Wednesday, February 9, 2011

iPad2, Honeycomb, Froyo & Gingerbread

Dah lama tak bual cerita teknologi sebab sibuk, ahem, berpolitik dan beragama.

Dalam memasarkan produk tech ni, seperti barangan lain, nama yang cantik mengundang ramai pembeli, walaupun kadang produk hancuq bakul sampah, ataupun produk cuma 'so-so'.

Dah 10bulan sejak iPad mula dijual.
Saya tahu ramai dah beli iPad seperti Johor Mali yang terbang ke UK nak beli tekno canggih dan terbaru.
Saya tak beli sebab nak tengok versi 2 dan kerana versi 1 mahal giler.
Dan lebih lagi kerana nak tunggu produk lain keluaran player besar seperti Blackberry (nak keluarkan Playbook), HP, Dell (Streak) dan lainnya.



iPad saiz screen 10inci (OK ler 9.7inci jika nak tepat).
Produk Samsung, Galaxy Tab, 7inci. Saiz buku novel.
 Saya tak beli juga sebab yang dijual di Singapork oleh SingTel berharga hampir S$1,000 (RM2,400) jika anda tak beli line telefon SingTel yang baru.

Lagipun Galaxy Tab menggunakan sofwe Android keluaran Google. Walaupun agak advance - Android 2.2 yang juga dinamakan Froyo (bukan Android 2.0).
Ada produk tablet lain gunakan Gingerbread, iaitu Android 2.3. Increments in software improvements.

Android 2.0 direka untuk digunakan oleh smartphone - iaitu saiz screen kecil.
Saya tunggu macam buah tak jatuh bila agaknya Google nak siapkan sofwe Honeycomb - the software for tablets.

Kini dah keluar pun Honeycomb. Yay.

Dan hari ini terbaca pula - iPad 2 dah mula masuk production stage.
Ia lebih nipis, lebib banyak memory dan ada kamera - kamera kat depan macam Macbook, agar mudah kamu berbual bersemuka dengan rakan di Kaherah, New York, atau Batu Pahat pun.

Yay.
Cuma yang saya tak tahu iPad2 ada gunakan Flash software atau tidak? Iaitu improvement dalam tayangkan sesetengah movie dan grafik, yang menjadi masalah dalam iPad pertama.

Agaknya bila dah keluar nanti, lawan tablet lain yang menggunakan Honeycomb, serta Playbook (sofwe Blackberry) dan juga tablet dari Nokia (sofwe sendiri) serta HP (sofwe Palm), baru kita boleh tahu mana satu idaman hati.

Editor majalah tech syarikat saya kata, beliau menjangkakan iPad2 akan ditunjuk kepada ramai pada Mac - tak tahu siapa nak tunjukkan kerana Steve Job masih sakit.
Dan barangan ini masuk pasaran pada Jun, jangkaannya.

Agaknya apa pengalaman rakan yang ada iPad masakini - mereka puas hati? Atau apa yang kurang dengan iPad.
Adakah mereka akan beli iPad2 bila ia keluar kelak???
Mana si Johor Mali ni - kasi komen sikit beb.

No comments:

Post a Comment