Friday, August 28, 2009

Melayu & Islam, kepala lembu & kepala babi

BABAK 1

Kita semua faham apa rasanya apabila secara tiba-tiba, ada rumah ibadat atau bangunan pejabat atau kondominium, akan dibina dekat rumah kita.
Atau jika tanah kosong atau kawasan belukar dekat rumah tiba-tiba akan ditukar kepada hypermarket atau sebuah lagi projek perumahan.

Tentu kita bantah.
Jika perlu dengan berdemo di jalan raya.

Itulah yang jadi dengan penduduk di Seksyen 23 Shah Alam.
Tetapi kenapa menghina agama lain sampai begitu?

Apa perasaan kita jika esok orang bawa kepala babi macam gitu kerana bantah pembinaan masjid dekat rumah kita?
Lepas tu mereka berkata hati mereka tak aman jika ada masjid di situ sebab bunyi azan dan kuliah subuh yang bising?
Dan mereka kata kepala babi ni untuk Ketua Umno Mr X dan Mr Y.
Tak meletup Umno dan orang Melayu....


BABAK 2

Lagi satu saya tak faham. Dulu orang Seksyen 19 minta kuil dipindah sebab dekat sangat dengan rumah mereka.
Mereka merasakan ditipu oleh PKNS, badan kerajaan Selangor yang selama ini dicontrol oleh Umno - baik Mat Taib, Abu Hassan Omar atau Khir Toyo.
Orang Melayu di situ beli rumah teres, rupa-rupanya di depan rumah dah ada kuil Hindu lama.
Hanya 6m/20 kaki saja dari pintu rumah!
Umno Selangor buat tak tahu selama 26 tahun!

Sekarang kerajaan Pakatan nak tolong orang Melayu Seksyen 19.
Mereka pindahkan kuil ke Seksyen 23 di KAWASAN PERINDUSTRIAN!
Orang Hindu kata semuanya okay.

Rumah terdekat ialah 200m dari kuil ini jika dipindah.
Surau pun 200m.
Kalau orang yang bersembahyang di kuil itu park kereta mereka di kiri kanan jalan sebanyak 100 buah kereta pun, saya rasa tak sampai di depan rumah pertama, yang jaraknya 200m jauh.
Untuk orang KL, jarak anda berjalan dari Suria KLCC ke Masjid KLCC tu baru kira-kira 120m. Ini lebih jauh lagi.
Jadi apa hebohnya, saya tak faham.

Di tempat saya tinggal di Singapore ni, ada sebuah masjid dan DUA buah gereja kira-kira 200m dari flat saya.
Tak adalah bising atau sesak orang gereja tu hingga iman saja jatuh dan tak dapat tenteram nak sembahyang konon.
Orang Cina di tempat saya pun (orang Melayu dan India hanya kira-kira 10 peratus saja di apartmen ini!) tak ada buat hal sebab orang masjid bising.
Bila sembahyang Jumaat, sesak kereta park di kiri kanan jalan raya depan masjid, tak sampai ke apartmen saya pun.


Penjelasan isu ini dibuat oleh orang kuat PAS Selangor, Khalid Samad di blognya, di sini dan di sini. Ada layout helikopter kawasan Seksyen 23 lagi.

Jika beliau bohong atau tersalah, baik anda betulkan demi masa depan negara Malaysia ni.
Saya jarang baca blog beliau, tetapi nampakya beliau menjawab jika ada ditanya orang (macam saya di blog saya).
Sebab kalau asyik gaduh secara ini, dengan menghina bangsa dan agama lain, hancur brader. Hancur.

No comments:

Post a Comment