Ini lagi cerita tentang pengalaman saya di Sumatra Barat dua minggu lalu.Ia adalah cerita yang paling sedih yang saya dengar. Baru hari ini saya dapat ceritakan, sebab masih setiap hari teringatkan nasib beliau. Sedih dan trauma.
Nak tulis cerita pesawah Pak Muchtar, 62, pun saya rasa sedih kembali.Rumahnya dulu di kaki Gunung Tandikek di Padang-Pariaman, lebih kurang sejam dari kota Padang. Nama tempat itu Kampung Cumanak.
Di Sumatra Barat (ibukotanya ialah Padang, tanah orang Minang), gunung tertinggi ialah Merapi, kemudian Singgalang. Lepas tu baru Tandikek (atau dipanggil juga Gunong Tigo dalam bahasa Minang - sebab kepala dia ada tiga).
Ini cerita beliau yang saya tulis (seperti yang diterbitkan di akhbar saya dua Sabtu lalu):
HE HAD put in a hard day’s work toiling the fields and Mr Muchtar decided to nip over to a nearby warung to shoot the breeze over a cuppa with his friends.
But moments after he arrived at the coffee shop in the Cumanak farming hamlet, he heard a thunderous roar as the ground beneath him gave way.
In the blink of an eye, his village was buried in a huge landslide.
The 62-year old lost all eight members of his immediate family – his wife, five children aged between 12 and 25, and his elderly father and mother.
“This shirt on my back, my trousers and this songkok are all that I have left,” he says.
Satu minit, dia berkata kepada keluarganya, 'Abah nak ke warung kopi sekejap' (jika dia bertutur dalam bahasa Malaysialah).
Tidak lama kemudian, tanah longsor besar dari Gunung Tandikek menyapu bersih Kampung Cumanak, kira-kira sejam dari Kota Padang, di kabupaten (regency) Padang-Pariaman.
Bayangkan jika anda hilang sekaligus: Ibu, Bapa, Isteri, Lima orang anak 12 tahun hingga 25 tahun.
Tertimbus dan mayat-mayatnya tak dijumpai langsung.
Tertimbus dan mayat-mayatnya tak dijumpai langsung.
Semasa wawancara beliau, saya yang nak menangis. Saya jumpa dia pada hari Khamis, 8 Oktober - seminggu selepas gempa. Tentunya air mata Pak Muchtar pun dah kering.
"Baju yang saya pakai, seluar ini, dan songkok ini saja yang saya ada," katanya.
"Baju yang saya pakai, seluar ini, dan songkok ini saja yang saya ada," katanya.
Jika anda sempat ke Padang (ada direct flight AirAsia KL-Padang, sejam dah sampai) pergilah ke *Posko Kampung Cumanak, cuba cari Muchtar ni dan cuba membantunya.
Tak susah nak cari tempat ini - katakan saja kepada drebar mobil anda: 'tanah longsor di Gunung Tandikek, Kampung Cumanak'. Satu Sumatra Barat tahu.
Bukan dia seorang yang ada cerita ngeri seperti itu, ramai lagi.
(*Posko = pos koordinasi gempa, yang dikawal polis dan pegawai kampung).
Jika kita tahu akan kehilangan LAPAN anggota sekeluarga dalam sekelip mata, apa perasaan kita? Bahawa akan hilang nyawa kesemua anak kita yang masih muda?
Sanggup kita hidup lagi?
Masa itulah baru kita tahu kita ini beriman ke tidak, agaknya.
GAMBAR:
1) Muchtar, 62, kini sebatang kara.
2) Inilah sebahagian kecil saja dari kawasan landslide/tanah longsor yang menimbus tujuh buah kampung termasuk Kampung Cumanak. Seramai 200 orang masih tertimbus dan tempat itu langsung dijadikan tanah perkuburan. Kenapa tak dikorek?
Tempat tanah longsor seluas 10 hektar (kira-kira 30 kali lebih besar daripada kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, dan ianya terjadi di banyak tempat di sekeliling Gunung Tandikek), dan yang tertimbus mungkin sedalam empat meter di tanah sawah padi.
Dalam gambar kelihatan lima orang kampung yang sedang mencari barang dan perkakasan rumah sendiri yang mungkin dapat diambil kembali.
3) Nak masuk ke kampung ini - sebab jalannya pun dihanyutkan tanah longsor - kena mendaki gunung mencuram 45 darjah, lepas tu berjalan 1.5km dalam panas terik, kemudian meredah rumah-rumah yang telah hancur.
Di kota Padang, kira-kira 1 daripada 30 bangunan runtuh atau retak teruk. Lihat laporan awal saya di sini, sini, sini dan sini.
Di jalan utama Padang-Pariaman mungkin 1 daripada 3 rumah roboh.
Tetapi di Kampung ini, hampir 100 peratus rumah hancur seperti yang di dalam gambar ini.
Kelihatan penulis, Remgold tua - berkulit sawo matang- kepanasan dan bermandi peluh, duduk kepenatan di kampung pasca-gempa skala 7.6 pada 30 Sept.

No comments:
Post a Comment