Showing posts with label politics. Show all posts
Showing posts with label politics. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Komplot nak jatuh raja, tikam rakan & lawan

Mereka berkomplot nak jatuhkan keluarga di raja.
Tikam belakang rakan dan lawan kerana takut sendiri akan ditikam.
Ada komplot nak buat bom lagi.

Bukti sudah ada! Tapi susah nak didedahkan kerana ada implikasi lain. Takut rakyat lari dan pihak di raja lawan balik dengan secara kasar.
Targetnya ialah dapat control semua orang dan ahem, ada agenda tersembunyi.

Saya di KL, bercuti sejak Rabu.
Macam-macam ada.
'Jap lagi saya cerita. Nak sarapan dulu.

(Di posting sebelum ini - pingoo syor saya ngobrol tentang pelajar Victoria yg top. Maaf bro, saya di KL ni tak tahu ada yg terjadi di pulau kecik nonet tu. Di sini lagi syiok ceritanya).


----------------------------------------------
SAMBUNGAN LEPAS SARAPAN

Itulah tuan/puan,
Jangan mudah sangat percaya dengan kaum pendatang yang janji manis macam-macam untuk kita semua.
Takut buruk padahnya.
Sebab mereka ni bertopeng. Di sebalik topeng mereka, warna mereka lain dan rupa lagi lain!
Takutttt.


MAAF.
Saya tahu anda suspen.
Tapi jika anda nak baca cerita politik Malaysia gi website lain, seperti yg saya gemar baca, agendadaily.com.
Yang saya cerita ni ialah TV Series baru yang saya baru habis nonton First Season.
Nama siri ini pendek: V.

Saya masa nonton siri V yang pertama dulu masih terlalu muda.
Siri tu diterbit 1983 - mungkin ramai pembaca belum lahir, tapi saya dah 23 tahun.
Tak tahu bila siri tu dimainkan di Singapork. Mungkin 1984 kot, atau selepas itu.
Fuyoh, gempar satu dunia dengan siri TV ini sebab konsepnya yang lain.

Segerombolan spaceship datang dari luar galaxy.
Mereka bawa teknologi canggih dan cara berfikir yang lain.
Wooi, ramai orang tertarik dengan kaum pendatang nih!

Orang kasi masuk rumah dan kedai, sekolah dan surau.
Maklumlah mereka ni kan sama dengan kita, kita ni semua sama rata, dan kita boleh dapat teknologi dan ilmu canggih dari mereka.
Dalam siri baru, mereka gunakan tagline yang sungguh memikat ramai:
'We are of peace. Always'.
Maka pemimpin politik dan ulama pun sokong penuh mereka ini.



Kumpulan mereka dikepalai oleh raja pompuan, Queen mereka.
Tapi ada niat jahat disebalik muka manis.
Mereka ini jenis cicak (reptilian) bertopeng manusia. Makan tikus. Hahaha. Macam orang politik Malaysia juga agaknya.
Lihat sedutan lama siri ini di atas - bila scene ini ditunjuk dulu, ramai orang satu dunia muntah geli-geman. Terkejut beruk penonton!


Dan mereka juga bergaduh sama sendiri - ada 'third force' mereka juga.
Dan sanggup gunakan bom untuk kalahkan musuh sesama bangsa sendiri.
Masalahnya, pihak dunia yang lawan mereka tak berani buka topeng musuh ni, sebab ada implikasi lain. Musuh ni begitu kuat - jika tidak takkan puluhan spaceship mereka boleh sampai sini.
Jadi kena gunakan strategi '1Earth'. Hehehe. Ish ish ish, macam cerita kat Malaysia pulak.



Itu cerita V lama.
Kini ada seri baru yang saya baru habis nonton semalam. First Season. Lihat promo.

Mereka digelar Visitors - sebab tu V.
Ada juga yang melawan mereka conteng perkataan V di tembok. Ia bermakna Victory menentang musuh.

Sunday, December 12, 2010

Diplo jumpa journo, cakap sembrono

Bayangkan senario ini:
Anda dan rakan-rakan duduk di restoran lima bintang nak makan tengah hari.
Tiba-tiba masuk seorang mamat Melayu dengan wanita ada iras Jennifer Aniston.
Mamat tu pendek berbanding wanita omputeh lampai lawa.

Semua percakapan dalam restoran terhenti. Semua memandang ke arah pasangan ini: Macam Tom Cruise pendek dengan isterinya yang lebih tinggi dulu, Nicole Kidman.
Masalahnya: mamat Melayu tu tak ada rupa Cruise langsung. Lebih mirip kepada Ahmadinejad.

Tentu pemerhati dan mat kepo dalam restoran buat andaian:
1) Minah omputeh ni nak makan bersama pakcik Melayu ni kerana si jantan orang kaya atau anak orang kaya.
2) Mamat pendek ni ada business yang nak diumpil oleh minah lampai.
3) Mereka rakan pejabat tapi mamat ni nak tunjuk lawa bawak omputeh cantik makan di sini.
4) Pakcik tak sedar diri muka hodoh nak action-jackson depan khalayak ramai.
5) Minah omputeh ni gila.
6) All of the above!

ITULAH yang terjadi kepada saya sekitar 2002-2004 dulu.
Pakcik hodoh tu saya, dengan baju lengan pendek dan seluar lusuh berusia lebih 10 tahun.
Yang saya bawa masuk restoran ialah maam diplomat lawa dari embassy negara Barat.
Apabila masuk ke restoran di Mandarin Oriental di KL, semua terkejut al-gorilla (abang kepada terkejut-al-beruk) dan pandang kami atas-bawah, fikirkan enam point di atas tu.

Walhal apa yang jadi ialah: Rakan wartawan saya dari agensi berita nelpon saya: remgold, ada diplomat wanita dari embassy xxxx nak kenal dengan wartawan asing lain. Kau jumpa gi makan, dia baru juga mula bertugas di KL.

Saya baru tulis bagaimana pemberita cari berita.
Ini antara caranya: jumpa dengan contact baru.
Dan bagi diplomat ini, beliau juga nak widen her contact base.
Kami gelar mereka sebagai diplo. Mereka panggil kami journo.

SAYA buka cerita ni sebab ada yang bertanya di posting sebelum ini tentang diplo Singapore yang didapati bantai negara Malaysia, Najib, Anwar.
Dan para diplo Singapork tu juga 'menghina' India, Jepun, Thailand. Baca di sini.
Bak kata Semi Value: 'Kemaluan besar' mereka apabila kena exposed begini.


BALIK cerita saya dan Jennifer Aniston.
Saya sebenarnya tak tahu beliau cantik atau tidak, sebab tak pernah jumpa. Malah, itulah kali pertama dan terakhir kali jumpa omputeh ni.
Lalu kami dibawa duduk di meja yang dibook embassy maam ni.
Mat dan minah kepo terus memandang ke arah meja kami. Syiok juga saya rasa jadi celebrity ni - walhal yang mereka pandang Jennifer bukan Ahmadinejad yang baru keluar Tanjung Rambutan.

Dalam makan satu jam tu, macam-macam isu yang kami bual. Tapi saya sedar benar, maam ni banyak bertanya.
Saya tanya, beliau jawab pendek. Lepas tu beliau tanya macam-macam.
Masa tu (dah lupa), Dr M sedang nak turun takhta, atau Abdullah baru naik junjung. Jadi banyak isu yang diplo nak tahu.

Saya juga berbual tentang isu Selatan Thai dan umat M kerana ditanya. Saya kata saya tahu detail benda ni (masa itu) sebab ada rakan NGO baru masuk ke situ dengan group yang ditaja United Nations buat laporan detail tentang apa yang berlaku. Mamat NGO ni orang Malaysia.
Saya faham kenapa beliau banyak bertanya sebab bukan pertama kali makan dengan diplo, businessmen asing mahupun orang politik - mereka nak korek info. Untuk diplo, mereka nak buat laporan tentang apa yang didengarnya.

Selesai makan, beliau bayar - kamu yang ajak saya makan! Beratus ringgit you, depa kena bayar. Nasib baik saya tak order champagne dan caviar tadi!

Beberapa hari selepas itu, saya nak buat story, maka nelpon Jennifer: Boleh kasi komen sikit tentang isu ini (lupa isu apa).
Jawabnya manis: Maaf, kami di embassy dilarang beri komen.
Saya kata: Saya tak akan quote nama kamu, dan tak akan mention pun dari embassy mana, cuma akan tulis 'diplomat dari embassy Barat di KL'.
Maaf, tak boleh pak chic.
Kurang ajar punya maam!

Beberapa hari lepas tu, beliau hantar email, nak minta nombor mamat NGO yang ke Thailand tu.
Saya tak layan langsung.
Maka selesailah cerita saya dengan Jennifer ni.
She got the message: Jika kamu tak mahu bertukar info, podah!


BEGITULAH kerja mereka, dan kerja saya.
Jadi saya tak terperanjat apabila keluar cerita macam-macam - termasuk mengenai diplo Singapork - dalam wikileaks.
Kamu lihat di sini - banyak benar negara terjejas, termasuk Spain, Vatican, Brazil, Iraq, China. Hamid Karzai Afganistan dikatakan oleh diplo Amerika sebagai corrupt. Saudi takut benar dengan Iran. Di Saudi banyak parti di rumah anak raja di mana alkohol dan dadah bebas dikongsi. Jika Queen Elizabeth meninggal, belum tahu lagi jika Prince Charles nak ditabal sebagai kepala negara Commonwealth.
 
Diplo dan journo ni kerjanya cari maklumat.
Lepas tu masing-masing buat laporan. Diplo hantar ke HQ, journo keluarkan dalam akhbar.
Dan banyak benda yang dibual tu bukan untuk pengetahuan umum. Baik diplo mahupun journo, mereka dapat inti sikit, lepas tu akan ditanya orang lain nak tebalkan info sebelum hantar HQ/masuk akhbar.
Dan kedua makhluk diplo-journo ni sering jumpa dalam apa yang digelar cocktail party. Ngobrol kosong kat hall jamuan hotel atau embassy.
Embassy Jepun dulu pandai nak pancing saya - diplo mereka nelpon dan berkata - 'I heard you are on of the best reporters on Malaysian politics. Would you be able to meet me for lunch?'
Perghh, kalau saya sebagus itu, saya minta Toyota Camry dan Sony Bravia 52inch sekali!

Tentunya bila bual tu, macam-macam akan keluar. Dan masing-masing tahu bahawa UNLESS YOU ASK PERMISSION, apa yang dibualkan tu bukan untuk maklumat orang ramai.
Kalau kamu tanya saya secara peribadi tentang Anwar mahupun Khairy atau RM (Rosmah Mansor, bukan Ringgit Malaysia), tentu jawapan saya berbeza dengan apa yang saya akan kata di depan orang ramai.

JADI apabila wiki telah leaks benda-benda privet, maka tentu diplo malu. Tapi apa nak buat, itulah freedom of information yang dilaungkan orang - termasuk beruk-beruk kat Malaysia.
Pada saya, ada sekatan terhadap freedom of expression, freedom of the media ni.


Ah sekarang pemerintah Barat pun dah sedar. There is a limit to freedom of information dan freedom of the media.
Dulu bila Kuan Yew dan Dr Mahathir kata ada limit, mereka kata diktator. Dah kena batang hidung masing-masing, ah, baru sedar!


---------------------------------------------
TAMBAHAN - Kenapa Good News tak disebar?

Sering sangat saya dah kata. Orang politik dan website online Malaysia ni suka gaduh semua benda.
Berita buruk diperbesarkan oleh kinisidertoday dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Tapi berita baik semua orang tak nampak atau dijadikan berita kecil.

Bila FDI Malaysia - foreign direct investments, pelaburan asing - jatuh, wah setan-setan semua main muzik kuat-kuat tentang jahanamnya negara ini di bawah pemerintah yang ada.
Aish, bila pelaburan melonjak. Senyap semuanya.
Termasuk media mainstream yang - maaf kata - bahalol.

Baca di sini dan sini.
Kalian ni semua memang suka hancurkan negara sendiri.
Letak ler sebagai berita paling atas, bukan berita Anwar atau Najib dan pergaduhan politik yang tak sudah.

Saturday, December 11, 2010

Cerita wikileaks dalam akhbar Australia

4.15ptg KENYATAAN INFO CHIEF PKR

Isu Maklumat Perisikan Singapura dan Wikileaks
Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan mengesahkan kenyataan bahawa ianya adalah satu konspirasi peringkat tertinggi.
Lebih memeranjatkan menurut pendedahan Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja serta dengan bersahaja mengiyakan fitnah tersebut kepada agensi perisikan Australia; Office of National Assessment (ONA).
Penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama ini. Apatah lagi Ahli-Ahli Parlimen Australia seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar.
Harus diingat Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat. Pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik ini.
Saya berharap risikan teknikal yang disebut dalam Wikileaks dapat didedahkan pada umum memandangkan itu yang disebut menjadi sandaran pihak perisikan Singapura dalam membuat kesimpulan mereka.
Jelas, pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan corak yang sama dengan pendakwaan pertama dahulu: ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah di pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan ini merupakan konspirasi pihak tertinggi.


The Singapore Intelligence and WikiLeaks Disclosures
The online site Wikileak’s disclosure of the sodomy charges against Datuk Seri Anwar Ibrahim fabricated by the Malaysian Special Branch is a serious matter as this is the surest sign yet that the persecution stems from a conspiracy at the highest levels.
What is more shocking is the fact that the leadership of the Republic of Singapore has chosen to partake in this deception by deliberately spreading disinformation to an Australian intelligence agency, the Office of National Assessments (ONA).
We must ask why the Singaporean intelligence services chose to collude with Malaysia’s Special Branch in spreading such lies about Anwar. The fact that Australian Members of Parliament, along with other members of the international community have been questioning the independence of the persecution of Anwar heightens such suspicions.
It should furthermore be pointed out that the cables exposed by Wikileaks are essentially information collected by third parties – like Australia – that were then shared to the US State Department. As a result, the cables contain all manner of information – including personal opinions and hearsay and hence are far from reliable.
I hope the ‘technical intelligence’ mentioned in Wikileaks could be revealed to the public since that was the basis that the Singaporean intelligence claimed led to their conclusion.
At the end of the day, the current campaign of persecution and vilification against Anwar is no different from the first: both rely on the abuse of the judicial process and only the reliance of flimsy medical evidence by the persecution. This, if nothing else should prove that this case is politically motivated and engendered by a conspiracy at the highest levels.
NIK NAZMI NIK AHMAD

--------------------------------------------------

11.45pg - ANWAR & INTEL AUSSIE, SINGAPORK

Ah, Insider dan blog lain dah komen pun berita ini.
M'kini, mungkin sebab hero mereka yang kena, masih belum ada laporan.

Laporan akhbar Australia tu juga ada tentang diplomat Singapore nampak beri assessment yang kritikal terhadap Malaysia dan Thailand.
Baca sikit dari laporan The Straits Times di sini.


--------------------------------------------------
LAPORAN INTEL

Ada cerita baru meletup dari wikileaks.
Letupan yang akan menggegarkan politik Malaysia.

Ohdear.

Maaf saya tak berani laporkan dulu takut kena saman.

------------------------------------------
FACEBOOK

Ada beberapa kenkawan pembaca yang cari dan jumpa saya di Facebook.
Maaf tapi saya tak main FB atau Twitter dan sebagainya.
Jika ada akaun pun kerana saya wartawan, kena ada presence agar dapat cari sesuatu di sana bila ada isu - misalnya apabila isu Umat M marah tentang isu Allah, atau ramai orang tak syiok dengan projek bangunan 100 tingkat tu.

Jangan marah jika saya tak jawab.
Lagipun dalam FB ramai gunakan nama betul, jadi saya 'tak kenal' - kerana anda gunakan nama samaran atau Anonymous bila komen dalam blog ini.
Tapi jika anda hantar email anda juga kepada saya dalam FB dalam tiga-empat hari ini, dengan ditambah perkataan 'pembaca remgold', saya akan cuba jawab dan anda dapat satu 'hadiah'.

Tuesday, November 23, 2010

Gaji menteri Malaysia & Singapore

Di sini, gaji PM Malaysia.
Di sini dan sini , gaji para menteri Singapore (ini tahun 2007).

Gaji Malaysia ni, saya tak tahu termasuk elaun travel, pakaian dan yang lain. Antaranya menteri Malaysia dapat cuti setahun dua kali (?) di mana satu famili dapat naik flight first class, return, ke mana saja.
PM Malaysia ada 1AirForce, Singapore naik scheduled flight biasa atau kena sewa.
Gaji menteri Singapore, jika tak salah, termasuk semua elaun.

Kedua-dua argument ada merit - jangan tinggi sangat kerana kata kamu nak khidmat kepada rakyat.
Atau - Kalau rendah sangat, takut corrupt pulak, dia kebas kat belakang kita.
Net-net tepuk dada, tanya selera.

Wednesday, November 3, 2010

Republicans tawan House of Reps

Terima kasih kepada ninotaziz di posting sebelum ini, yang bertanya tentang Dems lawan GOP dalam US mid-term elections.
Susah nak cari topik 'kosher', maam.
Nak bual Batu Sapi dan Galas, dah cerita pun. Biarlah kita tunggu dulu.

Kita bual Am'rika ni bukan apa - dia negara terkuat di dunia: dari segi kuasa militer, kuasa ekonomi, kuasa inventions/pereka sofwe dan macam2 lagi.
-- Jika Am'rika tak beli produk lektronik dan lektrikal Malaysia dan Singapork selama 3 bulan beturut-turut saja, hancur ekonomi negara kita!

-- Kamu lihat di rumah - kipas, mesin jahit, aircon, TV, komputer, kereta dan seterusnya, kebanyakan dicipta oleh minda omputeh benua Am'rika tu dulu. Diperbaiki oleh Jepun, Korea, Taiwan dan China.

-- Begitu kuat mereka ni kawal kehidupan kita, sebab tu kamu jangan marah-marah jika PM Najib atau Anwar Ibrahim selalu buat baik dengan pegawai tinggi mereka. Ada baiknya untuk kita semua.

-- Saya juga cerita tentang projection of American power di bawah ni - tanpa peranan Am'rika di Asia, China akan kuasai semua kita.

Sekurang-kurang mari kita cuba fahami sikit cara mereka tadbir negara dan berfikir tentunya berguna.

(Saya cerita kembali di bawah apa itu US mid-term elections - cara berbeza orang Am'rika ni tadbir negaranya nak adakan checks and balances. Lihat di bawahhhhh sekali posting ini jika nak baca kembali tentang apa yang mereka panggil "the mid-terms").

---------------------------------
GAMBAR: Pandangan bangunan Congress, May 2010.

Di Washington, SEMUA bangunan tidak boleh dibina lebih tinggi dari tip of the dome bangunan di Capitol Hill ini.
Jika kamu nonton filem Salt (Angelina Jolie) dengan teliti - teliti bangunan, bukan Jolie - semua bangunan di DC lebih-kurang 10 tingkat maksimum.
Begitu hormat mereka dengan sistem pentadbiran mereka. Yang Umat M bahalol, buat bangunan hotel dan jam besar dekat Kaabah, yang merendahkan taraf Masjidil Haram. Nak buat bangunan besar dan tinggi kan lebih baik dibuat lebih jauh dari Masjidil Haram? Nanti orang tawaf lebih sibuk tengok jam dan admire bangunan megah dan cantik tu. Sedih hamba.

---------------------------------

Kemenangan GOP - Grand Old Party, iaitu Republican Party - iaitu menang besar dan kawal semula House of Reps, ada implikasi besar untuk dunia, termasuk untuk negara kecil seperti Singapore dan Malaysia.
Nancy Pelosi, makcik glam Dems majority speaker kena cari kerja lain. Baru dua tahun jadi majority Speaker!
Republicans kini control kembali House of Representatives (juga dipanggil Lower House).

Tapi Senate, atau Upper House, tetap di tangan Dems, Democratic Party.
Presiden Obama juga seorang Dem.

Sebelum ini Presiden ialah Dem; House dan Senate keduanya dicontrol oleh Dems juga. Congress was fully in the control of the Dems, now it is split.

Di Am'rika, untuk menggubal undang-undang kena perlukan persetujuan Lower dan Upper House.
Sama juga jika nak approve sesuatu belanjawan baru/khas.
Misalnya jika Presiden kata nak dapat sokongan belanja US$xx billion untuk selamatkan bank, beliau kena dapat persetujuan House dan Senate.
Atau nak tukar undang-undang agar semua gay tidak didiskriminasi dalam tentera (satu isu yg sangat panas di Am'rika).
Dulu senang saja kerana bila dibawa undi di Lower House, parti beliau Dems bermajoriti.
Selepas Lower House luluskan, Senate/Upper House pun dicontrol oleh Dems akan luluskan dengan mudah.
Senang nak buat undang-undang!

Di Malaysia dan Temasek, yang nak buat undang-undang baru atau belanjawan baru ialah Perdana Menteri dan Kabinet, kadang-kadang selepas pressure oleh rakyat. 
Di Malaysia ada Agung dan Singapork ada Presiden, tapi mereka tak buat policy, mereka cuma titular head of state.
Di Malaysia, selepas Lower House (Parliament) luluskan sesuatu, Tidak Perlu dapat kelulusan Senate (Upper House) dah.
Di Singapore, cuma ada Parlimen, tak ada Senate.


IMPLIkasi

1) Policy gridlock.
Di Am'rika kini :
- Presiden seorang Dem.
- GOP control Lower House.
- Dems majoriti di Senate.
Maka akan timbul policy gridlock.

Apabila Presiden nak luluskan sesuatu secara cepat - misalnya nak suruh wakil rakyat sokong tentera serang Afghanistan atau Iraq, dah payah dah.
Sebab Lower House (GOP) mungkin bangkang, walaupun Upper House (Dems) akan setuju.
Yang baiknya, lebih payah jika mereka nak luluskan sesuatu yang tidak disokong ramai orang.
Problemnya ialah bila Obama nak baiki ekonomi Amerika, mungkin akan diblock oleh Republicans yang mahu debat dan nak tambah itu dan ini.
Obama nak gubal macam-macam nak perbaiki ekonomi, tapi kini mungkin jadi lebih lece - wooi, baca ni: macam2 Republicans boleh block dalam isu ekonomi saja!

2) Republicans dan dagangan dunia.
Secara umum, Republicans ni ialah pihak yang suka berdagang dengan dunia. Mereka pro-business, Dems kurang minat dengan business ni (secara umum).
Dulu apabila Obama dan Dems menang kuat, negara yang suka dagangan bebas seperti Temasek agak gusar.
Kerana Dems secara traditional lebih inward-looking dalam segi business.
Dems lebih protectionist, sedangkan Republicans lebih suka big business dan global trade.

3) Conservative, "pro-family".
GOP ni lebih conservative cara pemikiran mereka tentang isu-isu kekeluargaan.
Mereka dilihat lebih didominasi oleh pihak Christian Right - macam George W. Bush, Dick Cheney, Condi Rice dulu.
Mereka tak suka gay sangat, tak suka abortion, dan mahukan agama (Kristian) diketengahkan dalam kelas dan tempat kerja - eh. eh, macam PAS zaman dulu.
Democrats biasanya dilihat lebih liberal - gay is ok, abortion is up to you, dan bab agama ni mereka tak ambil kisah sangat. Kamu nak masuk surau pakai uniform SIA pun ok.
Sebab itu ramai pelakon dan penyanyi mereka sokong Dems.
Arnold Schwarnegger jadi Governor California dengan tiket Republicans, tapi cara beliau jaga state itu ialah cara liberal Dems.

Untuk negara kecik macam Malaysia dan Singapore, Republicans ni tak ambil pusing tentang Global Warming. Dulu Bush-Cheney dengan mentah menolak bahawa dunia ini ada global warming = mereka tolak Kyoto Protocol (kamu google jika nak tahu apa ni).
Dems percaya tentang Global Warming, tapi GOP kata 'nonsense!' (secara umum).


4) Militer
GOP ni lebih aggresive dari segi projection of power mereka.
Mereka lebih suka main politik di luar negara. Dan main militer.
Apabila Obama mengganti Bush, ramai analysts di Asia seram sejuk. Sebab Dems ni biasanya tak kisah sangat tentang Asia. Ini dikhuatiri oleh pemerhati kerana buat masa ini, China semakin kuat - ekonomi dan militer. Mereka dah lebih garang nak flex muscles.
Kita lihat isu nelayan Jepun dan isu rare earth metals yang saya bincang baru ini.
Kalau Am'rika tak mahu tunjuk kuasa kat sini, gerenti China akan dominate (mungkin ada implikasi untuk orang Cina di Malaysia, Indonesia jika 'Big Brother' semakin kuat).
Jadi jika GOP dah kuasai Lower House ni, mungkin Am'rika akan main peranan lebih aktif di luar negara? Mungkin akan tunjuk bom lebih daripada diplomasi? Mungkin tidak, kerana Presiden tetap seorang Dem.

Ada satu isu lain yang bersangkut - kerana Republicans ni secara umum 'lebih Kristian', maka untuk dunia Islam, ceritanya pun mungkin berubah.
Obama dan pemerintah Dems dari dulu lagi akan cuba ambil jalan tengah dalam isu Palestin-Israel (Dem president Bill Clinton dulu yang sarankan dan 'paksa' Israel sign "two state solution" untuk isu Palestin).
Republicans secara terang sokong Israel. Sebab pada mereka Tuhan bagi tanah Palestin kepada Yahudi (secara umum lah yang saya bual ni).

Yang declare 'War on Terror' terhadap orang Islam tu si gila Bush-Cheney-Rumsfield, semua geng Christian Right dari GOP. Mereka ni extreme example, tapi you get the idea about the Republicans on military and power projection.


APA PUN, kita lihat dulu ler. Masih awal lagi.
Sekian dulu



---------------------------------
Sistem politik Am'rika - secara ringkas  

Dems lawan GOP. Dulu saya ingat apa ni GOP, rupa2nya Grand Old Party, iaitu Republicans.
ahem di malaysia GOP tu ialah Umno. di spork, GOP (in fact the ONLY party, hahaha) ialah PAP.
Di negara kita, elections 5tahun sekali (atau disingkatkan kpd 4 jika govt rasa boleh menang dgn baik).

di malaysia, ada dua jenis manusia dlm parlimen:
1) MP = Ahli Parlimen. mereka ngaku Wakil Rakyat sebab dilantik rakyat dlm pilihanraya. tapi bab kebas wang tak ingat rakyat - ini bukan di msia, tapi di india! yg di msia dan spork semua mala'ikat.
2) ada Senator = dilantik di Malaysia, bukan dipilih rakyat.

di msia, MP lebih prestigious. Senator ni bila mereka bual, tak ada yg dengar, sehingga mereka selalu komplen akhbar ignore mereka.

di spore, cuma ada MP. Tak ada Upper House kat mana ada Senator, sebab negeri kecik macam perlis.

3) ada lagi satu kumpulan di malaysia - DUN = Dewan Undangan Negeri yg di ketuai oleh Menteri Besar atau Chief Minister.

di amerika ni lain betul cara mereka.
Dalam American Congress ada dua jenis wakil rakyat:
1) yg lebih prestigious ialah yg berpangkat Senator.
Ada 50 buah state/negeri dlm amerika. 48 dlm tanah besar amerika - satu terkeluar di utara, alaska. dan satu lagi di tengah lautan, hawaii.
setiap negeri wajib ada DUA Senator, jadi jumlah 100 orang.
mereka duduk dlm Upper House. nak gubal undang2, mesti kena pass Upper House ini (di msia, Lower House = MP dah kata okay, senator = Upper House, tak ada kuasa nak block).
mereka jadi senator selama ENAM TAHUN. dan lepas tu secara bergilir (bukan sekali semua sekaligus ada pilihanraya) akan diundi kembali atau kena tendang.

2) Manusia kedua dlm Congress ialah House of Representatives. Mereka duduk dlm Lower House.
yg bab ini macam kat malaysia. state yg besar ada ramai Rep, di california saja ada 53 orang!, dan negeri kecil ada 2-3 kerat macam hawaii.

Mereka ni, ikut bahasa kita, kita panggil MP. Cuma mereka di panggil Rep.
Sama ada Democrat Rep atau Republican Representative.
Ada 435 Reps ini.
Kedua kumpulan di atas, Senator dan Reps, kita panggil Congressman atau Congresswoman.

Mereka kena menghadapi pengundi setiap DUA TAHUN!
(Presiden Amerika dilantik separately LIMA TAHUN sekali, jadi undi House of Reps ni di pertengahan presidency).
Dan setiap dua tahun ni, secara bergilir, 1/3 = lebih kurang 30 orang = Senator akan kena undi oleh rakyat juga.

Itu yg dipanggil MID-TERM ELECTIONS.

Belum sempat panaskan kerusi empok atau buat projek nak kebas wang rakyat, dah kena undi oleh rakyat!
semasa di US dulu, saya tanya analysts mereka - lu orang buat susah setiap 2thn ada undi, macam mana dia nak buat planning lima tahun bantu rakyat.
mereka jawab: tak payah khuatir.
long term planning ada Senator yg dilantik setiap Enam Tahun. dan ada Presiden yg duduk kat situ Lima Tahun.
Mid-term Elections ni sebagai check and balance, jadi tak syiok sangat duduk kat atas, kena jawab dgn rakyat!

jawapan pendek utk ninotaziz,
will their polls affect our thinking (in msia)?
ia menunjukkan rakyat ni kalau tak dijaga akan lari.
dulu obama dan dems menang besar. baru 2 thn dulu!
kali ini gerenti kena bantai teruk dan Upper and Lower Houses of Congress dijangka jatuh ke GOP (kini keduanya di tangan Dems).

samalah yg di msia dan spore tu. siap kejap lagi, kena bantai.
cuma kita di sini untung, sebab 5thn sekali baru jumpa rakyat. mereka kena jumpa setiap 2thn. takuttttt....

3) untuk complete cerita, yg msia panggil DUN dan MB, mereka ada undi Governor.

lebih kurang itu macamlah beb, saya ada skip beberapa bab tentang elections ni, kalau tidak lagi pening.

Friday, October 22, 2010

Antara Wayne Rooney & Umno

Kadang-kadang kita belajar tinggi-tinggi pun tak guna.
Mamat bodoh belajar juga yang lebih kaya, kerana diberi kepintaran di tempat lain.
Kamu tengok saja Wayne Rooney ni.
Kurang asam betoi.

Gemuk pendek, kepala botak, tapi pandai gelek sikit, orang bayar gaji dia - 180,000 euros seminggu (S$325,000 atau RM782,000).

Baca sekali lagi beb = itu gaji beliau seminggu!
Kalau sebulan = x4!
Lepas tu, hari ini, sign kontrak baru!
Nasib baik kurang sikit daripada gaji hamba sebagai wartawan gemilang PAP.

Saya bukan nak kata apa.
Cuma rezeki orang, begitulah.
Kita marah-marah pun tak guna.
Kalau bola, lain kali kita boikot! Jika orang politik, lain kali jangan undi dia!
Ini pandangan orang yang jarang tengok bola (melainkan empat tahun sekali bila ada World Cup), dan yang tak sokong apa-apa parti.

Tapi, brader, jika kamu dah kaya, jangan lupa yang di bawah.
Tolong anak-anak bangsa kamu.
Itulah yang saya fikirkan apabila membaca dari jauh cerita-cerita dari Himpunan Agung Tahunan Umno di PWTC.
Cantiklah speech masing-masing. Berkobar-kobar. Berdegar-degar.
Tapi antara mereka nampak ramai yang fat cats - literally fat and muka tembam ngantuk macam kucing sebab banyak makan.
Datang ke PWTC naik kereta glam giler.

Tolong bantu anak-anak di bawah tu ya, saudara dan saudari.
Jika ada sejuta ringgit, kamu tolak RM50,000 setahun, sponsor anak-anak di kampung dan anak orang miskin belajar, tak luak harta kamu.
Kita lihat di TV3, Bersamamu, cerita orang Melayu miskin dan kelaparan tinggal dalam reban ayam, tentu pilu dan terkejut. Mana juta-juta ringgit yang dah dikaup orang kaya Melayu ni?
Tak kongsi ke?
Tentu RAMAI yang kongsi secara senyap. Baguslah tu.

Ada yang terus kerja dengan rakyat secara sonyap-sonyap.
Saya suka baca cerita YB Umno seperti ini, walau beliau jarang update.
Juga cerita-cerita jauh dari media seperti YB DAP ini.
Kamu nak tahu strategi orang politik, yang gini lebih baik dari yang tiap hari keluar statement hentam itu dan ini!

SAYA cerita sikit tentang kenalan saya di KL.
Beliau dan isteri bergaji besar. Tinggal rumah besar, ada drebar Melayu.
Orang lain bagi gaji drebar RM1,xxx, mereka bayar DOUBLE gaji drebar tu!
Apabila isteri drebar kena cancer, yang bayar bil hospital tuan-puan ini juga.
Mendengar mereka tak ada rumah, dibelikan flat!
Whoa. Tapi saya bangga dapat kenalan seperti ini.


-----------------------------------------------

KAMU INGAT KAMU KAYA, Yob?

Rakan karib saya (berangan) dah pun siap membina rumahnya.
Yang menetap dalam 'rumah' itu lima orang.
Tukang gaji ada 600.

'Rumah' 27 tingkat.
Ada tiga helikoper pad - takut ramai nak landing pada masa yang sama.
Harga US$1 billion.
Termasuk harga barangan di dalam, US$2 bilion.

Nama 'rumah'nya Antilia, nama pulau mewah dalam legenda omputeh.
Nak lihat gambar luar dan dalam rumah? Di sini.
Yob, tolong lap air liur yang meleleh kat lantai tu!

Wednesday, September 8, 2010

PKR diambang pilihanraya. Syiok nonton

Satu lagi topik politik sebelum masuk mood Raya!

Sebagai wartawan, saya berada di ballroom hotel Renaissance di Jalan Ampang pada April 1999 apabila Parti KeADILan Nasional dilancarkan.
Saya masih simpan name Press tag hari bersejarah itu, walaupun ia sejarah kecil untuk Malaysia.
Masa tu, ramai rakyat Melayu begitu marah dengan Dr Mahathir Mohamad dan caranya menghalau dan menghentam Anwar Ibrahim (rakyat bangsa lain risau dari jauh). Ramai yang khuatir itu akibat tak menentunya masa depan negara.
Belum lagi zaman Facebook, Blogger dan Twitter, orang masa tu pakai Tripod dan Geocities nak hentam kerajaan. Mereka ni adalah web-hosting sites, macam Blogger dan WordPress hari ini, tapi masa tu masih basic lagi. Juga SMS banyak digunakan. Tanpa Reformasi, SMS tak begitu popular di Malaysia!!!

Ramai khuatir tentang masa depan Malaysia kerana Dr M dan Anwar menjadi hero semua bangsa, satu negara. Malaysia maju giler.

Saya wartawan ekonomi masa tu, jadi semua ketik dan ketok dalam ekonomi sibuk ditulis pak chic muda (masa tu hensome macam Keanu Reeves selepas berjemur bawah mentari sehari suntuk. Hahaha).

Antara 1987 dan *1998 - selama 10 tahun - ekonomi Malaysia berkembang 8 peratus setahun, setiap tahun!!! Satu dunia pun tak begitu dulu - kini ekonomi China dan India dah jadi gitulah.
(*1998 GDP setahun tetap kuat sebab krisis matawang Asia bermula pada Ogos tahun ini. Jadi ekonomi selama tujuh bulan sebelumnya begitu rancak).

Ini saya dah selalu cerita - Kita semua pasti ingat masa tu nak beli Proton baru kena tunggu paling kurang 8 bulan.
Rakan-rakan saya pakai Proton Saga dua-tiga tahun, boleh jual dengan harga Lebih Tinggi dari apabila dibeli - pertama kali dalam sejarah manusia saya pernah dengar harga kereta biasa boleh naik setelah jadi second hand.

KLCC sedang dibina, jadi traffic jam satu bandar setiap hari! Pejabat saya masa tu di Wisma Budiman, dekat headquarters Maybank, di Jalan Raja Chulan. Masa tu bangunan Bursa Malaysia BELUM lagi dibina!!! Ada bukit tinggi di situ.
Istana Hotel, Hotel Equatorial dan juga Pan Pacific PWTC (selain ShangriLa dan Hilton KL) adalah top di Malaysia. Kini dah jadi bagaikan jaguh kampung setelah diambil lagi oleh jenama seperti Mandarin Oriental, Marriott, Westin dan Traders.

Masa tu orang nak panggil Cainis (Chinese) pendatang pun tak apa, nak kata Melayu bodoh pun okay, nak halau India balik Tamil Nadu can also. Semua lagi sibuk nak buat duit, tak ada masa nak gaduh bangsa dan agama, walau ada skandal Bank Negara, Perwaja, Bank Bumiputra.

Jadi setelah Anwar kena sack dan dimalukan begitu, ribuan orang ke dewan Renaissance nak jadi anggota KeADILan. Ramai anggota Umno.

DAP masih parti Cina totok masa tu. PAS parti Islamic state.
Atau disebut oleh seorang penulis - DAP was a Very Chinese Party, PAS was a Very Muslim Party.

Begitulah pasang surutnya politik dan kehidupan.
Kini dah banyak perubahan.
KeADILan dah jadi Parti Keadilan Rakyat setelah kawin dengan Parti Rakyat Malaysia.
DAP dan PAS juga dah tukar wajah dan lebih inclusive.


WALAU kita semua tahu ramai rakyat marah dengan Abdullah Badawi, ramai tak sangka langsung bahawa kemarahan begitu tinggi sehingga lima daripada 13 negeri Malaysia jatuh ke tangan PKR-DAP-PAS - enam jika dikira Wilayah Persekutuan!


AZMIN, JAKIM & SINGAPORK

KINI sejarah PKR akan dicipta lagi dengan pilihanraya dalaman mereka.
Azmin Ali lawan Zaid Ibrahim. Tak tahu jika ada lain yang akan masuk gelanggang.
Untuk Angkatan Muda, ada empat calon nak lawan wrestling.
Ada lima jawatan Naib Presiden.
Nampaknya parti akan berpecah.

Tapi sebenarnya itu biasa dalam politik. Yang penting ialah mereka bersatu kembali setelah 'bergaduh' kejap.


Sama ada kamu suka atau tidak, tanpa PKR ni payah juga masa depan demokratik Malaysia.
Begitu juga jika DAP dan PAS lemah. Ataupun jika Umno lemah.

Each has its own strengths and weaknesses.

Semuanya menambahkan kepada kepelbalgaian pandangan dan democratic space Malaysia.

Untuk saya, saya percaya dengan Chaos Theory. Jika semuanya berjalan lancar kerana Orang Atas control (seperti di Singapork atau jika sebuah Parti Islam control semunya seperti di Iran) maka otak manusia yang tumbuh dan hidup di situ adalah inferior.
Sebab mereka tak biasa idea mereka dicabar, penjelasan mereka diludah orang.
Jika sering dicabar, sering kena defend ideanya, orang itu akan menjadi manusia yang dynamic.

Saya takut jika Mais atau Jakim atau Umno atau PAP saja yang kuat dan orang lain semua dilemahkan sehingga takut nak kasi pendapat.
Kita lihat saja Amerika dan kenapa ia begitu banyak mengeluarkan dan memperbaiki inventions (the Internet, iPad, rocket technology mahupun Big Mac, Starbucks coffee) yang ingin ditiru orang.
Kita bandingkan dengan Iran dan Korea Utara di mana semua idea mesti datang dari Orang Atas, or else....
(Singapork semua idea POLITIK mesti dari Orang Atas, idea lain tak apa).


Pendekkan cerita: Saya harap PKR ni setelah bertanding jadi kuat dan bersatu semula, untuk kebaikan negara.
Mereka juga tunjuk jalan baru dalam pilihanraya parti - kesemua 400,00 ahli dari 218 cabang/division akan mengundi. Umno juga akan ikut jalan ini apabila ia mengadakan undi parti tiga tahun sekali. Bukan lagi pemimpin dipilih oleh sekerat orang yang menghadiri perhimpunan agung.
(PKR ni sebelum March 2008 dulu tak tahu ada 40,000 ahli atau tidak dan mungkin hanya 20-30 cabang yang aktif).

Tanpa pembangkang kuat di Malaysia, ditakuti Umno dan BN akan cepat lupa daratan, Kita lihat saja zaman Umno-BN begitu kukuh dari 2003-2008 tu dulu, Angkuh.
Cuma yang saya dan tentunya ramai lagi di sana tu yang mengharap PKR, dan juga DAP serta PAS, jadi pembangkang yang pro-negara.
Apa tu? Jika kerajaan buat sesuatu atau capai sesuatu yang baik, pujilah sikit.
Misalnya, cepat mereka bantai kerajaan apabila wang pelaburan mengalir keluar (angka tahun lalu). Tapi bila pelaburan masuk banyak, senyap pula (angka tahun ini).
Mereka cepat bantai bila ekonomi lemah dan salahkan kerajaan (tahun lalu). Jadi bila ekonomi kuat (tahun ini), salah ke jika dipuji?
Ini untuk menyejukkan hati rakyat yang gelisah dengan macam-macam isu, sebab semua benda dijadikan isu. Semua benda semacam salah di Malaysia, sehingga orang kata - orang politik hanya gila kuasa, hanya nak jadi pemerintah, nak masuk Putrajaya atau nak kekal dalam Putrajaya, jadi semua dijadikan bahan serang menyerang.


Saya yang menulis ini ialah rakyat selatan yang mana pemerintahnya kini semakin sedar bahawa tanpa a little chaos in the marketplace of ideas, negara boleh jadi stagnant.

Hanya ada dua pembangkang daripada 94 Ahli Parlimen yang dilantik (elected MPs) di Parliment Temasek. MP pembangkang ketiga dalam Parlimen ialah pembangkang yang kalah undi, tapi dapat undi tertinggi di antara semua yang kalah (the losing opposition MP with the highest score among the losing opposition members). Yang ketiga ni tak ada kawasanundi, dan tak boleh mengundi jika Parliment mengundi sesuatu isu - Non-Constituency MP atau NCMP.
Dan ada lagi sembilan Nominated MPs (NMPs) - Ahli Parlimen yang dipilih pemerintah PAP untuk masuk sebagai wakil interest groups agar buka mulut.
Susah orang luar nak faham, maka baca di sini.

Kini ada desas-desus Temasek akan mengadakan pilihanraya pada Mac tahun depan, bukan December tahun ini yang saya pernah tulis.
Malaysia pun akan ada pilihanraya dalam tempoh December-Mac ini! Tapi katanya, pilihanraya PARLIMEN saja dulu, bukan untuk DUN.
Jeng jeng jeng.

Friday, July 16, 2010

Tidak tepat bahawa pasaran saham Malaysia tidak laku

Maaf kata, tapi kalau orang kurang mahir tentang pasaran kewangan, baik jangan tulis.

Lebih-lebih lagi jika tulisan memburukkan negara tanpa fakta yang tepat.
Yang bahalol lagi ialah yang letak komen kat bawah tu kondemn negara sendiri tanpa berfikir.

Saya pening dengan tulisan di Insider ni (website yang dikelolakan oleh rakan-rakan lama).
Bukan saya marah Insider tapi olahan yang tak terangkan cerita dengan betul.
Memang kerajaan Malaysia ni kerap mereng dalam tadbirkan negara, kita pun marah! Tapi pada saya, ini bukan tempatnya.

Betullah dalam artikel tu ditulis bahawa fund manager - pengurus dana asing yang pegang duit berbilion dolar - tak minat Malaysia dalam bulan Julai ni.
Fund manager ini seperti - kalau nak ambil contoh dekat - yang melabur wang Khazanah dan Temasek Holdings. Atau wang syarikat insurans seperti AIA dan Etiqa. Di bank-bank juga ramai fund manager, termasuk mereka yang control wang unit trust anda (saya tak pasti wang PNB boleh dilabur di luar negara atau tidak).

Fund manager ni, secara umum, boleh labur di mana saja di dunia, bukan di Malaysia atau Singapore saja. Tidak seperti wang EPF dan CPF (Singapore), hanya boleh labur di pasaran tempatan (maaf jika ini dah berubah kini).

Saya jadi wartawan pasaran kewangan selama sembilan tahun dulu. Hingga tahun 2000.
Dalam masa tu (1991-2000), orang berebut nak labur di Malaysia - sedangkan bangsa Cina dan India 'tertindas' di Malaysia, orang politik Umno-BN (masa tu Anwar dalam Umno) banyak corrupt (katanya), kroni Mahathir-Anwar banyak dapat projek (katanya), polis bantai mati orang dalam jail (katanya), pasir Selangor dicuri pemimpin Umno (katanya) dan orang Melayu miskin di bawah pimpinan Gerakan-Umno di Penang (katanya).
Saya pernah terlibat dalam melapor banyak krisis pasaran dan ekonomi.
Wall Street jatuh, Wall Street lonjak. Asian economic crisis. Central bank satu dunia masuk beramai-ramai nak defend US dollar.
Kadang satu hari kerja tak sempat nak gi toilet sebab pasaran panik!

Di satu masa, seorang penganalisis dari bank dagang Nomura (di London) menulis laporan - London shares are overvalued.
Mak oi! Hancur beb, semua saham jatuh merudum. Tak ada kena mengena dengan isu politik, atau orang Paki kena pukul kat London, atau Raja Petra jumpa Zaid Ibrahim minum diet coke kat pub.
Semuanya based on: The stock market was overvalued at that time. Prices were too high. Sell now.
Akhirnya, semua pasaran Eropah jatuh! Lepas tu Wall Street.
Lepas tu merebak ke Tokyo. Hong Kong dan Singapore. Contagion!

Jadi cakap mudah: Pelabur asing bukan kisah Perkasa atau Anwar jadi hero.
Kalau syaitan pun jadi perdana menteri, jika pelabur portolio (iaitu yang membeli saham dan bon) rasa boleh buat duit di Malaysia atau Afghanistan, mereka akan masuk.
Mereka tak kisah Cina atau India kena tindas, atau Melayu semua masuk PAS dan masuk syurga.
They only look for investing opportunities in UNDERVALUED markets, right here and now.
Ada yang beli hari ini, esok dah jual!

Sebab tu bodoh betul ada yang komen bahawa: Wah, Thailand yang kecoh tu pun lebih popular dari Malaysia. Ini semua sebab Perkasa dan Mahathir dah rosakkan negara.
Maaf, itu olahan orang bahalol mangkuk bakkutteh basi.
Thailand popular sebab pasaran saham dan bon depa dah jatuh teruk habis semasa perang sivil di Bangkok dua bulan lalu (90 orang mati, ratusan cedera, mall ditutup berminggu). Jadi dana asing nak beli sebab harga dah rendah.
Sebab tu laporan yang sama menyatakan fund manager tak suka sangat dengan pasaran China dan Taiwan. Tapi itu tidak diperbesarkan. Pasaran China dan Taiwan itu sama seperti pasaran Malaysia, dah ada "FAIR value" atau "OVERvalued".
Cara paling mudah nak calculate pasaran saham itu masih patut dibeli atau dijual ialah menggunakan kadar price-to-earnings ratio atau P/E Ratio. Kamu baca kat sini.
Fund manager ada cara sendiri nak calculate sama ada pasaran anda 'murah' ke 'mahal'.
Mereka ada chart, formula sendiri yang rahsia.
Yang diperbesarkan, kerana fund manager ni underweight Malaysia dalam Julai, ini "could potentially signify a setback" untuk kerajaan.
Nenek-kebayan kamu buat olahan apa, brader.

Pelabur mungkin kata overweight bulan June Julai Ogos, tapi jika harga saham dan bon dah jatuh pada September, mereka akan beli kembali. Ini bukan survey jangka panjang, abang oi.
Kalau nak berlaku adil, kenalah buat laporan setiap bulan. Baru nampak trend yang jelas.
Sedap dia nak bantai negara sendiri.
There is too much cynicism in Malaysia. Senang-senang depa tembak negara sendiri.

Sebab tu, saya pernah tulis - matawang RINGGIT Malaysia terkuat di Asia hanya beberapa bulan lalu. Ini pun sebab fund manager juga. Iaitu permainan pasaran kewangan yang biasa. Jika mereka rasa undervalued, mereka beli.

Anda bertanya: Kenapa pula pasaran Turkey dan Indonesia begitu popular (negara Islam) - sedangkan bangsa Kurdish masih ditekan di Turkey, media disekat! Di Indonesia, orang Cina tetap dibuli dan orang Kristian tersekat! Kan corruption lebih teruk di Indonesia? Kan Turkey ni nak mereng ke Islam, nati jadi fundamentalist amacam?
Sebabnya mudah: Ini survey bulanan. Dan pengurus dana lihat, pada bulan ini, pasaran kedua negara itu masih "UNDER valued" sebab kedua negara ini ekonominya dijangka terus melonjak.

Ah! Kat sini, sebenarnya baru kamu boleh bantai Malaysia jika nak sangat bantai PM Najib.
Kenapa ekonomi Malaysia lemah? Apa yang Najib buat? Apa yang Anwar-Kit-Hadi sarankan?
Tony Pua banyak idea, begitu juga Anwar.
Kalau bagus, kita pakailah. Bukan anggap mereka pembangkang tu musuh. Baru negara boleh membangun.

Saya segan lihat politik Indonesia masa ni - parti pembangkang PDI-P yang dijaga oleh Megawati Sukarnoputri dan suaminya. Walaupun pembangkang, tak banyak buat karenah sangat dalam isu politik dan ekonomi. Mereka jadi macam pembangkang kat Singapour, memberi pandangan yang boleh membangunkan negara.
Cuma yang kita harap, kerajaan Malaysia bila ditegur pembangkang jangan melenting sangat. Kerap juga betul apa yang dikatakan. Kurangkan wastage dan suburkan ekonomi.
Bekerjalah bersama nak pulihkan ekonomi.
Nanti survey masa depan baru orang nak melabur.

Janganlah terlalu sinis dan benci kepada negara sendiri, sehingga semua perkara sikit pun kamu nak bantai.

-----------------------------------------
OKlah, mungkin takut saya ni spin untuk kerajaan (kalau betul, tak dapat satu sen pun, brader).
Kamu mainlah dengan nombor ni. Angka tak menipu:
Ini dari KL Composite Index - ukuran utama Bursa Malaysia - di sini.
Boleh lihat harga pasaran penutup harian, mingguan, bulanan.

Kalau ikut harga minggu, harga KLCI pada hari pertama berdagang 2010 (Jan 4) ialah 1,292.98 points.
Harga penutup pada Julai 12 ialah 1,334.08.
Harga mingguan TERTINGGI ialah 1,339.30 points.
Maknanya harga dah naik dari Januari, lepas tu turun sikit saja.
Tak ada bukti pasaran Malaysia ni dah tak laku sebab Perkasa bising, Mahathir komplen dan Abang Anwar kena bawa pergi court, mahupun orang Khalid kini dituduh curi pasir (bukan orang Khir).

Monday, May 3, 2010

Aminulrasyid Amzah. Polis. Soalan-soalan.

Usia: 15 tahun.
Lesen kereta: tak ada.
Meminjam kereta kakak.
Memandu Proton: jam 2pagi, dipecut laju.
Dikejar polis: tapi tak berhenti.

SOALAN-SOALAN untuk keluarganya:
Siapa kasi pinjam kunci kereta tu? Atau di'curi' adik ini?
Ini kali pertama memandu atau dah biasa buat begini, tapi tak dilarang? Atau dilarang tapi buat tak dengar?
Kenapa dah 2pagi masih merayau-rayau? Orang lain kebanyakannya dah tidur.
Ini selalu dibuatnya atau baru pertama kali keluar hingga larut malam?
Tak dipantau keluarga?
Katanya ada tiga kereta polis mengejar, sejauh 6km. Jauh tu.
Kenapa tak berhenti kalau tak buat salah apa-apa? Atau jika buat kesalahan kecil seperti terlanggar kereta orang, kenapa tak berhenti saja?
Kan membahayakan diri apabila hingga tiga kereta polis mengejar kamu dan dikejar ramai lagi motosikal lain?
Takut kena pukul? Kan ada ramai polis, takkan orang lain berani pukul, walaupun kamu terlanggar kereta orang lain awal dari itu?
Tayar kereta dah pancit ditembak, tapi terus tak berhenti. Kenapa?
Katanya, tembakan polis sebanyak 20 das. Banyak tu. Tak takut juga ke? Masih nak lari?
Ini tentu menjadi syak wasangka kepada polis bahawa ada kesalahan besar dilakukan, atau ada bawa 'barang haram'.
Lagi-lagi malam di tempat gelap. Tak nampak anak muda ke gangster besar.
Dah langgar pokok pun masih nak cabut juga? Nak go-stan dan lari? Macam mana pokok tu boleh terbelah dua kalau tidak dilanggar dengan kuat?

Itu antara soalan yang tidak ditanya oleh pembangkang dan politikus BN dalam isu ini. Semuanya nak jadikan modal untuk menjadi 'hero rakyat', tanpa kisah hati keluarga itu atau cuba memahami isu dari pandangan polis.

Saya pun marah kerana budak 15 tahun ditembak mati.

Yang menembak pula ialah abang polis yang memang dah mempunyai reputasi suka menembak sebarangan, sehingga dituduh trigger-happy.
Maaflah jika tak terima, tapi itu reputasi kamu.
Tak boleh marah rakyat jika mereka geram sungguh.
Dan tak boleh salahkan rakyat yang tak percaya dengan panel yang ditubuh untuk memantau insiden ini. Panel itu hanya nak pantau penyiasatan polis dan diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri - kementerian yang memang tugasnya jaga abang polis.

Lepas tu tuduh ada parang dalam kereta. Siapa yang nak percaya.
Mungkin orang percaya jika ada fingerprint anak muda tu di parang, atau cap jari ahli keluarga lain.
Anak muda yang keluar minum dengan rakan di dinihari, dan anak muda yang merampok, jauh bezanya.
Dan kalau polis nak menembak tayar kereta, bagaimana pula terkena kepala budak tu? Sebelah belakang lagi. Kamu kena pergi belajar menembak lagi dengan betul jika nak menjadi pelindung rakyat.



JADI bagaimana sekarang ini?
Isu telah dipolitikkan. Biasalah tu.
Pada saya, kalau ada suruhanjaya panggil Queen Elizabeth atau Imam Mekah pun tak akan selesai masalah ini.

Maaflah, orang politik Malaysia, dah banyak sangat kes. Apabila orang politik dah masuk, mereka bukan cari kebenaran, tapi political points.
Baik cerita 'correct, correct, correct', Teoh Beng Hock atau Altantuya gadis Mongolia, kebenaran tak akan ketara sebab orang politik dah sibuk jadikan isu.
Sepuluh tahun dari sekarang percayalah, kedua-dua pihak akan menjadikan isu ini sebagai 'contoh' polis memang jahat dan suka menembak rakyat.
Dan keluarga adik malang ni akan terus tak puas hati.
Saya berharap sungguh apa yang saya kata ini terbukti menyeleweng.

Alfatihah.

Monday, April 19, 2010

Razak Baginda/Singapura = 2. Belajar tentang Islam

Razak Baginda berceramah selama sejam tadi, di S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), sebahagian daripada Nanyang Technological University (RALAT: Bukan Nanyang Uni, tapi Nanyang Techno Uni).Lepas tu soal jawab selama setengah jam.
Topik dan background saya dah beri tadi di sini.
Beliau kini berjanggut dan dah tambah kilogram.

Yang datang 40 orang - akademik, kumpulan retirees dan wartawan.
Di Singapore ni, ada satu phenomena yang ditakuti oleh wartawan, yang kami gelar 'retirees'.
Mereka biasanya lelaki yang berumur di atas 60 tahun, higher middle class atau orang kaya, dan banyak membaca.
Maknanya, kamu jangan nak bedek dengan mereka sebab mereka tahu banyak perkara dan isu secara mendalam. Mereka suka berdebat.
Dan jika ada ceramah percuma, atau shareholder meeting, mereka akan datang ramai-ramai.
Dan seperti biasa tadi, golongan inilah yang banyak bertanya dan memberi pandangan.
Adoi, yang bertanya tadi termasuk tiga retirees Muslim - dua saya tahu orang kaya. Mak oi, dia punya olahan cerita panjang sehingga Razak pun goyang kejap, dan penglola majlis tak tahu nak sampuk macam mana.
Olahan mereka berisi, bukan cerita pakcik tua nyanyok.
Di kumpulan akhbar kami, SPH, kami hormat-takut kumpulan retirees ni - sebab mereka yang banyak melanggan akhbar-akhbar kami, dan yang suka komplen dengan menelefon dan hantar email!
Idle-rich retirees, mungkin.

Apapun, isu Radical Islam and the New Caliphate yang dibawa oleh Razak tadi syiok juga, termasuk pandangannya bahawa Islam di Malaysia ini cetek.
Dan yang penting, bagi saya, beliau berkata sejak keluar daripada penjara (semasa perbicaraan beliau merengkok selama 22 bulan - hampir 2 tahun!), beliau kini menjadi seorang Muslim yang baik, macam Zaid Ibrahim lah.

Kalau Zaid bertaubat sejak masuk PKR, Razak bertaubat sejak ke UK dan buat penyelidikan mendalam tentang Islam.
Razak kata kini memberi ceramah mengenai Islam termasuk di masjid di Britain apabila dijemput.
Katanya, jika tak kerana isu Altantuya ini, beliau pastinya tak akan merapatkan diri dengan agama. Kini dah berumrah dan bersujud selalu, katanya.
God moves in mysterious ways, kata mat salleh.

Lepas tu tiga wartawan termasuk saya interview dia.
Soalan pertama saya ialah: Eh kan ada ash cloud di Eropah sebab gunung berhabuk Iceland, macam mana pesawat kamu boleh tiba di Singapore?
Ada orang buat joke sebelum itu - Razak dapat ke Singapore dari London sebab beliau tak naik pesawat. Tapi tumpang kapal selam Scorpene.... Ish ish ish, jahat budak-budak Singapore ni :-)
Jawapan rasmi Razak: Beliau menaiki antara pesawat terakhir dari Heathrow pada Jumaat lalu, terus ke KL. Dan dari KL ke Singapore tadi/Isnin.
Esok pulang ke KL.

Cerita-cerita lama mengenai Altantuya ditanya.
Beliau kata semua off-record, jadi saya hormati permintaan itu.
Terkejut juga dengar ceritanya.


--------------------------------------------------
TAMBAH CERITA SLEEPER AGENT APCO NI

Ada yang bertanya di bawah posting saya di sini.



Agen Tiga Suku said...Sdr Remegold; kenapa nampak kurang percaya kewujudan Zionist Sleeper Agents diAPCO dan juga dimana mana? Baca buku MOSSAD by Mordecai Vanunu. Tu org Israel sendiri punya pengakuan.

So jgn terperanjat jika org yang paling dekat dgn kita yg kita sanjung sebenarnya pembelot!!!

Buku MOSSAD itu ceritakan macammana Israel menyucuk jarum utk menjadikan meeka ini berpaling tadah - tak ubah cara Shin Bet memusingkan kepala Anak pemimpin Hammas utk jadi double-agent. Ini bukan James Bond, hanya ini realiti yang lebih dahsyat.


--------------------------
Jawapan saya:
Agen 3/4,
bukan saya tak percaya tentang sleeper agen, tapi apa yg saya tak percaya ialah ada spy agensi yg begitu bodoh sehingga menggunakan apco utk merisik, sedangkan nama bekas perisik mereka (kalau betul kata pkr) bekerja dgn syarikat itu.

cerita sikit: saya pernah ke markas pas di melewar kira2 10thn lalu mendengar ceramah.
drpd kira2 2,000 orang di situ, rakan wartawan angkat tangan dari jauh dgn seorang yang bersarban, berjubah dan berjanggut tebal. kata orang macam osama.

wartawan tu tanya saya: 'kau tahu siapa tu? itulah orang SB. siapa sangka kan?'
pada saya itulah namanya sleeper agen.
seseorang yg sama rupa seperti kumpulan yg nak diinfiltrate. bukan gunakan nama bekas agen perisik lepas tu masuk msia gunakan pintu depan.

sebab tu saya buat jenaka, dlm movie james bond saja hero semua hemsome, yg jahat muka setan dan yg cantik tu sleeper agen.
dlm spying mission sebenar, sleeper agen ialah orang yg kamu ingat rakan baik kamu!

Sunday, April 18, 2010

Razak Baginda berceramah di Singapura esok

Esok/Isnin/19 April, Razak Baginda berada di Singapura untuk menyampaikan ceramah.
Topiknya ialah 'Radical Islam and the New Caliphate'.
Ceramahnya akan berlangsung di S. Rajaratnam School of International Studies atau RSIS, sebuah institut kajian yang terkenal di Asia yang bernaung di bawah Nanyang University.

(*Mendiang S. Rajaratnam ialah salah seorang pengasas Singapore, sezaman Lee Kuan Yew dan Yusof Ishak, dan juga bekas timbalan perdana menteri)

Razak ialah Senior Associate Member, St. Anthony’s College, Oxford University di United Kingdom.
Rakyat Malaysia dan ramai yang lain mengenali beliau sebagai bekas kekasih Altantuya Shaariibuu.

Tempat dalam dewan terhad dan dah lama permohonan nak hadir ditutup.
Saya akan hadir di ceramah itu.

Wednesday, March 24, 2010

Imuniti Parlimen dipermainkan; saya nak muntah

Di Parlimen Singapore satu zaman dulu (saya di bangku sekolah), seorang Ahli Parlimen Melayu membawa isu yang menggemparkan dan melucukan satu negara.
Beliau (yang dah arwah) berkata bahawa ramai orang heboh ketakutan, yang dimaksudkan orang Melayu Singapore, kerana ada berita bahawa bagi setiap jambatan yang sedang dibina, kepala dua-tiga manusia mesti ditanam di situ - lebih kurang begitulah ceritanya.
Masa tu Temasek sedang membangun pesat, tahun 1970an. Heboh Dewan, kerana MP lain semua tertawa besar.
Tapi isu itu perlu dibawa ke Parlimen kerana ia melibatkan keselesaan masyarakat.
Dan ia menjadi isu, kerana banyak sangat desas-desus bahawa anak si polan dari kampung itu dan ini hilang. Ada pula kata kepala dia dah kena tanam kat tepi projek jambatan.
Setelah pemerintah menolak dakwaan itu, isu jadi kluk kluk kluk kejap, lepas tu tak timbul lagi.
Sebab rakyat dah dapat penjelasan bahawa jambatan dikukuhkan dengan besi dan simen, bukan kepala anak Melayu.
 
Inilah antara sebab bahawa dalam sistem perundangan Britain, yang diamali di Malaysia dan Singapore malah Amerika pun, parliamentary privilege atau immunity dikekalkan.
Biar Wakil Rakyat boleh membawa isu apa sekalipun, tanpa was-was. Beliau tak perlu takut ditertawakan, apa lagi takut kena saman.
He has the right to bring any issue of public interest into the House, without fear of being sued for not giving the correct details.



PARLIMEN DISALAHGUNA? 

Sejak kebelakangan ini, Parlimen Malaysia kecoh kerana isu-isu sensasi dibawa ke tengah.
Ada yang berbohong kerana nak score political points, ada yang membawa fitnah tapi tahu bahawa mereka tak boleh disaman, dan ada pula cerita-cerita yang lebih baik dimasukkan dalam blog fantasi, bukan Dewan Rakyat.
Membuang masa rakyat yang dahagakan kepimpinan/leadership.
Merugikan negara yang perlu jalan yang terang untuk terus maju.
Dan merendahkan martabat dan nama mereka yang bergelar Wakil Rakyat dan Yang Berhormat, kerana suka tuduh-menuduh macam budak-budak kecik.
Kamu di pilih jadi Wakil Rakyat untuk selesaikan isu rakyat, bukan nak main political game yang merosakkan negara. Ini saya tujukan untuk kedua-dua pihak.

Ini pada pandangan saya sebagai orang luarlah, mungkin itu yang dikehendaki rakyat Malaysia.

Baik cerita Apco dan Yahudi, Ibrahim Ali ada saham syarikat judi kononnya, isu memburukkan Anwar Ibrahim dan Sept 16, nama Agong dan tentera diheret juga, Zul Nordin kata ada pihak ketiga suruh beliau burukkan nama PM Najib dan isterinya, dan sebagainya.
Aish. Bingung saya lihat.

Betul ke dengan melakukan ini semua rakyat akan membuka mata lalu mengundi kamu dan parti kamu?
Atau sekadar ikut nafsu dan selera masing-masing, tak kisah rakyat mampos ke tidak?
Tak kisah sama ada negara angkat saya ini dipandang rendah oleh orang luar?

Terpulanglah. Saya orang kecil dan orang asing.
Tapi rasanya jika banyak blog dan suara-suara luar yang komen bahawa mereka dah nak muntah baca berita-berita begini, mungkin (mungkin saja) Wakil Rakyat kalian akan bertaubat. Dan tanya isu-isu yang boleh membawa manfaat.
Ini antaranya bagi saya.


ISU-ISU PENTING BUAT SAYA 

- Kita tertanya-tanya sama ada ekonomi akan pulih dengan baik, dan bagaimana caranya.
Apa isi New Economic Model yang akan dikeluarkan oleh PM Najib. Adakah ia akan membantu ekonomi atau tidak? Kalau tidak, pembangkang silalah keluarkan cara yang lebih baik. Dapat dimanfaatkan bersama.

- Ramai pekerja asing di Malaysia, dan mereka merendahkan tahap gaji pekerja tempatan. Sehingga diplomat Jepun dengan berani beri amaran kepada kerajaan agar terus mengambil pekerja asing. Kalau begini, siapa yang akan mempertahankan gaji pekerja tempatan? Tentunya Ahli Parlimen boleh bincang di dewan.

- Ramai khuatir tentang kadar jenayah di Malaysia. Rompakan di tepi jalan dan yang pecah rumah seperti begitu berleluasa walaupun polis keluarkan statistik bahawa jenayah dah menurun. Bagaimana pihak kerajaan dan pembangkang dapat bekerja sama (di negeri Pakatan baik di negeri BN) untuk mengurangkan jenayah. Mungkin kalau dah tangkap mereka ni, kita bawa masuk Parlimen cepuk penjenayah ni ramai-ramai di live TV? Kan lebih baik dari pekik-memekik isu titek bengek!?
Memang isu jenayah ini telah ditanya. Tetapi yang saya harapkan ialah debat yang mempunyai hasil yang melegakan rakyat, bukan hentam-menghentam.

- Isu pelajaran juga membimbangkan, kerana nampaknya universiti tidak mengeluarkan pekerja yang pandai berbahasa Inggeris dan yang mahir dalam bidang yang diperlukan majikan. Dan kini, didapati pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki dalam universiti! Yang jantan ke mana? Masuk politik? Nak tambah kerosakan negaralah tu! Apa gunanya ada 19 universiti kerajaan tetapi terus dikatakan oleh majikan mengeluarkan pelajar yang tak pandai berbahasa Inggeris dan kurang kemahiran? Macam mana nak lawan ekonomi India, China, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Cambodia. Di India dan Filipina, terutamanya, pekerja mahir mereka pandai berbahasa Inggeris. Jadi mereka senang masuk sektor kilang, tourism, restoran dsbnya. Apa yang boleh dilakukan leh kerajaan dan di negeri pembangkang?

- Saya tulis di sini bahawa negara kecik Temasek hasil sektor perkhidmatan - perbankan, pelabuhan, perdagangan minyak. Walaupun tanahnya kecil tak boleh buat pusat kewangan dan pelabuhan lebih besar lagi, dan tak ada hasil minyak.
Thailand menjadi tempat terbesar di Asean untuk membuat dan memasang kenderaan baru. Ini dipanggil the Detroit of Asean (mungkin Asia), kerana semua syarikat besar kenderaan ada kilang pasang kereta di sana untuk dieksport.
Malaysia lebih banyak tanah dan tenaga kerja nak menaikkan nama negara dan kembangkan ekonomi dalam semua bidang ini. Kalau dibincang di Parlimen lah.



- Filipina bersaing dengan Malaysia di Asean untuk menjadi call centre dan BPO, walaupun kedua-duanya kalah kepada India yang mempunyai ramai pekerja biasa yang mahir berbahasa Inggeris.
BPO = business process outsourcing. Maknanya backroom operations sesebuah syarikat. Di Penang (saya rasa masih ada, kurang pasti) syarikat gergasi komputer Dell menjadikan Malaysia sebagai BPOnya. Segala proses dalaman Dell dilakukan di Malaysia.
Begitu juga beberapa buah bank terkemuka di dunia, mereka melakukan BPO mereka di Malaysia, dan juga sebuah syarikat gergasi Singapore! Maaf, saya tak berani beri nama sebab kurang pasti mereka masih menggunakan Malaysia untuk BPO atau dah pindah ke negara lain, di mana kos pekerja tak begitu tinggi tetapi mereka mahir (dalam basic accounting, misalnya) dan pandai berbahasa Inggeris.
Misalnya, jika kita order komputer di Vietnam atau kita komplen bahawa duit kita di bank besar di Jakarta kekurangan, atau ada masalah telekomunikasi di Singapore, semuanya akan dibawa ke pusat BPO di Malaysia untuk diselesaikan.
Begitu juga call centre ini.
Saya pernah ke Cyberjaya kira-kira 5-7 tahun lalu apabila syarikat gergasi minyak (ooi! besar syarikat ni, tapi tak pasti masih di sana ke tidak) membuka call centrenya. Semua masalah atau isu diselesaikan di call centre itu.
Tapi jika Malaysia kekurangan pekerja mahir dan bijak bertutur orang putih, amacam???
Tak boleh bincang isu ini di Parlimen ke? Cara nak menyelesaikannya, bukan tuduh menuduh dan nak score points saja.

- Malaysia ada suatu kekuatan - ia mempunyai sistem perbankan Islam yang terbesar di Asia, antara yang terbesar di dunia. Tapi cukup ke pekerja mahir yang graduate untuk masuk bidang Islamic banking ni?
Jaga-jaga, sebab Singapore dan Hong Kong, London dan Dubai pun dah masuk bidang ini. Dan kerana sistem perbankan tradisional Singapore, Hong Kong dan London lebih baik dari di KL, mungkin Malaysia akan tewas di bidang ini juga. Cuba Ahli Parlimen bawa soalan ini, dan dibincang bersama: bagaimana nak perbaiki sistem bank Islam ni.


Isu-isu inilah yang saya nak dengar, tapi yang kita baca saban hari ialah Wakil Rakyat bertekak nak menjahamkan satu dengan lain, dan mengheret nama negara ke dalam longkang.
Saudara/saudari, jika ada blog atau kenalan politik, suarakan isu ini kepada mereka. Rakyat dah meluat dah.
Atau mungkin saya seorang yang meluat, kamu semua syiok mereka bertegang urat dan tak ada masa nak bela nasib kamu?
Ish ish ish.

Tuesday, March 23, 2010

Suruhanjaya nak tawan hati rakyat cara SMS

Dah bertahun-tahun saya subscribe kepada 'SMS alert' dari PAS dan PKR.
Apabila ada ceramah dalam 2-5 hari lagi, atau isu yang nak disebarkan, mereka menggunakan SMS.

- Misalnya, "Ceramah Anwar, Nizar, Kit Siang di padang bola Keramat AU5 25Mac 8pm. Semua dijemput" (Ini contoh saja, bukan cerita betul).
- Atau "P'hanraya kecil di Perlis setelah ADUN MCA berhenti parti mengejut" (contoh).

Bertahun-tahun lepas tu, barulah The Star, NST, Bernama, The Sun, Malaysiakini mulakan sistem SMS alert ini.
Tapi hingga kini, mungkin saya silap, tak ada sistem SMS serupa untuk Umno-BN.

Syabas kepada PAS dan PKR.
Kerana mereka disekat dari menghebohkan berita di TV3, RTM dan media mainstream lain, mereka menggunakan SMS ini.
Senang untuk wartawan tahu apa isu yang dibenak pembangkang sejak, kalau tak silap, tahun 1999 lagi.
Dan tentunya senang untuk penyokong tahu apa yang berlaku, jika mereka tak percaya lagi dengan mainstream media.

Cakap terus terang: PAP dan parti pembangkang kat Singapore pun tak semaju ini! PAP syiok sebab ada tight control dengan media tempatan, tak perlu gunakan medium lain kot.


Betul, PM Najib ada Facebook, ada blog, dan banyak agensi dan kementerian ada website. Tapi yang hendak diinfluence, disebarkan berita (dan ahem, fitnah), ialah rakyat yang tak ada Internet atau yang jarang pegang komputer.
Lagipun, kalau difikirkan, kan lebih mudah orang ramai diberitahu dengan SMS - sama ada dia lagi tidor, makan, naik kereta, dalam tandas pun, boleh terima SMS.
Dan dia boleh tolong sebarkan berita ini dengan picit Forward kepada rakan.

Sedangkan kalau kamu sedang tidor, makan, naik kereta dan dalam tandas, takkan nak pegang laptop atau PC. Tapi handset dibawa ke mana-mana.
Itulah genius sistem SMS yang PAS dan PKR dah lama buat!

Kini Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM atau MACC akan cuba kaedah SMS ini, selain Facebook, blog dan website sendiri.
Syabas.
Baca di sini.

Cakap terus terang - mungkin orang ramai akan ketawakan sebab agensi ini dipercayai ramai (walau mungkin tak betul) sebagai dicontrol rapi oleh kerajaan. Dan kononnya tak boleh buat apa-apa tanpa okay dari PM dan menteri.
Tetapi sekurang-kurangnya SPRM mencuba nak outreach kepada orang luar.

Cuma saya harap SPRM tak akan seperti agensi berita Bernama. Dulu saya subscribe juga SMSnya. Tapi 'berita' yang dihantar semua berita buang masa.
Contoh - 'Menteri Penerangan Rais seru rakyat supaya jangan dengar fitnah'.
Contoh - 'Rakyat harus tingkatkan produktiviti agar ekonomi berkembang - PM Najib'.
Memanglah kerja dia terpaksa sebarkan apa menteri kata, tapi yang macam ni tak 'yah lah, 'bang.
Akhbar saya di Temasek pun ada gunakan sistem SMS ni, tapi taklah sampai sebarkan propaganda pemerintah yang orang tak mahu baca.

Lepas sebulan, saya cancel servis Bernama.Jangan marah.
Mungkin hari ini dah berbeza kot. Yang saya cerita tu 2-3 tahun lalu.

Thursday, February 25, 2010

Don't speculate, panic or 'politicise'!

I wrote this on straitstimes.com Blog.
See here.


THREE terms should be banned from the dictionaries of politicians and officials, especially in this part of the world. They are:
1. Don't speculate.
2. Don't panic.
3. Don't politicise.

1. Don't speculate!

I was reminded of this infamous trio of terrible terms after reading about a fire at a 200-year old temple in Terengganu in Malaysia.
The Terengganu police said he was told by the fire brigade that the fire was started when a lit joss stick fell to the floor. There was nothing to suggest otherwise.
But coming so soon after a series of attacks on churches, mosques and a Sikh temple, there must have been rumours about the "actual" cause of fire.

So in no time at all, Terengganu police chief Mohd Shukri Dahlan said: "Police investigation showed that there was no criminal element or sabotage or mischief involved, so I hope that the people of Terengganu will accept this as something that happened on its own.
"I don't want any speculation on elements of sabotage, race or religion," he said.

The media headline of course simply said: "Don't speculate over temple fire - police".

But saying "don't speculate" will actually have the opposite effect. It tells the public that whatever the official explanation given for an event, there are many other people who disbelieve this.
And so the kayporter (kaypo reporter) in all of us will start calling around to find out the alternative explanations!


2. Don't panic!

Another infamous term is of course 'don't panic'. I have seen Singaporean and other officials around the world saying this when H1N1 flu and SARS broke out, and at the height of the financial crisis last year.
Of course, saying "don't panic" is a strong signal to the public that something big is happening. And so, PLEASE do panic.

The signal that these words send is that many people are already NEAR panic, so what are you doing at the kitchen table sharing chicken pie with your pet dog?

As an example, just two months ago on the eve of 2010, the Bali governor said there was an indication of a terrrorist attack on the holiday island.
The US Embassy in Indonesia promptly relayed the information on its website. The embassy said the Bali Tourism Board had widely distributed the governor's message, which added: "Please don't panic, but put your security system to full alert".
You can bet that many people stayed away from Bali's hot pubs on the eve of Jan 1 and the following nights.


3. Don't politicise an issue!

This term, often used by politicians everywhere - "don't politicise" an issue - is more difficult to talk about.
Do they mean the issue is outside the realm of politics, so should not be talked about? Or do they mean that bringing it into politics will trivialise an important issue?
Or is it the other way round? A trivial issue becomes important because one "politicises" it?

My take is this: A politician is saying his foe should not bring a particular issue into politics. Only HE could do that, not others!
Because, really, which issue is not "politicised" these days? Which issue is so far out that it cannot be linked to politics at all?

- Religion? (In these days of political Islam, the Christian right and Hindu activists?)

- Education? (Foreigners will have to pay more to put their children in Singapore schools)

- The Internet? (Look at issues concerning Google in China)

- High-tech equipment? (Look at the GT200 bomb devices in Thailand and submarines in Malaysia)

What I do find intriguing is when a politician, with all seriousness, tells another NOT to politicise an issue; is he kidding anyone?

SO the next time you see a headline saying Don't Speculate, twitter friends to ask what is REALLY happening out there.
If someone says, Don't Panic, put on your jogging shoes and run for the exits.
And when someone says Don't Politicise something, look very closely at him; he might have just landed from Mars.

Monday, February 15, 2010

To blog or to block remgold, ini soalan berat

Minta maaf besar, tuanku pembaca dan permaisuri sekelian. Maaf kerana ada yg terkejut saya block free access ke remgold.
Masih ada yang sayang, rupanya (cesss sabah).

Kenapa saya block free access? Dah seminggu dah. 7 hari.
Bukan apa.
Sejak kebelakangan ini, saya seperti Forrest Gump.
Dalam cerita wayang itu, Forrest dah boring dengan hidup, lalu dia berlari keluar dari rumah.
Dia berlari dari satu hujung ke hujung lain Amerika. Lepas tu berulang.
Ada orang sangka dia gila, ada pula yang tak ada kerja, ikut jejaknya.

Tetapi satu hari, dah berjanggut pun, sedang dia berlari anak, Forrest tiba-tiba berhenti di tengah jalan (LIHAT GAMBAR).
Dia berpusing dah berkata dia dah penat, nak balik rumah. Tak mau jogging lagi.

Saya pun sama: Dah mula bertanya sejak beberapa minggu lalu, what's the point of this blog?
Apasal aku buang masa tulis nonsense setiap hari? Apa tujuan, apa mesej, apa kesan?
Balik kerja penat2 - selalunya sampai rumah antara 10-11mlm, lepas tu duduk tulis isi baru atau jawab soalan pembaca. Kadang-kadang curi masa kat tempat kerja nak update. Ish ish ish.



Kau lebih bagus duduk beribadah (heehee). Konon.
OKlah, baik main Command & Conquer game ke, atau tengok wayang Hindustan.

Saya mulakan blog dulu pada Februari 2008 - betul-betul sebelum pilihanraya Mac 2008. Memang masa tu kita belum tahu Abdullah Badawi nak panggil pilihanraya ke tidak.
Blog dimulakan sebab saya khuatir benar dengan Malaysia ni kerana macam-macam problem, tapi kerajaan macam tak nampak. Hingga ada desas-desus nak panggil pilihanraya.
'Apa ni?', saya bertanya. Mana para adviser PM yang bijak bistari sehingga dapat projek berguni-guni. Tak nampak masalah di sekeliling ke, tanya saya.
Guna bahasa kasar: Kerajaan nak mampos ke panggil pilihanraya awal, sedangkan nama kamu dah busuk?
Maka antara posting saya yang pertama ialah isu CERRI (cherry) di Malaysia. Ini original title saya sendiri tentang masalah yang dihadapi di Malaysia, masa itu - sampai sekarang pun masalah Malaysia masih sama - masalah CERRI.
Buah apa tu? Baca tulisan asal saya di sini.
Inilah isu besar untuk kerajaan dan rakyat:
C = crime.
E = education.
RR = race-religion.
I = investments.

Dari tulisan itu, saya terbawa-bawa hingga minggu lalu apabila saya berhenti menulis. Baru hari ini saya masuk blog saya sendiri. Tak ada seorang pun yang saya jemput jengok sebab saya rasa nak tutup tirai.
Tetapi cuba saya post isu nak tutup kedai ni dan lihat apa reaksi.


Kalau saya sambung, saya rasa nak tukar haluan dalam blog ini.

Sebab saya merasakan terlalu ramai merasai cynicism dan scepticism (orang Amerika kata skepticism) di Malaysia ni.
Apa saja kerajaan kata, semua bangkang dan interpret bahawa ada udang di sebalik batu.
Atau ada saja yang salah. Pandai saja menghentam.
Yang pro-Umno-BN pula, menghentam Anwar Ibrahim dan pembangkang dalam semua isu. Bukan setakat nak debat, tetapi kedua-dua menghentam pihak lawan walaupun nama negara terus rosak. Seperti mereka tak sayangkan Malaysia lagi, Atau pada pandangan mereka: sebab sayangkan Malaysialah maka kena expose semuanya.


Dah lah tu, saya pula nampaknya terlalu naive, Saya ingat: aku duduk di Malaysia dan Singapore - ibukota saya ialah Singa Lumpur - maka saya akan cuba tulis tentang perkara baik di Temasek (pada mata saya) biar orang di Malaysia dapat pelajari.


Dan begitu juga, benda tak baik di Singapore akan ku jelaskan (seperti masalah orang miskin, jurang besar kaya-miskin, kerajaan 'tekan' media, kempen berlebihan) agar Malaysia tak terikut masuk dalam lubang ni.


Tapi saya lupa - terlalu tinggi cynicism dan scepticism terhadap orang seperti saya dan negara asal saya. Apabila saya memuji Singapore, kena bantai juga. Heehee, kesian aku.


Nampaknya api 'permusuhan' yang dinyalakan orang politik dalam isu-isu dua hala membakar semua orang yang cuba menjadi jambatan terhadap dua negara - termasuk saya.
Pada saya, banyak perkara yang jika dipelajari oleh Malaysia atau Singapore, kedua-duanya dapat manfaat.
Tapi, orang Malaysia tak suka dengar cerita Singapore ni lebih baik (ini secara umum) dalam beberapa perkara.
Dan orang Singapore pun tak suka jika dikatakan Malaysia ni ada kebaikan yang dapat dipelajari Singapore (seperti media freedom yang lebih, kerajaan lebih 'relax', tidak membuat hukum-hakam dalam semua perkara - sampai tak flush toilet pun kena saman!)



Maka itu, saya pun kena go-stan sikit dalam isu bandingkan Malaysia-Singapore ni.
Dan saya rasa akan lebih banyak membincangkan isu teknologi yang saya gemar, dan isu besar luar negara yang menjadi sebahagian dari pekerjaan saya. Dan juga tentang isu ekonomi, yang saya mempunyai pengalaman menjadi pengamat dan penulis selama 10 tahun.


Dan lagi satu - saya terfikir selama seminggu sejak blog cilik ni di'tutup'. Macam mana nak kurangkan cynicism dan scepticism ni - baik di Malaysia atau Singapore?
Jawapannya, tulislah mengenai cerita-cerita yang lebih memberi semangat untuk orang. Bukan yang memperkecilkan negara dan bangsa (baik di kota singa mahupun di kuala tak berlumpur).


Saya ada menulis tentang teknologi (di sini dan sini) dan cerita ekonomi (di sini dan sini) yang saya rasa memberikan message of hope. Atau sekurang-kurang orang yang membaca akan berkata - 'Ah! Aku tak tahu pun ada benda ni. nasib baik ada si mengong dari Temasek tu tulis!'
Tapi itu kalau saya nak continue. Belum tahu lagi. Tengoklah macam mana.
Macam malas nak tulis lagi.



Akhir kalam, saya berterima kasih banyak kepada mereka yang menghantar email bertanya kenapa blog saya dah dikiamatkan.

Tuesday, October 27, 2009

PAS retak, tetapi PKR lebih teruk! Sec-gen turun

LAGI! 11.30mlm
-------------------------------------------------------
Kita tak tidur malam ni.
Malaysiakini ada laporan Jeffrey Kitingan dah resign dari jawatan naib presiden PKR, dan parti itu berkecamuk di Sabah. Kejap lagi agak Jefrrey pun kata dia tak resign, cuma hantar surat saja. Hahaha.
Apa dah jadi Abang Nuwar?

--------------------------------------------------------



11mlm TERBARU

--------------------------------------------------------
Salehuddin Hashim kata dia tak resign pun.
Tetapi menurut Malaysiakini dia dah pun hantar surat berhenti kerja. Teruskan! Tak payah main-main nak merajuk, PKR ada banyak masalah lain nak selesai.

--------------------------------------------------------

Hangat! Panas! Terbakar!
Dah Hangus!

Setiausaha-agung PKR Salehuddin Hashim, orang sombong tak kena tempat, dah letak jawatan.
Gaduh dengan ketua PKR lain.
Baca laporan Malaysiakini.
Belum sempat masalah di Sabah diselesai, kini rumah PKR bercambah masalah.
Macam gini nak tadbir negara?

Saya secara peribadi tak pernah berjumpa atau bercakap dengan Salehuddin.
Tetapi wartawan akhbar kami di KL pernah memberitahu mat ni sombong tak kena tempat. Dia berkata: kerana akhbar kami sering "negatif" terhadap PKR dan Pakatan, maka dia tak mahu cakap lagi dengan kami.
Pada saya, akhbar saya kadang-kadang pro-opposition, tetapi kadang-kadang pro-pemerintah.
Kami tak perlu take sides sebab kami bukan akhbar Malaysia, atau akhbar milik parti di Malaysia.
Yang kamu menolak mentah tu, saya tak faham.

Ini PKR belum jadi kerajaan lagi dan dia jadi menteri.
Kalau tidak, habis semua wartawan yang "negatif" terhadap kementeriannya kena block.

Malah, dah berlaku pun - lihat saja kerajaan DAP-PKR di Penang.
Mereka dah lama ban pun Utusan dan NST. Konon kerana menulis cerita "bohong".
Media freedom? Itu gula-gula untuk pengundi saja.

Pembangkang ni mesti belajar jadi seperti para pemimpin PAS.
Bertahun-tahun wartawan, akhbar, TV hentam dia kiri dan kanan, dia tetap bersantun dan mencuba untuk memikat hati wartawan.
Tanyalah semua wartawan asing yang pernah cover PAS.
Dan lebih-lebih lagi wartawan media perdana yang duduk di Kelantan. Sedikit saja yang membenci PAS Kelantan.

Ramai juga pemimpin PKR yang baik bersantun seperti itu, bukan tak ada.
Tetapi Salehuddin ni, balik tidur lagi bagus, sebab tak pandai nak melayan wartawan.
Kami tak rugi apa pun, sebab ramai lagi pemimpin PKR yang masih rakan kami.


Prinsip melayan wartawan yang akhbarnya sering menyerang anda adalah begini: Terus berbuat baik dan bersantun dengan mereka.
Jadi walaupun laporannya dianggap negatif, dia kurang tajam menyerang sebab mengenali anda dengan dekat.
Kata orang, dia tak sampai hati nak hentam habis-habisan sebab pemimpin baik dengan mereka. Wartawan pun takut hubungan akan terputus.

Jika anda orang politik yang tak gemar berbicara dengan wartawan, atau tak suka dengan seseorang wartawan tu, mudah saja - bila ditelefon cakap juga, tetapi jangan kata apa-apa yang boleh ditulis.
Atau berkata kepadanya: 'Ini kena tanya pimpinan atasan.' Jika anda berkata demikian setiap kali ditelefon, wartawan akan get the message.
Dunia politik Malaysia ramai yang lain yang boleh beri maklumat.
Tetapi jangan sampai dibenci wartawan.

Yang dibenci ialah pemimpin yang hanya nak berita "positif".
Orang yang tak sanggup menerima kritikan tak patut masuk politik.
Duduk kampung saja, jaga cucu.

Wednesday, October 21, 2009

Good names picked in Indonesia's new Cabinet

Mari Pangestu retains her Trade portfolio.
Sri Mulyani Indrawati retains her Finance portfolio.
Women - including those in Malaysia and Singapore - have shown they are better at work and study (men are better in playing politics and talking cock, and starting wars), and Indonesia is also showing the way, it seems.
Mari, so the rumour went, did not get along with Malaysia's own Trade Minister then, Rafidah Aziz. Both are of course very capable trade ministers.
And Sri Mulyani, some thought would've been dropped due to her work to clean up graft in some government agencies including customs.
Add Wapres (deputy president) Boediono, former Bank Indonesia Governor, and you have a powderful team.

Bloomberg:
"Moody´s Investors Service last month raised its rating on the country´s debt to the highest in more than a decade after the government steered the economy through the global downturn that dragged Thailand, Malaysia and Singapore into recession."

Indonesia's newly-installed President Susilo Bambang Yudhoyono late last night named his Cabinet, and there are big names who are expected to take the country to a higher level, a decade after the end of strongman rule under Suharto.
This is because SBY went way beyond the politicos and picked technocrats.

Though there could be criticisms too, because many in the Cabinet list are also his buddies.
"Kabinet pekoncoan" (buddy Cabinet).
1Malaysia in Putrajaya?
SBY named his Cabinet 'Bersatu Kedua' - Second United, not to be confused with Manchester United. Total 37 people, a few more than earlier expectations of 34.
39 people if you include SBY himself and his deputy Boediono.