Friday, February 25, 2011

Sistem Bas & MRT untuk Lembah Klang

BAH. 1 = Sistem Bas saja untuk KL? Giler!

Untuk warga KL macam saya dulu, Jalan P.Ramlee tu ialah satu jalan yang kecil tapi begitu penting.
Bayangkan - sebahagian daripada jalan itu ditutup selama 1-2tahun dulu!
Hancuq trafik jam teruk satu KL, walhal kecik je jalan tu = sebelah headquarters BSN.

Nak balik kerja dulu, gerenti sangkut sejam! Saya kerja di tengah bandar KL dan menetap di Setiawangsa = 8km. Kadang sangkut tak bergerak 15minit. Nasib baik ada Amy Mastura dan Siti dalam kereta dengan saya. Juga Abba dan Olivia Newton-John.

Pagi masuk kerja tak teruk sangat sebab saya masuk 0800 pagi. Ini kerana sebagai wartawan pasaran kewangan, pasaran saham, money market, dibuka 0900, jadi kena masuk pagi lagi.
Saya pernah cerita dulu siksa bila naik BMW gi kerja - Bas Mini Wilayah.

TAPI itulah pembangunan namanya.
Mahathir masa tu sedang membina projek KLCC. Dan korek sana sini bawah tanah untuk LRT.
Dan kerana kawasan Jalan Perak (dekat Dataran Merdeka) pun nak dibuat tiang-tiang MRT, maka kat situ pun kerap jam teruk yang merebak satu bandar.
(Nasib baik masa tu belum zaman demo lagi!).


Saya tulis ni bukan apa. Rasa sedih apabila membaca laporan demi laporan di website pro-pembangkang Malaysiakini dan Insider tentang KL akan jam teruk, rakyat akan sengsara. Nak naikkan kemarahan orang tak kena tempat.

SEKARANG kita semua dah dapat kecap projek yang jam-kan satu bandar tu selama 4tahun (Sebahagian Jalan P.Ramlee di tutup 1-2tahun, tapi projek KLCC tu lama sungguh).
Jika kita takut jam kat bandar tu, kita naik LRT masuk kerja = yang merah-biru dari Gombak, atau yang kuning dari Sentul.
Atau naik Monorail, KTM Komuter, dan apa nama - itu rail ke airport.
Memang tak perfect ler, sebab inter-connectivity kurang.
Dan memang betul banyak projek ni kroni yang untung. Dah nak bangkrap, duit rakyat kena bailout mereka!

Tapi jika nak argue tentang CARA projek diagihkan, saya setuju.Agar kerajaan lebih nak dengar keluhan rakyat.
Tapi bukanlah komplen kita semua akan jadi susah dan tak boleh terima jika hidup kita sengsara, jam tempat kita teruk 2-4tahun kerana projek kerajaan ni.

DAN satu lagi. Ada pulak kumpulan yg sarankan Jangan Buat MRT. Cukup buat Sistem Naik Bas.
Kita hanya perlu adakan Lorong Khas untuk bas, dah cukup. Tak 'yah buang duit bina MRT. Eh eh!
Mamat ni dari kampung kat ceruk mana saya tak tahu.
Banyak tempat di KL = misalnya Jalan Ampang di tempat saya = hanya ada DUA LORONG masuk KL, DUA LORONG keluar KL.
Jika kamu gunakan satu lorong utk bas = maknanya dua daripada empat lorong = kereta nak jalan mana brader?
Di highway pun, baik PLUS, LDP, Duke, Silk dan sebagainya, ada tiga lorong untuk satu hala. Jika kamu tutup satu lorong saja pun, masalah besar.

KAMU lihat saja Jakarta di. Ada sistem BUSWAY. Satu lorong digunakan khas untuk bas. Mamat yang bijak ni kita hantar ke sana, bagus.
Kasi depa duduk sana seminggu, lihat sendiri sistem tu ok atau hancuq. Interview ler orang yg tunggu bas kat Jakarta tu.
Saya cover Indonesia sebagai tugas saya. Dah kerap nah baca komplen orang tentang sistem Busway ni.
Jakarta pula satu-satunya bandar besar yang tak ada sistem LRT,MRT,Monorail. Mereka cuma ada tren macam KTM (bukan yang KTM Komuter pun). Hancuq beb.

DI negara mana pun, yang boleh berjaya ialah sistem bercampur = MRT, LRT dan bas.
Kita mamat Sentul atau Cheras, Gombak atau Ampang kini mujur ada LRT.
TOLONGlah jangan komplen sangat tentang sengsara 3-4 tahun. Ini untuk kebaikan negara.

---------------------------------
BAH. 2 = Persoalkan kos projek, OK.

Saya tak syiok nak bual cerita politik Maysia ni, tapi ini cerita pengangkutan.
Sebab ramai dah komplen tentang cara MRT Sungai Buloh-Kajang tu nak di'push' oleh kerajaan.

Cerita politiknya - saya teka sebagai ramai orang tentu dah teka pun -
1) PM Najib nak cepat-cepat jalankan projek besar-besaran. Agar ekonomi tumbuh besar, tauke dapat kontrak besar, rakyat dapat pekerjaan gaji besar. Sebagai project manager, engineer, kontraktor pasang wayar pun.
Juga untung makcik yg jual nasi lemak kat tepi jalan untuk pekerja kontrak; mahupun wartawan, drebar teksi, office boy, lawyer yang tidak secara langsung akan dapat tempias dari mega-project.
2) Jika banyak projek mega berjalan, rakyat akan sibuk semacam zaman Mahathir dulu - sibuk nak buat duit, tukar kerja gaji besar sikit, beli kereta,rumah baru, holiday luar negara.
Setiap mega projek merancak ekonomi, dan semua orang dapat rasa.
Projek melimpah, duit berlambak, tak kisah lagi bangsa apa pun kita, tak akan ada masa nak gaduh atau demo.

Itu yang baiknya.

Yang kurang manis ialah CARA projek diagihkan - baik MRT, pembesaran airport KLIA (nak tambah ruang untuk AirAsia), projek convention centre di Sri Hartamas, HQ baru Felda di sisi KLCC, Islamic Financial Centre dekat Pasarakyat KL, pembangunan Sungai Buloh dari ladang getah, airport Sungei Besi dan itu dan ini. Pergh!
Mana orang tak jeles.
Berbilion akan keluar, 'satu habuk pun kita tak dapat'.
Dan cara pemberian projek tanpa tender boleh dipersoalkan.
Tanyalah dengan cara baik dan dengan selidik dulu. Bukan tuduh tanpa bukti macam ada yang persoalkan isu membeli bot patrol, lepas tu kena soal balik tak tahu jawab.

SAYA bukan sokong atau tak sokong mana pihak.
Tapi kadang-kadang khuatir sebab banyak sangat isu dibuihkan di Maysia tanpa fikir panjang.

No comments:

Post a Comment