Showing posts with label Pakatan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

KUCING - Anda pernah penat begini? Bah. 2

Hari ni sibuk di Kuching ya. Juga satu Sarawak.
Tapi saya nak pamer kucing-kucing saya.




TENTANG isu video tu, nak komen dikit. Kita kata 'sikit', wak jawa kata 'dikit'.
Ia menjadi dilema besar untuk umat Maysia, negara yang - ramai tentu setuju - perlukan pembangkang yang kuat (sama macam di Singapork).
Jika betoi itu Mamat Y, oklah kamu tendang dia.
Maka siapa pengganti?
Hadi Awang? Kit Siang?
Nik Aziz? Tunku Aziz?
Azmin Ali? Khalid Ibrahim?





ATAU dari sudut lain, oklah ini Mamat Y, lalu ditolak rakyat.
Masalahnya ialah Umno-BN belum reform lagi.
Masih banyak kelemahan (ini saya gunakan understatement. Kalau saya kata masih corrupt dan kepala besar, kamu marah pula dan kata ' kenapa kamu tak bantai PAP'?).
Mungkin ada yang takut jika Umno-BN kuat sangat, parah pula rakyat yang mahu suara alternatif di Parlimen (sama macam di Singapoora).





ATAU sudut ketiga. Kerana isu ini kita kata - sah Umno-BN pembohong dan pemfitnah, maka kamu sokong pembangkang dan Anwar sepenuhnya.
Vote out Umno-BN! kata kawan-kawan Cheena saya.
Payah juga.
Sebab bila DAP kuat (seperti di Selangor dan Penang), orang Melayu tak selesa.
Antaranya DAP nak jual beer kat mana-mana, pubs pun makin banyak, dan mereka suka masuk surau berdakwah. Mereka masuk sebagai boss, sebagai da'i, orang khayal saja kata mereka masuk tu nak belajar tentang Islam.
PAS pula senyap ketakutan kalah undi.

Dan mungkin ada pula takut PAS akan gaduh dengan DAP dalam beberapa isu, menjadikan negara tak stabil.
Kalau PAS nak tutup casino kat Genting Highlands, umat M sokong atau tidak? Tanpa casino tu, revenue kerajaan akan berkurangan dengan banyak! Mana nak dapat revenue besar nak bayar gaji pekerja awam yang rata-rata Malayo?

Masuk PKR pula, maaf kata, takut ada member yang syiok berkuasa lupa daratan (ini understatement juga).

Dan Umno-BN, kononnya dah jadi pembangkang, tentunya tak akan diam, tapi akan mengasak (understatement) kedudukan Putrajaya Pakatan dan para pemimpin Pakatan.

Masih agak kusut.


Sebab tu saya tak gemar nak ngobrol topik ni sebab saya faham masih payah nak merungkai isu di utara. Nanti orang kata saya burukkan negara angkat saya.
Takpe, kita terus berdoa dan berusaha untuk diberi jalan keluar.
Indonesia dulu selepas Suharto pun panik beb, saya ingat pasti berpecah 10 negara itu. Antara yang nak independent dulu ialah Aceh, Timor Timor, Papua, Maluku, Kalimantan. Yang menjadi hanya Timor Leste, itupun ada di sana yang menyesal secara peribadi kerana ia berpecah dari negara besar menjadi pulau kecil yang payah nak membangun.
Kita tentu ingat pembunuhan dan 'peperangan' yang berlaku antara kaum-agama di Ambon dan Maluku, antara lain. Di Malaysia, gereja Melawati terbakar sikit kita semua dah taubat, baguslah.

Saya pernah tulis dulu tentang dua wartawan di Ambon, seorang Kristen dan seorang Muslim, yang menjadi pencetus keamanan dan bantu pulihkan keadaan. Baca sini.
Sampai hari ini Pak Lucky terus hantar SMS kepada saya dari masa ke semasa dan sempat bertemu ketika beliau membuat lawatan singkat ke Singgah-porr dua tahun lalu. Susah nak jumpa wartawan yang jadi hero. Sebab wartawan ni, maaf kata, selalu spin doctor rosakkan negara. Hahaha.

Tapi kini Indonesia stabil lepas kecoh 6-8tahun, jadi member G-20 negara terbesar dan dijangka terus berkembang maju.
Malaysia dah kecoh 3tahun sejak P'Raya March 2008. Esok lusa settle lah, ya? Amin.

GAMBAR: George Chan, macam Taib Mahmud, pun ada anak kucing kiut-miut. Ceritanya di sini.


Sunday, March 20, 2011

Siapa pulak mamat pakai jam Omega tu!?

ANWAR: I GOT NICER ABS!

Kesian Abang Nuwar. Mamat ni kata abs depa macam Sylvester Stallone punya lah (GAMBAR bawah)! Apa ni lu orang!



“I was told the face in the video looked like me. However, the stomach of the man was much bigger than mine,” he said while showing reporters his abdomen (GAMBAR).
Ish ish ish.
Saya tak tahu. Belum nonton.
Tapi muka clear langsung, kata penonton. Jadi Kak Wan boleh confirm itu muka sang suami, dan sama ada itu baju dan seluar Anwar, atau fitnah laknatullah.
Dan juga sama ada Abang Nuwar ada hilang jam tak baru-baru ini.


----------------------------------------------------
EARLIER POSTING

Sedang heboh satu Maysia tentang mamat pakai jam Omega kena expose.
Katanya MP terkenal. Tak tahulah.
Kita lihatlah apa berlaku.
Memang seronok cerita macam ni daripada kena kerja kuat baikkan umat.

Nik Nazmi busy hantar tweets.

Menyesal saya tak beli jam tangan Omega dulu. Tentunya akan jadi popular di negara utara tu.

Sunday, March 6, 2011

BN 8, Pakatan 8

Jika dalam perlawanan bola, BN pada first half, hancuq. Kena bantai teruk.
Tapi keadaan dah lebih pulih dan kurang berkecamuk dengan PM baru di atas sejak hampir dua tahun lalu.

Lihat cara Najib main bola - depa tak macam Dr M yang hentam setiap lawan yang buka mulut. Bukan juga seperti Abdullah Badawi yang suruh anjing peliharaan menyalak kuat apabila diserang.

Banyak kali Pakatan, Anwar, Kit Siang etc pukul, PM Najib buat donno dan teruskan kerja. Rollout projek demi projek, dan buat lawatan ke Batu Caves, Brickfields, Chinatown, Kampung Baru dan seterusnya. Cuma bila Kak Mah kena serang teruk baru sang suami defend.
Itulah cara Najib sebagai negarawan. Tak mesti macam Muhammad Ali - go blow for blow. Sometimes the best weapon is to ignore the attacks and just do your work.

Dan kerana ekonomi terus kukuh, jenayah pun berkurangan, dan kecoh antara bangsa India, Cina dan Melayu terus terkawal, maka rakyat kasi chance juga nak undi BN kembali.
Dan yang tak disedari hingga kini oleh DAP ialah: dengan kamu bersuara terlalu lantang nak hak Cina, orang Melayu semakin benci kamu, maaf kata. You have the right to ask for your rights, but when you bang on the door too loudly, every day, it put off many Malays.
'Belum berkuasa dah perangai begini, nanti kalau masuk Putrajaya, akan dihapuskan semua hak Melayu dan Islam', itu feedback yang saya dapati.
Dan kerana Nik Aziz dan PAS serta PKR pun tak mahu defend hak Melayu, maka orang Melayu lari kembali ke Umno. Bukan sebab sayang Umno, tapi takut dengan ancaman DAP-Pakatan. Maaf jika terlalu direct dan mungkin silap pun.
Sekarang pun kita dah dapat lihat: Dalam pilihanraya umum kelak, DAP akan muncul sebagai parti pembangkang paling besar di Parlimen, walau PAS mempunyai paling ramai ahli dan yang paling organised. PKR mungkin jadi parti pembangkang paling kecil.

JADI dalam second half (dah 3 tahun sejak pilihanraya 2008), BN catch-up balik selepas tertinggal jauh dalam permainan - pernah dulu tertinggal 5-1 kalau tak salah.
Besar beb tanggungjawab jika rakyat dah lebih percaya kepada kamu.
Yang paling saya khuatir ialah, maaf kata, walau Umno-BN sudah Talk the Talk, mereka belum Walk the Talk lagi.
Masih banyak janji daripada menunaikan apa yang dah dijanji.
Takut jadi Badawi Syndrome. Janji macam-macam, rakyat undi depa. Depa ingat rakyat sayang depa, lalu tidoq. Sedangkan orang mengundi kamu tu nak lihat kamu tunaikan semua janji.

Jadi bila orang dah bagi kamu 8-8 dengan kemenangan di Kerdau dan Merlimau, kamu kena kerja lebih kuat lagi. Yang saya khuatir ialah Umno-BN akan kata: 'Ah, bagus. Rakyat dah percaya kembali dengan kami. Mari kita teruskan aksi merompak!'

UNTUK Pakatan dan sekutunya pula, ada baiknya kamu terus kalah. Boleh perbaiki kedudukan kamu sebelum terlambat. Nak terus caci Umno-BN saja cacat dan merampok.
Kamu tu baik sangat ke?
Saya tak mahu sebut lagi perkara yang pernah disebut
- banyak kepincangan di Selangor kerana ada exco sasau, orang Melayu ni diam, tapi dia muak bila semua perkara main OK saja - termasuk jual arak kat mana-mana dan boleh masuk masjid ikut suka hati;
- di Kedah kerana projek GLC dibahagi rakan. Lepas tu website mereka semua buat dunno;
- dan di Kelantan banyak maksiat walau mengaku Serambi Mekah. Malu saya lihat gambar-gambar dalam kickdefella - sini dan sini antaranya. Cerita dah keluar baru mereka nak raid tempat maksiat, dan jual loteri;
- dan di Penang yang menjadikan Melayu khuatir kedudukan mereka (betoi juga Umno jadi tukang cucuk. Tapi jika semua dibuat dengan baik, siapa cucuk pun tak akan jalan).

MASA ada masa untuk kedua pihak perbaiki diri sebelum general election selepas June tahun ini, atau pun mungkin awal tahun depan.
Yang saya kata kat atas tu mungkin 100 peratus salah. Umno-BN bukan perompak, dan Pakatan bukan perampok yang menanti giliran nak masuk Putrajaya. Tapi dalam politik, perception is reality.

SEMENTARA itu, Sarawak bergolak kerana hujung April akan ada pilihanraya.
DAN Singapork pun kecoh sebab hujung May akan pilihanraya umum. Ah, lain kali saya bawa cerita Temasek, di mana pembangkang yang hanya ada dua kerusi, mungkin akan dapat tambah lagi.

Saturday, February 12, 2011

Mubarak & kenapa Reformasi lemah

Semasa zaman Reformasi Maysia pada 1998-1999 abang polis agak mati akal pada mulanya. Ribuan rakyat KL-Selangor keluar mengamuk di jalan raya setiap hujung minggu, terutama Sabtu malam.
Apatah lagi setiap Sabtu malam ada Pasar Malam di Jalan Tunku Abdul Rahman - dekat dengan Medan at-Tahrir (Liberation Square) KL - Dataran Merdeka.
Beribu akan keluar, olok-olok beli kueh dan kwaci, teeshirt murah dan VCD (masa tu belum ada DVD), lepas tengok kiri-kanan, berkumpul dan mula berpekik.
- 'Hancur hancur, hancur BN'.
- 'Hidup hidup, hidup Anwar'.
- 'Undur undur, undur Mahathir!'

Juga di Masjid Kampung Baru.
Olok-olok sembahyang maghrib, tapi niat nak demo. Heehee.
- 'Undur mahafiraun!' - maksud mereka Mahathir, bukan firaun Mesir, Mubarak!
- 'Bebaskan Anwar'.
- Ada juga yang pekik: 'Izzah, I love you' - tak tahu mamat ni sokong Anwar atau sokong 18-year old (then) Izzah.

Abang polis mati akal. Sebab ramai ditangkap di akhir semua demo ni. Puluhan kena cekup, disumbat satu malam.
Akan dilepaskan Ahad pagi, petang, atau selewatnya Ahad malam.
Minggu depan, mereka berkumpul lagi!
Orang tak serik!!

Cerita ini ada kena mengena dengan kejatuhan Hosni iPad Mubarak (sebab model baru nak keluar!), dan mengapa perkara yang sama tidak akan berlaku di Maysia - macam saya sebut baru-baru ini.
Reformasi akan terus longlai di KL.


Sambung dongeng: Selepas berminggu dan berbulan demo ratusan orang - kadang ribuan - akhirnya saya nampak sesuatu berlaku.
Tak ramai keluar lagi di jalan-jalanraya KL. Kenapa?

Saya tak tahu ini genius abang polis atau terjadi dengan tak sengaja. Dan tentunya sebab ada isu lain yang berligar.
Mereka yang dicekup tu, TIDAK LAGI dilepaskan pada hari Ahad. Yang kena tahan akan dilepaskan hanya hari Isnin dan Selasa.
Tukang demo pun takut nak tunjuk perasaan lain di tepi jalan.
Apa yang jadi?

Bayangkan jika kita kerja dengan kerajaan Maysia sebagai kakitangan awam, atau syarikat GLC (Telekom dan Syabas, Tabung Haji dan Permodalan Nasional), mahupun syarikat privet Cheena seperti Public Bank, Ah Long Travel, dan Best Hong Plastic Factory.

Yang demo rata-rata muka Malayo.

Jika kita demo Sabtu malam, kemudian kena cekup, mulanya dibebaskan pada Ahad.
Majikan tak tahu kita sokong Reformasi atau anti-Mahafiraun. Hari Isnin hingga Jumaat kita kerja macam biasa. 'Buat muka decent', kata mamat rock Singapork.

Tapi jika polis terus tahan hingga Isnin atau Selasa, problem beb.
- 'Datuk Azman, maaf saya kena ambil emergency off hari ini, macam minggu lalu bila saya tak dapat datang hari Isnin. Sebab kena cekup polis, tuan'.
- 'Tauke Wong, sorry ah saya tak masuk kerja niari sebab masih di balai polis. Err saya kena tahan sebab demo lawan kerajaan'.

POLIS dapat hentikan demo jalanan, antaranya, kerana perut rakyat masih penuh.

Shortcut cerita:

1) Ada pekerjaan.
Kerana rakyat semuanya ada pekerjaan tetap, maka takut nak demo sebarangan. Rakyat Mesir dan Tunisia tu ramai tak ada kerja, miskin sakan dan terlalu tertekan dengan pegawai kerajaan.
Saya katakan ini sebab kita tahu ada yang dah mula cucuk-cucuk nak bawa isu Arab ke sini (baik Maysia, mahupun di Singapork Darul Paradise On Earth).
Kononnya rakyat marah nak demo besar-besaran tak lama lagi.

2) Ramai rakyat Maysia ada rumah dan tanah. Lebih lagi orang Malayo, Bangsa Emo Suka Demo.
Setiap orang yang berkeluarga dan ada rumah dan kereta/motosikal, ada saham nak pastikan negara terus aman.
Warga Cainis Maysia ada syarikat, factory, kedai dan pejabat. Takkan nak demo tak tentu pasal? Nanti kerja tak jalan, bangunan mereka kena bakar!

Hanya jika isu terlalu mencabar, maka rakyat akan marah.
Isu Anwar dan Reformasi tu tercetus kerana orang rasa sesuatu masalah besar berlaku dan orang politik terus kata Everything Is AOK. Media tempatan pun laporkan macam nothing is wrong, memang Anwar tu jahat sakan.

Walhal orang itu baru semalam ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, malah Bakal Perdana Menteri dan orang yang dilihat warak al-mala'ikat pijak semut tak mati.
Tapi esoknya di tuduh oleh media perdana sebagai:
- Kaki pompuan, bukan seorang mangsanya.
- Kaki jantan a.k.a. Gay, bukan seorang saja kekasihnya.
- Agen Amerika.
- Perompak wang berbilion, sehingga ada Master Accounts.

Hingga kini kesemua isu di atas masih dipersoalkan, dan mungkin ramai kata semuanya betul pun! Tapi pada 1998, TPM, Menteri Kewangan dan Pak Sheikh al-alim dituduh macam-macam tanpa bukti. Melenting rakyat.

Lepas tu mahkamah dengan begitu efficient dalam masa sehari - hari yang sama - dapat menentukan bahawa adik angkat Sukma Dermawan dan speech writer Munawar Anis rupanya telah digaykan oleh Anwar.
Saya masih ingat lagi headline mukasurat satu NST hari esoknya:
'We were sodomised'.

Dirasakan pembohongan melampau. Mengamuk rakyat.

Reformasi jalanan dan people power ala-Mesir dan Tunisia hanya akan berulang di Maysia, mahupun masuk Singapork, jika rakyat merasakan sesuatu masalah besar dah berlaku tapi orang atas terus ngorok dan mahu terus berbohong.
Ingat juga, pada 1998 tu ekonomi teruk dan ramai kena retrench, jadi ia bantu memanaskan keadaan. Sehingga pasaran saham tumbang, ringgit meleset dan IMF nak masuk.

KINI Abang Anwar ni, pada setengah rakyat, banyak main politik sehingga semuanya salah.
PKR pecah-belah pun disalahkan Umno-BN semuanya!
Reformasi macam lauk semalam. Dah basi.
Kenalah improve beb jika nak tawan Putrajaya.
Umno-BN masih berlagak besar, masih arrogant. Pada saya projek-projek yang diannounce tu banyak yang janggal harganya. Mana kamu nak dapat wang utk belanja dan terus belanja? Nak keluarkan bond? Tambah hutang negara???
Umno-BN masih mudah nak dijatuhkan, tapi pembangkang kena make your house in order.
Tak boleh hanya harapkan kelemahan musuh, kena kuatkan barisan kamu sendiri juga.

3a) Warga Cainis terus takut nak demo, walaupun marah dengan BN hari ini. Sebab apa?
Perut kenyang. Kecoh pembangkang hentam Melayu ada 19 peratus kekayaan negara, tapi Cainis ada 50-60 peratus tak ada pula yang persoalkan!
Jika kamu di kolam besar KLCC tu (dekat garden), sila pusing dan lihat keliling kamu - berapa banyak bangunan dan kondo di situ milik Melayu?
Yang ada Tabung Haji, bangunan PNB, MAS HQ, Petronas Towers - semuanya GLC, bukan milik tycoon Melayu. Yang lainnya semua milik Cainis.

Dan lihat keliling bilik kamu atau living room - dari siapa kamu beli barang-barang itu semua?
Kaum mereka kerja kuat dan pandai berniaga, tidak seperti orang Melayu yang terus mengharap dapat kontrak kerajaan dan skim cepat-kaya.
Kamu makan di 'restoran mamak' - sebenarnya banyak restoran mamak ni kini dimiliki tauke Cainis!

Lagipun di dunia global hari ini, mereka tak payah duduk lagi di Maysia. Dah fedup? Gi kerja kat Singapork.
Menarik apa yang saya lihat hari ini:
- Saya gi makan kat restoran halal milik Cina Singapork pagi tadi, bernama Qiji. Yang di kaunter mamat Cainis muda Malaysia.
- Saya jalan-jalan masuk kedai TV - yang layan saya mamat Cainis Malaysia juga. Tak beli apa-apa cuma nak lihat L.E.D. TV (lebih canggih dari Plasma dan LCD).
Saya tahu mereka warga Maysia sebab mereka berbual lenggok Maysia. Cheena muda Singapork hari ini, 99 peratus dah tak pandai bahasa Melayu.

Bangsa mereka ini tak emo, buang masa berdemo, tapi terus cari rezeki halal. 'Jika kamu tekan kami kat Maysia, kami calibut'.
Jika mereka bukan profesional dan tak boleh kerja di Amerika atau Australia, mereka jadi restaurant helper dan electronic store salesman di Temasek pun tak apa.
They don't have to take the sxxt from the government anymore.

Kerajaan mana pun (baik BN atau Pakatan di Kedah dan Selangor) akan ada problem besar jika Cainis mula demo kat tepi jalan!
Macam isu Teoh Beng Hock dulu. Sebab ia menunjukkan dah marah benarlah bangsa mereka tu! Dirasakan akan sesuatu yang salah besar-besaran tapi orang atas buat tak tahu.

Dalam banyak isu, yang pekik-pekik buang masa ialah Malayo. Lepaskan geram tanpa berfikir secara strategik.

Pada saya, jika Melayu demo kat depan embassy Amerika atau di bangunan sekretariat kerajaan Selangor, itu macam buih di laut. Macam sampah kat Sungai Klang.

b) Bangsa India pula demo besaran Hindraf pada 2007 kerana terlalu marah kerana kuil dirobohkan tanpa respect.
Nak robohkan dewan solat orang lain, kena tunjuk hormat, kan itu ajaran agama kamu?

-------------------------------------
JAGA HATI MINORITI

Saya kasi example - kamu nak kata saya bodek Kuan Yew pun tak apa, cuma nak tunjuk cara jaga hati minoriti.
Sebab tu bila Kuan Yew hamun kami kerana kononnya tak mahu duduk semeja dengan mereka, ramai marah.
'You dissed us, man!', kata nigger Am'rika.
Yang bahalol tak marah, saya sorang saja, sebab sedap kena ganja PAP di SPH. Hahaha.

Di Singapork, puluhan surau dan masjid dah dirobohkan sejak 1970an apabila negara membangun pesat dan kampung-kampung semua dirobohkan. Tapi orang Melayu marah taik ayam.
Kerana takut dengan PAP? Kerana Melayu ditindas oleh Lee Kuan Yew?
Bukan. Sebab sebelum robohkan, mereka beritahu dulu - akan diganti dengan masjid besar dan cantik.
Dengan kapasiti jemaah lebih ramai dari 3-5 masjid dan surau yang nak diroboh di kawasan yang sama.
Semua masjid moden Singapork tiga dan empat tingkat! (sebab tanah mahal).

Ini sama seperti cara Mentri Besar Selangor Khalid Ibrahim handle isu kuil Hindu di Shah Alam. Kamu pujuklah mereka dan beri kuil lebih besar, walau jauh sikit dari tempat asal. Sebelum kamu robohkan kuil mereka yang ada.

Masjid Singapore ni pelik-pelik - baca sini saya tulis dulu. Yang kat basement dalam tanah pun ada. Yang berbentuk castle dan factory.

Setiap masjid moden Singapore yang membinanya ialah umat M sendiri - pakai wang kami sendiri. Setiap warga Muslim derma paling kurang S$2 sebulan, dipotong gaji kamu oleh majikan masuk Mosque Building Fund = Tabung Dana Masjid. Kini dah jadi Mosque Building Fund and Mendaki Fund - untuk pembelajaran anak MalayoMoslem.
Di sini ada detail berapa dah dicollect dan berapa masjid dah dibuat, dan harganya berapa.

-------------------------------------

Balik cerita: Kaum India ni minoriti lemah macam Melayu di Singapork. Mereka mahu ditunjuk respect oleh kaum majoriti. Itu saja.
Lawatlah mereka di Batu Caves bila ada keramaian mereka. Atau sambut hari kemeriahan mereka di Little India tu (Marah pulak Jakim Jawi Jais - sesat tak umat M, jika mereka ada patung besar di Batu Caves?).

Dan kerana mereka lemah dalam pelajaran dan payah nak cari pekerjaan yang baik - serupa dengan orang Malayo Singapoora - bantulah mereka.


ITULAH antara perasaan saya hari ini selepas melihat Mubarak tumbang.

Analisa cetek, tentunya.
OK beb, kamu kini boleh komen dan hentam saya!

Thursday, February 3, 2011

Tabik! Ramai di Mesir berbahasa Inggeris

Kita dah bual isu pekerjaan dan corruption di Egypt, dan lihat abang polis serang para demo.
Kita semua nonton CNN, BBC, Sky dan Fox. Di Malaysia, ada Al Jazeera English lagi.

Satu isu yang 'memeranjatkan' saya ialah rakyat Mesir yang dipanggil untuk bercerita di kaca TV dan yang diwawancara.
Melihat Orang Politik mereka dan Para Penganalisa mereka berbual bahasa Inggeris, oooo saya segan.
Tapi lebih memeranjatkan ialah ramai ORANG MUDA yang diinterview yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris! Siap dengan slang Amerika lagi!
Tabik.

Dengan jelas, mereka dapat terangkan kepada kita semua apa yang berlaku, apa perasaan mereka. Mamat-mamat muda tu yang saya respek.
Kerana mereka inilah - orang berpelajaran yang tak dapat kerja dan fed-up dgn kerajaan corrupt, yang bangkit. Mereka organise demo gunakan Tweeter dan Facebook.
Di Malaysia masih pakai SMS.
(Di Singapork, tak 'yah pakai apa-apa pun. Jika empat orang berkumpul nak demo, terus kena cekup. Hahaha. Saya pernah tulis di sini, Singgies tak pakai demo jalanan, mereka gunakan PetitionOnline.com. Orang Malaysia pun dah pandai pakai OnlinePetition - di sini).




TAK mudah kita lupa menteri penerangan yg diinterview oleh Al Jazeera selepas demo, yang hancuq bahasa Inggerisnya.
Dan tidak pandai cara mengolah isu.
Hancuq nama kerajaan, hancuq nama negara.

Maaf, saya bukan nak tertawakan, cuma saya khuatir.
Jika ada demo besar di KL satu hari nanti (tak kisahlah oleh pro-FLOM demonstrators atau pro-Nuar), siapa yg harus dipilih untuk memberitahu satu dunia apa yg berlaku?
Atau misalnya, mungkin selepas plihanraya besar 2013 kelak, rakyat mengamuk - sama ada kerana pembangkang kalah teruk, atau kerajaan BN kalah teruk.



Ingat, anda mesti:
1) Mesti pandai berbahasa Inggeris.
2) Cepat mengolah isu - ini Live TV beb. Tak boleh kata 'Wait ah, I think think one menet'.

OK, kita kena tolak PM dan DPM, sebab busy jika ada isu besar berlaku. 
Ini ahli Cabinet PM Najib.
Koh Tsu Koon? Nazri? Hisham? Soi Lek?
Atau Zahid Hamidi? Ahmad Maslan? KJ?
Dulu ada Rafidah Aziz.
Senarai pemimpin Umno.

Di barisan pembangkang?
Katalah Abang Anwar sedang sibuk dan Kak Wan serta Nurul Izzah juga tak sempat muncul di TV. Juga bukan Kit Siang atau anakcucunya.
Maklumlah ini isu 'Melayu' dan 'Islam' misalnya, jadi kena cari Orang Politik dan Penganalisa Melayu.
Mungkin Ustaz Nasharudin? Husam? Azmin Ali? Mat Sabu?
Senarai pemimpin PAS.



KAMU jangan ingat saya tertawakan Malaysia pulak.
Saya gerenti kamu, ahli Cabinet Singapore pun, ramai daripada mereka tak pantas otak nak muncul di Live TV jika ada isu membakar terjadi dan mereka dijemput buka mulut.
Ini bukan interview Channel News Asia atau SPH Radio beb, akan ditanya soalan yg cantik manis saja. Kena jawab hard questions, siaran langsung.


INI belum lagi kita tarik mamat dari Keramat dan Kepong, Salak Selatan dan Gombak nak interview live!
Carilah pemimpin universiti di Malaysia - ada 21 universiti awam. Saya harap akan ada pemimpin pelajar yg boleh slang American atau British, tunjukkan 'kami negara berpelajar'.

Takut hancuq, baik kita prepare sekarang. Just in case brader.

Thursday, November 4, 2010

Alamak, Pakatan kena mid-term election blues

Baru kita ngobrol Obama dan Dems kena bantai kerana mid-term elections blues - rakyat muak dengan mereka, kini nampaknya Pakatan pula kena.
Memang boleh kita katakan Galas sebab faktor Ku Li, PAS tak mahu menyerang beliau, undi hantu, dan seterusnya.
Di Batu Lembu aka Sapi, kita boleh kata undi simpati, undi dibeli, orang pakai IC Malaysia mengundi dan seterusnya.

Tapi selepas 2.5 tahun dari Mac 2008, saya nak kata ia mid-election reckoning untuk Pakatan.
Dah banyak sangat cakap, sehingga orang dah mual.
Selalu sangat gaduh sama sendiri, walau ditutup oleh kinisidertoday, tapi rakyat nampak.

Tapi jika saya Pakatan, saya tak gusar.
Sebab kemenangan BN ni akan buat mereka over-confident. Tengoklah 'jap lagi. Semua hero akan muncul kata rakyat masih sayang, dah nampak diayah pembangkang dan sebaginya.
Sebenarnya, seperti pilihanraya pertengahan US, rakyat hanya 'rebound' macam Bursa Malaysia - bak kata Utusan dan BH = harga saham memantul, pantulan saham (saya masih suka dengan perkataan diperkotak-katikkan!).

Jika saya BN, saya khuatir dengan keputusan ini. Pilihanraya dah dekat, takut terlalu membaca hati pengundi di dua tempat ni, mereka sangka, set! Rakyat kini dah menolak pembangkang, mari kita teruskan pesta kebas duit.

Setiap ketewasan dan kemenangan ada muslihatnya.
Salah baca dan salah kata, bahaya beb.

PM Najib has shown he can talk the talk. Dan rakyat semakin setuju.
But can he walk the talk?
And more importantly, can he make Umno walk the talk?

Untung rakyat Malaysia dapat signal begini. Boleh perbaiki diri dan mengukur kembali kedudukan kita dengan rakyat.
Kat Singapork, langsung tak ada by-election!

------------------------------------------
SELINGAN - Banknote terbesar di dunia
Jika tak jaga inflasi, ini yang berlaku!
Harga sebenar hanya RM17, ia boleh dibeli di kedai yang menjual matawang.

Friday, July 23, 2010

Guan Eng kurang bijak dalam isu Nik

Dr Mahathir baru tulis di sini kenapa Umat M satu dunia marah dengan Amerika.Beliau memperkatakan tentang isu Israel dan sokongan kuat Amerika terhadap rejim pembunuh yang sedang mengHolocaust rakyat Palestin.

Saya pula rasa Amerika ada sewel sikit dalam isu lain - antara 'pengganas' yang dalam jail di Guantanamo ialah orang yang salahnya satu saja.
Saya dah baca dua kes yang diterbit di akhbar New York Times dan/atau International Herald Tribune (the international version of NYT).
Dua kes yang dibawa oleh US ialah si mamat di Afghanistan ni ditangkap dan dibawa ke Gitmo kerana cuba membunuh askar Amerika di Afghanistan.
Maksudnya, Amerika bawa askarnya ke Afghanistan nak bunuh mamat Taleban ni (memang musuh saya pun), dan sesiapa saja yang bersekutu dengannya.
Jadi orang tu semua lawanlah balik, takkan nak duduk diam kena bom dan tembak oleh tentera Amerika.
Tapi kerana mereka ni lawan balik nak bunuh askar Amerika, maka mereka dilabel pengganas.
Aiks.

Lu datang nak bunuh gua boleh, tapi jika gua tembak balik, gua jadi pengganas???? Lu masih tetap hero?!?!?!
Tak adillah brader.

You can kill me freely, but if I point a gun at you because you come to my country/my brother's country to kill me, I am a terrorist?

Ini antara sebab mengapa Taleban gila (dah merebak ke Yemen penyakit ini) senang dapat recruit baru. Sebab ada logiknya yang tak kena.
Salah satu kes yang saya baca ialah di sini.
Baca ayat ini:
"He (Omar Khadr dari Canada) was charged with murdering U.S. Army Sergeant 1st Class Christopher Speer with a hand grenade during the battle in Afghanistan and making roadside bombs for use against U.S. forces."

Kan mereka sedang berperang?!?!?! Kau ingat ni komputer game ke? Kamu boleh bunuh saya, tapi saya tak boleh bom kamu balik?

Tolonglah orang Washington (dan orang yang rapat dengan Washington seperti Abang Nuar):
Saya harap sungguh-sungguhlah Amerika perbetulkan logik ini.
Sebab saya respek Amerika ni dan tak mahu depa dibenci di dunia Islam kerana logik perang yang tak ada logikal.
Jika yang nak dibunuh tu orang awam, atau gereja pun, memanglah salah besar.
Ini kamu datang tempat saya, nak bunuh saya!

Saya respek Amerika kerana ia negara yang bawa demokrasi ke dunia (dulu wanita tak boleh undi), ajar kita anggap semua manusia sama rata (dulu dia ada slavery orang Negro), banyak peralatan termasuk barangan dan serba-serbi komputer yang mereka reka (Internet, PC, Windows, iPad, stealth fighter). Mereka begitu creative.
Dan jika kamu baca lagi cerita orang Amerika ni: antara ramai manusia di dunia, kaum merekalah yang paling banyak menderma dan suka buat kerja volunteer. Malu saya masa di Amerika dua minggu baru-baru ini - the spirit of giving to charitable donations and the spirit of volunteerism are very high in America.
Yang kita ngaku Muslim, habuk.
 

LGE dan Nik 

KENAPA saya bawa cerita Amerika ni, sedangkan nak cerita tentang Lim Guan Eng (LGE) dan Penang?

Di Penang tu pun, LGE ada buat benda baik. Kalau kita nak tipu diri sendiri, kita kata tak ada yang baik.
Saya sebagai orang neutral yang tak dibenarkan menyokong Umno-BN atau Pakatan (akibat wartawan yang bukan dari Malaysia), saya ada nampak kebaikan DAP di Penang ni.

Dah kurang desas-desus corruption; kerja sikit, komisyen lebih.
Dah lebih ramai kontraktor kecil Melayu dapat kontrak (tak seperti dulu, yang dapat hanya geng si anu dan si anu saja); LGE pernah bayar duit saguhati (jika tak salah RM400 seorang?) kepada ramai tahfiz Penang.
Memanglah sikit, dan duit gula-gula, tapi jika Menteri Besar Umno di mana pun, ada ke yang akan beri RM4 kepada tahfiz Bible atau tahfiz Bhagavad Gita?
(Saya diberitahu bahawa apabila kuil Cina yang besar terbakar di Kuala Terengganu baru-baru ini, orang Cina minta Menteri Besar Ahmad Said sedikit wang kerajaan nak buat repair. Satu sen depa tak kasi! Walhal yang diminta duit rakyat - oil money, bukan duit Mat Said. Yang tolong collect, akhirnya, orang PAS).
Dah ada bibit nak tunjuk sikap amanah dalam pentadbiran di Penang.
Nak jaga duit rakyat dengan lebih rapi.

Tapi yang saya tak sedap dengar ialah penghinaan LGE ni terhadap pegawai kerajaan persekutuan Nik Ali Nik Yunus.

Katalah LGE betul dan tepat bahawa Nik Ali ni tak cekap dan ikut cakap Umno saja. Marahlah dia kerana tak cekap tu - dan TUNJUKKAN di mana silapnya.
Dalam isu A, B, dan C sini, sepatutnya beliau buat gini, tapi beliau tak buat.
Ini isu-isunya seperti yang dilaporkan The Star:
The projects were the arches at Botanical Gardens, the Penang Hill funicular train service and now, the alleged illegal sand mining in Balik Pulau. 

Tapi kenapa sampai gunakan kata-kata kesat??? (jika betul yang dilaporkan):
LGE kata Nik Ali ni  
"incompetent, 
useless, 
unprofessional, 
coward and 
should be sacked".

'Incompetent' and 'unprofessional' tu saya boleh terima. Sebab jika kerja tak betul, tentu orang atas akan turunkan fatwa.
Tapi 'useless', 'coward' dan 'should be sacked' - tak kena, pada saya.

Jadi kenapa LGE dan Jeff Ooi nak marah pula apabila Nik Ali menjawab?

Kata Pak Nik:
 “As a civil servant, I decided to keep my cool as I am not empowered to respond. However, Lim has continued to attack me and in doing so, he is trying to smear my reputation as a civil officer. This is the last straw. I have to say my piece."

Tak logik jika kita serang orang, lepas tu orang serang kita balik, kita marah!
Tolong lah LGE, move on.
Dah cukuplah kamu kata tu, orang semua dah faham.
Tak payah nak alih pandangan kata kenapa Umno yang taja press conference tu dan sebagainya. Siapa lagi yang pandai panggil press conference? Takkan DAP atau PKR.
Banyak benda lain nak buat di Penang.
Sebab jika diteruskan, saya gerenti, polemik bangsa pula akan timbul:
Cina ni kalau diberi kuasa, hah, macam itulah. Mereka kepala besar dan buli orang Melayu. Nak memperbodohkan kaum Melayu.
Lagi merumitkan keadaan.
Move on.

Sunday, July 18, 2010

Malaysia 'upwardly adjusts' prices. No seriously...

Saya gelak apabila terbaca laporan Malaysiakini ini Jumaat lalu - http://malaysiakini.com/news/137516.
Betul ke ada orang kerajaan (bukan PM Najib) yang seram-sejuk takut rakyat marah jika akhbar cakap terus terang?
Lalu saya menulis satu entry untuk Straits Times Blogs - weblog online version akhbar saya.

Tapi lepas tu saya fikir semula: Tak baiklah nampak semacam memperkecilkan Malaysia, jika yang kata gitu hanya orang di bawah. Saya kan sayang negara angkat saya.
Lagipun tak confirm, sebab Malaysiakini suka serang kerajaan walau benda kecil. Tapi jika ada isu pembangkang, Malaysiakini buat tak nampak, semua perfect kalau Anwar-Kit-Hadi.
Malah, katanya, ada seorang editor yang hadir dalam meeting kerajaan tu, tapi depa kata tak dengar pun benda ini.


Lalu saya tak jadi hantar ke straitstimes.com.
Saya post kat bawah sini sajalah. Untuk bahan senyuman kecil.
Sebab saya dah tulis pun, rugi kalau tak pakai.
Yang dinaikkan harga ialah - petrol RON95, RON97, diesel, gas masak LPG dan gula.

------------------------------------
Malaysia 'upwardly adjusts' prices. No seriously.

(New terms to save the Malaysian government)

I was laughing away after reading this report from Malaysiakini (http://malaysiakini.com/news/137516).
Assuming the report to be true, it said that at a briefing for editors of mainstream media before early Friday's price hikes, “media advisors” to Prime Minister Najib Razak told these senior reporters to be careful in choosing how they describe the government's move.
The editors were told, said the opposition-leaning news website, not to use words such as “price hike” or its Malay equivalent “barang naik”, when referring to the rise in subsidised commodity prices.

The government had, in a move to lower the federal budget deficit, raised the prices of petrol, diesel, cooking gas, sugar.
Oops did I say ‘raised’?
The media editors, according to Malaysiakini, were told to use softer words such as "upward price adjustment" or "subsidy rationalisation".
I can just imagine that over the next few weeks, Mat, Ah Chong and Muthu, while enjoying their “upwardly adjusted” price of teh tarik, will indeed use such politically-correct terms.
I am sure that instead of “subsidy cuts”, or its Malay term “subsidi kena potong”, they will discuss at length the “subsidy rationalisation”.
If Malaysiakini’s report is true, of course.

Maybe it has erred.
Because it the report is true, I can imagine what could come next.

1) The next time people want to protest on the streets of KL, perhaps even due to this “upward price adjustments”, the media advisors will tell local editors to be more careful.
After all, foreign investors and tourists could be frightened off by such harsh terms like "street demonstrations", peaceful that they may be.
These "mass protests" are of course almost always held on Fridays, after the weekly Muslim congregational prayers.
So please, you editors, refer to these as “Friday family outings” or “ebullient public gatherings”.

2) Eh wait! I have made a mistake. We cannot refer to our friends from the newspapers and local TV stations as “mainstream media editors” anymore.
That is like saying they are under the thumb of the government.
We should start calling them “senior news sopranos” - because it is their job indeed to make stories sing.

3) And the next time time someone unfortunately got himself “killed while in police custody” (it could be due to pneumonia or bad food), that too is a crude term for these sensitive times.
Why, it could induce an opposition frenzy.
Please, media sopranos, do refer to these poor individuals as having “expired with security”.

4) And websites, such as Malaysiakini, and those, ughh!, horrible bloggers - they have caused such misery to Malaysia with their lies and opinions.
Forthwith, let us call them for what they are, “anti-national rumour mongers” and “dark side cyber-liars”.
Those that report pro-government Facts and Truths (not fiction and lies, mind you) should be supported.
Let us call these “cyber truth bearers” and “truthful jedi-knights”.

5) The government had to make the subsidy rationalisation because the federal budget deficit is at a 20-year high.
Well, surely that word “budget deficit” itself is anathema because the public will have bad vibes about the government.
Why don’t we call it with other names?
Let’s try “tiny shortfall" or "savings weakness".

I could easily go on.
Suffice to say that in the internet age, a government cannot any more hide behind fake niceties in the hope that this would not be spotted, and ridiculed, by the public. Including by cyber media sopranos.
It should let the, errr, mainstream media - much maligned that it is - decide.
Let's call a spade a spade, and deal with it.

The government has said it will save RM750 million from the upward price adjustment .
Let it not just explain, as in the past, where the money saved would be directed.
PM Najib should actually SHOW voters when the money saved is spent - buying new coaches for LRTs perhaps (go visit!), or giving out school books to poor children (do the hand outs!), and or maybe by building low-cost houses (cut ribbons!).
And show that the government is not going to indulge in wasteful showy projects, like in the past.
Then, it wouldn't matter what the subsidy rationalisation had been described on the streets by those protesters.
People would slowly come to accept that in the new Malaysia, everyone is willing to suffer a bit for the sake of the country.

Assuming of course, the Malaysiakini story, is true.
Naaaaah, it can't be true. Those buggers, they're anti-national Darth Vader rumour-mongers!

Saturday, July 3, 2010

Ketua Pemuda PAS, PKR di demo nak haram SEMUA judi

Tadi/Sabtu petang, ada demo di Masjid Negara anti-judi.
Ini kumpulan NGO katanya, tak ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat atau parti-parti yang sewaktu dengannya.
Nama kumpulan - Gerakan Rakyat Membantah Judi atau GMJ. Ada website lagi. Bagus.
Laporan berita kata ada lebih 500 orang. Baguslah. Walau lesen judi Vincent Tan dah kena tarik balik, masih ramai nak demo. Pada hari Sabtu petang lagi.
Yang hadir termasuk ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, yang mengaku Arab Syria dengan nama tambahan at-Tantawi.
Dan juga ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar.
Eh, kata mereka kepada wartawan, kami bukan hadir sebagai member parti, tapi secara peribadi.

Pihak NGO ni mahukan SEMUA PERJUDIAN di Malaysia diharamkan. Mak oi.
Bukan sports betting saja. Bagus tu. Baca di sini.
Tapi errr.... ini bukan rancangan Pakatan beb.
Pakatan hanya menentang lesen judi Vincent tu sebab Umno-BN yang bagi. Dan sebab lesen sebegitu berharga tapi diberi 'percuma' dan tabung rakyat tak dapat hasil.
(Jika ditender, tentu harga lesen mahal. Vincent saja nak jual syarikat Ascot miliknya kepada syarikatnya yang besar Berjaya Corp, yang juga milik pelabur awam, dengan harga RM525 juta).

Jadi apa pula pendirian Pakatan - haramkan semua judi atau hanya judi yang dipromosikan oleh Umno-BN saja? Saya nak tahu juga.
Lebih-lebih lagi pendirian PAS. Dalam negara Islam, judi dibenarkan ke?

Dan lebih menarik, saya di dewan Kelantan Trade Centre dua minggu lalu apabila Ustaz Nasruddin buat ucapan menarik. Katanya penarikan lesen Ascot ni hanya permulaan.
Ustaz Nasruddin mahu di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, SEMUA PREMIS JUDI TIDAK DIPERBAHARUI lesen mereka!!!
Ya, bukan saja haramkan lesen judi Ascot, tapi apabila tiba masa nak perbaharui lesen premis judi yang sedia ada di Kedah, Selangor dan Penang (Kelantan dah tak ada), JANGAN dilayan.
Baca di sini dan sini.
Ini ucapannya sebagai ketua Pemuda PAS buat pertama kali.
Ditanya, PAS ni memang tak suka semua perjudian atau hanya kerana di promote Umno-BN, jawapannya  di sini.

Nasrudin also denied newspaper reports quoting the PAS Youth wing as “unwilling” to push for a full ban of all types of betting.
“To be clear what we mean is that we agree that all forms of gambling, betting should be banned.
“But for now we will focus our efforts on sports-betting,” said Nasrudin.

Di demo, tadi, kata Shamsul Iskandar, isu judi bukan perkara kecil kerana ia melibatkan masa depan rakyat dan negara.

“Adakah rakyat mahu negara ini dipenuhi dengan judi? Adakah rakyat mahu wang hasil negara diperoleh daripada hasil judi?
“Jadi kita perlu menunjukkan sikap tegas dalam perkara ini dan bangkit bagi menyampaikan suara kita kepada kerajaan,” katanya.

Baca di sini. Cantik. Maknanya jika Pakatan jadi kerajaan esok, casino Genting akan ditutup. Dan Sports Toto dan semua premis judi juga. Bagus. Saya sokong!


-----------------------------------------
So how now, Pakatan?
Saya tahu Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng, suka bercakap tentang 'amar makruf, nahi mungkar'.
Wah orang Cina pun dah pandai cakap bahasa Islam, bangga orang PAS dengar.
Saya pun bangga sebab LGE ni baik jadi bos di Penang berbanding sebelumnya, kata orang di sana.

Jadi kerana sebahagian daripada amar makruf, nahi mungkar si muslim ialah tiada perjudian langsung, amacam bos? Di Selangor? Kedah? Set, kita tutup semua premis judi ini.
Hidup Pakatan!

Sunday, June 6, 2010

Rusa nak masuk kampung! Ke KB & KT

Minggu ini ada dua event yang saya diarahkan membuat liputan.
Rusa Geylang betul-betul nak masuk kampung.


1) Muktamar tahunan PAS, di Kota Baru, 9-13 June.

Dah lama tak tulis tentang parti Islam terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di rantau ini.
PAS, dengan 800,000 hingga 1juta ahli, lebih besar daripada parti politik Islam di Indonesia - Tiga Pay (PPP) dan Pay Ka Bey  (PKB, bekas parti Gus Dur).
Tapi mungkin kurang keanggotaan dari Pay Ka Es (PKS) di Indonesia.

Sekarang ni PAS dalam Pakatan Rakyat, tapi pada saya ia dianaktirikan dalam alliance ini. Walau ia jauh lebih ramai ahli, banyak wang dan lebih teratur daripada DAP dan PKR, ia juga paling lemah (pandangan peribadi) dalam membentangkan isu.

Ia begitu mengharap mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India, pada saya, sehingga mengabaikan perjuangan Islamnya. Atau apa yang dikatakan Islam dulu kala.

Misalnya, saya sering bertanya - apa itu isu 'kafir mengkafir'? Kan sebab Hadi Awang kata Umno anak haram sebab bekerjasama dengan MCA dan Gerakan dan MIC. Orang kafir.
Tapi kini dah terbalik. PAS tak mahu langsung berbuat baik dengan sesama Melayu Muslim Umno. Lebih baik berdakapan dengan yang disebut 'kafir' dulu dan Melayu suka togok dan berlumba kuda.

Saya sokong PAS kerana menentang judi sukan (sports betting), tapi kenapa pula tak berkeras lawan jualan minum keras di Selangor dan Penang?
Kenapa pula tak push untuk haramkan kedai perjudian di Selangor dan Penang?

Jadi saya nak dengar perwakilan muktamar ni, sebab mungkin saya terpesong - mungkin ahli PAS rela ini semua berlaku asal dapat berkuasa di Putrajaya; lepas tu baru nak 'Islamkan' kerajaan Khalid Ibrahim, Guan Eng; nak Islamkan pemahaman pengundi Cina dan India.


2) Perhimpunan 'Mei 13', di Kuala Terengganu, 14 Jun.

Dianjurkan oleh Ibrahim Ali dan rakan-rakan.
Dr Mahathir Mohamad akan berucap.
Pada saya Perkasa dan kumpulan Melayu ini adalah NGO dan pressure group, sama seperti Hindraf dan Dong Jiao Zong.
Memperjuangkan hasrat dan cita-cita bangsa sendiri.
Lantang bersuara, kadang kita muak pun. Sama macam kita muak dengan Hindraf dan Dong dong dong ini.
Tapi Perkasa tak kisah dimaki dan dicemuh oleh website pembangkang Malaysiakini dan Insider.
Yang hairan - apabila Perkasa buka mulut kena cemuh oleh website-website berita. Tapi bila Hindraf dan Dong buat kecoh, disokong pula sebagai hak asasi. Tak tahulah aku.

Cuma masalah besar Perkasa ialah yang di depan ialah si Ibrahim Ali atau Tok Him, orang yang bukan petah memberi hujah dengan baik.
Inilah kelemahan kumpulan-kumpulan Melayu - baik PAS atau Perkasa dan yang lain (pandangan peribadi lagi).
Di persada dunia pun gitu - kita semua pakai emo nak bentang isu Palestin dan Islam.
Tak ada intelektual yang bijak dan credible mengenengahkan kepada umum dengan ilmiah dan data apa yang kamu mahu dan kenapa kamu kata begitu.
Pakai hentam kromo, maka semua jadi bodoh. Maaf kata.


Saya beritahu rusa nak masuk kampung, bukan apa.
Jika ada rakan-rakan pembaca blog ini yang ada di sana pada masa itu - Sila email saya phone anda, Insya Allah saya contact, kita boleh minum teh dan makan canai. Anda belanja.
Kalau nak dengar cerita-cerita off-the-record boleh saya kongsi. Saya pun nak feedback tentang apa citer kat Malaysia tu.

Jangan segan jika kamu SB pun. Pada saya SB hanya menjalankan tugas. Susah jadi polis ni sebab orang selalu hina, tapi saya tabik mereka sebab jaga keamanan untuk semua. Cuma tolong perkenalkan diri, jangan bohong.

Agar sesi dengan polis, dan sesi dengan "peminat" (oi, perasaan!) dipisahkan.

OK tuan/puan, ustaz/datin, sila email saya.

Tuesday, April 27, 2010

Kontroversi besar di dua pulau Indonesia

1) BATAM

Minggu lalu, saya terkejut apabila terbaca News Flash ada protes dan riot/pergaduhan besar di pulau Batam di Indonesia. Menjadi berita besar dalam akhbar saya.
Kerja saya monitor berita Tenggara Asia dan Asia Selatan (India,Pakistan,Afghanistan.SriLanka), jadi jika ada apa-apa berlaku kami di Foreign Desk cepat dapat tahu agar dapat muatkan dalam akhbar.

Batam ialah pulau yang sangat popular di kalangan warga Singapore. Hanya kira-kira satu jam naik feri - 20km di selatan - ia terletak di kepulauan Riau.
Rakyat Temasek yang gemar sun, beach and sea selalu ke sana. Banyak hotel-hotel yang murah.
Untuk pak jantan pula, mereka berholiday di sana dengan niat lain.
Dan industri-industri yang mahukan tanah dan gaji pekerja murah, mereka membuka kilang besar di sana, termasuk banyak syarikat dari Singapore.

Ini bermakna Batam menjadi competitor kepada Johor - di Johor ada tanah murah dan pekerja bergaji rendah, dan ada Desaru, tapi di Batam lebih murah lagi gaji pekerja, sewa tanah kilang dan harga bilik hotel. Makan seafood pun murah.
Ini kata orang, saya sendiri jejak di Batam sekali saja - mungkin 20 tahun lalu - kerana nak melawat pulau lain, nak tukar bot. Tak masuk Batam pun, hanya di feri terminal.
Masa tu adik saya nak kahwin dengan minah di sebuah pulau tak jauh dari Batam. Namanya Pulau Mongkol (betul Tok Sakmongkol, bukan saya buat lawak! Tak percaya Google 'Pulau Mongkol Riau'). Sekarang adik ipar saya tu dah jadi warga Singapore, anak dua.

Begitu ramai warga Temasek ke Batam sehingga matawang di sana - malah di banyak pulau-pulau di Riau - bukan rupiah, tetapi Singdollar.
Mereka tak suka nonton TVRI tetapi Mediacorp Singapore (samalah orang Johor ketepikan RTM dan TV3, nonton Mediacorp dan Channel News Asia).

Dan beberapa buah pulau dekat Batam menjadi tumpuan ramai warga Kota Singa.
Singapore sama saiz dengan Perlis. Tapi Perlis ada 450,000 penduduk, Singapore ada hampir 5 juta, jadi orang rimas apabila hujung minggu ramai calibut ke JB atau Batam.
Ada lagi pulau-pulau dekat Batam yang popular dengan Singaporeans kerana banyak resort tepi laut- Bintan dan Karimun. Saya pun tak pernah sampai, sebab lebih suka ke Langkawi, Penang atau Melaka. Nak makan seafood ke pasar tani Pasar Melawati di UK, Ulu Kelang.
(Hidup Malaysia!)

Jadi apabila saya terbaca sebuah limbungan kapal telah dibakar dan pergaduhan besar berlaku di Batam, dan 21 buah kereta dibakar, saya amat terkejut.
Polis terpaksa intervene dengan senapang dan riot gear menyelamatkan para pekerja India dan yang bukan Indonesia.
Apa yang berlaku ialah seorang supervisor di limbungan itu, seorang warga India, katanya menegur seorang buruh Indonesia dengan berkata warga Indonesia 'semua bodoh'.
Waduh Pak. Cari maut itu.
Dia kena bantai, mereka membakar dan terbalikkan 21 kereta, dan membakar warehouse serta membongkar pejabat.

Ceritanya dan gambar di sini, sini dan sini.

Pemerintah Singapore pun khuatir sebab banyak industrinya terletak di pulau itu - Batam saiznya sama besar dengan Singapore.
Mujur isu ini dah reda, limbungan (shipyard) dah dibuka semula.



2) BALI

Kini ada kontroversi baru.
Juga melibatkan pulau peranginan, Singapore dan orang India.

Seorang filmaker warga Singapore berbangsa India bikin filem 'Cowboys In Paradise'.
Filem belum ditunjuk pun, tapi gazeknya ada kat Youtube, jadi orang Indonesia dah nonton, lalu mengamuk.
Ia menceritakan gaya hidup gigolo di pantai Bali.
Gazek di sini (tak perlu khuatir, tak lucah).

Sedangkan isu ini bukan isu baru.
Terkejut dan rasa malu, pemerintah Indonesia terpaksa tangkap golongan lelaki di pantai Bali ini.
Lagi orang marah!
Cerita Cowboys in Paradise tu di sini, sini dan sini.

Ini macam filem Malaysia 'Remp-it'. Benda tak seberapa, tapi jadi mainan media, maka filem pun laris.

Kalau gitu, saya pun nak bikin movielah, agar cepat kaya.

Nama movie ialah 'Saya pun Kuda Melayu'.
Cerita tentang kisah dua ekor kuda - seekor bernama 'Hulu Selangor' dan seekor lagi 'Sore Loser'. Kahkahkah.
Cukuplah tu, nanti orang kata saya penyokong BN pulak.
Pada saya kalau dah kalah tu buat bertenang, brader.
BN kalah nipis di Manek Urai, tak sibuk pun ejek-ejek pemenangnya.
Mereka terima.
Pandang ke depan - untuk Pakatan, kenapa pengundi Melayu lari.
Untuk BN - jangan happy sangat. Lebih kurang 20 peratus saja Cina yang sokong kamu. Dan 54 peratus India.


Selamat malam.

Sunday, April 25, 2010

HulSel - Apco, Najib, Anwar, Zionist, Palestin....

TAMBAHAN 1PTG

Anwar Ibrahim baru kata ni dalam satu nota kepada penyokong kenapa beliau akan teruskan perjuangan. Saya setuju 100 peratus:
“The economy is lagging, jobs are scarce and our education system remains mediocre at best.”
 
Pada saya, inilah yang semua harus perjuangkan. 
Termasuk di Temasek Darul-tak-ada-by-election.
 
-----------------------------------------------
 
Saya baru menulis komen di salah satu blog pujaan saya, ~penarik beca oleh Pak Bakaq.
Saya tak kenal dan tak pernah jumpa beliau, tapi beliau pernah letakkan komen dalam blog saya bahawa keluarganya pun suka nonton filem Bollywood, jadi ada pertalian kuat lah tu!
Pak Bakaq, penyokong kuat Pas, gemar sungguh mention Apco-Asiasoft dan menuduh kerajaan Najib sokong zionist kerana itu.
Dan setelah Pakatan tewas, beliau komen lagi! Maka saya pun tergerak nak tulis.

Pak Bakaq, maaf ya saya letak kat sini. Kalau tidak, saya tak tahu lagi apa nak tulis pagi ni.


--------------------------------------------------
Salam Bro,
ini pandangan saya yang tak sokong mana pihak pun.
saya rasa Pakatan kalah bukan sebab mengelat. Dan bukan rakyat tak appreciate darah atau air tangisan Palestin.

1) memang BN selalu mengelat, apa yg bezanya kali ini? Dan Pakatan tak pernah ngelat ke? kalau kasi geran tanah dan janjikan itu dan ini, maknanya samalah kamu berdua. atau mungkin anda berpandangan begini: jika yg beri wang itu BN maka ia menipu, tapi bila yg memberi wang itu Pakatan maka ianya membantu rakyat?

Dan kalau BN kepong kawasan orang asli seperti dituduh, Pakatan pula tak beri BN menggunakan dewan-dewan, menurut tuduhan. satu insiden di HulSel: dewan sedang digunakan seorang ketua wanita MCA, diserang oleh penyokong Pakatan menghalau mereka. Zalim tu, brader. Tak pula dilaporkan media-blog Pakatan.

2) tentang isu Apco ni, walaupun ramai tentu tak puas hati rm76juta dibayar (untuk apa bayar tinggi gitu?!) saya tak rasa ini bermakna kerajaan sokong zionis dan pembunuhan palestin. cuma ia bermakna kerajaan bodoh sebab tak periksa rapi sebelum mengambil PR agency ni.
tanyalah orang dalam: ada orang pertengahan yg dipercayai telah rekomen, menurut cerita, lalu diterima. ia itu ia cerita lama kerajaan BN - menggunakan middleman dan bukan kerajaan sengaja upah firma zionist (kalau betullah apco ni zionist).
si abang anwar pula selalu main rapat dgn ketua-ketua kaum yahudi yg bersimpati dgn zionist dan masuk lagi kumpulan dan firma mereka - sehingga BANYAK betul gambar, jadi tak boleh menafikan ia berlaku! - jadi silalah laporkan jika nak berlaku adil.

saya tak rasa niat anwar sokong zionist dan nak bunuh rakyat palestin dan nak persendakan air mata palestin, cuma beliau suka berkawan dgn orang-orang atasan yg berkebetulan sokong zionist, kan gitu?
jadi kalau anda boleh melihat anwar-dan-zionist secara begitu, kenapa pula tidak najib-dan-apco?

seperti yg saya kata di atas, saya orang neutral, dan melihat isu-isu dari jauh - nun dari sebuah pulau kecil - inilah yg saya nampak.
maaf mengganggu blog anda yg saya gemar membaca.

Kuda BN menang di HulSel

UN-sangka-rable.
Kalau ini lumba kuda, kuda bernama BN baru menang.

Kalau ikut lingo bola: BN 3, Pakatan 7.
BN nak kena menang Sibu: lepas tu BN 4, Pakatan 7.

The game is getting interesting. Tak payah nak analisa lagilah.
Saya nak gi minum dulu. Minum teh tanpa gula, ler.
Saya dah tobat minum teh letak gula sebab kena diabetes.


TAMBAHAN 10.45mlm

Dari Malaysiakini -

- PKR has won all Chinese-majority areas, while at the same time losing all Malay-majority areas.

- According the 'saluran' results, young voters have voted overwhelmingly for Pakatan.
- In addition, it appears that Indian voters have generally return to BN's fold.

1) Kalau saya orang Pakatan, saya tak bising-bising BN main ngelat ke apa. Memang depa selalu gitu, pernah ke dia tak 'ngelat'?
Saya concentrate nak tarik Melayu balik masuk Pakatan.
2) Kalau saya BN, saya tak sorak kuat-kuat dah menang, saya khuatir kenapa Cina tetap anti-BN, dan kenapa orang muda ramai yang undi Pakatan.

Friday, April 23, 2010

Tanda-tanda BN nak menang di HulSel....?

Kita boleh nampak ada beberapa tanda BN akan menang di Hulu Selangor ni.
Memang betul, kalau kita hanya dengar decibel bunyi suara, lantang betul ketua-ketua dan tukang canang, serta spin blogger.
Perang psikologi dan perang saraf.

Semua pihak memang selalu akan berkata kami yakin menang. Itu biasa.
Lepas tu, kini Pakatan bijak - menggunakan reverse psikologi dengan mengatakan 'kami mungkin kalah, tolong semua keluar mengundi!'
Taktik ini pun biasa kita lihat.

Tapi saya tertarik dengan apa yang dilakukan oleh PM Najib Razak dalam beberapa hari ini, yang pada saya menunjukkan BN macam nak menang - ini jangkaan sayalah. Hanya semalam, saya masih takut nak kata BN atau Pakatan akan menang.
Kita semua tahu, dalam pilihanraya kecil sejak zaman Dr M, timbalan presiden Umno menjadi ketua jentera pilihanraya untuk BN.
Di zaman Pak Lah, timbalannya Najib yang kena kempen.
Di zaman Najib, TPM Muhyiddin Yassin jadi jeneral.

Ini dilakukan kerana dua sebab, salah satunya ialah agar presiden yang juga perdana menteri tak payah sibuk kena berkemah di kawasanundi selama dua minggu nak kempen. Si PM kan kena jaga negara, you!
Sebab utama kedua, pada saya, ialah agar jika tewas kelak, PM boleh jauhkan diri dari kekalahan itu.

1) Dalam banyak pilihanraya kecil (PRK) lalu, apabila ditanya, sama ada PRK ini boleh dijadikan petunjuk untuk pilihanraya umum (PRU), PM Najib biasanya kata 'tidaklah, ia hanya PRK biasa saja. Bukan petunjuk apa-apa'.
Bila ditanya wartawan kepo sama ada sesuatu PRK boleh dijadikan referendum untuk itu dan ini, beliau juga kata: Tak adalah. Ia hanya PRK biasa.'

Tapi kali ini, PM Najib kata PRK HulSel menjadi referendum untuk New Economi Model beliau. Ini cerita Bernama beb, bukan spin dari website atau akhbar Singapore yang mungkin salah membuat laporan.
Wooi, maknanya ada sebab beliau sangkutkan NEM ni dengan HulSel. Jika kalah karang, orang akan ejek model ekonomi baru ni tak laku.

2) Lepas tu, saya baca cerita Maika pula.
Selepas 26 tahun MIC gagalkan pelabur India, dan bertukar tiga perdana menteri (walau Semi Value masih kat situ) tiba-tiba Tan Sri G kata akan selesaikan masalah Maika ini dalam tiga bulan.
Depa nak bayar RM106 juta.
Kerana pengundi India ada 19 peratus di HulSel, mungkin dapat swing besar ke arah BN.
Ia menunjukkan PM Najib boleh selesaikan masalah mereka.
Baca artikel The Star tu: Tan Sri G mention nama Najib.
“I was prompted to spearhead this effort to resolve the Maika issue based on the Prime Minister’s concern that this was the biggest problem besetting the Indian community."

3) Dan selalunya, jika sesuatu PRK tu dah gerenti kalah, perdana menteri tak akan turun padang lagi.
Beliau akan turun padang lagi jika boleh menang, atau masih ada harapan.
Sebab kalau last-minute kamu turun dan lepas tu kalah, nanti orang ketawakan: 'PM, Presiden Umno turun semalam, hari ini pengundi terus menolak'.

Ya, mungkin ada nak kata PM Najib terus sogok penduduk dan lain-lain. Itu bab lain beb - pork barrel politics (politik tong daging babi? Hee) ni dilakukan oleh kesemua pihak.
Janji nak kasi geran tanah, nak buat sekolah, kasi kain pulicat....
Eh wah, Najib turun padang lagi semalam. Bagi duit kat pengundi.
Kalau dah gerenti kalah, maka selalunya ketua akan gi jauh-jauh agar tak terpalit dengan kekalahan.


Kalau BN menang, tak hancur zaman politik Zaid Ibrahim! Kemungkinan besar.
Anwar pun goyang.
DAP dan PAS pun cacamerba dan boleh makan bubur caca.

Tapi kalau BN kalah, bukan saja NEM kena ejek teruk.
Samy Vellu apa jadi? Terkubur di HulSel.
Dan kedudukan PM Najib sendiri, bagaimana? Sebab Pakatan akan kata: Rakyat dah tolak kamu, termasuk ramai dari kaum India, dan Melayu sendiri.

Itulah interpretasi saya. Bukan pakai nombor.
Pakai agak-agak sebagai pengamat dari negeri kecik yang pernah diserang ikan todak.
Kalau rasa saya salah, boleh hentam saya (tapi jangan maki-hamun ya, nanti emak keluarkan sabun!)

Thursday, April 22, 2010

Nak tahu siapa menang di Hulu Selangor? Baca ni!

Dah penat satu kampung dan satu dunia kecoh sama ada Zaid Ibrahim suka lumba kuda dan berjudi. Togok ke tidak.
Sama ada PM Najib dan BN menyokong Yahudi ke tidak.
Di sini, saya nak kupas HulSel, Hulu Selangor, gunakan angka.
Sebab kadang-kadang kita gunakan emosi, tetapi menurut data, benda ni jadi lain.
OK, mari kita mulakan.

1) Jumlah pengundi berdaftar 64,500.
Pengundi mengikut bangsa:
Melayu 52.7 peratus, atau 34,020 pengundi.
Cina 26.3 atau 16,964.
India 19.3 atau 12,453 orang.
Dan seterusnya 1.7 peratus Orang Asli dan lain-lain.

2) Kita katalah yang keluar mengundi 85 peratus (jumlah yang tinggi, tapi pilihanraya kecil ini panas, brader!).
Maka jumlah mereka yang mengundi ialah 64,500 x 85/100 = 54,825.
Dan kita katalah, yang keluar mengundi tu ikut kadar bangsa yang sama: Iaitu walaupun yang mengundi 85 peratus, sama ramai peratusan Melayu, Cina dan India yang keluar.
Kalau tak buat andaian ini, susah nak kira. Misalnya jika kita kata semua pengundi Cina boikott, maka BN pasti menang, sebab Cina banyak yang sokong Zaid Ibrahim dan Pakatan.
Atau jika kita kata terlalu ramai Melayu tak keluar, maka tentunya Pakatan menang, sebab Melayu ramai yang sokong BN (atau mereka pengundi PAS) dan kurang selesa dengan cerita hidup peribadi Zaid ni (katanya).
Kita juga kena buat andaian TIDAK ADA undi rosak ler. Kalau tidak susah nak kira bang!

3) Dari jumlah pengundi keseluruhannya, ada 799 pengundi pos.
Kita assume 100 peratus keluar buat pangkahan - mereka dapat time-off nak buang undi, oi!
Dan kita assume, seperti biasa, 85 peratus polis dan tentera ni undi BN.
Maka BN menang = 799 x 85/100 = 679 undi.
Pakatan menang = 799 x 15/100 =  120.

4) Oleh itu, dari 54,825 pengundi ni kena tolak 799 = 54,026.
Melayu 52.7 peratus = 28,472 orang.
Cina 26.3 = 14,209 pengundi.
India 19.3 = 10,427.
Lain 918 orang.

5) Pada pilihanraya Mac 2008, penganalis Ong Kian Ming, yang mengumpul maklumat pilihanraya, berkata orang HulSel mengundi begini kalau dipecah ikut bangsa:
Kantanya, pengundi BN masa tu:
- Melayu 55 peratus daripada jumlah orang Melayu.
- Cina 37.
- India 51.

Baca di sini.
"According to my estimates, using polling station returns, the Malay support for BN was approximately 55% while the Chinese and Indian support were 37% and 51% respectively."

- Baca cerita dan penilaian yang dibuatnya. Menurutnya, Pakatan akan menang besar, tapi ada beberapa assumptions yang pada saya mungkin tersasar sikit. Itu pandangan masing-masinglah. Mungkin saya yang salah besar.

6) Apapun, kalau kita ikut kiraan beliau (55-37-51), maka ini bermakna pada Mac 2008 seperti yang dijangkakan, Cina dah ramai lari dari BN. Melayu dan India pun setengah lebih sikit saja.
Jika saya pandang dari sudut BN, saya kata begini:
a) Melayu dulu yang sokong 55 peratus. Kali ini saya rasa BN boleh dapat 65, sebab mereka tak suka Zaid (misalan saja). 
b) Cina dulu 37 sokong. Kali ini lebih teruk lagi sebab walaupun mereka suka dengan New Economic Model dan PM Najib, mereka rasa lebih selesa dengan Anwar dan Zaid dan Pakatan. Agaknya Cina yang sokong hanya tinggal 25 peratus.
c) India dulu 51 peratus. Nampaknya ramai support NEM dan pengaruh Hindraf dan rasa pedih mereka dah kurang. Dan mereka percaya dengan PM Najib, yang ke Batu Caves dan membuat macam-macam janji nak bantu masyarakat India. Dan Ahli Parlimen pun orang India, Kamal Alan Nathan, graduan tulen Universiti Edith Cowan. Sokongan mereka dijangka naik dari 51 kepada 60.

Kalau kita kira gini, jumlahnya ialah:
a) Melayu = 65/100 x 28,472 = 18,507.
b) Cina = 25/100 x 14,209 = 3,552.
c) India = 60/100 x 10,427 = 6,256.

Jumlah untuk BN = 28,315 daripada sejumlah 54,026 (jika kita assume 100 peratus Orang Asli sokong BN. Jumlah ini pun sedikit).
Maknanya, BN dapat = 28,315/54,026 x 100 = 52.4 peratus.
BN MENANG.
(Ini belum campur undi pos lagi!)

7) Kiraan di atas ini ialah satu cara nak mengira TANPA EMOSI sama ada BN akan menang, atau Pakatan menang.
Jika kamu rasa sokongan dari tiga kaum utama ni lebih tinggi atau rendah, sila masukkan angka anda sendiri, dan hitung ler.


8) OK, dengan panduan ini, anda boleh agak sendiri, letak peratusan pengundi, dan buat jangkaan siapa yang menang.
Yang saya kurang selesa dengan No. 7) tu ialah sama ada sokongan Melayu melonjak ke 65 peratus atau 60 saja.
Dan sokongan dari India naik ke 60 atau 55 peratus saja.

Maka kita kira semula:

a) Melayu = 60/100 x 28,472 = 17,083.
b) Cina 25/100 x 14.209 = 3,552.
c) India = 55/100 x 10,427 = 5,735.

Jumlah untuk BN = 26,370.
Maknanya, BN dapat 26,370/54,026 x 100 = 48.8.
BN KALAH!

Sebab nipis sangat perbezaan, maka kena campur dulu UNDI POS:

(26,370+679)/*54,825 x 100 = 49.3 peratus.
BN Tetap KALAH!!
(*Jumlah campur semua pengundi pos)


AWAS: Ini semua kebanyakannya teka-teka, agak-agak.
Kerana ramai pengundi bekerja di luar HulSel, maka payah nak kata ramai akan pulang mengundi atau tidak.
Dan undi orang muda pun lain - mereka dirasakan condong kepada Pakatan sebab dah fed-up dengan BN. Jadi, misalnya, jika hujan lebat, mungkin makcik dan apek yang tinggal di HulSel tak keluar nak berbaris mengundi, sedangkan orang muda teruskan niat.
Atau mungkin orang muda yang tinggal di KL/PJ dah fed-up kerana inflasi tinggi dan jenayah masih teruk, maka berduyun nak undi, sedangkan yang tua berkata 'Atok/Nyonya nak rilek sebab kat bandar tu jam teruk'.


Apa pandangan Pakcik Remgold yang duduk jauh di Negara PAP yang ada hanya dua kerusi pembangkang?
Saya tak tahu. Sebab kalau tulis pun main teka saja.
It could still go either way.
It will go down to the wire.

Wednesday, April 7, 2010

Hulu Selangor - masih ada yang sayang?

Pada saya, sama ada Pakatan atau BN yang akan menang di Hulu Selangor tak begitu penting.
Pakatan menang kawasan Parlimen itu dengan 198 undi pada pilihanraya Mac 2008.
Tapi BN menang ketiga-tiga kerusi DUN di situ.

Memang benar: Kemenangan sekali lagi begitu penting untuk Pakatan.
Mereka boleh berkokok bahawa rakyat masih bersama mereka, benci PM Najib, benci Apco, setuju dengan MB Khalid Ibrahim dan seterusnya.

Kemenangan untuk MIC-BN juga begitu penting untuk mereka.
Mereka perlu berkokok bahawa rakyat dah muak dengan Pakatan, mereka sayang dengan 1Malaysia, tak percaya lagi dengan Anwar Ibrahim, da da da.


NEGERI TERKAYA

Dan kerana Selangor ini negeri terkaya antara 13 negeri di Malaysia, wooi, tentunya jadi rebutan semua orang.
Saya pernah wawancara MB Khalid di Singapore dulu, dan beliau berkata revenue bulanan yang dikumpul oleh kerajaan Selangor ialah RM3 billion!
Setelah ditolak gaji para pekerja kerajaan, kos perbelanjaan kerajaan dan sebagainya, masih ada RM1.5 billion setiap bulan bakinya. Eh wah.

Bandingkan dengan kebanyakan negeri lain yang akan collapse jika tidak dapat suntikan bulanan daripada Putrajaya.


SIAPA DAH LARI, SIAPA MASIH TINGGAL

Untuk HulSel (senang sikit nak tulis jika dipendekkan) buat kali ini juga, siapa pun yang menang, akan menang dengan nipis.
Tapi pada saya, yang lebih perlu diteliti ialah tahap sokongan dari pengundi Melayu, Cina dan India.

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya, terdapat 64,500 pengundi berdaftar di HulSel Ini termasuk 799 pengundi pos.
Dari jumlah pengundi itu:
- 52.7 peratus Melayu,
- 26.3 Cina,
 - 19.3 India.
- 1.7 peratus Orang Asli and bangsa lain.


Dan menurut seorang penganalisis, pada Mac 2008:
- BN memenangi 55 peratus sokongan orang Melayu di Hulu Selangor. Hanya separuh saja dan tambah lebih sedikit; yang lagi 45 peratus tak mengundi BN di Parlimen HulSel.
- Dan hanya 42 peratus dari pengundi Cina-India undi BN. Yang lagi 58 peratus calibut.

Ini bermakna bahawa walaupun ramai Melayu dan seterusnya mengundi BN untuk 3 kerusi DUN, mereka menjadi pengundi strategik untuk kerusi Parlimen.
Mereka kata ADUN yang menjaga kawasan biarlah orang yang rapat dengan kita, agar dapat menyelesaikan masalah, tapi di Parlimen biar dengar kuat sikit "suara rakyat".

Adakah ramai Melayu akan terus menolak MIC-BN kali ini?
Adakah BN akan dapat sekurang-kurangnya 55 peratus undi Melayu kali ini, atau lebih rendah?
Ini penting kerana boleh dinterpretasi bahawa orang Melayu menerima/menolak New Economic Model, menerima/menolak wakil MIC, mahukan Mat Taib, dan seterusnya.

Bagi pengundi Cina, ramai yakin bahawa Cina di seluruh Malaysia, bukan di HulSel saja, terus menolak Umno dan BN secara umumnya.
Saya yakin mereka tak akan kembali kali ini.
Tapi jika ramai pengundi Cina kembali ke BN - walaupun hanya 5 peratus, fuyoh.
Macam-macam point kita boleh kasi kepada PM Najib.
(Maaf, saya tak ada pecahan 42 peratus pengundi Cina-India yang pilih BN pada 2008, berapa peratus Cina dan berapa India).

Untuk pengundi India, laporan-laporan berkata mereka dah sejuk hati. Tidak marah seperti dulu sehingga membawa Hindraf memberontak di KLCC.
Tapi berapa peratusan dari mereka yang akan kembali kepada BN? Inilah yang kita nak tahu.
Lebih-lebih lagi di HulSel, di mana jumlah mereka begitu tinggi.
Dan tadi, satu signal jelas diberikan oleh Pak Najib kepada masyarakat India: walau ada pressure di kawasanundi itu untuk letak Mat Taib atau wakil Umno lain, BN pilih wakil MIC!
Mesejnya: Orang India, kami masih sayang kepada kamu. Walau orang Umno marah, kami pentingkan understanding lama bahawa ini kerusi India.
Sekarang, Pakatan kena pressure nak kena letak wakil India juga. Atau nak nekad letak Zaid Ibrahim atau nama Melayu lain, dan berkata 'kami di Pakatan tak lihat kepada bangsa, hanya keupayaan mereka'?
Pengundi Cina mungkin percaya omong-omong ini, tapi bukan pengundi India di HulSel.


Semuanya tentu berdebar menunggu hari mengundi April 25, nak tahu sama ada masih ada yang sayang dengan Pakatan atau BN.

Kempen 8 hari mulai dari April 17 hari penamaan calon.

Wednesday, March 24, 2010

Imuniti Parlimen dipermainkan; saya nak muntah

Di Parlimen Singapore satu zaman dulu (saya di bangku sekolah), seorang Ahli Parlimen Melayu membawa isu yang menggemparkan dan melucukan satu negara.
Beliau (yang dah arwah) berkata bahawa ramai orang heboh ketakutan, yang dimaksudkan orang Melayu Singapore, kerana ada berita bahawa bagi setiap jambatan yang sedang dibina, kepala dua-tiga manusia mesti ditanam di situ - lebih kurang begitulah ceritanya.
Masa tu Temasek sedang membangun pesat, tahun 1970an. Heboh Dewan, kerana MP lain semua tertawa besar.
Tapi isu itu perlu dibawa ke Parlimen kerana ia melibatkan keselesaan masyarakat.
Dan ia menjadi isu, kerana banyak sangat desas-desus bahawa anak si polan dari kampung itu dan ini hilang. Ada pula kata kepala dia dah kena tanam kat tepi projek jambatan.
Setelah pemerintah menolak dakwaan itu, isu jadi kluk kluk kluk kejap, lepas tu tak timbul lagi.
Sebab rakyat dah dapat penjelasan bahawa jambatan dikukuhkan dengan besi dan simen, bukan kepala anak Melayu.
 
Inilah antara sebab bahawa dalam sistem perundangan Britain, yang diamali di Malaysia dan Singapore malah Amerika pun, parliamentary privilege atau immunity dikekalkan.
Biar Wakil Rakyat boleh membawa isu apa sekalipun, tanpa was-was. Beliau tak perlu takut ditertawakan, apa lagi takut kena saman.
He has the right to bring any issue of public interest into the House, without fear of being sued for not giving the correct details.



PARLIMEN DISALAHGUNA? 

Sejak kebelakangan ini, Parlimen Malaysia kecoh kerana isu-isu sensasi dibawa ke tengah.
Ada yang berbohong kerana nak score political points, ada yang membawa fitnah tapi tahu bahawa mereka tak boleh disaman, dan ada pula cerita-cerita yang lebih baik dimasukkan dalam blog fantasi, bukan Dewan Rakyat.
Membuang masa rakyat yang dahagakan kepimpinan/leadership.
Merugikan negara yang perlu jalan yang terang untuk terus maju.
Dan merendahkan martabat dan nama mereka yang bergelar Wakil Rakyat dan Yang Berhormat, kerana suka tuduh-menuduh macam budak-budak kecik.
Kamu di pilih jadi Wakil Rakyat untuk selesaikan isu rakyat, bukan nak main political game yang merosakkan negara. Ini saya tujukan untuk kedua-dua pihak.

Ini pada pandangan saya sebagai orang luarlah, mungkin itu yang dikehendaki rakyat Malaysia.

Baik cerita Apco dan Yahudi, Ibrahim Ali ada saham syarikat judi kononnya, isu memburukkan Anwar Ibrahim dan Sept 16, nama Agong dan tentera diheret juga, Zul Nordin kata ada pihak ketiga suruh beliau burukkan nama PM Najib dan isterinya, dan sebagainya.
Aish. Bingung saya lihat.

Betul ke dengan melakukan ini semua rakyat akan membuka mata lalu mengundi kamu dan parti kamu?
Atau sekadar ikut nafsu dan selera masing-masing, tak kisah rakyat mampos ke tidak?
Tak kisah sama ada negara angkat saya ini dipandang rendah oleh orang luar?

Terpulanglah. Saya orang kecil dan orang asing.
Tapi rasanya jika banyak blog dan suara-suara luar yang komen bahawa mereka dah nak muntah baca berita-berita begini, mungkin (mungkin saja) Wakil Rakyat kalian akan bertaubat. Dan tanya isu-isu yang boleh membawa manfaat.
Ini antaranya bagi saya.


ISU-ISU PENTING BUAT SAYA 

- Kita tertanya-tanya sama ada ekonomi akan pulih dengan baik, dan bagaimana caranya.
Apa isi New Economic Model yang akan dikeluarkan oleh PM Najib. Adakah ia akan membantu ekonomi atau tidak? Kalau tidak, pembangkang silalah keluarkan cara yang lebih baik. Dapat dimanfaatkan bersama.

- Ramai pekerja asing di Malaysia, dan mereka merendahkan tahap gaji pekerja tempatan. Sehingga diplomat Jepun dengan berani beri amaran kepada kerajaan agar terus mengambil pekerja asing. Kalau begini, siapa yang akan mempertahankan gaji pekerja tempatan? Tentunya Ahli Parlimen boleh bincang di dewan.

- Ramai khuatir tentang kadar jenayah di Malaysia. Rompakan di tepi jalan dan yang pecah rumah seperti begitu berleluasa walaupun polis keluarkan statistik bahawa jenayah dah menurun. Bagaimana pihak kerajaan dan pembangkang dapat bekerja sama (di negeri Pakatan baik di negeri BN) untuk mengurangkan jenayah. Mungkin kalau dah tangkap mereka ni, kita bawa masuk Parlimen cepuk penjenayah ni ramai-ramai di live TV? Kan lebih baik dari pekik-memekik isu titek bengek!?
Memang isu jenayah ini telah ditanya. Tetapi yang saya harapkan ialah debat yang mempunyai hasil yang melegakan rakyat, bukan hentam-menghentam.

- Isu pelajaran juga membimbangkan, kerana nampaknya universiti tidak mengeluarkan pekerja yang pandai berbahasa Inggeris dan yang mahir dalam bidang yang diperlukan majikan. Dan kini, didapati pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki dalam universiti! Yang jantan ke mana? Masuk politik? Nak tambah kerosakan negaralah tu! Apa gunanya ada 19 universiti kerajaan tetapi terus dikatakan oleh majikan mengeluarkan pelajar yang tak pandai berbahasa Inggeris dan kurang kemahiran? Macam mana nak lawan ekonomi India, China, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Cambodia. Di India dan Filipina, terutamanya, pekerja mahir mereka pandai berbahasa Inggeris. Jadi mereka senang masuk sektor kilang, tourism, restoran dsbnya. Apa yang boleh dilakukan leh kerajaan dan di negeri pembangkang?

- Saya tulis di sini bahawa negara kecik Temasek hasil sektor perkhidmatan - perbankan, pelabuhan, perdagangan minyak. Walaupun tanahnya kecil tak boleh buat pusat kewangan dan pelabuhan lebih besar lagi, dan tak ada hasil minyak.
Thailand menjadi tempat terbesar di Asean untuk membuat dan memasang kenderaan baru. Ini dipanggil the Detroit of Asean (mungkin Asia), kerana semua syarikat besar kenderaan ada kilang pasang kereta di sana untuk dieksport.
Malaysia lebih banyak tanah dan tenaga kerja nak menaikkan nama negara dan kembangkan ekonomi dalam semua bidang ini. Kalau dibincang di Parlimen lah.



- Filipina bersaing dengan Malaysia di Asean untuk menjadi call centre dan BPO, walaupun kedua-duanya kalah kepada India yang mempunyai ramai pekerja biasa yang mahir berbahasa Inggeris.
BPO = business process outsourcing. Maknanya backroom operations sesebuah syarikat. Di Penang (saya rasa masih ada, kurang pasti) syarikat gergasi komputer Dell menjadikan Malaysia sebagai BPOnya. Segala proses dalaman Dell dilakukan di Malaysia.
Begitu juga beberapa buah bank terkemuka di dunia, mereka melakukan BPO mereka di Malaysia, dan juga sebuah syarikat gergasi Singapore! Maaf, saya tak berani beri nama sebab kurang pasti mereka masih menggunakan Malaysia untuk BPO atau dah pindah ke negara lain, di mana kos pekerja tak begitu tinggi tetapi mereka mahir (dalam basic accounting, misalnya) dan pandai berbahasa Inggeris.
Misalnya, jika kita order komputer di Vietnam atau kita komplen bahawa duit kita di bank besar di Jakarta kekurangan, atau ada masalah telekomunikasi di Singapore, semuanya akan dibawa ke pusat BPO di Malaysia untuk diselesaikan.
Begitu juga call centre ini.
Saya pernah ke Cyberjaya kira-kira 5-7 tahun lalu apabila syarikat gergasi minyak (ooi! besar syarikat ni, tapi tak pasti masih di sana ke tidak) membuka call centrenya. Semua masalah atau isu diselesaikan di call centre itu.
Tapi jika Malaysia kekurangan pekerja mahir dan bijak bertutur orang putih, amacam???
Tak boleh bincang isu ini di Parlimen ke? Cara nak menyelesaikannya, bukan tuduh menuduh dan nak score points saja.

- Malaysia ada suatu kekuatan - ia mempunyai sistem perbankan Islam yang terbesar di Asia, antara yang terbesar di dunia. Tapi cukup ke pekerja mahir yang graduate untuk masuk bidang Islamic banking ni?
Jaga-jaga, sebab Singapore dan Hong Kong, London dan Dubai pun dah masuk bidang ini. Dan kerana sistem perbankan tradisional Singapore, Hong Kong dan London lebih baik dari di KL, mungkin Malaysia akan tewas di bidang ini juga. Cuba Ahli Parlimen bawa soalan ini, dan dibincang bersama: bagaimana nak perbaiki sistem bank Islam ni.


Isu-isu inilah yang saya nak dengar, tapi yang kita baca saban hari ialah Wakil Rakyat bertekak nak menjahamkan satu dengan lain, dan mengheret nama negara ke dalam longkang.
Saudara/saudari, jika ada blog atau kenalan politik, suarakan isu ini kepada mereka. Rakyat dah meluat dah.
Atau mungkin saya seorang yang meluat, kamu semua syiok mereka bertegang urat dan tak ada masa nak bela nasib kamu?
Ish ish ish.

Tuesday, March 16, 2010

Henti berkelahi kejap, tepuk tangan, minum Coke!

TAMBAHAN

- Malaysian investors have 15 per cent stake in the new bottling facility, with the Armed Forces Fund Board holding a 10 percent stake and private firm AAD Equity, led by former finance minister Daim Zainuddin, 5 percent.

- The investment will directly create 600 to 800 new jobs at the bottling plant, and is expected to create between 6,000 and 8,000 jobs with local suppliers, he said.

- kata Glenn Jordan, Asia Pacific boss Coke, dalam wawancara dengan AP.

---------------------------------------------------------------


Mari kita stop sehari dua ni dan tabik kerajaan PM Najib Razak.

Mari kejap ni semua celebrate bersama kerana syarikat minumam gergasi, Coca Cola, nak tanam modal RM1 bilion, mak oi!, di Nilai.

Tentu kita dah penat kutuk PM Najib lemah, flip-flop dan macam-macam ejekan lagi.

Kita berterima kasih kepada semua orang yang terlibat, kerana Coke tak semestinya membuka factory besar di sini.
Mereka boleh pilih Indonesia atau Vietnam - dua pesaing direct investment yang terbesar di Asean.

Mestilah insentifnya banyak. Mungkin tak bayar tax selama 10 tahun, atau tanah diberi murah.
Tak apalah. Kena tepuk tangan kuat-kuat.
Bersatu buat seketika. Salah ke? Tak bangga ke?

Saya nak lihat apa pihak kerajaan akan kata tentang pelaburan ini. Saya harap mereka tak mendabik dada 'Kerana aku dan parti akulah mereka terus berada dan nak buat kilang besar'.
Hello! Pelabur terus di sini juga sebab yakin pekerja Malaysia boleh diharap untuk menyiapkan projek, bekerja keras di kilang agar Coca Cola dapat untung besar.
Janganlah lupa nak puji keringat rakyat.
Dan saya nak lihat si pembangkang ni nak puji, buat dunno atau memperlekeh pelaburan RM1 bilion ni!
Cuba kalau yang dapat Penang atau Selangor.
Nasib baik yang dapat si negeri KJ dan Isa Samad tu.
(Marahku Shamsul nanti marah aku pulak, sebab sebut nama KJ! Hee)

Syabas untuk Malaysia. Singapore pun ada kilang Coke kat Tuas.
Tapi yang di Nilai kelak, besau giler.


GAMBAR: AMARAN PROF DR REMGOLD, PAKAR SAKITPUAN - Kalau nak minum Coke, minum yang Zero ni, atau Coke Light ya!
Kalau tidak, takut kena kencing manis.

Tuesday, March 9, 2010

March 8 - For better or worse? Masih awal nak kata

Dah masuk hari esok baru saya terasa nak menulis tentang March 8, dua tahun selepas tsunami politik Malaysia.
Sebab ramai lebih pandai buat analisa, saya pendekkan kepada beberapa 'cerita' yang saya lihat, dengar dan jalani sendiri.
Kerana ini pandangan peribadi, dan juga daripada seorang yang hanya berada di Malaysia secara part-time, tentunya ada yang tak setuju.
Tapi garis kasarnya gini:


1) Dari sudut nama negara di persada antarabangsa

Tentunya anda boleh bersetuju nama negara semakin teruk. Walau tentu ramai kata ini tak wajar.
Zaman Dr M dulu Malaysia dikenali sebagai negara Islam yang "sederhana", negara perdagangan yang ke-17 terbesar di dunia.
Dan sebagai negara yang lantang bersuara dalam isu-isu Islam-Muslim, Palestin, negara yang menentang pengembangan Amerika tanpa disekat orang lain (selepas kejatuhan Soviet Union sebagai kuasa dunia kedua).
Dr M pun berani selar Singapore jika tak puas hati! Terketar-ketar kadang Singapore nak jawab.

Masuknya zaman PM Abdullah Badawi, dan kini PM Najib R, banyak benda ni dah hilang.
Orang luar negara mempersenda nama Malaysia.
Malaysia kini dikenal sebagai negara yang melarang konsert Beyonce, bergaduh macam-macam tentang isu agama dan bangsa, nak sebat dan dah sebat pun wanita.
Itu kita boleh kata mainan media asing, media Barat.

Yang pasti, pemimpin Malaysia (maaf kata) kurang pandai jaga 'spin' atau mengawal keadaan apabila sesuatu isu itu muncul.
Apabila gereja mula diserang, s l o w betul kerajaan nak respons. Dan responsnya juga, pada saya, hanya dengan berkata: 'Rilek, brader, ini benda kecil'. Bukan nak tunjuk marah.
Itupun OKlah, kita boleh tuduh mainan media.

Yang saya lebih khuatir ialah berita ini - Jika dulu Malaysia di tangga ke 17 negara perdagangan terbesar di dunia (eksport + import) - kini katanya dah jatuh ke tangga 21.
Eksport semakin slow dan import pun sama. Ini cerita sensitif, saya berhenti di sini.
Cuma saya khuatir ini bermakna ekonomi negara semakin slow, jika dipandang dari sudut jangka masa 10 tahun.
Kena tunggu ada ke pemimpin yang akan umumkan berita tak baik ni. Sehingga itu, kata orang putih, I will hold my tongue.


Tetapi dari jarak jauh, isu-isu seperti ini boleh dipandang sebagai masalah sementara. Masih terlalu awal nak katakan damage terhadap nama Malaysia dah permanent.
Setakat demo sesakkan jalan dan 'gaduh' mulut, itu dianggap sebagai demokrasi biasa.
Selagi kilang yang dibuka tak diserang dan warga asing profesional tak kena serang, pelabur dan tourist tetap akan datang.
Yang lebih bermasalah ialah sama ada negara-negara yang bersaing dengan Malaysia di Tenggara Asia - seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam - terus memperbaiki diri untuk menarik pelaburan ke sana.


2) Dari sudut ekonomi + pekerjaan

Terus kita masuk bab ekonomi.
Import + eksport seluruh dunia memang semakin slow, kerana ekonomi dunia pudar dalam jangka beberapa tahun kebelakangan ini (bukan salah Abdullah atau Najib).
Kini, kerajaan nak bentang New Economic Model, tetapi baru kelmarin katanya, benda ini akan dilewatkan lagi pengumumannya kepada June. Pulak.
Dulu katanya September 2009, lepas tu Februari, Mac.

OK tak apa, semua sedar memang susah nak terus pesatkan ekonomi brader. Pemerintah Singapore pun lagi senak nak terus naikkan ekonomi.
Masalah Malpura (Malaisia dan Singa pura-pura) ini sama saja: Rakyat dah biasa dengan ekonomi terus berkembang berbelas tahun, hidup semakin mewah, tetapi jadi orang atas kena fikir cara baru nak tarik pelaburan.

Yang bagusnya: Jika anda pekerja kilang mahupun pekerja biasa, pekerjaan anda masih selamat. Kadar pengangguran Malaysia adalah rendah.
Maknanya, walaupun dalam akhbar dan media online mahupun blog songsang sibuk hoo-ha hoo-ha tentang Umno, Pakatan dan Cina-Melayu-India ditindas dan menindas, hidup di Main Street Malaysia dari segi pekerjaan, tak banyak berubah.

Ya betul, jenayah masih berleluasa dan pendidikan negara masih tidak baik.
Saya khuatir kerana orang Malaysia ni susah sangat nak suruh belajar bahasa Inggeris.
Kenapa politik dipentingkan lebih dari mendapat jaminan lebih kuat bahawa anak-anak kita akan dapat kerja yang baik kelak?
Anak-anak Melayu dalam satu kelas tuition yang saya perhatikan dengan rapat, teruk apabila masuk bab Bahasa Inggeris ni. Dah besar-besar dan anak-anak orang berada, tetapi hancur dalam isu bahasa ni.
Ini mempayahkan anak-anak mendapat pekerjaan taraf antarabangsa di Malaysia kelak, apa lagi jika nak kerja di luar negara.
Sedangkan anak jiran saya pula, bukan saja dia pandai Mandarin dan Inggeris, Bahasa Melayu dia pun ok. Sedih memikirkan.


3) Dari sudut sekitaran politik + media

Yang baiknya kerana banyak perbincangan dan 'expose' (seperti enjin jet hilang, PKFZ, Teoh Beng Hock) isu-isu panas, dan saingan untuk support dari BN dan Pakatan, maka kerajaan dan 'orang-orang' jahat kini kurang nak buat jahat.
Atau kalau nak buat jahat merampok negara pun (termasuk yang di empat negeri Pakatan), terpaksa berhati-hati.
Kena lebih bijak, tak macam dulu. Suka-suka letak harga tinggi nak bina jambatan atau adakan monopoli yang menghakis duit rakyat.
Ini satu perkara positif dalam perkembangan negara: dulu Dr M pernah kata money changed hands bukan under table lagi, tapi above the table.
Kini mereka dah kena sembunyi bawah table kembali! Kalau tidak kena balon oleh NST, Malay Mail, The Star mahupun Kinisider (ini bila Malaysiakini kahwin Insider - sebab dua-dua anti-kerajaan).
Kalau tak kurang pun, perampok wang rakyat kini dah tak terlalu buat cara terbuka.


Conclusion:

Jika nak dipandang cara negatif, betullah. Sibuk sangat bincang politik sehingga kadang-kadang orang politik lupa sebenarnya rakyat dah muak.
Siapa dan di mana pun pemerintah, ramai rakyat biasa hendakkan benda-benda basic.
Anda buat ini, undi akan datang sendiri:

1) Jangan anggap rakyat bodoh apabila masalah timbul.
Ini saya tujukan kepada pemimpin Singapore juga! (Kadang muak dengar puak ini talk down dengan rakyat. Lain kali saya bawa cerita panas tentang pekerja asing di Singapore dan harga tinggi perumahan).
Explain dengan cara baik, bukan anggap 'Aku ni orang politik maka kami pandai, kamu bodoh. Nak ambik ni!'
Yang menaikkan tahap pendidikan kami adalah kamu juga, jadi kami dah pandai, jangan dianggap budak yang boleh diperbodohkan.
Tak boleh buat donno jika ada benda dah 'meletup', kena jelaskan dengan baik.

2) Keselamatan diri dan keluarga.
Jenayah perlu dikurangkan terus.
Susah abang polis kerana kerap kena buat kerja kotor orang politik.
Dan yang saya benci juga - pembangkang kata polis sibuk menjalankan kerja Umno, tetapi yang banyak sibuk buat Laporan Polis untuk siasat benda-benda taik pun mereka juga.
Samalah pada saya kedua-dua pihak BN dan Pakatan - harrass abang polis sehingga mereka pun keliru nak tangkap penjenayah ke nak tangkap orang politik!
Tangkap dua-dua sudah, abang polis. Biar aman hidup rakyat!!!

3) Mahukan pekerjaan selesa.
Tak semua orang boleh jadi, ahem, kroni atau CEO. Mahupun jadi arkitek atau manager.
Tetapi jika anak-anak kita dapat kerja kilang atau jadi security guard pun okaylah. Asal kerja mereka solid, tak kena retrench. Boleh besarkan keluarga, membeli rumah dan kereta kelak.
Dan ada keadaan aman nak gi kerja dan balik.
Dan harga makanan kat kantin ke restoran tepi jalan tak naik mendadak.

Mesej saya untuk anak-anak senang saja: Kau tak jadi jutawan belikan bapak Ferrari pun tak apa (kalau belikan pun aku terima! Yang warna kuning, please).
Tapi apabila bapak dah tua dah retire nak duduk dalam masjid (wee-weet), janganlah menyusahkan aku nak minta duit. Nak komplen tak ada kerja. Gaduh lakibini.
Sekali-sekali belikan aku kuih bakar ke anggur pun, jadilah.

Akhir kata, mesej mudah untuk siapa pun yang berkuasa di mana jua,
a) Utamakan hati rakyat.
b) Jaga hati pelabur dan *tourist.
Barulah c) Jaga hati kroni, keluarga dan puak kamu.
Yang dikhuatiri, pemerintah di banyak negara mulakan dengan c), lepas tu b).

[*Selepas eksport kilang dan penjualan komoditi - minyak/gas dan miyak sawit - wang tourist adalah ketiga penting untuk wang tukaran asing bagi menumbuh ekonomi. Jika mereka tak masuk, maka hotel, airlines, lapangan terbang, mall, restoran, teksi dan sebagainya terjejas teruk]