Dah beberapa tahun saya tak ke bazaar Ramadan. Paling kurang tiga tahun sejak saya bekerja di Singapork Darul Dollar.
Kerana waktu kerja yang sibuk pada sebelah petang, dan kurangnya penjualan makanan di tepi jalan seperti di Malaysia waktu Ramadan, saya hanya di kantin pejabat membeli makanan.
Bila hari tak bekerja, saya gemar duduk di rumah untuk berbuka. Tak perlu berebut-rebut membeli makanan dengan orang lain yang sama lapar.
Di Temasek, setahu saya (jika salah sila betulkan), bazaar Ramadan yang diadakan secara tetap setiap tahun hanya di ruang keliling masjid-masjid - cerita masjid-masjid Singapork di sini - atau di beberapa tempat di Geylang Serai.
Yang di tempat lain - di bawah blok flat, atau dapatkan temporary licence pasang khemah beramai-ramai di town centre kawasan perumahan - jarang dilakukan. Begitulah hidup orang minoriti di mana saja pun - hanya boleh bermeriah di mana kaum kecil itu berkumpul.
Di Malaysia, sebab ramai Umat M, jika saya buka table depan kawasan perumahan rumah saya jual cendol dan nasi lemak pun, saya pasti ramai yang datang membeli.
Semalam saya ke bazaar Ramadan di pusat bandar Taman Melawati.
Wooi, berpuluh gerai = 100 ada?
Orang jual macam-macam.
Jika saya di minus satu point setiap kali air liur meleleh melihat lazatnya makanan yang dijual, semalam saya dah kena minus 1,000 points! Hahaha.
Puasa yok-yok, petang-petang ngendap periok.
Saya juga lihat perangai peniaga yang berlainan.
Ada yang jelas pemilik restoran/gerai di waktu bulan lain, yang cepat dan tangkas memasak dan pandai menarik hati penjenguk.
Ada yang nampak sah setahun hanya sekali jadi peniaga - periok belanga dan wok pun nampak baru! Dan nampak kekok dan malu kucing nak pekik panggil orang suruh singgah. Sudi mampir, kata wak jawa.
Dah jam 4 petang semalam, ada makcik baru sampai bawa kuih dalam talam yang baru nak dipotong. Hai,kenapa tak potong masa kat rumah tadi! Kan lebih selesa. Sah peniaga part-time.
Ada yang saya lihat kalau boleh nak berjabat tangan dan tepok bahu untuk teruskan perjuangan hidup - si laki terkial-kial nak hidupkan api atau goreng sesuatu, si isteri lagi kekok duduk di sebelah. Nak beri semangat.
At a few stalls, you can clearly see that the wives have that look - what am I doing here? I'd rather be at home, sleeping.
Begitulah perjuangan hidup. Sedih juga fikirkan kepayahan hidup mereka.
Orang ramai berhenti mengikut selera masing-masing - nak beli ayam percik, ikan bakar, kueh manis atau lauk sayur nak bawa balik.
Tapi ramai juga tentu terpikat menurut cara presentation.
Sebab semua orang tahu harga barang makanan yang dijual di bazaar ni overpriced. Mak oi, orang jual ikan bakar RM18.
Sayur dalam kotak plastik sedikit saja RM2. Kek tak besar mana 50sen sebiji.
Tapi kalau presentation cantik dan nampak menggiorkan, maklumlah pembeli lapar, akan laris juga.
THE ANNUAL UNLEASHING OF POTENTIAL. Yang menarik untuk saya ialah setiap tahun, ramai rakan dan keluarga kita become instant businessmen and businesswomen.
Berniaga di bazaar, buat kuih kat rumah, jahit baju/langsir upahan sambil menjaga anak di rumah.
Kalaulah boleh, saya nak tanya orang yang bawa periok belanga baru beli tu -
Maam, you tak nak berniaga full-time ke?
Kenapa tidak?
Tak cukup modal?
Tak tahu nak cari tapak jualan?
Tak tahu kat mana nak pinjam duit nak berniaga?
Apa yang diharap jual setahun sekali ni?
Duit raya ke?
Hobi?
Bazaar Ramadan ni unleashed the business potential Umat M ni.
Baik kerajaan Umno atau Pakatan (sebab Melawati dalam Selangor), tak boleh kasi flyer kepada peniaga nak beri panduan ke mana nak pinjam wang, dapatkan advice berniaga kecilan part time/full time, cara nak menyewa tapak dan anggaran ongkos. Bantulah orang di bawah, bukan para datuk dan datin yang datang dengan Merc dan Lexus nak beli juadah tu saja.
Sayang. Habis Ramadan, habis semangat nak berniaga ni - walaupun secara part time supply kueh atau supply lauk untuk restoran dari rumah.
No comments:
Post a Comment