Thursday, October 15, 2009
Cerita dari Padang - Apabila maut BELUM tiba....
Semalam saya dah cerita di sini bahawa apabila maut dah tiba, tak guna mu sembunyi di lubang cacing pun.
Di bawah ini ada cerita benar lagi dari Padang.
Cerita ini pula menunjukkan bahawa apabila belum masa mu untuk maut, gerenti selamat! Walapun 100 orang lain mati.
Cerita-cerita ini saya bentangkan kerana hendak menunjukkan kenapa orang Minangkabau di Sumbar (Sumatra Barat) ni tak mahu berpindah walaupun dah banyak kali gempa.
Kisah di bawah ini diceritakan oleh rakan wartawan, Razak Ahmad (wartawan anak Malaysia, dulu bekerja di NST, nama bapa kami sama tetapi dia bukan adik saya - dia hensome lagi) dari agensi berita Reuters.
Razak kata dia terjumpa dengan Encik Ghazali, 28 tahun, semasa membuat liputan di Padang dan Sumbar. Saya dan Razak tidur sekamar di Padang, tetapi membuat liputan di tempat yang berbeza sebab syarikat berita yang lain, masing-masing cari berita sendiri.
Di hotel Ambacang di kota Padang, ada dua seminar berjalan serentak di tingkat empat (hotel itu ada enam tingkat) pada 30 Sept, hari berlakunya Gempa 2009.
Satu seminar ialah anjuran Dinas Perikanan (agensi perikanan) dan yang lagi satu oleh Prudential insurance.
Ghazali bersama seminar asuransi (dalam bahasa Indonesia).
Semasa break time, dia solat asar. Lepas tu terasa nak minum kopi, tetapi kopi di cafe Ambacang - maklumlah hotel terglamour di Padang - mahal harganya.
Lalu Ghazali menyeberang jalan 300m dari hotel itu.
Nak cari kopi yang murah di tepi jalan. Kopi warung.
Tiba-tiba gempa berlaku!!!
Hotel runtuh semua. Lebih kurang 100 orang mati di Ambacang, kebanyakannya peserta dua seminar itu.
Ghazali terselamat. Namanya disenarai sebagai seorang yang telah maut.
Tak tahulah sama ada dia sudahpun kini memberitahu polisi bahawa sebenarnya umurnya masih panjang. Malaikat Maut belum dapat nombor dia.
GAMBAR: Hotel Ambacang sebelum dan selepas kena gempa. Yang roboh teruk ialah kamar-kamar penginapan dan bilik-bilik seminar di sebelah belakang.
VIDEO: Empat hari selepas gempa, siaran TV di Indonesia menunjukkan rakaman CCTV hotel Ambacang dalam detik-detik gempa terjadi, sebelum hotel runtuh. Orang panik berlari ke sana sini. Perhatikan ada pokok di dalam sebuah pasu bergoncang kuat seperti di tiup angin - menunjukkan kuatnya gempa skala 7.6 itu di sini.
Labels:
earthquake,
Indonesia,
sumatra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment