa, beliau sempat SMS beritahu ibu ada dalam gua, pernah telefon kata ada kat kubur!
Terima kasih kepada Maxis dan Celcom dekat Besut.

Katanya satu kampung kadang kala jaga keliling rumahnya, itupun boleh lesap dan dijumpai kat tempat lain.
Alamak, takuttttt.....
Ini kena main lagu Twilight Zone.


Ada cerita SB ni di sini dan sini.
Tapi cerita hantu brader, lebih syiok baca dalam bahasa Melayu. Terima kasih Utusan dan BH. Seronok baca cerita ni, muak saya dengan politik tak habis-habis Malaisia ni.

Yang seram ialah gambar-gambar - terima kasih Ummie dan NST.

Memanglah kita orang bandar, susah nak percaya cerita seperti ini.
Saya baru cerita kelmarin tentang hidup saya sebagai budak kampung di West Coast Road, Singapore: tak jauh dari Jurong.
Saya tak berani tertawakan cerita SB ni sebagai karut.

Ini pengalaman saya:
Masa tu tahun 1960an, saya masih di sekolah rendah.
Di tepi jalan kampung kami ada serumpun besar pokok buloh (Play The Exorcist song here!).


Satu hari arwah bapa saya pulang dari kerja - naik basikal beb, maklumlah zaman P.Ramlee lagi.
Tiba-tiba tak tahu kenapa, beliau meracau kat rumah. Saya tak ingat detailnya - jika tak salah pergi mengaji (masa kecik rajin ler mengaji, kalau tidak kena rotan!).

Heboh satu kampung.
Beliau dibaringkan atas katil di rumah sewa kami - dan macam cerita P.Ramlee juga - bilek sewa tu ada tembok kayu yang boleh dipanjat nak ngendap bilek sebelah! (macam cerita Masam-Masam Manis).

Orang-orang tua satu kampung pun datang. Saya tak ingat bapa saya meracau apa.
Cuma yang ingat ialah salah seorang tu pegang ibu jari kaki arwah bapa - ibu jari kaki kiri.
Lalu beliau tanya 'makhluk' dalam badan bapa saya - pada masa itu satu kampung dah heboh 'Pak Mat kena sampuk'.
"Kamu datang dari mana?"
Nasib baik djinn/bunian/namewee tu pandai cakap Melayu beb.
Jika djinn/bunian/namewee bangsa Arab, atau Cainis si mata sepet, atau dari Russia, tak kecoh kamu!
Atau jika yang masuk tu alien, ha!, tak mampoi kamu, depa jawab dalam slang American: Take me to your leader!

Nasib baik dia (bapa saya) jawab dalam bahasa kebangsaan Singapura: "Dari pokok buloh".
Fuyoh. Itu bukan suara bapa aku.
Apasal pulak bapa aku suaranya garau macam suara Ramli Sirap.... oh-pocot! Ramli Sarip???
"Pokok buloh mana?"
"Kat depan kampung".
Takutttt.....

Saya tak ingat apa jadi lepas tu.
Ada jampi dan doa-doa.
Orang yang pegang ibu jari tu 'menghalau' benda tu suruh balik.
Nasib baik kawan tu friendly, agaknya dia keluar ler.
Masa tu belum zaman Islam Saudi Wahhabi, belum zaman revolution Iran, belum zaman PAS kafir-mengkafir, dan Umno mengaku Islamic state.
Tapi beliau baik juga. Esok dah okay.

Yang pasti, lepas tu, kita semua elak jalan kat pokok buloh tu.

Monday, October 4, 2010

Sultan Johor beri amaran, order limo baru

Maaf tuan dan datin, pak chic penat bekerja satu hari suntuk.
Terbaca tadi di pejabat cerita ini.
Sultan Johor kasi warning kepada mereka yang memperlekeh perlembagaan.

Apa pandangan anda.

Dan di sini, Sultan Johor baru order limo baru dari *Australia.
Chrysler 300C stretch berharga *A$160,000 (RM480,000).
Murah beb, sebab kereta Merc S-class dan BMW X6 pun hampir RM1juta.

Saya pernah buat liputan baru-baru ini di Johor apabila Tuanku membuat kunjungan jumpa rakyat.

(*Pembetulan: Saya rasa tempat ni di Australia dan harga kereta pun Aussia dollars, bukan di Amerika dan US$ seperti yang ditulis di posting awal. Lebih murah lagi harga kereta ini).

Friday, September 24, 2010

Mas Selamat

Tajuk berita Utusan Malaysia esok: Selamat tinggal.
Tajuk berita Berita Harian Singapura esok: Selamat datang.

Wednesday, September 8, 2010

PKR diambang pilihanraya. Syiok nonton

Satu lagi topik politik sebelum masuk mood Raya!

Sebagai wartawan, saya berada di ballroom hotel Renaissance di Jalan Ampang pada April 1999 apabila Parti KeADILan Nasional dilancarkan.
Saya masih simpan name Press tag hari bersejarah itu, walaupun ia sejarah kecil untuk Malaysia.
Masa tu, ramai rakyat Melayu begitu marah dengan Dr Mahathir Mohamad dan caranya menghalau dan menghentam Anwar Ibrahim (rakyat bangsa lain risau dari jauh). Ramai yang khuatir itu akibat tak menentunya masa depan negara.
Belum lagi zaman Facebook, Blogger dan Twitter, orang masa tu pakai Tripod dan Geocities nak hentam kerajaan. Mereka ni adalah web-hosting sites, macam Blogger dan WordPress hari ini, tapi masa tu masih basic lagi. Juga SMS banyak digunakan. Tanpa Reformasi, SMS tak begitu popular di Malaysia!!!

Ramai khuatir tentang masa depan Malaysia kerana Dr M dan Anwar menjadi hero semua bangsa, satu negara. Malaysia maju giler.

Saya wartawan ekonomi masa tu, jadi semua ketik dan ketok dalam ekonomi sibuk ditulis pak chic muda (masa tu hensome macam Keanu Reeves selepas berjemur bawah mentari sehari suntuk. Hahaha).

Antara 1987 dan *1998 - selama 10 tahun - ekonomi Malaysia berkembang 8 peratus setahun, setiap tahun!!! Satu dunia pun tak begitu dulu - kini ekonomi China dan India dah jadi gitulah.
(*1998 GDP setahun tetap kuat sebab krisis matawang Asia bermula pada Ogos tahun ini. Jadi ekonomi selama tujuh bulan sebelumnya begitu rancak).

Ini saya dah selalu cerita - Kita semua pasti ingat masa tu nak beli Proton baru kena tunggu paling kurang 8 bulan.
Rakan-rakan saya pakai Proton Saga dua-tiga tahun, boleh jual dengan harga Lebih Tinggi dari apabila dibeli - pertama kali dalam sejarah manusia saya pernah dengar harga kereta biasa boleh naik setelah jadi second hand.

KLCC sedang dibina, jadi traffic jam satu bandar setiap hari! Pejabat saya masa tu di Wisma Budiman, dekat headquarters Maybank, di Jalan Raja Chulan. Masa tu bangunan Bursa Malaysia BELUM lagi dibina!!! Ada bukit tinggi di situ.
Istana Hotel, Hotel Equatorial dan juga Pan Pacific PWTC (selain ShangriLa dan Hilton KL) adalah top di Malaysia. Kini dah jadi bagaikan jaguh kampung setelah diambil lagi oleh jenama seperti Mandarin Oriental, Marriott, Westin dan Traders.

Masa tu orang nak panggil Cainis (Chinese) pendatang pun tak apa, nak kata Melayu bodoh pun okay, nak halau India balik Tamil Nadu can also. Semua lagi sibuk nak buat duit, tak ada masa nak gaduh bangsa dan agama, walau ada skandal Bank Negara, Perwaja, Bank Bumiputra.

Jadi setelah Anwar kena sack dan dimalukan begitu, ribuan orang ke dewan Renaissance nak jadi anggota KeADILan. Ramai anggota Umno.

DAP masih parti Cina totok masa tu. PAS parti Islamic state.
Atau disebut oleh seorang penulis - DAP was a Very Chinese Party, PAS was a Very Muslim Party.

Begitulah pasang surutnya politik dan kehidupan.
Kini dah banyak perubahan.
KeADILan dah jadi Parti Keadilan Rakyat setelah kawin dengan Parti Rakyat Malaysia.
DAP dan PAS juga dah tukar wajah dan lebih inclusive.


WALAU kita semua tahu ramai rakyat marah dengan Abdullah Badawi, ramai tak sangka langsung bahawa kemarahan begitu tinggi sehingga lima daripada 13 negeri Malaysia jatuh ke tangan PKR-DAP-PAS - enam jika dikira Wilayah Persekutuan!


AZMIN, JAKIM & SINGAPORK

KINI sejarah PKR akan dicipta lagi dengan pilihanraya dalaman mereka.
Azmin Ali lawan Zaid Ibrahim. Tak tahu jika ada lain yang akan masuk gelanggang.
Untuk Angkatan Muda, ada empat calon nak lawan wrestling.
Ada lima jawatan Naib Presiden.
Nampaknya parti akan berpecah.

Tapi sebenarnya itu biasa dalam politik. Yang penting ialah mereka bersatu kembali setelah 'bergaduh' kejap.


Sama ada kamu suka atau tidak, tanpa PKR ni payah juga masa depan demokratik Malaysia.
Begitu juga jika DAP dan PAS lemah. Ataupun jika Umno lemah.

Each has its own strengths and weaknesses.

Semuanya menambahkan kepada kepelbalgaian pandangan dan democratic space Malaysia.

Untuk saya, saya percaya dengan Chaos Theory. Jika semuanya berjalan lancar kerana Orang Atas control (seperti di Singapork atau jika sebuah Parti Islam control semunya seperti di Iran) maka otak manusia yang tumbuh dan hidup di situ adalah inferior.
Sebab mereka tak biasa idea mereka dicabar, penjelasan mereka diludah orang.
Jika sering dicabar, sering kena defend ideanya, orang itu akan menjadi manusia yang dynamic.

Saya takut jika Mais atau Jakim atau Umno atau PAP saja yang kuat dan orang lain semua dilemahkan sehingga takut nak kasi pendapat.
Kita lihat saja Amerika dan kenapa ia begitu banyak mengeluarkan dan memperbaiki inventions (the Internet, iPad, rocket technology mahupun Big Mac, Starbucks coffee) yang ingin ditiru orang.
Kita bandingkan dengan Iran dan Korea Utara di mana semua idea mesti datang dari Orang Atas, or else....
(Singapork semua idea POLITIK mesti dari Orang Atas, idea lain tak apa).


Pendekkan cerita: Saya harap PKR ni setelah bertanding jadi kuat dan bersatu semula, untuk kebaikan negara.
Mereka juga tunjuk jalan baru dalam pilihanraya parti - kesemua 400,00 ahli dari 218 cabang/division akan mengundi. Umno juga akan ikut jalan ini apabila ia mengadakan undi parti tiga tahun sekali. Bukan lagi pemimpin dipilih oleh sekerat orang yang menghadiri perhimpunan agung.
(PKR ni sebelum March 2008 dulu tak tahu ada 40,000 ahli atau tidak dan mungkin hanya 20-30 cabang yang aktif).

Tanpa pembangkang kuat di Malaysia, ditakuti Umno dan BN akan cepat lupa daratan, Kita lihat saja zaman Umno-BN begitu kukuh dari 2003-2008 tu dulu, Angkuh.
Cuma yang saya dan tentunya ramai lagi di sana tu yang mengharap PKR, dan juga DAP serta PAS, jadi pembangkang yang pro-negara.
Apa tu? Jika kerajaan buat sesuatu atau capai sesuatu yang baik, pujilah sikit.
Misalnya, cepat mereka bantai kerajaan apabila wang pelaburan mengalir keluar (angka tahun lalu). Tapi bila pelaburan masuk banyak, senyap pula (angka tahun ini).
Mereka cepat bantai bila ekonomi lemah dan salahkan kerajaan (tahun lalu). Jadi bila ekonomi kuat (tahun ini), salah ke jika dipuji?
Ini untuk menyejukkan hati rakyat yang gelisah dengan macam-macam isu, sebab semua benda dijadikan isu. Semua benda semacam salah di Malaysia, sehingga orang kata - orang politik hanya gila kuasa, hanya nak jadi pemerintah, nak masuk Putrajaya atau nak kekal dalam Putrajaya, jadi semua dijadikan bahan serang menyerang.


Saya yang menulis ini ialah rakyat selatan yang mana pemerintahnya kini semakin sedar bahawa tanpa a little chaos in the marketplace of ideas, negara boleh jadi stagnant.

Hanya ada dua pembangkang daripada 94 Ahli Parlimen yang dilantik (elected MPs) di Parliment Temasek. MP pembangkang ketiga dalam Parlimen ialah pembangkang yang kalah undi, tapi dapat undi tertinggi di antara semua yang kalah (the losing opposition MP with the highest score among the losing opposition members). Yang ketiga ni tak ada kawasanundi, dan tak boleh mengundi jika Parliment mengundi sesuatu isu - Non-Constituency MP atau NCMP.
Dan ada lagi sembilan Nominated MPs (NMPs) - Ahli Parlimen yang dipilih pemerintah PAP untuk masuk sebagai wakil interest groups agar buka mulut.
Susah orang luar nak faham, maka baca di sini.

Kini ada desas-desus Temasek akan mengadakan pilihanraya pada Mac tahun depan, bukan December tahun ini yang saya pernah tulis.
Malaysia pun akan ada pilihanraya dalam tempoh December-Mac ini! Tapi katanya, pilihanraya PARLIMEN saja dulu, bukan untuk DUN.
Jeng jeng jeng.

Saturday, September 4, 2010

Upin & Ipin tawan Indonesia


Saya dah pernah dengar tentang Upin & Ipin ni, tapi tak pernah nonton episod kartoon ni.
Ia katanya begitu popular di Malaysia.
Tapi yang lebih menarik ialah show ini begitu popular juga di Indonesia.
Laporan The Jakarta Globe mengenai budak kembar Malaysia ni di sini.

"According to Viny Felasiani, a media official with TPI, the show was the highest-rated program in Indonesia at one point in January, capturing almost 25 per cent of all viewers during its time slot"
"It is currently the second-highest rated program on TPI and the highest-rated among the education channel’s numerous shows for kids."



Begitu popular hingga ada orang politik marah! Ish ish ish.
Masa demo di depan embassy Malaysia di Jakarta, ada yg bawa patung U&I dimasukkan dalam plastik, diletak tikus hidup suruh gigit kaki patung berdua ni.

Alamak, U&I gi solat tarawih!
So kiuttttt (cute) !!!
Official Facebook page mereka di sini.

Baguslah jika kartun boleh tambah saling faham memahami.

Apa nama mamat penuh Upin dan Ipin ni? Ada sesiapa tahu?
Ipin mungkin Ariffin.
Upin???

(GAMBAR disedut dari official fan page di Facebook)

Sunday, August 29, 2010

Ucapan National Day S'pore.... & isu umat M

Perdana Menteri Singapore Lee Hsien Loong kini sedang berucap, live di TV.
Dari zaman bapanya dulu, National Day rally ni semacam wajib dinonton oleh orang yang nak tahu politik dan business pulau kecik ni.
Setahun sekali, perdana menteri akan explain secara detail kenapa pemerintah buat sesuatu itu, dan jawab isu-isu panas.

Dah lama saya tak nonton sebab kerja di KL dan selalu waktu hari bertugas. Hari ni tak kerja.
Tadi depa start 6.45petang. Mula dengan berucap dalam bahasa Melayu, seperti bapanya Kuan Yew dulu. Saya tak tahu masa Goh Chok Tong jadi PM dulu beliau berucap dalam bahasa Melayu ke tidak.

Terlambat, saya miss ucapan dalam bahasa Melayu.
Kini lagi bual bahasa Mandarin.
Last, dan paling panjang, baru nanti bual dalam bahasa Inggeris.

Isu-isu yang nak dikatakan termasuk Education, Foreign Talent dan Economy tempatan.
Dengan bisikan bahawa pilihanraya akan diadakan pada December atau Januari, waduh pak, speech ini menjadi lebih penting nak menarik hati pengundi.
Selain isu FT ni, warga Singapork marah tentang harga rumah yang tinggi.
Ekonomi Singapura tahun ini (KDNK) dijangka tumbuh 13 hingga 15 peratus - ekonomi terkuat di dunia (China dan India lebih kurang 9 peratus saja). Sebab ada dua kasi-no.

More later....

--------------------------------------------
ALAMAK, 7.40pm hingga 8pm ada break pulak! Lepas tu baru nak cakap bahasa Inggeris.
Baru saya tanya dalam hati tadi - nampak ramai muka Melayu dalam dewan tu, macam mana mereka nak buka, bermaghrib?
Setahu saya, selalunya tak ada break gini.
Takbir! (mampoi polis Singapore tangkap aku).

--------------------------------------------

(Cerita tentang ucapan PM Lee - baca sini dan sini).


--------------------------------------------
BAIK SAYA JAWAB INI 
 
Di posting sebelum ini,
Pinggoo said...

Hi Rem.
I am beginning to be addicted to your blog. I think I am not the only one....hee hee.
Btw, what do you think of the 2 umat M yang kena tangkap kat Singapore tu? They are very brave and courageous to face the PAP machine. Habis tu mamat yang kena ISA itu hari...apa hal? Citer la sikit.
Kesian diorang, bulan puasa pulak tu ...terus kena cekup...
Sape sape nak tahu, pergi lah kat sini....temasekreview.com
Selamat berpuasa.


JAWAPAN:
Eeks, tak payah puji-puji beb. Ini tulisan syiok sendiri.
Harap jangan gunakan apa yang saya tulis sebagai fatwa atau investment advice. Ini macam kita duduk kat kedai kopi bual-bual kosong, pakai apa ilmu yang ada.
Sama macam di kedai kopi, jika orang tak sedap dengar apa yang kita kata, mereka akan beredar ke tempat lain.

Tentang mamat Singapore yg kena cekup tu. Utk pembaca yg tak familiar, di Singapour baru selesai diadakan Youth Olympic Games atau YOG. Buat pertama kali dalam sejarah.

Untuk pengkritik - pemerintah buang duit ratusan juta. Tak ramai yg nonton, volunteer dapat makanan basi hingga ada yg sakit perut.

Untuk penyokongnya pula - orang muda dan keluarga mereka dari 204 negara kini dah masuk Singapork dan tahu brandname pulau ini. Macam saya gi US dua minggu dulu, mereka yg masuk ke sini tu ditunjuk macam-macam benda yg baik dan cantik. Dan bakat muda pun dah mula nampak dalam sukan Singapour - team bola under-15 tu menang tempat ketiga (bronze medal). Wah. Team table tennis dan swimming pun bagus.

Salah satu pengkritik ialah budak Melayu yg menggunakan bahasa kasar, dalam mengkritik YOG dan menteri belia. Baca sini dan sini. Lalu mamat ni kena cekup polis dan nak dibawa ke mahkamah.
Adakah pemerintah dan polis over-react? Itulah yg jadi isu panas di cyberspace.

[Kat Singapore ni siapa nak baca pengkritik pemerintah baca TemasekReview atau TheOnlineCitizen (antara banyak website kritik Sinkapour).
Di zaman internet, pemerintah dan ulama dah tak boleh control spin lagi. The people talk back. They ask difficult questions. Yes, sometimes these websites and blogs ask stupid questions and give shallow answers.
Kalau kamu kata pemerintah Singapore tak boleh kena kritik, salah juga. Baca saja artikel-artikel di dua website too - lebih dasyat dari blog Petra].

Kes kedua pun mamat Melayu juga.
Errr Pinggoo, ada link mamat ni? Saya terbaca kat New Paper tapi dah lupa kesnya, jika tak salah kritik YOG juga.

Jawapan saya kepada kes orang lawan pemerintah Singapork:
Pemerintah PAP dalam keadaan kukuh serba-serbi. Macam Umno-BN zaman Mahathir dulu. Ia tidak biasa dipersoal secara kasar.
Jadi jika nak raise issue tu, kena gunakan bahasa yang slow.

Macam saya jika di pejabat kerajaan Malaysia, mahupun pejabat kementerian Temasek: 'Encik, minta maaf, kenapa saya kena tunggu 5jam nak kollect satu benda ni? Orh, pegawai gi makan 3jam? Terima kasih ya, tuan'.


INI cerita-cerita lama di Singapore ni (detail cerita ni mungkin kurang tepat, tapi lebih kurang beginilah. Jika ada info tepat tolong beritahu):

1) Kira-kira 20tahun lalu (jika tak salah), umat M di Temasek dah tinggi sifat agamanya, mahu anak perempuan dan lelaki mereka memakai seluar panjang semasa Senaman di sekolah, PE atau Physical Education.
Macam mana nak minta pemerintah? Ini isu sensitif ni sebab kaum lain semua anaknya pakai seluar pendek semasa PE.
Maka katanya (lebih kurang gini ler) pemimpin umat M slow talk di belakang tabir dengan menteri pelajaran dan sebagainya. Kerana tak lawan tauke dengan cara kasar, maka ianya dibenarkan. Tak masuk paper pun jika saya tak silap, takut jadi isu meletup.
Siapa nak pakai seluar panjang nak tutup aurat, go ahead. Kalau tak nak, suka hati juga.

Isu tudung? Dulu umat M nak anak pompuan masuk sekolah pakai tudung.
Pada saya, mungkin saya silap, ada pihak yang nak minta hak ini cara kasar. Masukkan media, guna bahasa marah-marah.
Takkan pemerintah nak go-stan jika kamu cabar kekuatannya.
Kalau slow talk dulu, mungkin dah dapat.

2) Umat M nak buat masjid di sini tak cukup wang. Takkan nak minta pemerintah PAP kasi wang cukai rakyat - nanti orang lain minta bina gereja dan kuil pula.
Slow talk lagi.
Maka dimulakan skim MBF - Mosque Building Fund. Pemerintah kapir Singapork bantu umat Islam indirectly dengan memastikan setiap majikan potong gaji umat M yang ditolak untuk buat masjid. Jika anda tak mahu, boleh opt out.
Belasan masjid dah dibuat, setiap satu berjuta dolar - yang empat tingkat pun ada. Semua guna duit umat M sendiri yang tak kaya ke mana pun. Tapi kami tak minta sedekah dengan orang lain, tak pakai duit cukai dari casino dan kilang arak. Semua duit keringat umat M jadi office boy dan drebar, jadi pegawai bank dan ahem, wartawan terbilang, gemilang dan hampir hilang.

3) Lagi satu. Umat M kat sini ramai juga yang papa. Maka ditubuhkan Majlis Pendidikan Anak-Anak Islam Singapura (Mendaki), dan kemudian Association of Muslim Professionals (AMP) pun naik sendiri, nak bantu pendidikan kami.
Di zaman saya dulu belum ada Mendaki dan AMP - yang offer cheap tuition, bantu scholarship dan macam-macam lagi. Masuk website mereka ni dan baca kalau mahu. Dulu nak tuition bayar sendiri, nak scholarship kena queue panjang sebab hanya ada beberapa persatuan Islam kecil yg ada duit.


Jika dulu bising depan-depan minta hak (macam Hindraf dan Dong Jiao Zong) pastinya pemerintah tak kasi. Jika tak silap pemerintah kasi rental sangat murah untuk sekolah-sekolah yang dijadikan HQ Mendaki dan AMP ni.

Jadi itulah saudara: Kamu tak setuju tak apa.
Tapi pada saya, cara nak betulkan pemerintah yang kuat ni ialah dengan slow talk, bukan direct confrontation, tunjukkan marah.
Tapi ini utk Singapore saja ler. Di Malaysia dan Indonesia, India dan China, cara berhadapan dengan pemerintah dan dapatkan apa yang dikehendaki, lain-lain.

Friday, August 27, 2010

Masuk masjid biarlah sopan, tuan dan puan

Saya serba salah nak masuk bab ini atau tidak, sebab takut nanti orang Malaysia Darul Mais dan Darul NikAziz marah.Tapi kena masuk juga sebab saya rasa janggal dan kurang enak.
Lagipun ah moi DAP ni pakai uniform Singapore Airlines masuk surau, jadi okaylah saya warga Temasek boleh komen.

Saya rasa betullah kata Al Haj Prof Hamirdin, blogger pro-PAS, bahawa orang bukan Islam ni boleh masuk masjid.
Jika baca 'fatwa' online pun nampaknya begitu - di sini dan sini.

Saya pernah masuk gereja, kuil Hindu, kuil Cina dan juga Wailing Wall - tempat sembahyang orang Yahudi yang paling suci, di Jerusalem.

Di Wailing Wall tu semua lelaki kena pakai topi Yahudi, dan semua wanita digalakkan tutup kepala (GAMBAR di sini. Ada orang beri semua pengunjung lelaki topi kertas ni supaya pakai. Nak keluar, letak balik topi tu - sama macam orang nak masuk Masjid Putrajaya kena pakai baju labuh warna pink agar nampak sopan).
Kalau pakai songkok haji Muslim pun okay. Rakan saya, pengarah Mercy Relief kaum Benggali pakai sarban Singh, okay juga. Pokoknya tutup kepala menghormati tempat suci orang lain.

Pada saya itulah pokoknya. Hormat tempat suci orang lain.
- Jika kita masuk gereja, kena BUKA topi dan songkok - untuk menghormati adab Kristian. Pompuan nak pakai tudung (seperti nun mereka macam Mother Teresa) atau tak tutup kepala pun tak apa. Masuk gereja boleh pakai kasut.
- Jika masuk tempat Yahudi, TUTUP kepala untuk lelaki dan pompuan. Boleh pakai kasut.
- Masuk kuil Cina dan Hindu, dan masuk masjid, sila buka kasut.
Jika saya pakai seluar pendek atau baju kotor berbau busuk (baru jogging misalnya), saya gerenti kamu, saya tak akan masuk gereja atau kuil kerana tidak mahu mencemarkan tempat ibadat orang lain.
- Jadi tentunya kamu boleh pakai sopan sikit jika kamu non-Muslim masuk tempat Islam.

Mungkin ada yang kata orang non-Muslim dianggap bukan dalam keadaan suci tak boleh masuk masjid langsung, tapi memang ada riwayat non-Muslim memang masuk masjid di zaman Rasulullah.

Jika DAP nak masuk masjid dan surau, pada saya orang bukan politik dan orang Muslim bawahan, tak salah.
Tapi biarlah pakaian bersopan, bukan uniform SIA (GAMBAR dari blog TheUnspinners).
Ini pendapat peribadi.
Dah setengah abad saya hidup, tak pernah nampak orang pakai gitu masuk masjid dan surau, apatah lagi non-Muslim.

Saya khuatir jika ini tak ditegur, nanti ada mamat Melayu masuk masjid nak solat pakai cargo pants (tutup lutut, tapi seluar tak sampai ke buku lali). Kalau kamu nak marah depa tak boleh - tutup aurat dah. Nanti ditempelaknya pula - 'Si ah moi SIA tu boleh sedangkan tak tutup aurat, saya ni tutup aurat, nak solat lagi'.

Kat sini, boleh pula beliau pakai tudung (GAMBAR).



Tentang orang politik ni nak cakap politik dalam masjid, pada saya, patut dilarang - baik Umno, PAS mahupun DAP.
Nanti satu dah start, semua pun bermula dan pecahkan belahkan orang dalam masjid.
Saya tak tahu apa yang disampaikan pompuan uniform SIA tu. Katanya, bukan politik. Tapi kalau kamu bukan Islam masuk surau di Malaysia mustahil bukan kena mengena dengan politicking (baik orang Umno dan PAS pun). Tapi baguslah jika tak directly bawa isu politik.



HARMONY CENTRE 


Di sebuah masjid di Singapork - dekat dengan rumah saya, ialah Masjid An-Nahdhah. Dalam masjid ni ada Harmony Centre, dibuka tahun 2006.
Ia untuk mengadakan dialog dengan non-Muslim dari mana saja dalam bahasa Inggeris.
Kenapa diadakan ini? Dalam konteks Singapork ia perlu selepas peristiwa 911 dan orang non-Muslim jadi syak wasangka terhadap umat M. 'Mereka ni dalam masjid plotting nak bunuh kita ke? Apa ni sembunyi-sembunyi dalam masjid?'

Harmony Centre dah banyak jadi host kepada non-Muslim groups dari gereja, kuil, persatuan sivik mahupun individu.
Seperti biasa, nak jadi kawan, kamu kasi mereka makan briyani dan satay, kueh puteri mandi dan kueh puteri solat. Teh tarik dan kopi latte.
Lepas tu cakap pasal Islam, tentu semuanya lunak! Hehehe.
Website Harmony Centre. Boleh nonton apa di dalamnya dan buat booking jika nak adakan lawatan.

Saya cerita ni bukan apa. Cuma nak kata, kenalah bawa non-Muslim masuk masjid agar mereka tak takut dengan Islam.
Cuma mereka yang jadi tamu, kenalah hormat juga kepada sensitiviti tuan rumah.

Wednesday, August 11, 2010

Surau pun ada aircon di Keramat

Seperti lazim bila dapat cuti lebih daripada 3 malam, saya mendarat di KL Darul Jakim pagi tadi.
Selepas berbuka di rumah, ke surau biasa saya di Keramat. Surau saja pun dah masuk middle class Malaysia.
Sejak dua tahun lalu, surau ini dah pasang aircon. Selesalah orang bertarawih.

Tapi ada tambahan baru tahun ini - tembok di bahagian depan surau dah dimarblekan, dan mimbar kayu yang dah 15tahun di situ telah 'hilang'. Diganti dengan mimbar batu.
Waduh pak, udah maju bener ini!
Ini surau beb, bukan masjid besar yang saya rasa dah pasang aircon juga.

Begitulah hidup. Dulu kita ditahap solat pakai kipas tu pun dah sedap. Tikar mengkuang saja di kaki.
Di ganti dengan carpet cantik di alas lagi dengan sejadah mahal diderma orang.
Kini dipasang aircon lagi.
Dulu ke masjid dan surau jalan kaki, naik bas, naik basikal. Kini naik kereta beraircon.

Saya tak nampak imam lama yang selalu mengimamkan solat jemaah dan solat tarawih. Mungkin beliau ke tempat lain. Saya harap beliau masih sihat.
Saya toleh kiri kanan, pakcik-pakcik macam saya ramai, anak muda pun ramai. Ada pakcik yang bawa anak kecil, dan yang besar pun ada.
Tahun ini anak jantan saya tak ikut sebab di Singapore dalam National Service. Tahun lalu pun tak ke KL sebab di Singapore sedang tunggu hendak masuk NS, dan saya tak dapat cuti awal Ramadan untuk ke KL.

Tahun ini sang anak kena pandai-pandai sahur dan buka seorang diri dengan rakan atau di rumah. Keluarkan lauk dalam freezer yang banyak dah dimasakkan ibunya yang di KL, lalu dipanaskan untuk dimakan.
Baru beliau pandai hidup berdikari.

Tuan,puan,
Generasi pelapis saya dah tiba.
Setiap tahun saya bertanya: Will I be here next year?
Tak ada jawapan.
Saya hanya dapat berdoa untuk masa depan yang terus cerah.
Tuan, puan begitu juga tentunya.

------------------------------------------
TAMBAHAN SUBUH

Melonjakkan ekonomi

Wartawan Time magazine yang di KL baru-baru ini menulis tentang isu 'middle income trap' yang menjadi awan gelap di Malaysia yang sedang dibincangkan oleh orang atasan kerajaan.
Mamat ini tidak seperti omputeh lain tidak masuk isu-isu polemik politik dan sebaliknya menjelaskan apa yang harus dibimbangkan oleh Malaysia. Isu ekonomi Malaysia dan ekonomi jiran-jiran di sini.

"....what is needed for Malaysia to break from the “middle-income trap” is a greater national commitment to innovate on its own. Entrepreneurs and bankers have to be willing to take more risks to support inventive ventures and new technologies. Talented workers have to be willing to take jobs at home instead of Silicon Valley. The Malaysian private sector has to be more devoted to the country's future."

------------------------------------------
Menurunnya harga minyak

Setelah mengejutkan kita sebentar, harga minyak dah jatuh di bawah US$80 setong. Mujurlah.
Kini US$78 (harga pasaran hadapan/futures market).
Yang tak bagusnya kini satu dunia sudah mula heboh bahawa ekonomi dunia tahun depan akan malap, kerana ekonomi terbesar di dunia, Amerika, akan malap.
Dah dua tahun ekonomi dunia distabilkan dengan pemerintah Amerika pam duit ke dalam ekonomi agar ianya tidak menguncup. Duit dah nak habis.
Takut problem pulak.
Saya dah tulis minggu lalu bahawa jika harga minyak ini naik, tapi tidak diikuti oleh harga komoditi lain - seperti emas dan perak - maknanya tak kuat kenaikan minyak ini. Harga gold dan silver tetap kat situ juga, bermakna pelabur tak yakin ekonomi dunia akan terus kuat.








Monday, August 9, 2010

Ogos 9: Hari Kebangsaan ke 45 Singapura



TAMBAHAN 8.30MLM

Omygor! Omygor! Omygor!
Kereta tank besar-besar, troops carrier dan trak tentera masuk ke kawasan perumahan saya malam ini! Bising bunyi enjin mereka dan tracks tayar mereka.
Ah kan, ah kan.
Jika tak salah ada tiga Leopard main battle tank masuk ke sini tadi. Abang punya besar!  
Baru saya cakap ada jual burger Malaysia di sini dan kawasan ini nak ditandingi kumpulan pembangkang, kini Bishan-Toa Payoh dah diserang tentera SAF (Singapore Armed Forces). Ah kan, ah kan.
Hehehe.


Pandai penganjur upacara Hari Kebangsaan.
Selalunya hanya di Padang saja di tengah bandar diadakan perbarisan raksaksa, tank dan peralatan tentera, serta jet F16 RSAF (Republic of Singapore Air Force) keluar.
Tapi tahun ini, kereta tank dan peralatan tentera beroda lain masuk bandar-bandar di Singapork.
Excited berok saya, sebab saya ingat setelah membaca blog ini, SAF pun datang nak beli Ramly Burger di sini.
Saya jenguk luar tingkap dah nampak mereka heboh diluar. Beribu manusia di tepi jalan.
Pilihanraya dah dekat. Kena pikat hati rakyat.

Di sini message penuh PM Lee Hsieng Loong tentang ekonomi dan kedudukan Singapore - di blog Ummie.
Ekonomi kuat tapi tahun depan mungkin malap.
Dan beliau juga menyentuh tentang isu FT (foreign talent) - pekerja asing yang menjadi isu besar di sini.
GAMBAR HIASAN: Leopard main battle tank.

(SAYA tak faham langsung tentang isu tentera ni, jadi kepo lalu google. Di sini, Singapork katanya ada 96 Leopard, buatan Germany. Tak tahu betul atau maklumat lama.
(Kepo lagi, saya dapati bahawa main battle tank Malaysia ialah Twardy dari Poland, dinamakan Pendekar. Maaf sekali lagi, saya tak tahu ini terkini atau tidak. Indonesia menggunakan AMX dari Perancis dan Scorpion dari Britain, menurut laporan ini).


-------------------------------------------
TULISAN AWAL

Eh! Ramly Burger ada dijual di acara sambutan Hari Kebangsaan Singapore hari ini dekat rumah saya.
Seperti di negara lain apabila hari kebangsaan, banyak orang baris up and down satu republik.
Upacara utama - perbarisan di Padang di tengah bandar, diadakan malam ini. Anak jantan saya yang dalam National Service pun ambil bahagian.

Di banyak tempat lain juga ada acara sambutan ini, termasuk di kawasanundi Bishan-Toa Payoh yang akan ditandingi oleh legenda pembangkang Singapore, Chiam See Tong.
Dan di sini ada gerai burger Abang Ramly.

Nama Ramly Burger ni terkenal di Singapore. Sehingga National Day negara jiran pun ada dijual.
Saya rasa jenama top Malaysia di pulau kecik ni ialah nama burger tersebut - bukan MAS, Maybank, Genting casino atau Proton.

Walau tak seperti di Malaysia dijual di tepi jalan - sebab tak ada gerai tepi jalan di sini! semua dalam hawker centre atau mall - saya kerap nampak burger Ramly dijual di banyak tempat di sini.

Sebab burgernya syiok (satu kali makan, kolesterol terus meletup), mungkin kita panggil Abang Ramly tolong nego dengan Singapore dalam isu-isu dua hala?
Mungkin Temasek setuju nak bina jambatan JB-Woodlands jika ada gerai burger kat tengah-tengah?

Amacam?

Happy 45th Singapore.